ETIKA DAN PROFESIONALISME

dokumen-dokumen yang mirip
Kontrak Pembelajaran Kokurikulum. Kod Kursus. Aktiviti/Projek. Biodata Pelajar

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN HHHC9501 KEM REMAJA WAWASAN (KREW) TARIKH: SEPTEMBER 2014 TEMPAT:

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESSIONAL TAJUK: LAPORAN PROGRAM SEGENGGAM BUDI, SEGUNUNG HARAPAN (INSTITUTE-HEARS, UKM)

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH :

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

LMCK 1531 Kepimpinan dan Kreativiti Laporan Hasil Pembelajaran

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME (SET 45)

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME)

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

Laporan Kursus HHHC Biodata Pelajar. NUR AMELIA NADHIRA BT. ZAMRI No. Matrik.

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME HHHC9401. Set 5 Sesi /2014 : KETUA PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK

LAPORAN AKHIR KURSUS (HHHC 9201) KEMAHIRAN KOMUNIKASI OLEH: NUR FATIHAH AINUN BT HAMZAH (A )

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. HHHC9401 Set 5 Sesi /2014 : NURUL AMIRA BINTI MOHAMAD SALLEH

DASAR LATIHAN INDUSTRI DAN KOMUNITI Universiti Kebangsaan Malaysia

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA PENSYARAH: DR MD. NOR BIN ABDULLAH NAMA PELAJAR: FATIMAH BINTI HUSSIN

Laporan Pembuktian LMCK2922 & HHHC9701/HHHC9801 NAMA : NUR ADDINI BINTI AGUS NOMBOR MATRIK : A PROGRAM : SAINS BIOPERUBATAN/3

LAPORAN AKHIR PROGRAM NAMA PENSYARAH

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KERTAS KERJA PROGRAM JALINAN UKHUWAH PUSAT CITRA UNIVERSITI DENGAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN, SG RAMAL TARIKH 10 MEI 2015

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

LAPORAN JAWATANKUASA MULTIMEDIA PROGRAM MUTIARA INSPIRASI KELAB SAHABAT 1 MALAYSIA KOLEJ TUN SYED NASIR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA NO MATRIK

KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA LAPORAN TARIKH : 10 MEI 2013 TEMPAT : DEWAN KULIAH KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

LAPORAN HASIL PEMBELAJARAN LMCK 2711 TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR PROGRAM : HARI KESEDARAN ALAM SEKITAR FTSM 2015 TARIKH : 30 MEI 2015

HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

LAPORAN KURSUS HHHC 9601 LN00029/2015 BIODATA PELAJAR NUR HAKIMAH BINTI ISMADI. UNIVERSITI, THAILAND EXCO PENGANGKUTAN

HHHC9201 SET 34 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

RUJUKAN: UKM 3.6/224/3 Jld Oktober 2003 PEKELILING PENDAFTAR BIL. 9/2003

RINGKASAN EKSEKUTIF MINGGU KESEDARAN JENAYAH TARIKH 3 9 DISEMBER 2014 TEMPAT PENJARA SEJAHTERA KAJANG, BANDAR BARU BANGI DAN PUSANIKA UKM ANJURAN

LAPORAN PROJEK KUMPULAN LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH SESI 2016/2017 TAJUK: KEMPEN JOM SIHAT NAMA PENSYARAH: DR NORA MUDA

HHHC9501 KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH, PEMIKIRAN KRITIKAL & PENDEKATAN SAINTIFIK LAPORAN BERTULIS BRAIN AWARENESS DAY

Tan Chai Li (A144734) No HP:

KERTAS KERJA KELAB JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH (JANNAH) TARIKH 26 OKTOBER 2013 ( SABTU )

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SET3 SEMESTER TAJUK: LAPORAN AKHIR

CHIA CHONG YANG A143398

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA 2013 JABATAN PENGAJIAN KOLEJ KOMUNITI

LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 8

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN JABATAN KEJURURAWATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN TAHUN 1/ SEMESTER 2

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

NAMA PROGRAM: PERTANDINGAN PERTOLONGAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KURSUS STQP2513 KE BANK NEGARA MALAYSIA 8 MEI 2015 KERTAS KERJA

KERTAS KERJA KURSUS INDUKSI JAKSA SESI 2010/2011 KOLEJ UNGKU OMAR

TARIKH MULA PERANCANGAN HINGGA PERLAKSANAAN PROGRAM : 12/12/2014 6/4/2014

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri

LAPORAN HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

TAJUK PROJEK: MEMPERKASAKAN ILMU METODOLOGI KEJURULATIHAN TAHAP ASAS DAN TAHAP PERTENGAHAN BAGI JURULATIH DAN GURU SUKAN DI MAJLIS AMANAH RAKYAT

LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT

SISTEM MERIT KOLEJ TUN SYED NASIR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

Program Lawatan Ilmiah Ke Negeri Sabah Mac 2014

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATAN LANTIKAN

Portfolio, Bidang Tugas dan Tanggungjawab

Muafakat Minda Intelektual #MMI

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

MASALAH YANG TIMBUL DAN CARA UNTUK MENGATASI SETIAP BAHAGIAN PROGRAM

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PROGRAM SPRING FESTIVAL SEMPENA TAHUN BARU CINA 2007

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

RAKAN KOMUNITI: SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN 3 (SKKK3) SEKOLAH MENENGAH SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA (SMSTMFP)

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BAKTI SISWA SIRI 1 UTeM

SPESIFIKASI TUGAS PEMBANTU PEGAWAI PENGURUSAN (HAL EHWAL PELAJAR) DG 34

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

Pelan Strategik KTSN Ke Arah Pembangunan Insaniah Pelajar. Prof. Madya Dr. Ruzita Abd. Talib Pengetua

MASTER PLAN PROGRAM JALINAN MESRA

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

KANDUNGAN. 1.0 Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi Definisi Latihan Industri Objektif Khusus. 4

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PERTANDINGAN PENULISAN ILMIAH DAN KREATIF 2016 (PIK 2016)

LAPORAN AKHIR KURSUS KEMAHIRAN KREATIF DAN INOVATIF

SMK PUTERI TITIWANGSA, KUALA LUMPUR PELAN OPERASI UNIT KOKURIKULUM KELAB PENCINTA ALAM TAHUN : 2014

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

PROSEDUR PERMOHONAN MERIT PROGRAM

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

(KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN

LAPORAN CENDERAMATA KAYUHAN AMAL DAN SIHAT 5 (KASIH 5) KOLEJ IBU ZAIN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

BORANG LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN / KELAB PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

MEMOHON BOOTH BAGI PROGRAM PALESTINE GRAND EXHIBTION 2013

TATA CARA KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (SARANA) SMK KING GEORGE V SEREMBAN NEGERI SEMBILAN

LAPORAN LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 130 SESI 2015/16 TAJUK : PROGRAM 3R (REUSE, REDUCE AND RECYCLE) NAMA : MOHD AFAA BIN AHMAD A150921

Transkripsi:

FAKULTI SAINS KESIHATAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA: NUR ALIYA BINTI MOHD JONED NO. MATRIK: A144621 NAMA PENILAI: DR NORHAYATI BINTI IBRAHIM

KANDUNGAN BAB 1.0 PENGENALAN 1.1 Definisi Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme 1.2 Kepentingan HC Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme 1.3 Pengenalan program BAB 2.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN 2.1. Persediaan Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014 2.11 Pengenalan skop kerja 2.12 Mesyuarat 2.13 Simulasi Running Radiographer Maze dan raptai 2.2 Sekitar Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014 BAB 3.0 PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI BAB 4.0 KESIMPULAN

1.0 PENGENALAN 1.1 Definisi Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Nilai: Ukuran kepada sesuatu sifat, keperibadian dan sebagainya yang ada pada individu. Sikap: Perbuatan atau pandangan yang berdasarkan kepada sesuatu pendapat (fikiran) atau dalam istilah bahasa Inggeris pula disebut sebagai attitude yang membawa maksud satu cara penterjemahan terhadap perasaan, pemikiran dan tingkah laku. Etika: Ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan Profesionalisme: Sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. 1.2 Kepentingan HC Nilai, Sikap, Etika dan Profesionalisme Kepentingan kemahiran insaniah ini adalah untuk melahirkan mahasiswa/i yang mengamalkan standard nilai, sikap dan etika yang tinggi di samping profesional dalam melakukan sebarang tugas. Kemahiran ini juga penting untuk menanamkan kesedaran kepada mahasiswa tentang peranan dan tanggungjawab kepada masyarakat dengan mempraktikkan nilai dan sikap yang boleh dicontohi, juga etika dan profesionalisme yang tinggi.

1.3 Pengenalan Program Program: Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014 Tarikh: 8 November 2014 (Sabtu) Tempat: UKM Kampus Kuala Lumpur Tema: Advancing Imaging, Healing Globally Matlamat: Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sambutan hari radiografi sedunia Objektif: Mempromosikan sambutan hari radiografi sedunia kepada orang awan dan kepentingan yang diperoleh dari sambutan ini. Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk berinteraksi dengan masyarakat luar sebelum menempuh alam klinikal serta mempraktikkan ilmu yang dipelajari.

Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk berinteraksi dengan mahasiswa/i dari institusi pengajian tinggi yang lain serta berkongsi pengalaman dan ilmu yang dipelajari. 2.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN 2.1 Persediaan Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014 2.11 Pengenalan skop kerja Saya selaku ahli jawatankuasa (AJK) program untuk program Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014, bersama-sama dua lagi AJK dan dua orang Exco bertungkus lumus untuk menjayakan sambutan ini. Skop kerja kami meliputi persediaan sebelum, semasa dan selepas program. Skop kerja kami yang luas dengan tenaga kerja kami yang sedikit memberikan kesulitan kepada kami. Namun begitu, dengan sikap profesionalisme saya dan rakan-rakan, tugas-tugas itu dapat disiapkan dengan jayanya dan pada waktu yang ditetapkan. Kami juga dapat mencapai kata sepakat setiap masa kerana sikap profesionalisme kami yang menghormati pendapat ahli-ahli selain bertolak ansur antara satu sama lain. 2.12 Mesyuarat Terdapat empat mesyuarat formal (bersama pensyarah dan ahli kelab Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi) dan beberapa mesyuarat tidak formal (bersama sekreteriat program). Perkara yang berbangkit ketika mesyuarat formal ialah: Mesyuarat pertama: 8 September 2014 i. Mengubah tentatif kasar program dengan menggantikan aktiviti yang hendak dijalankan pada hari program. ii. AJK hendaklah merancang aktiviti yang menarik untuk peserta. Mesyuarat kedua: 23 September 2014 i. Menyediakan tentatif program yang lengkap Mesyuarat ketiga: 8 Oktober 2014 i. Pembentangan tentatif program. ii. Multimedia perlu dikurangkan dari 30 minit kepada 15 minit.

iii. VIP perlu tunggu sehingga forum berlangsung pada hari kejadian. iv. Perubahan tajuk forum. v. Minum pagi untuk peserta perlu dibuang. vi. Aktiviti waktu petang- Running Radiographer Maze. vii. Dalam satu kumpulan ade 10 peserta, satu fasilitator. viii. Check point untuk Running Radiographer Maze ialah makmal, DK, TIBE, FARMASI. ix. Perlukan surat kebenaran untuk menggunakan phantom. x. Perlu membuat simulasi game. xi. Untuk pembentangan, pascasiswazah sebagai fasilitator. Mesyuarat keempat: 31 Oktober 2014 i. Exco program membentangkan tentatif kesuluruhan semasa hari kejadian. ii. Exco program meminta semua exco dan AJK terlibat dalam raptai yang akan dijalankan pada Jumaat 7/11, 5.00 petang. iii. Semua pelajar tahun dua akan mengadakan simulasi running radiographer maze pada hari khamis 6/11. iv. Perkara berbangkit- peserta dalam pertandingan pitching adalah pelajar PDR tahun 4 dan exco program bertanggungjawab untuk menghantar emel kepada mereka kerana pascasiswazah tidak dapat menghadirkan diri pada hari kejadian. Perbincangan mengenai perkara berbangkit bersama penasihat program, Pn Noraniza Azmi

Mesyuarat ini diadakan pada waktu malam, antara pukul 8 hingga 10 malam. Namun begitu, kehadiran setiap sekreteriat amat memberangsangkan Saya mendengar dengan teliti dan mencatit apa yang perlu diambil kira bagi menjayakan sambutan ini Melalui mesyuarat ini, saya dapat memupuk nilai dan etika yang tinggi dalam diri saya. Saya mempraktikkan nilai dan etika yang baik apabila berurusan dengan pensyarah, antaranya bercakap dengan lebih sopan dan lebih profesional. Walaupun berlaku pencanggahan pendapat antara kami dan pensyarah, kami dapat menyelesaikan dengan cara yang baik kerana kesedaran yang tinggi terhadap nilai dan etika. Mesyuarat tidak formal bersama sekreteriat program yang lain berlangsung di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), selalunya diadakan pada waktu malam. Perkara yang dilakukan ketika mesyuarat ini adalah perbincangan kepada perkara berbangkit di atas, penyediaan tentatif program, dan penyediaan alatan-alatan untuk hari kejadian. Pada waktu ini, saya menggunakan etika yang berbeza berbanding apabila berurusan dengan pensyarah. Mesyuarat ini lebih tenang dan ringkas kerana perbincangan bersama rakan-rakan yang rapat. Walaupun tidak menggunakan etika yang tinggi, saya tetap menjaga adab dan sikap agar disenangi rakan-rakan saya. Selain itu, saya dan rakan-rakan amat profesional dalam melakukan tugasan kami agar mesyuarat itu tidak menyimpang dari tujuan sebenar.

2.13 Simulasi Running Radiographer Maze dan Raptai Pada hari Rabu, 5 November 2014, sekreteriat program telah menjalankan simulasi explorace untuk Sambutan Hari Radiografi Sedunia yang dinamakan Running Radiographer Maze. Simulasi ini diadakan di padang KTSN. Menurut mesyuarat yang lepas, kami menetapkan 6 November untuk membuat simulasi. Namun begitu, terdapat beberapa masalah sehingga kami menukar tarikh aktiviti ini. Taklimat ringkas oleh AJK program sebelum simulasi dimulakan

Simulasi ice breaking Penglibatan rakan-rakan saya amat menggalakkan. Namun begitu, ada segelintir daripada mereka tidak turun untuk membantu dalam menjayakan simulasi ini. Mereka memberikan alasan untuk menyiapkan tugas-tugas sekreteriat mereka. Sebagai seorang yang profesional, saya tidak menunjukkan ketidakpuasan hati saya kepada rakan-rakan yang lain. Perasaan peribadi ini sepatutnya disimpan supaya tidak menimbulkan suasana yang tegang. Saya menggunakan komunikasi yang sesuai untuk memberikan taklimat agar mereka semua faham dan dapat menerima arahan saya. Komunikasi yang baik merupakan etika yang perlu dipupuk dalam diri setiap orang. Selain itu, sikap toleransi antara satu sama lain dapat menjayakan aktiviti ini, seterusnya memberikan persediaan yang terbaik untuk menghadapi Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014 kelak.

Pada hari Jumaat, sehari sebelum program berlangsung, setiap jawatankuasa telah terlibat dalam raptai penuh. Saya diberikan tugas untuk menyediakan tempat dan peralatan untuk explorace. Tempat-tempat yang terlibat dalam aktiviti ini adalah di sekitar UKM kampus KL, antaranya Makmal Utama PDR, T1BE, Farmasi Komuniti dan Dewan Kuliah 2. Salah satu stesen explorace yang dinamakan It s time to learn!. Stesen ini bertempat di Makmal Utama PDR Kami juga ada membuat simulasi ringkas mengenai permainan yang tidak dapat dilakukan ketika di padang KTSN, seperti permainan di atas. Saya selaku ketua untuk simulasi pada hari itu berjaya mengendalikannya. Terdapat sedikit percanggahan

pendapat antara saya dan rakan-rakan yang terlibat dalam simulasi ini kerana mereka berasa peraturan permainan yang asal tidak sesuai. Jadi saya telah mempraktikkan etika yang baik dan bersikap profesional dengan menimbang-balik peraturan sedia ada. Peraturan itu kemudiaannya diolah mengikut kesesuaian dan bertepatan dengan simulasi yang dilakukan. 2.2 Sekitar Sambutan Hari Radiografi Sedunia 2014 Pada waktu pagi, saya terlibat dalam penyediaan tempat untuk majlis formal. Saya telah membantu rakan-rakan saya untuk menggantung poster sempena pertandingan poster yang merupakan salah satu aktiviti untuk program ini. Perbincangan ringkas sebelum menampal poster Setelah itu, saya berkejar ke pintu masuk UKM kampus KL untuk menyambut tetamu daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) luar. IPT yang dapat hadir ialah Kolej KPJ, Universiti Kuala Lumpur (UniKl), Kolej Vision dan Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU). Ada di antara IPT-IPT ini tiba lewat sehingga saya dan AJK lain terpaksa menunggu terlalu lama. Namun begitu, kami bersikap profesional dalam mengendalikan hal ini dan tidak menunjukkan kemarahan sedikit pun kepada mereka. Mereka ibarat tetamu yang melawat ke rumah kita. Jadi, saya sedar bahawa saya perlu menjaga nama baik universiti kesayangan saya. Saya telah menunjukkan nilai dan etika yang tinggi ketika berurusan dengan mereka agar mereka berasa senang mengikuti program ini seterusnya dapat mengharumkan nama UKM. Pada sebelah petang pula, semua sekreteriat program telah terlibat dalam mengendalikan Running Radiographer Maze. Saya menjalankan tugas saya sebagai

pemantau untuk setiap stesen bagi memastikan setiap stesen tidak mempunyai masalah dan aktiviti boleh berjalan dengan lancar. Kami berlima berhubung melalui walkie-talkie supaya perjalanan aktiviti ini selaras dengan arahan yang diberikan oleh Exco kami.

Sekitar aktiviti Running Radiographer Maze

Melalui aktiviti ini, saya dapat belajar untuk bekerja secara profesional. Tugas saya agak memenatkan kerana perlu berkejar dari satu stesen ke stesen yang lain. Walaubagaimanapun, saya tetap menjalankan tugas saya tanpa merungut atau melakukannya secara sambil lewa. Dalam masa yang sama, saya menerapkan nilai, etika dan sikap yang mulia dalam diri saya kepada rakan-rakan dan kenalan-kenalan yang baru agar saya sentiasa positif menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. 3.0 PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI Melalui program yang setahun sekali diadakan ini, saya telah banyak mempelajari sesuatu yang baru mengenai kerja berorganisasi. Setelah saya terlibat dalam organisasi ini, saya berasa saya lebih profesional dalam mengendalikan sebarang situasi atau masalah yang timbul. Tambahan pula, saya telah mempelajari etika kita bersama rakan-rakan dan pensyarah haruslah berbeza supaya lebih menjalinkan kemesraan tanpa berasa canggung atau tidak selesa. Pengalaman yang saya dapat melalui program ini amat manis untuk dikenang. Walaupun terdapat beberapa konflik dalam organisasi ini, saya dapat mengatasinya secara profesional kerana saya menganggap setiap organisasi mesti ada pahit manis yang membuatkan kita lebih menghargai persahabatan yang terjalin. Selain itu, melalui pengalaman ini, saya mendapat beberapa pengajaran untuk kehidupan saya dan dapat menerapkan nilai-nilai murni serta etika yang baik. 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, program yang saya ikuti ini memberikan saya kesedaran untuk sentiasa menerapkan nilai, etika dan sikap yang terbaik kepada masyarakat. Selain itu, ia juga melatih saya untuk lebih profesional dan memberikan persediaan apabila saya bekerja kelak. Melalui kemahiran insaniah nilai, sikap, etika dan profesionalisme ini, saya mempelajari kemahiran ini amat penting untuk seseorang manusia khususnya mahasiswi seperti saya, agar dapat berbakti kepada masyarakat seterusnya berjaya dalam bidang yang saya ceburi.