SK (2) TAMAN KERAMAT

dokumen-dokumen yang mirip
2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

PELAN STRATEGIK BAHASA CINA ( )

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Baghdadi, iaitu yang diterbitkan oleh Syihab Resources. Keberkesanan kaedah ini dinilai

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

PANDUAN PELAKSANAAN MODEL 6 BULAN KHATAM AL-QURAN TAHUN 6

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

KAJIAN TINDAKAN 2011

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PANDUAN PELAKSANAAN MODEL BESTARI SOLAT

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Panduan Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Rancangan Pengajaran Harian. Pendidikan Islam Tahun 1 (Akidah ) 16 Rabiulawwal 1436 / 7 Januari 2015 / Rabu

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. PAUL, TANJONG TUALANG, PERAK MINIT MESYUARAT POST-MORTEM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Keseluruhan kaedah pengajaran BM murid-murid pekak telah memberi gambaran yang

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

PERANCANGAN MENGAJAR HARIAN SEKOLAH MENENGAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN KEPELBAGAIAN SUMBER DAN BAHAN

Rancangan Pengajaran Harian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BORANG PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN GURU TAHUN: Sekolah. Nama Pegawai Yang Dinilai. No. Kad Pengenalan. Mata Pelajaran Diajar

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KEMAHIRAN MENULIS)

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN NORDIN TAHIR IPIP

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

GPS NO PERKARA BIL % 1 LAYAK dapat sijil (LULUS) TIDAK LAYAK dapat sijil (GAGAL)

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS BACAAN MENGGUNAKAN MODEL JARI JEMARIKU MENARI. Pn Mazirah bt Abul Malik. Sekolah Kebangsaan Tanah Merah,

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

LAMPIRAN A: BORANG SOAL SELIDIK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN : 3

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

SOALAN-SOALAN LAZIM UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)MULAI TAHUN 2016

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Transkripsi:

SK (2) TAMAN KERAMAT LAPORAN KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN BAHASA ARAB DAN AYAT AL-QURAN Oleh: NAZRI BIN SAMSUDIN (No. KP: 780304-10-6075) Guru Pendidikan Islam j-qaf (Opsyen Bahasa Arab) SK (2) Taman Keramat

ISI KANDUNGAN Abstrak 1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu 2. Fokus Kajian 3. Objektif Kajian 3.1 Objektif Am 3.2 Objektif Khusus 4. Kumpulan Sasaran 5. Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah 5.1.1 Pemerhatian 5.1.2 Ujian Pengesanan 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.2.1 Analisis Pemerhatian 5.2.2 Analisis Ujian Pengesanan 5.3 Tindakan yang dijalankan 5.4 Pelaksanaan Aktiviti 5.4.1 Aktiviti 1: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris 5.4.2 Aktiviti 2: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem Tanda dan Baris 5.4.3 Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al- Quran yang mudah 5.4.4 Aktiviti 4: Latih tubi bacaan Buku Iqra setiap hari satu muka surat 2

5.5 Refleksi Kajian 5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid 5.5.2 Rumusan Pemerhatian 6. Cadangan seterusnya 7. Bahan yang diperlukan 8. Anggaran kos 9. Jadual Pelaksanaan 10. Lampiran-lampiran: Lampiran A: Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan Pencapaian j-qaf 2009 (Analisa Khatam Al-Quran) Lampiran B: Borang Pemerhatian Lampiran C: Kertas Soalan Ujian Pengesanan Lampiran D: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab tanpa Sistem Tanda dan Baris Lampiran E: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem Tanda dan Baris Lampiran F: Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan mad (panjang) Lampiran G: Contoh satumuka surat Buku Iqra 3

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN BAHASA ARAB DAN AYAT AL-QURAN Oleh NAZRI BIN SAMSUDIN Guru Pendidikan Islam j-qaf (Opsyen Bahasa Arab) SK (2) Taman Keramat ABSTRAK Kajian ini adalah hasil pemerhatian kepada kelemahan murid dalam membaca perkataan-perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Arab dan ayat-ayat Al-Quran menggunakan kaedah Iqra sebagaimana yang dilaksanakan dalam Program j-qaf melalui Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Arab, Khatam Al-Quran 6 Bulan Pertama dan Tasmik. Kelemahan murid dalam kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab adalah berpunca daripada kelemahan mereka dalam menguasai kemahiran membaca Buku Iqra. Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid yang masih membaca Buku Iqra 4 dan 5 dari kelas 6 Setia, SK (2) Taman Keramat, Gombak, Selangor. Kajian bagi mengenalpasti masalah ini adalah melalui pemerhatian dan analisis terhadap markah Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan Pencapaian j-qaf (Oktober 2009) 1. Kajian tindakan ini adalah penting untuk dilaksanakan bagi tujuan merealisasikan dan mencapai objektif dan matlamat program j-qaf, khususnya melibatkan kumpulan pertama murid j-qaf 2005 yang akan menamatkan persekolahan rendah mereka pada tahun 2010 ini. 1 Lihat Lampiran A: Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan Pencapaian j-qaf 2009, SK (2) Taman Keramat. 4

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam (Khatam Al-Quran) kelas 6 Setia. Saya dapati murid yang masih membaca Buku Iqra 4 dan 5 tidak dapat menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab sepertimana yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Arab. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Khatam Al-Quran yang dilaksanakan dengan hanya menggunakan Buku Iqra sebagai Bahan Bantu Mengajar adalah tidak mencukupi bagi mengatasi masalah ini. Hasil keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab mendapati mereka tidak dapat menjawab soalan yang menguji kemahiran membaca malah sukar untuk menjawab soalan kerana mereka tidak pandai membaca perkataan Bahasa Arab dengan betul dan lancar. Oleh itu, saya perlu berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka dengan mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi pengajaran serta bahan bantu mengajar dalam P&P Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran. 2. FOKUS KAJIAN Daripada refleksi di atas didapati murid gagal atau sekadar mendapat markah lulus paling minimum dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab kerana: a. Murid kurang mahir tentang sistem tanda dan baris dalam huruf dan perkataan Bahasa Arab menyebabkan mereka sukar untuk membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. b. Ada murid yang sudah boleh mengenal dan mengaplikasikan sistem tanda dan baris bagi huruf-huruf tunggal Arab, tetapi sukar untuk mengenal dan mengaplikasikannya bagi huruf-huruf Arab yang bersambung dalam satu perkataan. 5

Masalah ini berlaku di kalangan murid kerana sikap murid yang malas untuk membuat latihan dan mengulangkaji bacaan Buku Iqra walaupun saya sering berpesan kepada mereka untuk membaca hanya satu muka surat pada setiap hari kerana setiap Buku Iqra mempunyai lebih kurang 30 muka surat yang boleh dihabiskan dalam masa sebulan. P&P Khatam Al-Quran 6 Bulan Pertama sebanyak 4 waktu seminggu (2 jam) di sekolah adalah tidak mencukupi bagi mengatasi masalah ini kerana realitinya guru hanya mampu mendengar bacaan setiap murid secara individu selama 2-3 minit sahaja dalam setiap P&P yang dijalankan. Keadaan ini bertambah buruk apabila terdapat murid yang langsung tidak mempunyai Buku Iqra di rumah mereka. 3. OBJEKTIF KAJIAN i. Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan menggunakan persembahan multimedia dan powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik serta latih tubi bacaan Buku Iqra satu muka surat pada setiap hari di sekolah. ii. Objektif Khusus Objektif khusus kajian ini adalah supaya : Murid dapat memahami cara mengaplikasikan sistem tanda dan baris dalam huruf tunggal, huruf bersambung dan perkataan Bahasa Arab. Murid dapat membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan betul dan lancar. Murid dapat mengurangkan kesilapan dalam menjawab soalan peperikaan. Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid. 6

4. KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid yang masih membaca Buku Iqra 4 dan 5 dari kelas 6 Setia, SK (2) Taman Keramat yang terdiri daripada 8 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Murid-murid ini mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran iaitu mereka belum menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. 5. PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah 5.1.1 Pemerhatian Saya membuat kaedah pemerhatian 2 untuk mengesan tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. 5.1.2 Ujian Pengesanan Melalui ujian pengesanan 3, saya dapat menilai tahap kecekapan murid dalam kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. 2 Lihat Lampiran B: Borang Pemerhatian 3 Lihat Lampiran C: Kertas Soalan Ujian Pengesanan 7

5.2.1 Analisis Pemerhatian Dalam setiap P&P Bahasa Arab, salah satu aktiviti wajib yang saya akan jalankan adalah meminta murid membaca perkataan dan ayat dalam Buku Teks Bahasa Arab, tulisan saya di papan hitam atau yang dipaparkan pada Kad Imbasan. Hasil pemerhatian saya, hanya murid yang sudah pandai membaca Al-Quran sahaja yang boleh membaca perkataan dan ayat Bahasa Arab dengan betul dan lancar. Ini adalah kerana mereka sudah mahir untuk mengaplikasikan sistem tanda dan baris bagi huruf tunggal, huruf bersambung dan perkataan Bahasa Arab. Begitu juga dalam P&P Khatam Al-Quran, apabila saya meminta mereka membaca perkataan atau ayat Al-Quran, mereka sukar untuk melakukannya walaupun diminta membaca setiap huruf demi huruf yang bersambung dan diletakkan pelbagai tanda dan baris itu dalam satu perkataan. 5.2.2 Analisis Ujian Pengesanan Berdasarkan ujian Bahasa Arab dan Al-Quran, masalah yang sama sering berlaku. Ini menyebabkan markah keseluruhan bagi ujian tersebut terjejas. 5.3 Tindakan yang dijalankan Tindakan yang dijalankan berdasarkan analisis yang telah dijalankan. Oleh itu, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memberi galakan kepada muridmurid terbabit untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. Tindakan selanjutnya ialah: 8

Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris kepada murid-murid. Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab dan bersambung dengan sistem tanda dan baris kepada murid-murid. Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-Quran yang mudah. Latih tubi bacaan Buku Iqra setiap hari satu muka surat. 5.4 Pelaksanaan Aktiviti 5.4.1 Aktiviti 1: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris Walaupun secara asasnya murid-murid sudah belajar dan mengenal hurufhuruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris 4 ini ketika Tahun 1, tetapi adalah tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang guru untuk mengulangkaji perkara ini dalam peringkat pengenalan untuk kumpulan murid Tahun 6 yang lemah ini supaya mereka benar-benar menguasainya dengan betul dan lancar kerana biasanya mereka tahu menyebut dan membaca huruf-huruf tunggal Arab ini dengan betul tetapi tidak lancar. Aktiviti dijalankan seperti berikut: a. Guru menunjukkan semua huruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris. b. Guru membaca semua huruf tunggal Arab tersebut dan meminta murid membaca mengikut contoh bacaan guru secara ramai, individu atau mengikut giliran. 4 Lihat Lampiran D: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris 9

c. Guru mengedarkan kad imbasan huruf tunggal Arab kepada setiap murid. d. Guru meminta wakil murid untuk menyebut satu huruf dan murid yang mempunyai kad huruf tersebut diminta menunjukkannya atau menampalnya di papan hitam. Proses ini dilakukan sehingga selesai semua huruf. e. Guru menyebut satu huruf dan meminta murid menuliskan huruf tersebut di papan hitam. Proses ini dilakukan sehingga selesai semua huruf. f. Guru meminta setiap murid membaca huruf yang ada pada kad imbasan mereka. Kad-kad tersebut boleh ditukar supaya setiap murid dapat peluang membaca huruf-huruf yang berbeza. Pemerhatian Setiap murid tidak semestinya diberikan satu kad huruf sahaja, tetapi apabila mereka sudah dapat menyebut dan membaca satu huruf dengan betul dan lancar, maka mereka boleh diberikan dua hingga lima kad huruf sekaligus supaya dapat membiasakan diri apabila membaca perkataan pula. Refleksi Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid lebih cepat menguasai kemahiran membaca huruf-huruf tunggal Arab kerana kepelbagaian aktiviti walaupun menggunakan satu bahan bantu mengajar sahaja. 10

5.4.2 Aktiviti 2: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem Tanda dan Baris 5 Berbeza dengan tulisan huruf Rumi, huruf Arab sama ada tunggal atau bersambung perlu diletakkan tanda dan baris bagi peringkat kemahiran asas dan sederhana (sekolah rendah dan menengah) supaya murid dapat mengenal dan membaca huruf dan perkataan dengan betul dan lancar. Aktiviti ini dijalankan seperti berikut: a. Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal Arab berbaris satu di atas dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan individu. b. Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal Arab berbaris satu di bawah dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan individu. c. Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal Arab berbaris satu di depan dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan individu. d. Guru menunjukkan dan membaca setiap huruf tunggal Arab yang berbaris satu di atas, satu di bawah dan satu di depan, dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan individu. e. Guru menunjukkan dan membaca setiap huruf tunggal Arab yang berbaris dua di atas, dua di bawah dan dua di depan, dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan individu. 5 Lihat Lampiran E: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem Tanda dan Baris 11

f. Guru mengedarkan kad imbasan huruf tunggal Arab pelbagai baris itu kepada setiap murid dan meminta mereka membaca huruf berbaris tersebut secara individu. Kad-kad tersebut boleh ditukar supaya setiap murid dapat peluang membaca hurufhuruf yang berbeza barisnya. g. Guru menyebut satu huruf berbaris yang berbeza dan meminta murid menuliskan huruf dengan barisnya di papan hitam. Proses ini dilakukan sehingga selesai semua huruf. h. Kali ini, guru menunjukkan satu perkataan yang terdiri daripada huruf-huruf yang bersambung dengan pelbagai baris. Pada peringkat permulaan, murid diminta untuk membaca setiap huruf berbaris itu satu persatu secara ramai atau individu. i. Apabila sudah lebih lancar, guru menunjukkan beberapa perkataan yang mengandungi huruf-huruf yang bersambung dengan baris yang berbeza. Murid diminta untuk membacanya secara ramai atau individu. Pemerhatian Setiap murid tidak semestinya diberikan satu kad huruf sahaja, tetapi apabila mereka sudah dapat menyebut dan membaca satu huruf dengan betul dan lancar, maka mereka boleh diberikan dua hingga lima kad huruf sekaligus supaya dapat membiasakan diri apabila membaca perkataan pula. 12

Refleksi Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid lebih cepat menguasai kemahiran membaca huruf-huruf tunggal Arab kerana kepelbagaian aktiviti walaupun menggunakan satu bahan bantu mengajar sahaja. 5.4.3 Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-Quran yang mudah Aktiviti ini dilaksanakan sama ada menggunakan kad imbasan, slaid multimedia/powerpoint, buku teks dan buku Iqra. Ia sedikit berbeza dengan aktiviti 2 kerana pada peringkat ini terdapat penambahan sistem tanda asas seperti tanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan mad (panjang) 6. Aktiviti ini dijalankan seperti berikut: a. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu huruf diletakkan pelbagai baris, manakala satu huruf lagi diletakkan tanda sukun (mati). b. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta murid membacanya secara ramai atau individu. c. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu huruf diletakkan pelbagai baris, manakala satu huruf lagi diletakkan tanda syaddah (sabdu). d. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta murid membacanya secara ramai atau individu. 6 Lihat Lampiran F: Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan mad (panjang) 13

e. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu huruf diletakkan pelbagai baris, manakala satu huruf lagi diletakkan tanda syaddah (sabdu). f. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta murid membacanya secara ramai atau individu. g. Guru mengedarkan kad imbasan kepada murid-murid atau memaparkan pada slaid, perkataan Bahasa Arab atau potongan ayat Al-Quran yang mempunyai pelbagai tanda dan baris. h. Guru meminta murid membacanya dengan betul dan lancar. Pemerhatian Apabila murid sudah dapat mengaplikasikan sistem baris dalam membaca perkataan Bahasa Arab, dengan menggabungkan sistem tanda sukun (mati) dan syaddah (sabdu) ke dalam sistem baris, maka murid dapat mengenal dan membaca perkataan Bahasa Arab dengan betul. Refleksi Pada peringkat ini, murid sudah boleh membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan betul dan lancar kerana mereka sudah mengenali dan menguasai sistem tanda dan baris yang asas dalam huruf tunggal dan huruf bersambung serta perkataan Bahasa Arab. 5.4.4 Aktiviti 4: Latih tubi bacaan Buku Iqra setiap hari satu muka surat Oleh kerana murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran ini didapati 14

mereka malas dan tidak membuat latihan mengulangkaji bacaan Buku Iqra di rumah, maka saya perlulah mengadakan aktiviti setiap hari satu muka surat 7 di sekolah. Cara aktiviti ini dijalankan seperti berikut: a. Guru meminta murid membawa Buku Iqra milik sendiri dari rumah atau menggunakan Buku Iqra milik sekolah pada setiap hari persekolahan. b. Pada hari yang diadakan P&P Khatam Al-Quran iaitu 3 hari (6 waktu=3 jam), maka aktiviti ini dilaksanakan dalam waktu P&P. c. Baki 2 hari lagi diadakan aktiviti ini pada waktu P&P Tasmik. Pemerhatian Aktiviti ini jika dapat dilakukan secara berterusan tanpa gangguan seperti guru dipanggil mesyuarat/berkursus atau terdapat aktiviti/program sekolah lain, maka murid yang lemah ini dapat dipulihkan penguasaan bacaan mereka walaupun mereka tidak mengulangkaji atau membuat latih tubi bacaan di rumah. Refleksi Apabila aktiviti ini dilakukan secara berterusan tanpa gangguan dan yang paling penting di bawah bimbingan dan pemantauan guru, maka ia adalah lebih baik daripada meminta murid ini membuat latih tubi bacaan sendiri tanpa pengawasan ibu bapa/penjaga di rumah. 7 Lihat Lampiran G: Contoh satu muka surat Buku Iqra 15

5.5 Refleksi Kajian 5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid Selepas kajian dijalankan saya dapat melihat perubahan positif ke atas murid-murid saya dan saya sendiri. Sebelum ini, saya tidak mempelbagaikan alat dan bahan bantu mengajar dengan hanya membataskan kepada penggunaan papan hitam, Buku Teks dan Buku Iqra sahaja. Apabila menggunakan buku sahaja, maka aktiviti yang berpusatkan murid tidak dapat dipelbagaikan dan diperbanyakkan. Setelah semua aktiviti ini dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran adalah sangat baik khususnya bagi Aktiviti 1 dan Aktiviti 2. Kesemua aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan keyakinan diri murid juga menunjukkan perubahan yang lebih positif. Walaupun dalam ujian PKBS 1, markah yang diperolehi mereka tidak cemerlang (A) atau baik (B), tetapi sekurang-kurangnya sasaran saya untuk mengeluarkan mereka daripada mendapat markah gagal (E dan D) kepada markah lulus dengan memuaskan (C) sedikit sebanyak tercapai. 5.5.2 Rumusan Pemerhatian Apabila murid-murid ini sudah dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca mereka dari satu tahap yang rendah ke tahap yang lebih baik, atau sebelum ini mereka selalu gagal dan sekarang boleh lulus dalam ujian, maka saya dapat lihat perubahan sikap yang lebih positif dalam diri mereka seperti 16

bertambah minat untuk belajar Bahasa Arab dan lebih rajin membuat latihan yang diberikan oleh guru. 6. CADANGAN SETERUSNYA Saya dapati kajian penguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran ini perlu diperluaskan kepada tiga lagi aspek kemahiran bahasa yang lain iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran menulis. Dengan melengkapkan kajian ini meliputi kesemua empat aspek kemahiran bahasa ini, maka ia dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang masalah dan penyelesaian P&P Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran. Tambahan pula, kajian ini bukan sahaja dapat menghasilkan kesan yang positif kepada diri saya sendiri sebagai seorang guru, tetapi apa yang lebih penting ialah ia dapat meningkatkan penguasaan murid. Saya juga bercadang untuk meneruskan program ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran bagi murid lemah di tahap lain pula. Kajian ini juga menjadikan guru sentiasa berfikiran positif, kritis, kreatif dan inovatif sentiasa fleksibal dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. 7. BAHAN YANG DIPERLUKAN Bahan- bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah seperti : Kad Manila = 10 (untuk setiap huruf tunggal tanpa baris, huruf tunggal berbaris satu/dua di atas/di bawah/di depan) Marker Pen = 3 (tiga warna iaitu hitam, biru dan merah) Gunting, pembaris, pen, pensel, pensel warna, kertas A4 Kertas Soalan Ujian Bahasa Arab Kertas Soalan Ujian Pendidikan Islam (Khatam Al-Quran) 17

8. ANGGARAN KOS Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan ialah : Kad Manila = 10 x RM 0.50 = RM 5.00 Marker Pen = 3 x Rm 2.00 = Rm 6.00 9. JADUAL PELAKSANAAN (1 Februari 2010 28 Februari 2010) BIL AKTIVITI TEMPOH PELAKSANAAN 1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 2 hari 2 Menulis proposal 1 hari 3 Merancang tindakan-individu 2 hari 4 Membuat Pemerhatian 1 hari 5 Ujian pengesanan 1 hari 6 Melaksanakan tindakan- aktiviti 1 3 hari 7 Analisis tindakan aktiviti 1 1 hari 8 Melaksanakan tindakan aktiviti 2 3 hari 9 Analisis tindakan aktiviti 2 1 hari 10 Melaksanakan tindakan- aktiviti 3 3 hari 11 Analisis tindakan aktiviti 3 1 hari 12 Melaksanakan tindakan- aktiviti 4 3 hari 13 Analisis tindakan aktiviti 4 1 hari 14 Refleksi kajian 1 hari 15 Menulis laporan kajian 3 hari 16 Pembentangan laporan kajian 1 hari 18

Lampiran A: Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab Bil Nama Kertas 1 Kertas 2 Jumlah Gred (30%) (70%) 1 Abd Hannan bin Ahmad Shalaby 10 22 32 D 2 Abd Wahed bin Mawi 19 21 40 C 3 Ahmad Saini bin Sifihudin 8 19 27 D 4 Alias bin Fauzi 20 13 33 D 5 Budiyanto bin Sadi 18 22 40 C 6 Meor Mohd Aikal bin Meor Mohd 15 28 43 C Redzuan 7 Muhd Akmal bin Ahmad Tarmizi 17 24 41 C 8 Zulkifli bin Rafie 6 23 29 D 9 Intan Syafinaz bt Mohd Shobri 17 26 43 C 10 Nor Shasha Melissa bt Pakaruddin 25 22 47 C Laporan Pencapaian j-qaf 2009 Analisa Khatam Al-Quran Bil Nama Iqra Jumlah Markah Ayat (60) Kualiti Bacaan (40) 1 Abd Hannan bin Ahmad Shalaby 4 60 15 2 Abd Wahed bin Mawi 6 60 20 3 Ahmad Saini bin Sifihudin 4 60 15 4 Alias bin Fauzi Tidak 60 25 5 Budiyanto bin Sadi 4 60 15 6 Meor Mohd Aikal bin Meor Mohd 4 60 15 Redzuan 7 Muhd Akmal bin Ahmad Tarmizi 4 60 15 8 Zulkifli bin Rafie 4 60 15 9 Intan Syafinaz bt Mohd Shobri 4 60 15 10 Nor Shasha Melissa bt Pakaruddin 4 60 15 19

Lampiran B: Borang Pemerhatian 20

Lampiran C: Kertas Soalan Ujian Pengesanan C 21

Lampiran D: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris 22

Lampiran E: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem Tanda dan Baris 23

Lampiran F: Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan mad (panjang) 24

Lampiran G: Contoh satu muka surat Buku Iqra 25