SOKONGAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PEJABAT NAIB CANSELOR SOK/OSH/GP03/SISA RADIOAKTIF GARIS PANDUAN PELUPUSAN SISA RADIOAKTIF 1.0 TUJUAN DAN SKOP (i) (ii) Garis panduan ini disediakan bagi tujuan menjelaskan proses dan langkah-langkah yang perlu diberi perhatian dalam menjalankan aktiviti berkaitan pelupusan sisa radioaktif. Panduan ini boleh diguna pakai oleh Pegawai Perlindungan Sinaran, Penyelia Sinaran, Pekerja Sinaran dan sesiapa yang terlibat dalam aktiviti/menguruskan proses pelupusan bahan radioaktif dan radas penyinaran di Universiti Putra Malaysia. 2.0 TERMINOLOGI/DEFINISI KS : Ketua Seksyen di bawah Seksyen Operasi dan Perkhidmatan PPKKP PPKKP : Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTJ : Pusat Tanggungjawab Pekerja Sinaran : Pegawai Bertanggungjawab yang terdiri daripada Pegawai Penyelidik, Pembantu Makmal, Penolong Pegawai Sains, Pegawai Sains, Juruteknik Perubatan, Penolong Pegawai Veterinar, Pembantu Veterinar, Pembantu Pertanian, Juruteknik, Penolong Jurutera dan Semua Yang Terlibat Dalam Aktiviti Pelupusan Sisa Radioaktif Peringkat Makmal PM/PPS/PS : Pembantu Makmal/Penolong Pegawai Sains/Pegawai Sains RPO : Pegawai Perlindungan Sinaran OBTL : Orang Bertanggungjawab Terhadap Lesen KKM : Kementerian Kesihatan Malaysia LPTA : Lembaga Perlesenan Tenaga Atom ANM : Agensi Nuklear Malaysia JKKP-UPM : Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat Universiti Putra Malaysia (Induk) PPKD : Penolong Pegawai Kawalan Dokumen PPS : Penolong Pegawai Sains di bawah Seksyen Operasi dan Perkhidmatan PPKKP (Pengurusan Hazard-Sinaran) WP : Wakil Pengurusan PGH : Pengarah PPKKP UPM : Universiti Putra Malaysia TARIKH KUATKUASA :22/08/2011 1 drp. 7
3.0 DOKUMEN RUJUKAN No. Dokumen Tajuk Dokumen Akta 304 Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 SOK/OSH/GP01/SISA KLINIKAL GarisPanduanPengasinganPengkelasanSisaKlinikal SOK/OSH/GP02/SISA KIMIA GarisPanduanPengkelasandanPelabelanSisa Kimia Program Perlindungan Sinaran (mengikut lesen) (1) Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) - (2) Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM (3) Pusat Kesihatan Universiti (4) Hospital Veterinar UPM 4.0 TANGGUNGJAWAB (i) Pihak Pengurusan PTJ Pihak Pengurusan PTJ hendaklah melaksanakan perkara seperti berikut:- a) mengadakan tempat dan kemudahan yang diperlukan bagi penyimpanan dan penstoran bahan/sisa radioaktif di PTJ masing-masing; b) memastikan semua sisa radioaktif di PTJ masing-masing dilupuskan mengikut garis panduan ini. (ii) Orang Bertanggungjawab Terhadap Lesen (OBTL) OBTL adalah bertanggungjawab untuk:- a) mengenalpasti staf yang terlibat dengan pengendalian bahan radioaktif dan radas penyinaran dan melantik seorang staf yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sisa radioaktif; b) memberitahu Pegawai Pelindungan Sinaran UPM sekiranya ingin melupuskan bahan/radas/sisa radioaktif dan juga sekiranya berlaku kecurian atau kehilangan ke atas mana-mana bahan radioaktif/radas penyinaran; c) Menyediakan kos yang mencukupi bagi keperluan pelupusan sisa radioaktif di PTJ masing-masing; d) Menyedia, mengemaskini dan menyimpan semua bentuk rekod yang diarahkan oleh LPTA; dan e) Memastikan segala aktiviti yang melibatkan sinaran mengion mematuhi Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya. (iii) Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PPKKP) PPKKP hendaklah melaksanakan perkara seperti berikut:- a) Menyimpan salinan dokumen berkaitan pelupusan sisa radioaktif secara berpusat di dalam fail Pelupusan Sisa Radioaktif UPM (UPM/PKKP/200-8/2/1). b) Melaporkan pelaksanaan pelupusan sisa radioaktif secara berkala kepada JKKP- UPM. TARIKH KUATKUASA :22/08/2011 2 drp. 7
(iv) Radioaktif Radioaktif yang dilantik adalah bertanggungjawab untuk:- a) menguruskan sisa radioaktif di PTJ masing-masing; b) mewujudkan buku daftar untuk merekodkan semua bahan radioaktif yang terdapat di PTJ masing-masing; dan c) memastikan semua sisa radioaktif di PTJ masing-masing dilupuskan mengikut garis panduan ini. 5.0 PANDUAN PELUPUSAN SISA RADIOAKTIF BIL PERKARA TINDAKAN 1. Kenalpasti jenis sisa radioaktif seperti berikut: Bahan dari Punca Terkedap (sealed sources): Punca terkedap yang telah susut dan tidak diperlukan lagi hendaklah dimasukkan ke dalam bekas khas yang mempunyai simbol sinaran serta ditandakan sisa radioaktif. Bahan dari Punca Tak Terkedap (unsealed sources): (i) Sisa radioaktif (cecair) hendaklah disimpan ke dalam botol winchester dan ditandakan sisa radioaktif. Bagi sisa radioaktif yang mempunyai jangka hayat pendek (tidak melebihi 6 jam), biarkan botol/bekas sisa tersebut sehingga mencapai tahap background reading (10x jangka hayat). Setelah mencapai tahap background reading yang dijangkakan, sisa ini perlu dikelaskan mengikut sisa klinikal/sisa kimia dengan merujuk Garis Panduan Pengasingan Pengkelasan Sisa Klinikal (SOK/OSH/GP01/SISA KLINIKAL) atau Garis Panduan Pengkelasan dan Pelabelan Sisa Kimia (SOK/OSH/GP02/SISA KIMIA). Bagi sisa radioaktif yang mempunyai jangka hayat panjang, ikut langkah 2. (ii) Bahan tercemar seperti sarung tangan plastik, tisu atau kertas penyerap yang terdedah dengan bahan radioaktif hendaklah dikumpulkan di dalam bekas/karung plastik khas yang mempunyai simbol sinaran serta ditandakan sisa radioaktif. Bekas/karung plastik ini hendaklah diikat dengan betul dan bahan tercemar yang mempunyai paras sinaran tidak melebihi 0.5mrem/j (5 usv/j) boleh dibuang ke tong sampah domestik. Pekerja Sinaran dan sesiapa yang terlibat dengan penghasilan sisa radiaoaktif TARIKH KUATKUASA :22/08/2011 3 drp. 7
2. Radas penyinaran yang hendak dilupuskan: Ikut langkah 2. Isi dan kemaskini Borang Daftar Bahan Radioaktif (UPM/PKKP/BR08/DBR) atau Borang Daftar Radas Penyinaran (UPM/PKKP/BR09/DRP). 3. Maklumkan terdapat sisa radioaktif di PTJ kepada RPO (mengikut lesen masing-masing) melalui surat/memo beserta Borang Daftar Bahan Radioaktif atau Borang Daftar Radas Penyinaran yang telah dikemaskini. 4. Kemukakan surat hasrat kepada LPTA dan KKM serta satu salinan surat hendaklah dihantar ke PPKKP yang mengandungi butir-butir lengkap berikut:- Pelupusan bahan radioaktif (i) Nama unsur & no. jisim, nombor siri punca, keaktifan punca, bilangan (ii) Kaedah pelupusan (lupus/eksport ke pembekal asal atau lupus ke ANM) Pelupusan radas penyinaran (i) Jenis & model radas penyinaran, bilangan (ii) Nombor siri panel kawalan (iii) Kaedah pelupusan (derma, eksport/kembalikan ke pembekal asal, tanggalkan(dismantle) untuk dijadikan besi buruk atau lupus ke ANM) 5. Jalankan kaedah pelupusan yang telah dirancang setelah mendapat kebenaran dari LPTA dan KKM. 6. Dapatkan salinan pengesahan penerimaan bahan radioaktif/radas penyinaran dari tempat pelupusan atau dokumen eksport (sekiranya dieksport) daripada pembekal/anm setelah pelupusan dan serahkan kepada RPO dengan kadar segera. 7. Kemukakan dokumen lengkap seperti berikut kepada LPTA dan PPKKP dengan kadar segera. RPO (mengikut lesen masing-masing)/ Penyelia Sinaran, RPO/Penyelia Sinaran Pelupusan bahan radioaktif (i) Salinan pengesahan penerimaan bahan radioaktif dari tempat pelupusan atau dokumen eksport; dan (ii) Penyata Pemilikan(LPTA/BM/3) RPO/Penyelia Sinaran Pelupusan radaspenyinaran (i) Salinan pengesahan penerimaan radas penyinaran dari tempat pelupusan atau dokumen eksport; (ii) Penyata Pemilikan (LPTA/BM/3)dan TARIKH KUATKUASA :22/08/2011 4 drp. 7
(iii) Gambar menunjukkan radas penyinaran telah ditanggalkan (sekiranya dismantle)- jika berkenaan 8. Simpan semua rekod berkaitan pelupusan sisa radioaktif ke dalam Fail Pelupusan Sisa (UPM/(Kod PTJ)/200-8/2/1) masing-masing. 9. Tamat. TARIKH KUATKUASA :22/08/2011 5 drp. 7
6.0 REKOD KUALITI Bil Kod Fail, Tajuk Fail dan Senarai Rekod 1. UPM/(Kod PTJ)/200-8/2/1 Pelupusan Sisa Tanggungjawab Mengumpul dan Memfail Tanggungjawab Menyelenggara PPKD Tempat dan Tempoh Simpanan Bilik Fail 3 Tahun Kuasa Melupus Ketua PTJ Borang Daftar Bahan Radioaktif (UPM/PKKP/BR08/DBR) / Borang Daftar Radas Penyinaran (UPM/PKKP/BR09/DRP) yang telah dilengkapkan Surat/memo mohon pelupusan sisa radioaktif Surat hasrat pelupusan sisa kepada LPTA Surat kelulusan dari LPTA Surat persetujuan ANM/pembekal untuk pelupusan Dokumen pengesahan penerimaan sisa radioaktif dari ANM/pembekal/ dokumen eksport Surat/Dokumen berkaitan 2. UPM/PKKP/200-8/2/1 Pelupusan Sisa Radioaktif UPM Borang Daftar Bahan Radioaktif (UPM/PKKP/BR08/DBR) / Borang Daftar Radas Penyinaran (UPM/PKKP/BR09/DRP) yang telah dilengkapkan Surat hasrat pelupusan sisa kepada LPTA Surat kelulusan dari LPTA Surat persetujuan ANM/pembekal untuk pelupusan PPS KS Bilik Fail 3 Tahun PGH TARIKH KUATKUASA :22/08/2011 6 drp. 7
Dokumen pengesahan penerimaan sisa radioaktif dari ANM/pembekal / dokumen eksport Surat/Dokumen berkaitan 7.0 SEJARAH SEMAKAN No. Isu No. Semakan No. CPD 02 00-02 01 CPD 13/2011 Kelulusan Mesyuarat Keluaran Pertama untuk satu persijilan Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian Pejabat Naib Canselor Kali Ke-9 Disemak Oleh Disahkan Oleh Tarikh Kuatkuasa TWP PP WP 03/01/2011 TWP PP WP 22/08/2011 TARIKH KUATKUASA :22/08/2011 7 drp. 7