Bab 5: Media Pengajaran 2-Dimensi. BAB 5: Media Pengajaran 2-Dimensi. Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Penilaian Pengguna Terhadap Kekuatan dan Kelemahan Modul

Reka Bentuk Visual (6 jam + 8 jam)

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR. Nordin Tahir, IPG Ipoh

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

PENGGUNAAN BAHAN 2D & 3D

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Pemusatkan Guru. Strategi ini merangkumi pengajaran di mana peranan guru ialah untuk menyampaikan maklumat yang akan dipelajari oleh murid-murid.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Rancangan Pengajaran Harian Sekolah Menengah Pendekatan Pembelajaran Konstruktivisme

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR

Model Pengurusan Strategik

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

TAJUK 5: TEKNIK-TEKNIK MENINGKATKAN INGATAN. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

2.0 PENYATAAN MASALAH

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

Bahasa Melayu di bilik darjah Tingkatan 4 berdasarkan kaedah structural coding.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

2.1 Butir-Butir Peribadi Pelatih/Pelajar Ruangan ini perlu diisikan dengan butir-butir peribadi pelatih/pelajar dengan lengkap.

Padankan. Padankan. Padankan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 3

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

Bahasa Malaysia (910)

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU

KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN LUKISAN ORTOGRAFIK

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

Pihak Penerbit UniMAP sentiasa mengalu-alukan cadangan manuskrip buku dan berbesar hati untuk menilai cadangan-cadangan penerbitan yang dihantar.

Transkripsi:

BAB 5: Media Pengajaran 2-Dimensi Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) Menerangkan maksud media pengajaran 2-Dimensi b) Jelaskan faedah menggunakan media 2-Dimensi c) Huraikan bagaimana anda menggunakan gambarfoto dan gambarajah untuk mengajar Bahasa Melayu d) Memperluaskan penggunaan akhbar dalam pengajaran Bahasa Melayu 5.1 Mukadimah 5.2 Apakah media pengajaran 2 dimensi? 5.3 Gambarfoto 5.4 Gambarajah 5.5 Buku teks 5.6 Poster 5.7 Kartun dan komik 5.8 Kad imbasan 5.9 Akhbar dalam pengajaran RUJUKAN 1

5.1 Mukadimah Bab ini bertumpu kepada perbincangan tentang penggunaan media pengajaran 2-dimensi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Terdapat pelbagai jenis media pengajaran 2-dimensi yang dapat digunakan oleh guru di sekolah rendah untuk mempertingkatkan kefahaman dan penguasaan Bahasa Melayu. 5.2 Apakah Media Pengajaran 2-Dimensi? Media pengajaran 2-Dimensi merujuk kepada bahan yang dilukis, digamdarfotokan atau dicetak keatas kertas atau permukaan yang rata. Bahan-bahan ini mudah dibina tetapi tidak digunakan dengan meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini jika digunakan dengan betul dapat merangsangkan murid untuk memberi tumpuan dan belajar. Jenis-jenis bahan 2D yang lazim digunakan di dalam bilik darjah terdiri daripada buku teks, gambar, gambarajah, carta, peta, graf, poster dan kad imbasan. Bahan-bahan ini leper dan panjang. Gambarfoto Graf Media Pengajaran 2-Dimensi Gambarajah Poster Komik/ Kartun Carta Putaran / Proses Buku Teks Surat Khabar 2

5.3 Gambarfoto Terdapat pepatah yang mengatakan A picture is worth a thousand words (Sesuatu gambar adalah bersamaan seribu perkataan). Tidak dinafikan bahawa gambar sungguh berkesan dalam pengajaran, tetapi tidak digunakan dengan berleluasa. Kita telah membincang dalam Bab 1 bahawa salah satu stail pembelajaran ialah stail pembelajaran visual. Murid belajar dengan melihat dan diransangkan oleh gambar, carta, rajah, poster dan lain-lain. Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk objek, situasi, keadaan, peristiwa dan lain-laian dirakamkan dengan kamera atau dilukis pada kertas atau dipersembanhkan dalam bentuk digital. Gambar foto itu mungkin dihasilkan oleh anda sendiri atau diperoleh daripada sumber-sumber lain. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk dan jenis gambar boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia, aktiviti-aktiviti harian, sejarah sains, hobi dan lain-lain. Mengapakah Menggunakan Gambarfoto dalam Pengajaran? Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada ide-ide yang maujud dan formal. Dengan perkembangan teknologi digital, gambar mudah dihasilkan dan diperolehi. Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat pengajaran dan pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup pelajaran. Gambar dapat menunjukkan tentang sesuatu benda atau keadaan kepada murid dengan jelas dan tepat. Gambar dapat menyampaikan maklumat tanpa bantuan perkataan. Gambar dapat membantu pelajar yang lemah utuk memahami sesuatu walaupun menghadapi masalah perbendaharaan kata semasa membaca. Kelemahan Penggunaan Gambarfoto. Kadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam sesuatu bilik darjah yang besar. Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar sesuatu benda kerana gambar berbentuk dua dimensi dan statik. Kadangkala gambar yang dipamerkan tidak mempunyai warna, maka penegasan kesahan tidak dapat dibuktikan Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Dengan itu mungkin murid tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda. 3

Sebagai alat bantu mengajar, anda hendaklah menggunakan gambarfoto yang agak besar supaya dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas. Semasa digunakan, letak gambarfoto di atas pemegang berkaki atau diletakkan diatas papan putih supaya ia berkedudukan tegap. Hadkan jumlah gambarfoto yang bakal digunakan pada satu-satu masa. Gunakan satu gambar foto pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual. Anda boleh menarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambarfoto yang dipamerkan. Guru boleh mengguakan gambar utuk memulakan sesuatu topic atau unit; semasa penerangan dalam peringkat perkembangan atau pada penutup pelajaran. Guru perlu menarik perhatian pelajar kepada gambar supaya pelajar dapat mentafsir dan memahami mesej yang terdapat dalam gambar. Guru juga perlu memberikan peluang pelajar membincang serta mengesan perkara-perkara penting dalam gambar. Dalam hal ini, guru bertindak sebagai pemudah cara perbincangan untuk menarik minat pelajar kepada perkembangan idea baharu serta ciri ingin tahu pelajar. Perkara yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan gambar Adakah gambar autentik? Adakah gambar menunjukkan situasi sebenar? Adakah gambar itu mudah untuk difahami? Adakah gambar ingin menunjukkan terlalu banyak aspek? Adakah gambar baik secara teknikal- fokus betu dan jelas? Adakah gambar itu dapat menarik minat dan perhatian pelajar? Adakah gambar besar dan jelas? Adakah gambar relevan untuk topik yang diajar? a) Nyatakan mengapa gambar sangat berguna dalam pengajaran di sekolah rendah. b) Bagaimana anda menggunakan gambar dalam pengajaran Bahasa Melayu? 5.4 Gambarajah Gambarajah atau Rajah adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam putih atau berwarna.. Semasa menggunakan gambarajah, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan intepretasi mengenai mesej yang ingin disampaikan oleh gambarajah tersebut. Setiap individu mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu garfik yang dilihatnya. Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa gambarajah digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan. 4

Semakin rendah tahap penerimaan murid, semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej yang betul diterima daripada sebarang gambarajah yang digunakan. Gambarajah adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama gambarajah adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Namun, sebahagian besar daripada kejayaan pengajaran, adalah berdasarkan kualiti yang ada pada gambarajah tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik yang digunakan. Gambarajah adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Gambarajah ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. Terdapat tiga jenis gambarajah: CARTA: Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang ompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun alran perubahan sesuatu. Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Secara amnya, carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual. Terdapat beberapa jenis carta: Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya (Lihat Rajah di bawah). 5

Carta Masa menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku. Carta Klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya (Lihat Rajah di bawah). Carta Urutan menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu (Lihat Rajah di bawah). Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu persatu. GRAF - Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu. Graf adalah satu pesembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada dua faktor penting; Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan dan tahap fahaman atau penerima murid. Antara jenis-jenis graf ialah: 6

Graf Bar - Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai-nilai tertentu (Lihat Rajah disebelah). Selalunya graf ini dilukis menegak, di mana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti. Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah. Graf Gambar atau Piktograf - Dalam graf ini data-data ditukar menjadi gambar atau symbol ringkas yang membawa nilai-nilai tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai dipapar tidak begitu tepat. Untuk pastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat menulis unit niali setiap gambar atau simbol yang digunkan itu dengan jelas dan nyata. Graf Bulat atau Pie -Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen (Lihat Rajah disebelah). Setiap satu segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data. Graf jenis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh difahami oleh murid-murid. Graf Garisan - Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garis ditulis berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat (Lihat Rajah disebelah). Setiap paksi membawa skalaskala masing-masing. Titik-titik ditandakan mengikut koordinat pada satu set nilai data-data. Kemudian titiktitik itu disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung. Graf garis dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi seperti 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu 7

5.5 Buku Teks Buku teks merupakan asas pengajaran dalam bilik darjah dari dahulu lagi. Walaupun perkembangan elektronik telah menghasilkan pelbagai sumber media dan bahan bercetak untuk manusia, buku teks masih tidak dapat digantikan dalam bidang pendidikan. Buku teks memainkan peranan yang penting dala mengekalkan kualiti dan keberkesanannya. Buku teks merupakan komponen bahan bacaan dan amat penting dalam membekalkan kandungan. Buku teks ditulis berdasarkan kandungan subjek dan hasil pembelajaran kurikulum kebangsaan. Buku teks ditulis berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar yang merupakan sokongan kepada guru dan bukan mengongkong mereka. Buku teks membekalkan satu asas yang kukuh untuk pembelajaran pelajar dan satu cara untuk menambah maklumat dan pengetahuan. Di tempat yang kekurangan guru yang pakar dan berpengalaman, buku teks menyediakan panduan berguna kepada guru untuk mengikutinya. Setiap guru harus menentukan bagaimana dan setakat mana satu teks akan digunakan. Buku teks yang digunakan seharusnya dapat menggalakkan pelajar menggunakan maklumat untuk kegunaan masing-masing, memperoleh penyelesaian, menguji kaji, dan menyediakan peuang untuk pelajar menilai prestasi mereka. Latihan sampingan harus menyokong proses pendidikan dan menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran kendiri. a) Nyatakan bagaimana gambarajah dapat digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. b) Sejauh manakah anda menggunakan buku teks dalam pengajaran Bahasa Melayu? c) Jelaskan bagaimana anda menggunakan buku teks dalam pengajaran anda. 8

5.6 Poster Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu (Lihat Rajah disebelah). Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesejnya dengan spontan. Guru haruslah berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus. Bagaimana poster digunakan? Poster boleh digunakan sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu. Poster juga boleh digunakan untuk menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah, perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber, Kempen Gerakan Membaca dan lain-lain. Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-situasi tertentu. Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang baik atau sikap yang murni. 5.7 Kartun dan Komik Kartun adalah lukisan tentang peristiwa-peristiwa harian yang digambarkan secara hiburan yang mengisahkan hal seharian secara berjenaka. Kartun juga merupakan simbolsimbol untuk menyampaikan sesuatu mesej secara cepat dan ringkas. Kartun juga menggambarkan peristiwa harian sebagai kritikan sosial. Dalam maksud yang lebih mudah, kartun merupakan persembahan lakaran atau bentuk-bentuk simbolik yang bertajuk atau tidak dan membawa motif sindiran. Kartun mempunyai daya penarik yang unik serta boleh mempengaruhi sikap dan pelakuan pembaca. Dewasa ini, penggunaan kartun sebagai salah satu bahan hiburan dan jenaka telah berkembang dengan pesatnya sama ada melalui media cetak mahu pun media elektronik, akhbar dan majalah kini sudah menyediakan ruangan-ruangan kartun di samping rencana-rencana lain untuk menarik minat pembaca dan sebagai bahan selingan untuk meredakan ketegangan. 9

Kartun bersiri dipanggil komik dan merupakan kegemaran semua lapisan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Kadang-kala ibu bapa beranggapan bahawa bahan-bahan bacaan seperti ini akan menjejaskan daya perkembangan minda anak-anak mereka. Kartun dan komik mempunyai daya tarikan yang kuat dan efektif kepada kanak-kanak kerana kandungannya memenuhi cita rasa mereka. Seiring dengan perkembangan teknologi pendidikan, strategi pembelajaran Bahasa Melayu disaran agar menjadi lebih fleksibel dan terbuka. Antara saranan yang dikemukakan ialah mempelbagaikan teknik mengajar dan penggunaan bahan pengajaran yang unik dan luar biasa. Ini bertujuan untuk menimbulkan rangsangan dan keinginan murid untuk mengetahui dengan lebih mendalam sesuatu aspek pengajaran. Penggunaan komik dan kartun dalam pengajaran dan pembelajaran masih belum begitu diberi perhatian. Ciri utama penghasilan sesuatu komik, iaitu mengetengahkan unsur jenaka, pengembaraan dan fantasi, iaitu berfungsi sebagai bahan hiburan semata-mata. Kini faedah penggunaan komik dalam pengajaran telah disedari oleh guru-guru. Bagaimana Komik Digunakan dalam Pengajaran? Sesuai digunakan untuk pengajaran keempat-empat kemahiran bahasa kerana ilustrasi atau dialognya boleh diaplikasi kepada pelbagai bentuk aktiviti. Minda murid-murid lebih mudah mengingati fakta melalui imej dan visual yang ringkas dan lucu. Mengasah kreativiti murid dan menggalakkan kemahiran berfikir yang tinggi kerana pemaparan watak yang menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya. Meningkatkan rasa ingin tahu murid untuk memahami permasalahan yang diajukan dengan cara yang lebih santai dan fleksibel. Menggalakkan murid berkomunikasi dan mencetuskan idea dalam suasana yang lebih terbuka. Sebagai alat peneguhan sesuatu tajuk pengajaran kerana penggunaan suatu siri imej yang berulang-ulang dan simbol yang mudah dikenali. Kartun boleh memperjelaskan maksud dan menggambarkan makna isi kandungan bahan yang diajar dalam bentuk yang lebih mudah dan menarik. Misalnya, pengajaran peribahasa dan simpulan bahasa menjadi lebih mudah difahami juka disampaikan dengan mengunakan bahan kartun. Kartun merupakan salah satu bentuk komunikasi grafik yang dipersembahkan secara menarik dan ringkas untuk menyampaikan maklumat dan pesanan. Oleh kerana sifatnya yang unik, kartun mampu meninggalkan kesan ingatan dan mengukuhkan ingatan manusia. CONTOH: Bahasa Melayu mempunyai pelbagai jenis ayat yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perkara. Melalui pengajaran jenis-jenis ayat ini guru boleh menumpukan kepada kemahiran bertutur dan membaca yang dimiliki oleh murid. Ini kerana, aktiviti yang dijalankan lebih sesuai dijalankan secara lisan iaitu membaca berdasarkan tanda baca yang terdapat pada ayat. Contohnya, ayat seru yang mempunyai tanda seru dan cara menuturkannya juga mempunyai intonasi yang tersendiri dan berbeza dengan ayat tanya. Oleh itu, untuk mengajarkan penggunaan jenis-jenis ayat ini supaya lebih menarik bahan kartun boleh digunakan. Antara langkah yang boleh dilakukan guru adalah: 10

Langkah-Langkah: 1. Guru memaparkan satu ilustrasi kartun yang besar dan ditampal dipapan hitam. Gambar kartun tersebut mengandung perbualan dan penerangan. Guru memilih dua orang murid untuk membaca dialog kartun tersebut menggunakan intonasi yang betul. 2. Selain itu, guru juga boleh menggunakan tayangan video kartun yangmemaparkan perbualan yang menggunakan jenis ayat yang akandiajar. Contohnya perbualan yang mengandungi ayat tanya. 3. Kemudian guru meminta murid memberitahu jenis ayat yangdigunakan oleh kartun tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. 4. Guru akan bertanyakan murid tentang kefahaman mereka tentang ayat tersebut dan kemudiannya guru menerangkan ciri-ciri empat ayat yang terdapat dalam Bahasa Melayu iaitu, ayat seru, ayat perintah, ayattanya dan ayat penyata. 5. Dalam aktiviti ini guru perlu memberi penekanan terhadap intonasi, jeda dan bacaan yang betul yang digunakan murid. Ini kerana,penggunaan intonasi yang salah boleh membuatkan pelajar sukar untuk membezakan cara untuk bercakap dengan betul. 6. Melalui aktiviti ini juga guru dapat memenuhi hasil pembelajaraninterpersonal yang memerlukan murid dapat bercakap menggunakan frasa, rangkai kata serta ungkapan secara bertatasusila. 7. Sebagai pengukuhan, guru akan mengedarkan helaian kertas yang mengandungi gambar kartun yang bahagian perbualannya telah dikosongkan dan meminta murid mengisi tempat kosong tersebut seterusnya melakonkan sesi perbualan berdasarkan kefahaman mereka terhadap situasi yang berlaku dalam gambar kartun tersebut. 8. Aktiviti ini juga boleh dilakukan untuk mengajar dialog kepada murid-murid. a) Pada pendapat anda, adakah kartun / komik sesuai digunakan dalam pengajaran di sekolah rendah atau prasekolah? b) Jelaskan bagaimana anda menggunakan poster dan kartun/komik dalam Bahasa Melayu. 11

5.7 Kad Imbasan Kad Imbasan (dipanggil Flash Card dalam Bahasa Inggeris). Perkataan flashcard adalah gabungan dua perkataan Bahasa Inggeris iaitu flash dan card. Perkataan (atau gamabr) ditulis pada kad dan ditunjukkan kepada murid secara cepat atau pantas (lebih kurang 1 kad 1 saat). Satu-satu kad imbasan mempunyai maklumat ringkas seperti huruf, perkataan dan sebaginya (Lihat Rajah di sebelah). Maklumat pada kad imbasan perlu jelas, ringkas dan tepat. Secara umum, kada imbasan kerap digunakan dalam bilik darjah pra sekolah dan Tahap satu untuk mengajar murid membaca dan mengenal gambar. Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi; cara otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui mata dan telinga. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak dan tindakan seterusnya. Ini secara mudah untuk menerangkan tentang bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan kita. Menggunakan kad imbasan juga selaras dengan kemampuan otak kanan. Malah ada yang berpendapat yang kad imbasan dapat meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan dan meningkatkan penguasaan bahasa. Bila gambar diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada murud, dia akan mendapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan melalui gambar yang ditunjukkan dan rangsangan pendengaran melalui sebutan nama gambar tersebut. Meletakkan satu gambar pada satu kad dan meunjukkannya kepada murid-murud akan memastikan mereka menerima rangsangan tersebut. Ini adalah kerana kanak-kanak kecil mempunyai tumpuan yang rendah dan hanya dapat fokus pada satu imej pada satu masa. Juga, kanak-kanak mudah belajar apabila melihat sesuatu yang konkrit. Mereka belum cukup matang untuk menerima rangsangan atau maklumat atau arahan yang abstrak. Contohnya, kanak-kanak lebih memahami apa itu roti jika kita tunjukkan gambar roti (sesuatu yang konkrit) daripada kita hanya sekadar membuat bunyi atau menyebut perkataan roti (tanpa mengetahui rupa bentuknya) atau memberi deskripsi apa itu roti (abstrak). 12

Penggunaan Kad Imbasan Bahasa Melayu Tahun 1 atau Prasekolah 1. Hasil Pembelajaran -Pelajar akan dapat mengenal pasti huruf "a-j". 2. Cadangan Langkah Pengajaran: a. Pengenalan atau Set Induksi: Untuk merangsang atau mengulangkaji. Pelajar menyanyikan lagu "ABC" b. Penyampaian: Untuk mengajar bagi mencapai hasil pembelajaran. Tunjukkan kad imbasan sesuatu huruf Sebut sesuatu huruf dan minta pelajar menyebutkannya Ulangkan. Tunjuk kad imbasan sesuatu huruf dan minta pelajar menyebutkannya. c. Latihan: Untuk memperkukuhkan pembelajaran. Berikan satu set kad imbasan huruf "a-j" kepada setiap kumpulan. Pelajar-pelajar dalam sesuatu kukmpulan menguji di antara satu sama lain kebolehan mereka untuk mengenal pasti huruf "a-j". d. Aplikasi atau Ciptaan: Untuk mengaplikasi atau mereka cipta sesuatu. Setiap pelajar membuat kad imbasan huruf"a-j" dengan kertas berukuran 5 cm x 5 cm dan mewarnakan sesuatu huruf. 5.8 Akhbar dalam Pengajaran Akhbar mempunyai pelbagai kegunaan sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu. Akhbar merupakan bahan yang baik sebagai contoh yang menunjukkan pelbagai ragam atau bentuk penulisan. Dalam akhbar terdapat penulisan jenis naratif (misalnya berita), deskriptif (misalnya rencana tentang lawatan atau pelancongan), ekspositori (misalnya iklan), perbincangan atau perbahasan (misalnya rencana pengarang, bahagian forum atau surat daripada pembaca. Penulisan dalam akhbar ialah contoh penulisan yang benar-benar digunakandalam kehidupan harian. Maka, guru bahasa hendaklah bijak menggunakan akhbar sebagai alat bantu mengajar, khususnya dalam aspek penulisan (Abd. Aziz Abd. Talib, 2000). 13

Akhbar juga boleh digunakan bagi aktiviti bahasa yang lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti bacaan dan kefahaman, perbincangan lisan, meringkaskan atau merumuskan pelbagai iklan pekerjaan dan iklan komersial dan mencari atau mendapatkan bahan atau maklumat untuk karangan atau esei. Kesemuanya ini bergantung kepada inisiatif guru untuk memilih bahan daripada akhbar yang benar-benar sesuai untuk pengajaran bahasa Melayu. Sungguhpun demikian, akhbar mempunyai kelemahan sendiri untuk dijadikan bahan pengajaran bahasa. Masalah ini wujud kerana kerap berlaku kesalahan hukum tatabahasa di dalam penulisan akhbar. Permasalahan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan penguasaan bahasa pelajar dari segi tulisan, pertuturan dan bacaan. Masalah ini juga akan mendatangkan kesan kepada guru untuk memilih potongan akhbar yang sesuai digunakan sebagai bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Kesalahan yang sering ditemui dalam penulisan akhbar ialah ayat, kata sendi nama, penggunaan imbuhan dan penggunaan kata hubung. Fenomena ini akan mendatangkan impak kepada pelajar untuk menguasai bahasa Melayu terutamanya kepada pelajar bukan Melayu. Kesalahan yang terdapat di dalam akhbar paling banyak yang ditemui ialah kesalahan kata sendi yang akan mempengaruhi pelajar dalam penulisan mereka. Masalah ini perlu diatasi agar pelajar tidak melakukan kesalahan yang sama (Wan Azizah Wan Mat Ali, 2003. h:7). Penggunaan Akhbar dalam Pengajaran Bahasa Melayu Menurut Izani Hj Daud (1999), penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran boleh digunakan untuk aktiviti lisan, penulisan dan tatabahasa. Melalui keratan akhbar yang mengandungi isu semasaa dapat membantu pelajar menambahkan pengetahuan untuk memberi fakta yang tepat jika diajukan soalan ketika ujian lisan berlangsung. Aktiviti lisan yang dijalankan dalam bilik darjah sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk yakin ketika menjawab soalan untuk ujian lisan nanti. Keratan akhbar juga bolah digunakan untuk aktiviti penulisan. Guru meminta pelajar menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam keratan akhbar dan membentangkannya dalam kelas. Tajuk keratan akhbar yang digunakan sebagai bahan pengajaran ditentukan oleh guru agar bersesuaian dengan topik pengajaran sama ada berita, rencana, ulasan, syarahan, pendapat, ekspositori dan sebagainya. Cara ini memebantu pelajar untuk menguasai cara mencari isi penting dan menulis karangan dengan teknik yang betul. Oleh kerana akhbar mengandungi kesilapan penggunaan sendi nama, maka penggunaan akhbar boleh membantu guru untuk mengajar tatabahasa. Banyak aspek tatabahasa yang boleh dimanfaatkan melalui penggunaan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pelajar boleh membuat semakan terhadap ejaan yang salah. Selain itu pelajar juga dapat memeriksa penggunaan kata, misalnya penggunaan di yang berfungsi sebagai sendi nama yang perlu dijarakkan, dan di yang berfungsi sebagai imbuhan awalan yang perlu didekatkan dalam penulisan. Kesilapan atau kekeliruan dalam penggunaan di sangat biasa dilakukan dalam media massa khususnya akhbar. Pelajarpelajar bolehlah diminta mencari kesilapan ini. Dengan cara ini secara tidak 14

langsung kesilapan yang berlaku itu akan dapat memberi kefahaman kepada pelajar untuk tidak melakukan kesilapan yang sama (Wan Azizah Wan Mat Ali, 2003. h:10). Mohammed Haron (1996), menyatakan bahawa akhbar mempunyai kelebihan untuk dimanfaatkan sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Beliau menyatakan bahawa di Malaysia pengajaran dengan menggunakan pelbagai alat visual dan bahan imbasan semakin popular. Akhbar mempunyai banyak ruangan atau sorotan yang bolah dijadiakn bahan pengajaran, contohnya ruangan kartun yang boleh diguankan sebagai bahan untuk merangsang dan menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran yang sedang berlangsung. Ini kerana kartun mempunyai pelbagai tema dan subjek yang disulami dengan humor dapat menarik minat pelajar untuk berfikir sejenak makna yang ingin disampaikan melalui lukisan kartun tersebut. Pelajar akan menjadi lebih peka terhadap perkembangan semasa yang berlaku pada masa kini. Kartun bercorak pengajaran dan mengandungi kritikan sosial adalah sangat sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Bahan kartun yang diperoleh melalui keratan akhbar dapat dimanfaatkan untuk pengajaran karangan. Karangan memerlukan pengeluaran idea dan daya kreatif dalam penulisan. Oleh itu, adalah wajar kartun dijadikan bahan yang dapat merangsangkan minat pelajar untuk menulis karangan. Kebijaksanaan guru memilih bahan kartun yang bersesuaian dengan tajuk karangan yang akan ditulis oleh pelajar akan menghasilkan karangan yang baik dan berkesan. Walau bagaimanapun, aktiviti pengajaran haruslah disusun dan dirancang oleh guru dengan rapi. Dengan menggunakan pelbagai kaedah semasa pengajaran karangan, guru boleh merangsang pelajar mengeluarkan idea ketika mengarang. Kaedah perbincangan dan kaedah multitask merupakan kaedah yang terbaik jika bahan kartun digunakan sebagai bahan rangsangan dalam pengajaran karangan (Wan Azizah Wan Mat Ali, 2003. h:11). CONTOH AKTIVITI 1) Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar masing-masing. 2) Minta pelajar membaca secara senyap mana-mana berita pendek kemudian minta mereka mengingati kembali. 3) Dengan menggunakan rancangan TV - minta pelajar membaca seolaholah seperti penyampai di kaca TV. 4) Setelah membentuk kumpulan, atur satu persidangan akhbar mengenai satu berita yang telah dibaca. 5) Setelah pelajar membaca sesuatu berita mengenai pertandingan sukan, kemudian minta mereka membuat ulasan selari pertandingan itu. 15

6) Buat temu ramah berdasarkan sesuatu berita dibaca. Minta pelajar membaca semua tajuk berita dari sesuatu halaman, kemudian menyebutnya secara lisan. 7) Minta pelajar membaca rencana atau tulisan bercorak pendapat, selepas itu menyatakan isi bahan yang dibaca itu. 8) Baca mana-mana berita, khususnya berkaitan sesuatu isu dari pemimpin, minta mereka menyampaikan syarahan pendek. 9) Minta pelajar meneliti iklan mengenai barangan kemudian memperagakan seolah-olah menjual barangan berkenaan. [sumber: Salbiah, Akhbar dalam darjah, 2007. http://salbiahsaldagmailsalbiah.blogspot.com/] Wan Azizah Wan Mat Ali (2003). Kesesuaian menggunakan akhbar sebagai bahan pengajaran dan pembeajaran Bahasa Melayu. Tesis Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Norazami Ibrahim. http://norazami.blogspot.com/2011/12/kad-imbasan-anggota-badan.html Salbiah, Akhbar dalam darjah, 2007. http://salbiahsaldagmail-salbiah.blogspot.com/] 16