Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017"

Transkripsi

1 LAMPIRAN A YARAT-SYARAT AM SYARAT-SYARAT AM Penyebut Harga dikehendaki mematuhi sepenuhnya Syarat-syarat Am Sebut Harga apabila menyertai Sebut Harga ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini membolehkan Sebut Harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga tidak akan dipertimbangkan dan ditolak. 1. KELAYAKAN MEMASUKI SEBUT HARGA 1.1 Pembekal yang menyertai Sebut Harga ini mestilah terlebih dahulu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam (Kod Bidang: dan ) serta masih sah pendaftarannya semasa syarikat yang berjaya memulakan kerja-kerja kontrak. Salinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan hendaklah disertakan bersama-sama dengan Dokumen Sebut Harga. Jika tempoh pendaftaran telah atau hampir tamat, Penyebut Harga hendaklah mengemukakan salinan surat daripada Kementerian Kewangan yang menyatakan bahawa permohonan untuk lanjutan atau pembaharuan tempoh pendaftaran telah dibuat. Kegagalan Penyebut Harga mengemukakan salinan surat tersebut adalah ditakrifkan sebagai sijil telah tamat tempoh dan tidak akan dipertimbangkan. 1.2 Dokumen tawaran Penyebut Harga hendaklah dibuat di atas borangborang asal Sebut Harga yang disertakan bersama Kenyataan Tawaran. Semua borang-borang berhubung dengan Sebut Harga hendaklah ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa oleh Penyebut Harga. Mana-mana borang yang tidak bertandatangan dan dicop dengan cop rasmi Penyebut Harga tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak. 1

2 2. DOKUMEN SEBUT HARGA 2.1 Borang-borang di dalam Dokumen Sebut Harga hendaklah diisi dan dihantar dalam dua (2) salinan (ASAL dan SALINAN) dengan lengkap dan jelas. Borang-borang berkenaan hendaklah ditaip dan dijilid dengan kemas. 2.2 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong dan ditandatangan ringkas setentang dengan apa-apa perubahan yang dibuat. 3. HARGA TAWARAN 3.1 Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebut Harga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas Sebut Harga ini ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku Sebut Harga. Penyebut Harga yang berjaya ditawarkan Sebut Harga ini dikehendaki mematuhi: Syarat sepanjang masa perkhidmatan ini berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan harga; dan 4. SPESIFIKASI, SKOP KERJA DAN STANDARD KUALITI KERJA 4.1 Penyebut Harga adalah dinasihatkan membaca dengan teliti Jadual Pematuhan, Skop Kerja dan Spesifikasi seperti di Lampiran G, G1 dan G2 supaya tidak timbul masalah/kesilapan dalam meletak harga tawaran. 4.2 Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian Rangkaian Setempat (Local Area Network LAN) dan Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless) di Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jalan Elmu, Kuala Lumpur, akan dilaksanakan mengikut spesifikasi, 2

3 skop kerja dan standard kualiti kerja yang dinyatakan seperti di skop kerja dan standard kualiti kerja yang dinyatakan seperti di Lampiran G. 5. KADAR DENDA 5.1 Jika perkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut atau jika berlaku pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian ini, Kerajaan boleh mengambil tindakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan perkara-perkara yang berikut: (a) Menolak perkhidmatan serta-merta; (b) Menolak perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya dan meminta Penyebut Harga menggantikan perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Kerajaan. Jika Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya tidak digantikan dalam masa yang ditentukan, Kerajaan boleh mendapatkan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian darinya daripada lain-lain punca dan Penyebut Harga dikehendaki membayar amaun yang dikenakan kepada Kerajaan; (c) Menamatkan Perjanjian ini dan melantik pihak lain untuk melaksanakan Perkhidmatan; (d) Penyebut Harga boleh dikenakan denda dan penalti sekiranya lewat atau pun gagal dalam pelaksanaan projek seperti berikut: i) Penyebut Harga akan dikenakan denda 0.5% / 24 jam dari jumlah harga perkhidmatan bagi setiap jam kelewatan perkakasan sementara (loaner unit) termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. 3

4 ii) Penyebut Harga akan dikenakan denda 0.5% dari jumlah harga perkhidmatan bagi setiap hari kelewatan pembaikan utama dan penggantian terus perkakasan (major repair dan total replacement) termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. iii) Penyebut Harga yang gagal melaksanakan perkhidmatan berdasarkan jadual yang ditetapkan atau mengikut arahan seperti di dalam kontrak akan dikenakan denda sebanyak 5% daripada nilai perkhidmatan tersebut. (f) Kerajaan berhak memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepada Penyebut Harga oleh Kerajaan, sama ada sebagai denda atau pampasan daripada mana-mana Perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan daripada apa-apa yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Penyebut Harga di bawah Perjanjian ini. 6. MENARIK BALIK TAWARAN/MENOLAK TAWARAN Penyebut Harga tidak boleh menarik balik tawaran sebelum Sebut Harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Sebut Harga dipertimbangkan atau tawaran dibuat. Jika Penyebut Harga menarik diri atau menolak tawaran, nama Penyebut Harga akan dikemukakan kepada pihak berkuasa untuk tindakan penggantungan pendaftaran seperti berikut: 6.1 Dua (2) tahun bagi kesalahan pertama; 6.2 Lima (5) tahun bagi kesalahan kali kedua; dan 6.3 Pendaftaran akan dibatalkan terus bagi kesalahan berikutnya 4

5 7. TEMPOH SAHLAKU SEBUT HARGA Tempoh sahlaku Sebut Harga ini adalah selama 90 hari bermula daripada tarikh Sebut Harga ditutup. Tempoh sah laku Sebut Harga ini tidak boleh dilanjutkan. 8. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA 8.1 Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga jua pun. Keputusan adalah muktamad dan Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan daripada Penyebut Harga berhubung sebab sebab Penyebut Harga tidak berjaya. 8.2 Penyebut harga yang berjaya tidak boleh menolak tawaran. Jika menolak, nama akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk tindakan menggantung sijil pendaftaran. 9. KONTRAK Syarat-syarat dalam Dokumen Sebut Harga dan syarat-syarat dalam surat tawaran Setuju Terima adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak. 10. PERUBAHAN SYARAT-SYARAT 10.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah daripada semasa ke semasa syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak dan mulai daripada tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan, perkhidmatan atau peralatan yang dikehendaki itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut. 5

6 10.2 Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan bagi pengeluaran, maka perkhidmatan atau harga peralatan yang terlibat dengan perubahan itu hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua dua pihak secara bertulis. 11. TEMPOH PEMBEKALAN/PERKHIDMATAN Sebut Harga Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian Rangkaian Setempat (Local Area Network LAN) dan Rangkaian Tanpa Wayar (Wireless) di Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi,, adalah seperti di Lampiran F. Walaubagaimanapun Kerajaan adalah berhak menentukan tempoh pembekalan yang sebenarnya selepas menentukan Penyebut Harga yang berjaya. 12. PENAMATAN PERSETUJUAN 12.1 Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebut Harga dan dengan tiada apa-apa tindakan selanjutnya Kerajaan boleh terus menamatkan persetujuan: Jika Penyebut Harga melakukan pelanggaran terhadap manamana syarat yang terdapat dalam persetujuan ini; Jika Penyebut Harga itu sebagai orang perseorangan atau, apabila Kontraktor itu adalah satu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau jika Kontraktor itu adalah syarikat, meluluskan suatu perintah bahawa syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau pengurusan 6

7 bagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaanbagi pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaankeadaan yang memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan. Atau Jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Penyebut Harga atau sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Penyebut Harga) melakukan perbuatan rasuah dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik ganti rosak. 13. HAK KERAJAAN MENERIMA ATAU MENOLAK DOKUMEN SEBUT HARGA 13.1 Kerajaan berhak menerima atau menolak mana-mana dokumen Sebut Harga dan membatalkan proses Sebut Harga dan menolak semua dokumen Sebut Harga pada bila-bila masa sebelum kontrak diberikan tanpa melibatkan apa-apa tanggungan kepada Penyebut Harga yang terlibat atau tanpa memerlukan pihak Kerajaan untuk memaklumkan sebab-sebab demikian kepada Penyebut Harga yang terlibat Pihak Kerajaan adalah berhak mempersetujui nilai Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah atau mengurangkan kuantiti barangan Sebut Harga Pertimbangan Sebut Harga ini adalah berasaskan tawaran teknikal, tawaran harga dan keupayaan Penyebut Harga serta lain-lain faktor yang difikirkan sesuai seperti berikut: 7

8 a) Kerajaan tidak terikat untuk menawarkan Kontrak kepada Penyebut Harga yang menawarkan harga terendah; b) Keputusan Kerajaan adalah muktamad; c) Kerajaan berhak memilih lebih dari satu Penyebut Harga; d) Kerajaan berhak sama ada mempersetujui kesemua tawaran Sebut Harga atau sebahagiannya; e) Kerajaan juga berhak mengubah spesifikasi Sebut Harga jika perlu; f) Kerajaan tidak memerlukan untuk memberi sebab penolakan mana-mana Sebut Harga; g) Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Sebut Harga tidak akan dilayan. 14. PERTIKAIAN Apa-apa pertikaian yang terbit di antara Kerajaan dengan Penyebut Harga mengenai pentafsiran, pengertian atau kuatkuasa persetujuan, atau hak dan tanggungan pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang terbit daripadanya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara Kerajaan dengan Kontraktor, dirujukkan kepada pertimbangtaraan dua orang, seorang dilantik oleh Kerajaan dan seorang oleh Kontraktor. Tiap-tiap seorang yang dilantik itu hendaklah bebas daripada pihak-pihak yang membuat persetujuan ini. 15. IKLAN Tiada maklumat mengenai Sebut Harga ini boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau media pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu. 8

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017 INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM DOKUMEN SEBUT HARGA SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN PERKAKASAN DAN PERISIAN RANGKAIAN SETEMPAT (LOCAL AREA NETWORK LAN) DAN RANGKAIAN

Lebih terperinci

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun ANTARA UNIVERSITI MALAYA, sebuah universiti yang ditubuhkan di bawah

Lebih terperinci

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017 LAMPIRAN G SKOP DAN SPESIFIKASI 1.0 TUJUAN Sebutharga ini bertujuan untuk mempelawa penyebutharga bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian Rangkaian Setempat (Local Area Network-LAN) dan

Lebih terperinci

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER Penyebut harga / petender adalah diingatkan supaya mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan apabila menyertai sebut harga / tender

Lebih terperinci

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B PERKHIDMATAN

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B PERKHIDMATAN SOK/KEW/DF041/BUY PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B PERKHIDMATAN No. Rujukan Sebut Harga : UPM/PSAS/01/2016 (12023) Tajuk Sebut Harga : Perkhidmatan

Lebih terperinci

DOKUMEN PERJANJIAN KONTRAK BEKALAN BARANGAN / PERKHIDMATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

DOKUMEN PERJANJIAN KONTRAK BEKALAN BARANGAN / PERKHIDMATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA No. Perjanjian :... Nilai Kontrak :... Jumlah Bon Perlaksanaan:... DOKUMEN PERJANJIAN KONTRAK BEKALAN BARANGAN / PERKHIDMATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PERJANJIAN ini dibuat pada... haribulan... 20...

Lebih terperinci

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA / TENDER Penyebut harga / petender adalah diingatkan supaya mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan apabila menyertai sebut harga / tender

Lebih terperinci

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU (PPG/PISMP-Pin.3/2014) No. Pendaftaran Institut.. PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) Perjanjian ini dibuat pada. haribulan.. Tahun...

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJI PERALATAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SM TEKNIK BAGI TAHUN 2016 MATA PELAJARAN: TEKNOLOGI

Lebih terperinci

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN SOK/KEW/DR040/BUY PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN No. Rujukan Sebut Harga : SHB/ZKB/25/2016 (14001-DA) Tajuk Sebut Harga : MEMBEKAL

Lebih terperinci

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN SOK/KEW/DR040/BUY PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN No. Rujukan Sebut Harga : SHB/PSAS/03/2016 (12023) Tajuk Sebut Harga : Memasang,

Lebih terperinci

NO. PERJANJIAN : [UNTUK BEKALAN] DI ANTARA UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) CONTOH DAN PADA HB. TAHUN 20 BAGI MEMBEKALKAN

NO. PERJANJIAN : [UNTUK BEKALAN] DI ANTARA UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) CONTOH DAN PADA HB. TAHUN 20 BAGI MEMBEKALKAN NO. PERJANJIAN : [UNTUK BEKALAN] DI ANTARA UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) DAN PADA HB. TAHUN 20 BAGI MEMBEKALKAN TEMPOH PERJANJIAN : NILAI PERJANJIAN : NILAI CAGARAN : PERENGGAN

Lebih terperinci

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN

PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN SOK/KEW/DR040/BUY PEJABAT BURSAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN NO. 170) DOKUMEN SEBUT HARGA B BEKALAN No. Rujukan Sebut Harga : SHB/ZKB/26/2016 (14001-DA) Tajuk Sebut Harga : MEMBEKAL

Lebih terperinci

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014

MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Kuala Lumpur. Tarikh : 27 Oktober 2014 LAMPIRAN Q SEBUT HARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN MAJLIS AMANAH RAKYAT (Surat Pekeliling Perolehan MARA Bil. 5/2012) Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini No. ebidding : EBID086/14/0007

Lebih terperinci

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT Atas pertimbangan Hong Leong Bank Berhad ( HLB ) bersetuju untuk membenarkan Pelanggan untuk membuka dan mengendalikan akaun matawang asing dengan HLB atas permintaan

Lebih terperinci

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017 1 DEFINISI 1.1 Bagi tujuan Terma-terma dan Syarat-syarat ini, perkataan dan terma berikut adalah bermaksud seperti makna yang diberikan kepadanya melainkan jika dinyatakan sebaliknya:- "Pihak Bank" bermaksud

Lebih terperinci

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20 PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20 PERJANJIAN INI dibuat pada hari dan tahun seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 1, Jadual kepada Perjanjian ini di

Lebih terperinci

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA PERJANJIAN BELAJAR PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan...... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA Pelajar yang mana nama dan maklumat terperinci seperti yang dinyatakan di Perkara

Lebih terperinci

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI 1. Program Pindahan Baki Kad Kredit-i Bank Islam ini akan berakhir pada 31 Disember 2013. Program ini terbuka kepada semua Ahli Kad Utama Kad Kredit-i Visa Bank Islam

Lebih terperinci

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih Terma dan Syarat AmBank (M) Berhad: Kempen Gabungan Pelaburan ( Investment Bundle ) 1. Definisi Untuk tujuan Terma dan Syarat ini, perkataan dan ungkapan berikut hendaklah mempunyai makna yang diberikan

Lebih terperinci

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502 84 (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 82, Suruhanjaya, pada bila-bila masa dalam membuat keputusan di bawah Akta ini, atau Menteri pada bila-bila

Lebih terperinci

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KENYATAAN SEBUT HARGA

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KENYATAAN SEBUT HARGA JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KENYATAAN SEBUT HARGA Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang 020301

Lebih terperinci

1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran.

1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butiran dokumen sebutharga sebelum mengemukakan tawaran. PEROLEHAN BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENGUJITERIMA KOMPUTER PERIBADI (DESKTOP COMPUTER) BAGI MAKMAL KOMPUTER MAKTAB KOPERASI MALAYSIA ZON SABAH DAN SARAWAK PERINGATAN : 1. Penyebutharga

Lebih terperinci

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017 Ruang Setem Hasil PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017 K E T I P ANTARA (Nama PELAJAR dan No. Kad Pengenalan) DAN LEMBAGA TABUNG KUMPULAN WANG BIASISWA NEGERI SELANGOR K E T I P DAN (Nama PENJAMIN

Lebih terperinci

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking 1. TAKRIFAN 1.1 Untuk tujuan Terma dan Syarat ini, perkataan dan ungkapan yang berikut akan mempunyai maksud yang diperuntukkan kepadanya kecuali konteks memerlukan yang sebaliknya:- Bank bermaksud AmBank

Lebih terperinci

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen (Rujukan Berjaya): 1. KELAYAKAN 1.1 Program Property Financing Referral Rewards ( RRP ) adalah program yang memberi ganjaran kepada ejen/perunding hartanah ("Ejen") dengan insentif untuk pelanggan yang berjaya dirujuk ("Insentif

Lebih terperinci

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH : PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH : HB PERJANJIAN INI dibuat pada hari dan tahun seperti yang dinyatakan di dalam Bahagian 1, Jadual kepada Perjanjian ini di

Lebih terperinci

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017 1 DEFINISI 1.1 Bagi tujuan Terma-terma dan Syarat-syarat ini, perkataan dan terma berikut adalah bermaksud seperti makna yang diberikan kepadanya melainkan jika dinyatakan sebaliknya:- "Pihak Bank" bermaksud

Lebih terperinci

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012 SUSUNAN FASAL Bah a g i a n I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Ketidakpakaian 3. Tafsiran

Lebih terperinci

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI ) PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI ) DI ANTARA (PELAJAR) DAN (PENJAMIN 1) DAN (PENJAMIN 2) DENGAN UNIVERSITI SELANGOR BERTARIKH PADA...HARIBULAN.. 20 PERJANJIAN

Lebih terperinci

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K)

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BHD (271809K) KEPADA PERMOHONAN UNTUK RESIT AMANAH-i UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA BHD (271809K PENIGIRIMAN DOKUMEN DIHANTAR KEPADA NO. T/R NO. LC/IBC KEMATANGAN MELIPUTI BARANGAN DINYATAKAN DI SINI UNTUK JUMLAH: MATAWANG

Lebih terperinci

KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen

KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen 1. Terbuka kepada semua pendeposit individu Bank Rakyat yang baru dan sedia ada. 2. Terbuka kepada

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016 JPA. BK(S) 43/13/1 Jld.5 ( 5 ) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016 DASAR BAHARU CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM

Lebih terperinci

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER

Sumasni Sulaiman. PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER PERANAN URUSETIA MESYUARAT JAWATANKUASA SEBUT HARGA RASMI / LEMBAGA PEROLEHAN TENDER Sumasni Sulaiman. Bahagian Pengurusan Perolehan Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam UPSH 2015 PERANAN URUSETIA MESYUARAT

Lebih terperinci

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM (KAD) KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD") KELAYAKAN KEMPEN 1. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) ('UOBM') Kempen Pulangan Tunai AutoPay Bill UOBM ('Kempen')

Lebih terperinci

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN Kempen 1. Kempen Pulangan Tunai Pemilik Tunggal dan Perkongsian untuk

Lebih terperinci

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH (PDPLI) MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC) PERJANJIAN ini dibuat pada.. haribulan. Tahun..... ANTARA (nama pelajar)...

Lebih terperinci

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR 20113456/UPM/BM (No. Matrik/Institusi /Bidang) KP.PPG/LDP RM 10 SETEM HASIL PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR 701008105862 (Nama PEGAWAI

Lebih terperinci

SEBUT HARGA MEMBEKAL BAHAN-BAHAN BACAAN PUSAT SUMBER 2013

SEBUT HARGA MEMBEKAL BAHAN-BAHAN BACAAN PUSAT SUMBER 2013 TAWARAN SEBUT HARGA IPGKBL/S/13/09 SEBUT HARGA MEMBEKAL BAHAN-BAHAN BACAAN UNTUK PUSAT SUMBER DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING. SARAWAK Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat tuan

Lebih terperinci

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah: Lampiran A PINJAMAN KOMPUTER Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah: 1. Tiga salinan borang komputer 2. Tandatangan asal pada

Lebih terperinci

PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PEMBEKAL /KONTRAKTOR

PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PEMBEKAL /KONTRAKTOR NO RUJUKAN (kosongkan) PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN PEMBEKAL /KONTRAKTOR Sila gunakan HURUF BESAR,JELAS dan MUDAH DIBACA. Tandakan (X) di dalam kotak yang berkenaan

Lebih terperinci

MUSTAHAK PETENDER DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI TENDER INI

MUSTAHAK PETENDER DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI TENDER INI KEMENTERIAN DALAM NEGERI MALAYSIA DOKUMEN PELAWAAN TENDER PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN CHEMICAL IDENTIFIER NARCOTICS DEVICE UNTUK JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK (JSJN), POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) NOMBOR

Lebih terperinci

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda. 27 Januari 2016 Fasal-Fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit

Lebih terperinci

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN ENAKMEN YAYASAN PAHANG NO.6/1982 DAN UNDANG-UNDANG KECIL LEMBAGA TABUNG PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN YAYASAN PAHANG (TAPEN) 1985 PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : INSTITUSI JURUSAN SESI TAWARAN

Lebih terperinci

14. NOTIS-NOTIS 14.1 Ahli Kad mesti memaklumkan Jabatan Kad Kredit Bank tersebut secara bertulis mengenai sebarang pertukaran apa-apa butiran berhubung dengan Ahli Kad (termasuk tetapi tidak terhad kepada

Lebih terperinci

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013 KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013 TATACARA PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN DAN PEMBERIAN TARAF BERPENCEN TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan

Lebih terperinci

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) akan dibuat ke atas Terma & Syarat BTiP anda. Ruj

Lebih terperinci

2. Pemegang kad tambahan dan Kad Kredit-i Korporat adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen Pindahan Baki 2016/17 ini.

2. Pemegang kad tambahan dan Kad Kredit-i Korporat adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen Pindahan Baki 2016/17 ini. KEMPEN PINDAHAN BAKI KAD KREDIT-i BANK RAKYAT 2017/18 Terma & Syarat A. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN & MEKANISMA KEMPEN 1. Kempen Pindahan Baki Kad Kredit-i Bank Rakyat 2017/18 ini terbuka kepada semua Pemegang

Lebih terperinci

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan 1. Definisi 1.1 Untuk tujuan Terma dan Syarat ini, perkataan dan ungkapan berikut akan mempunyai maksud yang diperuntukkan kepadanya

Lebih terperinci

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung Koperasi 33 BAHAGIAN V ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI Mesyuarat agung 36. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan atau arahan atau garis panduan dan undang-undang kecil, kuasa tertinggi

Lebih terperinci

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 028b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 5:26 PM UNDANG-UNDANG MALAYSIA CETAKAN SEMULA Akta 28 AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA

Lebih terperinci

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch. Kempen Let s Go E PruBSN Touch Terma & Syarat Kempen Let s Go E (Let s Go E Rezeki Draw) ini dianjurkan oleh Prudential BSN Takaful Berhad ("PruBSN"). PruBSN ialah pentadbir peraduan Let s Go E Rezeki

Lebih terperinci

CONTOH BORANG PERJANJIAN PINJAMAN SILA GUNAKAN PEN BERDAKWAT HITAM SAHAJA!!!!!

CONTOH BORANG PERJANJIAN PINJAMAN SILA GUNAKAN PEN BERDAKWAT HITAM SAHAJA!!!!! PERJANJIAN PINJAMAN SILA GUNAKAN PEN BERDAKWAT HITAM SAHAJA!!!!! PTPK/Pind. 1/2012 PERJANJIAN PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan tahun ANTARA RUMBIKO PETER No.K.P (950318-12-6367)

Lebih terperinci

KTMB (CAR PARK) SDN BHD ( W)

KTMB (CAR PARK) SDN BHD ( W) KTMB (CAR PARK) SDN BHD (328119-W) BORANG PENDAFTARAN SYARIKAT (Sila isikan dengan lengkap) 0 BUTIR BUTIR SYARIKAT 1 Nama Syarikat _ 2 Nombor Pendaftaran Syarikat _ 3 Tarikh Ditubuhkan _ 4 Alamat Perniagaan

Lebih terperinci

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Pemakaian 3. Penggunaan tidak mandatori

Lebih terperinci

(PPG/KDPM KDC-Pin.2/2014) No. Pendaftaran Institut...

(PPG/KDPM KDC-Pin.2/2014) No. Pendaftaran Institut... No. Pendaftaran Institut.... PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA MOD KURSUS DALAM CUTI (PDPM KDC) SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) Perjanjian

Lebih terperinci

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM] Ini adalah Terma dan Syarat Khusus bagi Deposit Bertempoh berasaskan Komoditi Murabahah yang digunapakai bagi semua produk Deposit Bertempoh berasaskan kontrak Syariah Komoditi Murabahah melalui Aturan

Lebih terperinci

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan 251 BAB A13 TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN PENGENALAN Bab A13 akan membincangkan isu-isu berkaitan tuntutan Takaful perubatan dan kesihatan, yang meliputi

Lebih terperinci

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? 17 Pengenalan Apakah itu insurans? Apakah itu takaful? Halaman 1 andungan Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? Apakah jenis produk

Lebih terperinci

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA S/K.KEW/PK/KP/9999/020101/02 JLD.5(SJ.1)(5 ) KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA PEKELILING KONTRAK PERBENDAHARAAN BIL. 1 TAHUN 2013 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha

Lebih terperinci

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA 1 MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN) 2006 PADA menjalankan kuasa- kuasa yang diberi oleh Akta Parlimen No. 35 Tahun

Lebih terperinci

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK 1. Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ("CIP") hanya ditawarkan kepada :- (i) Ahli Kad Kredit Affin Bank Berhad

Lebih terperinci

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN Pelan Ansuran Mudah (EiPlan) untuk Yuran Guaman Pinjaman Perumahan ( Program ) AFFINBANK membenarkan Ahli Kad

Lebih terperinci

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR MELIPUTI: SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB KANDUNGAN I. Mesej kepada semua Rakan niaga m/s 2 II.Polisi Etika Perniagaan Umum m/s 3 III. Polisi

Lebih terperinci

UNIVERSITI INSANIAH, KUALA KETIL KEDAH DARUL AMAN

UNIVERSITI INSANIAH, KUALA KETIL KEDAH DARUL AMAN TAWARAN TENDER PEMBERSIHAN KAWASAN DAN MENCUCI BANGUNAN SERTA FASILITI KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, KUALA KETIL KEDAH DARUL AMAN SENARAI KANDUNGAN TAJUK HELAIAN 1 KELAYAKAN KONTRAKTOR 2 BORANG TAWARAN KEPADA

Lebih terperinci

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR SURAT SETUJUTERIMA TENDER

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR SURAT SETUJUTERIMA TENDER PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR SURAT SETUJUTERIMA TENDER Rujukan Sebutharga/Tender: Pejabat: PENGARAH PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA LEMBAH PANTAI 59100 KUALA LUMPUR. Kepada: Tarikh:

Lebih terperinci

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI Kumpulan Syarikat Lion Syarikat dan Kumpulan Syarikat Lion Bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan gabungannya (secara kolektifnya Kumpulan ) menghormati privasi individu

Lebih terperinci

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA Lampiran A PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN PERJANJIAN INI diperbuat pada DI ANTARA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA sebuah institusi pengajian tinggi dan badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Perintah (Perbadanan)

Lebih terperinci

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun) TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun) 1. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad. CIMB merujuk kepada CIMB Bank

Lebih terperinci

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING Dikemaskini pada 1 Mei 2015 TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING Terma dan Syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama secarakeseluruhan dengan Terma dan Syarat Am Akaun, Terma dan

Lebih terperinci

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016) 1.0 UMUM 1.1 Terma dan Syarat ("T&S") Umum ini adalah diguna pakai untuk produk Akaun Perniagaan-i ("Akaun") dan produk ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia yang relevan dan prinsipprinsip Syariah;

Lebih terperinci

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP) TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP) Terma dan syarat ini adalah tambahan kepada Terma dan Syarat Kad Kredit AFFINBANK dan/atau Terma dan Syarat World MasterCard AFFINBANK

Lebih terperinci

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Antiberita Tidak Benar 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 803 AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR 2018 2 Undang-Undang Malaysia Akta 803 Tarikh Perkenan Diraja...... 9 April 2018 Tarikh penyiaran dalam Warta... 11

Lebih terperinci

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI 2018 Program Penukaran Baki 1. CIMB Bank Berhad (No. Syarikat 13491-P) akan dirujuk sebagai CIMB Bank. 2. Program Penukaran

Lebih terperinci

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2. ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA ISI KANDUNGAN MUKA SURAT. TUJUAN 2. TAFSIRAN 3. BENTUK SANGKUTAN INDUSTRI 2 4. KELAYAKAN 2-3

Lebih terperinci

D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ]

D.R. 19/90 RANG UNDANG-UNDANG. b ernama. Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais [ ] D.R. 19/90 Naskhah Sahih Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG b ernama Suatu Akta untuk meminda Akta Eksais 1976. [ ] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang

Lebih terperinci

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan Tentang borang ini Borang Mandat Bank Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan Borang ini: merupakan bahagian penting proses kami berhubung dengan produk-produk dan

Lebih terperinci

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009 JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009 CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM ATAU DI LUAR

Lebih terperinci

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) ('UOBM') sedang menjalankan Kempen Pulangan Tunai Luar Negara 30%

Lebih terperinci

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat Tempoh Kempen 1. Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM ( Kempen ) yang dianjurkan oleh United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (No. Syarikat 271809-K)

Lebih terperinci

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997

D.R. 11/97 RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997 D.R. 11/97 Naskhah Sahih Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG TELEPERUBATAN 1997 SUSUNAN FASAL Fasal 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran. 3. Orang-orang yang boleh mengamalkan teleperubatan.

Lebih terperinci

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2. Lampiran 1 ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. TUJUAN 1 2. TAFSIRAN 1 3. BENTUK SANGKUTAN INDUSTRI 2

Lebih terperinci

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB Perkataan "Kad" bermaksud apa-apa kad kredit yang dikeluarkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) ("CIMB Bank" atau "Bank") yang layak untuk 0% Easy Pay CIMB

Lebih terperinci

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Perlindungan Pemberi Maklumat 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 711 AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 2 Undang-Undang Malaysia AKTA 711 Tarikh Perkenan Diraja...... 2 Jun 2010 Tarikh penyiaran dalam

Lebih terperinci

BORANG PENDAFTARAN SYARIKAT

BORANG PENDAFTARAN SYARIKAT NAMA SYARIKAT : BORANG PENDAFTARAN SYARIKAT TAHUN PERMOHONAN BARU PERMOHONAN LANJUTAN TAMBAH BIDANG NO. RUJUKAN KOD PEMBEKAL TARIKH DAFTAR TARIKH TAMAT *Ruangan ini diisi oleh Bahagian Perolehan & Pengurusan

Lebih terperinci

550/1998], yang disebut Kod ibu dalam Kod ini, dipinda dalam subseksyen 2(1) -

550/1998], yang disebut Kod ibu dalam Kod ini, dipinda dalam subseksyen 2(1) - AKTA SURUHANJAYA SEKURITI 1993 KOD MALAYSIA MENGENAI PENGAMBILALIHAN DAN PERCANTUMAN (PINDAAN) 2004 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 33A(2) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498],

Lebih terperinci

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: 1 D.R. 35/2007 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Takaful 1984. DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini

Lebih terperinci

BORANG MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN)

BORANG MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN) BORANG MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KONTRAKTOR BEKALAN DAN PERKHIDMATAN) PS/UPS/006/F No. Pendaftaran 357 -... Nama Pegawai Proses... 1. Adakah permohonan pendaftaran dilakukan

Lebih terperinci

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA(BERNAMA ) HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN PELBAGAI JENIS MESIN FOTOSTAT UNTUK PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA(BERNAMA ) HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN PELBAGAI JENIS MESIN FOTOSTAT UNTUK PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA(BERNAMA ) HARGA PERKHIDMATAN PENYEWAAN PELBAGAI JENIS MESIN FOTOSTAT UNTUK PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA NO SEBUTHARGA : BER SH 11 /2015 TARIKH TUTUP : 15/06/2015

Lebih terperinci

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang! Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang! Terma dan syarat United Overseas Ba Pemindahan Dana nk (Malaysia) Bhd (271809-K) ("UOBM") akan menjalankan "Kempen Pembayaran Segera ke Nombor

Lebih terperinci

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009

Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009 Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan D.R. 23/2009 1 RANG UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN TERHAD DAN PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD LABUAN 2009 SUSUNAN FASAL Bah a g i a n I PERMULAAN Fasal

Lebih terperinci

2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat

2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat Berkuat Kuasa 1 Januari 2018 Umum 2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat Terma dan Syarat ini ( Terma dan Syarat ) akan dikenakan kepada Ahli Kad yang memiliki Kad UOB ONE yang dikeluarkan oleh United Overseas

Lebih terperinci

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS The Pacific Insurance Berhad (91603-K) BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS 40-01, Q Sentral 2A Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia. (P.O. Box 12490 50780 Kuala Lumpur,

Lebih terperinci

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 308 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 308 3 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 308 AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 SUSUNAN SEKSYEN d BAHAGIAN I PERMULAAN Seksycn 1. Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian. 2.

Lebih terperinci

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 Kepada: Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Ketua-ketua Badan Berkanun Persekutuan, Y.B. Setiausaha-setiausaha Kerajaan

Lebih terperinci

PERJANJIAN PENYELIDIKAN

PERJANJIAN PENYELIDIKAN Pusat Pengurusan Penyelidikan & Perundingan Research Management & Consultancy Centre PERJANJIAN PENYELIDIKAN PERJANJIAN PENYELIDIKAN ini dibuat pada... haribulan... tahun... DI ANTARA (Nama Ketua Penyelidik

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET Lampiran B GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET SEBELUM PEMASANGAN 1. Sekolah perlu memahami bahawa Projek 1BestariNet adalah

Lebih terperinci

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI Pelan Ansuran Mudah (EiPlan) untuk Insurans GAP Sewa Beli ( Program ) AFFINBANK membenarkan Ahli Kad untuk menukar pembelian

Lebih terperinci

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR) 2012 -------------------------------------------

Lebih terperinci

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh Penyelesaian 22. Anggota yang meminjam boleh membayar balik pinjaman sama ada sepenuh atau sebahagiannya pada bila-bila masa sahaja sebelum tarikh selesai pinjaman tersebut tertakluk kepada aturan 17.

Lebih terperinci