Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian"

Transkripsi

1 (PAGE 1/5) Oleh Soraya Jamal Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kira-kira 450 juta orang di seluruh dunia mengalami gangguan mental tertentu seperti kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar tetapi kurang separuh daripada mereka menerima rawatan yang diperlukan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). WHO menganggarkan bahawa menjelang 2020, penyakit mental kemungkinan mewakili 15 peratus daripada penyakit global. Gangguan kesihatan mental adalah lebih lazim daripada apa yang anda fikirkan. Tahun lepas sahaja 400,227 pesakit di Malaysia mendapatkan bantuan psikiatri di hospital-hospital kerajaan, satu peningkatan sebanyak 15.6 peratus berbanding 346,196 pesakit pada Tinjauan Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga pada 2006 menunjukkan masalah kesihatan mental di kalangan remaja semakin meningkat. Kaum hawa lebih cenderung menghadapi masalah kesihatan mental dengan peratusan mereka yang terbabit mencatatkan 12.1 peratus berbanding 10.4 peratus bagi lelaki. Lima daripada 10 punca utama kecacatan adalah berkaitan dengan penyakit mental. Kemurungan dijangka menjadi punca utama kedua kecacatan menjelang KURANG DIAGNOSIS Walaupun ia masalah biasa dan serius, penyakit mental masih tidak diterima dengan meluas sebagai masalah kesihatan yang kritikal dan seringkali tidak didiagnosis dengan lengkap oleh para pakar penjagaan kesihatan. Presiden Persekutuan ASEAN bagi Psikiatri dan Kesihatan Mental (AFPMH), Professor Dr Mohamad Hussain Habil beranggapan ini sebahagian besarnya berpunca kerana dua faktor. Pertama kurangnya pengetahuan atau persefahaman dalam mendiagnosis atau merawat penyakit itu sementara faktor kedua berkaitan langsung dengan pandangan serong ataupun stigma akibat gangguan mental yang turut membabitkan kalangan pengamal perubatan

2 (PAGE 2/5) Pengesanan awal penyakit ini dalam masyarakat oleh pakar-pakar perubatan boleh membawa pelbagai manfaat berkaitan dengan kos dan produktiviti, dan dalam kes-kes tertentu menghalang masalah itu daripada menjadi masalah kesihatan yang besar. Menurut laporan Majlis Penasihat Kebangsaan Kesihatan Mental, hasil daripada rawatan bagi mereka dengan penyakit mental paling serius boleh dibandingkan dengan rawatan bagi penyakit kronik lain. Kadar kejayaan rawatan awal bagi penyakit mental adalah peratus, melampaui kadar kejayaan 40 hingga 60 peratus bagi rawatan pembedahan biasa seperti penyakit jantung. Bagi individu dengan masalah kesihatan mental, ketiadaaan bantuan yang mereka perlukan boleh mencetuskan tekanan sosial dan pemulauan selain menyebabkan bebanan kewangan kerana mereka akan terus mencari nasihat perubatan, selain daripada kehilangan pekerjaan kerana produktiviti yang berkurang. Keadaan ini juga menjejaskan kualiti kehidupan pesakit dan penjaga mereka. Lebih buruk lagi, kekurangan diagnosis lengkap boleh menyebabkan tragedi khasnya apabila pesakit membunuh diri. PERANAN PENJAGAAN UTAMA AFPMH dan Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) meraikan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2009 pada 9 Okt dengan mensasarkan kepada peranan penting pakar-pakar perubatan utama dalam mengenalpasti dan merawat gangguan psikiatri. Tema tahun ini ialah "Kesihatan Mental Dalam Penjagaan Utama; Mempertingkat Rawatan dan Menggalakkan Kesihatan Mental". Ramai yang tidak akan menimbangkan untuk menemui ahli psikiatri apalagi kebanyakan tidak akan menerima hakikat yang mereka mempunyai masalah kesihatan mental. Dan mereka malu untuk berjumpa dengan pakar kesihatan mental dan seringkali rasa lebih selesa untuk bertemu dengan doktor di kejiranan mereka. Pakar-pakar penjagaan utama ini berada di barisan hadapan sistem penjagaan kesihatan awam dan lebih mengetahui sejarah kesihatan pesakit mereka. Oleh itu perlu ada kemampuan untuk mengenalpasti simptom selain pengetahuan psikiatri untuk melaksanakan rawatan," kata Profesor Dr Mohamad Hussain semasa satu persidangan berita baru-baru ini. Profesor Dr Mohamad Hussain, yang juga merupakan Pakar Rawatan Ketagihan dan Perunding Psikiatri di Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, berkata pengesanan awal serta diagnosis yang wajar membolehkan pesakit menerima rawatan yang sesuai

3 (PAGE 3/5) Ia juga mencegah gangguan mental yang lebih buruk lagi dan akhirnya membolehkan pesakit untuk meneruskan kehidupan dengan normal bersama masyarakat semasa menjalani rawatan, katanya. HANYA TERDAPAT 200 AHLI PSIKIATRI Professor Dr Mohamad Hussain juga berkata, hanya terdapat lebih kurang 200 ahli psikiatri di Malaysia sedangkan bilangan yang ideal ialah seramai 2000 orang. "Satu pendekatan bersepadu membabitkan pakar-pakar utama dalam penjagaan kesihatan akan mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh ahli psikiatri, dan akan banyak membantu mereka daripada kumpulan berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan yang mampu. "Pendekatan ini memastikan bahawa pesakit tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkan ubat-ubatan daripada ahli psikiatri, yang banyak mengurangkan beban kepada mereka yang menjaga pesakit mental," katanya. Pakar-pakar perubatan utama harus sedar yang pesakit psikiatri perlu mendapatkan kaedah rawatan terbaik dengan keutamaan yang sama seperti pesakit jantung, diabetes dan kanser. Walaupun hakikat kesihatan mental dan fizikal saling berkaitan, masalah mental lebih cenderung dilihat sebagai masalah sosial, katanya. STIGMA Stigma yang wujud di kalangan umum dan sehinggakan pakar-pakar penjagaan kesihatan merupakan punca utama kes-kes psikiatri gagal dikesan dan dirawat dari awal lagi. "Bidang psikiatri telah banyak berkembang. Ubat-ubatan terbaru membolehkan gangguan mental dirawat. Bagaimanapun, ramai yang tidak mahu mendapatkan bantuan profesional kerana beranggapan mereka akan dicemuh sebagai 'gila' ataupun akan didiskriminasi jika didiagnosis dengan gangguan mental," kata Presiden MPA Dr Yen Tech Hoe. Isu ini diburukkan lagi oleh tanggapan salah di kalangan pakar perubatan iaitu masalah kesihatan mental merupakan komponen kurang penting dalam profesyen perubatan. Ramai daripada pakar perubatan tidak menyedari yang kebanyakan daripada penyakit psikiatri ini muncul dalam bentuk simptom fizikal dan oleh itu mereka lazimnya merawat simptom ini tanpa pemeriksaan lanjut. Kesedaran rendah terhadap kesihatan mental dalam konteks penjagaan kesihatan yang lebih luas berpunca kerana kurangnya minat di kalangan pakar perubatan untuk mendapatkan pengetahuan terkini dan kemahiran klinikal dalam psikiatri, kata Dr Yen

4 (PAGE 4/5) "Apabila para pesakit menunjukkan simptom-simptom psikiatri seperti kelesuan atau kemurungan, tidak dapat menumpukan perhatian atau kehilangan selera, pakar perubatan tidak mengendahkan tanda-tanda ini," tambah Dr Yen. PENYAKIT MENTAL BOLEH DIRAWAT DENGAN BERKESAN Penyakit mental juga boleh berlaku seiring dengan penyakit kronik yang lain seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan strok, yang menunjukkan morbiditi signifikan antara gangguan mental dan penyakit yang lain. Penyelidikan menunjukkan bahawa para pesakit dengan penyakit mental yang teruk berkemungkinan dua kali menghadapi masalah kesihatan lain. Simptom-simptom psikiatri yang tidak dirawat boleh memburukkan lagi keadaan psikiatri dan perubatan dan menyebabkan kesengsaraan selama bertahuntahun, kata Dr Yen. Ramai daripada pakar utama percaya ia adalah sukar dan akan mengambil masa yang lama untuk merawat pesakit mental. "Banyak daripada kes kesihatan mental boleh didiagnosis dan dirawat dengan berkesan di peringkat penjagaan kesihatan. Pengesanan awal serta rawatan boleh membantu mengurangkan masalah itu sementara meningkatkan potensi bagi pemulihan serta produktiviti," katanya. Dr Yen berkata setiap ringgit yang dibelanjakan untuk merawat penyakit mental, keputusannya adalah lebih baik daripada merawat penyakit lain khasnya dengan terdapatnya kaedah rawatan yang baik. KHIDMAT KESIHATAN MENTAL YANG BERKESAN Sementara itu, Profesor Madya Dr Noor Zurani Md Haris Robson dari Jabatan Perubatan Utama, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, berkata komitmen proaktif daripada kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, keluarga, penjaga dan masyarakat perubatan termasuk jururawat serta paramedik berperanan penting dalam memudahkan integrasi penjagaan kesihatan mental dalam aliran utama penjagaan kesihatan. "Kerajaan harus membangunkan satu rangkakerja yang mendorong keperluan untuk menyatukan penjagaan utama masalah mental. Psikiatri, seperti bidang lain dalam perubatan sentiasa berkembang maju dan oleh itu terdapat keperluan untuk melatih serta mendidik pakar penjagaan utama bagi masalah kesihatan mental. "Saya percaya terdapat ramai pakar penjagaan kesihatan utama yang berminat merawat pesakit psikiatri dan kita perlu menawarkan kepada mereka peluang untuk mendapatkan kepakaran terbaru dalam bidang psikiatri. Ini boleh dicapai menerusi program pendidikan kesihatan," katanya

5 (PAGE 5/5) Dr Noor Zurani berkata para doktor dalam bidang penjagaan kesihatan utama berperanan penting dalam merawat penyakit mental seperti kemurungan dan keresahan. Komunikasi berterusan antara pakar-pakar penjagaan utama dan ahli psikiatri adalah perlu dalam mengelakkan salah faham apabila menyelaraskan rawatan bagi pesakit dengan penyakit mental yang teruk. Kesejahteraan pesakit harus menjadi pertimbangan utama dan kedua-dua pihak perlu berkongsi maklumat dan saling memahami peranan masing-masing dalam merawat pesakit ini

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya?

Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya? Ayah: Adakah saya yang memberi gen kanser payu dara kepada anak perempuan saya? Oleh Dr. Teo Soo Hwang dan Profesor Dr Thong Meow Keong Ini adalah rencana kedua daripada siri 2 rencana oleh Yayasan Inisiatif

Lebih terperinci

Pekerja industri : isu & teknik penyelesaiannya. Sinopsis:

Pekerja industri : isu & teknik penyelesaiannya. Sinopsis: Pekerja industri : isu & teknik penyelesaiannya Sinopsis: Organisasi mahupun sektor industri sering mensasarkan produktiviti yang tinggi, kualiti yang memberangsangkan, dan prestasi kerja yang cemerlang.

Lebih terperinci

FACT SHEET

FACT SHEET S.1: Kempen 'Jom Sertai Kami' ini berkenaan apa? J: Jom Sertai Kami merupakan kempen insan oleh UNICEF yang bertujuan memberi orang ramai suatu landasan untuk belajar dan memberi respon terhadap penderaan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan industri yang amat penting dalam menggerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi di negara ini. Industri ini

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR TEMPAT PERUMAHAN AWAM SERI SABAH 3A & 3B, CHERAS, KUALA

Lebih terperinci

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR. DAING NASIR IBRAHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI MEMPERINGATI AIDS SEDUNIA 2017 PERPADUAN KE ARAH SIFAR HIV

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Wakaf sebagai sebuah institusi sosioekonomi telah dibangunkan dan berkembang sehingga berfungsi sebagai sumber pembiayaan dalam pembangunan masyarakat Islam.

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek BAB 1 PENGENALAN 1.8 Pengenalan Projek Kes kecemasan terutamanya kes kebakaran boleh menyebabkan bencana kepada manusia dan harta benda. Bencana yang berlaku adalah seperti kecederaan fizikal dan mental,

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sektor perumahan merupakan salah satu sektor yang utama di dalam program pembangunan negara ini yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk, sekaligus

Lebih terperinci

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH 90 Buletin Kesihatan Masyarakat Jilid 5, 1999 RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH Rahmah M.A.* Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) telah diwujudkan sejak tahun 1967, sebagai satu rancangan bersepadu dan komprehensif

Lebih terperinci

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform BAB 8 : KESIMPULAN Kesedaran berpersatuan dalam kalangan kaum wanita di Sabah telah muncul dan bercambah sejak tahun 1950-an lagi menerusi penglibatan segelintir kaum wanita di kawasan bandar Jesselton

Lebih terperinci

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Mengurus Inflasi oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Kadar inflasi berdasarkan indeks harga pengguna (IHP) untuk bulan Februari 2016 adalah 4.2

Lebih terperinci

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB I PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pertumbuhan penduduk yang pesat khasnya di kawasan-kawasan yang pesat membangun sedikit sebanyak telah memperkembangkan lagi industri perumahan di Malaysia khususnya. Didapati

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Masalah projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu masalah perumahan yang masih wujud sehingga kini. Ia merupakan projek perumahan di mana kerja pembinaan atau

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kampus merupakan suatu persekitaran yang menempatkan ribuan pelajar untuk menjalankan aktiviti akademik. Di samping pelajar, sebuah kampus turut menempatkan

Lebih terperinci

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH oleh Ahmad Shukri Bin Mohd Nain Paimah Bt Atoma Rozeyta Bt Omar Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia

Lebih terperinci

: Saya Adalah Ibubapa_Keluarga. : Booklet Memahami Relapse & Cara Mencegahnya. Maklumat Am

: Saya Adalah Ibubapa_Keluarga. : Booklet Memahami Relapse & Cara Mencegahnya. Maklumat Am Page Segmen Column Toolkit No. 2 : Laman Utama : Saya Adalah Ibubapa_Keluarga : 4(Kepulihan) : Booklet Memahami Relapse & Cara Mencegahnya Maklumat Am Relapse adalah penggunaan semula dadah selepas seseorang

Lebih terperinci

1.1 Latar Belakang Penyelidikan

1.1 Latar Belakang Penyelidikan 1 BAB 1 PENGENALAN Hospital adalah sebuah institusi penjagaan kesihatan yang menyediakan perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit. Kaki tangan khusus, peralatan dan sistem pengurusan rawatan pesakit adalah

Lebih terperinci

Kurang nutrisi. Big» dah 1Q j. lemak tubuh, imbasan ketumpatan tulang, pengambilan. dilakukan dalam sehari. K e t u a Program Sains Nutrisi Universiti

Kurang nutrisi. Big» dah 1Q j. lemak tubuh, imbasan ketumpatan tulang, pengambilan. dilakukan dalam sehari. K e t u a Program Sains Nutrisi Universiti Kurang nutrisi Big» dah 1Q j Oleh Faizatul Farlin Farush Khan ertumbuhan tulang 4 yang agresif ber laku pada waktu kritikal tumbesaran ketika usia bayi sehingga remaja. Ketika itulah ia memerlukan vitamin

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 17 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sejarah perkembangan penyeliaan di Malaysia bermula hasil Laporan Pelajaran Tinggi di Malaya (1939), Laporan Bornes (1951) dan Laporan Razak (1956) yang menyarankan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan Projek BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Projek Industri pelancongan, terutamanya yang melibatkan sistem penerbangan, telah menunjukkan keberkesanannya dalam membawa penumpang dan bagasi. Walau bagaimanapun, para

Lebih terperinci

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas Erica Lovel erica@ecoethical.com.au Anak-anak Saya.. Jason 25 tahun Ryan 22 tahun, menghidap Perthes Disease sejak berumur 3 tahun, masalah berkaitan

Lebih terperinci

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing.

Alkohol. Merosakkan tindak balas refleks mental dan fizikal. Kanser otak, lidah, mulut, esofagus, larink dan pundi kencing. Alkohol KETAGIHAN ALKOHOL Dari segi perubatan, pengambilan sedikit alkohol boleh menyembuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alkolhol dan boleh membawa

Lebih terperinci

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT 1.0 Latarbelakang Kajian Tempat kerja dan pekerja merupakan dua entiti yang saling berkait rapat di antara satu sama lain. Perkaitan ini wujud kerana pekerja

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN 1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Kesedaran mengenai betapa pentingnya latihan di Malaysia menyebabkan organisasi-organisasi awam mahupun swasta mewujudkan pusat latihan untuk melatih tenaga kerja menurut

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP PR0GRAM KESIHATAN PISKANITA UniMAP KG WAI, KUALA PERLIS 28 APRIL 2010

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP PR0GRAM KESIHATAN PISKANITA UniMAP KG WAI, KUALA PERLIS 28 APRIL 2010 TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP PR0GRAM KESIHATAN PISKANITA UniMAP KG WAI, KUALA PERLIS 28 APRIL 2010 Bismillah Hirrahman Nirrahim Yg Bhg. Datin Noridah Yangman,

Lebih terperinci

30 MAC 2017 SOALAN NO: 55 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

30 MAC 2017 SOALAN NO: 55 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT SOALAN NO: 55 JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA PERTANYAAN DARI PAD A TARIKH SO ALAN LISAN YB DR. AZMAN BIN ISMAIL [KUALA KEDAH]

Lebih terperinci

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) 26 KANUN (1) [ULASAN Dura PERUNDANGAN] Diyana Kamal 147 AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) Dura Diyana Kamal durakamal@gmail.com Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001 TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sering dikaitkan dengan era penggunaan digital dalam aktiviti manusia untuk memudahkan komunikasi ataupun menjalankan tugas masing-masing.

Lebih terperinci

Memahami Demensia. Talian Maklumat Demensia:

Memahami Demensia.  Talian Maklumat Demensia: Memahami Demensia www.hpb.gov.sg/dementia Talian Maklumat Demensia: 1800 223 1123 Halaman Kandungan 01 Apa itu Demensia? Siapa yang Mendapat Demensia? Beberapa jenis Demensia 02 Apakah tanda-tanda Penyakit

Lebih terperinci

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa KERTAS KERJA 2 : Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa 1. TUJUAN 1.1 Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk

Lebih terperinci

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA 1.1 Pendahuluan Para pekerja adalah antara aset penting negara dan menjadi tulang belakang proses pembangunan dimana tanpa sumbangan

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Hasil daripada kajian strategi membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar ini, pengkaji akan mengemukakan cadangan dan saranan dalam dua bentuk yang berbeza,

Lebih terperinci

Dasar Pendidikan dan Pelaksanaan Hak Kanakkanak

Dasar Pendidikan dan Pelaksanaan Hak Kanakkanak Dasar Pendidikan dan Pelaksanaan Hak Kanakkanak di Sekolah Chiam Heng Keng SUHAKAM Simposium Hak Kanak-kanak: Menjana Pemikiran 7-8 April 2008, Kuala Lumpur Dasar Merupakan prinsipprinsip untuk membuat

Lebih terperinci

Hidup dengan Tekanan Darah Tinggi

Hidup dengan Tekanan Darah Tinggi Satu khidmat pendidikan yang dibawakan kepada anda oleh Kumpulan Kerja Risiko Penyakit Vascular NHG Sebuah Buku Pendidikan untuk Hidup dengan Tekanan Darah Tinggi Menambahkan usia Sihat kepada penduduk

Lebih terperinci

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah KKD 2063 Pembangunan Sahsiah Teori Kognitif : Teori Pilihan Dan Terapi Realiti Pengenalan Teori Kognitif adalah teori yang berpusatkan kepada pemikiran manusia. Terdapat banyak teori-teori yang dikategorikan

Lebih terperinci

KECELARUAN KEMURUNGAN (Depression Disoder)

KECELARUAN KEMURUNGAN (Depression Disoder) KECELARUAN KEMURUNGAN (Depression Disoder) Oleh : WAN SANIAH WAN YAHYA KAUNSELOR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS Kemurungan Kemurungan ialah sejenis penyakit yang menyebabkan seseorang mengalami simptom-simptom

Lebih terperinci

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) BAHAGIAN SEKOLAH JABATAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 5, BLOK J (SELATAN) PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR Tel : 03-2556900 Fax : 03-2535150 Kawat : PELAJARAN Ruj. Tuan : Ruj.

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Setiap organisasi sama ada awam atau swasta perlu mempunyai premis kerja yang sesuai bagi mereka menjalankan aktiviti atau operasi sesebuah organisasi untuk mencapai objektifnya.

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Tanpa kita sedari, kita banyak menghabiskan masa seharian kita di dalam bangunan dengan melakukan pelbagai aktiviti harian seperti bekerja, belajar dan juga untuk beristirehat.

Lebih terperinci

Kertas ini bertujuan untuk melaporkan status sumber manusia UPM sehingga pada 18 Ogos 2017.

Kertas ini bertujuan untuk melaporkan status sumber manusia UPM sehingga pada 18 Ogos 2017. LAPORAN SOKONGAN SUMBER MANUSIA 1. Tujuan Kertas ini bertujuan untuk melaporkan status sumber manusia UPM sehingga pada 18 Ogos. 2. Latar Belakang 2.1 Sejak 2013, pihak kerajaan mengenakan dasar kawalan

Lebih terperinci

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Bajet 2016 yang bertemakan mensejahtera kehidupan rakyat amat bertepatan

Lebih terperinci

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan Bahagian Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan 3 LAPORAN TAHUNAN2015 PENAKSIRAN PRESTASI DAN KEBERKESANAN Rangka kerja strategik AOB merangkumkan prospek tiga tahun (2013 2016) bagi pasaran dan landskap

Lebih terperinci

Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia

Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 159-164 Cabaran-Cabaran Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia Nurul Nadya Abu Bakar ¹, Rohana Hamzah² & Amirmudin Udin

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan komponen penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara kita seiring degan sektor pertanian, perlombongan, pembuatan dan perkhidmatan. Krisis

Lebih terperinci

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan BAHAGIAN EMPAT Taksiran Prestasi dan Keberkesanan PENGENALAN AOB telah meluluskan kerangka kerja strategik baharu yang merangkumi prospek tiga tahun pasaran dan landskap pengawalseliaan. Kerangka kerja

Lebih terperinci

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 6.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan. Ringkasan kajian berfokus tentang konsep penerapan

Lebih terperinci

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy

Lebih terperinci

KETAGIHAN INTERNET SATU PENYAKIT MENTAL? Ketahuilah sama ada anda seorang penagih internet atau tidak. Oleh Redy Jeffry Mohamad Ramli

KETAGIHAN INTERNET SATU PENYAKIT MENTAL? Ketahuilah sama ada anda seorang penagih internet atau tidak. Oleh Redy Jeffry Mohamad Ramli KETAGIHAN INTERNET SATU PENYAKIT MENTAL? Ketahuilah sama ada anda seorang penagih internet atau tidak. Oleh Redy Jeffry Mohamad Ramli Setiap kali musim persekolahan berlangsung, ibu bapalah individu-individu

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perancangan Bandar yang berkualiti mampu memantapkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan terutamanya di dalam zaman pembangunan teknologi yang pesat kini. Kemunculan bandar-bandar

Lebih terperinci

Keseluruhan kaedah pengajaran BM murid-murid pekak telah memberi gambaran yang

Keseluruhan kaedah pengajaran BM murid-murid pekak telah memberi gambaran yang BAB 5 KESIMPULAN 5.1 Pendahuluan Keseluruhan kaedah pengajaran BM murid-murid pekak telah memberi gambaran yang jelas betapa pentingnya kaedah pengajaran bahasa kepada murid-murid pekak bagi mendidik murid-murid

Lebih terperinci

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2005 PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA i KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING

Lebih terperinci

ANALISIS PEKERJAAN. Jawatan : PEGAWAI PERUBATAN GRED : U51 / U52 / U53

ANALISIS PEKERJAAN. Jawatan : PEGAWAI PERUBATAN GRED : U51 / U52 / U53 ANALISIS PEKERJAAN Jawatan : PEGAWAI PERUBATAN GRED : U51 / U52 / U53 KETERANGAN TUGAS PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN 1. Membantu perancang dan kajian keperluan sumber manusia Pusat Tanggungjawab 2. Membantu

Lebih terperinci

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10 Oleh Janting anak Ringkai Sekolah Kebangsaan Sg. Mengap, 94750 Serian, Sarawak. Abstrak Kajian ini bertujuan

Lebih terperinci

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP)

Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP) Polisi Employee Assistance Program (EAP) PROGRAM BANTUAN & SOKONGAN STAF (EAP) KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN... 3 2.0 OBJEKTIF... 4 3.0 TAFSIRAN... 5 4.0 ETIKA DAN PRINSIP... 6 5.0 KELAYAKAN PENYERTAAN PROGRAM...

Lebih terperinci

Memahami Penyakit Mental Latihan Rakan Pemulih Modul 1

Memahami Penyakit Mental Latihan Rakan Pemulih Modul 1 Memahami Penyakit Mental Latihan Rakan Pemulih Modul 1 Matlamat Mengenali dongeng tentang penyakit mental Mengetahui punca-punca penyakit mental Mempunyai ilmu asas tentang penyakitpenyakit mental Memahami

Lebih terperinci

BAB 1 PEYEMAKAN SEMULA SENARAI NILAIAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

BAB 1 PEYEMAKAN SEMULA SENARAI NILAIAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) 27 BAB 1 PEYEMAKAN SEMULA SENARAI NILAIAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) 1.1 Pengenalan Struktur pentadbiran negara terbahagi kepada tiga iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN DATO SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI HOTEL ISTANA, KUALA LUMPUR MAJLIS PELANCARAN KEMPEN CARA HIDUP SIHAT MAC 2001

TEKS UCAPAN DATO SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI HOTEL ISTANA, KUALA LUMPUR MAJLIS PELANCARAN KEMPEN CARA HIDUP SIHAT MAC 2001 TEKS UCAPAN DATO SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI HOTEL ISTANA, KUALA LUMPUR MAJLIS PELANCARAN KEMPEN CARA HIDUP SIHAT 2001 22 MAC 2001 Saya bersyukur ke-hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia

Lebih terperinci

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM 1 2016/2017 SET 4 LAPORAN AKHIR KEMPEN KESEDARAN PELAJAR TENTANG BAHAN KIMIA BERBAHAYA DALAM ALAT KOSMETIK KUMPULAN 7 PENSYARAH DR SAKHINAH BINTI

Lebih terperinci

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA BORANG SOAL SELIDIK

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA BORANG SOAL SELIDIK LAMPIRAN B INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL TERHADAP PELAKSANAAN PRODUCTION BASED EDUCATION (PBE) DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)

Lebih terperinci

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Jenis-Jenis Takaful Perubatan dan Kesihatan 205 BAB A10 JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN PENGENALAN Bab ini akan membincangkan perkara-perkara berikut: Jenis-jenis pelan Takaful Perubatan dan

Lebih terperinci

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, 43400 Selangor, Malaysia Tel : 603-8946 6003 Faks : 603-8948 7273 TUJUAN PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. Komunikasi

Lebih terperinci

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP, Page 1 TALKING POINT BRIG JEN DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP TAKLIMAT PENGURUSAN KEWANGAN (BAJET, PEROLEHAN, PELUPUSAN, AUDIT, AUTONOMI & GST) PADA 18 NOVEMBER 2014 (SELASA) DI AUDITORIUM,

Lebih terperinci

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty PANDUAN BIL.1 TAHUN 2012 PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI BERPRESTASI RENDAH DAN PEGAWAI YANG BERMASALAH BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABAT AN PENDAFT

Lebih terperinci

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor Di MAJLIS PELANCARAN SERAH KUNCI BAGI PEMILIKAN KOSONG RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ) OLEH KECK SENG (MALAYSIA) BERHAD TAMAN DAYA, JOHOR BAHRU

Lebih terperinci

Pengenalan kepada Kaunseling

Pengenalan kepada Kaunseling Topik 1 Pengenalan kepada Kaunseling HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti konsep dan kepentingan kaunseling; 2. Membezakan antara kaunseling dan psikoterapi;

Lebih terperinci

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB NORDIN YUSOFF JABATAN PERKHIDMATAN AWAM KAEDAH BENGKEL Pembahagian kumpulan Perbincangan dalam kumpulan Pembentangan 2 BEZA OPERASI DAN PROJEK Operasi ialah

Lebih terperinci

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:-

Staf yang ingin mengikuti Latihan Sub Kepakaran hendaklah memenuhi kelayakan berikut:- GARIS PANDUAN LATIHAN SUB KEPAKARAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. PENDAHULUAN Latihan Sub Kepakaran adalah merupakan satu kemudahan yang diberikan kepada pegawai akademik dalam bidang perubatan untuk mendapatkan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan kelulusan peruntukan daripada kerajaan bagi membolehkan pembinaan bangunan-bangunan baru yang

Lebih terperinci

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA PENSYARAH: DR YOSNI BAKAR DISEDIAKAN OLEH: SITI AISHAH BINTI TAHIRIN (A145653)

Lebih terperinci

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA KEKUATAN KELEMAHAN PELUANG ANCAMAN MATLAMAT STRATEGIK NILSI-NILAI

Lebih terperinci

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SOALAN NO: 40 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA PERTANYAAN DARIPADA TARIKH : LISAN : YB DATO' NGEH KOO HAM [ BERUAS 1 : 5 NOVEMBER

Lebih terperinci

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA

LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA LAPORAN HASIL DAPATAN KAJIAN PERSEPSI MAHASISWA MENGENAI RASUAH DI MALAYSIA Oleh Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff & Zarina Mohamad Amin Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) Pengenalan Dalam usaha untuk memahami

Lebih terperinci

Seterusnya? Memahami Kesedihan

Seterusnya? Memahami Kesedihan Seterusnya? Memahami Kesedihan Dapatkan maklumat lanjut di: palliativecare.my Disediakan oleh: Percetakan ini ditaja oleh: Apakah itu kesedihan? Kesedihan ialah respons yang dialami selepas kehilangan

Lebih terperinci

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Pengajian Am (900) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 50 187 orang. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 80.78%, turun sebanyak 0.08% berbanding

Lebih terperinci

LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara

LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara LAMPIRAN A BORANG PENCALONAN ANUGERAH MALAYSIAN GOVERNMENT OPEN SOURCE SOFTWARE (MYGOSS) 2011 1. Nama Organisasi: Jabatan Peguam Negara 2. Nama Projek OSS Yang Dicalonkan: Sistem Laporan Harian Jabatan

Lebih terperinci

BAB 7 KESIMPULAN. Kajian ini bertujuan melihat perbandingan implementasi intervensi sosial melalui

BAB 7 KESIMPULAN. Kajian ini bertujuan melihat perbandingan implementasi intervensi sosial melalui BAB 7 KESIMPULAN 7.1 PENDAHULUAN Kajian ini bertujuan melihat perbandingan implementasi intervensi sosial melalui pembasmian kemiskinan dan impak terhadap komuniti di Melaka, Malaysia dan Riau, Indonesia.

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu cabang kejuruteraan yang mengalami perkembangan yang pesat. Walaupun masih wujud jurang yang ketara jika dibandingkan dengan industri

Lebih terperinci

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) telah ditubuhkan oleh YAB

Lebih terperinci

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Membantah Cadangan Untuk Menambah Masa Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC Dan SJKT dan Membantah Cadangan Untuk Memperkenalkan Mata Pelajaran Malaysia Negaraku

Lebih terperinci

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI : SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI : MASALAH PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM ATAS SMK TUN TUAH DARIPADA : TAN SENG

Lebih terperinci

Menurut Dr. Ahmad, kos. ISMAIL Semenanjung Malaysia sejak pad a

Menurut Dr. Ahmad, kos. ISMAIL Semenanjung Malaysia sejak pad a BIARPUN pelbagai kaedah rawatan digunakan untuk memusnahkan siput gondang emas. sifat haiwan itu yang tahan lasak menyebabkan serangannya sentiasa berulang. KAWASAN lapang ditengah-tengah petak sawah ini

Lebih terperinci

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SULIT Sila rujuk Panduan Pelaksanaan Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum mengisi borang ini BORANG UiTM (Prestasi) 3/2002 No. KP : : No. Pekerja : UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA LAPORAN PENILAIAN

Lebih terperinci

LAPORAN PENYELIDIKAN

LAPORAN PENYELIDIKAN LAPORAN PENYELIDIKAN Kumpulan SE 1 / K6 Nor Afira Binti Ahmad (A150582) Norshahidatul Ashima Binti Rifin (A 149874) Noradibah Binti Ibrahim (A150676) TAJUK KAJIAN: Penggunaan Mobile Learning (M-Learning)

Lebih terperinci

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik A. Ahmad 1, S. M. Idrus 2, N.N. N. A. Malik 3, N.A. Murad 4, N. H. Ngajikin & M. R. M. Esa 6 Fakulti Kejuruteraan

Lebih terperinci

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DARIPADA PERTANYAAN TARIKH DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH LISAN 01.04.2014 Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [Jasin] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah

Lebih terperinci

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH 1.0 PENGENALAN Sudah diketahui bahawa hal ehwal berkenaan tanah di dalam Perlembagaan Persekutuan dijelaskan di bawah Senarai Negeri, dan

Lebih terperinci

MENGUPAYAKAN BELIA UNTUK MASA HADAPAN

MENGUPAYAKAN BELIA UNTUK MASA HADAPAN MENGUPAYAKAN BELIA UNTUK MASA HADAPAN 14 I. PENDAHULUAN 14.01 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), program pembangunan belia yang bertujuan untuk melengkapkan belia dengan pengetahuan dan

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR ----------------------------------------------------------------------------------------- WELLNESS PROGRAMME TOWARDS A HEALTHY LIFE 1

Lebih terperinci

22. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan bangunan Suruhanjaya Sekuriti ini.

22. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan bangunan Suruhanjaya Sekuriti ini. Ucapan Majlis Pembukaan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia Di Majlis Perasmian Bangunan Pusat Perkembangan Industri Sekuriti dan Suruhanjaya Sekuriti 26 Februari 1999

Lebih terperinci

Detik terbaik henti merokok

Detik terbaik henti merokok Detik terbaik henti merokok Oleh Mohamed Maliki Mohamed Rapiee SALAM Ramadan al-mubarak! Kita kini sekali lagi dalam dakapan bulan Ramadan, iaitu bulan yang dijanjikan keberkatan oleh Allah. Sudah pasti

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengurusan kualiti memainkan peranan penting dalam organisasi perkhidmatam awam. Ia akan dapat memastikan organisasi berkenaan sentiasa relevan dengan keperluan semasa

Lebih terperinci

PJJ Unit 1: Definisi Krisis, Pengurusan Krisis, Pengurusan Krisis Organisasi

PJJ Unit 1: Definisi Krisis, Pengurusan Krisis, Pengurusan Krisis Organisasi PJJ Unit 1: Definisi Krisis, Pengurusan Krisis, Pengurusan Krisis Organisasi Oleh: Prof Madya Dr Siti Zobidah Omar Semester Kedua, 2012/2012 1 1. Pengenalan Kandungan 2. Definisi krisis, pengurusan krisis,

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Industri hotel adalah berkait rapat dengan industri pelancongan dan perdagangan dalam negeri atau antarabangsa sesebuah negara kerana fungsi utamanya ialah untuk membekalkan

Lebih terperinci

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia masih perlu

Lebih terperinci

Prinsip Pembangunan Komuniti

Prinsip Pembangunan Komuniti Prinsip Pembangunan Komuniti Prinsip - Apa itu prinsip? Pegangan Mempengaruhi tindakan Mempengaruhi cara berfikir Membuat keputusan Amalan (bertingkah laku dan bertindak seseorang) Prinsip Prinsip juga

Lebih terperinci

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar? Amalan Dengan Ketekunan Wajar KANDUNGAN 1. Pengenalan 2. Apakah Maksud Ketekunan Wajar? 3. Mengapa Ketekunan Wajar Diperlukan? 4. Tujuan Ketekunan Wajar 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar?

Lebih terperinci

SPESIFIKASI TUGAS PEGAWAI PENGURUSAN DG 41 (PRAKTIKUM)

SPESIFIKASI TUGAS PEGAWAI PENGURUSAN DG 41 (PRAKTIKUM) SPESIFIKASI TUGAS PEGAWAI PENGURUSAN DG 41 (PRAKTIKUM) 1 Pengurusan 55% Mengurus dan mentadbir Perancangan Strategik Membantu merancang Perancangan Strategik Tahunan Unit Praktikum. Membantu melaksana

Lebih terperinci