Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

dokumen-dokumen yang mirip
Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2017

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

Manual Kerja Kursus Kerja Kursus Usuluddin Kertas 4 (931/4)

Manual Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Kesusasteraan Melayu Komunikatif Kertas 4 (922/4)

Manual Kerja Kursus Bahasa Arab Kertas 5 (913/5)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 2 TAHUN 2018 MATA PELAJARAN/KOD: SYARIAH 4 (930/4)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5)

Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) MANUAL KERJA KURSUS SYARIAH(930/4)

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (944/4)

Manual Kerja Kursus (Kajian Luar) Geografi Kertas 4 (942/4)

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan, Calon Sekolah Bantuan Kerajaan, Calon Sekolah Swasta, dan Calon Persendirian Individu)

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

KANDUNGAN. 1. Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Penggubalan Item 3

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

GARIS PANDUAN MODERASI PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGENDALIAN AUDIT DALAMAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

PISMP (PEMBELAJARAN JARAK JAUH) TUGASAN PROJEK

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

TUGASAN AKHIR TAHUN GEOGRAFI TINGKATAN 1

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

GARIS PANDUAN PENGURUSAN BANK ITEM DAN PERATURAN PEMARKAHAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Skop Tafsiran Penyelarasan Moderasi Tugas Dan Tanggungjawab 4

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

PANDUAN PENILAIAN UJIAN TA BIR SYAFAWI (UTS) DMT14/2

ARAHAN KEPADA CALON. 1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan. 2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

POLITEKNIK MUADZAM SHAH

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

Pentaksiran ULBS yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan berikut :

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

SOKONGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI. PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL GRED TAHAP KECEKAPAN TK1-TK6

1.1 Bersifat autentik kerana berupaya mentaksir kebolehan sebenar murid secara berfokus dalam kemahiran bertutur.

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGENDALIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO9001: PERLAKSANAAN PROGRAM ELEKTIF, MD (PPSP/MD/Elektif/CPI) Semakan Edisi: 4

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA MS ISO9001:2008 PERLAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PUSAT PEMAJUAN KOMPETENSI BAHASA Kod Dokumen: UPM/OPR/CALC/P001 PROSEDUR PENGENDALIAN KURSUS TANPA KREDIT (CEL)

1.1. Mempertingkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Memastikan prestasi mata pelajaran setiap pelajar berkualiti.

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/AK026

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/SOK/ICT/P001. Prosedur ini menerangkan cara perlaksanaan penyelenggaraan ICT.

PROSEDUR PENGURUSAN REKOD

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PANDUAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI KOLEJ KOMUNITI

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENILAIAN MBE PROJEK SARJANA 1 PROGRAM SARJANA PTV (KERJA KURSUS) FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

TAKLIMAT 2 LATIHAN INDUSTRI SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI (SST) SECARA ONLINE

KANDUNGAN. 1.0 Nama Dan Tarikh Berkuatkuasa Tujuan Tafsiran Struktur Pengurusan Bank Item dan Peraturan Pemarkahan 4

PTSS PK PS 07 KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA KETUA PASUKAN AUDIT PENGARAH JAWATAN DALAMAN TARIKH 19 OKTOBER OKTOBER 2016

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU SECARA DALAM TALIAN

GARIS PANDUAN DAN TATACARA PENERBITAN AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

TAKLIMAT 2 LATIHAN INDUSTRI FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN TUGASAN KUMPULAN

Mesyuarat Pelaksanaan Peperiksaan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-quran (KKQ)

Tajuk : Isu kelemahan pengurusan asset alih kerajaan sering dibangkitkan. dalam laporan Ketua Audit Negara. Sebagai pengurus sekolah,

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

Transkripsi:

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) Penggal 3 Tahun 2015 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja. Manual ini terdiri daripada 20 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia 2015 0 TERHAD

Kandungan Bil Perkara Halaman BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan 2 2.0 Objektif Penilaian 2 3.0 Pelaksanaan kerja kursus 2 3.1 Arahan Am 2 3.2 Tanggungjawab Pengetua 2 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3 3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 4 3.5 Tanggungjawab Calon 5 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 6 5.0 Format Penulisan 7 6.0 Struktur Penulisan 8 7.0 Penskoran Markah 8 8.0 Skema Penskoran Markah 9 BAHAGIAN II : CALON 9.0 Tanggungjawab Calon 10 10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 11 11.0 Format Penulisan 12 12.0 Struktur Penulisan 12 Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4) 14 Lampiran 16-19 1 TERHAD

1.0 Pengenalan BAHAGIAN I : GURU Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini. Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM. 2.0 Objektif Penilaian Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai calon: 2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini 2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada dalam sesebuah organisasi yang baik 2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian kes berkenaan 2.4 Menerapkan domain kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran 3.0 Pelaksanaan kerja kursus 3.1 Arahan am 3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu. 3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada penggal 3 pengajian tingkatan enam. 3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.2.1 Mempengerusikan mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah. 3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai fail kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing. 3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 dibimbing dan diselia oleh guru Pengajian Perniagaan 3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan 3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan 2 TERHAD

3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja kursus 3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon 3.3.3 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 3.3.4 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya 3.3.5 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan 3.3.6 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.7 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus 3.3.8 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus 3.3.9 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka boleh membaiki hasil kerja 3.3.10 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik 3.3.11 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan secara individu 3.3.12 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus 3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon 3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan, Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu 3 TERHAD

3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus calon 3.3.21 Menilai hasil kerja calon secara berterusan 3.3.22 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon 3.3.23 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan. 3.3.24 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui BMKKC 3.3.25 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4. 3.3.26 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan 3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta 3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.4.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon 3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan 3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus 3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah 3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu 3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus. 3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data atau maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus 3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian atau pengumpulan maklumat 4 TERHAD

3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus 3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani BRKKC (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus. 3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon 3.5 Tanggungjawab calon 3.5.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan. 3.5.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tiga sehingga tamat penggal tersebut. 3.5.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian. 3.5.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul data. 3.5.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu. 3.5.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan. 3.5.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya. 5 TERHAD

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan guru Tindakan calon 20 hingga 21 Jun 2015 Taklimat JU dengan Guru Tingkatan 6 Menghadiri taklimat tersebut dan memberikan sepenuh perhatian semasa taklimat berlangsung 22 Jun hingga 3 Julai 2015 Persiapan awal sebelum menjalankan kerja kursus Membincangkan dan membimbing pemilihan tajuk, responden kajian, dan jadual kerja Menyediakan suratmenyurat Menyemak keperluan peralatan dan instrumen kajian Menjelaskan pelajar tentang elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang akan dinilai Membantu penyelesaian masalah yang timbul Membuat persiapan awal: Keperluan kewangan Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga Perancangan kerja Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber sekunder, sumber Internet, dan sumber-sumber lain. 6 Julai hingga 21 Sept. 2015 Penyediaan dan penulisan laporan Kerja kursus untuk sesi penilaian Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan laporan kerja kursus Membimbing pelajar melaksanakan aktiviti lapangan Membimbing calon untuk menulis laporan mengikut format yang ditetapkan Memantau perkembangan tugasan Membaiki kelemahan dan membimbing calon membuat penambahbaikan Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta, dan lain-lain Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari Berlatih membuat pembentangan mengikut format yang sesuai 6 TERHAD

Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan guru Tindakan calon 22 Sept hingga 13 Okt. 2015 Sesi pembentangan dan penilaian Memeriksa dan memberi markah laporan kerja kursus dan pembentangan Hantar laporan bertulis Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit sahaja untuk setiap calon) 14 Okt. hingga 28 Okt. 2015 Penskoran kerja kursus dan hantaran markah ke MPM Menghantar markah ke MPM melalui e-submission 22 Sept. hingga 20 Nov. 2015 Sept. 2016 Penyelarasan markah kerja kursus oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan) 5.0 Format Penulisan 5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan 5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan tekal. 5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan. 5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti yang berikut: (a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan 5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid. 7 TERHAD

6.0 Struktur Penulisan Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan kerja kursus itu hendaklah menjawab kehendak soalan. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut: (a) Tajuk, abstrak, dan pengenalan Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji. (b) Objektif kajian Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan. (c) Latar belakang atau lokasi kajian Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan. (d) Kaedah kajian Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi justifikasi penggunaannya. (e) Dapatan kajian dan perbincangan (f) Calon perlu mengenal pasti dan memilih sebuah perniagaan yang sesuai untuk mengkaji sekurang-kurangnya tiga daripada empat elemen campuran pemasaran berikut: (i) Produk (ii) Pengedaran atau pengagihan (iii) Penetapan harga (iv) Promosi Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding, membezakan, dan menilai fakta dan maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong dalam bentuk jadual, rajah, dan graf. Penutup Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan (g) Senarai rujukan Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan. (h) Lampiran Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang relevan sahaja. 8 TERHAD

7.0 Penskoran Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon. Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang dikemukakan sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran berkenaan. Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. 8.0 Kriteria Penskoran Kerja Kursus Bil. Kriteria Markah 1 Tajuk, abstrak, dan pengenalan 3 2 Objektif kajian 2 3 Latar belakang atau lokasi kajian 6 4 Kaedah kajian 7 5 Dapatan kajian dan perbincangan (i) Susunan dan kekemasan laporan 10 (ii) Kecukupan, ketepatan, dan kesesuaian maklumat 15 (iii) Analisis dan pentafsiran 15 (iv) Gaya dan bahasa 5 6 Rumusan kajian, cadangan, dan penutup 10 7 Rujukan 3 8 Lampiran 3 9 Pembentangan (i) Kerelevanan 2 (ii) Soal jawab 2 (iii) Kebahasaan 2 (iv) Kreativiti 2 (v) Keterampilan 2 10 Kemahiran manipulatif 5 11 Kemahiran insaniah 6 JUMLAH MARKAH 100 9 TERHAD

9.0 Tanggungjawab calon BAHAGIAN II : CALON 9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan. 9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tiga sehingga tamat penggal tersebut. 9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian. 9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul data. 9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu. 9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan. 9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya. 10 TERHAD

10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan guru Tindakan calon 22 Jun hingga 3 Julai 2015 Persiapan awal sebelum menjalankan kerja kursus Membincangkan dan membimbing pemilihan tajuk, responden kajian, dan jadual kerja Menyediakan suratmenyurat Menyemak keperluan peralatan dan instrumen kajian Menjelaskan pelajar tentang elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang akan dinilai Membantu penyelesaian masalah yang timbul Membuat persiapan awal: Keperluan kewangan Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga Perancangan kerja Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber sekunder, sumber Internet, dan sumber-sumber lain. 6 Julai hingga 21 Sept. 2015 Penyediaan dan penulisan laporan Kerja kursus untuk sesi penilaian Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan laporan kerja kursus Membimbing pelajar melaksanakan aktiviti lapangan Membimbing calon untuk menulis laporan mengikut format yang ditetapkan Memantau perkembangan tugasan Membaiki kelemahan dan membimbing calon membuat penambahbaikan Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta, dan lain-lain Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari Berlatih membuat pembentangan mengikut format yang sesuai 22 Sept hingga 13 Okt. 2015 Sesi pembentangan dan penilaian Memeriksa dan memberi markah laporan kerja kursus dan pembentangan Hantar laporan bertulis Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit sahaja untuk setiap calon) 11 TERHAD

11.0 Format Penulisan 11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan 11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja (b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci (c) Tulisan: Times New Roman (font 12) (d) Langkau (spacing): 1.5 (e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan tekal. 11.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran 11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan. 11.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti yang berikut: (a) Kulit hadapan kerja kursus calon (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) (c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan 11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid. 12.0 Struktur Penulisan Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan kerja kursus itu hendaklah menjawab kehendak soalan. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut: (a) Tajuk, abstrak, dan pengenalan Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji. (b) Objektif kajian Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan. (c) Latar belakang atau lokasi kajian Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan. (d) Kaedah kajian Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi justifikasi penggunaannya. 12 TERHAD

(e) Dapatan kajian dan perbincangan (f) Calon perlu mengenal pasti dan memilih sebuah perniagaan yang sesuai untuk mengkaji sekurang-kurangnya tiga daripada empat elemen campuran pemasaran berikut: (i) Produk (ii) Pengedaran atau pengagihan (iii) Penetapan harga (iv) Promosi Pembentangan dan perbincangan tentang dapatan kajian yang telah dianalisis, merangkumi punca, proses, dan impak serta membanding, membezakan, dan menilai fakta dan maklumat. Hasil kajian hendaklah dalam bentuk penulisan kajian dan boleh disokong dalam bentuk jadual, rajah, dan graf. Penutup Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan (g) Senarai rujukan Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan. (h) Lampiran Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang relevan sahaja. 13 TERHAD

14 TERHAD

Soalan Kerja Kursus Calon dikehendaki memilih sebuah perniagaan yang sesuai untuk tujuan kajian dan analisis campuran pemasaran yang digunakan oleh perniagaan tersebut. Kajian hendaklah meliputi sekurang-kurangnya tiga daripada elemen yang berikut: (i) Produk (ii) Pengedaran atau pengagihan (iii) Penetapan harga (iv) Promosi Calon dikehendaki mengumpul, menyusun, menjelaskan, menganalisis, dan menulis bagaimana campuran pemasaran dijalankan oleh perniagaan tersebut. Semua huraian kajian mestilah disertakan dengan bukti pelaksanaan kajian dan merujuk kepada perniagaan yang telah calon pilih. Berdasarkan arahan yang diberikan, calon dikehendaki: (i) Menjelaskan cara maklumat dan data dikumpul (ii) Menjelaskan setiap campuran pemasaran berdasarkan perniagaan yang telah calon pilih dengan lengkap (iii) Melampirkan maklumat dan data yang relevan dengan kajian calon Nota: * Laporan kajian mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus STPM 2015. * Analisis kajian boleh dibuat berdasarkan data primer atau data sekunder. 15 TERHAD

LAMPIRAN 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2015 MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4) TAJUK NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH NAMA GURU TANDATANGAN GURU TARIKH 16 TERHAD

LAMPIRAN 2 BPC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2015 KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat KK Calon Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru atau Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh Alamat 17 TERHAD

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2015 KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON LAMPIRAN 3 BRKKC No. Pusat/Angka Giliran :... No. Kad Pengenalan : Tarikh Aktiviti Aktiviti dalam penghasilan kerja kursus (Untuk diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Calon Tandatangan Guru Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru:.. Nama Guru:.. Tarikh :... Cop Sekolah: Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan pada bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai. 18 TERHAD

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2015 KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON LAMPIRAN 4 BMKKC Nama Calon :... Angka Giliran : No. Kad Pengenalan : (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa) Kriteria Penilaian Markah Penuh 1. Tajuk, abstrak, dan pengenalan 3 2. Objektif Kajian 2 3. Latar belakang atau lokasi kajian 6 4. Kaedah Kajian 7 5. Dapatan Kajian dan Perbincangan (a) Susunan dan kekemasan laporan 10 (b) Kecukupan, ketepatan dan kesesuaian maklumat 15 (c) Analisis dan pentafsiran 15 (d) Gaya dan bahasa 5 6. Penutup rumusan kajian dan cadangan 10 7. Rujukan 3 8. Lampiran 3 9. Pembentangan (a) Kerelevanan 2 (b) Soal jawab 2 (c) Kebahasaan 2 (d) Kreativiti 2 (e) Keterampilan 2 10. Kemahiran Manipulatif 5 11. Kemahiran Insaniah 6 Jumlah Markah 100 Markah Guru Markah Penyelaras PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa: Tandatangan Penyelaras: Nama : Nama :. No. Kad Pengenalan : Tarikh :.. No. Telefon (sekolah) : No. Kad Pengenalan :. Tarikh : No. Telefon (sekolah) :. Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan. 19 TERHAD