BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA PENUTUP. Dalam bab ini, pengkaji merumuskan hasil keseluruhan kajian dan saranan-saranan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

No.K.P./ Passport LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA SEKTOR AWAM (JUSA) Tahun

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUN 2017 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (EIO) & JURUTEKNIK KOMPUTER (TSO) PERINGATAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

Pengurusan dan Pembuatan Keputusan FEM 3201

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA J A W A T A N K O S O N G

MODUL 1.5: KEMAHIRAN MEMOTIVASI DAN MENGGERAKKAN WARGA SEKOLAH

Keupayaan menjanarasa hala tuju dan keyakinan dalam kalangan pengikutnya. mempengaruhi pengikut kearah mencapai matlamat.

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 1 PENDAHULUAN Pengenalan

Merealisasikan Gelombang 2

EX 2123 ( K10 ) EEEX

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA BAHAGIAN UKUR BAHAN DAN PENGURUSAN KONTRAK LAPORAN PENUH CABARAN INOVASI JPS 2011 SISTEM UNIT TENDER

BAB I PENGENALAN 1.0 PENGENALAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

KEPEMIMPINAN DISTRIBUTIF AHMAD KHAIRI BIN PAIMIN SIPARTNER+ PEJABAT PENDIDIKAN PONTIAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TAJUK PROJEK: TEKNIK DAN PROSEDUR PEMBUATAN BERSANDAR UNTUK PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN DALAM INDUSTRI PEMBUATAN MALAYSIA

Visi. Menjadi pusat rujukan dan peneraju pembangunan modal insan koperasi yang unggul. Misi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM MASALAH PENGLIHATAN

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

GARIS PANDUAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Anugerah Kepimpinan Inovatif UKM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

1.0 LATAR BELAKANG 2.0 TUJUAN

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

KOM 3364: KOMUNIKASI KEPEMIMPINAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

DASAR DAN PRINSIP JAMINAN KUALITI PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

Model Pengurusan Strategik

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Katakunci : pengurusan konflik, peserta program khas pensiswazahan, guru besar

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

KAJIAN TINDAKAN KEPENTINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKDARY SEBAGAI TEMPAT DAN SUMBER PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG KONDUSIF

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

FAKTOR-FAKTOR ORGANISASI YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN LATIHAN KELOMPOK: SATU KAJIAN DI REJIMEN ARMOR BAB 1 PENDAHULUAN

DISEDIAKAN OLEH: WAN HANIM NADRAH BINTI WAN MUDA FPTV BAB 1 TUGAS PENYELIA

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

Transkripsi:

1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Jatuh bangun dan maju mundurnya sesebuah sekolah bergantung penuh kepada komitmen dan kesungguhan Guru Besar dan guru-guru dalam menjalankan tugas mereka di sekolah. Ini adalah kerana semua tindakan dan kerjabuat serta aktiviti yang berlaku di sekolah dicetuskan oleh Guru Besar dan ianya digerakkan oleh para guru. Guru Besar tidak mampu menjalankan sebarang aktiviti atau program bersendirian tanpa penyertaan para guru. Komitmen guru-guru terhadap tugas yang diamanahkan kepada mereka adalah bermula dengan keselesaan dan keseronokan mereka bekerja. Semua tindakan mereka ini berpunca daripada beberapa faktor yang membuatkan wujudnya suasana dan persekitaran kerja mereka di sekolah termasuklah gaya kepimpinan pengurus sekolah (Guru Besar). Sesungguhnya tiada siapa yang dapat menafikan tentang peri pentingnya peranan guru besar terhadap kejayaan sesebuah sekolah, kecuali orang berkenaan mempunyai sikap prejudis terhadap individu yang menjadi guru besar. Fred Hechinger, Presiden New York Times, pernah menulis laporan tentang pentingnya peranan guru besar ke atas kejayaan dan kejatuhan sekolah; Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh guru besar yang lemah, atau sekolah yang mundur ditadbir oleh guru besar yang cekap. Saya

2 pernah melihat sekolah-sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan yang menyedihkan, ada sekolah-sekolah yang maju merosot dengan mendadak. Dalam setiap kes, jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti guru besarnya (Davis & Thomas 1989: 17). Sekolah yang merupakan sebuah institusi pendidikan formal mempunyai struktur organisasi yang diterajui oleh Guru Besar sebagai peneraju utama kepimpinan di peringkat sekolah. Sebagai peneraju, individu ini akan menentukan jatuh bangunnya sesebuah sekolah sekaligus memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju kejayaan sesebuah sekolah. Dalam usaha kita mengorak langkah dan melaksanakan berbagai-bagai cara untuk memajukan pendidikan Negara, pemimpin pendidikan terutamanya Pengetua ataupun Guru Besar perlu menyediakan set minda dan panduan yang baru untuk bertindak memecahkan kebuntuan dan pergantungan yang boleh mengekang usaha perubahan serta pembaharuan di sekolah pada abad ke 21 ini (Fullan, 2000). Kepimpinan seiring dengan kepesatan teknologi maklumat, sekolah Bestari, sekolah berkesan, sasaran 60% pelajar aliran sains dan usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia. Kepimpinan pendidikan sangat penting untuk membawa organisasinya mencapai matlamat. Imej pendidikan ditentukan oleh imej sekolah dan imej kepemimpinannya. Gaya kepimpinan seseorang amatlah penting dan mampu mempengaruhi organisasi yang akan dipimpin. Kepimpinan merupakan elemen penting bagi sesebuah organisasi yang akan dipimpin. Kepimpinan sekolah (Pengetua/Guru Besar) adalah diharapkan dapat memenuhi tanggungjawab sosial hasil daripada peranan dan tanggungjawab peminpin sekolah (Sergiovanni, 1984). Menurut Druker (1984), keberkesanan sebuah organisasi adalah berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang eksekutif apabila dilihat dalam konteks pendidikan di

3 sekolah dan keberkesanannya adalah tanggungjawab pemimpin dan warga sekolah umumnya. Ini jelas membuktikan betapa tanggungjawab seseorang pemimpin tersebut amat mempengaruhi tugasnya. Dalam konteks ini, pemimpin sekolah menjalankan tugas dan peranannya dalam membuat keputusan, mengarah, memantau atau mempengaruhi staf atau kakitangan melalui kepakaran teknikal, kemanusiaan dan pendidikan (Caldwell dan Spinks, 1992). Justeru itu pemimpin sekolah perlu memahami keperluan dan kepuasan kerja guru supaya suasana yang menimbulkan minat dan dedikasi dalam menjalankan tugas dapat terus diwujudkan. Menurut Bardford (1981), pemimpin yang kurang berkebolehan memimpin akan membawa kepada ketidakpuasan kerja di kalangan guru. Pengaruh pemimpin menentukan darjah keberkesanan rancangan, keputusan dan tindakan strategi. Tindakan seseorang pemimpin bukan hanya akan mempengaruhi organisasi yang dipimpinnya malah dari segi kepuasan kerja di kalangan kakitangan khususnya guru-guru yang di bawah kawalannya juga perlu dititikberatkan kerana ianya melibatkan kredibiliti seseorang. Dengan demikian, kepuasan kerja guru harus diberikan perhatian dan keutamaan kerana mereka merupakan tenaga penggerak kepada seluruh aktiviti sekolah dan jumlah mereka yang ramai boleh mempengaruhi keberkesanan sekolah. Tanpa usaha gigih dan komitmen mereka, prestasi sekolah akan terjejas. Di sekolah, kepuasan guru penting untuk membolehkan mereka menjalankan tugas utama mereka mengajar dengan bersungguh-sungguh kepada para pelajar demi kemajuan sekolah secara amnya. Profesion perguruan adalah satu kerjaya yang memerlukan komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam usaha melahirkan modal insan yang berguna kepada masyarakat dan negara. Proses mendidik yang dilakukan oleh para guru adalah satu proses yang berterusan dijalankan dalam semua peringkat umur bermula peringkat rendah, menengah dan tinggi. Institusi pendidikan di semua peringkat memainkan peranan di peringkat masing-masing bagi melahirkan modal insan yang yang berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.

4 1.2 Latar belakang masalah Saban tahun bila berlakunya pertukaran guru, sering kedengaran guru-guru tidak sanggup untuk bertukar atau berpindah ke sekolah baru walaupun telah lama berada di sekolah tersebut. Mereka terlalu berat untuk meninggalkan sekolah lama bagi memulakan tugas di sekolah baru. Ini tentunya terdapat sesuatu yang istimewa dan menyeronokkan bila berada disitu yang membuatkan beliau berasa selesa dan tidak terancam oleh mana-mana pihak. Namun begitu, juga terdapat pula sebilangan guru yang mohon untuk bertukar ke sekolah lain walaupun baru berada di sekolah tersebut. Ini mungkin berkait dengan keselesaan dan kepuasan bekerja di sesuatu tempat. Seringkali kita mendengar kejayaan sesebuah organisasi dikaitkan dengan kecekapan dan kredibiliti gaya kepimpinannya. Namun begitu, komitmen dan kegigihan orang bawahan akan menetukan kejayaan organisasi tersebut. Timbul persoalan, adakah pemimpin yang berjaya itu ialah seorang pemimpin yang dapat mengekspoitasi para pekerjanya agar sentiasa mempunyai perasaan puas dan selesa semasa bekerja? 1.3 Pernyataan Masalah Berdasarkan latar belakang masalah di atas dan menyedari hakikat bahawa persoalan kepimpinan dan kepuasan kerja merupakan persoalan penting dan perlu dilihat daripada konsep tanggungjawab bersama yang mempunyai implikasi besar kepada kejayaan organisasi, sekaligus memberi kesan kepada masa depan negara. Justeru itu kajian ini dibuat untuk melihat tahap kepuasan bekerja di kalangan guru

5 yang berkait rapat dengan gaya kepimpinan Guru Besar di sekolah dalam Daerah Besut, Terengganu. Walaupun terdapat banyak faktor yang menetukan keselesaan dan kepuasan guru di sekolah, namun kajian ini hanya menfokuskan kepada gaya kepimpinan Guru Besar. Kajian ini dibuat bagi melihat tahap kepuasan kerja guru berkait rapat dengan faktor gaya kepimpinan Guru Besar dan gaya kepimpinan bagaimanakah yang disukai oleh guru-guru bagi mewujudkan kepuasan kerja mereka di sekolah. 1.4 Objektif Kajian khusus. Objektif kajian dibahagikan kepada dua iaitu objektif umum dan objektif 1.4.1 Objektif Umum Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaitan tahap kepuasan kerja guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar di sekolah rendah terpilih di daerah Besut, Terengganu.

6 1.4.2 Objektif Khusus a) Mengenalpasti gaya kepimpinan Guru Besar sebagai pengurus sekolah yang disukai oleh para guru di Daerah Besut, Terengganu. b) Untuk mengenalpasti hubungan kepuasan kerja guru dengan gaya kepimpinan Guru Besar. 1.5 Persoalan Kajian a) Apakah gaya kepimpinan Guru Besar yang disukai oleh para guru di Daerah Besut, Terengganu? b) Adakah hubungan kepuasan kerja guru dengan gaya kepimpinan Guru Besar di Daerah Besut, Terengganu?