KURSUS : HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (SET 17) TUGASAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM DAKWAH PENSYARAH : DR. AHMAD IRDHA BIN MOKHTAR NAMA : AFIQAH NUR RAJWANI BINTI RAMLI (A144932) FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI 2014
LAPORAN AKHIR PROJEK 1. Perancangan Projek Untuk memenuhi syarat kursus HHHC9201 Kemahiran Komunikasi, maka sebuah projek yang berkaitan dengan kemahiran komunikasi telah di amanahkan untuk kursus ini. Oleh itu, pemilihan laman sosial dijadiakan medium utama untuk dalam menyampaikan isi kandungan untuk projek ini. Projek kursus HHHC 9201 kemahiran komunikasi di bawah seliaan Dr. Ahmad Irdha Bin Mokhtar. Antara sebab utana pemilihan media sosial adalah kerana, hampir setiap daripada kalangan masyarakat kita masa kini mempunyai kemudahan gajet yang canggih. Oleh sebab itu, adalah lebih baik kita mengambil peluang yang ada untuk berkongsi segala maklumat ataupun ilmu berasaskan teknologi yang ada. Projek ini telah dilakukan secara berkumpulan yang terdiri daripada 6 orang pelajar. Setiap daripada kami mempunyai peranan masing-masing yang telah ditetapkan. Penubuhan ini terdidri daripada saya, iaitu Afiqah Nur Rajwani Binti Ramli (A144932) dan rakan-rakan saya iaitu Sharifah Munawwarah Binti Wan Madehi (A146897), Nazneen Alia Binti Kambli (A144817), Zaimatul Nadia Binti Anuar (A144799), Ainatul Mardiah Binti Jalani (A144803) dan Nurhikmah Binti Yahya (A144801). Laman ini ditubuhkan pada hari Selasa bersamaan 2 Disember 2014. Laman ini juga ditubuhkan atas perbincangan dan persepakatan bersama antara ahli-ahli kumpulan semasa tugasan diberikan.. Laman ini diwujudkan bagi memenuhi Selain daripada itu, tujuan utama pemilihan laman facebook sebagai media dakwah adalah untuk menyebarkan dan menyampaikan dakwah atau mesej-mesej di samping berkongsi ilmu secara tidak langsung.
2. Komunikasi Dalam Media Sosial Sepanjang menjalani projek ini, dapatlah saya simpulkan beberapa jenis komunikasi yang telah digunakan sepanjang menjalankan projek ini. Dalam projek ini, jenis komunikasi yang banyak digunakan adalah komunikasi jenis lisan dan bertulis. Komunikasi lisan dapat dibuktikan dengan perbincangan kami semasa perbincangan untuk memutuskan tugasan yang diberi dan juga interaksi bersama pensyarah dan juga rakan-rakan yang lain yang terlibat dalam kurus set ini. Selain daripada itu, komunikasi secara lisan juga berlaku dikalangan kami semasa penubuhan kumpulan. Disini kami meperkenalkan diri masing-masing di antara satu sama lain. Secara tidak langsung pelbagai bentuk komunikasi telah berlaku seperti komunikasi intrapersonal, komunikasi secara interpersonal, kumpulan dan juga berkomunikasi berasaskan teknologi iaitu dengan alat teknologi yang menajdi kegunaan utama komunikasi manusia masa kini seperti telefon. Selain dari itu juga, komunikasi awam juga berlaku semasa projek kami dijalankan. Manakala komunikasi bertulis pula dapat dibuktikan pada projek yang telah kami jalankan. Komunikasi jenis ini lebih banyak digunakan pada projek ini kerana ia sangat memudahkan. Selain itu, ia mudah disampaikan kepada pihak umum yang membacanya. Pada masa yang sama segala bahasa yang digunakan semasa penyampaian mesej-mesej dilaman adalah mudah difahami dan mampu menarik pembaca. Secara kesimpulannya, komunikasi amat penting bagi membantu pengukuhan penguasaan komunikasi diri serta dapat memahirkan diri seseorang untuk menyampaikan maklumat atau mesej secara berkesan.
3. Lampiran Gambar 1 : Kelas dan perbincangan dalam kumpulan
Gambar 2 (A) : Page MEDIA Dakwah Gambar 2 (B) : Perkembangan aktiviti Page MEDIA Dakwah Gambar 3 : Aktiviti seperti notification, status semasa page MEDIA dakwah dan maklumat tentang MEDIA dakwah