KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA TAJUK KAJIAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

dokumen-dokumen yang mirip
Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

KANDUNGAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB KANDUNGAN HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN BAHAGIAN SATU

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL 1 PENDAHULUAN 1

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN iii HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK vii KANDUNGAN SENARAI RAJAH xvi

INSTRUMEN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS GURU

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Oleh : Firdaus bt Abdul Fatah, Norlela bt Ali & Mohd Aminuddin b Ab Rahaman

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

Katakunci : amalan kemahiran generic, guru pelatih aliran teknik dan vokasional, latihan mengajar

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT. i ii iii iv v vi vii xv xviii xix

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

KANDUNGAN 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUKPERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

Saya / Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Katakunci : faktor, guru PKPG, melanjutkan pelajaran

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

SENARAI KANDUNGAN. Borang Perakuan Keaslian Penulisan. Penghargaan. Senarai Kandungan. Senarai Jadual. Senarai Rajah. Senarai Simbol/Singkatan

ABSTRAK. persampelan tersebut yang melibatkan persampelan rawak mudah dan sistematik.

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

ISI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. mendapatkan data yang boleh dipercayai, ia merangkumi tiga aspek penting yang menjadi METODOLOGI KUANTITATIF

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

PEMBENTUKAN KONSEP SAINS : SATU TINJAUAN DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 DI LIMA BUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH JOHOR BAHRU

AMALAN-AMALAN ISLAM DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR ALIRAN AGAMA KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA PARIT RAJA BATU PAHAT, JOHOR KHAIRIAH BINTI SULAIMAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN 1 PENDAHULUAN

KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN TAJUK TESIS DEKLARASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN BAHAGIAN 1

DUA TERHADAP KEBERKESANAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN PULAU PINANG

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PERAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL SENARAI LAMPIRAN

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

PENGAJARAN BERPASANGAN

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. I. Mengenal pasti strategi membaca teks yang paling kerap dan biasa digunakan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

Alat Berfikir PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

GARIS PANDUAN PENCALONAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Katakunci : persepsi pelajar, mata pelajaran vokasional (MPV), Landskap dan Nurseri

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DENGAN KESEDIAN UNTUK BERUBAH PELAJAR

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pengumpulan data

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Katakunci : pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI)

PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGGUNAKAN ALAT BERFIKIR CoRT 1

Transkripsi:

v ABSTRAK Kajian ini bertujuan mengkaji amalan penyelesaian masalah secara kreatif di dalam mata pelajaran Reka Cipta. Penyelidik menggunakan empat kaedah penyelesaian masalah iaitu kaedah inkuiri, kaedah sumbang saran, kaedah sinektik dan kaedah perbincangan. Sampel kajian adalah seramai 151 orang pelajar SPH tahun 4 yang telah mengambil mata pelajaran Reka Cipta di Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 42 item soalan menggunakan maklumbalas skala Likert 5 mata. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 13.0 untuk mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan.hasil kajian menunjukkan pelajar SPH mengamalkan keempat-empat kaedah iaitu kaedah inkuiri, kaedah sumbang saran, kaedah sinektik dan kaedah perbincangan dan terdapat ciri-ciri khusus kreatif di kalangan pelajar berdasarkan amalan tersebut.

vi ABSTRACT The purpose for this research was to study creative problem solving practices in the subject of Reka Cipta. The researcher used four problem solving method that are inquiry process, brainstorming process, synthetic process and encounter process. The study involved 151 fourth year SPH student who have completed the Reka Cipta subject in Faculty of Education UTM. The research instrument used was questionnaire which consist of 42 items using the 5 point Likert scale. Data were then analyzed using the SPSS software to obtain the value of frequency and percentage. The result shows that the SPH student practice all the problem solving methods that are inquiry process, brainstorming process, synthetic process and encounter process in addition, there are specific creativity characteristics that have been practiced by students.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA TAJUK KAJIAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Penyataan Masalah 6 1.4 Objektif Kajian 6 1.5 Persoalan Kajian 7 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.7 Skop Kajian 8

viii 1.8 Definisi Terminologi 9 1.8.1 Masalah 9 1.8.2 Penyelesaian masalah 9 1.8.3 Pemikiran kreatif 10 1.8.4 Kaedah Inkuiri 10 1.8.5 Kaedah Sumbang Saran 10 1.8.6 Kaedah Sinetik 11 1.8.7 Kaedah Perbincangan 11 1.8.8 Reka Cipta 12 1.9 Kesimpulan 12 BAB II SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Kurikulum Reka Cipta 13 2.3 Kaedah Penyelesaian Masalah 14 2.3.1 Kaedah Inkuiri 16 2.3.2 Kaedah Sumbang Saran 17 2.3.3 Kaedah Sinetik 19 2.3.4 Kaedah Perbincangan 20 2.4 Konsep Pemikiran Kreatif 21 2.5 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 22 2.6 Contoh-Contoh Pemikiran Kreatif 23 2.6.1 Menjana serta menghasilkan idea 23 2.6.2 Mencipta Metafora 24 2.6.3 Mencipta Analogi 24 2.6.4 Mencipta Definisi 25 2.7 Kajian Yang Berkaitan 25 2.8 Penutup 27

ix BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 28 3.2 Reka Bentuk Kajian 28 3.3 Tempat Kajian 29 3.4 Populasi Kajian 29 3.5 Sampel Kajian 29 3.6 Instrumen Kajian 30 3.7 Prosedur Kajian 32 3.8 Kajian Rintis 33 3.8.1 Kebolehpercayaan Soal Selidik 34 3.82 Kesahan Soal Selidik 34 3.9 Analisis Data 35 3.10 Andaian Kajian 37 3.11 Penutup 37 BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 38 4.2 Analisis Persoalan Kajian 38 4.2.1 Persoalan Kajian 1 39 4.2.2 Persoalan Kajian 2 40 4.2.3 Persoalan Kajian 3 42 4.2.4 Persoalan Kajian 4 44 4.2.5 Persoalan Kajian 5 46 4.2.6 Persoalan Kajian 6 48 4.3 Kesimpulan 50

x BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 51 5.2 Rumusan 51 5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 52 5.3.1 Pengaplikasian kaedah inkuiri di kalangan 53 pelajar di dalam menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran Reka Cipta 5.3.2 Pengaplikasian kaedah sumbang saran di 54 kalangan pelajar di dalam menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran Reka Cipta 5.3.3 Pengaplikasian kaedah sinektik di kalangan 55 pelajar dalam menyelesaikan masalah di dalam mata pelajaran Reka Cipta 5.3.4 Pengaplikasian kaedah perbincangan di 56 kalangan pelajar dalam menyelesaikan masalah di dalam mata pelajaran Reka Cipta 5.3.5 Amalan ciri-ciri khusus kreatif di kalangan 57 pelajar bagi menyelesaikan masalah di dalam mata pelajaran Reka Cipta 5.3.6 Ciri-ciri khusus kreatif yang terdapat di 59 dalam penyelesaian masalah di kalangan pelajar 5.4 Cadangan Kajian 60 5.4.1 Cadangan Tindakan 61 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 62 5.5 Penutup 63 BIBLIOGRAFI 64 LAMPIRAN 67

xi SENARAI JADUAL NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Gred Mata Pelajaran Reka Cipta 3 Yang Diperolehi Oleh Pelajar Sesi 2007/2008. 3.1 Bilangan Pelajar SPH Tahun Akhir 29 Mengikut Program Pengajian 3.2 Bilangan Responden Mengikut Program 30 Pengajian 3.3 Skor Bagi Item 31 3.4 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian 31 3.5 Jumlah Sampel Kajian Rintis Mengikut 33 Program Pengajian 3.6 Pekali Alpha Cronbach 34 3.7 Contoh item yang telah diperbetulkan 35 3.8 Skor Skala Likert Lima Peringkat Kepada 36 Tiga Peringkat 3.9 Peratusan Skor 36 4.1 Taburan Responden Bagi Pengaplikasian 39 Kaedah Inkuiri Dalam Menyelesaikan Masalah Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta 4.2 Taburan Responden Bagi Pengaplikasian 41 Kaedah Sumbang Saran Dalam Menyelesaikan Masalah Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta. 4.3 Taburan Responden Bagi Pengaplikasian Kaedah 43 Sinektik Dalam Menyelesaikan Masalah Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta.

xii 4.4 Taburan Responden Bagi Pengaplikasian 45 Kaedah Perbincangan Dalam Menyelesaikan Masalah Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta. 4.5 Taburan Responden Bagi Amalan Ciri-Ciri 47 Khusus Kreatif Dalam Penyelesaian Masalah Di Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta. 4.6 Taburan Responden Bagi Ciri-Ciri Khusus 49 Kreatif Yang Terdapat Dalam Penggunaan Kaedah Penyelesaian Masalah Di Kalangan Pelajar.

xiii SENARAI RAJAH NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Dua Komponen Kemahiran Berfikiran 22 Secara Kreatif

xiv SENARAI SINGKATAN JPTK Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPE Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik) SPSS Statistical Package for Social Science UTM Universiti Teknologi Malaysia

xv SENARAI LAMPIRAN BIL LAMPIRAN MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 67 B Pengesahan Soal Selidik 72 C Jadual Krejcie dan Morgan 74 D Surat Pengesahan Menjalani Projek 75 Sarjana Muda E Pengesahan Senarai Pelajar 76

1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Semasa menjalani kehidupan seharian, pelbagai masalah akan ditempuhi sewaktu menjalankan tugasan. Di dalam mata pelajaran Reka Cipta, pelajar juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah semasa mereka cipta sesuatu produk. Bagi menghadapi masalah tersebut, pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh pelajar untuk menyelesaikannya. Menurut Reid (2002), di dalam menyelesaikan sesuatu masalah, kemahiran berfikir secara kreatif adalah perlu bagi setiap pelajar untuk memperolehi idea yang lebih baik. Kemahiran berfikir secara kreatif di dalam menyelesaikan masalah akan menunjuk arah kepada setiap individu menggunakan langkah penyelesaian masalah bijak dan menghasilkan idea-idea yang bernas di dalam pemikiran reka cipta, pendapat, hujah yang jitu dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam mengharungi kehidupan seharian khususnya bagi seorang pelajar (Mohd Azhar,2001). Kurikulum Reka Cipta bermatlamat untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif melalui kemahiran generik yang diterapkan seperti pemikiran kritis serta kemahiran penyelesaian masalah. Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan perubahan serta perkembangan teknologi melalui penghasilan sesuatu reka cipta di dalam mata pelajaran Reka Cipta (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Ini bersesuaian untuk melahirkan pelajar yang berkemampuan di dalam menyelesaikan masalah di dalam mata pelajaran Reka Cipta seterusnya dapat menghasilkan graduan yang mampu membuat penyelesaian masalah harian menggunakan

2 pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang dipelajari. Selain itu, mempertingkatkan daya berfikir di kalangan pelajar merupakan salah satu objektif sistem pendidikan negara (Mok Soon Sang, 2002). Dalam proses ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. 1.2 Latar Belakang Masalah Mata pelajaran Reka Cipta merupakan satu mata pelajaran teras program di dalam bidang pengkhususan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH). Pelajar di bawah program ini mengaplikasikan pengetahuan asas dalam mereka bentuk dan mereka cipta. Ia menggunakan kemahiran sedia ada dari pelbagai bidang untuk menghasilkan prototaip dengan memfokus kepada fungsi dan teknologi yang digunakan serta memenuhi pelbagai kriteria rekabentuk, pengujian, pembaikan prototaip serta pendokumentasian keseluruhan aktiviti di dalam mereka cipta. Kerjasama di antara ahli kumpulan juga diambil kira di sepanjang proses mereka cipta ini dijalankan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2004) Penghasilan sesuatu projek di dalam mereka cipta memerlukan pelbagai kaedah penyelesaian masalah di setiap langkah proses pembinaan produk tersebut. Penyelesaian masalah bermakna mencari cara-cara yang dianggap sesuai bagi merentangi ruang antara keadaan asal dan keadaan yang dikenalpasti sebagai matlamat (Mohammad Awang, 1992). Ia memerlukan individu memiliki dan menggunakan pengetahuan sedia atau pengalaman yang telah dilalui oleh mereka di dalam menyelesaikan masalah. Oleh itu, pengetahuan serta pengalaman dari pelajar adalah perlu di dalam menyelesaikan sesuatu masalah semasa mereka cipta.

3 Jadual 1.1 di bawah menunjukkan gred yang diperolehi oleh pelajar SPH tahun 4 sesi 2007/2008 di dalam mata pelajaran Reka Cipta. Berdasarkan jadual tersebut, dapat dilihat bilangan pelajar yang memperolehi gred A hanya 17 orang. Ini kerana ramai pelajar tidak dapat memenuhi kriteria-kriteria yang dikehendaki seperti produk yang dihasilkan kurang bermanfaat sepenuhnya. Pelajar juga tidak dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi pada masa kini. Jadual 1.1 : Gred Mata Pelajaran Reka Cipta Yang Diperolehi Oleh Pelajar Sesi 2007/2008. Gred Mata Nilai Bilangan Pelajar A 4.00 17 A- 3.70 50 B+ 3.30 63 B 3.00 51 B- 2.70 12 Jumlah 193 Sumber : Bahagian Pengurusan Akademik, UTM (2008) Pelajar di lihat tidak mampu tidak mampu menyelesaikan masalah mereka cipta dengan tepat. Penyelesaian kurang tepat dan pemikiran yang lemah timbul daripada kelemahan menggunakan persepsi dalam pemikiran seseorang itu ( De Bono, 1990). Walaupun kemahiran berfikir secara analitis itu sangat penting, beliau percaya bahawa kebanyakkan kesilapan dibuat kerana seseorang itu tidak berupaya berfikir secara persepsi dengan baik. Ramai di kalangan pelajar tidak mampu membuat persepsi yang baik terhadap masalah di dalam mereka cipta. Selain dari itu, Menurut Perkin dan Swart (Som dan Mohd Dahalan,1998), kesilapan utama yang sering dilakukan semasa berfikir adalah seperti berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan bercelaru. Kelemahan ini berlaku apabila kita menghalang fikiran kita dari melihat sesuatu itu dengan lebih luas. Keadaan seperti yang dinyatakan tersebut berlaku di kalangan pelajar di mana pelajar masih kabur serta tidak jelas mengenai kaedah penyelesaian masalah secara kreatif di dalam menyelesaikan masalah yang dilalui.

4 Menurut Mohd Azhar dan rakan-rakan(2005), seseorang individu berasa sukar menerbitkan idea sama ada secara individu ataupun di dalam kumpulannya disebabkan oleh beberapa faktor seperti berfikir sehala, takut dikatakan bodoh dan pasif. Sikap ini bukan sahaja akan membantutkan kreativiti, malah meletakkan diri individu dalam paradigma orang lain. Sikap seperti ini akan menghilangkan diri identiti dan jati diri individu umpama hidup dalam bayang-bayang orang lain. Menurut Ainon dan Abdullah (1994), setiap orang mempunyai kemampuan menjadi kreatif, tetapi mereka tidak mengetahui kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk menghasilkan idea-idea kreatif tersebut. Kaedah penyelesaian masalah secara kreatif boleh dipelajari oleh pelajar di dalam mata pelajaran Reka Cipta. Menurut beliau juga, salah satu ciri yang dimiliki oleh orang yang berfikir secara kreatif ialah mencari penyelesaian cara baru. Beliau juga menyatakan bahawa pemikiran kreatif adalah penghasilan idea-idea baru dengan cara memanipulasikan pengetahuan dan pengalaman yang sedia dimiliki, dengan kata lain berani mencuba pelbagai teknik dan pendekatan. Menurut Mohd Azhar dan rakan-rakan(2005), dengan berfikir secara kreatif, ia perlu didahului dengan teknik-teknik yang spesifik mengikut persoalan dan masalah yang dihadapi. Bukan semua masalah dapat menggunakan teknik yang sama, ia mungkin memerlukan gabungan daripada beberapa teknik bagi menyelesaikan suatu masalah. Melalui teknik yang berkesan pelajar mampu menyelesaikan masalah di dalam mereka cipta serta menghasilkan idea-idea yang baru namun teknik penyelesaian masalah di kalangan pelajar tidak digunakan sepenuhnya oleh pelajar pada masa kini. Melalui kegiatan berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan masalah reka cipta, para pelajar akan menggunakan maklumat yang telah dipelajari bagi menjana idea baru bagi penyelesaian dalam masalah tersebut. Menurut Ainon dan Abdullah (1994), beliau telah mengemukakan bahawa orang yang berfikir secara kreatif di dalam menyelesaikan masalah pada amnya menunjukkan ciri-ciri berikut : 1. menghasilkan idea baru. 2. mengutamakan cara lain.

5 3. memberi fokus untuk mengubah idea. 4. mencari penyelesaian cara baru. 5. mencabar apa yang di anggap betul dan terbuka. 6. mencuba idea yang boleh dianggap gila. 7. tidak mengutamakan logik biasa. 8. menumpukan perhatian kepada kemungkinan masa depan. Menurut Jauharah Tak dalam Sam Chee Hoo(2000), jika seseorang itu mempunyai ciri-ciri khusus kreatif biasanya mereka menggunakan empat kaedah penyelesaian masalah iaitu kaedah sumbang saran, kaedah sinektik, kaedah inkuiri serta kaedah perbincangan sebagai panduan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Alex Osborn merupakan orang yang mengemukakan kaedah sumbang saran. Sumbang saran kadang kala dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik perbincangan (Mok Soon Sang, 2002). Kaedah sumbang saran juga merupakan suatu kaedah yang baik untuk mengetahui apa yang yang telah diketahui oleh seorang individu, dengan memikirkan idea yang terlintas dalam minda, melihat pertalian, hubungan isu-isu yang berkaitan dan yang tidak berkaitan (Mohd Nasuha, 1997). Kaedah inkuri pula memerlukan pelajar mengenal pasti masalah yang dihadapi melalui kajian yang dijalankan seterusnya membuat penyelesaian dan rumusan terhadap masalah tersebut (Mok Soon Sang, 2002). Kaedah inkuiri ini merupakan kaedah yang biasa digunakan oleh pelajar. Menurut Willian dalam Lau Kheng Ang (2004), Kaedah sinektik pula merupakan kaedah yang digunakan untuk merangsang pemikiran kreatif dan menggalakkan daya cipta seseorang. Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mencari idea alternatif penyelesaian yang lain, pelajar akan menggunakan analogi dan metafera bagi mengatasi masalah semasa menggunakan kaedah ini.

6 Menurut Shahril (2002), kaedah perbincangan sering dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru teknikal bagi menarik minat dan perhatian pelajar. Menurut Ainon dan Abdullah (1996), perbincangan secara berkumpulan digunakan untuk meneroka sesuatu isu dan membuat keputusan. Selain itu, aktiviti seperti perbincangan, penyelesaian masalah atau menghasilkan sesuatu produk akan dapat meningkatkan lagi keupayaan kemahiran berfikir. 1.3 Penyataan Masalah Berdasarkan kenyataan yang diberikan, amalan penyelesaian masalah secara kreatif di dalam penghasilan produk serta idea di dalam mereka cipta adalah perlu bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta ini. Proses mereka cipta merupakan salah satu panduan proses penyelesaian masalah tetapi amalan kaedah penyelesaian masalah yang digunakan oleh pelajar terhadap proses mereka cipta masih tidak jelas. Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin mengkaji sejauh mana amalan penyelesaian masalah secara kreatif di dalam mata pelajaran Reka Cipta diamalkan di kalangan pelajar tahun akhir SPH di UTM. 1.4 Objektif kajian Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk: i. Mengenal pasti sama ada pelajar mengaplikasi empat kaedah penyelesaian masalah di dalam Reka Cipta iaitu : a. Kaedah inkuiri b. Kaedah sumbang saran c. Kaedah sinektik. d. Kaedah perbincangan.

7 ii. iii. Mengenal pasti sama ada pelajar yang terlibat mengamalkan ciri-ciri khusus kreatif untuk menyelesaikan masalah di dalam mata pelajaran Reka Cipta. Mengenal pasti ciri-ciri khusus kreatif di dalam kaedah penyelesaian masalah di kalangan pelajar. 1.5 Persoalan kajian Persoalan-persoalan kajian yang dijalankan adalah seperti dibawah : i. Adakah pelajar mengaplikasikan kaedah inkuiri dalam menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran Reka Cipta? ii. Adakah pelajar mengaplikasikan kaedah sumbang saran dalam menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran Reka Cipta? iii. Adakah pelajar mengaplikasikan kaedah sinektik dalam menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran Reka Cipta? iv. Adakah pelajar mengaplikasikan kaedah perbincangan dalam menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran Reka Cipta? v. Adakah pelajar mengamalkan ciri-ciri khusus kreatif untuk menyelesaikan masalah di dalam mata pelajaran Reka Cipta? vi. Apakah ciri-ciri khusus kreatif di dalam kaedah penyelesaian masalah di kalangan pelajar? 1.6 Kepentingan kajian Hasil dari kajian ini, penyelidik akan dapat melihat sejauh mana penggunaan dan pengaplikasian kaedah penyelesaian masalah secara kreatif di dalam mata pelajaran Reka Cipta di kalangan pelajar SPH di UTM. Penyelidik berharap hasil kajian ini dapat: