Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

dokumen-dokumen yang mirip
Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

Suriana Mohamed Bakri Sekolah Rendah Kranji Pusat Bahasa Melayu Singapura ABSTRAK

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

Bab 2: Memahami Proses Penulisan dan Cara Menilai Karangan

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Nur Fazalina Hussin Suriana Mohamed Bakri Sekolah Rendah Kranji ABSTRAK

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

PENGAJARAN BERPASANGAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

PERANCANGAN MENGAJAR HARIAN SEKOLAH MENENGAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN KEPELBAGAIAN SUMBER DAN BAHAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

Abstrak. Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Karangan Naratif

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

HUMOR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

DARJAH 6 BAHASA MELAYU 29 JANUARI 2016

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Membudayakan Kemahiran Berfikir KEMENTERIAN 1 PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2007 BAHASA MELAYU. Kertas 1 PERATURAN PEMARKAHAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Pengajaran Kata Nama dengan Menggunakan Konsep MBBT. Abstrak

Penggunaan PetaK dalam Memperkasakan Imbuhan Pelajar. Abstrak

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

OBJEKTIF PENGENALAN

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

ARAHAN: ( )

TAHAP PENGUASAAN Mengeksperimen. 1 Menyatakan persoalan berdasarkan masalah yang dikenal pasti.

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

Oleh yang demikian, pengkaji memilih kaedah kajian lapangan dalam kajiannya. Bab

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

Rancangan Pengajaran Harian

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

SEKOLAH RENDAH UNITY

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

2.1 Butir-Butir Peribadi Pelatih/Pelajar Ruangan ini perlu diisikan dengan butir-butir peribadi pelatih/pelajar dengan lengkap.

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES KAJIAN. Nordin Tahir

ULASAN BUKU. Hasmidar Hassan, 2011, Kata Hubung Dan dan Tetapi dari Sudut Pragmatik, 201 halaman, ISBN

FU: 4.3 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105

PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGGUNAKAN ALAT BERFIKIR CoRT 1

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 TINGKATAN LIMA BAHASA MELAYU KERTAS 1

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

Padankan. Padankan. Padankan

Transkripsi:

41 Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat Zaetun Abbas zaetun_abbas@moe.edu.sg Sulastri Amat sulastri_amat@moe.edu.sg Sekolah Menengah Sembawang Abstrak Komponen jenis-jenis ayat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah pun dimasukkan dalam bahan Pakej Jauhari. Pengajaran pelbagai jenis ayat lazimnya dijalankan secara tersendiri tanpa dikaitkan dengan penggunaannya dalam penulisan karangan. Oleh itu, kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman pelajar mengenai semua jenis ayat yang ada dalam sistem Bahasa Melayu dan bagaimana penggunaan pelbagai jenis ayat dapat membantu menambah nilai dalam penulisan karangan naratif mereka. Kaedah pengajaran secara eksplisit dan penggunaan teknik S 2 TAMP 2 D diterapkan dalam kajian ini. Teknik S 2 TAMP 2 D adalah pemilihan khusus jenis-jenis ayat yang boleh membantu pelajar mengarang cerita yang menarik dari sudut bahasanya. Sampel kajian terdiri daripada 19 pelajar dari Menengah 3 Ekspres. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 84% pelajar telah menggunakan pelbagai jenis ayat (S 2 TAMP 2 D) dalam penulisan naratif mereka. 89% pelajar pula bersetuju bahawa penggunaan pelbagai jenis ayat dalam karangan naratif ini boleh membuat karangan mereka lebih menarik dan dapat menghidupkan cerita. Bagi meningkatkan kemahiran para pelajar menulis ayat berdasarkan teknik S 2 TAMP 2 D dalam karangan mereka, pengajaran susulan yang menunjukkan lebih banyak contoh boleh dijalankan. Kata Kunci: ayat, jenis, pelbagai, karangan, menulis 494 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

PENGENALAN Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan. Setiap bahasa mempunyai jumlah ayat yang tidak terhad bilangannya. Menurut Profesor Awang Sariyan, penulisan karangan yang berkesan bergantung kepada ayat yang berkesan. Salah satu syarat ayat yang berkesan adalah dari segi kepelbagaiannya. Kepelbagaian ialah kelainan bentuk yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud. Namun, maknanya tetap sama walaupun berlainan bentuk. Ini membuktikan sifat kreatif bahasa dan manusia. Dengan penggunaan pola dan jenis ayat yang pelbagai, ia dapat menghidupkan tulisan, di samping mengelakkan rasa jemu pembaca. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk: 1. meningkatkan pemahaman pelajar tentang jenis ayat; 2. mengasah kemahiran pelajar menulis pelbagai jenis ayat; dan 3. meningkatkan keyakinan pelajar menghasilkan karangan naratif yang mengandungi kepelbagaian ayat. Pernyataan Masalah Salah satu kriteria bahasa dalam komponen penulisan karangan ialah penggunaan kepelbagaian ayat. Kebanyakan pelajar tidak menggunakan pelbagai jenis ayat dalam karangan naratif mereka. Disebabkan ini, ramai yang tidak mendapat markah yang lebih baik. Kajian Lepas Kepelbagaian jenis ayat dalam penulisan karangan naratif dapat membantu pelajar mendapat markah lebih baik dalam karangan mereka. Ini adalah dengan kepelbagaian ini penulisan atau cerita yang ingin disampaikan akan menjadi lebih menarik dan memberi kesan yang mendalam kepada pembaca. 495 Seminar Bahasa Melayu 2017

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998), menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan penzahiran idea yang jelas dan tersusun. Maka itu bagi memastikan idea itu jelas dan tersusun, kita tidak dapat menolak dapatan oleh Diani Amisani (1987) yang menyatakan bahawa, oleh sebab seseorang perlu melahirkan pendapat, perasaan, pengalaman dan setiap gagasan fikiran dan konsep yang dimiliki ke dalam bentuk ayat, maka pengetahuan ini perlu dikuasai oleh pelajar sebagai prasyarat mereka menghasilkan penulisan terbaik. Menurut Willson (1980) pula, ayat-ayat ibarat batu-batu yang menjadi asas dalam binaan bangunan. Penulisan yang baik dan berkesan bermula dengan satu set binaan sintaksis atau binaan ayat yang kukuh. Seseorang penulis perlu mengetahui ayat-ayatnya, iaitu tentang apa yang boleh atau tidak boleh ditulis sebelum meledakkan idea-ideanya dalam penulisan. Khatijah Abdul Hamid (1997) pula berpendapat pelajar perlu menguasai pola-pola ayat dasar dan memahami proses penerbitan ayat-ayat yang lebih kompleks seperti ayat gabungan dan ayat pancangan seperti ayat pasif dan berbagai-bagai jenis ayat seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan dalam penulisan karangan. Selain daripada kemahiran yang diperlukan dalam menyusun atur alat-alat nahuan dan leksikal yang merupakan aspek mekanik yang melibatkan struktur sintaksis yang dapat dilihat dalam wacana yang dihasilkan, binaan ayat yang tepat dan berkesan akan dapat melahirkan dan menggambarkan pendapat, perasaan, idea-idea dan keintelektualan penulisnya. Kaedah Kajian Bagi pengajaran dan pembelajaran kepelbagaian ayat dalam penulisan karangan naratif, guru telah menyenaraikan jenis-jenis ayat yang sesuai digunakan bagi menghidupkan cerita. Jenis-jenis ayat yang dipilih adalah seperti seru, songsang, tanya, aktif, majmuk, pasif, penyata, dialog. Dengan 496 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

itu terciptalah teknik S 2 TAMP 2 D (sebutan STAMPD) yang membantu pelajar mengingati jenis-jenis ayat yang sesuai digunakan dalam penulisan karangan naratif. Bagi mencapai objektif pengajaran, kaedah pengajaran secara eksplisit digunakan sebagai panduan melakar rancangan pengajaran. Kaedah pengajaran eksplisit terdiri daripada lima peringkat, iaitu peringkat pengenalan, penerangan, modeling, latihan dan penutup. Aplikasi Google Doc digunakan sebagai wadah untuk memudahkan pelajar menulis ayat-ayat mereka berdasarkan templat yang disediakan dan mengubah suai atau membetulkan ayat-ayat tersebut jika perlu. Selain itu, kajian ini juga menggunakan strategi pembelajaran kooperatif agar aktiviti yang dijalankan lebih interaktif. Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Menengah 3 Ekspres (3E). Jumlah keseluruhan pelajar bagi 3E ialah 19 orang. Pemilihan subjek bagi peringkat ini dilakukan untuk meningkatkan kemahiran pelajar menerapkan kepelbagaian ayat dalam penulisan karangan naratif mereka, justeru menambah nilai aspek bahasa. Instrumen Tinjauan prapengajaran dijalankan untuk mengetahui sejauh mana pelajar tahu mengenai jenis-jenis ayat. Pelajar akan dinilai dari segi jenis-jenis ayat yang dapat dikenal pasti bentuknya dan penggunaan kepelbagaian ayat dalam penulisan mereka. Pemerhatian guru terhadap sikap dan penerimaan pelajar juga diambil kira dalam kajian ini. Maklum balas yang diterima daripada pelajar dipertimbangkan untuk mengubah suai rancangan pengajaran bagi mencapai objektif pengajaran. Selain itu, tugasan dalam bentuk kumpulan yang diberikan dapat membantu pelajar untuk saling bekerjasama dalam menghasilkan cerita pendek dengan menggunakan pelbagai jenis ayat. Penilaian dan maklum balas rakan serta guru berdasarkan senarai semak yang disediakan juga digunakan untuk memperbaik jenis-jenis ayat yang digunakan. Borang refleksi atau tinjauan pascapengajaran digunakan untuk menilai keberkesanan pengajaran. 497 Seminar Bahasa Melayu 2017

Prosedur Kajian Kajian ini dijalankan selama empat hari dan mengambil masa lebih kurang empat jam. Satu pengajaran dijalankan di dalam kelas dan tiga lagi di makmal komputer. Bagi pengajaran pertama, guru menunjukkan dua contoh petikan karangan naratif pelajar, satu contoh terhad penggunaan jenis ayatnya dan satu lagi mengandungi pelbagai jenis ayat. Guru mendapatkan respons contoh mana yang sering dibuat pelajar dan contoh mana pula yang disukai mereka. Kemudian, pelajar diingatkan kembali tentang jenis-jenis ayat yang pernah dipelajari dan diperkenalkan dengan jenis ayat yang belum diketahui, melalui perisian Powerpoint dan aplikasi Kahoot. Pelajar kemudian diberi ujian untuk mengenal pasti jenis-jenis ayat daripada lembaran kerja yang diberikan. Seterusnya, guru memperkenalkan teknik S 2 TAMP 2 D dalam pengajaran kedua dan menunjukkan contoh bagaimana menggunakan pelbagai jenis ayat untuk mengarang cerita pendek yang berkesan. Pelajar juga diberi peluang bekerja secara berkumpulan. Setiap kumpulan menggunakan Google Doc untuk mengarang cerita pendek berdasarkan tema yang sama. Sewaktu perkongsian setiap kumpulan, rakan dan guru memberikan komen mengenai kekuatan dan kelemahan kumpulan tersebut dari segi kepelbagaian ayat yang digunakan. Pelajaran ketiga mengehendaki pelajar, secara individu, untuk mengubah suai karangan naratif pertama yang telah dibuat sebelum pengajaran intervensi dengan memberi perhatian khusus kepada penggunaan pelbagai jenis ayat dalam penulisan mereka. Guru boleh memberi komen sewaktu pelajar sedang membuat tugasan mereka atau selepasnya melalui Google Doc. Pelajaran terakhir memberi peluang kepada pelajar untuk menilai cerita rakan berdasarkan senarai semak (S 2 TAMP 2 D) yang diberikan dan/atau komen melalui Google Doc. Pelajar kemudian cuba mengubah suai atau memperbaik ayatayat dalam karangan mereka. Bagi golongan pelajar yang melebihi tahap pencapaian, mereka boleh mewarnakan ayat-ayat mereka. 498 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Dapatan Kajian dan Perbincangan Dapatan kajian menunjukkan, kini para pelajar berasa lebih yakin untuk menghasilkan karangan naratif yang lebih baik dengan pengetahuan tentang pelbagai jenis ayat berdasarkan teknik S 2 TAMP 2 D. Selain itu pelajar juga lebih peka tentang jenis-jenis ayat yang boleh digunakan dalam penulisan naratif agar penulisan menjadi lebih menarik. Dapatan menunjukkan 84% pelajar mengatakan bahawa mereka telah menggunakan pelbagai jenis ayat dalam penulisan naratif. 89% pelajar bersetuju bahawa penggunaan pelbagai jenis ayat dalam karangan naratif ini boleh membuat karangan mereka lebih menarik dan dapat menghidupkan cerita. 74% juga berpendapat bahawa dengan pengetahuan tentang pelbagai jenis ayat, mereka lebih yakin untuk menghasilkan karangan naratif yang lebih baik. Jadual 1 : Respons Pelajar Adakah kamu telah menggunakan pelbagai jenis (S 2 TAMP 2 D) ayat dalam karangan kamu? Ya 84% Tidak 16% Adakah pengetahuan tentang pelbagai jenis ayat (S 2 TAMP 2 D), membuat kamu lebih yakin untuk menghasilkan karangan naratif yang lebih baik? Ya 74% Tidak 26% Adakah penggunaan pelbagai jenis ayat (S 2 TAMP 2 D) dalam karangan naratif menjadikan karangan kamu lebih menarik dan dapat menghidupkan cerita? Ya 89% Tidak 11% 499 Seminar Bahasa Melayu 2017

Jadual 2 : Penggunaan Jenis-jenis Ayat dalam Penulisan Naratif Berdasarkan Penilaian Guru Jenis-jenis Ayat Belum Mahir Mahir Seru 6 3 Songsang 15 1 Tanya 8 4 Aktif 0 9 Majmuk 0 9 Pasif 13 1 Penyata 0 9 Dialog 2 7 Dapatan daripada penilaian guru menunjukkan bahawa ramai pelajar masih menghadapi kesukaran dalam pembinaan ayat songsang dan ayat pasif. Ini mungkin disebabkan kurang pendedahan terhadap kedua-dua jenis ayat ini. Kesimpulan Penggunaan pelbagai jenis ayat dalam penulisan karangan dapat menambah nilai mutu karangan pelajar bukan sahaja dalam karangan naratif, malah dalam bentuk karangan yang lain juga. Guru boleh mengambil langkah selanjutnya untuk membantu pelajar memanfaatkan teknik S 2 TAMP 2 D dengan menunjukkan lebih banyak contoh yang menggambarkan bahagian-bahagian penting dalam penulisan karangan naratif. Nota: Guru lain yang turut terlibat dalam kajian: 1. Rahimah Januri 2. Sunita Said 500 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Rujukan Abdullah Hassan (1996). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. https://core.ac.uk/download/pdf/12222465.pdf http://studentsrepo.um.edu.my/1778/8/bab_5.pdf http://malaylanguagecentre.moe.edu.sg/qql/slot/u181/khazanah%20ilmu/seminar% 20Bahasa%20Melayu/Seminar%20Bahasa%20Melayu%202016/SBM16-29.pdf http://syafikamarul.blogspot.sg/2012/04/bahasa-remaja.html http://skogilan.blogspot.sg/2014/09/masalah-penguasaan-pembelajaran-dan.html 501 Seminar Bahasa Melayu 2017