BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam tradisi ilmiah di Malaysia

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Taklimat untuk Guru BM

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

Model Pengurusan Strategik

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB TUJUH RINGKASAN, IMPLIKASI, DAN PENUTUP. untuk menganalisis mekanisme pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam konteks

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK BENDAHARA, JASIN, MELAKA. KOLOKIUM PELAJAR PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI NEGERI MELAKA 2011

TAJUK : GURU DAN ALAM PENDIDIKAN

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

ARAHAN: ( )

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

P E L A N H A L A T U J U 5 T A H U N PERPADUAN H T T P S : / / W W W. S U R V E Y M O N K E Y. C O M / R / E D U R O A D M A P

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

Transkripsi:

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 PENDAHULUAN Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis statistik deskriptif dan inferensi dalam Bab Empat berdasarkan objektif dan soalan yang telah digariskan bagi kajian ini. Penulis membuat rumusan dapatan kajian dan mengemukakan implikasi kajian terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Selain itu, penulis juga membentangkan saranan bagi menggarapkan motivasi dalam pembelajaran Bahasa Arab. 5.1 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN Melalui kajian yang dijalankan, penulis merumuskan dapatan kajian seperti berikut: 5.1.1 Faktor-Faktor yang Menjana Motivasi Tersedia Ada pada Pelajar dalam Pembelajaran Bahasa Arab Motivasi memainkan peranan penting dalam menjana pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar MATRI. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan bagi faktor-faktor yang menjana motivasi yang sedia ada pada pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab direkodkan pada paras 3.85. Nilai min maksimum bagi penyataan yang menjana motivasi adalah faktor ingin mendapat keputusan cemerlang bagi mata pelajaran Bahasa Arab dalam peperiksaan SPM, 152

minat terhadap bahasa al-quran al-kari:m dan suka merebut peluang belajar Bahasa Arab berbanding bahasa asing lain. Penyataan ini merupakan sebahagian ciri motivasi intrinsik yang ada pada para pelajar. Motivasi jenis ini yang ada pada pelajar akan menyebabkan pelajar belajar bersungguh-sungguh. Dengan demikian, ia akan meningkatkan motivasi terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Manakala nilai min minimum bagi penyataan ini ialah pengaruh rakan sebaya. Ini menunjukkan bahawa motivasi yang sedia ada pada para pelajar lebih didorong oleh faktor ibu bapa dan guru berbanding dengan faktor rakan sekelas dalam pembelajaran Bahasa Arab. Faktor dorongan motivasi ini dikenali juga dengan panggilan motivasi ekstrinsik. Sehubungan itu, kajian juga mendapati para pelajar sangat bersetuju bahawa faktor-faktor yang mendorong motivasi memberi kesan terhadap pencapaian keputusan BAK dengan nilai min keseluruhan yang dicatatkan pada paras 4.06. Ini dibuktikan apabila responden memberi respon yang positif terhadap item-item yang dibentuk iaitu faktor-faktor usaha dan tawakal, kesungguhan dan keazaman kendiri pelajar, sokongan ibu bapa dan guru serta desakan untuk memperoleh gred yang baik memberi impak yang positif terhadap pencapaian BAK dalam peperiksaan PMR pelajar. 5.1.2 Perkaitan Antara Pembelajaran Bahasa Arab dengan Jenis-Jenis Pendekatan Motivasi Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran Bahasa Arab mempunyai perkaitan yang intim dengan jenis-jenis pendekatan motivasi yang dikaji iaitu motivasi holistik, motivasi intrinsik, motivasi 153

ekstrinsik, motivasi matlamat dan motivasi pencapaian. Selain itu, dapatan kajian ini turut menggambarkan bahawa para pelajar Bahasa Arab menggunakan jenis-jenis motivasi yang dianggap sebagai salah satu daripada fasa dan prinsip yang penting dalam proses pembelajaran mereka seperti mana yang telah dikemukakan dalam Bab Dua. Ini dapat dibuktikan apabila jumlah keseluruhan skor purata min bagi kesemua jenis pendekatan motivasi yang diuji dicatatkan pada paras 4.05. Hal ini menggambarkan bahawa responden memberi persetujuan yang tinggi terhadap domain-domain motivasi yang turut sama merangsang pembelajaran Bahasa Arab mereka. Hal ini juga menunjukkan elemen motivasi memainkan peranan yang penting untuk membangkit para pelajar Bahasa Arab meneruskan kelangsungan proses pembelajaran mereka. Ini bertepatan dengan pendapat Atkinson et al. (1983 : 283) yang mengatakan seseorang individu yang bermotivasi akan terlibat secara lebih aktif dan dengan lebih berkesan berbanding dengan individu yang tidak bermotivasi. Selain itu, dapatan kajian memperlihatkan bahawa min keseluruhan bagi tahap semua jenis pendekatan motivasi yang dikaji direkodkan di antara 4.50 hingga 3.82. Nilai min bagi motivasi holistik dicatatkan pada paras 4.50, diikuti oleh min bagi motivasi intrinsik pada paras 4.03 dan nilai min bagi motivasi matlamat pula direkod pada paras 3.95. Seterusnya, min bagi motivasi pencapaian adalah 3.94 dan min yang dicatat bagi motivasi ekstrinsik adalah 3.82. Ini bermakna kesemua jenis pendekatan motivasi berada pada tahap skor min yang tinggi. Hal ini menunjukkan juga bahawa motivasi merupakan salah satu mekanisme yang penting kepada para pelajar Bahasa Arab yang turut bertujuan membangkit dan mendorong minat dalam pembelajaran mereka. 154

Temu bual guru turut memberikan gambaran secara tidak langsung mengenai motivasi pelajar dalam proses pembelajaran Bahsaa Arab di dalam bilik darjah. Dapatan ini menjelaskan bahawa motivasi merupakan salah satu elemen yang utama bagi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab. Hasil tinjauan persepsi responden guru terhadap keperluan menjana motivasi pelajar sekolah menunjukkan bahawa motivasi menjadi keperluan utama untuk menggarap minat para pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Arab di dalam bilik darjah. Ini bererti secara keseluruhan guruguru Bahasa Arab mempunyai persepsi yang positif terhadap item-item yang mengukur tahap keperluan yang menjana motivasi pelajar. Ini kerana motivasi yang berterusan dapat membantu pelajar menumpukan perhatian terhadap sukatan pelajaran Bahasa Arab yang diajar kepada mereka. Hal ini selaras dengan pendapat Crow & Crow (1983 : 298) yang menyatakan bahawa motivasi yang berterusan diperlukan supaya dapat menolong pelajar menumpukan perhatian terhadap bahan belajar. Ini juga menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Arab telah membuat anjakan paradigma terhadap pemikiran serta tanggapan yang melibatkan keperluan motivasi yang patut diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab pelajar di dalam bilik darjah. Sementara itu, dapatan temu bual juga mengungkapkan bahawa tahap motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Arab berada pada tahap yang tinggi berdasarkan respon yang positif daripada responden guru terhadap motivasi pelajar dalam proses pembelajaran Bahasa Arab. Di samping itu, dapatan temu bual ini turut menyokong hasil dapatan daripada soal selidik pelajar yang menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Arab berada pada tahap tinggi. 155

Akhirnya, hasil dapatan kajian daripada temu bual responden mencadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membangkitkan dorongan dan motivasi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab melalui rangsangan ciri-ciri motivasi dan skim-skim motivasi seperti yang disarankan dalam dapatan kajian. Di samping itu, temu bual juga mencadangkan cara-cara mengatasi atau mengurangkan masalahmasalah yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran BAT agar pelajar mereka dapat mengekalkan daya saing yang tinggi untuk terus belajar Bahasa Arab dan seterusnya dapat menepa kejayaan yang cemerlang. 5.1.3 Jenis Motivasi yang Berkesan dalam Pembelajaran Bahasa Arab Kajian ini mendapati pendekatan motivasi holistik dianggap sebagai jenis motivasi yang tertinggi diperolehi apabila nilai min dicatatkan pada paras skor purata min iaitu 4.50. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa motivasi holistik sebagai penggerak dan pendorong utama kepada pelajar Bahasa Arab. Kajian mendapati beberapa domain utama yang menjana motivasi jenis ini terhadap pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Antaranya ialah berkewajipan belajar Bahasa Arab, menganggap Bahasa Arab sebagai bahasa yang suci dalam Islam, bahasa agama yang perlu dipelajari, amalan ibadat harian seperti solat, membaca wirid dan doa, di samping pengajian al-quran al-kari:m semenjak kecil dan belajar Bahasa Arab turut membantu seseorang pelajar muslim memperkuatkan keimanannya terhadap al-quran al-kari:m. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar perempuan mempunyai motivasi yang tinggi berbanding pelajar lelaki dari segi pendekatan motivasi holistik, motivasi ekstrinsik dan motivasi pencapaian dalam pembelajaran 156

Bahasa Arab. Perbezaan ini terjadi berkemungkinan ekoran daripada faktor-faktor yang mendorong dan membangkitkan pelajar perempuan dari segi lebih merasai kewajipan mempelajari Bahasa Arab, menerima galakan daripada ibu bapa dan guru serta memberi tumpuan yang lebih terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Namun begitu, dapatan kajian memperlihatkan tidak terdapat sebarang perbezaan yang signifikan bagi motivasi intrinsik dan motivasi matlamat antara pelajar lelaki atau pun pelajar perempuan terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Penyataan ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan dari segi tanggapan dan pandangan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap faktor-faktor dalaman diri pelajar yang mendorong pembelajaran Bahasa Arab. Nilai min bagi motivasi intrinsik berdasarkan pelajar lelaki dan perempuan ialah hampir sama iaitu 3.96 dan 4.10. Manakala, nilai min bagi motivasi matlamat turut menunjukkan tiada perbezaan iaitu 3.90 bagi pelajar lelaki dan 4.00 bagi pelajar perempuan. Keadaan ini mungkin disebabkan faktor-faktor dalaman pelajar itu sendiri adalah hampir sama, di samping mereka mempunyai matlamat dan hala tuju yang sama iaitu untuk memartabatkan bahasa al-quran al-kari:m dalam kehidupan mereka. Kesimpulannya, pelajar perempuan mempunyai motivasi yang tinggi berbanding pelajar lelaki dalam pembelajaran Bahasa Arab dari segi motivasi ekstrinsik, motivasi matlamat dan motivasi pencapaian. 157

5.2 IMPLIKASI KAJIAN Kajian ini menimbulkan beberapa implikasi kepada para pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Arab di dalam bilik darjah. Pelajar yang mempunyai kepelbagaian pendekatan motivasi yang tinggi akan memiliki minat yang mendalam dan seterusnya mempengaruhi pencapaian pelajaran Bahasa Arab mereka. Motivasi holistik dan motivasi intrinsik turut menunjukkan dorongan yang mendalam terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Oleh itu, seseorang guru yang menggunakan kedua-dua jenis motivasi ini sebagai domain pembangkit dan penggerak bagi memupuk minat pelajar akan berjaya dalam percubaannya. Ini kerana kedua-dua pendekatan motivasi tersebut mempunyai dorongan yang lebih tinggi dan berkesan terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Oleh itu apabila guru mengaplikasikan motivasi jenis ini dalam pengajarannya, maka hasil pengajarannya adalah lebih bermakna dalam diri pelajar dan ini akan memberi kesan yang positif. Hal ini dapat dibuktikan apabila motivasi holistik dan motivasi intrinsik masing-masing merekodkan purata nilai min pada paras 4.50 dan 4.03. Kajian juga menunjukkan implikasi kepada para pelajar dari segi motivasi pencapaian. Hasil kajian menunjukkan bahawa motivasi pencapaian memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Seseorang individu pelajar yang mempunyai motivasi pencapaian yang tinggi akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai kejayaan yang terbaik dalam pembelajarannya. Jadi, para pelajar Bahasa Arab 158

perlulah meningkatkan motivasi pencapaiannya dengan berazam dan mengubah sikap ke arah kecemerlangan. Ini kerana seorang pelajar yang mempunyai motivasi percapaian tinggi akan berjuang ke arah kejayaan, sanggup menerima cabaran untuk berhadapan dengan kehidupan yang berbagai-bagai ragam dan akan sentiasa mencapai impian. Kajian ini turut memberi implikasi dari aspek orientasi matlamat kendiri yang perlu dipupuk selari dengan motivasi matlamat. Justeru itu, untuk mencapai sasaran dalam pembelajaran Bahasa Arab, program intervensi berkaitan orientasi matlamat kendiri sesuai dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Manakala, pentadbir sekolah disarankan merancang aktiviti-aktiviti ke arah peningkatan motivasi terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Aspek afektif pula tidak boleh diabaikan serentak dengan motivasi matlamat kendiri pelajar dalam usaha mengurangkan halangan yang menghalangi motivasi pelajar dan pada masa yang sama kurangnya identifikasi terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Keputusan kajian juga mendapati faktor ekstrinsik atau faktor desakan luaran iaitu sokongan daripada ibu bapa dan guru terbukti merangsang motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Arab. Ini bermakna ibu bapa dan guru yang prihatin kepada anak didiknya akan mendorong sikap positif pelajar terhadap pembelajaran. Ini kerana sikap ibu bapa dan guru yang penyayang, suka berjenaka, mesra pelajar dan suka membantu, bersifat keibuan atau kebapaan didapati sangat mempengaruhi dan mendominasi motivasi pelajar terhadap memupuk minat mereka dalam pembelajaran Bahasa Arab. 159

Selain itu, peranan ibu bapa di rumah turut memberi implikasi terhadap motivasi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab. Pelajar yang mempunyai ibu bapa yang mengambil berat tentang pendidikan anak-anak di luar sekolah seperti pendidikan pengajian al-quran didapati menunjukkan motivasi yang tinggi dalam pembelajaran Bahasa Arab. Dengan itu kesedaran ibu bapa terhadap segala peranan dan tanggungjawab mereka akan mendatangkan kesan positif terhadap perkembangan pendidikan bahasa Arab dan pencapaian mata pelajaran Bahasa Arab pelajar khasnya. Sementara itu, ibu bapa juga dapat membantu memupuk afektif positif mengatasi afektif negatif terutama yang berkaitan dengan pembelajaran Bahasa Arab anak-anak mereka di rumah. Hal ini boleh dilakukan dengan menanamkan sikap daya tahan untuk menangani kesukaran belajar serta menanamkan tanggapan bahawa pelajaran itu sesuatu yang menyeronokkan, hari demi hari ke dalam fikiran dan minda anak-anak mereka. Yang jelas dapatan kajian ini mengukuhkan lagi dapatan bahawa ibu bapa sepatutnya menggalakkan anak-anak mereka mempelajari dan menguasai bahasa Arab terlebih dahulu, sebelum menekankan aspek pencapaian dalam pembelajaran Bahasa Arab, agar pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan anak-anak mereka tidak tertumpu kepada pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan semata-mata. Seterusnya, kajian ini juga memberi implikasi yang besar kepada para guru Bahasa Arab dari segi pelaksanaan pedagogi pendidikan. Hasil kajian temu bual membuktikan guru perlu menitikberatkan segala aspek keperluan yang dapat menjana motivasi pelajar supaya kaedah pengajaran dan penyampaian guru dapat 160

menarik minat mereka. Sebaliknya pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Arab tidak boleh dilaksanakan secara berkesan sekiranya guru-guru sendiri gagal menterjemahkan jenis-jenis pendekatan motivasi dalam pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar. Mereka bukan sahaja perlu mempunyai kesediaan dan persediaan untuk mengajar tetapi juga perlu menunjukkan keupayaan mendorong, memberi tenaga dan kuasa yang dapat menggerakkan pelajar mempelajari Bahasa Arab selari dengan hasrat dan wawasan kerajaan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang menguasai pelbagai dan disiplin ilmu pengetahuan. Fahaman di sebalik dapatan temu bual jelas mengungkapkan bahawa guru-guru harus menerokai dengan lebih giat, sanggup menerima segala cabaran, mempunyai motivasi yang tinggi serta mempelbagaikan penggunaan jenis-jenis pendekatan motivasi untuk mendorong perubahan berlaku dalam diri pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab. Di samping itu, wajarlah setiap sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri mewujudkan skim-skim motivasi yang istimewa untuk pelajar Bahasa Arab. Akhirnya, implikasi kajian ini diharap dapat menyedarkan ibu bapa, penggubal dasar, pentadbir dan guru-guru Bahasa Arab malah pelajar sendiri tentang peri pentingnya motivasi dalam pembelajaran Bahasa Arab. 161

5.3 SARANAN MENGGARAPKAN MOTIVASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA ARAB Atas kesedaran bahawa bidang pembelajaran Bahasa Arab masih memerlukan galakan dan dorongan, khasnya untuk kebaikan pelajar Bahasa Arab, penulis mengemukakan beberapa cadangan dan saranan berikut untuk menggarapkan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Arab. (i) Memandangkan motivasi adalah faktor penentu dalam kejayaan dan keberkesanan proses pembelajaran Bahasa Arab, Kementerian Pelajaran Malaysia disaran memasukkan jenis-jenis pendekatan motivasi yang sesuai pada bahagian depan buku teks Bahasa Arab, agar para pelajar merasai peri pentingnya memartabatkan Bahasa Arab dalam pembelajaran mereka. (ii) Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga disarankan supaya menyediakan modul pembelajaran Bahasa Arab dengan mengambil kira pendekatan motivasi pelajar. Ini kerana modul yang sesuai akan memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Ini sekaligus meningkatkan motivasi pelajar terhadap minat dalam pembelajaran Bahasa Arab. (iii) Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting untuk menggarapkan motivasi pelajar. Pengetua boleh menganjurkan beberapa seminar atau bengkel motivasi dengan mengundang pakar-pakar motivasi untuk memberi taklimat kepada pelajar. Pendedahan kepada motivasi seumpama ini perlu untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar merentasi kurikulum dan semua lapangan hidup pelajar, bukan untuk peperiksaan mata pelajaran Bahasa Arab semata-mata. 162

(iv) Guru harus memberi perhatian yang lebih teliti terhadap jenis-jenis pendekatan motivasi pelajar kerana mereka didorong oleh pendekatan motivasi yang berlainan antara satu sama lain. Oleh itu dengan mengenali jenis motivasi yang boleh mendominasi pembelajaran pelajar akan memudahkan guru memantau tahap peningkatan prestasi pencapaian Bahasa Arab mereka. (v) Peranan guru untuk memotivasikan pelajar dianggap paling efektif berbanding pihak-pihak lain. Guru boleh mengenal pasti pelajar yang tidak berminat atau tidak menumpukan perhatian kepada mata pelajaran Bahasa Arab. Seterusnya guru boleh menggunakan pendekatan motivasi yang berlainan dan bersesuaian untuk mengembalikan kesediaan dan minat mempelajari Bahasa Arab. Guru juga boleh mengaplikasikan skim-skim motivasi yang dicadangkan dalam kajian ini sebagai kaedah sampingan untuk menarik perhatian dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab di dalam kelas. (vi) Ibu bapa juga perlulah memainkan peranan yang lebih aktif dengan memantau proses pembelajaran Bahasa Arab anak-anak mereka di rumah. Di samping itu, ibu bapa juga disarankan supaya menyemak dan menandatangani buku-buku latihan, menjalin hubungan yang erat dengan guru Bahasa Arab dan pentadbiran sekolah serta melibatkan diri dengan program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah supaya ibu bapa peka dan prihatin terhadap prestasi pembelajaran Bahasa Arab anak-anak mereka. (vii) Sementara itu, peranan mustahak yang wajar dimainkan oleh pelajar ialah bersedia melibatkan diri dalam kursus dan seminar motivasi secara 163

berkala, agar minat dan semangat terhadap pembelajaran Bahasa Arab sentiasa memuncak dan menjadi daya saing ke arah mencapai matlamat pembelajaran yang diredhai oleh Allah s.w.t. 5.4 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN Cadangan berikut mungkin berguna untuk mengkaji beberapa persoalan mengenai motivasi dalam pembelajaran Bahasa Arab. i- Memandangkan pendekatan motivasi amat penting dalam pembelajaran Bahasa Arab, maka pengkaji masa hadapan juga boleh menyelidik ciri-ciri yang berkaitan dengan motivasi holistik. Pemahaman yang lebih mendalam dalam motivasi holistik boleh menyumbang kepada teknik-teknik pengajaran yang lebih jitu dan spesifik untuk meningkatkan pencapaian dalam pembelajaran Bahasa Arab. ii- Satu kajian yang menggunakan set pembolehubah yang sama tetapi diasaskan kepada populasi yang lebih besar perlu dijalankan. Memandangkan kajian ini terbatas kepada kumpulan sasaran pada sebuah sekolah sahaja, dicadangkan supaya kajian yang serupa dilaksanakan di sekolah aliran agama bagi semua negeri di Malaysia. iii- Menjalankan kajian perbandingan ke atas motivasi dalam pembelajaran bahasa asing seperti antara motivasi mempelajari Bahasa Arab dengan motivasi mempelajari Bahasa Inggeris. iv- Selain kaedah tinjauan, teknik kajian boleh dipelbagai dan dikembangkan untuk mengkaji motivasi dalam pembelajaran Bahasa Arab. Antaranya ialah 164

kajian kualitatif dengan menggunakan analisis statistik inferensi yang berbeza. v- Kajian akan datang juga disyorkan supaya melihat faktor-faktor luaran yang mempengaruhi motivasi terhadap pembelajaran Bahasa Arab dari aspek kaedah pengajaran, alat bantu mengajar, bahan-bahan bacaan Bahasa Arab, buku teks dan latihan-latihan. Akhir sekali, kebanyakan pengamal pendidikan merasakan iklim dan keberkesanan organisasi sekolah dijangka dapat memberikan sumbangan ke arah pencapaian dalam pembelajaran Bahasa Arab. Justeru, kajian yang lebih terperinci adalah diperlukan untuk mengenal pasti aspek-aspek iklim dan keberkesanan organisasi itu yang memberi gambaran yang bersifat komprehensif dapat menjana motivasi pelajar dalam pembelajaran Bahasa Arab. 5.5 PENUTUP Secara keseluruhannya kajian ini telah menjawab soalan kajian dan mencapai objektif-objektif kajian yang telah ditetapkan. Dapatan kajian yang diperoleh dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada situasi semasa kajian dibuat. Adalah diharapkan melalui medium pembelajaran Bahasa Arab para pelajar dapat memperolehi ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni yang akan diaplikasikan dalam kehidupan yang ideal. Justeru, kita memerlukan satu mekanisme untuk menjadikan pembelajaran Bahasa Arab lebih bermakna dan efektif. Dengan demikian, motivasi merupakan salah satu mekanisme yang penting untuk membangkitkan dorongan 165

intrinsik dan ekstrinsik pelajar ke arah mencapai matlamat dalam pembelajaran Bahasa Arab. Kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan pendekatan motivasi dalam pembelajaran Bahasa Arab berupaya membentuk pelajar yang bermotivasi tinggi serta berpotensi untuk meraih kejayaan yang dicita-citakan. Oleh demikian, segenap masyarakat dan tenaga pendidik mempunyai peranan untuk meningkatkan motivasi para pelajar dalam proses pembelajaran Bahasa Arab khasnya mahupun pelajaran lain amnya. Semoga usaha yang bermakna ini dapat merealisasikan matlamat yang murni bagi melahirkan insan yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan terutamanya dari aspek ubudiyah dan keimanan terhadap pencipta bahasa al-quran al-karim itu sendiri. Akhirnya renungilah firman Allah s.w.t dalam ayat 11, surah Al-Ra ad. Maksud ayat : Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri 166