BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

dokumen-dokumen yang mirip
BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Merealisasikan Gelombang 2

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA J A W A T A N K O S O N G

Program Team Building dikalangan pegawai kanan UTM

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PROJEK FESTIVAL MINI SWEETS & TREATS APLIKASI TEORI KEPIMPINAN SERVANT TERHADAP PENGURUS

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KERTAS CADANGAN KAJIAN PROGRAM SARJANA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SESI Mr. X xx xxxx JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

KEPEMIMPINAN DISTRIBUTIF AHMAD KHAIRI BIN PAIMIN SIPARTNER+ PEJABAT PENDIDIKAN PONTIAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM. MOHD NOR BIN JAAFAR, Ph.

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Hakim Wanita Di Mahkamah Syariah: Isu dan Cabaran

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO AHMAD MAHER PUSAT SUMBER SEKOLAH 2011

Penyedia Modul: PN ASMAH BINTI ABD HAMID PENGETUA SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH PN. TAY SUAT GAN PENGETUA SMK INFANT JESUS CONVENT, JB

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

(1) Curriculum Vitae (CV) penuh yang terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERSEPSI PENTADBIR SEKOLAH TERHADAP KUALITI DIRI GURU PELATIH UTM DI SEKOLAH SEKITAR JOHOR BAHRU

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

RANCANGAN KESIHATAN SEKOLAH

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PANDUAN MEWUJUDKAN SEARCH COMMITTEE DAN PROSES PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN (SUCCESSION PLANNING)

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAHAGIAN LATIHAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM ARAHAN PENTADBIRAN BAHAGIAN LATIHAN BILANGAN 1 TAHUN 2008

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH

PERSEPSI PENAGIH, IBUBAPA DAN MASYARAKAT TERHADAP DADAH. oleh

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009

Pelan Perancangan Strategik : Bidang HEM

BAB 1 KONTEKS DAN PENDEKATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

TRANSFORMASI PENGAMAL PERHUBUNGAN RAYA DALAM ABAD 21 DEMI MENGUBAH CABARAN MENJADI PELUANG

Transkripsi:

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru besar mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan kemajuan sesebuah sekolah. Gaya kepimpinan mereka sentiasa diberi perhatian, khususnya oleh guru-guru dan kakitangan. Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan permasalahan kajian yang merangkumi latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian. Dalam usaha mencapai status pendidikan bertaraf dunia serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan telah menumpukan perhatian yang serius kepada kepimpinan sekolah. Ini dapat dilihat dalam teras ketiga dan keenam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010 iaitu memperkasakan sekolah kebangsaan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di mana pemilihan dan pelantikan guru besar atau pengetua adalah dari kalangan mereka yang berketrampilan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Profesion keguruan menjadi semakin mencabar dalam abab ke-21. Pencapaian dan pembangunan negara adalah bergantung kepada sejauh mana kejayaan sistem pendidikan yang diamalkan oleh sesebuah negara. Kemajuan negara akan hanya dicapai

2 sekiranya segala perubahan pendidikan dapat dilaksanakan dan direalisasikan oleh organisasi sekolah. Guru besar memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju sesebuah sekolah. Maju mundurnya sesebuah organisasi sekolah bergantung kepada keberkesanan kepimpinan guru besarnya untuk mewujudkan satu situasi yang kondusif supaya prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar terus meningkat. Untuk mencapai tahap sekolah berkesan, guru besar selaku penggerak kemajuan sekolah adalah berperanan untuk mengembeling seluruh tenaga guru dan kakitangan ke arah pembangunan sekolah. Kepimpinan guru besar seharusnya menjadi faktor utama dalam menuju ke arah sekolah berkesan. Kementerian Pendidikan Malaysia sebagaimana yang tersurat di dalam PIPP telah menetapkan bahawa perlantikan seseorang pengetua atau guru besar adalah berdasarkan kepada pemilihan calon yang benar-benar berpotensi dan bukan hanya berdasarkan senioriti semata-mata. Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan pengetua dan guru besar dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menafikan tentang peri pentingnya peranan guru besar terhadap kejayaan sesebuah sekolah, kecuali orang berkenaan mempunyai sikap prejudis terhadap individu yang menjadi guru besar. Fred Hechinger, Presiden New York Times, pernah menulis laporan tentang pentingnya peranan guru besar ke atas kejayaan dan kejatuhan sekolah; Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh guru besar yang lemah, atau sekolah yang mundur ditadbir oleh guru besar yang cekap. Saya pernah melihat sekolah-sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan yang menyedihkan, ada sekolah-sekolah yang maju merosot dengan mendadak. Dalam setiap kes, jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti guru besarnya (Dalam Davis & Thomas 1989: 17).

3 Memandangkan betapa pentingnya guru besar dalam mencorak dan menentukan hala tuju serta kejayaan sesebuah sekolah, maka ramai penulis melabelkan guru besar sebagai Orang yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah sekolah dan orang yang menentukan suasana dan hala tuju sekolah. Gelaran demikian menunjukkan bahawa satu pengiktirafan yang tinggi telah diberikan oleh masyarakat kepada golongan guru besar. Terdapat banyak kajian dan penulisan yang menyimpulkan bahawa guru besar adalah merupakan pemimpin yang penting dalam memajukan sesebuah sekolah (Edmonds, 1979). 1.2 Latar Belakang Masalah Kecemerlangan sesebuah sekolah tidak mungkin akan berlaku tanpa perancangan yang teliti oleh pemimpinnya. Pemimpin organisasi perlu mengkaji kelemahan dan mencari altenatif untuk mengatasi kelemahan diri. Guru besar sebenarnya menghadapi dilema kerana adanya konflik peranan. Mereka perlu menjalankan dua tugas utama iaitu mentadbir dan memimpin (Hussein, 1993). Di sebalik adanya kekeliruan antara peranan sebagai pentadbir dan pemimpin, guru besar perlu bijak memilih cara mentadbir dan memimpin yang sesuai dengan kehendak masa dan situasi. Menurut Mohammad Yunus (1994), pengetua/guru besar adalah sebagai pemimpin dan sekali gus sebagai pengurus pendidikan di sekolah masing-masing. Mereka menjadi faktor utama kepada bukan sahaja kejayaan sesebuah sekolah, bahkan dengan kepimpinan dan pengurusannya, dengan visi dan misinya menentukan hala tuju sekolah sebagaimana yang diamanahkan kepadanya. Kebanyakan isu-isu pendidikan pada hari ini berkisar di dalam kawasan sekolah. Masalah yang sering dihadapi seperti ponteng sekolah, pencapaian akademik yang rendah, guru-guru yang kurang komited dalam menjalankan tugas, guru yang mendenda murid secara keterlaluan, imej buruk yang digambarkan oleh msayarakat setempat dan

4 sebagainya merupakan indikator kurangnya program sekolah yang melayani keperluan manusia. Masalah ini adalah berkaitan dengan iklim sekolah yang anti-humane dan tidak menarik. Akibatnya sekolah seringkali dibayangkan sebagai tempat yang penuh dengan kelesuan, kegagalan dan membosankan. Justeru itu tanggungjawab dan beban yang dipikul oleh pengetua/guru besar untuk menuju ke arah sekolah yang berkesan, pentadbiran dan pengurusan adalah menjadi fokus utama dalam hal ini. 1.3 Pernyataan Masalah Gaya kepimpinan guru besar adalah sesuatu yang sukar diramal kerana seseorang guru besar itu terpaksa berhadapan dengan pelbagai pihak seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah/Bahagian, guru-guru, ibubapa, pelajar dan komuniti setempat dalam pelbagai situasi. Oleh itu gaya kepimpinan guru besar banyak ditentukan oleh pihak-pihak yang berurusan dengannya. Dari satu segi, guru-guru juga boleh menentukan serta menilai gaya kepimpinan guru besar melalui pemerhatian, pengamatan dan tafsiran pancaindera mereka. Bilangan guru yang ramai di sesebuah sekolah mencetuskan pelbagai perspektif dalam bentuk persepsi mereka terhadap gaya kepimpinan guru besar. Perbezaan persepsi guru terhadap gaya kepimpinan guru besar turut dipengaruhi oleh faktor demografi seperti jantina, umur, pengalaman mengajar, kategori perkhidmatan dan jawatan yang disandang. Persepsi ini akan menentukan keberkesanan pengurusan dan kepimpinan seseorang guru besar. Sehubungan itu, penentuan gaya kepimpinan guru besar adalah penting untuk mengenal pasti gaya kepimpinan yang paling dominan. Ini disebabkan masalah di dalam sesebuah sekolah sering dikaitkan dengan kepimpinan guru besarnya. Oleh itu gaya

5 kepimpinan yang jelas, eksplisit dan diterima oleh guru-guru akan memantapkan kedudukan dan pengaruh guru besar dalam pengurusan sekolah. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian dibahagikan kepada dua iaitu objektif umum dan objektif khusus. 1.4.1 Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar di empat buah sekolah rendah di daerah Hulu Terengganu. 1.4.2 Objektif Khusus 1. Mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar yang paling dominan berdasarkan persepsi guru-guru. 2. Mengenalpasti perbezaan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan faktor jantina. 3. Mengenalpasti perbezaan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan faktor umur. 4. Mengenalpasti perbezaan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan faktor pengalaman mengajar.

6 5. Mengenalpasti perbezaan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan faktor kategori perkhidmatan. 6. Mengenalpasti perbezaan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan faktor jawatan disandang. 1.5 Persoalan Kajian 1. Apakah gaya kepimpinan guru besar yang paling dominan berdasarkan persepsi guru-guru? 2. Adakah terdapat perbezaan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan faktor jantina? 3. Adakah terdapat perbezaan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan faktor umur? 4. Adakah terdapat perbezaan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan faktor pengalaman mengajar? 5. Adakah terdapat perbezaan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan faktor kategori perkhidmatan? 6. Adakah terdapat perbezaan persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar berdasarkan faktor jawatan disandang?