Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan. Pegawai Perancang Bandar dan Desa"

Transkripsi

1 KERTAS KERJA 2 : Cadangan Pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa 1. TUJUAN 1.1 Kertas Cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapatkan perhatian yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan agar memberi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) Bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa sama seperti skim perkhidmatan yang lain yang telah diiktiraf oleh Kerajaan berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 : Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal. 1

2 2. LATARBELAKANG 2.1 Kerajaan telah memperkenalkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) semasa pelaksanaan Sistem Saraan Baru pada (SSB) kerana menyedari bahawa negara menghadapi kekurangan bekalan tenaga manusia dalam perkhidmatan tertentu yang boleh menjejaskan kemajuan pelaksanaan program-program pembangunan negara. 2.2 Pelaksanaan pemberian BIPK merupakan satu kaedah untuk menarik dan mengekalkan pegawai dalam perkhidmatan tertentu yang dikategorikan sebagai kritikal. Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 : Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, penentuan sama ada sesuatu perkhidmatan dikategori sebagai Perkhidmatan Kritikal adalah berasaskan kepada empat (4) kriteria berikut : a) Peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang telah diberi keutamaan di bawah rancangan-rancangan pembangunan negara; 2

3 b) Kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih yang diperlukan, meliputi pertimbangan ke atas faktor-faktor seperti kedudukan penawaran dan permintaan, kadar pusing ganti dan kadar saraan di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan; c) Kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kemahiran dan bakat; dan d) Keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan sistem waktu kerja yang digunakan. 2.3 Berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan ini menunjukkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa juga adalah berpotensi untuk 3

4 dipertimbangkan untuk pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kerana didapati dapat memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti diatas. 3.0 JUSTIFIKASI / ASAS-ASAS PERTIMBANGAN. 3.1 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 pada perenggan 6 ada menyatakan keputusan Kerajaan mengiktiraf lima (5) skim perkhidmatan baru dan mengekalkan 31 skim perkhidmatan daripada senarai Perkhidmatan Kritikal sedia ada sebagai Perkhidmatan Kritikal iaitu termasuk bidang professional teknikal seperti kejuruteraan, ukur bahan dan seni bina. 3.2 Sehubungan dengan itu, adalah wajar bagi bidang professional teknikal seperti Perancang Bandar juga diberi pengiktirafan pemberian BIPK yang sama sepertimana yang diperolehi bagi bidang professional teknikal yang lain seperti kejuruteraan, ukur bahan dan seni bina. 4

5 3.3 Ini juga adalah memandangkan jenis perkhidmatan dan keadaan kerja teknikal dari bidang professional kejuruteraan, ukur bahan dan seni bina adalah mempunyai risiko kerja yang sama seperti bidang professional Perancang Bandar. 3.4 Selain itu asas pertimbangan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah wajar diberikan BIPK juga adalah berdasarkan justifikasi mengikut kepada empat (4) kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan untuk dikategorikan sebagai Perkhidmatan Kritikal iaitu : a) Peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang telah diberi keutamaan di bawah rancangan-rancangan pembangunan negara; Peranan dan sumbangan Pegawai Perancang Bandar dan Desa dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan fizikal Negara adalah amat penting 5

6 dimana di dalam bidang kerja Perancangan Bandar akan menentukan bentuk dan panduan perancangan pembangunan pada masa akan datang dengan penghasilan kajian Rancangan Pembangunan akan datang yang meliputi dari peringkat Persekutuan iaitu Rancangan Fizikal Negara (RFN), peringkat Negeri iaitu Rancangan Struktur Negeri (RSN), peringkat Daerah / Tempatan iaitu Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dan peringkat tempatan yang lebih khas iaitu Rancangan Kawasan Khas (RKK). Selain itu, Pegawai Perancang Bandar dan Desa juga berperanan dan bertanggungjawab dalam mengawal serta merancang dalam memastikan setiap jenis pembangunan di sesuatu kawasan dapat memberi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan kepada orang ramai melalui peringkat proses kelulusan Pelan Pembangunan (Kebenaran Merancang) seperti yang digariskan di dalam pemakaian Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). 6

7 b) Kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih yang diperlukan, meliputi pertimbangan ke atas faktor-faktor seperti kedudukan penawaran dan permintaan, kadar pusing ganti dan kadar saraan di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan; Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa telah diperakui dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai satu Skim Perkhidmatan yang penting dan diperlukan dalam menawarkan jumlah peluang pekerjaan dalam mengisi pasaran tenaga kerja di negara ini. Ini memandangkan penempatan jawatan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa boleh diisi di peringkat Persekutuan dan Negeri menerusi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Manakala bagi peringkat Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negara pula mempunyai Jabatan Perancang Bandar di Pihak Berkuasa Tempatan 7

8 masing-masing. Selain itu, terdapat juga Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang ditempatkan berkhidmat di lain-lain Kementerian, Jabatan dan Agensi-agensi kerajaan. Ini menunjukkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa mempunyai keupayaan dari segi memberi tawaran peluang pekerjaan dan juga memenuhi permintaan bagi keperluan pasaran perkhidmatan ini kepada Negara. c) Kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kemahiran dan bakat; Dari segi kelayakan dan kepakaran bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa adalah telah diiktiraf oleh Kerajaan sebagai satu bidang professional teknikal dalam menguruskan halhal kawalan dan perancangan pembangunan fizikal 8

9 Negara. Ini terbukti dimana bidang professional Perancang Bandar mempunyai Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) dan Lembaga Perancang Bandar Malaysia (LPBM) yang telah termaktub dari segi perundangan sebagai bidang professional seperti yang dinyatakan di dalam Akta Perancang Bandar 1995 (Akta 538). Selain itu bidang kerja Perancangan Bandar ini juga adalah berlandaskan kepada perundangan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). d) Keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan sistem waktu kerja yang digunakan. Keadaan kerja Pegawai Perancang Bandar dan Desa terutamanya yang bekerja di Pihak Berkuasa Tempatan didapati sentiasa terdedah dengan pelbagai 9

10 risiko bahaya dari segi ancaman dan keselamatan bagi diri Pegawai berkenaan ketika menjalankan tugas penguatkuasaan kawalan pembangunan. Contohnya dalam kes mengetuai operasi penguatkuasaan terhadap pembangunan yang tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (dibina secara haram) yang mana akan mendapat tentangan dari pemilik tanah / bangunan berkenaan dari segi provokasi dan kemungkinan tentangan dalam bentuk kekasaran secara fizikal yang memberi kesan kepada keselamatan dan mental Pegawai berkenaan. Selain menguruskan tugasan hakiki dalam skop bidang kerja Perancangan Bandar, Pegawai Perancang Bandar dan Desa juga terutamanya dari Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa dibebani dengan tugas yang banyak dan mencabar dalam mengendalikan permasalahan dan aduan masyarakat setempat yang mana ia adalah di luar dari skop kerja hakiki sebenar. Akibat dari keadaan berkenaan memberi kesan dari 10

11 segi tekanan emosi (stress), penurunan motivasi diri dan prestasi kerja kepada Pegawai yang berkenaan. Selain itu, Pegawai Perancang Bandar dan Desa juga terdedah dengan risiko kesihatan serta keselamatan ketika membuat kerja-kerja lawatan tapak bagi sesuatu tapak projek pembangunan seperti terdedah kepada kepanasan sinaran cahaya matahari, habuk serta debu dan risiko terdedah kepada kemalangan dari persekitaran di tapak projek pembangunan sepertimana yang dialami juga oleh bidang teknikal yang lain seperti jurutera, arkitek dan juru ukur bahan yang telah diberi BIPK. 4.0 IMPLIKASI SEKIRANYA TIADA PEMBERIAN BIPK KEPADA SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA 4.1 Sekiranya pemberian BIPK kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa tidak diberi perhatian 11

12 sewajarnya oleh pihak Kerajaan, ini akan memberi gambaran dan kesan yang negatif mengenai hal kebajikan dan imej perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa. 4.2 Dari segi prestasi dan motivasi kerja Pegawai Perancang Bandar dan Desa akan terjejas kerana tiada insentif penghargaan diberi kepada Pegawai tersebut walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai risiko kerja dalam melaksanakan tugas seperti yang dinyatakan dalam perkara 3.4 (d) di atas. 5.0 SYOR DAN CADANGAN 5.1 Pihak Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA) memohon kepada Kerajaan memberi pertimbangan yang sewajarnya untuk pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kepada Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa dengan mengambilkira justifikasi / asas-asas pertimbangan dan 12

13 implikasinya sekiranya tiada pemberian BIPK seperti yang dinyatakan dalam perkara 3.0 dan 4.0 di atas. 13

CADANGAN PENINGKATAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

CADANGAN PENINGKATAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA CADANGAN PENINGKATAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA BIRO PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN KERJAYA PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA (PERSADA) PENDAHULUAN Tujuan Pihak PERSADA mengambil

Lebih terperinci

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENEMPATAN PEGAWAI DI BAWAH PROGRAM PENEMPATAN SILANG (CROSS FERTILIZATION PROGRAM) TUJUAN

Lebih terperinci

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA 1.1 Pendahuluan Para pekerja adalah antara aset penting negara dan menjadi tulang belakang proses pembangunan dimana tanpa sumbangan

Lebih terperinci

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan BAHAGIAN EMPAT Taksiran Prestasi dan Keberkesanan PENGENALAN AOB telah meluluskan kerangka kerja strategik baharu yang merangkumi prospek tiga tahun pasaran dan landskap pengawalseliaan. Kerangka kerja

Lebih terperinci

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2005 PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA KANDUNGAN Bil. Tajuk Muka

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM JPA(S)K.256/6/27 KLT.2 ( 32 ) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Surat Pekeliling

Lebih terperinci

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 Kepada: Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Ketua-ketua Badan Berkanun Persekutuan, Y.B. Setiausaha-setiausaha Kerajaan

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2015

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2015 KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2015 PENAMBAHBAIKAN KAEDAH PEMBERIAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN DALAM PELAKSANAAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Lebih terperinci

Tatakelakuan. Pembekal

Tatakelakuan. Pembekal Tatakelakuan Pembekal Tatakelakuan Pembekal 1. PEKERJAAN DIPILIH SECARA BEBAS 1.1 Tidak ada buruh paksa atau wajib dalam apa jua bentuk, termasuk terikat, diperdagangkan, atau buruh penjara. 1.2 Para pekerja

Lebih terperinci

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009

JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009 JPA(S)TT. 71/3/1 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2009 PANDUAN MEMANGGIL BALIK UNTUK BERTUGAS SEMULA BAGI PEGAWAI YANG DITAHAN KERJA AKIBAT PROSIDING JENAYAH TUJUAN

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14 JPA(S) (BPO)324/14/12-1 Klt. 8 s.k 2(8) Siri No. KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14 TUJUAN 1. Pekeliling

Lebih terperinci

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH 1.0 PENGENALAN Sudah diketahui bahawa hal ehwal berkenaan tanah di dalam Perlembagaan Persekutuan dijelaskan di bawah Senarai Negeri, dan

Lebih terperinci

Kertas ini bertujuan untuk melaporkan status sumber manusia UPM sehingga pada 18 Ogos 2017.

Kertas ini bertujuan untuk melaporkan status sumber manusia UPM sehingga pada 18 Ogos 2017. LAPORAN SOKONGAN SUMBER MANUSIA 1. Tujuan Kertas ini bertujuan untuk melaporkan status sumber manusia UPM sehingga pada 18 Ogos. 2. Latar Belakang 2.1 Sejak 2013, pihak kerajaan mengenakan dasar kawalan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan kelulusan peruntukan daripada kerajaan bagi membolehkan pembinaan bangunan-bangunan baru yang

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bahagian III Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pindaan 2001 (Akta A1129) telah memperuntukkan keperluan kepada penyediaan sistem rancangan pemajuan sebagai

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM JPA/PEN(S)223/4/4-3 No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan mengenai

Lebih terperinci

PANDUAN MEWUJUDKAN SEARCH COMMITTEE DAN PROSES PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN (SUCCESSION PLANNING)

PANDUAN MEWUJUDKAN SEARCH COMMITTEE DAN PROSES PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN (SUCCESSION PLANNING) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2006 PANDUAN MEWUJUDKAN SEARCH COMMITTEE DAN PROSES PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN (SUCCESSION PLANNING) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan 14 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Semenjak penubuhan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada tahun 1933 semua keperluan senggaraan kem-kem dan fasilitas infrastrukturnya telah diuruskan oleh Public Works

Lebih terperinci

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya.

JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007. Ya. Bil. ISU BERBANGKIT ULASAN PERJAWATAN DAN SKIM PERKHIDMATAN JANGKAAN ISU-ISU BERBANGKIT DARIPADA PELAKSANAAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI PP 33/2007 1. Sekiranya saya menolak opsyen

Lebih terperinci

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM TUJUAN 1. Pekeliling ini bertujuan menjelaskan urusan pertukaran pegawai awam supaya

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1. TUJUAN Garis Panduan ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Latihan Profesional bagi staf Universiti Putra Malaysia mengikuti latihan yang

Lebih terperinci

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kampus merupakan suatu persekitaran yang menempatkan ribuan pelajar untuk menjalankan aktiviti akademik. Di samping pelajar, sebuah kampus turut menempatkan

Lebih terperinci

JPA.BK(S)250/1( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

JPA.BK(S)250/1( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009 JPA.BK(S)250/1( 12 ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009 PANDUAN PENGGUNAAN KEMUDAHAN ALAT KOMUNIKASI MUDAH ALIH BAGI MEMPERTINGKATKAN LAGI KUALITI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Lebih terperinci

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT 1.0 Latarbelakang Kajian Tempat kerja dan pekerja merupakan dua entiti yang saling berkait rapat di antara satu sama lain. Perkaitan ini wujud kerana pekerja

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan industri yang amat penting dalam menggerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi di negara ini. Industri ini

Lebih terperinci

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.3 TAHUN 2009

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.3 TAHUN 2009 KP(BPPA)600-0/2/3(9) BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.3 TAHUN 2009 Semua Setiausaha/ Pengarah Bahagian Semua Pengarah Pelajaran Negeri Semua Pengarah

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah

Lebih terperinci

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy

Lebih terperinci

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA

SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA (SPP1M) LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA LAMPIRAN FAKTA A) SKIM PRIHATIN PENDIDIKAN 1MALAYSIA 1. Kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Malaysia, dalam usaha ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan ekonomi pendapatan tinggi agar rakyat

Lebih terperinci

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB NORDIN YUSOFF JABATAN PERKHIDMATAN AWAM KAEDAH BENGKEL Pembahagian kumpulan Perbincangan dalam kumpulan Pembentangan 2 BEZA OPERASI DAN PROJEK Operasi ialah

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26 KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26 TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan

Lebih terperinci

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN 1 / 12 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta) bertujuan untuk

Lebih terperinci

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 1.0 TUJUAN Dasar ini bertujuan menjelaskan urusan pertukaran pegawai UPSI supaya dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan dan seragam.

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016 JPA. BK(S) 43/13/1 Jld.5 ( 5 ) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016 DASAR BAHARU CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM

Lebih terperinci

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya.

2.1 LHDNM telah melalui 4 kali semakan kadar pelarasan gaji semenjak penubuhannya. 1. TUJUAN Kertas cadangan ini bertujuan memberi input penambahbaikan cadangan kadar pelarasan gaji Tahun 2017 sepertimana yang dibentangkan pada Majlis Konsultasi Hasil Bil 1 Tahun 2017. Kertas cadangan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA Disediakan Oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Pendaftar Edisi keluaran 1 Tarikh kuatkuasa 1/10/2015 1 ISI KANDUNGAN Bil Perkara Mukasurat 1.0 Tujuan 3 2.0

Lebih terperinci

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)]

DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)] DASAR PELANTIKAN DAN PELAKSANAAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK DAN PENGAJAR PASCASISWAZAH [GRADUATE RESEARCH & TEACHING ASSISTANT (GRTA)] (Telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 4/2010

Lebih terperinci

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007 JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) Siri No. KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENILAIAN GRED W17, W22, W26 TUJUAN 1. Pekeliling perkhidmatan

Lebih terperinci

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING Pernyataan Dasar Menjadi dasar Syarikat bahawa Syarikat, kesemua subsidiarinya dan anggota gabungan, dan mana-mana pegawainya, pengurus dan pekerja

Lebih terperinci

Koperasi Pengangkutan

Koperasi Pengangkutan Kejayaan Pengangkutan di Ho Chi Minh City, Vietnam Jaibit Jaudin jaibit@mkm.edu.my Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan Salwana Ali salwana@mkm.edu.my Sektor Perkhidmatan Kewangan dan Perbankan

Lebih terperinci

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN JPA(BGE)(S) 81/9/2 ( 50 ) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008 PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

Lebih terperinci

POLISI, PERATURAN DAN PROSEDUR PENYELIDIKAN KONTRAK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

POLISI, PERATURAN DAN PROSEDUR PENYELIDIKAN KONTRAK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA POLISI, PERATURAN DAN PROSEDUR PENYELIDIKAN KONTRAK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1.0 POLISI PENYELIDIKAN KONTRAK 1.1 Pengenalan Polisi perkhidmatan penyelidikan kontrak ini bertujuan menggariskan peraturan

Lebih terperinci

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN 1 POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN 1. TUJUAN 1.1 Polisi ini menjadi garis panduan kepada UTM untuk terus komited mengurus dan melaksanakan kesamarataan dalam

Lebih terperinci

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform BAB 8 : KESIMPULAN Kesedaran berpersatuan dalam kalangan kaum wanita di Sabah telah muncul dan bercambah sejak tahun 1950-an lagi menerusi penglibatan segelintir kaum wanita di kawasan bandar Jesselton

Lebih terperinci

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009

BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009 2 KP(BPPA)300-15/2/17(1) BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET PEKELILING PEROLEHAN DAN PENGURUSAN ASET BIL.1 TAHUN 2009 Semua Setiausaha/ Pengarah Bahagian Semua Pengarah Pelajaran Negeri Semua Pengarah

Lebih terperinci

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN PENGENALAN KEPADA BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI (LPP) DAN SASARAN KERJA TAHUNAN (SKT) KUMPULAN GRED KHAS DAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (AKADEMIK) YANG TELAH DIKAJI SEMULA 1.0 LATAR BELAKANG Selaras

Lebih terperinci

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan BAB V KESIMPULAN 5.1 PENDAHULUAN Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan mengemukakan suatu rumusan ringkas mengenai hasil kajian, implikasi, memberi cadangan, limitasi

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN BAGI PERLANTIKAN PENSYARAH/ PROFESOR MADYA/ PROFESOR KONTRAK

GARIS PANDUAN BAGI PERLANTIKAN PENSYARAH/ PROFESOR MADYA/ PROFESOR KONTRAK UNIVERsm MALAYSIASABAH PEKELILING PENDAFTAR " ~, Tarikh: 15 Februari 1997 Bilangan 1/1997 Ruj: UMS/PN2.1/P5/2 GARIS PANDUAN BAGI PERLANTIKAN PENSYARAH/ PROFESOR MADYA/ PROFESOR KONTRAK 1. PENDAHULUAN 1.1

Lebih terperinci

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011 JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011 PENGANUGERAHAN PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TUJUAN

Lebih terperinci

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN PENGURUSAN PROJEK 10.0 PENGENALAN Unit ini akan membincangkan secara lebih terperinci mengenai elemen-elemen pengurusan projek yang berikut :- 1. Perancangan dan kitar kawalan dalam pengurusan projek 2.

Lebih terperinci

PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN Siri No: KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002 PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Lebih terperinci

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG Disedia Oleh: Disemak Oleh: Diluluskan Oleh:... Nama : Jawatan: Tarikh :... Nama : Jawatan: Tarikh

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009 JPA.BK (S) 223/5/2/ Jld. 2/(11) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009 DASAR DAN PROSEDUR MENGIKUTI KURSUS PRA PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT TUJUAN

Lebih terperinci

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat Dikeluarkan pada September 2005 Disemak semula pada April 2012 Disemak semula pada Oktober 2017 Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat Epson akan memenuhi tanggungjawab sosialnya dengan mengamalkan kelakuan

Lebih terperinci

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004 TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004 BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN JABATAN PENDAFTAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA ISI KANDUNGAN M/S 1.0 LATAR BELAKANG 4 2.0

Lebih terperinci

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2000 SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2000 SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2000 SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT DAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA TUJUAN 1. Pekeliling

Lebih terperinci

JPA(BPO)(S)324/14/21-1 Klt.7( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008

JPA(BPO)(S)324/14/21-1 Klt.7( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008 JPA(BPO)(S)324/14/211 Klt.7( 22 ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEMERIKSA KERETA MOTOR GRED A17, A22, A26 TUJUAN 1. Pekeliling perkhidmatan

Lebih terperinci

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengurusan kualiti memainkan peranan penting dalam organisasi perkhidmatam awam. Ia akan dapat memastikan organisasi berkenaan sentiasa relevan dengan keperluan semasa

Lebih terperinci

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA: PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA: PENGENALAN & KONTEKS Nota kuliah ini disumberkan sepenuhnya oleh: http://www.slideshare.net/aidafazihrah/sistem-pentadbiran-perancangan-bandar Foto-foto disumberkan

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI 1. PENDAHULUAN Garis panduan ini mula dikuatkuasakan tahun 1976 dan telah melalui beberapa pindaan selaras dengan keperluan semasa. 2. DEFINISI NO TERMA DEFINISI

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009 JPA(S)TT. 71/197 ( ) No. Siri KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009 TANGGUNGJAWAB PEGAWAI AWAM TERHADAP PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM BERDASARKAN TATAKELAKUAN PEGAWAI AWAM TUJUAN

Lebih terperinci

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009 JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009 CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM ATAU DI LUAR

Lebih terperinci

1.1 Terma Rujukan (Terms of Reference - TOR) adalah kandungan utama yang diperlukan di dalam Dokumen Pelawaan.

1.1 Terma Rujukan (Terms of Reference - TOR) adalah kandungan utama yang diperlukan di dalam Dokumen Pelawaan. LAMPIRAN 2 PENYEDIAAN TERMA RUJUKAN / TERMS OF REFERENCE (TOR). 1.0 Kepentingan Terma Rujukan 1.1 Terma Rujukan (Terms of Reference - TOR) adalah kandungan utama yang diperlukan di dalam Dokumen Pelawaan.

Lebih terperinci

DASAR ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KEBANGSAAN BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PERMATA) JABATAN PERDANA MENTERI

DASAR ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KEBANGSAAN BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PERMATA) JABATAN PERDANA MENTERI DASAR ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK KEBANGSAAN Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah Dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi kanakkanak dari lahir

Lebih terperinci

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) 26 KANUN (1) [ULASAN Dura PERUNDANGAN] Diyana Kamal 147 AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) Dura Diyana Kamal durakamal@gmail.com Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti

Lebih terperinci

Lampiran A2 PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Lampiran A2 PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Lampiran A2 PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Lampiran A2 PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PENGENALAN 1. Sesebuah

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009 JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009 KESAN KE ATAS PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN CUTI BERGAJI PENUH, CUTI SEPARUH GAJI

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002 KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002 GARIS PANDUAN PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA NOVEMBER

Lebih terperinci

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan

Lebih terperinci

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2008 PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM TUJUAN

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR 1. TUJUAN Kertas ini untuk memaklumkan Garis Panduan Pelaksanaan Tatacara Dan Syarat-Syarat Melakukan Pekerjaan Luar Untuk

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam

KERAJAAN MALAYSIA. Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam PB 3.1 KERAJAAN MALAYSIA Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam PERBENDAHARAAN MALAYSIA KANDUNGAN PENGURUSAN PERBELANJAAN AWAM... 2 PB 3.1 Garis Panduan Perbelanjaan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Profesion perguruan adalah antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu, perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan dalam

Lebih terperinci

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI Jabatan Audit Negara INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN /JABATAN / AGENSI KERAJAAN

Lebih terperinci

Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2012 BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN 1 RINGKASAN EKSEKUTIF

Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2012 BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN 1 RINGKASAN EKSEKUTIF RINGKASAN EKSEKUTIF B ahagian Pasca Perkhidmatan (BP), Jabatan Perkhidmatan Awam bertanggungjawab untuk memastikan semua urusan persaraan atau tamat perkhidmatan dilaksanakan dengan cekap, tepat dan betul.

Lebih terperinci

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN 6.0 Pengenalan Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian lanjutan dan kesimpulan. Ringkasan kajian berfokus tentang konsep penerapan

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008 JPA(S)BPO 215/65 Klt.6(7) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008 PERJAWATAN DI PEJABAT MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI TUJUAN 1. Tujuan Pekeliling Perkhidmatan ini adalah

Lebih terperinci

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH .0 PENGENALAN Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan persatuan dan; Murid

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pembangunan Negara menjadi agenda utama dalam setiap kali belanjawan Negara dibentangkan. Ini jelas terbukti dengan peruntukan yang banyak telah disediakan untuk meningkatkan

Lebih terperinci

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA NAJMAH BINTI NAWAWI MOHD. NUSI BIN ABD. RAHMAN NOOR SHAFEEZA BINTI ZAINUDDIN NUR SYAZWANI BINTI ZAINUL ABIDIN RINGKASAN EKSEKUTIF Penyelidikan

Lebih terperinci

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON AVON PRODUCTS, INC. TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON Di Avon, kami percaya kepada lima nilai utama: Kepercayaan, Hormat, Pegangan, Rendah Hati, dan Integriti. Walaupun masing masing memainkan peranan

Lebih terperinci

PROFIL AM TUGAS DAN KOMPETENSI PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 3 (TK3) PENGURUSAN DAN PROFESIONAL ARKITEK LANDSKAP (J44)

PROFIL AM TUGAS DAN KOMPETENSI PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 3 (TK3) PENGURUSAN DAN PROFESIONAL ARKITEK LANDSKAP (J44) PROFIL AM TUGAS DAN KOMPETENSI PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 3 (TK3) PENGURUSAN DAN PROFESIONAL ARKITEK LANDSKAP (J44) GRED FUNGSI DESKRIPSI TUGAS J44 Aplikasi Anggota boleh mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran

Lebih terperinci

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009 JPA(S)(K)223/4/4 Klt. 5 (40) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009 PANDUAN PELAKSANAAN KAEDAH PERGERAKAN GAJI TAHUNAN BAGI PEGAWAI DALAM TEMPOH PERCUBAAN TUJUAN

Lebih terperinci

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) No Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai dasar

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Seringkali kedengaran berita tentang tanah-tanah milik persendirian diambil oleh kerajaan di mana sejumlah pampasan akan diberikan kepada tuan tanah untuk menggantikan

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perancangan Bandar yang berkualiti mampu memantapkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan terutamanya di dalam zaman pembangunan teknologi yang pesat kini. Kemunculan bandar-bandar

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN 2001 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Lebih terperinci

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN MKM BIL. 1/2007 (Mesyuarat Majlis MKM 1/2004 telah menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004) PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI MKM TUJUAN

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA TUJUAN 1. Untuk memaklumkan Pusat Tanggungjawab, Pusat Kecemerlangan dan semua Jabatan/Pejabat/Unit

Lebih terperinci

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG Diluluskan oleh: Mesyuarat Senat kali Ke-106 Bil. 6/2014, pada 21

Lebih terperinci

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA 1. SPR sentiasa berusaha dari masa ke masa menyelesaikan apa juga masalah yang dikenal pasti dan dipelajari dalam setiap Pilihan Raya Umum dan Pilihan

Lebih terperinci

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013 JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013 PENGGABUNGAN PERKHIDMATAN GALIAN, KIMIA BUMI DAN KAJI BUMI KEPADA PERKHIDMATAN GEOSAINS DI JABATAN

Lebih terperinci

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU UNIVERSITI SAINS MALAYSIA POLISI DAN PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN BERKAITAN KESIHATAN REPRODUKTIF

Lebih terperinci

JAYAKAN PERKHIDMATAN SEMPURNA

JAYAKAN PERKHIDMATAN SEMPURNA PENDAHULUAN DAN KETERANGAN ORGANISASI Kami dari Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Kuantan. Dianggotai seramai 54 orang kakitangan yang diketuai oleh seorang Jurutera Daerah (J 41), seorang Penolong

Lebih terperinci

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM 1 Dasar Pemberi Maklumat (Dalaman) Definisi 1. Pemberian maklumat adalah pendedahan yang dilakukan oleh individu yang kebiasaannya terdiri daripada

Lebih terperinci

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011

Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik. Senat UTM Bil.12/2010/2011 : 8 Ogos 2011 Polisi dan Prosedur Nama Polisi: Nombor Polisi: Diluluskan Oleh: Tarikh Kuat kuasa: Semakan Terakhir: Polisi Dan Prosedur Penubuhan, Atribut dan Pembubaran Entiti Akademik UTM P.A.0.3 Senat UTM Bil.12/2010/2011

Lebih terperinci