BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

dokumen-dokumen yang mirip
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Taklimat untuk Guru BM

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

WPK 1113 Psikologi Kognitif Teori-Teori Kognitif

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

TEORI PEMBELAJARAN. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan.

Teknologi Pengajaran (2 jam)

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kurikulum Kebangsaan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam tradisi ilmiah di Malaysia

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

BAHAGIAN A 30 Markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan. 1. Falsafah pendidikan essentialisme memberi penekanan kepada

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Huraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Empat

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KESUSASTERAAN MELAYU

ARAHAN: ( )

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Psikologi kognitif. Sinopsis:

2.0 PENYATAAN MASALAH

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

3/1/2017. Deduktif. Integratif. Induktif. Definisi : Jabatan Ilmu Pedidikan IPGK Tun Hussein Onn Batu Pahat

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Teori Pembelajaran. 9/24/2010 Nordin Bin Tahir, IPIP 1

Huraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Lima

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Huraian Sukatan Pelajaran BIOLOGI Tingkatan Lima

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Unit 5 Pendekatan Tematik

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

Huraian Sukatan Pelajaran SAINS Tahun Empat 2002

PENDEKATAN PENGAJARAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Transkripsi:

1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Menurut Ramlah dan Mahani (2002), konstruktivisme bukanlah suatu konsep baru. Ia berasal daripada falsafah dan telah diaplikasikan dalam bidang sosiologi, antropologi psikologi kognitif dan pendidikan. Dalam bidang pendidikan khususnya, konstruktivisme dianggap sebagai pendekatan bagi menghasilkan pembelajaran bermakna. Konstruktivisme seperti yang dinyatakan oleh seorang ahli falsafah pada tahun 1710, Giambatista Vico menyatakan asas konsep konstruktivisme sebagai one only knows something if one can explain it. Immanuel kant menyokong pendapat Giambatista ini dan mengatakan bahawa manusia bukanlah sebagai penerima maklumat yang pasif. Beliau menjelaskan, pelajar menerima maklumat dengan aktif dan menghubungkannya dengan maklumat yang terdahulu yang telah diasimilasikan dan seterusnya menjadikan maklumat itu miliknya dengan membina kefahaman dan membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut. Pada awalnya, perspektif mengenai konstruktivisme dikaji, dipelopori dan diperkembangkan oleh berbilang ahli falsafah serta ahli psikologi seperti John Dewey, Piaget, Vgotsky, Gestalt, Bartlett, Bruner, Ernst Von Glaserfeld, J. Anderson, Seymour Papert dan Confrey.

2 John Dewey dalam Ramlah dan Mahani (2002) menyatakan konstruktivisme dalam bidang pendidikan itu sebagai pembelajaran bermakna. Menurut Jewey lagi, pembelajaran bermakna ini adalah mencakupi proses learning by doing yang mana proses ini akan dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman tentang sesuatu masalah yang cuba untuk dihuraikan. Pada asasnya, konstruktivisme dapat dilihat sebagai suatu kepercayaan bahawa pembelajaran bermula daripada pengetahuan dan pengalaman yang tersimpan dalam stor memori atau struktur kognitif pelajar. Dalam proses pembelajaran, maklumat baru akan diproses dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada struktur kognitif dalam minda pelajar. Pembelajaran bermakna akan berlaku apabila maklumat baru dapat dikaitkan dengan struktur kognitif sedia ada untuk membina suatu kerangka baru ilmu pengetahuan yang lebih luas. Selain itu, idea konstruktivisme dalam pembelajaran turut menyatakan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna melalui pengajaran guru. Ini membawa erti bahawa guru tidak boleh belajar bagi pihak murid dan murid sendiri perlu melibatkan diri secara aktif untuk merangsang pengaliran input idea sama ada secara hidu, lihat, dengar, rasa dan sentuh secara berterusan kefahaman tentang suatu pengetahuan baru berlaku apabila input deria dihubungkaitkan dengan struktur kognitif pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk berperanan saling bersandar di antara satu sama lain. Pada asasnya, guru berperanan untuk tidak menganggap bahawa minda murid seumpama tin kosong yang perlu diisikan dengan fakta dan pengetahuan baru. Guru turut berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Selain itu, guru adalah berperanan sebagai pengurus bilik darjah untuk menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna.

3 Murid pula berperanan untuk tidak menganggap guru sebagai pembekal maklumat utama tetapi sebagai suatu daripada sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat dan menggalakkan mereka berfikir serta berkomunikasi. Murid turut berperanan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap segala usaha untuk mencari pelbagai cara bagi memproses maklumat dan menyelesaikan masalah. Selain itu, murid perlu mendisiplinkan diri untuk sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran seperti yang dianjurkan oleh guru. Menurut Ramlah dan Mahani (2002), ahli konstruktisme turut berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru seharusnya menerima sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana individu itu dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Proses pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme memberi ruang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperoleh sesuatu konsep atau pengetahuan. 1.2 Latar belakang masalah Satu pandangan baru tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan telah mula menarik perhatian para pendidik seluruh dunia. Pandangan baru ini menganggap murid bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pandangan ini dikenali sebagai konstruktivisme yang mampu menyediakan warganegara yang berupaya menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan. Satu daripada teori pembelajaran yang banyak mempengaruhi pendidikan adalah teori behaviorisme. Antara ahli psikologi yang menjadi pendokong behaviorisme adalah

4 B. F. Skinner, John B. Watson dan Edward Thorndike. Mereka amat berminat dengan tingkah laku yang boleh diperhatikan. Penyelidikan mereka tertumpu kepada tingkah laku ini. Mereka tidak mementingkan struktur mental yang melibatkan pemikiran, idea, impian dan imej mental. Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan individu diberi penekanan. Menurut mereka, jika kita ingin sesuatu perlakuan itu dilakukan lagi atau diulangi, maka kita hanya perlu mengukuhkannya dengan memberi ganjaran, atau jika kita hendak menghentikan atau mengurangkan sesuatu perlakuan, maka kita menghukum atau menghentikan ganjarannya. Implikasi behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam kesannya. Menurut Gardner dalam Sharifah Maimunah (2001), dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, seorang guru akan menulis objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran. Guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya telah tahu atau mengambil kira apakah perubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran. Guru hanya mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan perlakuan yang dikehendaki dengan menekankan kepada latih tubi. Guru lebih menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan, bukannya kefahaman murid. Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan ialah secara kognitivisme. Penggerak utama kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea utama kognitivisme adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia. Jika maklumat ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini. Sekiranya tidak secocok dengan skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai atau skema akan diubah suai. Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara konstruktivisme. Mengikut konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap

5 secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Perbezaan di antara konsep pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme dinyatakan seperti di dalam jadual 1 berikut Jadual 1: Perbezaan konsep pembelajaran behaviourisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Behaviorisme Kognitivisme Konstruktivisme Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema. Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran atau hukuman. Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu diterima. Jika tidak, ada. Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan. maklumat itu ditolak atau diubah suai, atau skema diubah suai. Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran.

6 1.3 Penyataan masalah Pendidikan di negara kita adalah bertujuan untuk melahirkan insan dinamis, berilmu pengetahuan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Matlamat pendidikan di negara ini akan tercapai dengan sempurna jika wujudnya jentera, guru atau tenaga pengajar yang benar-benar berwibawa. Berwibawa di sini bermaksud guru yang bijak merancang strategi, mengamalkan pelbagai aktiviti serta menggabungkan pelbagai idea yang berkaitan dalam setiap proses pengajarannya bagi menghasilkan pembelajaran bermakna kepada semua pelajar. Menurut Shamsudin (1998), guru-guru merupakan agen pemangkin yang sangat penting dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum terutamanya kurikulum sains. Selain daripada mempunyai kemahiran, kepakaran dan pengetahuan yang luas dalam bidang pengajaran, guru-guru harus mempunyai sikap proaktif dan prihatin dengan masalah pembelajaran pelajar serta bijak dalam menjadi alternatif kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbagai dan sesuai dalam proses pengajarannya. Sikap sambil lewa sesetengah guru ditambah pula dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lemah, kurang tepat stereotaip atau secara tradisional adalah sesesuatu yang boleh membosankan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya, pembelajaran dan pengajaran menjadi tidak berkesan dan objektif tidak dapat dicapai di samping ia boleh menimbulkan persepsi dan kesan negatif terhadap mata pengajaran di kalangan pelajar. Menurut Abu Hassan dalam Shamsudin (1998), bagi membolehkan murid belajar secara optimum, guru perlu menggunakan kemahiran mengajar tertentu, dengan teknik yang sesuai dan berkesan. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa seseorang guru itu mempunyai peranan yang amat penting dalam memupuk persepsi pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran.

7 Terdapat pelbagai pendekatan dan kaedah pembelajaran bagi guru-guru untuk diaplikasikan dan diamalkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara pendekatan yang agak kerap diperkatakan tentang keberkesanannya adalah seperti kaedah pembelajaran berdasarkan teori konstruktivisme. Kaedah pembelajaran berdasarkan kepada teori konstruktivisme ini dikatakan berkesan adalah kerana ia menekankan kepada konsep pengalaman pelajar, pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan pengkayaan pelbagai aktiviti di dalam proses pembelajaran. Biarpun keberkesanan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerap diketengahkan dan diperkatakan, namun pengaplikasian dan amalan pendekatan konstruktivisme ini di kalangan guru-guru di Malaysia secara amnya adalah masih kurang (Noriah, 2001). Kelemahan di kalangan guru-guru ini dalam mengamalkan pendekatan konstruktivisme telah menarik perhatian penyelidik untuk mengkaji sejauh manakah pendekatan konstruktivisme diamalkan oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Tambahan pula, jangka masa selama 6 minggu latihan praktik di sekolah menengah yang dilaksanakan oleh penyelidik sendiri telah membuka ruang dan mendedahkan serba sedikit kepada penyelidik mengenai pendekatan konstruktivisme ini diamalkan di kalangan guru-guru. Justeru, satu kajian harus dilakukan dengan tujuan meninjau tahap amalan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar biologi KBSM. Kajian telah dilakukan berpandukan kepada persoalanpersoalan seperti adakah guru menggunakan set induksi yang menarik dan terancang semasa memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran biologi, adakah pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran biologi, adakah idea asal pelajar diperkembangkan dan diubahsuai dengan menggunakan proses sains dan saintifik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi, adakah idea terdahulu diaplikasikan oleh pelajar ke dalam situasi baru atau konsep yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut di dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi dan adakah pelajar berpeluang menilai kendiri tentang pembentukan idea dan kemahiran proses yang telah dipelajari.

8 1.4 Objektif kajian Objektif kajian ini dijalankan adalah: i. Untuk mengenal pasti persepsi pelajar mengenai penggunaan set induksi yang menarik dan terancang oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran biologi. ii. Untuk mengenal pasti pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran biologi. iii. Untuk mengenal pasti idea asal pelajar diperkembangkan dan diubahsuai dengan menggunakan proses sains dan saintifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi. iv. Untuk mengenal pasti idea terdahulu diaplikasikan oleh pelajar ke dalam situasi baru atau konsep yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi. v. Untuk mengenal pasti pelajar berpeluang menilai kendiri tentang pembentukan idea dan kemahiran proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari. 1.5 Persoalan kajian i. Sejauh manakah guru menggunakan set induksi yang menarik dan terancang semasa proses pengajaran dan pembelajaran biologi?

9 ii. Sejauh manakah pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran biologi? iii. Sejauh manakah idea asal pelajar diperkembangkan dan diubahsuai dengan menggunakan proses sains dan saintifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi? iv. Sejauh manakah idea terdahulu diaplikasikan oleh pelajar ke dalam situasi baru atau konsep yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran biologi? v. Sejauh manakah pelajar berpeluang menilai kendiri tentang pembentukan idea dan kemahiran proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari?