BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan. 1. Panel penggubal kurikulum untuk sekolah menengah menekankan ciri-ciri pendidikan berikut: pengukuhan kemahiran asas (3M) penerapan nilai murni pendekatan dari mudah ke susah Ciri-ciri pendidikan tersebut menggambarkan pengamalan falsafah perenialisme esensialisme progresivisme rekonstruktivisme 2. Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang paling tepat terhadap sistem pendidikan negara? Penekanan diberikan kepada pembudayaan sikap positif Kewujudan program pendidikan yang menitikberatkan pendidikan umum Penekanan diberikan kepada penerapan unsur-unsur disiplin dan peraturan sekolah Program pendidikan yang bersepadu ke arah melahirkan tenaga kerja yang dinamik dan bermaruah. 2
3. Manakah antara berikut menerangkan konsep kurikulum? I. Kandungan pelajaran II. III. IV. Satu program pengajian Pernyataan wawasan pendidikan Pengalaman yang diperoleh pelajar V. Satu arahan bertulis tentang pelaksanaan I, II dan IV sahaja I, III dan V sahaja II, III dan IV sahaja II, IV dan V sahaja 4. Pernyataan-pernyataan yang berikut menunjukkan kesepaduan yang diamalkan dalam KBSM kecuali menerapkan unsur patriotisme menerusi pengajaran. mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran. melaksanakan aktiviti luar bilik darjah sejajar dengan aktiviti bilik darjah. mengaitkan pengetahuan dan kemahiran sesuatu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. 3
5. Bagaimanakah pengetahuan tentang fitrah manusia dapat membantu seseorang guru? Mewujudkan komunikasi Memahami keunikan personaliti murid Mendorong murid berinteraksi dengan rakan sebaya Mengembangkan potensi murid ke tahap yang maksimum 6. Pernyataan manakah dapat menerangkan sebab utama tentang sifat remaja yang sangat ingin akan pergaulan kumpulan sebaya? Tidak percaya kepada orang dewasa Menentukan bilangan kawan yang lebih ramai Belum cukup matang untuk hidup berdikari seperti orang dewasa Mahu pengiktirafan dan penerimaan daripada rakan sebaya mereka 4
7. Seorang pelajar tingkatan tiga yang berasal daripada keluarga miskin memperoleh pencapaian akademik yang kurang baik serta mempunyai konsep kendiri yang rendah. Sebagai guru, tindakan yang sesuai untuk membantunya adalah memberi tugasan dan aktiviti yang mencabar. memberi pujian dan ganjaran secara berterusan. mengajarnya cara menghadapi cabaran dan fokus pada kebolehannya. mengajarnya kemahiran asertif untuk menghadapi pelbagai situasi dan cabaran. 8. Fizi kerapkali tidak dapat mengingati pelajaran yang telah diajar oleh gurunya. Manakah antara faktor berikut yang mempengaruhi lupaannya? I II Pengaruh rakan sebaya Kesukaran bahan pembelajaran III Tempoh masa dan motif lupaan IV Gangguan retroaktif dan proaktif V Perubahan kuantiti dan kualiti ingatan I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja II, IV dan V sahaja III, IV dan V sahaja 5
9. Daya pengamatan boleh ditingkatkan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Manakah antara berikut bukan amalan yang sesuai untuk meningkatkan daya pengamatan pelajar? Mengaitkan pengalaman yang sedia ada dengan pelajaran baru. Menggunakan kaedah deduksi untuk membentuk konsep atau prinsip yang baru. Guru memberi banyak peluang kepada pelajar menggunakan pancaindera sendiri. Guru menyediakan berbagai bagai rangsangan yang berkaitan dengan sesuatu konsep sains. 10. Membaca keseluruhan cerita dalam petikan Menerangkan isi kandungan secara menyeluruh Menjelaskan maksud perkataan-perkataan yang susah Menjelaskan unsur-unsur cerita seperti watak-watak, tema, dan nilai-nilai murni Membaca dan menerangkan semula keseluruhan cerita Cikgu Amin mengajar cerita menggunakan langkah-langkah seperti di atas. Pengajaran itu adalah berasaskan teori kognitif. humanistik. behaviourisme. konstruktivisme. 6
11. Cikgu Delima ingin menggunakan pendekatan yang berasaskan teori konstruktivisme dalam pengajaran-pembelajaran. Manakah antara pernyataan berikut bukan merupakan penekanan yang perlu diamalkan olehnya? Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting. Pengajaran-pembelajaran ialah secara koperatif dan kolaboratif. Pembelajaran arah kendiri akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Guru menjadi pemudah cara sedangkan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. 12. Manakah antara aktiviti berikut berbentuk inkuiri? I II Eksperimen sains Pertandingan syarahan III Projek kitar semula surat khabar IV Kaji selidik di Arkib Negara V Temubual dengan seorang tokoh guru I, II dan IV sahaja I, IV dan V sahaja II, III dan IV sahaja II, III dan V sahaja 7
13. Haiwan seperti kucing, arnab, dan kambing berdarah panas Haiwan tersebut adalah mamalia Jadi, mamalia itu haiwan yang berdarah panas. Mengapa ikan paus sebagai mamalia pula berdarah sejuk? Rajah 1 Rajah 1 menujukkan turutan pemikiran seorang pelajar. Nyatakan pemikiran pelajar tersebut. Induktif dan divergen Deduktif dan divergen Induktif dan konvergen Deduktif dan konvergen 8
14. Guru dikatakan paling berjaya dalam pengurusan disiplin bilik darjah apabila pelajarnya bekerjasama di bawah jagaan pengawas. terkawal semasa guru itu berada di bilik darjah. berfokus kepada tugasan pilihan masing-masing. senyap kerana perlu menyiapkan tugasan yang diberikan guru. 15. Cikgu Ramli hendak mengajar pelajar tingkatan tiga cara mengendalikan satu sesi mesyuarat. Kaedah mengajar yang paling sesuai digunakan oleh Cikgu Ramli adalah simulasi. sesi buzz. tunjuk cara. sumbang saran. 9
16. Cikgu Kamal hendak menggunakan pengajaran kumpulan dalam kelas yang pelajarnya mempunyai pelbagai tahap kebolehan bagi mata pelajaran Matematik. Untuk melaksanakan pengajaran secara berkesan, Cikgu Kamal perlu I. mengajar setiap kumpulan mengikut giliran. II. III. IV. menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan. mengajar sesuatu tajuk mengikut kadar yang sama. menggunakan bahan yang sesuai dengan kebolehan pelajar. V. membahagikan pelajar kepada kumpulan pelbagai kebolehan. I, II dan IV sahaja I, III dan V sahaja II, III dan IV sahaja II, IV dan V sahaja 17. Antara yang berikut, manakah menunjukkan contoh objektif pengajaran eksplisit yang jelas dan tepat? Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat memberi tiga contoh cara menunjukkan sikap belas kasihan. menghayati sikap belas kasihan terhadap orang yang miskin. menjawab lapan daripada sepuluh soalan dengan betul berdasarkan petikan yang dibaca. menyenaraikan lima sebab perlunya menjaga kebersihan persekitaran berdasarkan petikan. 10
18. Iklim bilik darjah yang sihat dari segi emosi penting untuk mewujudkan suasana yang kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakah antara pernyataan yang berikut menggambarkan usaha guru mewujudkan iklim tersebut? Membenarkan pelajar memasuki kumpulan pilihannya Bersikap adil dan bertimbang rasa semasa memeriksa tugasan Menggunakan bahan yang bersesuaian dengan kebolehan pelajar Memastikan pelajar belajar di dalam bilik darjah yang bersih dan teratur 19. Pelajar berasa tidak puas hati apabila mereka menerima markah ujian karangan. Mereka mengadu bahawa pemeriksaan karangan adalah kurang objektif. Manakah antara berikut boleh diambil kira untuk meningkatkan keobjektifan pemeriksaan ujian karangan tersebut? I. Pemarkahan analitik diguna pakai II. Moderasi pemarkahan dilaksanakan III. Angka giliran digunakan IV. Setiap karangan diperiksa oleh dua orang pemeriksa V. Topik yang diuji perlu berasaskan sukatan pelajaran yang telah diajar I, II and III sahaja I, IV dan V sahaja II, III dan IV sahaja II, IV dan V sahaja 11
20. Ciri-ciri berikut menerangkan penilaian rujukan norma kecuali pelbagai aras kesukaran digunakan. topik yang diuji meliputi skop yang luas. penguasaan pengetahuan dan kemahiran dapat ditentukan. markah seseorang pelajar dibanding dengan pelajar lain untuk menentukan pangkatan. 21. Kekerapan a b Markah Rajah 2 Dalam Rajah 2, kedua-dua graf mempunyai nilai min yang berbeza. sisihan piawai yang berbeza. min dan sisihan piawai yang berbeza. min berbeza tetapi sisihan piawai yang sama. 12
22. Seorang guru ingin menilai proses pembelajaran pelajar secara menyeluruh. Pelajar dikehendaki menyepadukan pengetahuan atau kemahiran yang spesifik dalam tugasan-tugasan yang memerlukan mereka membuat dan merenung proses pembelajaran mereka. Manakah antara berikut sesuai digunakan untuk penilaian ini? Portfolio Ujian amali Ujian autentik Ujian persembahan 23. Cikgu, saya tidak mahu lagi masuk kelas Matematik. Saya tidak faham apa yang diajar oleh guru Matematik. Saya tidak diberi perhatian walaupun saya mempunyai kelemahan. Apakah reaksi yang sepatutnya bagi seseorang guru yang sedang membimbing pelajar tersebut? Nampaknya anda menghadapi kesukaran memahami Matematik. Saya telah menerima banyak aduan terhadap guru Matematik. Belajarlah bersungguh-sungguh dan anda akan memahami apa yang anda belajar. Saya akan mendapatkan seorang guru tuisyen Matematik yang baik untuk anda. 24. Manakah antara berikut merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar terlibat dalam penyalahgunaan dadah? Rasa ingin tahu Pengaruh rakan sebaya Masalah emosi dan kewangan Kekurangan perhatian ibu bapa 13
25. Cikgu Ramlah mendapati ramai pelajarnya gagal dalam mata pelajaran yang diajarnya. Hasil perbincangan dengan pelajar tersebut, Cikgu Ramlah mendapati bahawa ramai pelajar tidak berpuas hati dengan cara pengajarannya yang membosankan. Cikgu Ramlah mula menukar gaya pengajarannya berpandukan latihan dalaman yang telah diikuti. Tindakan Cikgu Ramlah lebih menggambarkan amalan reflektif. pendekatan deduktif. pendekatan induktif. amalan metakognitif. 26. Kepentingan utama penyelidikan tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah mengenal pasti masalah pelajar. mengkaji isu semasa di sekolah. mempertingkat keberkesanan pengajaran. melaksanakan pengajaran secara kolaboratif. 27. Penyelidikan tindakan meliputi empat peringkat, iaitu perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, dan renungan. Antara kenyataan berikut, yang manakah bukan langkah renungan? Mengenal pasti masalah dalam bilik darjah Memikirkan cara mengubah suai pengajaran Mengambil kira maklum balas daripada pelajar Menyebarkan dapatan kajian bagi tujuan kolaborasi 14
28. Selepas mengikuti kursus penyelidikan tindakan, bagaimanakah seseorang guru berkolaborasi dengan guru-guru lain di sekolah untuk berkongsi pengetahuan barunya? I. Mengedarkan bahan kursus tersebut II. Menjalankan kajian bersama dengan beberapa orang guru III. Mengesyorkan agar semua guru menjalankan kajian tindakan IV. Menjalankan kursus pendek penyelidikan tindakan untuk guru-guru yang berminat V. Mendapatkan kerjasama pengetua bagi memastikan guru-guru lain berpeluang mengikuti kursus tersebut I, II dan III sahaja I, II dan IV sahaja II, IV dan V sahaja III, IV dan V sahaja 15
29. Faktor akauntabiliti guru harus diambil kira apabila menilai prestasi pelajar. Oleh itu, guru harus meningkatkan akauntabiliti profesion keguruan secara I. menjamin laporan penilaian disebarkan II. membuat kerja mengikut jadual peperiksaan III. mempertahankan sistem pendidikan yang sedia ada IV. bertanggungjawab atas markah yang diberi kepada pelajar V. berusaha memperoleh pengetahuan dan kemahiran lengkap I, II dan III sahaja I, III dan IV sahaja II, IV dan V sahaja III, IV dan V sahaja 30. Tujuan utama sekolah bestari ialah untuk mendidik individu bertanggungjawab atas pembelajarannya. menyediakan individu menghadapi cabaran globalisasi pendidikan. mendemokrasikan pendidikan agar individu berpeluang untuk belajar. memastikan individu memperoleh kemahiran menggunakan komputer. 16
BAHAGIAN B 10 markah Jawab semua soalan. 1. Remaja merasai tekanan dan ketegangan semasa mengalami perkembangan mendadak. Situasi ini boleh menimbulkan kekeliruan dan konflik dalam diri remaja. (a) Nyatakan dua ciri perkembangan emosi yang dialami oleh pelajar remaja. (i) ( 2 markah ) (ii) ( 2 markah ) (b) Berdasarkan ciri-ciri perkembangan emosi yang dinyatakan di atas, cadangkan tiga cara yang boleh diamalkan oleh guru untuk membimbing pelajar remaja yang menghadapi cabaran emosi itu. (i) ( 2 markah ) (ii) ( 2 markah ) (iii) 17
BAHAGIAN C 60 markah ( 2 markah ) Jawab tiga soalan sahaja. Soalan 1 mesti dijawab dan pilih mana-mana dua soalan lain. 1. Sebagai agen perubahan, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta memberi bimbingan secara berterusan kepada pelajar. (a) Jelaskan lima kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (10 markah) (b) Huraikan lima kemahiran bimbingan yang perlu dimiliki oleh seseorang guru biasa bagi menangani gejala sosial pelajar remaja di sekolah dalam era globalisasi ini. (10 markah) 2. Pelajar Tingkatan 2 Wira sering tidak memberi perhatian semasa guru mengajar. Guru menghadapi masalah kerana pelajar tidak menyiapkan kerja rumah dan hasil kerja mereka tidak memuaskan. (a) Terangkan lima prinsip Teori Pembelajaran Humanistik yang boleh diaplikasikan dalam situasi tersebut. (10 markah) (b) Berdasarkan Teori Pembelajaran Humanistik, bincangkan lima cara yang boleh digunakan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh guru tersebut. (10 markah) 18
3 (a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria? (4 markah) (ii) Huraikan tiga perbezaan antara ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria. (6 markah) (b). Dalam ujian Geografi dan Bahasa Melayu bulan Ogos, Ady memperoleh markah min dan sisihan piawai seperti Jadual I yang berikut: Mata Pelajaran Geografi Bahasa Melayu Skor 80 80 Min 70 88 Sisihan Piawai 5 8 Jadual I i. Apakah skor z dan T bagi mata pelajaran Geografi dan Bahasa Melayu? (4 markah) ii. Bandingkan pencapaian Ady bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. (2 markah) iii. Lakarkan taburan pencapaian pelajar kelas Ady dalam Geografi dan Bahasa Melayu. Labelkan kedudukan min dan sisihan piawai pada lakaran tersebut. (4 markah) 19
4 (a). Kerjasama daripada ibu bapa adalah sangat penting dan bermanfaat untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Huraikan lima cara seorang guru dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap ibu bapa. (10 markah) (b). Dalam sebuah kelas terdapat pelajar-pelajar yang berasal dari persekitaran rumah yang berbeza. Keadaan ini menyebabkan ketaksaksamaan peluang dalam pendidikan. Huraikan lima faktor persekitaran rumah yang mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan pelajar. (10 markah) 20
21