Reka Bentuk Visual PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

dokumen-dokumen yang mirip
PENYEDIAAN BAHAN PAMERAN. CARTA atau BUKU SKRAP

Reka Bentuk Visual (6 jam + 8 jam)

Topik 5: Asas Grafik. Pensyarah: Dr. Sajap Maswan Jabatan Teknologi Pendidikan Institut Perguruan Tuanku Bainun

Apakah itu keindahan dalam seni visual?

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

SULIT Manakah antara penyataan berikut benar tentang kontra? A Warna sewarna. B Warna panas. C Warna penggenap. D Warna sejuk.

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

ASAS GRAFIK TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Ahli kumpulan: 1. Mohd Mustaqim 2. Dalila Diyana 3. Nornadiah 4. Nur Asyiqin 5.

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

Grafik merupakan sumber untuk membantu pembinaan media pembelajaran yang berkesan.

Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang).

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Visual Bukan Tayang (non projected visual)

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

BAHAGIAN A [60 markah]

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

SMJK HENG EE, PULAU PINANG PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Model Pengurusan Strategik

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

TAJUK 5: TEKNIK-TEKNIK MENINGKATKAN INGATAN. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN LUKISAN ORTOGRAFIK

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

SMJK HENG EE, PULAU PINANG PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN SATU

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

PENGGUNAAN BAHAN 2D & 3D

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Pelajaran 7. Dinamik Bendalir. Setelah selesai mempelajari Pelajaran ini anda sepatutnya dapat

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 3 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (SEKOLAH KEBANGSAAN)

EDU 3105 OHP dan transparensi. Abdul Rahman bin Jamain Haziqah Najian bt Zakeria

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAJUK 6: KEMAHIRAN BELAJAR 1. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Mata Wang Malaysia MAKLUMAT AM. Mata Wang Malaysia. Program pendidikan pengguna oleh:

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Februari Julai

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL Kertas 3 Februari Julai

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Seni Visual (970) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

...2l- CMT315 - Grafk Komputer & Perkomputeran Visual UNNERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Kursus Semasa Cuti Panjang Sidang A kadd 2004/2005

TEORI SEGITIGA SEMIOTIK

LAMPIRAN H. Nama pelajar. Tajuk Kajian. Guru Pembimbing

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 6 (KSSR)

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

KESTABILAN CERUN (ANALISIS TEGASAN JUMLAH)

Transkripsi:

Topik 4 Reka Bentuk Visual HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan kepentingan visual dalam pengajaran; 2. Membezakan antara prinsip dengan elemen reka bentuk visual; 3. Memberitahu kepentingan setiap elemen dan prinsip reka bentuk visual; 4. Menyatakan komponen dan fungsi warna; 5. Menghuraikan keluarga huruf dan faktor pemilihan huruf; dan 6. Menghasilkan komposisi visual yang menggabungkan elemen dan prinsip visual dengan baik. PENGENALAN Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Justeru, peranan visual dalam pembelajaran adalah amat penting. Namun, sebahagian besar daripada kejayaan kerana bahan visual, adalah berdasarkan kualiti yang ada pada visual tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik yang digunakan. Dalam topik ini, terdapat perbincangan tentang objektif penggunaan visual dalam pengajaran, elemen dan prinsip reka bentuk visual.

62 TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL 4.1 KONSEP DAN FUNGSI VISUAL Visual boleh didapati dalam tiga bentuk, iaitu fotografik, elektronik dan grafik. Fotografik dan video (sebagai satu contoh bahan elektronik), menyediakan ilustrasi melalui gambar, sejenis visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar. Bahan grafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik dan ia terdiri daripada dua kategori visual seperti dalam Rajah 4.1. Rajah 4.1: Kategori Visual (a) (b) Visual Analogik Menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu simbol yang dianggap dapat mewakili konsep tersebut. Sebagai contoh, sebuah kartun dilukis bagi mewakili peristiwa sel darah putih menyerang bakteria. Di sini, setiap karektor kartun dilukis menyamai konsep asal. Visual Organisasi Merangkumi carta aliran graf, peta, carta kategori dan sebagainya. Ketiga-tiga bentuk visual yang disebutkan boleh berdiri sendirian atau secara kombinasi. Seperti yang dinyatakan tadi, visual mempunyai fungsi yang amat penting dalam komunikasi. Namun, fungsi ini hanya berperanan jika visual itu mempunyai ciri-ciri berikut: (a) Mudah, jelas dibaca dan difahami; (b) Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah. Jika terlalu senang, pelajar mungkin tidak meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar, pelajar akan rasa kecewa dan bosan;

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL 63 (c) (d) Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual; dan Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual. Bagaimanakah semua ciri ini dapat dipenuhi? Jawapannya ialah dengan mempelajari reka bentuk visual. Reka bentuk visual boleh disamakan dengan alam ini sendiri. Apabila kita mendongak ke langit, kelihatan awan bergumpal di dada langit dalam pelbagai bentuk dan ini cukup cantik dan menawan. Kadangkala, dada langit itu dihiasi dengan kapal terbang yang melintasi udara dan diikuti di belakangnya garis-garis awan putih. Ia kelihatan sebagai satu reka bentuk yang cukup harmonis. Begitu juga jika kita ke sawah padi atau ke pantai. Semuanya mempunyai susunan tersendiri yang menjadikan kita mengenalinya sebagai pantai atau sawah padi. Pendek kata, semuanya memberi makna pada orang yang ingin berfikir. Malah, jika alam ini diperhatikan, ia menerbitkan apa yang dipanggil visual alam. Andainya visual alam ini dihayati, tidak sukar untuk kita menghasilkan bahan visual yang berkualiti. SEMAK KENDIRI 4.1 Bolehkah anda berikan contoh-contoh reka bentuk visual semula jadi yang terdapat di sekeliling anda? 4.2 ELEMEN REKA BENTUK VISUAL Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual; sama seperti rumah yang dibentuk daripada bahanbahan asas seperti kayu, simen, paku dan sebagainya. Rajah 4.2 menunjukkan 5 elemen grafik:

64 TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL Rajah 4.2: Elemen-elemen grafik 4.2.1 Ruang Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola. Tanpa satu ruang, sesuatu visual tidak boleh dihasilkan. Ruang perlu digunakan dengan saksama supaya reka bentuk menarik dipandang. Ruang terbahagi kepada dua jenis: Ruang Positif Ruang yang digunakan. Ruang Negatif Ruang yang kosong. Ruang positif boleh dibina dengan menggunakan garis, bentuk, tekstur dan warna. Namun, jika ruang dipenuhi hanya dengan ruang positif, komposisi visual yang dihasilkan akan kelihatan semak. Sebaliknya, jika terlalu sedikit digunakan atau terlalu banyak ruang negatif, visual yang dihasilkan kelihatan kosong dan tidak bermaya. Ini bermakna, ruang perlu digunakan secara seimbang antara positif dan negatif agar sesuatu komposisi visual kelihatan cantik dan menarik.

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL 65 Ruang positif boleh dibina dengan menggunakan garis, bentuk, tekstur dan warna. Namun, jika ruang dipenuhi hanya dengan ruang positif, komposisi visual yang dihasilkan akan kelihatan semak. Sebaliknya, jika terlalu sedikit digunakan atau terlalu banyak ruang negatif, visual yang dihasilkan kelihatan kosong dan tidak bermaya. Ini bermakna, ruang perlu digunakan secara seimbang antara positif dan negatif agar sesuatu komposisi visual kelihatan cantik dan menarik. 4.2.2 Garisan Garis adalah satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak. Tanpanya tidak akan wujud gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain lagi. Ia boleh didapati dalam bentuk dua dimensi dan tiga dimensi. Garis dua dimensi adalah seperti lakaran pensil, manakala garis tiga dimensi, adalah seperti tali. Fungsi garis ialah: (a) Menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran, seperti aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain.

66 TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL (b) Menunjukkan suasana aman atau ganas seperti letupan. (c) Menunjukkan kemegahan dan kekuatan. (d) Menunjukkan kekusutan. (e) Melukis objek atau benda.

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL 67 (f) Menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain. 4.2.3 Permukaan Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur. Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya. Jika anda membuat garisan di permukaan papan hijau dan di papan putih, perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas. Garis, warna dan tekstur yang berbeza memberi kesan yang tertentu ke atas permukaan. Kesemuanya perlu disatukan dengan wajar supaya permukaan kelihatan menarik. 4.2.4 Bentuk Dua Dimensi Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas. Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi: Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas. Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi: (a) Bentuk geometri. (b) Bentuk abstrak.

68 TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL (c) Bentuk gambaran. 4.2.5 Bentuk Tiga Dimensi Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Bentuk ini boleh didapati dalam dua kategori, iaitu bentuk tiga dimensi sebenar dan bentuk tiga dimensi tiruan. Bentuk tiga dimensi tiruan pula adalah bentuk dua dimensi yang kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal seperti gambar foto dan lukisan yang diberi bayang (shade). Contohnya, seperti lukisan di bawah ini yang menggunakan bayang untuk menunjukkan dimensi ketebalan. LATIHAN 4.1 Apakah kelebihan bentuk tiga dimensi?

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL 69 4.3 PRINSIP REKA BENTUK VISUAL Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat memandu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Prinsip visual dibincangkan dalam pelbagai cara, khususnya dari sudut istilah yang digunakan. Namun, intipatinya tidak jauh berbeza. Bagi modul ini, enam prinsip grafik akan dibincangkan iaitu: (a) Simplisiti; (b) Dominan; (c) Pola; (d) Seimbang; (e) Variasi; dan (f) Harmoni. 4.3.1 Simplisiti Tulisan yang ditulis seperti ukiran kerawang memang cantik dipandang. Akan tetapi, jika tujuan ukiran adalah supaya mesej mudah dibaca dan difahami, tulisan ini tidak sesuai digunakan kerana ia sukar dibaca. Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Gambar di bawah menunjukkan konsep ini.

70 TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL 4.3.2 Dominan Dominan boleh disama ertikan dengan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama (key elements) mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya oleh penonton/pembaca dengan mudah. Item utama ini mestilah menguasai item-item lain yang menyokongnya. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan. Antaranya ialah: (a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third). Peraturan Satu Pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring (scan) sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain. Rajah 4.3 berikut menunjukkan perkara ini. Rajah 4.3: Peraturan satu pertiga (Rule of Third) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Warna dan bentuk yang kontras. Saiz yang lebih besar. Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama. Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama. Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas. Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL 71 Contoh konsep dominan dapat dilihat dalam gambar di bawah ini: Sumber: http://www.fhwa.dot.gov/environment/visql/pg31img61.jpg LATIHAN 4.2 Berdasarkan gambar di atas, apakah cara yang digunakan untuk menonjolkan item utama (dominan)? 4.3.3 Pola Pola atau corak berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat: (a) Menarik penglihatan mata ke arah item yang utama; (b) Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul; dan (c) Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai kepada titik akhir. Secara ringkas, pola bermakna penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan mengekalkan perhatian penonton/pembaca serta memandu penonton/pembaca melihat maksud yang terkandung dalam visual. Gambar di bawah menggunakan garis-garis bayangan pokok untuk menarik mata meninjau jauh ke dalam gambar.

72 TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL Terdapat beberapa jenis pola yang boleh digunakan dalam rekaan visual, iaitu: (a) Pola mengikut bentuk geometri, seperti bulat, tiga segi dan lain-lain. (b) Pola mengikut huruf, seperti C, T, Z dll. Perlu diingatkan bahawa bukan hanya ilustrasi atau gambar rajah yang harus disusun; huruf dan perkataan juga perlu disusun kerana ia adalah sebahagian daripada pola. 4.3.4 Seimbang Setiap benda dalam dunia ini perlu seimbang. Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual; ia juga perlu seimbang, jika tidak ia juga akan turut tumbang, iaitu rekaannya nampak janggal dan tidak menarik. Justeru, elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk, tidak kira sama ada antara bahagian kiri dengan kanan ataupun atas dengan bawah. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang. Terdapat dua jenis seimbang: (a) Seimbang formal Bermakna pembahagian yang sama bahagi (bisymmetrical) antara dua bahagian visual; sama ada bahagian kiri dengan kanan atau bahagian atas dengan bawah. Jika digambarkan, ia bagaikan satu jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis dan beratnya di kedua-dua belah

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL 73 papan jongkang-jongkit ini. Satu contoh seimbang formal adalah seperti berikut: Seimbang formal mudah dicapai, kesannya masih menarik walaupun agak kurang dinamik jika dibandingkan dengan seimbang tidak formal. (b) Seimbang tidak formal Bermakna pembahagian yang tidak sama rata (asymmetrical) antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan visual. Jika digambarkan, ia bagaikan satu jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi bebanan yang ada di kiri kanan papan jongkang-jongkit, bukan daripada jenis atau bahan yang sama, cuma beratnya sahaja. Contohnya seimbang tidak formal adalah seperti berikut: Dalam rekaan visual, kita tidak boleh menyukat berat menggunakan timbangan. Dalam hal ini, penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan. Sebagai panduan, elak meletakkan objek yang gelap di atas objek yang cerah atau objek yang besar di atas objek yang kecil. Objek yang gelap lebih berat daripada objek yang cerah. Begitu juga objek yang lebih besar lebih berat daripada objek yang kecil. Ringkasnya, hukum graviti perlu diaplikasikan di sini.

74 TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL 4.3.5 Variasi Elemen-elemen yang digunakan dalam sesuatu komposisi seharusnya menimbulkan perasaan seolah-olah visual itu hidup dan bergerak. Tentulah membosankan kalau sesuatu elemen itu digunakan berulang kali. Kita perlu pelbagaikan elemen-elemen yang digunakan supaya ia dapat memberi kesegaran dan menimbulkan minat. Tegasnya, variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual, seperti dalam Rajah 4.4 berikut. Rajah 4.4: Contoh variasi Konsep variasi boleh dilihat dalam gambar-gambar berikut:

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL 75 4.3.6 Harmoni Suasana harmoni memang mententeramkan hati dan perasaan. Bayangkan ketika berada di pantai pada waktu senja. Warna langit yang jingga begitu harmonis dengan deruan ombak dan lambaian lembut daun kelapa. Kesemuanya bagaikan bersatu menyambut senja yang datang. Begitulah halnya dengan rekaan grafik. Kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca mengikuti perkembangan keseluruhan visual. Justeru harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej. Gambar di bawah menunjukkan konsep harmoni melalui cara pengulangan bentuk, warna dan huruf. Kita dapat mengaitkan hubungan gambar tersebut melalui kajian warna dan huruf yang diletakkan untuk sesuatu bentuk. Sumber: http://sadbirddesign.com/blog/wp-content Untuk memahami seluruh prinsip ini, anda perlu membiasakan penglihatan dengan rekaan yang ada di sekitar anda. Aktiviti ini adalah latihan yang asas ke arah pembinaan visual yang baik. AKTIVITI 4.1 Pilih beberapa keping gambar atau rekaan visual kesukaan anda. Kaji prinsip grafik yang digunakan dan mengapa ia digunakan.

76 TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL LATIHAN 4.3 Pilih daripada senarai berikut, jelaskan yang manakah elemen dan prinsip grafik. (a) Bentuk abstrak: (b) Keseimbangan: (c) Harmoni: (d) Garis: (a) Pola: 4.4 WARNA Warna adalah salah satu elemen visual. Bagaimanapun, warna biasanya dibincangkan secara berasingan kerana tajuk ini mempunyai skop yang luas. Warna akan mencorakkan paras rupa sesuatu permukaan yang digunakan. Andainya warna yang digunakan sesuai, ia dapat menonjolkan mesej yang hendak disampaikan. Sebaliknya, jika warna digunakan secara sebarangan, ia hanya membawa kepada kekeliruan. Berdasarkan pemerhatian rawak, kebanyakan guru masih lemah dalam pemilihan warna dan ini menyebabkan visual yang dihasilkan tidak cukup berkesan untuk menyampaikan mesej dan menarik perhatian pelajar. Warna terbahagi kepada dua kumpulan yang besar iaitu kromatik dan akromatik. Warna kromatik mengandungi tiga sifat iaitu hiu, valiu dan kroma dan ia kadang kala digelar warna natural, seperti kelabu, hitam dan putih. Rajah 4.4 menunjukkan 2 bahagian warna dan sifat-sifatnya.

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL 77 Rajah 4.5: Bahagian warna dan sifat-sifatnya (a) (b) (c) (d) Hiu (hue) digunakan untuk menjelaskan warna yang khusus seperti merah, biru dan sebagainya. Valiu pula menjelaskan sejauh mana gelap atau cerahnya sesuatu warna itu kelihatan. Warna putih adalah warna yang paling cerah. Ini bermakna, warna putih mempunyai sifat valiu yang tertinggi dalam semua warna. Warna kuning pula adalah warna yang paling cerah dalam kumpulan warna kromatik. Kroma (chroma atau intensity) digunakan untuk menjelaskan intensiti atau kekuatan sesuatu warna. Misalnya, warna merah cerah adalah lebih kuat merahnya daripada merah pucat. Semakin banyak bahan asing dicampurkan dalam sesuatu pigmen warna, semakin berkurangan intensiti warna tersebut. Pigmen adalah bahan yang memberi warna kepada sesuatu objek. Pigmen warna terdiri daripada empat jenis, iaitu: (i) Warna Utama Warna utama ialah warna asas. Ia tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna-warna lain. Warna tersebut ialah biru, kuning dan merah.

78 TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL (ii) Warna Sekunder Warna sekunder diperolehi daripada campuran dua warna utama iaitu: Biru + Kuning = Hijau Merah + Biru = Ungu Kuning + Merah = Jingga (iii) Warna Pertengahan Warna pertengahan ialah campuran warna sekunder dengan warna utama yang terletak bersebelahannya. Warna ini dinamakan menurut warna ibu bapanya seperti biru ungu, kuning hijau dan lain-lain. (iv) Warna Tertiar Warna ini dihasilkan dengan mencampurkan dua warna sekunder. Contohnya, campuran warna oren dan ungu menghasilkan warna merah kecoklatan yang digelar oleh sebahagian pereka sebagai russet. Warna ini lebih lembut dan cantik. Kelainannya dapat menghilangkan kebosanan, terutamanya apabila warna utama dan sekunder yang tepu digunakan secara berterusan. 4.4.1 Pemilihan Warna Warna dipilih berdasarkan fungsinya. Terdapat empat fungsi warna, iaitu untuk: (a) Membuat Penegasan dan Mewujudkan Tumpuan Bagi menjayakan fungsi ini, warna-warna yang digunakan haruslah dapat menegaskan sesuatu elemen supaya perhatian penonton dapat ditumpukan ke arahnya. Penegasan dapat dicapai dengan menggunakan warna yang berbeza. Misalnya, jika sesuatu elemen yang berwarna terang hendak ditonjolkan, maka warna latar belakangnya mestilah pudar atau malap. Selalunya, warna utama digunakan dalam membuat penegasan. Bagaimanapun, warna sekunder seperti hijau dan jingga juga boleh digunakan. Penggunaan warna yang kontras antara latar belakang dengan subjek juga dapat menimbulkan kesan penegasan. Warna kontras juga dikenali sebagai warna penggenap. Warna-warna tersebut terletak bertentangan di atas roda warna seperti warna merah dan hijau atau warna biru dan kuning.

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL 79 Sila lihat Jadual 4.1 yang menunjukkan pemilihan warna bagi latar belakang dan latar depan. Jadual 4.1: Pemilihan warna bagi Latar Belakang dan Latar Depan Latar Belakang Latar Depan, Imej dan Teks Highlights Putih Biru gelap Merah, oren Kelabu cerah Biru, hijau, hitam Merah Biru muda Biru gelap, hijau gelap Merah, oren Kuning muda Ungu, coklat Merah (b) Memudahkan Sesuatu Item Dilihat Warna ungu adalah warna yang paling kurang jelas dilihat daripada warna-warna lain atau warna yang paling rendah nilainya. Warna kuning pula adalah paling terang dan jelas kelihatan. Perbandingan warna-warna lain dengan warna ungu adalah seperti dalam Jadual 4.2: Jadual 4.2: Perbandingan Warna-warna Lain dengan Warna Ungu Kuning Oren Hijau Merah Biru 12 kali lebih jelas daripada ungu 9 kali lebih jelas daripada ungu 7 kali lebih jelas daripada ungu 5 kali lebih jelas daripada ungu 3 kali lebih jelas daripada ungu Tindihan warna juga turut dapat menjelaskan sesuatu item. Tindihan warna terbahagi dua iaitu: Rajah 4.6: Kategori tindihan warna

80 TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL (i) (ii) Tindihan positif dihasilkan apabila warna subjek yang terang diletakkan di atas latar yang berwarna kontras dengannya seperti, putih di atas hitam, kuning di atas ungu dan merah di atas hijau. Tindihan positif biasanya lebih banyak digunakan dan ia kelihatan lebih jelas. Tindihan negatif menggunakan warna kontras yang lemah dan menghasilkan gabungan warna yang kelihatan sama. Ini disebabkan tidak banyak perbezaan di antara warna. Contohnya warna putih di atas kuning, warna coklat di atas merah. (c) Mewujudkan Perasaan Harmoni Ini dapat dilakukan dengan menggunakan warna-warna analogus, iaitu warna-warna yang terletak berhampiran dalam roda warna seperti warna kuning, kuning hijau, hijau atau warna merah, merah ungu dan ungu. Penggunaan gabungan warna ini menimbulkan perasaan selesa dan tenteram. Bagi menentukan warna latar sesuatu visual, terlebih dahulu tentukan warna yang paling dominan dalam visual tersebut. Kemudian, pilihlah warna yang terletak bersebelahan warna tersebut di roda warna bagi dijadikan warna latar. AKTIVITI 4.2 Cuba gunakan warna-warna analogus untuk membingkaikan sesuatu gambar dan lihat kesannya. (d) Melahirkan Kesan Tertentu Selain daripada pembahagian warna yang telah diterangkan tadi, warna juga dibahagikan berdasarkan kesannya. Terdapat tiga kategori warna dalam bahagian ini seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.7. Rajah 4.7: Kategori warna

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL 81 (i) (ii) (iii) Warna Panas Warna panas terdiri daripada warna merah, jingga dan kuning. Warna-warna ini digolongkan sebagai warna panas kerana ia dikaitkan dengan matahari dan api. Warna-warna panas ini menimbulkan kesan kedekatan, kegarangan dan kekuatan. Ia seringkali digunakan dalam karya yang bertemakan perayaan atau kemeriahan. Warna Sejuk Warna sejuk terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan hijau. Warna-warna ini dikaitkan dengan warna langit, tumbuhan, laut dan air. Warna sejuk yang dikaitkan dengan alam mewujudkan suasana kelembutan, kedamaian dan kesayuan. Warna Psikologi Terdapat satu kumpulan warna lagi, iaitu warna psikologi. Warna juga dipengaruhi oleh budaya masyarakat setempat. Misalnya, Tahun Baru Cina biasanya digambarkan dalam warna merah. Dalam konteks ini, pereka perlulah sensitif dengan maksud warna tersebut supaya ciptaannya tidak menimbulkan kegelisahan dan syak wasangka. Terdapat juga warna yang maksudnya telah diterima secara umum bagi sesuatu bidang pengetahuan. Misalnya, dalam bidang sains, warna biru melambangkan warna darah beroksigen, berbeza dengan bidang geografi, warna biru melambangkan sungai dan laut. LATIHAN 4.4 Apakah komposisi warna yang menghasilkan warna-warna tersebut? (a) Warna utama: (b) Warna sekunder: (c) Warna pertengahan: (d) Warna tertiar: 4.5 HURUF Setiap visual biasanya tidak hanya dipenuhi dengan gambar dan lukisan. Bagi memantapkan maksud, elemen verbal seperti perkataan dan ayat disatukan. Pakar dalam bidang ini berpendapat bahawa penggunaan tajuk, soalan dan lainlain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual.

82 TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL Selain itu, perkataan juga dapat menarik perhatian dan mengelakkan sesuatu visual disalahtafsir. Dalam penggunaan huruf, terdapat tujuh perkara yang perlu diberi pertimbangan, iaitu: (i) Stail huruf; (ii) Bilangan stail huruf; (iii) Huruf besar dan huruf kecil; (iv) Warna huruf; (v) Saiz huruf; (vi) Jarak antara huruf; dan (vii) Jarak antara baris. 4.5.1 Stail Huruf Terdapat beratus-ratus stail huruf (fonts) pada masa ini, namun kesemua stail huruf boleh dikelaskan kepada lima keluarga iaitu: (a) (b) (c) Huruf Roman Huruf roman mempunyai strok yang berselang seli antara strok nipis dan strok tebal. Ia mempunyai kaki (serif) atau garis kecil melintang di tapak huruf. Kebanyakan buku menggunakan huruf ini kerana sifatnya yang tebal dan nipis ini memudahkan pembacaan, walaupun dilihat secara sepintas lalu. Huruf Gotik Huruf gotik mempunyai strok yang sama seluruhnya dan tidak mempunyai serif. Huruf ini paling banyak digunakan dalam reka bentuk visual kerana sifatnya yang bold sesuai untuk pelbagai bentuk mesej. Ia juga digunakan dalam penerbitan buku. Huruf Sambung atau Cursive Huruf ini biasanya dikenali sebagai tulisan tangan kerana setiap hurufnya ditulis bersambung-sambung. Strok huruf ini pelbagai nipis, tebal, licin, kasar dan sebagainya. Oleh kerana huruf ini bersambung-sambung, ia tidak digunakan dengan banyak kerana ia akan menyukarkan pembacaan. Dengan penggunaan yang terhad, visual yang dihasilkan akan kelihatan cantik dan berseni lebih-lebih lagi jika ia disatukan dengan mesej yang berbentuk hiburan, perayaan dan sebagainya.

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL 83 (d) (e) Huruf Teks Huruf teks kelihatan antik dan cantik, tetapi ia sukar dibaca. Biasanya ia digunakan pada visual yang bertemakan cerita lama. Huruf Novelti Huruf ini digunakan untuk mendapatkan kesan yang berlainan daripada semua huruf di atas. Fungsinya yang utama ialah untuk menarik perhatian. Huruf ini digunakan dalam kadar yang paling sedikit seperti hanya satu atau dua huruf sahaja yang dilukis menyerupai tumbuhan, haiwan, awan larat dan sebagainya. Berikut adalah contoh huruf daripada setiap keluarga. AKTIVITI 4.3 Berdasarkan kefahaman anda, apakah kelebihan dan kelemahan setiap jenis huruf tersebut? Bincangkan. 4.5.2 Bilangan Stail Huruf Bagi memastikan visual yang dihasilkan kelihatan menarik, elak daripada menggunakan terlalu banyak stail huruf. Jangan melebihi tiga stail. Pastikan juga, stail huruf bersesuaian dengan mesej. 4.5.3 Huruf Besar dan Huruf Kecil Pastikan penggunaan huruf besar dan kecil yang wajar dalam reka bentuk anda. Biasanya, huruf besar digunakan pada tajuk. Sub-tajuk dan caption ditulis dalam huruf kecil. 4.5.4 Warna Huruf Warna huruf turut menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan. Justeru, pemilihan warna huruf perlu diberi perhatian serius. Pernah seorang

84 TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL pelajar menggunakan huruf berwarna hijau untuk tajuk, Aku terpenjara. Warna hijau yang menjadi simbol kesegaran dan kesuburan tentunya tidak sesuai dengan mood yang sedih dan merana. 4.5.5 Saiz Huruf Persoalan tentang berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan boleh dijawab berdasarkan satu prinsip yang mudah iaitu, huruf mesti boleh dibaca dalam satu jarak tertentu. Rajah 4.8 menunjukkan hubungan antara jarak dan saiz huruf. Bagaimanapun, formula ini adalah ukuran yang minimum bagi penglihatan yang normal. Andainya, kalangan penonton terdiri daripada orang tua dan mereka yang mempunyai masalah penglihatan, saiz huruf perlu dibesarkan. Perlu juga diingatkan agar tinggi huruf perlu diseimbangkan dengan ketebalan huruf agar ia kelihatan seimbang dan cantik. 4.5.6 Jarak antara Huruf Huruf perlu dijarakkan dalam keadaan yang seimbang; tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat. Namun, huruf tidak dijarakkan dengan menggunakan ukuran biasa seperti menggunakan unit inci, tetapi ia bergantung semata-mata kepada ketajaman penglihatan. Ertinya, huruf dijarakkan menurut keselesaan penglihatan. Rajah 4.8: Jarak dan saiz huruf Sebagai ukuran biasa, bagi penghasilan tranparensi, bilangan perkataan yang sesuai ialah enam bagi sebaris. Ini bermakna huruf perlu dijarakkan dengan elok untuk mendapatkan enam perkataan ini.

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL 85 AKTIVITI 4.4 Tahukah anda bahawa terdapat buku fiksyen dan bukan fiksyen yang dicetak dengan saiz huruf yang diperbesarkan? Cuba dapatkan sampelnya dan kaji kesan daripada penggunaan saiz huruf tersebut. 4.5.7 Jarak antara Baris Prinsip menjarakkan huruf antara baris dan antara huruf adalah sama. Baris yang terlalu rapat melahirkan rasa bagai dihimpit, manakala terlalu jarak menghilangkan rasa kepunyaan. Sebagai aturan biasa, bagi sekeping transparensi, bilangan baris dihadkan kepada enam baris sahaja. AKTIVITI 4.5 Pilih beberapa poster yang anda gemari. Kaji huruf yang digunakan dan cuba fikirkan mengapa huruf sedemikian digunakan. Topik ini telah membincangkan hampir kesemua aspek dalam reka bentuk visual. Dengan pengetahuan ini, anda dapat menghasilkan pelbagai jenis visual yang berkualiti serta memberi kesan yang mendalam kepada pelajar. Visual yang berkualiti ini akan turut menyemai nilai estetika di kalangan pelajar dan ini akan menimbulkan disiplin yang positif kepada mereka. Garis Ruang Visual Visual analogik Visual organisasi

86 TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL Visual memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi. Huraikan ciri-ciri yang boleh menghidupkan komunikasi. Prinsip visual berperanan menghasilkan sesuatu produk yang menarik dan berkesan. Huraikan tiga unsur penting dalam prinsip tersebut.