Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

dokumen-dokumen yang mirip
Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Bahasa Malaysia (910)

Bahasa Malaysia (910)

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Ekonomi (944) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

1 SULIT PP 1103/1 PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 GARIS PANDUAN PEMERIKSA

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

Sustainable Education 54

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

SEKOLAH BERASRAMA PENUH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH / KLUSTER KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

MODUL PENILAIAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas /1

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

1

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

015/025/035 MATEMATIK


MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Bahagian A (i) - Ringkasan. [ 20 markah ]

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

SULIT 1103/1 PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1. Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam;

PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

3756/1 PRINSIP AKAUN

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan


BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN MELAKA BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN

2.0 PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2009

Kesetiaan kepada Syarikat

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

PEPERIKSAAN PRASPM 2013

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Pengajian Perniagaan (946)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

Bahasa Arab (913) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

BAB 1 PEMBANGUNAN PERJANJIAN TAHAP PERKHIDMATAN (PTP) UNTUK PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN FASILITI DI UTM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 AMARAN

Seni Visual (970) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENGAJIAN AM 900. Sukatan Pelajaran

BM1 SET 1 SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2008

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

MATEMATIK TINGKATAN 2

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG. Kertas /1 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

KERTAS CADANGAN KAJIAN PROGRAM SARJANA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SESI Mr. X xx xxxx JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Transkripsi:

Pengajian Am (900) PRESTASI KESELURUHAN Pada tahun ini, bilangan calon yang mengambil mata pelajaran ini ialah 51,296 orang. Peratusan calon yang lulus penuh ialah 79.01%, naik sebanyak 1.61% berbanding dengan tahun 2011. Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Gred A A B+ B B C+ C C D+ D F Peratusan 10.10 7.02 6.9 10.99 12.21 16.25 12.18 5.46 4.79 4.04 10.06 RESPONS CALON KERTAS 900/1 (ANEKA PILIHAN) Kunci jawapan Nombor Soalan Kunci Jawapan Nombor Soalan Kunci Jawapan Nombor Soalan Kunci Jawapan 1 D 21 B 41 D 2 A 22 B 42 C 3 B 23 D 43 D 4 B 24 C 44 B 5 C 25 D 45 B 6 A 26 C 46 A 7 C 27 A 47 B 8 D 28 C 48 C 9 C 29 A 49 B 10 D 30 D 50 A 11 C 31 D 51 C 12 D 32 A 52 B 13 C 33 C 53 C 14 C 34 C 54 D 15 A 35 B 55 C 16 B 36 A 56 A 17 A 37 B 57 A 18 D 38 C 58 B 19 A 39 D 59 B 20 D 40 A 60 A 1

Komen am Secara keseluruhannya, prestasi calon dalam Kertas 1 pada tahun ini naik berbanding dengan tahun lepas. Terdapat seorang calon mendapat markah tertinggi, iaitu 59 markah dan seorang calon mendapat markah terendah, iaitu 7 markah Tujuh soalan, iaitu soalan nombor 4, 10, 24, 30, 43, 49, dan 57, merupakan soalan yang beraras mudah bagi calon kerana lebih 70% calon dapat menjawabnya dengan betul manakala satu soalan, iaitu soalan nombor 42 merupakan soalan beraras sukar bagi calon kerana kurang daripada 30% calon yang dapat menjawabnya dengan betul. Respons calon terhadap soalan-soalan lain dalam kertas ini memuaskan. KERTAS 900/2 (ESEI) Komen am Secara keseluruhannya, prestasi calon adalah secara relatifnya baik. Kekuatan calon dapat dilihat pada soalan esei, iaitu Bahagian A dan Bahagian B, serta soalan berkaitan graf, iaitu Bahagian D. Hal ini menunjukkan bahawa calon menguasai kemahiran menulis esei dan membina graf. Calon dapat memberikan idea dan huraian, terutamanya untuk soalan 1, soalan 2, dan soalan 3. Calon juga dapat menggunakan media dan data yang tepat untuk melukiskan graf yang berkaitan untuk soalan 7 dan soalan 8. Sebaliknya, kelemahan calon yang paling menonjol adalah pada Bahagian E. Untuk soalan 9, calon gagal memahami dan mentafsirkan hubung kait antara harga eksport barangan utama Malaysia dengan nilai pendapatan eksport barangan utama Malaysia. Begitu juga untuk soalan 10, calon gagal untuk menyenaraikan aliran proses mengikut turutan yang tepat dan teratur. Mereka hanya menyebut tahaptahap proses tanpa menghuraikannya. Dalam Bahagian D, kelemahan calon yang dapat dikesan ialah sikap cuai calon sehingga menyebabkan mereka hanya memperoleh markah maksimum, iaitu 6 markah sahaja. Dari segi bahasa, masih ramai calon yang tidak dapat menggunakan bahasa yang sempurna. Kelemahan calon dapat dikesan dalam aspek morfologi, tanda bacaan, ejaan, dan struktur ayat. Hal ini sekali gus menjejaskan mutu jawapan calon. Komen soalan demi soalan BAHAGIAN A: Esei Laras Sastera Soalan 1 Soalan ini menghendaki calon menghuraikan langkah kerajaan untuk mengehadkan pengambilan pekerja asing dan kerjasama pelbagai pihak untuk mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan. Soalan ini adalah popular dalam kalangan calon. Calon sudah biasa dengan isu pengangguran dan pekerja asing. Calon dapat mengutarakan empat idea bagi menjawab soalan ini. Namun begitu, huraian tentang jawapan bagi soalan ini adalah kurang mantap. Hal ini menyebabkan markah calon terjejas. Terdapat juga calon yang mengemukakan langkah untuk mengurangkan masalah pengangguran secara umum dan tidak memberikan perhatian kepada aspek pekerja asing dan kerjasama pelbagai pihak. Jawapan yang sepatutnya ialah idea mengehadkan pengambilan pekerja asing sebagai idea wajib di samping idea lain, iaitu kerjasama pihak lain, seperti agensi penguatkuasaan, pekerja tempatan, majikan, negara pembekal, orang atau pihak awam, dan peranan media massa. 2

Soalan 2 Soalan ini menghendaki calon menghuraikan kepentingan pendidikan dalam aliran teknik dan vokasional dan kekangan yang menghalang perkembangan pendidikan dalam aliran teknik dan vokasional. Soalan ini kurang menjadi pilihan calon. Calon kurang berupaya untuk mengupas kepentingan pendidikan teknikal dan vokasional dan hambatan yang dihadapi. Walau bagaimanapun, terdapat juga calon yang dapat menjawabnya dengan memperoleh markah yang baik. Jawapan yang sepatutnya untuk kepentingan pendidikan dalam aliran teknik dan vokasional adalah melahirkan lebih ramai tenaga separuh mahir, menyediakan peluang pendidikan yang lebih banyak, dan membantu pelajar hidup berdikari. Jawapan untuk kekangan pendidikan dalam aliran teknik dan vokasional ialah kekurangan tenaga pengajar, kekurangan kemudahan atau prasarana pendidikan, kurang kerjasama sektor swasta, pelajar kurang minat, dan adanya tanggapan atau persepsi yang negatif. BAHAGIAN B: Esei Laras Sains Soalan 3 Soalan ini menghendaki calon menghuraikan kepentingan cahaya suria dan kesan negatif sekiranya cahaya suria berlebihan kepada manusia dan alam sekitar. Soalan ini terbahagi dua, iaitu kepentingan cahaya suria dan kesan apabila cahaya suria berlebihan. Jawapan calon secara relatifnya memuaskan, namun terdapat kecenderungan calon untuk mencampuradukkan idea dalam satu perenggan. Terdapat juga calon yang mengemukakan fakta yang salah, seperti vitamin C dan vitamin E bersumberkan cahaya suria. Ramai calon dapat memberikan jawapan tentang kebaikan atau kepentingan dan kesan, tetapi huraian yang diberikan cetek dan tidak jitu. Jawapan yang sepatutnya untuk kepentingan cahaya suria ialah proses fotosintesis tumbuhan, penting untuk kesihatan dan rawatan, sumber tenaga alternatif, proses pengeringan, dan kitaran hidrologi. Bagi jawapan kesan negatif cahaya suria yang berlebihan pula adalah meningkatkan suhu bumi, menjejaskan kesihatan, dan memupuskan flora dan fauna. Soalan 4 Soalan ini menghendaki calon membincangkan kesan negatif kepada kesihatan apabila gula diambil secara berlebihan. Soalan ini memfokuskan kesan pengambilan gula yang berlebihan. Ramai calon yang tersalah tafsir tentang kehendak soalan ini. Calon menganggap soalan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu berkaitan dengan kepentingan gula dan kesan pengambilan gula yang berlebihan. Ini menyebabkan jawapan calon separuh menyeleweng. Huraian idea juga tidak mantap dan mendalam. Hal ini disebabkan calon kurang pengetahuan berkaitan dengan tajuk yang dikemukakan. Huraian calon berlegar kepada penyakit kencing manis, penyakit jantung, dan obesiti. Jawapan yang sepatutnya ialah kegemukan atau obesiti, penyakit jantung, kencing manis atau diabetes, kerosakan gigi, hiperaktif, dan jangkitan kulat. BAHAGIAN C: Kefahaman dan Ulasan Teks Soalan 5 Soalan (a)(i) menghendaki calon menyatakan kesan yang berlaku jika melaksanakan hukuman rotan kepada pelajar. Terdapat sebilangan besar daripada calon hanya menyalin semula maklumat yang terdapat dalam petikan tanpa melakukan pengubahsuaian. Jawapan calon hendaklah dalam satu ayat dan perlu menggunakan ayat yang gramatis. Jawapan yang sepatutnya ialah pelajar akan bertindak balas, sama ada berubah ke arah baik atau sebaliknya. 3

Soalan (a)(ii) menghendaki calon menyatakan kaedah-kaedah lain untuk mendisiplinkan pelajar selain hukuman rotan. Jawapan calon tidak boleh melebihi 50 patah perkataan dan setiap idea perlu diikuti oleh huraian yang relevan, padat, dan tepat. Kebanyakan calon dapat memberikan jawapan yang baik untuk soalan ini. Namun begitu, ada dalam kalangan calon yang memberikan idea tanpa huraian. Jawapan yang sepatutnya, ialah pendekatan nasihat dan kaunseling, contoh dan teladan, pendidikan agama, moral, dan sivik, permuafakatan ibu bapa, guru dan masyarakat, aktiviti kokurikulum, pemantapan pengurusan disiplin pelajar, penguatkuasaan undang-undang, dan kempen. Soalan (b)(i) menghendaki calon menyatakan sebab pertubuhan dunia menganggap masalah buruh kanakkanak sebagai satu ancaman kepada kanak-kanak. Calon boleh menjawab soalan ini, tetapi sebilangan besar daripada mereka hanya menyalin jawapan terus daripada petikan, iaitu kanak-kanak mati ketika bekerja. Hal ini telah mengurangkan markah calon. Jawapan yang sepatutnya ialah kanak-kanak yang bekerja terdedah kepada bahaya di tempat kerja. Soalan (b)(ii) menghendaki calon memberikan pendapat sebab undang-undang yang digubal untuk melindungi kanak-kanak tidak berkesan. Kebanyakan calon dapat mengemukakan idea dan huraian dengan baik. Namun begitu, ada juga dalam kalangan calon yang sekadar mengemukakan idea tanpa huraian, malah, masih ada calon yang menjawab soalan ini melebihi 50 patah perkataan, sedangkan jumlah yang ditetapkan oleh soalan ialah tidak melebihi 50 patah perkataan. Jawapan yang sepatutnya ialah keperluan terhadap guna tenaga anak-anak bagi sesetengah ibu bapa dan keluarga tidak dapat dielakkan untuk menampung kehidupan yang amat miskin, penguatkuasaan undang-undang yang ada tidak cukup tegas, ramai penduduk, terutamanya yang miskin tidak tahu tentang adanya undang-undang tersebut, sikap majikan yang mengambil kesempatan, dan sikap masyarakat yang tidak prihatin. Soalan 6 Soalan (a)(i) menghendaki calon menyatakan cara sisa pepejal di negara ini dilupuskan. Kebanyakan calon boleh menjawab soalan ini kerana mereka dapat menyatakan dua cara yang digunakan untuk melupuskan sisa pepejal di negara ini berdasarkan maklumat yang terdapat dalam petikan. Namun begitu, ada dalam kalangan calon yang hanya menyatakan satu daripada dua cara yang digunakan. Jawapan yang sepatutnya ialah sisa pepejal dilupuskan dengan dua cara, iaitu dilupuskan di tapak pelupusan sampah yang dikhaskan dan dengan menggunakan teknologi insinerator. Soalan (a)(ii) menghendaki calon menjelaskan cara kita sebagai individu dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Walau bagaimanapun ada dalam kalangan calon yang hanya mengemukakan idea kitar semula sahaja atau mengemukakan idea tanpa disokong oleh huraian. Jawapan yang sepatutnya adalah mengurangkan penggunaan bahan yang tidak mudah reput, menggunakan bahan sisa pepejal semula, dan mengasingkan, mengurangkan, menggunakan semula, dan berfikir sebelum membuang sesuatu. Soalan (b)(i) menghendaki calon menerangkan cara alergi boleh berlaku. Kebanyakan calon tidak begitu mengetahui tentang alergi dan alergen. Calon boleh menjawab soalan ini dengan cara menyalin semula maklumat yang terdapat dalam petikan. Hal ini menyebabkan calon tidak mendapat markah penuh untuk bahagian ini. Jawapan yang sepatutnya ialah alergi boleh berlaku apabila sistem imun bertindak balas secara berlebihan dengan alergen. Soalan (b)(ii) menghendaki calon menjelaskan punca-punca berlakunya alergi. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan tumpuan kepada idea makanan, persekitaran, dan ubat-ubatan. Jawapan yang sepatutnya adalah berpunca daripada makanan, bahan kimia, keadaan persekitaran, haiwan, ubat-ubatan, dan debunga. 4

BAHAGIAN D: Alih Bentuk Maklumat Daripada Linear Kepada Bukan Linear Soalan 7 Soalan ini menghendaki calon menyediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan penumpang penerbangan dalam negeri dan antarabangsa yang berlepas di lapangan terbang di Sabah dan di Sarawak pada tahun 2005, 2006, dan 2007. Kebanyakan calon dapat menjawab soalan ini dengan baik. Mereka dapat memindahkan maklumat daripada petikan dengan tepat dan melukis graf yang dikehendaki dengan baik pada masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, masih terdapat dalam kalangan calon yang gagal untuk menyiapkan graf yang dikehendaki, tersalah menghasilkan graf, dan hanya menyediakan jadual sahaja tanpa menghasilkan graf. Di samping itu, calon juga melakukan kesilapan teknikal dalam menjawab soalan ini, iaitu unit atau nilai pada paksi, dan salah tajuk atau tajuk tidak lengkap. Calon juga didapati mengabaikan aspek pewarnaan atau lorekan yang sistematik ketika menghasilkan graf. Selain itu, terdapat calon yang menggunakan simbol sebagai pengganti kepada teknik mewarnai atau melorek pada graf. Natijahnya, calon kehilangan banyak markah. Graf yang sepatutnya dihasilkan ialah graf bar piramid. Soalan 8 Soalan ini menghendaki calon menyediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan keluasan kawasan penanaman dan pola pengeluaran hasil kelapa sawit mengikut kawasan penanaman di Malaysia dari tahun 2003 hingga tahun 2007. Tidak ramai calon yang menjawab soalan ini. Kelemahan dan kesilapan teknikal yang dilakukan oleh calon adalah melukis satu bahagian sahaja, iaitu bar atau garis, gagal menulis label pada paksi, tidak menulis ribu hektar, dan ribu tan metrik pada paksi dan skala, tidak menulis maklumat petunjuk bagi graf garis dan tidak menyiapkan graf yang dikehendaki. Graf yang sepatutnya dihasilkan ialah graf gabungan bar dan garis dengan dua paksi. BAHAGIAN E: Pemindahan Maklumat Daripada Bukan Linear Kepada Linear Soalan 9 Soalan ini menghendaki calon mentafsirkan hubung kait antara harga eksport barangan utama Malaysia dengan nilai pendapatan eksport barangan utama Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2008 seperti yang dinyatakan dalam jadual yang diberikan. Kebanyakan calon gagal untuk menjawab soalan ini dengan baik kerana gagal menghubungkaitkan data dalam dua jadual yang diberikan. Terdapat juga calon yang mengemukakan jawapan pola perbandingan sedangkan perkara tersebut tidak dikehendaki dalam soalan. Calon juga didapati tidak menulis unit dengan betul dan tidak menyatakan angka perbezaan serta angka peratus. Hal ini menyebabkan jawapan calon menyeleweng. Jawapan yang sepatutnya, ialah harga meningkat dan nilai pendapatan eksport meningkat (minyak sawit dan timah), harga naik tetapi nilai pendapatan tidak konsisten (getah), harga tidak konsisten dan pendapatan eksport menurun (kayu balak), dan harga tidak konsisten tetapi pendapatan eksport meningkat (gas asli cecair). Soalan 10 Soalan ini menghendaki calon membincangkan cara sistem maklum balas pelanggan di sesebuah agensi kerajaan dapat diuruskan, di samping perlu menjelaskan manfaat sistem ini kepada setiap lapisan masyarakat seperti yang dinyatakan dalam carta yang diberikan. Kebanyakan calon gagal menghuraikan aliran proses dengan sempurna dan kurang berupaya untuk menghuraikan manfaat sistem berkenaan kepada setiap lapisan masyarakat. Calon juga didapati tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik kerana tidak dapat menyenaraikan proses yang perlu dilalui dengan betul. Hal ini demikian kerana, calon telah mencampuradukkan proses di peringkat pejabat tempatan dengan proses di peringkat ibu pejabat. Jawapan 5

yang sepatutnya pada bahagian pertama ialah berkaitan pelaksanaan sistem maklum balas pelanggan pada peringkat tempatan yang merangkumi aspek mengumpul pendapat pelanggan, menganalisis dan menilai data atau maklumat, merancang tindakan pembetulan atau inovasi, dan mengambil tindakan. Berkaitan pelaksanaan sistem maklum balas pelanggan pada peringkat ibu pejabat pula merangkumi aspek mengumpul maklumat pelanggan, menganalisis dan menilai data atau maklumat tempatan, mengumpul data atau maklumat daripada semua pejabat tempatan, menganalisis dan menilai data atau maklumat secara keseluruhan, mengubah suai sistem, prosedur, dan jenis perkhidmatan, dan mengambil tindakan. Bagi bahagian yang kedua pula calon perlu menyatakan manfaat sistem maklum balas pelanggan, antaranya ialah mengatasi ketidakpuasan hati pelanggan, meningkatkan imej kerajaan atau jabatan atau organisasi, meningkatkan ketelusan pentadbiran, dan meningkatkan komitmen kakitangan. 6