NOTA KULIAH MINGU Pengucap - ialah individu yang bertanggungjawab meluahkan isi bicaranya di khalayak

dokumen-dokumen yang mirip
Terdapat empat unsur yang membina sesuatu ucapan dan sekali gus membezakan pengucapan awam ini dari lain-lain aktiviti komunikasi.

Jenis-jenis Wacana Lisan

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

ASAS KOMUNIKASI DAN PENGUCAPAN AWAM

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

CIRI_CIRI PENGUCAPAN AWAM

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

ARAHAN: ( )

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

PJJ Unit 1: Definisi Krisis, Pengurusan Krisis, Pengurusan Krisis Organisasi

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

KOMUNIKASI BERKESAN & PERHUBUNGAN AWAM FAIRUZ MUCHTAR BAWAZE ER TIMBALAN PENDAFTAR FAKULTI SAINS

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

TEKNOLOGI AUDIO & DIGITAL PENGGUNAAN AUDIO DALAM APLIKASI MULTIMEDIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TINGKATAN 1

EARLY RECOVERY KLINIK C&C 1MALAYSIA SG BESI

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Emosi dan Perkembangan

Seterusnya? Memahami Kesedihan

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN FEM 3201

Model Pengurusan Strategik

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

PJJ Unit 1: Definisi Krisis, Pengurusan Krisis, Pengurusan Krisis Organisasi

Unit 5 Pendekatan Tematik

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

TAKLIMAT SISTEM PENILAIAN PRESTASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 2004

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

PENGURUSAN ADUAN BAGI PETUGAS BARISAN HADAPAN SEKTOR AWAM Oleh Bahagian Perhubungan Korporat Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SET3 SEMESTER TAJUK: LAPORAN AKHIR

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

TAJUK 5: TEKNIK-TEKNIK MENINGKATKAN INGATAN. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

Modal insan: membentuk keluarga berkesan. Sinopsis:

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR. Nordin Tahir, IPG Ipoh

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2 PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2

CHIA CHONG YANG A143398

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Teknik berkesan mendidik anak. Sinopsis:

KURSUS PENGURUSAN KAUNTER YANG EFEKTIF. 21 Mac 2018 Bilik Seminar Tongkat Ali Emas, IBS NOORIZAI MOHAMAD NOOR/ PUSAT JAMINAN KUALITI UPM

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

3.0 PENGENALAN : METODOLOGI PENYELIDIKAN. Penyelidikan ini bertujuan meneliti keupayaan pelajar Melayu mentranskripsikan dan

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Laporan Komunikasi Efektif (LMCK1331 Set86) Nama : Ooi Kah Yen No. Matrik : A Tajuk Drama : Akulah Tanggang Peranan dalam drama : Watak Susan

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

Belajar daripada pengalaman orang lain... Disediakan oleh;

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

Transkripsi:

Pengucapan Awam Pidato umum atau berucap di khalayak adalah merupakan satu kemahiran yang boleh dipelajari. Ramai orang menganggap kebolehan ini sebagai satu keistimewaan warisan yang diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya dalam sesebuah keluarga. Kajian-kajian yang dijalankan di negara Barat dan pemerhatian yang dibuat di tanah air kita sendiri membuktikan bahawa tanggapan begini adalah tidak tepat. Sebaliknya kemahiran berucap boleh dipupuk dan diasah melalui proses pemelajaran, pendedahan dan amalan dengan panduan dan bimbingan dari pengucap-pengucap yang terlatih dalam bidang ini. Ringkasnya, setiap individu yang normal boleh menjadi seorang pengucap yang berkesan sekiranya diberi peluang mengenali kemahiran tersebut secara lebih terperinci dan sistematik. Dalam bahagian ini, bertujuan untuk memperkenalkan para pelajar kepada teknik-teknik berucap dan adalah diharapkan ianya mampu dimanfaatkan sebagai garis panduan ke arah pembentukan seorang pengucap yang berjaya. Perlu diingatkan bahawa nota-nota begini serta prinsip-prinsip dan teori-teori lainnya sama ada yang berbentuk deskriptif atau preskriptif tidak sama sekali dapat menggantikan latihan-latihan berbentuk amali. Sebaliknya pengetahuan teori ini harus berjalan seiringan dengan latihan amali berucap dalam berbagai situasi bagi tujuan pembentukan pengucap berkesan seperti yang dinyatatakan tadi. Unsur-unsur ucapan Terdapat empat unsur yang membina sesuatu ucapan dan sekali gus membezakan pengucapan awam ini dari lain-lain aktiviti komunikasi. 1. Pengucap - ialah individu yang bertanggungjawab meluahkan isi bicaranya di khalayak dengan tujuan tertentu. 2. Ucapan - ialah kandungan isi bicara yang diluahkan. 3. Khalayak / audiens - ialah sekumpulan manusia yang mendengar bicara dan seterusnya bertindakbalas terhadap bicara tersebut. Bilangan ahli kumpulan ini boleh jadi dua puluh atau lebih. Golongan inilah yang merupakan sasaran ucapan pengucap. Dengan lain perkataan, isi bicara si pengucap sebenarnya dicipta khas untuk mereka. 4. Situasi - iaitu keadaan dalam mana sesuatu ucapan itu diadakan. Lazimnya situasi untuk ucapan ini dirancang terlebih dahulu. Prinsip-prinsip ucapan Terdapat lima prinsip asas yang harus diberi perhatian serius oleh setiap individu yang mahu menjadi pengucap yang berkesan, iaitu: 1. Kemahiran mengumpul bahan ucapan. 2. Kemahiran menyusun bahan ucapan. 3. Kemahiran mengingati atau menguasai ucapan. 1

4. Kemahiran menggunakan bahasa yang sesuai dan baik. 5. Kemahiran menyampaikan bicara kepada audiens. Pengkelasan ucapan Sesuatu ucapan itu boleh dikelaskan melalui dua kaedah, berdasarkan tujuan ianya dibuat dan berdasarkan cara ianya disampaikan. 1. Pengkelasan ucapan berdasarkan tujuan: a. Pemberitahuan / informatif - ucapan yang dibuat dengan tujuan untuk memberi maklumat. Contohnya seperti taklimat, ceramah-ceramah ringkas, pembentangan kertas kerja dsbnya. b. Pemujukan / mempengaruhi - ucapan yang dibuat dengan tujuan untuk mengubah kepercayaan, sikap atau perlakuan audiens. Contohnya kempen politik, kempen anti-dadah dsbnya. c. Menghibur - ucapan yang dibuat dengan tujuan untuk mencetuskan kegembiraan atau keriangan biasanya dalam majlis-majlis keraian. Contohnya ucapan lepas makan malam dsbnya. d. Majlis khas - ucapan yang hanya dibuat dalam majlis-majlis tertentu dengan tujuan-tujuan spesifik seperti mempengerusikan majlis, alu-aluan, ucapan penganugerahan dan sebagainya. 2. Pengkelasan ucapan berdasarkan cara: a. Impromptu- ucapan yang dibuat tanpa sebarang persediaan khusus dan biasanya diundang secara tiba-tiba. Ucapan jenis ini ada kalanya boleh merosakkan kredibiliti pengucap. b. Dihafal - ucapan yang dihafal perkataan demi perkataan dari teks. Ucapan jenis ini kaku dan tidak boleh diubahsuai berdasarkan situasi. c. Dibaca - ucapan yang dibaca perkataan demi perkataan dari teks atau manuskrip. Ucapan jenis ini juga tidak 'flexible'. d. Extemporaneous - ucapan yang dibuat dengan penuh persediaan dan merupakan gabungan ketiga-tiga jenis di atas. Dalam ucapan jenis ini ada terdapat unsur-unsur impromptu, penghafalan dan pembacaan. Ia memerlukan persediaan rapi dan menyeluruh dan merupakan ucapan yang paling flexible. Sifat-sifat pengucap yang berkesan 1. Jujur dan ikhlas dalam berhujah 2. Berpengetahuan luas dalam subjek yang diucapkan 3. Yakin akan apa yang dibicarakan 4. Mahir berucap di khalayak 5. Peka kepada reaksi audiens 6. Peka kepada situasi sekitaran. 2

Langkah-langkah penyediaan dan persembahan ucapan berkesan Terdapat lapan langkah yang perlu diikuti dengan teliti dalam menyedia dan mempersembahkan ucapan: 1. Mengawal kegugupan 2. Menganalisis diri sendiri, situasi, majlis dan audiens 3. Mengumpul bahan ucapan 4. Menyusun bahan 5. Merancang pengenalan 6. Merancang penutup 7. Berlatih 8. Menyampaikan ucapan. Langkah-langkah ini akan dihuraikan satu persatu di bawah ini: Mengawal kegugupan Punca-punca gugup secara psikologikal: 1. Pengucap tidak suka dinilai. 2. Hasil bicara terlalu kritikal 3. Pengucap kurang mahir atau kurang berpengetahuan 4. Pengucap kurang bersedia 5. Audiens yang disegani. Symptom-symptom kegugupan 1. Secara fisiologikal ketar lutut, sesak nafas, berpeluh ketiak dan tapak tangan, jantung kencang, bibir kering, tubuh kaku, suara lemah tidak terkawal, kelajuan bercakap tidak terkawal, bunyi-bunyi pecahan suara, pitam. 2. Secara psikologikal takut audiens nampak kegugupan malu, tak berani bertentang mata, bimbang lupa idea, tarik diri dari berucap, 'allergic' kepada ucapan awam. Teknik-teknik_mengawal gugup 1. Sebelum berucap a. Pilih subjek yang diminati (jika berupaya) 3

b. Analisis audiens c. Bersedia secukupnya d. Susun diea dengan jelas e. Berlatih secukupnya f. Pujuk diri sendiri g. Senaman-senaman 'isometrics' h. Tarik nafas panjang-panjang i. Matlamat ucapan manasabah j. Berangan k. 'Relax' mental dan fizikal l. Memahami emosi gugup m. Jaga makan-minum. 2. Semasa berucap a. Pilih audiens yang mesra sebagai tumpuan di awal bicara. b. Thomakninah dalam ucapan. c. Jangan pentingkan gaya penyampaian. d. Bergerak. e. Jangan berhenti bercakap walaupun gugup. f. Wujud dan kekalkan pertembungan mata. g. Berlagak seperti yakin walaupun tak berapa yakin. h. Fahami yang audiens tidak akan nampak kegugupan kita. i. Jangan 'panic' bila tersasul. j. Berkubu. Analisis diri Tanya diri sendiri sejauh mana: 1. Pengetahuan kita tentang topik. 2. Minat kita pada topik. 4

3. Persediaan yang sudah kita buat. Analisis majlis/situasi Pastikan: 1. Jangkamasa majlis 2. Giliran dan waktu kita akan berucap 3. Saiz bilik/dewan vs saiz audiens 4. Kemudahan yang sedia ada dan perlu diadakan 5. Tujuan majlis diadakan 6. Tempatnya. Analisis audiens 1. Ciri-ciri demografik - umur, jantina, agama, bangsa, kumpulan 'ethnic', budaya, pekerjaan, tahap ekonomi, status sosial, tahap pendidikan, ideologi keahlian perkumpullan, dll. 2. Ciri-ciri situasi: a. Saiz b. Keseragaman c. Pandangan terhadap topik. d. Pandangan terhadap majlis e. Pandangan terhadap kita, pengucap f. Pengharapan Mengumpul bahan 1. Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sendiri 2. Temubual 3. Bahan rujukan tersedia perpustakaan, pangkalan data. Menyusun bahan 1. Bagi ucapan informatif, formatnya: a. Pengenalan - terdiri dari salam/ucap selamat, penghormatan, protokol, teknik menarik perhatian, preview dan prosedur. b. Badan/isi - terdiri dari penghuraian idea-idea utama yang tersusun jelas. 5

c. Penutup - terdiri dari review, kenyataan untuk diingati dan penyudah bicara. 2. Pembahagiannya lebih kurang 15% pengenalan, 75% badan dan 10% penutup. 3. Tulis rangka ucapan pada kad nota. 4. Maklumat mesti disusun, sama ada secara susunan masa (chronological), ruang (spatial), topik (topical), sebab (causal), masalah-penyelesaian, pro-kontra dan sebagainya. 5. Bilangan isi utama 3-5 sahaja (bergantung pada masa). 6. Peralihan isi perlu jelas. 7. Perkaitan isi perlu jelas (jika berkait). 8. Bagi ucapan pemujukan, formatnya,: a. Pengenalan - tarik perhatian. b.wujudkan kehendak/keperluan c. Berikan cara penyelesaian d. Bayangkan keunggulan cara penyelesaian ini e. Dorong audiens untuk menerimanya - penutup. 9. Lain-lain susunan bagi ucapan pembujukan: a. Pengenalan - tarik perhatian b. Kaitan isu dengan diri audiens c. Perbincangan - fakta-fakta negatif dan positif mengenai isu d. Dorong audiens antuk menerima yang positif. Merancang pengenalan Tujuan pengenalan: 1. Menarik minat audiens pada topik 2. Memberi mereka peluang supaya mendengar dengan bijaksana 3. Mewujudkan kemesraan. Unsur-unsur pengenalan: 1. Salam dan ucap selamat 2. Penghormatan protokol 3. Teknik menarik perhatian 6

a. fakta menarik/unik, statistik b. soalan 'rhetoric'/soalan biasa c. jenaka berpengajaran d. petikan e. contoh/cerita/puisi berkaitan f. merujuk majlis, audiens atau diri sendiri g. kejadian bersejarah h. kepentingan subjek i. penghormatan peribadi j. gimmick 4. Peralihan ke preview 5. Preview 6. Prosedur Merancang penutup Tujuannya adalah untuk menyediakan audiens supaya berhenti mendengar. Unsur-unsur penutup. 1. Review a. Beritahu nak berhenti b. Ringkaskan idea-idea utama c. Ulang sebut idea-idea utama. 2. Kenyataan untuk diingati. a. Ulang teknik menarik perhatian (jika sesuai) b. Rujuk kepada tema majlis atau slogan (jika ada) c. Bayangkan keadaan esok d. Membentuk mood e. Merayu f. Mengaju soalan 7

g. Memberi cabaran h. Memberi pesanan Berlatih 1. Berlatih 3-6 kali 2. Hafal idea bukan teks 3. Berlatih secara 'mental' dulu 4. Rujuk pada kad nota 5. Hayati keseluruhan ucapan 6. Jangan berlebih-lebih sangat 7. Jangan berlatih bahasa badan 8. Buat rakaman 9.Nilaikan persembahan 10.Ukur masa 11. Jangan ubah kadar ucapan kerana masa. Mempersembahkan ucapan 1. Gunakan gaya sendiri yang sesuai 2. Berbicara dengan penuh yakin 3. Tenang sebelum mula berucap 4. Wujudkan pertembungan mata dengan audiens 5. Jangan mula dengan merujuk nota 6. Bercakap DENGAN audiens, bukan KEPADA mereka 7. Rujuk nota sekali-sekala 8.Jangan menjerit. Mulakan dengan nada biasa 9.Berdiri setegak yang boleh 10. Gayakan bahasa badan 11. Jangan gelisah 12. Tunjukkan kita gemar berucap 8

13. Sembunyikan kesilapan 14. Gunakan alat-alat bantu dengan berkesan 15. Kawal suara 16. Beredar dengan yakin Unsur-unsur bahasa badan 1. Penampilan diri iaitu dari segi ketepatan waktu tiba, kesesuaian pakaian dan tingkahlaku dalam majlis. 2. Cara mendekati dan meninggalkan tempat berucap. 3. Tempat berucap 4. Posisi tubuh 5. Pergerakan tubuh 6. Gerakan tangan 7. Penggunaan nota 8. Penggunaan rostrum / lectern / podium 9. Penggunaan mikrofon 10. Pertembungan mata 11. Mimik muka. Prinsip bahasa badan 1. Membantu pengucap dan tidak menonjol 2. Memberi penekanan maksud 3. Bersahaja, tidak 'artificial' (dibuat-buat) 4. Bertepatan dari segi makna dan masa (timing). Unsur-unsur suara yang boleh dikawal ialah: 1. Kelantangan (volume) 2. Nada (pitch) 3. Kelajuan (rate) 4. Jeda (pause) 5. Lafaz sebutan (pronunciation) 9

6. Ulangan (repetition) Kaedah mengekal minat audiens 1. Menggunakan isi dan contoh yang hampir dengan audiens seperti anak, pekerjaan dan sekitaran. 2. Melibatkan audiens - sebut nama mereka, sebut nama orang yang disegani. 3. Aju soalan. Minta komen/pendapat. 4. Menghayati keseluruhan ucapan agar penyampaian bersemangat. 5. Meransang pelbagai deria audiens. 6. Memasukkan unsur suspens'. 7. Menyelitkan jenaka berpengajaran. 8. Menggunakan analogi yang sesuai. Aktiviti berkumpulan 1. Senaraikan fungsi dan peranan bahasa Melayu sebagai : a) bahasa pengantar b) bahasa ilmu c) bahasa komunikasi Aktivit individu 1. Perbentangan ucapan Latihan 1. Bincangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. 2. Senaraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam peranannya sebagai bahasa ilmu di negara ini. 10