Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

dokumen-dokumen yang mirip
Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

2.0 PENYATAAN MASALAH

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENGUMUMAN ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN Oleh

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

PROGRAM DWIBAHASA DUAL LANGUAGE PROGRAMME

DASAR PROGRAM PERANTARA AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

INFO PROGRAM INTERVENSI MURID TAHUN 6 DAN PENGGUNAAN BAHAN INTERVENSI PPSMI MURID TAHUN 6 MATA PELAJARAN : SAINS

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

SOALAN-SOALAN LAZIM UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)MULAI TAHUN 2016

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

SOALAN DAN MAKLUMBALAS BERKAITAN PELAKSANAAN MPU

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

1 Soal Jawab ini telah dikemaskini pada 5 May 2014 SOAL JAWAB. Kategori Soalan : Umum Bil. Soalan Jawapan

PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN NORDIN TAHIR IPIP

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)

015/025/035 MATEMATIK

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

Bab 6: Kurikulum di Malaysia. Hasil Pembelajaran

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

Transkripsi:

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya 1.0 Pendahuluan Isu kelas peralihan sering mendapat perhatian para guru,ibu bapa dan masyarakat secara umumnya. Kelas peralihan diperkenalkan dengan objektif untuk menyediakan platform dalam usaha meningkatkan serta mengukuhkan penguasaan bahasa dan komunikasi dalam kalangan pelajarpelajar daripada sekolah vernakular (Melayu,Cina,dan Tamil) sebelum mereka meneruskan pembelajaran di sekolah menengah. (Akta Pendidikan 1996) Dalam konteks kelas peralihan pada masa kini, pelbagai keluhan serta persoalan diutarakan oleh pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu kelas peralihan. Ketidakpuasan ini berpunca daripada pendekatan di mana pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi yang baik dalam mata pelajaran bahasa dalam peperiksaan UPSR sahaja dibenarkan melangkah ke tingkatan satu. Pelajar-pelajar yang dianggap lemah dalam mata pelajaran bahasa pula terpaksa mengikuti kelas peralihan. Situasi ini menimbulkan beberapa isu yang lain. Isu pertama ialah pelajar-pelajar yang mengikuti kelas peralihan kerana penguasaan bahasa yang lemah dianggap kurang berkebolehan dari segi akademik berbanding dengan mereka yang berjaya ke Tingkatan satu. Ini menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan para pelajar dan ibu bapa kerana ada di antara pelajar-pelajar tersebut yang berprestasi baik dalam mata pelajaran lain seperti Sains dan Matematik yang juga merupakan kayu pengukur kecemerlangan akademik. Stigma sebagai pelajar-pelajar yang tidak berkebolehan boleh mematahkan semangat serta menjejaskan motivasi dalam kalangan pelajar-pelajar ini. Isu kedua pula melibatkan pelajar-pelajar yang sememangnya tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam semua mata pelajaran dan kurang bermotivasi untuk mencapai kejayaan dari segi akademik. Kebiasaannya kumpulan ini hanya bergaul sesama mereka selama satu tahun di mana wujud peluang bagi pelajar-pelajar

ini untuk menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang lebih menyeronokan berbanding dengan pendidikan formal di sekolah. Aktiviti-aktiviti ini berkait dengan permasalahan sosial yang semakin berleluasa pada masa kini. Penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti seumpama ini hanya akan melahirkan lebih ramai juvana delinkuen atau pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan sekolah. Situasi ini amatlah bercanggah dengan objektif pelaksanaan kelas peralihan oleh kerajaan. Justeru itu, satu kajian empirikal yang terperinci mengenai kelas peralihan diperlukan untuk menilai keberkesanan dan kesesuaian kelas peralihan disamping mengutarakan cadangan yang sesuai bagi pengubahsuaian kelas peralihan di Malaysia. 2.0 Abstrak Kajian bertajuk Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Kelas Peralihan(KP) dalam sistem pendidikan di Malaysia. Metodologi kajian ini adalah gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Sampel kajian ini terdiri daripada pelajarpelajar, guru-guru, pentadbir-pentadbir sekolah, ibu bapa, tokoh politik, wakilwakil NGO, organisasi-organisasi pendidikan serta media yang terpilih. Sejumlah 54 temubual yang melibatkan para pelajar, guru, pentadbir sekolah, ahli politik, wakil media, organisasi pendidikan dan NGO telah dijalankan. Data kuantitatif dikumpul melalui 548 soal selidik yang telah diedarkan kepada 414 pelajar, 40 guru, dan 94 ibu bapa. Skor Cronbach Alpha soal selidik yang telah diedarkaan adalah 0.66, 0.30 dan 0.77 masing-masing untuk ibu bapa, pelajar dan guru. Antara penemuan utama kajian ini jelas membuktikan bahawa objektif KP tidak tercapai disebabkan kelemahan dalam pelaksanaan serta kurikulum KP yang kurang memberi tumpuan terhadap mata pelajaran penting seperti Sains dan Matematik. Pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan juga telah menekankan pendapat mereka bahawa KP harus dimansuhkan, dikaji semula atau dirombak. Penemuan kajian juga jelas menunjukkan terdapat keperluan untuk memansuhkan KP kerana ia didapati sebagai saluran yang kurang efektif

dalam meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar sekolah Tamil. Kajian ini menyarankan agar pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di peringkat sekolah rendah Tamil diperkukuhkan supaya pelajar-pelajar dapat mencapai tahap penguasaan asas sebelum meninggalkan sekolah rendah. 3.0 Soalan Kajian Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut: 3.1 Sejauh manakah kelas peralihan mencapai hasil yang dikehendaki? 3.2 Sejauh manakah sumber-sumber yang sedia ada membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas peralihan? 3.3 Apakah pencapaian yang diharapkan oleh pihak berkepentingan terhadap kelas peralihan? 4.0 Reka bentuk Kajian Kajian ini menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif untuk memastikan data kedua-dua pendekatan mengukuhkan penemuan kajian. Pendekatan ini juga membolehkan data kualitatif dari pelbagai sumber digabungkan untuk mengenalpasti aliran dan pola yang selaras dengan data kuantitatif. Analisis data secara kuantitatif dan kualitatif pula dapat menyokong dan melengkapkan hasil penemuan kedua-dua pendekatan dalam kajian ini. 5.0 Ringkasan Hasil Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sama ada kelas peralihan masih relevan dan patut diteruskan. Walaupun data yang dikumpul menunjukkan segelintir pelajarpelajar yang pada amnya gembira dengan kelas peralihan dan arahan yang diberikan oleh guru yang mengajar serta memperolehi manfaat daripada kelas peralihan, beberapa isu sering dibangkitkan berkenaan status kelas peralihan

dan pelaksanaan kelas peralihan di sekolah-sekolah. Cadangan untuk mengkaji semula status kelas peralihan, kurikulum, buku teks dan tenaga pengajar turut disuarakan oleh pihak-pihak yang ingin meneruskan kelas peralihan. Mereka juga prihatin terhadap pengurusan dan pelaksanaan kelas peralihan di sekolah. Kesan negatif kelas peralihan dalam kalangan para pelajar akibat dipisahkan dari pendidikan arus perdana juga diutarakan oleh pihak tersebut. Mereka turut mencadangkan isu-isu ini harus dikupas serta diatasi secara objektif dan profesional. Menurut kajian ini, pelajar-pelajar daripada sekolah vernakular wajib mengikuti kelas peralihan pada peringkat awal pelaksanaan kelas ini. Kelas peralihan diperkenalkan untuk memberikan kelas tambahan selama satu tahun kepada pelajar-pelajar tersebut sebagai inisitif pemerkasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, timbul beberapa perubahan positif yang menyebabkan hanya sebilangan kecil pelajar-pelajar daripada sekolah vernakular yang mengikuti kelas peralihan di sekolah menengah. Antara inisiatif yang membawa perubahan tersebut adalah kebenaran membolehkan pelajar-pelajar yang mendapat minimum gred C dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam peperiksaan UPSR mara ke Tingkatan 1 tanpa mengikuti kelas peralihan. Ada juga situasi di mana sesetengah murid yang tidak berjaya untuk mendapatkan gred minimum C, berjaya ke tingkatan 1 dengan kelulusan daripada pengetua sekolah setelah menduduki satu ujian khas yang dijalankan oleh pihak sekolah. Malangnya, tiada garis panduan khusus untuk para pengetua sekolah berbuat demikian menyebabkan hanya sebilangan kecil murid murid yang menerima manfaat daripada inisiatif sebegini. Secara keseluruhannya, pihak berkepentingan memberi sambutan yang baik terhadap peningkatan inisiatif-inisiatif untuk mengurangkan bilangan pelajarpelajar yang mengikuti kelas ini. Malah, mereka ingin melihat lebih banyak pengurangan dalam bilangan pelajar-pelajar yang mengikuti kelas peralihan. Menurut analisis data kajian, terdapat banyak situasi di mana pelajar-pelajar yang mendapat keputusan A dan B untuk semua mata pelajaran tetapi tidak berjaya mendapat gred minimum C untuk Bahasa Malaysia diwajibkan mengikuti kelas

peralihan. Persoalannya adalah apakah punca pelajar-pelajar ini cemerlang dalam mata pelajaran lain tetapi bukannya Bahasa Malaysia. Timbul juga persoalan kenapa mereka yang cemerlang dalam mata pelajaran lain diwajibkan mengikuti kelas peralihan hanya disebabkan kegagalan dalam mencapai gred minima C dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia manakala semua murid daripada sekolah kebangsaan dibenarkan ke tingkatan satu tanpa mengambil kira gred dalam peperiksaan UPSR. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini tidak berminat mengikuti kelas peralihan atas alasan memilih untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka daripada sekolah rendah dan juga mengelakkan diri daripada ketinggalan selama setahun. Malah, dua per tiga guru-guru kelas peralihan berpendapat bahawa pelajar-pelajar kelas peralihan sepatutnya dibenarkan ke tingkatan satu selewat-lewatnya selepas peperiksaan pertengahan tahun. Memandangkan mereka yang mengikuti kelas peralihan adalah dari sekolah vernakular, kebanyakan pelajar-pelajar ini adalah daripada satu etnik. Mereka secara tidak langsung, dipinggirkan daripada arus utama persekolahan selama satu tahun dan hanya bergaul sesama mereka. Ironiknya, pelajar-pelajar yang sepatutnya menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, hanya akan menggunakan bahasa ibunda mereka kebanyakkan masa. Dalam konteks ini, pengalaman guru-guru menuding kearah integrasi etnik yang rendah dalam kalangan pelajar-pelajar kelas peralihan. Penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa komunikasi adalah minima dan memerlukan perhatian yang serius. Isu serius lain yang diutarakan oleh pihak berkepentingan adalah identiti diri dan tahap motivasi dalam kalangan murid kelas peralihan. Mereka rungsing dengan situasi di mana pelajar-pelajar ini dialihkan daripada aliran utama dan ditempatkan dalam situasi yang berbeza dan menjejaskan motivasi mereka. Sementara rakan-rakan mereka meneruskan pendidikan ke tingkatan satu, mereka dialihkan dan ditempatkan bersama pelajar yang berprestasi rendah. Tidak dapat dinafikan bahawa pelajar-pelajar yang mengikuti kelas peralihan ini rasa terpinggir dan didiskriminasi. Berdasarkan maklum balas daripada pihak berkepentingan, kebanyakan guru-guru yang mengajar di kelas peralihan mempunyai motivasi dan minat yang rendah.

Memandangkan kelas peralihan diperkenalkan sebagai usaha untuk memperkasakan pelajar-pelajar dari sekolah vernakular yang gagal untuk menguasai kemahiran dalam kedua dua mata pelajaran ini, persoalan yang sering ditimbulkan adalah sama ada guru-guru yang mengajar kelas peralihan ini mendapat latihan yang secukupnya. Sebagai contoh, adakah guru-guru ini bersedia untuk mengajar Bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua kepada pelajar-pelajar berbangsa India dan Cina. Dalam konteks ini, hampir kesemua pihak berkepentingan menyuarakan bahawa guru guru yang mengajar Bahasa Malaysia dalam kelas peralihan haruslah terdiri daripada mereka yang boleh berkomunikasi dalam bahasa ibunda pelajar-pelajar tersebut. Satu lagi persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada guru-guru yang mengajar kelas peralihan dilatih untuk memberikan perhatian dan bimbingan secara spesifik. Malangnya, keperluan ini tidak dapat direalisasikan. Adalah mustahil bagi guru-guru yang tidak terlatih ini memberi perhatian dan bimbingan kepada pelajar yang dianggap sebagai pelajar berprestasi rendah. Walaupun guru-guru ini mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan, apakah yang boleh dilakukan jika jumlah pelajar-pelajar dalam kelas peralihan adalah sama dengan kelas-kelas yang lain? Bagaimanakah kita boleh mengharapkan perubahan yang signifikan dicapai tanpa mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Pihak berkepentingan juga mengutarakan kebimbangan mereka terhadap sukatan pelajaran atau kurikulum yang digunakan dalam kelas peralihan. Walaupun mata pelajaran Sains dan Matematik telah digabungkan dalam kurikulum bahasa, isu kedua dua mata pelajaran ini tidak diajar untuk jangka masa setahun menimbulkan kebimbangan dan persoalan. Persepsi umum pihak berkepentingan seperti media massa dan ahli politik yang telah diambil kira dan dianalisa dalam kajian ini menyarankan agar kurikulum kelas peralihan dikaji dan dirombak semula. Antara saranan tersebut adalah untuk merangkumkan mata pelajaran teras. Selain itu, ada juga saranan untuk mengkaji semula buku teks agar kandungannya lebih kontemporari dan merangkumi latihan/aktiviti pengukuhan yang lebih menyeluruh.

6.0 Cadangan Para pengkaji ingin mengutarakan beberapa cadangan berdasarkan data yang dikumpul, dianalisa dan ditafsirkan untuk kajian ini. 6.1 Pemansuhan Kelas Peralihan Secara Berperingkat Pemansuhan kelas peralihan haruslah dilaksanakan secara berperingkat bermula dari Januari 2013 dan dimansuhkan sepenuhnya sebelum Disember 2015. Pelajarpelajar haruslah dibenarkan untuk meneruskan pendidikan ke tingkatan satu. Mereka harus dibenarkan untuk meneruskan pendidikan dalam aliran utama dan diberikan peluang sama rata untuk belajar dan bergaul seperti rakan-rakan sebaya yang lain. Pelajar-pelajar ini yang gagal untuk menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris walaupun selepas menghadiri kelas pemulihan perlu ditempatkan di semua kelas Tingkatan satu di mana mereka berpeluang untuk bergaul dan belajar daripada rakan-rakan mereka yang berprestasi sederhana ataupun cemerlang. Lebih penting lagi adalah pendekatan ini akan membolehkan mereka didedahkan kepada penggunaan pelbagai bahasa dan budaya yang secara langsung dan tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran lingustik dan komunikasi yang lain. Inisiatif-insiatif berikut dicadangkan bersama cadangan utama dalam usaha menyediakan pendekatan yang menyeluruh bagi pemansuhan kelas peralihan secara berperingkat. 6.2 Program Intervensi Pelajar-pelajar yang gagal menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris haruslah dikenalpasti pada peringkat awal lagi. Pelajar-pelajar ini haruslah dikenalpasti pada penghujung Tahun Tiga di sekolah rendah lagi bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa sistem ini disebabkan penguasaan Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris yang lemah. Ini adalah penting kerana 40 peratus daripada pelajarpelajar yang menamatkan 6 tahun pembelajaran di sekolah Tamil gagal mendapat keputusan minimum gred C dalam Bahasa Malaysia. Sekiranya kelemahan mereka dapat dikenalpasti pada peringkat awal, program intervensi dapat dijalankan agar bilangan pelajar-pelajar yang gagal untuk mendapatkan keputusan minimum gred C dalam Bahasa Malaysia dapat menjangkau kurang dari lima peratus. 6.3 Saiz Kelas Untuk program intervensi, pelajar-pelajar yang ditempatkan dalam setiap kelas haruslah kurang daripada 25 orang. Ini adalah untuk memberikan masa dan ruang kepada guru-guru untuk memberi tumpuan terhadap setiap pelajar agar perubahan yang signifikan dapat dicapai. 6.4 Pendidikan untuk Guru Guru guru yang mengajar pelajar-pelajar di bawah program intervensi haruslah diberi latihan yang secukupnya agar mereka boleh memenuhi keperluan khas pelajar-pelajar ini. Guru-guru ini haruslah didedahkan kepada kursus-kursus pembangunan profesional. Pelajar-pelajar ini haruslah diberikan perhatian dan bimbingan yang secukupnya. Selain daripada itu, memandangkan bahasa ibunda kebanyakan murid- murid ini bukan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, keduadua mata pelajaran ini perlu diajar melalui strategi yang sesuai agar mereka dapat menguasai kemahiran bahasa yang diperlukan. Salah satu strategi adalah penggunaan pendekatan pengajaran Bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua. 7.0 Kesimpulan Kajian yang bertujuan untuk menilai keberkesanan kelas peralihan merupakan insiatif pertama untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai isu ini dan mengutarakan cadangan yang sesuai. Sejak dulu lagi, isu kelas peralihan mendapat

perhatian yang serius dalam kalangan pihak berkepentingan dan penemuan kajian pula menyokong kuat pemansuhan kelas peralihan secara berperingkat demi kebaikan masa depan pelajar-pelajar. Kumpulan pengkaji berharap agar cadangan yang diutarakan diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab dan membuat perubahan yang diperlukan. Kumpulan pengkaji juga berpendapat bahawa perubahan-perubahan harus dilaksanakan kini memandangkan negara kita sedang melaksanakan Program Transformasi kerajaan yang juga merangkumi perubahan dalam bidang pendidikan.