EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

dokumen-dokumen yang mirip
FALSAFAH PENDIDIKAN. 9/12/2011 Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

KESUSASTERAAN MELAYU

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) KERTAS KONSEP PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA DI SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH REKA CIPTA

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS PENDIDIKAN ISLAM (MASALAH PENDENGARAN) TAHUN DUA

Kurikulum Kebangsaan

PENDIDIKAN KESIHATAN

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Definisi Etika TAJUK 4 : ETIKA ISLAM DALAM SAINS & TEKNOLOGI. Etika Islam Dalam Sains & Teknologi

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 5

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Konsep Falsafah Pendidikan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT

DUNIA SENI VISUAL (MASALAH PENDENGARAN)

MATEMATIK (MASALAH PENDENGARAN)

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

PENDIDIKAN KESIHATAN (MASALAH PENDENGARAN)

KUR. MATEMATIK SEK. RENDAH PERBANDINGAN KBSR & KSSR

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

PENDIDIKAN MORAL (MASALAH PENDENGARAN)

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN ENAM

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL

REKAAN DAN JAHITAN PAKAIAN

sepenuhnya modeniti, sebaliknya cuba mengubahsuai ciri-ciri modeniti untuk

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6

Tutor: En Md Yusoff b Daud

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

Dr Tajularipin Sulaiman

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

DRAF KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

TAJUK : GURU DAN ALAM PENDIDIKAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

PENDIDIKAN KESIHATAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 1

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

3/1/2017. Deduktif. Integratif. Induktif. Definisi : Jabatan Ilmu Pedidikan IPGK Tun Hussein Onn Batu Pahat

PENDIDIKAN MORAL TAHUN LIMA

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

KEMENTERIAN PENDIDIKA N MALAYSIA HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN JASMANI

Bab 6: Kurikulum di Malaysia. Hasil Pembelajaran

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

PENDIDIKAN SENI KREATIF (MASALAH PEMBELAJARAN)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Teknologi Pengajaran (2 jam)

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Transkripsi:

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TAJUK 4

Falsafah Pendidikan Barat Essentialisme Falsafah Pendidikan Barat Tradisional Perennialisme Progressivisme Falsafah Pendidikan Barat Moden Eksistensialisme Rekonstruktivisme

Essentialisme (William C. Bagley, 1874-1946) Essentialisme berpunca daripada realisme dan idealisme. Ia adalah teori yang mencadangkan penyampaian budaya dan pengetahuan teras kepada setiap generasi baru sebagai tujuan utama pendidikan. Memandangkan essentialisme bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan intelek individu serta mendidik individu yang berketerampilan, dengan tumpuan diberi kepada pengajaran mata pelajaran tradisional yang asas seperti Membaca, Menulis dan Mengira (3M) di samping mata pelajaran Kesusasteraan, Bahasa Asing, Sejarah, Sains, Seni dan Muzik. Ia juga berfokus pada pengajaran kemahiran asas, penguasaan konsep dan prinsip kandungan mata pelajaran.

Guru dianggap sebagai berwibawa dalam bidang mata pelajaran dan pengajaran. Guru mempunyai kawalan bilik darjah dan membuat keputusan mengenai kurikulum tanpa banyak input daripada pelajar. Guru juga bertanggungjawab untuk mengajar nilai-nilai tradisional. Justeru guru dianggap sebagai contoh teladan. William Bagley (1874-1946) merupakan seorang ahli essentialis yang terkenal.

Perennialisme (Jonson et al., 1969) Perennialisme berpunca daripada realisme. Ahli perennialis mempercayai bahawa tujuan utama pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan ilmu yang sejagat dan abadi. Fokus perennialisme adalah pada perkembangan peribadi. Oleh sebab manusia ialah manusia, maka mereka hendaklah diajarkan hal-hal berkaitan dengan manusia dahulu, bukannya hal berkenaan dengan mesin atau teknik. Justeru tajuk-tajuk liberal seharusnya diajar terlebih dahulu, dan bukannya tajuk-tajuk vokasional. Kurikulum perennialis adalah berpusatkan kandungan dengan penekanan pada bahasa, kesusasteraan, matematik, seni dan sains.

Progressivisme (John Dewey, 1915) Progressivisme berkembang daripada pragmatisme yang kemudian dikembangkan oleh John Dewey. Ahli progressivis mempercayai bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif. Ilmu membawa seseorang ke arah pertumbuhan dan perkembangan. Memandangkan pengetahuan boleh menerangkan realiti masa kini, maka kanak-kanak hendaklah diajarkan cara berfikir berbanding dengan hal yang perlu difikirkan. Oleh sebab, progressivisme mempercayai bahawa kanak-kanak akan memilih yang paling baik bagi diri mereka maka kurikulum hendaklah berdasarkan minat, kandungan antara disiplin, dan aplikasi masalah manusia. Ahli progressivis menggalakkan pelbagai kaedah alternatif seperti aktiviti, pengalaman, penyelesaian masalah dan projek.

Ahli progressivis menganggap peranan guru sebagai pembimbing untuk penyelesaian masalah dan inkuiri saintifik. Kebanyakan ahli progressivis bersetuju dengan pendekatan induktif yang menggalakkan pelajar untuk memberi penjelasan sendiri dan pemahaman fenomena. Dengan cara ini, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan baru yang dibentuk ke dalam bidang kajian yang lain.

Eksistentialisme Eksistentialisme memberi fokus pada fitrah kewujudan manusia. Ahli eksistentialis berpandangan bahawa manusia dilahirkan tanpa sebarang tujuan. Mereka melihat realiti sebagai subjektif dan didefinisikan oleh individu sendiri. Oleh yang demikian, seseorang bertanggungjawab kepada diri sendiri dan dengan demikian bebas untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar. Menurut ahli eksistentialis, guru atau sistem sekolah tidak berhak untuk menekankan matlamat pendidikan ke atas murid-murid. Memandangkan setiap individu bertanggungjawab atas pendidikan masingmasing, maka kurikulum eksistentialis tidak mempunyai mata pelajaran yang khusus. Namun, mata pelajaran yang bersifat emosional, estetik dan berfalsafah seperti kesusasteraan, drama, perfileman dan seni adalah sesuai. Mata pelajaran ini menggambarkan keadaan manusia dan keadaan membuat pilihan. Kurikulumnya juga menekankan aktiviti luahan perasaan, eksperimen, kaedah, dan media yang menerangkan emosi, perasaan dan pengertian dalaman.

Rekonstruktionisme Rekonstruktionisme adalah hasil progressivisme. Rekonstruktionisme memberi syor untuk membaiki dan membina semula masyarakat. Ia melihat pengasasan corak budaya baru serta penghapusan penyakit sosial sebagai tujuan utama pendidikan. Ahli Rekonstruktionisme melihat sekolah sebagai pemangkin penting untuk meningkatkan keadaan manusia melalui pembaharuan pendidikan dan sosial. Rekonstruktionisme berusaha untuk menggunakan sekolah untuk mencipta sebuah masyarakat baru. Justeru fungsi utama sekolah, termasuklah seperti yang berikut: i) Untuk mengenal pasti masalah sosial yang memberi sumbangan kepada krisis budaya, dan ii) Untuk mewujudkan kemahiran dan sikap yang akan menyelesaikan masalah-masalah ini.

Kurikulum rekonstruktionis menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial. Ia berfokus pada kecenderungan kini dan masa depan, serta pada isu nasional dan internasional. Kemahiran dan mata pelajaran yang diajarkan adalah yang dapat mengenal pasti dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat. Pembelajaran adalah aktif dan ada hubungan dengan masyarakat hari ini dan masa depan. Guru tidak harus takut tentang komitmen untuk membantu membina sebuah masyarakat baru. Mereka harus bertugas sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Mereka juga membantu pelajar menyedari masalah yang dihadapi umat manusia.

Idealisme Salah satu falsafah tertua di dunia (Plato, Rene'Descartes, Baruch Spinoza, G. Berkeley, Immenual Kant, G.F.Hagel dan S.T. Coleridge) Bertentangan pendapat antara mereka Bersetuju bahawa jiwa atau kerohanian manusia penting dalam kehidupan Alam jagat pada hakikatnya bukan kebendaan Ia merupakan satu sistem yang memberi penekanan kepada kepentingan fikiran, jiwa dan kerohanian

Persoalan Metafizik (Realiti) Dalam Mazhab Idealisme Asas kewujudan ialah dalam bentuk kerohanian dan bukan berbentuk fizikal, atau dalam bentuk fikiran dan bukan material Unsur terpenting dalam kehidupan ialah kerohanian manusia dan semua kewujudan boleh diperturunkan kepada kerohanian. Idealis tidak menafikan kewujudan alam fizikal, tetapi mereka menganggap kewujudan alam fizikal tidak nyata secara muktamadnya.

Semua benda hanya satu anggapan atau satu sari pemikiran. Hanya fikiran sahaja yang nyata atau pun benar. Oleh itu semua benda hendaklah diperturunkan kepada fikiran atau kerohanian. Van Scottes et al (1979) berpendapat kepentingannya tentang akal dan idea, maka tumpuan dalam pendidikan ialah melatih akal, menyuburkan roh dan menguasai idea. Idealis menganggap manusia mempunyai akal dan jasad, atau jasad, akal dan roh.

Kanak-kanak adalah sebahagian daripada alam kerohanian mutlak, dan mempunyal tujuan kerohanian yang perlu dipenuhi mengikut kebolehan dan keupayaan mereka. Pendidikan mestilah berusaha memupuk kekariban antara pelajar, unsurunsur kerohanian tabii dan memberi penekanan dalam keharmonian antara manusia dan alam jagat.

Idealis mempercayai dua konsep yang penting iaitu kebebasan dan rasionaliti, dan perkaitan antara mereka. i) Kebebasan : Amalan kehendak dalam membuat keputusan sendiri dan mesti diikuti dengan tanggungjawab terhadap akibat yang mungkin timbul hasil daripada tindakan yang dilakukan. ii) Rasionaliti : Proses mancari dan mengeluarkan idea. Idea adalah satu kemungkinan dalam diri kanak-kanak.

Persoalan Epistemologi (Kebenaran) Dalam Mazhab Idealisme Pengetahuan boleh diperolehi dengan cara seiain daripada kaedah saintifik. Ia boleh diperolehi melalui keimanan, keautoritarian, taakulan dan intuisi. Plato: Pengetahuan sebenar adalah hasil pemikiran taakulan. Pengetahuan lebih baik dikeluarkan daripada pelajar sendiri berbanding dengan mencurahkannya kepada mereka.

Persoalan Aksiologi (Nilai) Dalam Idealisme Nilai dan etika adalah mutlak. Oleh itu, apa yang dikatakan baik, benar dan cantik, secara asasnya tidak berubah daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain atau daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat yang lain. Nilai dan etika bukan ciptaan manusia, tetapi sebahagian daripada tabii alam ciptaan Tuhan. Kebenaran, kebaikan dan kecantikan adalah nilai yang tidak berubah

Oleh kerana Tuhan merupakan sumber nilai, maka manusia hanyalah dianggap berakhlak apabila mereka hidup mengikut kehendak Tuhan. Oleh kerana idealis (Van Scottes, Kraft dan Haas (1979) menganggap nilai sebagai mutlak, maka dasar dan kaedah persekolahan mestilah menggambar dan memperkembangkan nilai-nilai tradisi yang dianggap oleh masyarakat sebagai berguna dan berharga.

Apabila kerohanian diberi perhatian yang lebih, dunia ini akan menjadi lebih rasional dan sempurna dan kejahatan akan hilang sedikit demi sedikit. Dalam sistem persekolahan, tidak terdapat pelajar yang benar-benar jahat, tetapi hanya mereka yang melanggar atau tidak memahami sepenuhnya susunan moral alam jagat ini.

Ammenuel Kant: Apabila seseorang pelajar berkelakuan kurang baik, guru mungkin bertanya tentang kelakuan pelajar itu.tetapi pernahkah guru bertanya diri sendiri sama ada dia telah menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti oleh pelajarnya? Idealis secara umumnya bersetuju bahawa pendidikan tidak hanya memberi tekanan kepada perkembangan akal sahaja, tetapi juga perlu menggalakkan pelajar memberi tumpuan kepada semua benda yang mempunyai nilai yang kekal.

Sekian, Terima Kasih