Mohd Radzani Bin Abdul Razak, Tajul Arifin Bin Muhamad, M.Nasrun Bin Mastor, Haslinda Binti Husain & Haslina Binti Kamis. Abstrak

dokumen-dokumen yang mirip
MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

TAJUK 1 MEMAHAMI KECERGASAN FIZIKAL DAN SUAIAN FIZIKAL

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

PENDIDIKAN KESIHATAN

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

PENDIDIKAN KESIHATAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

PERMASALAHAN DI KALANGAN GURU BERKELUARGA YANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENDIDIKAN KESIHATAN

Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

PENDIDIKAN KESIHATAN

Sustainable Education 54

PENDIDIKAN KESIHATAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB I PENGENALAN. idea, konsep, meluahkan perasaan, menjalinkan interaksi sosial, menjalankan transaksi

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

MINGGU MODUL / TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI CATATAN JAN

Katakunci : penggunaan internet, guru sekolah rendah

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

CABARAN SIHAT UNTUK KINI DAN SELAMANYA. Oleh : Norwidayati Nasiman

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 3 1

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 19 JUN 2014 (KHAMIS) Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN. Alat Anda untuk Kesihatan yang Baik

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT

KAUNSELING BIMBINGAN KERJAYA

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Kurang nutrisi. Big» dah 1Q j. lemak tubuh, imbasan ketumpatan tulang, pengambilan. dilakukan dalam sehari. K e t u a Program Sains Nutrisi Universiti

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

ABSTRAK PENGENALAN PERNYATAAN MASALAH

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

KAJI SELIDIK PENDAPAT AWAM

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH TAHUN 2014 INSTRUMEN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Akademik, Disiplin, dan Minat Pelajar Sekolah Menengah Asrama Penuh Di Negeri Pahang.

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN ENAM

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

BAB TUJUH RINGKASAN, IMPLIKASI, DAN PENUTUP. untuk menganalisis mekanisme pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam konteks

Transkripsi:

Hubungan di antara Obesiti dengan Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan dalam Kalangan Murid-Murid di Tiga Buah Sekolah Rendah Kategori A di Zon Pudu Kuala Lumpur Mohd Radzani Bin Abdul Razak, Tajul Arifin Bin Muhamad, M.Nasrun Bin Mastor, Haslinda Binti Husain & Haslina Binti Kamis Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara obesiti dengan kecergasan fizikal dalam kalangan murid sekolah rendah di tiga buah sekolah di Zon Pudu, Kuala Lumpur iaitu SK Taman Maluri, SK Taman Midah dan SK Jalan Peel. Pengukuran obesiti adalah berdasarkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang mana ia merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. Kajian ini juga mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur". Manakala bahagian B pula menggunakan Concern Over Weight and Dieting Scale, COWD untuk mengukur obesiti yang mengandungi 14 item. Manakala Bahagian C adalah terdiri daripada 20 item soalan yang diubahsuai daripada soal selidik jurnal Attitudes Towards Physical Activity Among College Students oleh Mowatt, De Pauw dan Hulac (1988). Data yang dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Data-data dianalisis dengan mengggunakan taburan kekerapan, peratusan, dan min. Kaedah analisis Kolerasi Pearson pula digunakan bagi menganalisis hubungan di antara obesiti dengan kecergasan fizikal dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di Zon Pudu, K.Lumpur. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa responden adalah terdiri daripada 165 orang murid yang mengalami obesiti yang majoritinya adalah murid-murid sekolah rendah daripada SK Jalan Peel. Majoriti responden juga mempunyai tahap obesiti I dengan kadar BMI 30 hingga 35 dan mempunyai tahap kecergasan fizikal yang rendah. Mereka terdiri daripada majoritinya berumur 10 tahun, berbangsa Melayu dan majoritinya juga adalah terdiri daripada murid-murid perempuan. Nilai r bagi hipotesis ini adalah -0.320 manakala nilai p = 0.000. Ini juga menggambarkan bahawa hipotesis nul pertama ini ditolak. Ho2 juga ditolak di mana nilai r = -0.530 manakala nilai p = 0.000. Manakala Ho3 juga ditolak di mana nilai r = -0.269 manakala nilai p = 0.000. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, semakin obes murid tersebut semakin rendah tahap kecergasan fizikalnya. Hasil kajian ini diharap dapat membantu guru-guru, ibu bapa pihak sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan dalam menangani murid-murid obes serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal mereka. Kata kunci : Obesiti, kecergasan fizikal, kesihatan dan murid tahap 2. 1.0 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Kesihatan di Malaysia digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat sihat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Ia dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu pertama kesihatan diri dan keluarga, kedua gaya hidup sihat dan kebersihan dan ketiga kesihatan persekitaran. Masalah yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit berbahaya itu mempunyai kaitan rapat dengan amalan gaya hidup kurang sihat seperti mengambil makanan tidak seimbang di samping kurang melakukan pergerakan fizikal ( Ng, Fabian Wei Heng, 2003). Manakala kecergasan fizikal adalah merujuk kepada kemampuan melakukan tugas serta tanggungjawab harian tanpa cepat mengalami kelesuan, masih mempunyai tenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesenggangan dan dapat menghadapi segala saat kecemasan yang berkemungkinan berlaku 1364

(Kanaisan, 2010). Secara langsung, kecergasan fizikal berkait rapat dengan keupayaan seseorang itu bekerja dengan efektif, menikmati masa kesenggangan, menjadi sihat, mengelakkan diri daripada pelbagai penyakit seperti (darah tinggi, sakit jantung dan kegemukan) dan berupayaan menghadapi situasi kecemasan. Secara tidak langsung, seseorang yang memilik kecergasan fizikal yang baik akan mempunyai fisiko yang rendah untuk mendapat penyakit, tiada masalah kesihatan dan mempunyai tenaga untuk menyertai dalam pelbagai aktiviti fizikal ( Goran dan Treuth, 2001). Sehubungan dengan itu, President's Council on Physical Fitness and Sports Research Digest (2000) menyatakan kecergasan fizikal merangkumi komponen kesihatan, komponen kemahiran, fisiologikal dan kemahiran sukan. Ini kerana melalui aktiviti fizikal seseorang itu boleh meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser yang tertentu (Larsen, George,Alaxender, dan Feliingham, 2002). 1.1 Obesiti Obesiti atau kegemukan yang berlebihan ditakrifkan oleh Kamus Dewan Bahasa (2005) sebagai kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Menurut Heyward (2002), obesiti merupakan satu masalah kegemukan di mana jumlah lemak badan adalah sebahagian daripada jumlah berat badan. Ini juga dikenali sebagai berat badan berlebihan. Peratusan lemak badan yang berlebihan akan menimbulkan masalah seperti kegemukan. Peratusan yang ideal untuk seseorang individu adalah di antara 25 kg/m2 hingga 29.9 kg/m2 (U.S. Department of Health and Human Services, 2002). Manakala di Asia, Klasifikasi Indeks Jisim Badan, 25 kg/m2 ke atas adalah dikategorikan sebagai obes. Lily Haslina (2004) menyatakan bahawa golongan yang disebut obesiti ini adalah mereka yang mempunyai berat badan melebihi 20 peratus daripada berat badan yang optimum. Di mana optimum didefinisikan sebagai kedudukan yang terbaik atau paling menguntung bagi sesuatu keadaan. Masalah kegemukan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Sebenarnya banyak perkara yang mempengaruhi obesiti. Ada yang mendapat masalah ini semenjak masih kanak-kanak iaitu melalui genetik, proses metabolisme yang rendah, dan faktor sosial ekonomi. Jikalau tiada usaha dibuat untuk mengurangkan berat badan, dikhuatiri masalah ini akan berlarutan hinggalah dewasa. Sebenarnya menjaga badan bukanlah bererti kita harus menjaga bentuk tubuh untuk kelihatan langsing, menarik dan jelita tetapi memilih pemakanan yang seimbang menurut piramid makanan. Paling penting masalah obesiti ini harus dielakkan kerana ia akan menjadi akar umbi segala penyakit yang berbahaya. 1.2 Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan adalah melibatkan aspek fisiologi dan psikologi tertentu dalam membantu melindungi kita dari masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, obesiti dan masalah mental emosi. Ia juga boleh dilihat dari segi daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, komposisi tubuh badan, kelunturan dan fleksibiliti, dan kekuatan otot. Pelajar yang aktif bersukan memiliki tahap kecergasan yang tinggi berbanding dengan pelajar yang tidak aktif. Penglibatan secara berterusan dalam sukan meningkatkan daya tahan kardiovaskular (Michael dan Kenneth, 2005). Walau bagaimanapun kesan daripada perlakuan dan penglibatan yang bersungguh-sungguh dalam aktiviti bersukan dan kecergasan aerobik adalah lebih baik berbanding dengan pengamalan aktiviti secara umum. Kanak-kanak perempuan mempunyai tahap prestasi kecergasan fizikal yang berbeza dengan lelaki mengikut peringkat umur. Ini mungkin disebabkan oleh suasana persekitaran pengajaran pembelajaran yang diterima oleh kanak-kanak mempengaruhi kesan terhadap prestasi kecergasan fizikal. Perbezaan jantina dalam kecergasan fizikal akan sentiasa berubah dari masa ke semasa (Callister dan McLaren, 2001) kerana prestasi kecergasan fizikal dipengaruhi oleh faktor latihan, peluang, harapan keluarga dan keperluan dalam persekitaran tertentu. Donald Seigel (2006), menjelaskan bahawa penglibatan dalam aktiviti fizikal dapat memberikan kesan positif terhadap kesihatan. Di antaranya adalah mengurangkan risiko pelbagai penyakit, mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan, meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan 1365

mental dan prestasi pencapaian akademik. Beliau juga merumuskan bahawa individu yang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal selama 60 minit sehari akan menikmati kehidupan yang sihat dari segi fisiologi, psikologi dan sosial. 2.0 Pernyataan Masalah Dewasa ini, obesiti merupakan di antara masalah yang bukan sahaja dialami oleh rakyat bagi kebanyakan negara maju termasuk Amerika Syarikat, Australia, Perancis malah negara Malaysia. Masalah yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit berbahaya itu mempunyai kaitan rapat dengan amalan gaya hidup kurang sihat seperti mengambil makanan tidak seimbang di samping kurang melakukan pergerakan fizikal. Kini, kebanyakan orang yang mengamalkan gaya hidup moden iaitu makan makanan yang segera, kebanyakannya memandu kereta, terlalu asyik menumpukan perhatian pada kerja dalam pejabat dan tidak melakukan aktiviti fizikal. Bagi rakyat Malaysia pula yang banyak mengambil makanan yang berlemak, mengambil nasi dalam setiap hidangan seperti sarapan, makan tengahari, petang dan malam. Karbohidrat adalah penting untuk tubuh tetapi mengambil karbohidrat yang berlebihan pula akan mengakibatkan obesiti. Dalam jangka masa dua puluh tahun ini, semakin ramai orang yang merana akibat penyakit obesiti. Apa yang lebih menyedihkan apabila ada kanak-kanak yang berumur di antara dua dan tiga tahun telah pun diklasifikasikan sebagai obes ataupun gemuk yang berlebihan. Menurut maklumat dari Centers of Disease Control (1994) di United States, 13% daripada mereka yang didapati gemuk ataupun berat yang berlebihan ini adalah terdiri daripada kanak-kanak dan remaja. Berkaitan dengan perkara di atas, para murid di sekolah rendah di Malaysia khasnya kurang pengetahuan dan kefahaman tentang obesiti dan faktor-faktor yang menyebabkan obesiti. Begitu juga dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mata pelajaran Pendidikan Kesihatan yang hanya membincangkan tentang makanan seimbang selama 30 minit sahaja. Dengan masa yang begitu limatasi, tidak banyak yang dapat diterangkan oleh guru-guru untuk kefahaman murid-murid sekolah rendah tentang faktor-faktor obesiti. Pengambilan makanan yang berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal adalah antara faktor utama yang menyebabkan obesiti. Setakat ini kurang maklumat mengenai obesiti dalam kalangan murid perempuan menyebabkan mereka kurang mengambil tahu tentang obesiti. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan dan Indeks Aktiviti Fizikal. Kajian ini juga membolehkan kita mengetahui tahap obesiti dan juga tahap aktiviti fizikal bagi murid perempuan sekolah rendah di negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini juga bertujuan bagi melihat perhubungan antara Indeks Jisim Badan dengan aktiviti fizikal di samping mengetahui sejauh manakah mereka mengamalkan pemakanan sihat. 3.0 Metodologi Kajian Kajian tinjauan melibatkan 165 orang murid tahap dua yang mengalami obesiti di tiga buah sekolah di Zon Pudu Kuala Lumpur. Satu set soal selidik yang merangkumi tiga bahagian dalam mengenal pasti tahap obesiti dan tahap kecergasan fizikal murid-murid tersebut diedarkan. 4.0 Dapatan Kajian Soal selidik yang dijalankan merangkumi tiga aspek iaitu BMI, tahap obesiti dan tahap kecergasan fizikal. 4.1 BMI (Body Mass Index) Hasil analisis yang dijalankan dinyatakan dalam Rajah 4.1 di bawah. 1366

Jadual 4.1 : BMI Murid Mengikut Jenis dan Tahap Obesiti Tahap Obesiti Kekerapan Peratusan (%) Tahap I (Lebih Berat Badan) Tahap II (Obesiti ) Tahap III (Obesiti Berpenyakit) 1367 87 70 8 53.0 42.0 5.0 Jumlah 165 100.0 Jadual 4.1 di atas menunjukkan BMI bagi komponen komposisi badan dalam kecergasan fizikal berasaskan kesihatan mengikut jenis dan tahap obesiti. Jadual tersebut menunjukkan bahawa seramai 87 orang (53.0%) responden bagi murid -murid sekolah rendah di Zon Pudu, Kuala Lumpur mempunyai tahap obesiti I iaitu BMI antara 25 hingga 30kg/m². Manakala seramai 70 orang (42.0%) responden menunjukkan tahap obesiti yang II iaitu BMI antara 31 hingga 35kg/m². Sementara itu, terdapat 8 orang (5.0%) responden yang mempamerkan tahap obesiti III iaitu BMI melebihi 36kg/m². 4.2 Tahap Obesiti Jadual 4.2 di bawah menunjukkan tahap obesiti bagi responden kajian. Jadual 4.2: Tahap Obesiti Responden Tahap Obesiti Kekerapan Peratusan (%) Tahap I (27.5-34.9kg/m²) Tahap II Obesiti (35.0-39.9kg/m²) Tahap III Obesiti ( 40kg/m²) 87 70 8 53.0 42.0 5.0 Jumlah 165 100.0 Berdasarkan Jadual 4.2 didapati bahawa seramai 87 orang (53.0%) re sponden bagi murid-murid sekolah rendah di Zon Pudu, Kuala Lumpur mempunyai tahap obesiti I iaitu BMI antara 30 hingga 35kg/m². Manakala seramai 70 orang (42.0%) responden menunjukkan tahap obesiti yang II iaitu BMI antara 36 hingga 40kg/m². Sementara itu, terdapat 8 orang (5.0%) responden yang mempamerkan tahap obesiti III iaitu BMI melebihi 40kg/m². 4.3 Tahap Kecergasan Fizikal Tahap kecergasan fizikal responden ditunjukkan dalam Jadual 4.3 di bawah. Jadual 4.3: Tahap Kecergasan Fizikal Responden Tahap Kecergasan Fizikal Kekerapan Peratusan (%) Tahap Kecergasan 137 83.0

Fizikal Rendah Tahap Kecergasan Fizikal Sederhana Tahap Kecergasan Fizikal Tinggi 1368 28 0 17.0 0 Jumlah 165 100.0 Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 137 (83.0%) orang resp onden mempunyai tahap kecergasan fizikal yang rendah. Sementara itu, selebihnya iaitu seramai 28 orang (17.0%) orang responden adalah mempunyai tahap kecergasan fizikal yang sederhana. Manakala tiada seorang responden pun yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang tinggi. 5.0 Hasil dan Perbincangan Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap obesiti dan tahap kecergasan fizikal serta mengenalpasti hubungan di antara tahap obesiti dengan tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dalam kalangan murid tahap dua (tahun 4, 5 dan 6) di sekolah Zon Pudu, Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan beberapa teori dan model dalam tahap obesiti dan kecergasan fizikal iaitu Teori Daya Tindak Tekanan dan Teori Konstruktisme. Bagi Indeks Jisim Badan (BMI) pula, majo riti responden mempunyai BMI antara 27.5 hingga 34.9 kg/m². Ini sokong oleh Sumarni, Muhammad Amir, Ibrahim, Mohd. Rosdi, Izzuna dan Nurziyana (2006) yang menjalankan kajian di daerah Kuala Selangor bagi mengkaji permasalahan obesiti di kalangan pelajar sekolah. Keseluruhan gejala obesiti ialah 7.2%(50 pelajar) di mana 14.6% (102 pelajar) adalah lebihan berat badan. Prevalens obesiti bagi pelajar lelaki ialah 8.9% dan pelajar perempuan ialah 5.3%. Hanya hubungan dari segi etnik yang memberi nilai signifikan iaitu p<0.001, jantina dan kawasan bandar mahupun luar bandar tidak memberi nilai signifikan. Walaubagaimanapun, pelajar perempuan di kawasan bandar lebih cenderung ke arah masalah obesiti. Daripada segi etnik, pelajar sekolah yang berbangsa Melayu tiga kali ganda cenderung kepada obes berbanding bangsa India. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap obesiti murid tahap dua tersebut berada pada tahap 1 iaitu mempunyai BMI antara 27.5-34.9 kg. Tambahan pula, kegemukan atau berat badan berlebihan dianggap sebagai isu yang memberi kesan ke atas kesihatan dan penampilan seseorang (Kementerian Kesihatan, 1998) dalam Modul Pencegahan Obesiti. Senario terkini,kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak adalah masalah yang kian meningkat di Malaysia. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) pada tahun 2005 mencatatkan 27% atau setiap satu dari empat rakyat Malaysia dilaporkan mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. Kajian syarikat maklumat pasaran TNS Asia panel tidak lama dahulu mendapati bahawa Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan berat berlebihan dan masalah obesiti tertinggi berbanding negara lain di Asia (Utusan Malaysia Online, 2007). Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik. Maklumat ini berdasarkan laporan Dewan Rakyat 2011.. Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga (2006) menunjukkan prevalens berlebihan berat badan telah meningkat kepada 29.1% berbanding 16.6% manakala prevalens obesiti meningkat kepada 14.0% berbanding 4.4% pada tahun 1996. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecergasan fizikal murid tahap dua di tiga buah sekolah tersebut adalah berada pada tahap yang rendah. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bertentangan dengan satu kajian telah dijalankan oleh Ward, Dowda, Trost, Felton, Dishman, dan Pate (2006) ke atas 1015 remaja bertujuan untuk melihat perbandingan korelasi antara gadis kulit putih dan gadis Afrika-Amerika dengan aktiviti fizikal. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan dalam aktiviti fizikal adalah lebih signifikan di kalangan gadis yang lebih aktif tanpa mengira berat badan

ataupun bangsa. Ini membuktikan bahawa walaupun mempunyai masalah dengan berat badan, penglibatan dalam aktiviti fizikal tidak akan menjejas prestasi seseorang. Walau bagaimanapun, banyak dapatan kajian lampau membuktikan perkaitan langsung antara peningkatan berat badan dengan penglibatan dalam aktiviti fizikal yang rendah. Kemajuan dalam teknologi dan pengangkutan mengakibatkan penglibatan dalam aktiviti fizikal bukannya satu keperluan penting dalam fungsi harian seperti elevator yang mengurangkan aktiviti berjalan dan penggunaan remote control untuk mengganti aktiviti berjalan. Justeru, keperluan jumlah tenaga untuk aktiviti harian menyumbang kepada penurunan jumlah pengeluaran tenaga serta mengakibatkan peningkatan berat badan. Ini turut di sokong oleh Swallen, Eric, Steven dan Ann (2005) yang telah menjalankan kajian ke atas 4643 remaja dengan menggunakan National Longitudinal Study of Adolescent Health (1996). Dapatan kajian menunjukkan bahawa kegemukan berkait rapat dengan kualiti hidup yang tidak sihat. Remaja yang mempunyai berat badan yang normal tidak menghadapi masalah depresi, keyakinan diri atau fungsi sosial mereka. Dapatan ini mengesahkan bahawa individu yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat akan memperolehi tahap kesihatan atau tahap kecergasan yang lebih rendah. Ini akan menjejas prestasi mereka dalam aktiviti fizikal dan mengakibatkan mereka kurang berfungsi dalam masyarakat serta mengalami masalah psikologi. 5.1 Rumusan dan Kesimpulan Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa kesemua objektif, persoalan kajian dan juga hipotesis yang dibina pada awal kajian telah terjawab. Dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara tahap obesiti dan tahap kecergasan fizikal dalam kalangan murid-murid sekolah rendah di tiga buah sekolah di Zon Pudu, Kuala Lumpur. Begitu juga dengan tahap obesiti murid berada pada tahap I dan tahap kecergasan fizikal murid-murid berada pada tahap yang rendah. Tambahan pula, kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat bernilai kerana mereka adalah generasi pelapis yang akan menerajui Negara kita di masa hadapan.oleh itu, dengan adanya Pendidikan Kesihatan dan Pendidkan Jasmani di sekolah-sekolah maka guru-guru dapat mencapai matlamat masyarakat sihat bukan sahaja di kalangan murrid-murid sekolah,bahkan ibubapa serta masyarakat setempat melalui penyebaran ilmu. Apa yang penting ialah setiap ahli dalam sesebuah masyarakat harus bertindak dan berazam untuk sama-sama mengubah cara hidup agar dapat dicontohi oleh anak-anak jika mahu terus menikmati hidup yang selesa hasil dari kesihatan yang berpanjangan. Rujukan Callister, R., & McLaren, P. (2001). Influence of gender and maturation on the stroke volume response to exercise in children. Medicine and Science in Sports and Exercise, 33(5). Donald Seigel, (2006), The effects of physical activity on the health and well-beeing of youths. Journal of Physical Education, Recreation & Dance. Jan., 77-1. Goran, M. I., and M. S. Treuth. (2001). Energy expenditure, physical activity, and obesity in children. Pediatric Clinics of North America 48(4):931 953. Heyward, V. (2002). Advanced Fitness Assessment and Exercise Prescription (4th Edition). Human Kinetics. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Selangor : Dawama Sdn. Bhd. Kanaisan A/L Kanapathy (2010). Prestasi Kecergasan Fizikal Dan Pembentukan Piawai Rujukan Kriteria Bagi Pemain Ragbi 16 Tahun Di Sekolah Elit Dan Bukan Elit Ragbi Negeri Perak. Disertasi Dikemukakan Bagi Memenuhi Syarat Untuk Memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan Fakulti Sains Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Larsen GF, George JD, Alexander JL, Fellingham GW, Aldana SG, Parcell AC (2002) Prediction of maximum oxygen consumption from walking, jogging, or running. Research Quarterly for Exercise and Science 73, 66 72. 1369