Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

dokumen-dokumen yang mirip
Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Kod pengendalian perniagaan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Program Integriti Premium. Program Pematuhan Antirasuah

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Tatakelakuan. SCA Tatakelakuan 1

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

LONPAC INSURANCE BHD Tinjauan Insurans Euromoney 2010 Syarikat Insurans Ketiga Terbaik Keseluruhan Mengikut Rantau - Asia

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

Tatakelakuan. Pembekal

Tata Kelakuan Panasonic

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

DASAR ANTI RASUAH RGIS

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Tatakelakuan Perniagaan dan Etika

Visi. Menjadi pusat rujukan dan peneraju pembangunan modal insan koperasi yang unggul. Misi

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Pengenalan 2. Visi Misi Objektif 3. Strategi- Strategi Utama Pelan Strategik Sumber Manusia Universiti Malaysia Pahang

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX

Utusan Ketua Pegawai Eksekutif

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

DIMENSIKOOP. melibatkan aktiviti perekodan, pengkelasan, menganalisis dan mentafsir kegiatan urus niaga.

Oleh : Y. BHG. DATO MANGSOR BIN SAAD PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PENYEMAKAN TATAETIKA 2015 [KAJIAN SEMULA 1]

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI

Polisi Privasi. Pengenalan

BAB 1 Dasar Pengurusan ICT

Bab 7: Struktur Sistem

Bahagian. Penaksiran Prestasi dan Keberkesanan

POLISI PENGURUSAN TENAGA UMT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jadual Kandungan. Akta Amalan Rasuah Luar Negeri... 6 Garis panduan Kawalan Import dan Eksport... 6 Garis panduan Pemulauan Ekonomi Luar Negeri...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Nilai-Nilai dan Kode Etik Grup Pirelli

BAB 14 AUDIT DALAMAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

NILAI-NILAI DAN KODE ETIK GRUP PIRELLI

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Panasonic. Tata Kelakuan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

PENYATA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

KOD KELAKUAN. Kami sentiasa bertindak mengikut peraturan-di mana sahaja kami berada.

Nilai dan Kode Etik Pirelli Group

DIMENSIKOOP PENGAUDITAN: TANDA ARAS KEJAYAAN KOPERASI. Norhazilina Abdul Halim Maktab Koperasi Malaysia Zon Timur

STANDARD AUDIT DALAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. 1.1 Tujuan Standard Audit Dalam adalah untuk:

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAHAGIAN TUJUAN. makna. yang lain. kredit;

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

KOD TINGKAH LAKU ETIKA PERNIAGAAN. Hayati Credo, Fahami Kod Kami

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

Garis Panduan Tiga Pihak Bagi Amalan Pekerjaan Yang Adil

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD (KOTA RAJA)

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

Kesetiaan kepada Syarikat

Toll Group Kod Amalan Membantu anda menghayati Cara Toll

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

TATAKELAKUAN. Mengamalkan Nilai Kita. Mengekalkan Piawai Etika Tertinggi KEPRIHATINAN KERJA BERPASUKAN GLOBAL PENINGKATAN BERTERUSAN

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

PESANAN DARIPADA KEITH JACKSON

Transkripsi:

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Identiti Kumpulan Pirelli didasari sehimpunan nilai yang, sejak bertahun-tahun, kita berusaha untuk mengekal dan melindungi. Dalam tempoh itu, nilai-nilai ini membantu kita mengukuh dan mewarnai budaya syarikat kita dan menjadikan pertumbuhan mampan sebagai wadah pembangunan bertanggungjawab jangka panjang yang memenuhi kepentingan semua pemegang kepentingan kita. Aturan yang menuruti prinsip ini dan peraturan untuk menghindari kelakuan tidak sah dinyatakan selengkapnya dalam Kod Etika kita. Dokumen ini disebarkan secara meluas agar pekerja kita mengetahuinya dan membiasakan diri dengannya dan sesiapa juga boleh merujuknya. Dalam tindakan harian kita, kita mesti memikul tanggungjawab peribadi yang menjadi asas mana-mana peraturan untuk memastikan pematuhan yang efektif. Marco Tronchetti Provera Pengerusi Pirelli & C. SpA

Kandungan Misi 5 Nilai-nilai Kumpulan Pirelli 6 Pengenalan 8 Prinsip kelakuan 9 Sistem kawalan dalaman 11 Pemegang kepentingan 12 Pemegang saham, pelabur, dan komuniti kewangan Alam Sekitar Pelanggan Sumber manusia Pembekal dan pekerja luar Komuniti sejagat Pesaing Pematuhan Kod 15 3

Misi Didokong oleh tradisi industri yang kukuh, kini Kumpulan Pirelli merupakan peneraju dunia dalam pembuatan tayar dan berada sebaris dengan pemain bertaraf dunia lain dalam semua sektor operasinya. Melalui pembangunannya selama beberapa tahun, Kumpulan kita telah mencapai taraf antarabangsa dengan gandingan sokongan padu daripada pelbagai komuniti tempatan. Kekuatan kompetitif kita adalah hasil kepakaran profesional sumber manusia, pengetahuan teknologi dan kemampuan penyelidikan, kualiti dan tumpuan padu pada keperluan pelanggan. Natijah faktor-faktor ini membolehkan kita menghasil dan memasarkan produk berkualiti tinggi dan beroperasi dengan jaya di banyak lokasi dan dalam pelbagai pasaran di seluruh dunia. Bakat dalam inovasi dan keupayaan untuk meneraju perubahan industri mendorong kita untuk terus meningkatkan aspek kualiti dan alam sekitar serta impak sosial, seperti dalam pembangunan produk dan penyelesaian dalam sektor ekonomi hijau. Dalam perlakuan kita, kita dipandu oleh Kod Etika yang wajib diamalkan secara konsisten dan bertanggungjawab oleh setiap orang yang terlibat dengan Kumpulan Pirelli di seluruh dunia. Kecemerlangan Tadbir Urus Korporat Kumpulan yang terkenal di seluruh dunia merupakan komitmen utama dan sistematik untuk pihak pengurusan tertinggi kita. Pendekatan kita terhadap perniagaan bertujuan mencapai keseimbananoptimumantaratanggungjawabperibadidankerjaberpasukan serta strategi yang dirancang secara berpusat dan tanggungjawab operasi yang ternyahpusat pada peringkat tempatan. Pertumbuhan mampan kita natijah penciptaan nilai yang kukuh untuk pemegang saham dan pelabur secara am, dan hasil kepekaan kita terhadap kepentingan semua pihak yang berinteraksi dengan Kumpulan dan syarikat-syarikat di dalamnya. 5

Nilai-nilai Kumpulan Pirelli KESAKSAMAAN DAN KEWAJARAN Menunjukkan kesaksamaan dan kewajaran dalam menjalankan tugas semasa berurusan di dalam dan di luar syarikat. KETELUSAN Memberi laporan hasil ekonomi/kewangan yang jelas, tepat dan pada masanya dalam Kumpulan dan di luar Kumpulan. Menggalakkan perbincangan sehingga boleh menyuarakan percanggahan pendapat dengan keputusan yang dibuat pihak atasan sekiranya terdapat alternatif yang mungkin lebih baik. Bersikap terbuka terhadap pandangan berbeza dan menggalakkan perubahan. Bertukar-tukar maklumat pada semua peringkat dalam organisasi. PERTUMBUHAN MAMPAN Berusaha memastikan pertumbuhan bertanggungjawab jangka panjang dengan menyedari sepenuhnya kesalingbergantungan aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, dan dengan mengambil kira kesan sesuatu keputusan dalam suatu aspek ke atas aspek yang lain. Berusaha menjadi pemimpin Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam teknologi dan produk hijau, mendahului permintaan pasaran, berteraskan kesedaran bahawa pencapaian hari ini akan memberi faedah kepada dunia pada masa akan datang. Mengaitkan penciptaan nilai, kemajuan sosial, keprihatinan terhadap pemegang kepentingan dan taraf hidup lebih tinggi serta kualiti alam sekitar. TUMPUAN PADA PELANGGAN Memahami pasaran tempat Kumpulan Pirelli menjalankan perniagaan dan mempertimbangkan impak semua tindakan dan kelakuan anda ke atas klien. Menukar mana-mana peluang yang anda peroleh dalam kerja anda demi kepentingan pelanggan, menjangkakan keperluan mereka. TANGGUNGJAWAB DAN USAHA UNTUK MENCAPAI HASIL Berusaha dengan tekun untuk mencapai hasil dengan terlibat secara peribadi dalam merangka rancangan, membangunkannya, dan menjana hasil yang mantap. 6

KECEMERLANGAN PROFESIONAL Memiliki pengetahuan teknikal dan menggunakannya untuk mendapat manfaat dalam usaha menjadi peneraju. Menjalankan kerja anda secara teratur dan dengan gigih serta mematuhi peraturan. INOVASI Menjadi orang yang pertama menghasilkan penyelesaian produk/perkhidmatan/proses yang radikal yang boleh dilaksanakan. Mengejar kecemerlangan dan tidak menerima standard semasa sebagai memadai. Sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan proses dan sistem sedia ada. KUALITI DAN PRESTASI Memastikan kualiti produk yang maksimum serta kecemerlangan sistem dan proses pengeluaran. Mengekalkan komitmen yang tidak goyah terhadap prestasi sebagai cara memenuhi jangkaan pelanggan dari segi pelaksanaan perkhidmatan dan keselamatan. PENYEPADUAN Menghargai cara sesuatu tindakan menepati rancangan keseluruhan. Bekerjasama antara dan dalam fungsi demi mencapai matlamat sepunya. Meningkatkan kecekapan dan memudahkan perubahan sambil memastikan pertindihan kerja kekal minimum. KELAJUAN Mengetahui bahawa penyelesaian yang menangani keperluan pemegang kepentingan harus disegerakan, dengan mengenal pasti keperluan pada peringkat awal. Bertindak cepat terhadap keperluan pembangunan, mengenal pasti penyelesaian terbaik secara efektif 7

Pengenalan KumpulanPirelli menjalankan operasi dalaman dan luarannya menurut prinsip yang dinyatakan dalam Kod Etika ( Kod ), dengan kepercayaan bahawa etika perniagaan perlu diusahakan bersama kejayaan perniagaan. Mana-mana pengarah, juruaudit statutori, pengurus dan pekerja dalam Kumpulan Pirelli dan, secara umumnya, sesiapa sahaja di Itali dan di luar negara yang bekerja untuk atau bagi pihak Kumpulan Pirelli, atau mempunyai urusan perniagaan dengannya ( Penerima Kod ) mesti, dalam menjalankan fungsi dan tanggungjawab mereka, mematuhi prinsip dan peraturan dalam Kod ini. 8

Prinsip kelakuan Integriti, ketelusan, kejujuran, dan kewajaran hendaklah membentuk tindakan Kumpulan Pirelli. Khususnya, Kumpulan Pirelli: berusaha mencapai kecemerlangan dan daya saing dalam pasaran dengan menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang memberikan respons yang efektif kepada keperluan pelanggan; memastikan tindakan benar-benar telus kepada semua pemegang kepentingan tanpa menjejaskan kerahsiaan yang wujud dalam menjalankan perniagaan dan memastikan operasi perdagangan yang kompetitif: atas sebab ini, Penerima Kod ini mesti mematuhi segala kerahsiaan berhubung maklumat yang diperoleh atau didapati atau apabila menjalankan tugas mereka; berusaha untuk memperjuangkan persaingan yang adil, suatu keperluan penting dalam mengejar kepentingan sendiri dan suatu jaminan bagi semua pengendali pasaran, untuk pelanggan, dan untuk pemegang kepentingan secara amnya; menghindari dan mengecam pelaksanaan mana-mana kelakuan yang menyalahi undang-undang atau dalam apa jua cara tidak wajar sebagai cara untuk mencapai matlamat ekonomi, justeru matlamat ekonomi hendaklah dicapai hanya melalui kecemerlangan prestasi dari segi inovasi, kualiti, dan kemampanan ekonomi, sosial dan alam sekitar; melindungi dan membangunkan sumber manusia; mengamalkan prinsip peluang sama rata di tempat kerja tanpa mengira jantina, taraf perkahwinan, kecenderungan seksual, agama, pandangan politik dan kesatuan sekerja, warna kulit, keturunan etnik, warganegara, umur, dan kecacatan; mengusahakan dan menyokong perlindungan hak asasi manusia yang diisytiharkan secara antarabangsa; menggunakan sumber secara bertanggungjawab, konsisten dengan matlamat untuk mencapai pembangunan mampan, mengambil berat terhadap alam sekitar dan hak generasi akan datang; 9

tidak akan bertolak ansur dengan rasuah dalam sebarang samaran atau bentuk, atau dalam mana-mana bidang kuasa, atau meskipun di tempat yang aktiviti tersebut dibenarkan secara amalan, diterima, atau tidak disabitkan di mahkamah. Atas sebab ini, Penerima Kod dilarang menawarkan hadiah percuma atau faedah lain yang boleh dianggap pelanggaran peraturan, atau berkonflik dengan Kod, atau mungkin, jika dibawa kepada perhatian umum, menjejaskan Kumpulan Pirelli atau reputasinya; mempertahankan dan melindungi aset korporatnya dan hendaklah mendapatkan cara mengelakkan tindakan penggelapan wang, kecurian dan penipuan terhadap Kumpulan; melindungi dan menjamin reputasi korporat, yang merupakan aset tidak ketara syarikat dan Kumpulan, dan reputasi semua pekerja luarnya, yang menuntut kelakuan yang selaras dengan objektif ini daripadanya, juga bagi memelihara budaya korporat yang diamalkan oleh set nilai yang mencerminkan sifat tersendiri Kumpulan Pirelli; mengecam usaha mengejar kepentingan peribadi dan/atau kepentingan pihak ketiga yang menjejaskan kepentingan sosial; komited, dalam Kumpulan dan dalam urusannya di luar Kumpulan, mematuhi dan mencapai pematuhan undang-undang kebangsaan setempat, yang sesuai dengan peranannya sebagai anggota yang aktif dan bertanggungjawab dalam masyarakat tempat ia beroperasi; mewujudkan mekanisme organisasi yang menghalang pelanggaran peraturan dan prinsip ketelusan, kewajaran, dan kesaksamaan oleh pekerjanya dan pekerja bukan kakitangan, dan ia memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi dan dilaksanakan. 10

Sistem kawalan dalaman Kecekapan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman adalah penting untuk mengendalikan perniagaan selaras dengan peraturan dan prinsip Kod ini. Sistem kawalan dalaman merujuk kepada gabungan alat, aktiviti, tatacara dan unit organisasi yang, melalui proses pengenalpastian bersepadu, pengukuran, dan pemantauan risiko utama, mencapai matlamat berikut: kecekapan dan keberkesanan operasi perniagaan, juga memastikan dokumen dan keputusan boleh dijejaki; kebolehpercayaan maklumat perakaunan dan pengurusan; pematuhan kepada undang-undang dan peraturan; perlindungan aset Syarikat. Bagi tujuan di atas, Penerima Kod dikehendaki menyumbang ke arah peningkatan berterusan sistem kawalan dalaman. Semasa menjalankan kerja mereka dan berhubung dengan aspek tanggungjawab berasingan mereka, badan kawalan dan pengawalseliaan, Audit Dalaman, dan juruaudit bebas mendapat akses langsung, secara penuh dan tidak terhad terhadap semua kakitangan, aktiviti, operasi, dokumen, arkib dan aset perniagaan. 11

Pemegang kepentingan Kumpulan Pirelli menggunakan pendekatan berbilang pemegang kepentingan, yang bermaksud bahawa ia berusaha memperoleh pertumbuhan jangka panjang dan mampan bertujuan untuk mendapat kompromi adil di antara jangkaan mereka yang berinteraksi dengan Kumpulan dan syarikat-syarikat di dalamnya. PEMEGANG SAHAM, PELABUR, DAN KOMUNITI KEWANGAN Dalam hubungannya dengan semua kelas pemegang saham, dengan pelabur institusi dan swasta, penganalisis kewangan, pengendali pasaran dan, secara umumnya, dengan komuniti kewangan, Kumpulan Pirelli benar-benar telus, mematuhi keperluan kejituan, ketepatan masa dan akses sama rata, dan berusaha memastikan penilaian wajar aset Kumpulan dapat dijalankan. ALAM SEKITAR Dalam menjalankan operasinya, Kumpulan Pirelli mengambil berat terhadap alam sekitar dan kesihatan awam. Pertimbangan utama dalam keputusan pelaburan dan perniagaan ialah kemampanan alam sekitar, dan Kumpulan menyokong pertumbuhan eko-serasi, khususnya melalui penggunaan teknologi dan kaedah pengeluaran khusus (di mana ini boleh dilaksanakan dan berdaya maju dari segi ekonomi) yang membolehkan pengurangan impak alam sekitar operasi Kumpulan, malahan dalam sesetengah kes kurang daripada had yang ditetapkan. Kumpulan menggunakan Sistem Pengurusan Alam Sekitar untuk mengawal operasinya, memilih kaedah dan teknologi pengurusan yang mengurangkan sisa dan memulihara sumber semula jadi, dan menilai impak alam sekitar langsung dan tidak langsung bagi produk dan perkhidmatannya. Kumpulan bekerjasama dengan organisasi nasional dan antarabangsa tersohor untuk mempromosi kemampanan alam sekitar di peringkat tempatan dan global. PELANGGAN Kumpulan Pirelli menyandarkan kecemerlangan produk dan perkhidmatannya kepada inovasi berterusan. Matlamatnya adalah untuk menjangka keperluan pelanggan dan memenuhi permintaan mereka dengan respons yang segera dan profesional yang disampaikan dengan wajar, sopan, dan kerjasama penuh. 12

SUMBER MANUSIA Kumpulan Pirelli mengiktiraf kepentingan sumber manusia, dan percaya bahawa kunci kejayaan dalam mana-mana perniagaan ialah input profesional daripada individu yang bekerja dalam suasana yang adil dan saling mempercayai. Kumpulan Pirelli melindungi kesihatan, keselamatan dan kebersihan industri di tempat kerja melalui sistem pengurusan yang sentiasa meningkatkan dan membangunkan, dan melalui penggalakan pendekatan kepada kesihatan dan keselamatan berasaskan pencegahan dan pengendalian risiko pekerjaan yang berkesan. Kumpulan Pirelli meletakkan hak pekerja sebagai perkara asas bagi perniagaan. Dengan prinsip yang sama, Kumpulan Pirelli mengkehendaki kelakuan yang berdasarkan saling hormat-menghormati, integriti dan maruah orang. Hubungan kerja diurus dengan meletakkan kepentingan khusus pada peluang setara, pada pelanjutan pembangunan kerjaya setiap orang dan pada pertukaran kepelbagaian mereka dengan membina persekitaran kerja yang inklusif. PEMBEKAL DAN PEKERJA LUAR Pembekal dan pekerja luar memainkan peranan penting dalam meningkatkan persaingan perniagaan. Dalam usaha mencapai kelebihan bersaingan, Kumpulan menyandarkan hubungannya dengan pembekal dan pekerja luar pada keadilan, kesaksamaan, dan memastikan peluang sama rata untuk semua pihak terlibat. Kumpulan Pirelli mewajibkan pembekal dan pekerja luarnya mematuhi prinsip dan peraturan dalam Kod ini. KOMUNITI SEJAGAT Hubungan antara Kumpulan Pirelli dan pihak berkuasa awam di peringkat tempatan, nasional dan supranasional digambarkan oleh kerjasama penuh dan aktif, ketelusan, dan pengiktirafan sewajarnya terhadap kebebasan bersama, sasaran ekonomi, dan nilai-nilai dalam Kod ini. 13

Kumpulan Pirelli berhasrat menyumbang kepada kesejahteraan dan pertumbuhan komuniti tempat Kumpulan beroperasi dengan menyediakan perkhidmatan yang cekap dan canggih. Kumpulan Pirelli mengiktiraf dan, apabila wajar, memberi sokongan kepada inisiatif pendidikan, budaya dan sosial untuk menggalakkan pembangunan peribadi dan meningkatkan taraf hidup. Kumpulan Pirelli tidak memberi sumbangan, kelebihan atau faedah lain kepada parti politik atau organisasi kesatuan sekerja, atau kepada wakil atau calon mereka, tanpa prejudis kepada pematuhannya terhadap mana-mana undang-undang berkaitan. PESAING Kumpulan Pirelli mengakui bahawa persaingan yang wajar dan adil adalah penting jika perniagaan dan pasaran hendak berkembang. Dalam menjalankan perniagaannya, ia menekankan persaingan berasaskan inovasi dan kualiti serta prestasi produknya. Syarikat-syarikat dalam Kumpulan dan semua pekerjanya harus menghindari amalan perdagangan tidak adil dan keyakinan bahawa mereka bertindak demi kepentingan Kumpulan tidak mewajarkan kelakuan yang bercanggah dengan prinsip ini dalam apa jua keadaan. 14

Pematuhan Kod KPirelli mengkehendaki bahawa kelakuan semua Penerima Kod untuk menjadi konsisten dengan prinsip umum yang disebut olehnya. Begitu juga, wajib bagi semua Penerima Kod mengelakkan sebarang tindakan yang bercanggah dengan prinsip tersebut. Kumpulan Pirelli juga mengkehendaki semua penerima Kod Etika, termasuk pekerja luar, untuk melaporkan apa-apa pelanggaran Kod Etika ini yang diketahui dengan segera dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Kumpulan berjanji bahawa ia akan menggunakan prosedur, peraturan, atau arahan untuk memastikan secara khusus bahawa nilai-nilai yang ditekankan di sini ditampilkan dalam kelakuan yang diamalkan Kumpulan, pekerjanya dan pekerja luar. Pelanggaran prinsip dan kandungan Kod ini mungkin dianggap ketaklaksanaan obligasi utama di bawah perjanjian penggajian pelaku dan/atau kontrak mereka, dan ada kemungkinan mereka akan menghadapi tindakan disiplin sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang, perjanjian bersama atau oleh kontrak. 15