Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

dokumen-dokumen yang mirip
MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

Taklimat untuk Guru BM

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Unit 5 Pendekatan Tematik

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

PAMERAN SEMINAR BAHASA MELAYU 2013

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

Pengajaran Kata Nama dengan Menggunakan Konsep MBBT. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Abstrak. Jejak Kampung Melalui Trail Shuttle T.A.S.T.E. Zamree Mustapha

PAKEJ IMBUHAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN PELAJAR

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

Penggunaan PetaK dalam Memperkasakan Imbuhan Pelajar. Abstrak

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

HUMOR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Panduan mengajar bagi e-daya Bahasa Malaysia 5

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

PENGAJARAN BERSAMA MEMPERKAYA KOSA KATA MURID. Fauziah Mohamed Ata, Guru Kanan, Bahasa Melayu Sekolah Rendah Endeavour

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 5 (KSSR)

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR. Nordin Tahir, IPG Ipoh

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

DARJAH 6 BAHASA MELAYU 29 JANUARI 2016

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

Emosi dan Perkembangan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Model Pengurusan Strategik

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

Pengenalan pedagogi. Sinopsis:

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

ASPEK TATABAHASA DALAM KURIKULUM STANDARD BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH TAHUN SATU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Sekolah Menengah)

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

KEMAHIRAN BERDIALOG TIGA BAHASA MENERUSI PEMBANGUNAN APLIKASI DIALOGUE TRILOGY GAME

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH CANBERRA

Transkripsi:

07 Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus Zarina Sidik zarina_sidik@moe.edu.sg Nur Adawiyah Rosli nur_adawiyah_rosli@moe.edu.sg Sekolah Rendah Ang Mo Kio Abstrak Murid darjah 1 mempelajari kata adjektif menerusi pelbagai kaedah untuk menyatakan sifat benda maujud di sekeliling mereka. Namun, murid masih sering menghadapi masalah memahami kata adjektif pancaindera tanpa pengalaman peribadi. Oleh itu, kajian ini bertujuan membina pengetahuan kata adjektif melalui penerokaan di taman herba dan rempah ratus. Murid menggunakan deria rasa, pandang, dengar, sentuh dan bau untuk menyatakan kata adjektif. Kaedah pengajaran secara eksplisit telah diterapkan bagi mengajar murid kata adjektif pancaindera. Murid berpeluang mempelajari kata adjektif dengan melukis apa yang dilihat di taman herba sambil menyatakan kata adjektifnya. Murid juga dapat merasa berjenis-jenis makanan untuk membezakan kata adjektifnya. Selain itu, murid turut membuat pemerhatian yang teliti bagi setiap benda maujud yang diberikan untuk menyatakan kata adjektif yang berkaitan dengan benda maujud tersebut. Berdasarkan usaha ini, dapatan awal kajian menunjukkan 80% mengetahui lebih daripada empat kata adjektif pancaindera. Melalui pembelajaran berdasarkan pengalaman ini, murid lebih berminat dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Kata Kunci: Plickers, kata adjektif, herba, rempah ratus, budaya, pembelajaran berdasarkan pengalaman 119 Seminar Bahasa Melayu 2017

PENGENALAN Pakej pengajaran kata adjektif ini bermula dengan pakej Integrasi Budaya dalam pengajaran bahasa Melayu yang dijalankan di Sekolah Rendah Ang Mo Kio. Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, murid didedahkan kepada pengajaran di luar bilik darjah. Murid dapat menggunakan deria masingmasing dalam pengajaran ini melalui lawatan ke taman herba dan rempah ratus di sekolah. Secara individu atau secara berkumpulan, murid dapat mengetengahkan kata adjektif yang baharu selain apa yang mereka tahu pada awalnya. Setiap murid berpeluang melukis apa yang dilihat di taman herba sambil menyatakan kata adjektifnya. Mereka juga dapat merasa berjenis-jenis makanan untuk membezakan kata adjektifnya. Bagi setiap benda maujud yang diberi, murid dapat memerhatikannya dan menyatakan kata adjektifnya. Alat pengajaran seperti Plickers, papan putih mini, lagu, Powerpoint, kad imbasan dan buku besar merupakan sebahagian wadah yang digunakan untuk mengajar kata adjektif. Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk: 1. membina pengetahuan kata adjektif melalui penerokaan di taman herba dan rempah ratus; dan 2. meningkatkan penguasaan kata adjektif murid melalui pancaindera. Pernyataan Masalah Pengajaran bahasa Melayu sering berpusat kepada guru dan terhad di dalam bilik darjah. Murid sukar untuk memahami kata adjektif pancaindera tanpa pengalaman peribadi atau pembelajaran berdasarkan pengalaman. Murid sekadar melakukan aktiviti pena dan pensel atau pun mendengar penerangan guru yang menyebabkan mereka rasa bosan dan tidak berminat untuk mempelajari bahasa Melayu apatah lagi menggunakannya dalam kehidupan seharian mereka. Murid sering akan beranggapan bahawa bahasa Melayu hanya dipelajari sekadar untuk memenuhi kehendak peperiksaan dan motivasi mempelajarinya ialah untuk lulus ujian dan peperiksaan. Murid juga didapati tidak dapat menggunakan pancaindera mereka untuk dijadikan sumber 120 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

pengetahuan bagi menjana kosa kata atau pun mengaitkannya dengan penggunaan kata adjektif yang sesuai. Dengan itu, pengajaran bahasa Melayu yang sering berpusat kepada guru dan terhad di dalam bilik darjah diubah melalui pendekatan pembelajaran berdasarkan pengalaman yang memerlukan murid untuk mengalami dan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran kata adjektif melalui interaksi dengan tanaman herba dan rempah ratus di taman herba. Kajian Lepas Menurut Albert Einstein, pembelajaran adalah melalui pengalaman dan perkara-perkara yang lain hanyalah informasi. Manakala Aristotle pula berpendapat kita mempelajari sesuatu dengan melaksanakannya. Bagi menyokong pendapat-pendapat ini, Sekolah Rendah Rivervale yang diketuai Mohamed Khair Johari (2012) telah menjalankan kajian untuk meningkatkan penguasaan penggunaan kata adjektif melalui pembelajaran berdasarkan pengalaman. Murid-muridnya melihat dan merasai sendiri keadaan di kantin sekolah dan taman eko sekolah mereka. Murid mengamati semua yang dilihat mereka termasuk tingkah-laku murid, suasana dan juga rasa serta bau makanan yang dijual. Kajian ini tertumpu kepada kata adjektif warna, bentuk, saiz, masa dan perasaan. Murid kemudian diminta menulis karangan dan membina ayat menggunakan kata adjektif yang dikumpulkan. Kajian ini ada pencapaian yang terhad disebabkan persiapan murid yang rendah dan penumpuan yang bercapah yang memungkinkan murid bergantung kepada bahasa Inggeris untuk membuat terjemahan. Menurut Nuraini Abdul Gapor (2014), yang menjalankan program Kembara Ilmu untuk pelajar Bahasa Melayu Lanjutan mendapati penerapan pembelajaran berasaskan pengalaman khususnya kitarannya Kitaran Pembelajaran di luar bilik darjah atau Experiential Learning Cycle, menjadikan Kembara Ilmu ini lebih bersifat holistik dengan menyentuh proses mengalami, merenung, berfikir, dan bertindak. Para pelajar dilibatkan secara aktif dari segi intelek, emosi, sosial, dan fizikal. Lantaran itu, ketiga-tiga aspek pengetahuan, tanggapan dan perasaan dapat dijana daripada hasil penulisan dan pernyataan pelajar. 121 Seminar Bahasa Melayu 2017

Berpegang kepada pandangan-pandangan ini, usaha kajian ini akan dapat membantu murid menjana idea bagi kata adjektif pancaindera dengan lebih baik lagi. Kaedah Kajian Bagi mendedahkan murid-murid kepada kata adjektif secara meluas, pengetahuan sedia ada murid mengenai kata adjektif terlebih dahulu telah dicungkil melalui perbincangan secara kelas dan latihan kata adjektif. Setelah itu, guru memilih senarai perkataan adjektif berdasarkan pancaindera yang sesuai agar murid dapat melihat kaitan kata adjektif yang ingin diajar melalui penggunaan pancaindera mereka. Oleh itu, kata adjektif yang diketengahkan oleh guru harus mudah dan dekat dengan jiwa murid. Kaedah pengajaran secara eksplisit digunakan sebagai panduan ketika melakar rancangan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. Kaedah pengajaran secara eksplisit terdiri daripada lima peringkat, iaitu peringkat pengenalan, penerangan, modeling, latihan dan penutup. Selain itu, kajian ini juga menggunakan strategi pembelajaran koperatif dan pembelajaran berdasarkan pengalaman atau experiential agar aktiviti yang dijalankan lebih interaktif dan menepati tahap murid yang pelbagai kecerdasan bersandarkan teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner dan tidak terhad kepada pembelajaran di bilik darjah sahaja. Subjek Kajian Subjek kajian terdiri daripada murid Darjah 1 Bahasa Melayu yang meliputi pelbagai tahap keupayaan. Jumlah keseluruhan murid yang terlibat ialah 20 orang. Pemilihan subjek bagi peringkat ini dilakukan untuk memberikan pendedahan kepada murid dalam kumpulan ini tentang komponen kata adjektif yang luas. Pengajaran kata adjektif ini dijadikan sebagai bahan untuk meningkatkan keupayaan murid kepada pelbagai jenis kata adjektif dan penggunaan deria mereka bagi membantu mengenal pasti kata adjektif di sekeliling mereka. Tambahan lagi, murid akan menjadi lebih kreatif, menghargai persekitaran mereka dan memerhatikan alam sekeliling mereka dengan lebih mendalam dan tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran di 122 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

dalam bilik darjah sahaja. Instrumen Kajian Murid akan dinilai dari segi pengetahuan mereka mengenal pasti kata adjektif menerusi pelbagai deria mereka. Guru telah memantau dan menilai tahap pencapaian murid secara individu melalui penggunaan IT dan lembaran kerja. Selain itu, tugasan dalam bentuk kumpulan yang diberikan dapat membantu murid untuk saling bekerjasama dalam mengenal pasti kata adjektif untuk setiap benda maujud yang diberikan dengan menggunakan kelima-lima pancaindera mereka. Kelakonan murid dapat dipantau dan dikenal pasti melalui maklum balas yang diberikan melalui IT iaitu alat Plickers yang digunakan serta kesemua aktiviti yang dilakukan di dalam bilik darjah mahupun di taman herba dan rempah ratus. Maklum balas yang dikumpulkan boleh digunakan oleh guru sebagai sandaran dan bahan rujukan dalam membantu mengubah suai rancangan pengajaran demi mencapai objektif pengajaran. Prosedur Kajian Kajian ini dijalankan selama enam minggu dan mengambil masa selama tiga jam setiap minggu. Pengajaran dijalankan di dua buah tempat yang berbeza. Setiap minggu, murid-murid akan didedahkan dengan kata adjektif yang menggunakan satu daripada lima pancaindera atau deria mereka. Pembelajaran kata adjektif dijalankan di dalam bilik darjah dan di taman herba dan rempah ratus setiap minggu. Murid-murid diperlukan menggunakan setiap deria mereka iaitu deria melihat, menghidu, menyentuh, merasa dan mendengar. Bagi menjadikan pelajaran ini menyeronokkan, pelbagai bahan pengajaran seperti kad perkataan, Plickers, papan putih, buku besar dan benda maujud digunakan. Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk permainan, siasatan dan nyanyian. Lawatan ke taman herba dan rempah ratus pula dapat mengukuhkan lagi pengetahuan mereka tentang kata adjektif. Mereka dapat menggunakan deria mereka dengan lebih baik semasa melihat tumbuh-tumbuhan dan keadaan di 123 Seminar Bahasa Melayu 2017

sana. Menerusi pengalaman ke taman herba dan rempah ratus dengan tiga cuaca yang berbeza iaitu panas, mendung dan hujan, murid-murid didapati dapat menyatakan kata adjektif yang bersesuaian dengan cuaca tersebut. Tambahan pula, setiap murid dapat meluahkan serta mengetengahkan kata adjektif melalui lukisan dan penerokaan setelah ke taman atau diberikan sebarang benda maujud. Berdasarkan hasil kerja murid, analisis dilakukan bagi melihat keberkesanan pembelajaran di luar bilik darjah dalam pembelajaran kata adjektif. Dapatan Kajian dan Perbincangan Melalui pakej pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa Melayu. Mereka mendapati pengajaran yang digabungkan dengan kunjungan ke taman herba dan rempah ratus lebih bermakna kerana mereka dapat melihat, menyentuh serta menghidu bahanbahan yang diberikan. Ini merangsang minat mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan kerja kumpulan serta lukisan yang dihasilkan murid pula, guru berupaya menilai tahap pengetahuan murid dalam mengenal pasti kata adjektif melalui kunjungan ke taman herba dan rempah ratus. Dapatan praujian menunjukkan 25% murid pada awalnya sudah dapat mengenal pasti kata adjektif sementara 30% murid tidak tahu tentang kata adjektif. Namun, setelah melalui pembelajaran dan pengajaran menggunakan kelima-lima deria mereka serta lawatan ke taman herba dan rempah ratus, 100% murid sudah dapat mengenal pasti kata adjektif dan 80% murid berjaya mengetahui 5 atau lebih kata adjektif, Rujuk Jadual 1 dan 2 di bawah ini. Jadual 1: Contoh Kata Adjektif yang Dikenal Pasti Murid No Item 1 Pedas 2 Biru 3 Harum 4 Licin 5 Pahit 6 Cantik 7 Keras 8 Nyaman 124 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

No Item Mengetahui lebih daripada 4 kata adjektif. Jadual 2: Respons murid Mengetahui lebih daripada 1 tetapi kurang daripada 5 kata adjektif Tidak tahu tentang kata adjektif 1 Praujian 25% (5) 45% (9) 30% (6) 2 Pascaujian 80% (16) 20% (4) 0 Dapatan ini menunjukkan bahawa guru boleh menggunakan teknik pembelajaran berdasarkan pengalaman yang lain selain ke taman herba dan rempah ratus. Namun, murid perlu diberikan pendedahan yang mencukupi dalam menggunakan pancaindera mereka untuk menyatakan kata adjektif yang tepat dan bersesuaian. Melalui pengajaran kata adjektif ini, guru juga dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tentang peri penting deria mereka dan penggunaan pancaindera yang berkesan dapat meningkatkan kosa kata adjektif murid-murid dalam kehidupan seharian mereka. Kesimpulan Melalui dapatan kajian ini didapati murid-murid lebih berminat dalam pembelajaran bahasa Melayu kerana mereka diberi peluang untuk menjalani sendiri pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah seperti lawatan ke taman herba dan rempah ratus yang membolehkan mereka menyentuh bahan-bahan maujud seperti daun-daun dan tanam-tanaman lain yang terdapat di luar bilik darjah. Malahan penggunaan ICT seperti Plickers juga dapat membantu guru menjalankan penilaian dengan seronok dan berkesan. Nota: Guru yang turut terlibat dalam kajian: 1. Zarinah Abdul Jalil 2. Renie Ashsyakirin Adnan 125 Seminar Bahasa Melayu 2017

Rujukan Mohamad Khair Johari et al (2012). Meningkatkan penguasaan penggunaan kata adjektif melalui pembelajaran berdasarkan pengalaman dlm kecekapan berbahasa dan penghayatan nilai dalam pendidikan abad ke-21. MLCS & CPDD. MOE Singapura Nuraini Abdul Gapor (2014) Meningkatkan keberkesanan kembara ilmu berpandukan pembelajaran berasaskan pengalaman Experiential Learning dlm menyemai bahasa menuai budi. MLCS. MOE Singapura https://www.envisionexperience.com/blog/the-benefits-of-experiential-learning 126 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna