KOD ETIKA PEMBEKAL TH

dokumen-dokumen yang mirip
KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

Kod pengendalian perniagaan

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Tatakelakuan. Pembekal

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS.

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

Jadual Kandungan. Akta Amalan Rasuah Luar Negeri... 6 Garis panduan Kawalan Import dan Eksport... 6 Garis panduan Pemulauan Ekonomi Luar Negeri...

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

ROPER TECHNOLOGIES, INC.

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

KOD etika PeRNiaGaaN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

DASAR ANTI RASUAH RGIS

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

Polisi Privasi. Pengenalan

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

KOD ETIKA KERJA RAMSAY SIME DARBY HEALTH CARE

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

Tata Kelakuan Panasonic

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TATAKELAKUAN DAVITA. ANDA HARUS MENJADI PERUBAHAN yang anda inginkan di dunia. MAHATMA GANDHI

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

PANDUAN UNTUK PEMOHON PERKONGSIAN ANTARABANGSA

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

Kod Tatakelakuan Jula AB

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

ETIKA PERNIAGAAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD (PNMB)

KOD TINGKAH LAKU ETIKA PERNIAGAAN. Hayati Credo, Fahami Kod Kami

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

PENYEMAKAN TATAETIKA 2015 [KAJIAN SEMULA 1]

TATAKELAKUAN. Pilihan Yang Betul

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

Garis Panduan Mengendalikan Perniagaan Kumpulan Nitto

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

Jun Kod Etika dan Piawaian Tingkah Laku Perniagaan

tata kelakuan dan etika Membina Kepercayaan

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

NOTIS PRIVASI. 1.4 Untuk tujuan-tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Tatakelakuan. SCA Tatakelakuan 1

Rakan Sekerja yang Dihormati,

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

PEMATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN

KOD PERATURAN ETIKA KERJA, KELAKUAN DAN TATATERTIB

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Syarat Perlindungan Data Pembekal Microsoft

BORANG MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN)

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

PANDUAN UNTUK PEMOHON FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

Toll Group Kod Amalan Membantu anda menghayati Cara Toll

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

PESANAN DARIPADA KEITH JACKSON

Transkripsi:

KOD ETIKA PEMBEKAL TH

ISI KANDUNGAN Tajuk Muka Surat PENGENALAN 4 PRINSIP-PRINSIP KOD 5 JUJUR MELAKSANAKAN TANGGUNG JAWAB 5 MEMATUHI UNDANG-UNDANG 6 MENJAUHI RASUAH 7 MENGELAK PERCANGGAHAN KEPENTINGAN 8 HADIAH 9 BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS MAKLUMAT SULIT DAN ASET TH 10 MAKLUMAT SULIT 10 ASET TH 10 KEPENTINGAN KUALITI PIAWAIAN DAN KEMAHIRAN 11 MENGHINDARI AMALAN ANTI-KOMPETITIF 12 PENGHORMATAN KEPADA INDIVIDU DAN MASYARAKAT 12 PEMATUHAN KOD 14 PELANGGARAN KOD 15 6

PENGENALAN Kod Etika Pembekal ini menggariskan prinsip-prinsip dan tahap tingkah laku yang dijangkakan daripada setiap pembekal, pekerja-pekerja mereka, subkontraktor dan subpembekal Tabung Haji untuk memenuhi dalam penyediaan barangan dan perkhidmatan kepada Tabung Haji. Untuk menyokong pematuhan Kod ini, pembekal hendaklah memastikan bahawa Kod dikongsi bersama dengan semua individu yang ditugaskan untuk melaksanakan kerja bagi atau bagi pihak TH, dan semua tugas-tugas yang berkaitan dengan TH dilaksanakan oleh individu dengan kemahiran, kepakaran dan pensijilan diperlukan untuk menegakkan prinsip dan memenuhi standard dalam Kod. Prinsip-prinsip Kod selaras dengan visi dan misi TH dalam mengekalkan piawaian yang tinggi dalam tadbir urus korporat TH dalam meningkatkan akauntabilti, ketelusan, integriti dan kemampanan dalam perolehan TH bagi mengurang dan membasmi gejala rasuah. 7

PRINSIP PRINSIP KOD TH menjangka pembekal untuk menjalankan perniagaan mengikut standard etika yang tinggi, termasuk pematuhan kepada PRINSIP-PRINSIP yang berikut: 1. JUJUR MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB Semua pembekal dan wakil mereka hendaklah menjalankan transaksi perniagaan dan aktiviti-aktiviti dengan jujur, amanah, bertanggungjawab dan berintegriti. Disamping itu, semua pembekal dan wakil mereka hendaklah: Merekod dan melaporkan secara jujur dan tepat semua maklumat perniagaan Melindungi dan bertanggungjawab menjaga aset fizikal dan intelektual TH, termasuk hartanah, bekalan dan peralatan, apabila diberi kuasa oleh TH untuk menggunakan aset tersebut Memastikan semua rekod, komunikasi dan pendedahan yang berkaitan dengan TH dibuat dengan penuh, adil, tepat pada masanya dan boleh difahami. 8

2. MEMATUHI UNDANG-UNDANG Semua pembekal TH dan wakil pembekal hendaklah menerimapakai dan mematuhi semua peraturan TH serta pindaannya dari semasa ke semasa ketika menjalakan aktiviti perniagaan mereka. Selain itu, semua pembekal dan wakil pembekal hendaklah: mematuhi terma dan syarat-syarat yang telah dipersetujui didalam perjanjian kontrak mematuhi semua peraturan dan undang-undang sivil dan/atau jenayah negara mematuhi undang-undang berkenaanan rasuah dan sogokan termasuk Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) mematuhi semua undang-undang dan peraturan alam sekitar, yang berkaitan dengan bahan-bahan berbahaya, pelepasan udara, bahan buangan dan sisa buangan. 9

3. MENJAUHI RASUAH Tidak akan, secara langsung atau tidak langsung, meminta, menawar, menerima, memberi atau berjanji untuk memberi sesuatu ganjaran berbentuk wang, barangan atau perkhidmatan, kepada mana-mana anggota TH sebagai balasan untuk keputusan, pendapat, undian atau tindakan lain yang mempengaruhi sebarang keputusan perolehan. Selain itu, semua pembekal dan wakil pembekal hendaklah : tidak bersubahat dalam melakukan aktiviti yang berunsur rasuah segera melaporkan kepada pihak pengurusan TH jika terdapat perlakuan atau cubaan rasuah dilakukan oleh anggota Tabung Haji atau pembekal lain. 10

4. MENGELAK PERCANGGAHAN KEPENTINGAN Semua pembekal TH dan wakil pembekal hendaklah menghindari diri dari melakukan perkara yang boleh menyebabkan berlakunya percanggahan kepentingan dalam urusan perolehan. Contohnya, pembekal mempunyai hubungan keluarga ataupun perkongsian perniagaan dengan pemegang saham, ahli jawatankuasa tender, atau lain-lain anggota TH. Pembekal yang mempunyai percanggahan atau berpotensi mempunyai percanggahan kepentingan dengan mana-mana anggota TH, hendaklah dengan segera memaklumkan kepada pihak pengurusan TH samaada sebelum atau selepas pelantikan dan pemilihan. Pihak pengurusan TH berhak dalam membuat keputusan menentukan sama ada pembekal tersebut perlu menarik diri atau sebaliknya. Ketika terlibat dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan TH, pembekal tidak boleh menerima apa-apa pekerjaan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang boleh mewujudkan unsur-unsur percanggahan atau menyebabkan berlakunya percanggahan kepentingan. 11

4.1 HADIAH Pembekal atau wakil mereka tidak boleh menawarkan atau memberi apa-apa hadiah, secara langsung atau tidak langsung, kepada anggota TH yang terlibat dalam proses bidaan atau tender atau mana-mana anggota atau kepada mana-mana keluarga anggota TH yang boleh mempengaruhi pertimbangan anggota dalam menjalankan tugas mereka. 12

5. BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS MAKLUMAT SULIT DAN ASET TH 5.1 MAKLUMAT SULIT Pembekal hendaklah menyenggara dan melindungi kerahsiaan, integriti dan maklumat yang sedia ada yang diamanahkan kepada mereka oleh TH, melainkan jika pendedahan tersebut dibenarkan oleh TH atau maklumat tersebut dikehendaki oleh undang-undang dan mahkamah. Maklumat sulit adalah maklumat proprietari TH atau pihak ketiga yang digunakan oleh TH, yang mana jika didedahkan atau diubahsuai oleh individu yang tidak dibenarkan, boleh mengakibatkan risiko kerugian kewangan dan menjatuhkan reputasi serta prestasi TH. 5.2 ASET TH Semua pembekal TH dan wakil pembekal hendaklah mematuhi hak-hak pemilikan harta intelek TH termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta, paten, tanda dagangan dan rahsia perdagangan. Teknologi maklumat dan sistem yang disediakan oleh TH hanya boleh digunakan untuk tujuan yang berkaitan dengan perniagaan TH. 13

Pembekal dan wakil pembekal dilarang daripada menggunakan teknologi dan sistem yang disediakan oleh TH untuk mencipta, mengakses, menyimpan, mencetak, meminta atau menghantar sebarang bahan yang mengganggu, mengancam, kesat, lucah atau menghantar sebarang komunikasi palsu, menghina atau berniat jahat. 6. KEPENTINGAN KUALITI PIAWAIAN DAN KEMAHIRAN Semua pembekal TH dan wakil pembekal hendaklah sentiasa memberi dan meningkatkan standard etika serta kualiti kerja yang tinggi ketika menyempurnakan urusniaga. Selain itu, semua pembekal dan wakil pembekal hendaklah: Memperoleh lesen/permit yang diperlukan sebagai pembekal barangan atau perkhidmatan untuk TH Menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi, mencukupi dan berkualiti dalam menyempurnakan urusniaga Mengguna dan membekalkan peralatan yang memenuhi kualiti yang ditetapkan bagi menjalankan aktiviti yang dipertanggungjawabkan. 14

7. MENGHINDARI AMALAN ANTI-KOMPETITIF Semua pembekal TH dan wakil pembekal hendaklah mengamalkan persaingan yang sihat dan telus dalam urusniaga perolehan seperti tidak memberikan maklumat palsu atau mengelirukan kepada pembekal yang lain, menyembunyi atau memusnahkan dokumen. Selain itu, semua pembekal dilarang menyertai manamana pakatan dikalangan pembekal, pelanggan atau petender dalam urusan perolehan. 8. PENGHORMATAN KEPADA INDIVIDU DAN MASYARAKAT 8.1 Semua pembekal mestilah mengutamakan perasaan hormat menghormati terhadap semua pihak yang terlibat dalam sesebuah kontrak termasuklah menghormati nilai, sejarah, agama, kepercayaan dan kebudayaan masyarakat sepanjang tempoh melaksanakan kontrak. 8.2 Semua pembekal mestilah mengelak dari mengamalkan diskriminasi dalam sebarang bentuk berasaskan kaum, umur, jantina, negeri dan negara 15

asal, keupayaan atau orientasi seksual dalam masa perlaksanaan kontrak. 8.3 Semua pembekal mestilah memastikan bahawa setiap pekerjanya disediakan persekitaran kerja yang memuaskan, dilayan dengan adil, dibayar dengan ganjaran yang setimpal dan membantu mereka dari aspek pembangunan kerjaya serta kebajikan dengan sewajarnya. 16

PEMATUHAN KOD Pematuhan terhadap prinsip-prinsip, polisi dan peraturan yang telah dinyatakan di dalam Kod ini adalah diwajibkan kepada semua pembekal dan wakil-wakilnya yang berurusan dengan TH. Oleh itu, pembekal hendaklah: a. membaca dan memahami Kod ini; b. melaporkan dengan segera ketidakpatuhan atau pelanggaran Kod ini oleh mana-mana pihak kepada pihak pengurusan TH yang dilantik; c. memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan yang dibuat dan d. memasti dan mendidik kakitangan atau wakil pembekal atau sub kontraktor bahawa mereka memahami dan mematuhi Kod Etika ini. Sebarang kemusykilan atau aduan boleh dibuat melalui Polisi Pemberitahuan Maklumat (Whistleblowing) atau menghubungi terus kepada Ketua Pegawai Integriti TH dan identiti dan isi aduan pengadu adalah sulit dan dilindungi. 17

PELANGGARAN KOD Tindakan disiplin akan diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan kepada Kod ini. Tindakan disiplin yang diambil adalah bergantung kepada jenis dan tahap kesalahan yang dilakukan. Antara tindakan yang akan dikenakan atas ketidakpatuhan kepada Kod ini adalah: a) penalti/denda; b) penamatan kontrak; atau c) disenaraihitam atau dibatalkan pendaftaran bagi tempoh tertentu bagi ketidakpatuhan yang berulang. 18

Sekiranya terdapat pihak yang mempunyai persoalan atau kurang jelas tentang perkara yang berkaitan Kod Etika Pembekal ini, atau ingin membuat laporan sesuatu perbuatan yang mencurigakan atau kejadian ketidakpatuhan kepada Etika Pembekal, Pihak Berkenaan hendaklah memberi kerjasama kepada wakil TH atau Ketua Pegawai Integriti. Pendedahan boleh disalur melalui mana-mana saluran berikut dan segala maklumat yang diterima adalah sulit: Ketua Pegawai Integriti : 03-2054 3317 : 03-2161 1443 : whistle@lth.gov.my Alamat: Bahagian Integriti, Lantai 15, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji, 201 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur 19

CATATAN 20