NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 1/10 Disediakan oleh Diluluskan oleh Nama RAMLAH BINTI MOHAMED Nama DATO MISRAH BIN HJ. IBRAHIM Jawatan KETUA PENOLONG PENGARAH Jawatan PENGARAH PENDIDIKAN GURU Tarikh 15 FEBRUARI 2008 Tarikh 15 FEBRUARI 2008 SALINAN TERKAWAL Dokumen ini ialah salinan digital dan tidak memerlukan tandatangan - Jawatankuasa Dokumentasi Induk
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 2/10 1.0 OBJEKTIF Prosedur ini bertujuan menjelaskan proses pengurusan temu duga calon kursus perguruan praperkhidmatan untuk memastikan temu duga dapat dilaksanakan dengan cekap dan teratur bagi memilih calon guru yang berkualiti mengikut kriteria yang ditetapkan. 2.0 SKOP Prosedur ini digunakan oleh Subunit Temu Duga di Unit PPP, BPG untuk menguruskan aktiviti temu duga bermula daripada penerimaan data calon yang layak ditemu duga sehingga penyerahan skor merit calon kepada KPP Unit PPP. 3.0 RUJUKAN 3.1 Manual Kualiti BPG-PPK-MK-01 3.2 Unjuran Pengambilan PISMP / KPLI 3.3 Jadual Temu Duga Calon 3.4 Buku Panduan Temu Duga PISMP / KPLI 3.5 Minit Mesyuarat Unit PPP 3.6 Iklan Permohonan PISMP / KPLI 3.7 Buku Panduan Amali PJK 3.8 Keputusan Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST) 3.9 Kriteria Tapisan Awal Temu Duga PISMP / KPLI
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 3/10 4.0 DEFINISI 4.1 Istilah 4.1.1 Panel Temu Duga bermaksud Pengerusi atau Ahli yang dilantik dengan rasmi sebagai penemu duga. 4.1.2 Penilai Amali bermaksud pegawai terlatih yang dilantik untuk menilai tahap kemahiran calon dalam bidang yang dipohon. 4.1.3 Skor Mentah Temu Duga bermaksud jumlah skor yang diberi bagi menilai calon dalam kemahiran komunikasi dan sahsiah yang belum disetarakan. 4.1.4 Skor Tara Temu Duga bermaksud skor kemahiran komunikasi dan sahsiah calon yang telah disetarakan dengan penilaian panel temu duga keseluruhan. 4.1.5 Skor Akademik bermaksud jumlah skor diperolehi calon berdasarkan kepada keputusan peperiksaan dan taraf akademik mereka. 4.1.6 Skor Kokurikulum bermaksud jumlah skor yang diperolehi berdasarkan penglibatan calon dalam kegiatan kokurikulum. 4.1.7 Skor Calon bermaksud jumlah skor tara temu duga dicampur dengan skor akademik dan skor kokurikulum. 4.1.8 Laporan Harian Temu Duga bermaksud rumusan rekod temu duga harian bagi setiap panel temu duga yang mengandungi skor akademik, skor kokurikulum, skor kemahiran komunikasi dan sahsiah, status kehadiran dan perakuan panel temu duga. 4.1.9 Senarai Merit bermaksud senarai skor merit calon yang disusun dari markah yang tertinggi hingga yang terendah.
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 4/10 4.1.10 Jadual Panel Temu Duga bermaksud jadual yang mengandungi maklumat berikut i) Pusat Temu Duga dan Kod Pusat Temu Duga ii) Nama Panel Temu Duga iii) Nama Penilai Amali iv) Tarikh Temu Duga dan bilangan calon yang ditemu duga 4.1.11 Borang A bermaksud borang akuan penerimaan bahan-bahan temu duga oleh Pengerusi Panel Temu Duga. 4.1.12 Borang B bermaksud borang akuan penyerahan bahan-bahan temu duga oleh Pengerusi Panel Temu Duga. 4.1.13 Bahan Temu Duga bermaksud dokumen yang digunakan semasa taklimat penyelarasan temu duga dan semasa menjalankan temu duga. 4.1.14 Instrumen Temu Duga (Borang T) bermaksud borang pemarkahan dan laporan setiap calon yang ditemu duga. 4.1.15 Surat Panggilan Temu Duga bermaksud surat pemberitahuan kepada calon untuk menghadiri temu duga 4.1.16 Buku Panduan Temu Duga bermaksud buku yang mengandungi maklumat, prosedur dan panduan pemarkahan temu duga untuk digunakan oleh panel temu duga. 4.1.17 Buku Panduan Amali bermaksud buku yang mengandungi maklumat, prosedur dan panduan pemarkahan amali untuk digunakan oleh penilai amali. 4.1.18 Borang Maklumat Diri Pemohon bermaksud borang untuk mengisi butiran peribadi calon yang dipanggil temu duga.
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 5/10 4.1.19 Rangsangan Temu Duga Kumpulan bermaksud tajuk-tajuk yang dijadikan asas perbincangan calon-calon dalam temu duga kumpulan. 4.1.20 Temu Duga Individu bermaksud interaksi antara panel temu duga dengan calon secara individu. 4.1.21 Temu Duga Kumpulan bermaksud interaksi antara beberapa orang calon secara berkumpulan berdasarkan rangsangan yang disediakan. 4.1.22 Pusat Temu Duga bermaksud tempat calon ditemu duga. 4.1.23 Fail Harian Temu Duga bermaksud fail yang mengandungi perkara-perkara seperti yang berikut a) Instrumen Temu Duga (Borang T) b) Senarai Kehadiran Calon Temu Duga c) Laporan Harian Temu Duga 4.1.24 Keratan Skor bermaksud skor minimum yang ditetapkan dalam skor merit MTeST berdasarkan bilangan calon yang akan dipanggil temu duga mengikut pengkhususan dan unjuran pengambilan. 4.1.25 Kursus Dinamika Dalam Menemu Duga bermaksud kursus yang diberikan kepada bakal penemu duga yang dilantik dalam menemu duga calon kursus perguruan. 4.1.26 Jawatankuasa Pemantauan Temu Duga bermaksud pegawai yang dilantik untuk memantau pelaksanaan temu duga di pusatpusat temu duga.
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 6/10 4.2 Singkatan BTMK JPTD PISMP KPLI KPP KSTD PA PP PPG PPTD PT PTD UAPJ Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kementerian Pelajaran Malaysia Jawatankuasa Pemantauan Temu Duga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Ketua Penolong Pengarah Ketua Subunit Temu Duga Penilai Amali Penolong Pengarah Pengarah Pendidikan Guru Penolong Pengarah Temu Duga Pembantu Tadbir Panel Temu Duga Ujian Amali Pendidikan Jasmani Unit PIPG Unit Pengurusan Institut Pendidikan Guru Unit PPP Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 7/10 5.0 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Tanggungjawab KSTD PP KSTD / PP Tindakan 1. Menerima data calon yang layak ditemu duga daripada KPP. 2. Menyediakan bekalan bahan temu duga seperti berikut a) Buku panduan temu duga b) Borang Maklumat Diri Pemohon BPG - 1 c) Instrumen temu duga (Borang T) d) Instrumen temu duga kumpulan (Borang T1) e) Instrumen penilaian amali (Muzik dan PJ) f) Rangsangan temu duga kumpulan g) Makluman arahan kepada calon h) Borang A (akuan penerimaan bahan temu duga) i) Borang B (akuan penyerahan bahan temu duga) j) Borang Akta Rahsia Rasmi 1988 3. Mengemas kini senarai panel temu duga dan penilai amali bagi bidang berkaitan (Rujuk BPG-AK-PT04-01) 4. Menetapkan jadual temu duga calon 5. Menyediakan jadual bertugas panel temu duga & penilai amali. 6. Menyediakan surat pelantikan panel temu duga dan penilai amali 7. Mengurus penghantaran surat yang berikut a) Surat pelantikan Panel Temu Duga dan Penilai Amali yang ditandatangani oleh PPG/TPPG. b) Surat panggilan menghadiri taklimat penyelarasan temu duga c) Surat Tempahan Pusat Temu Duga. 8. Menyediakan Fail Temu Duga Harian calon yang
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 8/10 Tanggungjawab Tindakan mengandungi perkara-perkara seperti yang berikut a) Instrumen Temu Duga Kumpulan b) Instrumen temu duga individu. c) Senarai kehadiran calon temu duga d) Borang Laporan Temu Duga Harian e) Soalan Ujian Bertulis B. Inggeris, B. Cina, B. Arab dan B. Tamil (KPLI). 9. Menyediakan Fail Panel Temu Duga yang mengandungi perkara berikut a) Borang Akta Rahsia Rasmi 1988 b) Makluman Arahan Kepada Calon c) Buku Panduan Temu Duga d) Instrumen Amali (Muzik dan PJ) e) Borang Maklumat Diri Calon f) Borang A (Borang Penerimaan) g) Borang B (Borang Penyerahan) h) Iklan Permohonan i) Contoh Instrumen Temu Duga Individu j) Contoh Instrumen Temu Duga Kumpulan k) Borang Laporan Pengerusi Temu Duga l) Contoh Borang Laporan Temu Duga Harian m) Contoh Surat Panggilan Temu Duga
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 9/10 Tanggungjawab Tindakan 10. Menyediakan Fail Temu Duga Harian yang mengandungi perkara berikut a) Instrumen Temu Duga Individu b) Instrumen Temu Duga Kumpulan c) Borang Laporan Temu Duga Harian d) Senarai kehadiran calon temu duga e) Rangsangan Temu Duga Kumpulan 11. Menyediakan Fail Penilai Amali Pendidikan Jasmani dan Pengajian Muzik yang mengandungi perkara berikut a) Buku Panduan Amali b) Instrumen Penilaian Amali KPP/KSTD PTD KSTD PT BTMK 12. Menyampaikan taklimat penyelarasan temu duga kepada Panel Temu Duga dan Penilai Amali. 13.Mengedarkan Fail Temu Duga Harian kepada pusatpusat temu duga. 14. Melaksanakan temu duga di Pusat Temu Duga (Rujuk BPG AK-PT04-02) 15. Menerima semula bahan temu duga selepas tamat temu duga. 16. Menyemak markah dalam Laporan Temu Duga Harian dan membuat pembetulan sekiranya terdapat kesilapan. 17. Key-in markah temu duga untuk diproses bagi mendapatkan skor tara dan skor merit calon. 18. Menerima senarai skor merit temu duga dan menyerahkannya kepada KPP.
NO.KELUARAN 05 NO.PINDAAN 00 TARIKH KUAT KUASA 15.02.08 MUKA SURAT 10/10 6.0. REKOD KUALITI Bil. Nama Rekod Lokasi Tempoh Disimpan Lampiran 1. Senarai Panel Temu Duga Unit PPP 3 tahun 2. Senarai Penilai Amali Unit PPP 3 tahun 3. Jadual Panel Temu Duga dan Penilai Amali 4. Surat Lantikan Panel Temu Duga & Penilai Amali Unit PPP Unit PPP 3 tahun 3 tahun 5. InstrumenTemu Duga Individu Unit PPP 3 tahun 6. Instrumen Temu Duga Kumpulan Unit PPP 3 tahun 7. Borang Laporan Temu Duga Harian Unit PPP 3 tahun 8. Instrumen Penilaian Amali Unit PPP 3 tahun 9. Borang Akta Rahsia Rasmi 88 Unit PPP 3 tahun 10. Makluman Arahan Kepada Calon Unit PPP 3 tahun 11. Instrumen Amali (Muzik dan PJ) Unit PPP 3 tahun 12. Borang Maklumat Diri Calon Unit PPP 3 tahun 13. Borang A (Borang Penerimaan) Unit PPP 3 tahun 14. Borang B (Borang Penyerahan) Unit PPP 3 tahun 15. Iklan Permohonan Unit PPP 3 tahun 16. Laporan Pengerusi Temu Duga Unit PPP 3 tahun 17. Rangsangan Temu Duga Kumpulan Unit PPP 3 tahun 18. Jadual Bertugas Panel Temu Duga Unit PPP 3 tahun 19. Senarai semak calon yang berjaya dipanggil temu duga Unit PPP 3 tahun