KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH CANBERRA

dokumen-dokumen yang mirip
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

SEKOLAH RENDAH UNITY

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

Objektif taklimat ini :

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN, DARJAH 6

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

HUMOR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

OBJEKTIF PENGENALAN

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN, DARJAH 2

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

Taklimat untuk Guru BM

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR. Nordin Tahir, IPG Ipoh

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

INSTRUMEN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS GURU

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

PENGAJARAN BERPASANGAN

Suriana Mohamed Bakri Sekolah Rendah Kranji Pusat Bahasa Melayu Singapura ABSTRAK

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAHASA MELAYU KURIKULUM BAHASA MELAYU & FORMAT PEPERIKSAAN,

Manual Pelajar (Untuk Calon Sekolah Kerajaan dan Calon Sekolah Bantuan Kerajaan)

ARAHAN: ( )

Fokus Sampingan : 9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan. Aras 1 (i). Mengeja dan menulis perkataan dan ayat yang diperdengarkan.

P6 Meet-the-Parents Session (SESI TAKLIMAT P6) 23 Januari

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

Cikgu Fitri Cikgu Marhaini - Sekolah Rendah Henry Park -

PAMERAN SEMINAR BAHASA MELAYU 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN FUNGSIONAL GURU AKADEMIK

Panduan Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

DARJAH 6 BAHASA MELAYU 29 JANUARI 2016

Cikgu Norrehan Jabbar. (Guru Bahasa Melayu - P2) - Sekolah Rendah Henry Park -

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM

NOTA PENGURUSAN GRAFIK BMM 3033E- PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. Konsep Pentaksiran, Pengujian, dan Penilaian. Kaedah Penilaian Bahasa

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Unit 5 Pendekatan Tematik

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Nur Fazalina Hussin Suriana Mohamed Bakri Sekolah Rendah Kranji ABSTRAK

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

Taklimat Bahasa Melayu Darjah

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

Peranan Guru Peranan Murid Sebelum Sebelum Semasa Semasa Selepas Selepas

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

TAKLIMAT. 3 Mac 2018

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pentaksiran Kerja Kursus Projek (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Padankan. Padankan. Padankan

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

Selamat Datang ke Majlis Taklimat. Darjah Januari 2016

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun :3 1. Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Ibadah) 2. Kelas 3 Maju 3. Tarikh/Hari 17 Jamadilawal 1436

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

Transkripsi:

SEKOLAH RENDAH CANBERRA 1

PROGRAM DIKIR BARAT DALAM DARJAH SEKOLAH RENDAH CANBERRA PENGENALAN Berdasarkan keputusan Ujian CA1 2010, pencapaian kefahaman murid Darjah 4 kurang memuaskan. Para guru yang mengajar Darjah 4 mendapati bahawa murid lebih gemar berbahasa Inggeris dan sebahagian daripada mereka terdiri daripada murid yang bukan berbangsa Melayu. Kosa kata murid didapati agak terhad. Lantas, seni persembahan dikir barat dipilih sebagai program kurikulum berasaskan sekolah untuk merangsang murid dalam pembelajaran dan meningkatkan kemahiran mereka dalam Bahasa Melayu. OBJEKTIF PROGRAM 2. Di akhir program ini, murid Darjah 4 dapat: a) memahami makna kosa kata yang terdapat dalam seni kata lagu; b) memberikan makna perkataan seerti dan seiras; c) memberikan makna perkataan berlawan dan berpasang; d) memahami mesej dalam lagu dikir barat; dan e) membuat persembahan dikir barat. PERANCANGAN PROGRAM 3. Seni persembahan dikir barat dipilih sebagai program KBS kerana seni kata dikir barat boleh digunakan sebagai bahan pembelajaran bahasa Melayu. Program KBS dijalankan sebagai program pengayaan pada Penggal 2 dan 3 untuk semua murid Darjah 4. Dua jenis pendekatan yang digunakan adalah: a) aktiviti dijalankan di bilik muzik, bilik serbaguna atau dewan yang melibatkan murid secara aktif; dan b) aktiviti dijalankan dalam kelas masing-masing secara individu dan berkumpulan. PELAKSANAAN PROGRAM Praaktiviti 4. Murid digalakkan mencari maklumat mengenai dikir barat secara kendiri di internet atau perpustakaan. Mereka juga digalakkan menonton klip video persembahan dikir barat di internet. Di akhir aktiviti ini, murid perlu melengkapkan penyusun grafik. 2

Aktiviti Penggal 2: Minggu 1-3 5. Pada minggu pertama, murid berbincang secara kumpulan mengenai maklumat yang telah mereka perolehi daripada internet. Kemudian, mereka menonton tiga klip video sebelum diperkenalkan kepada sebuah lagu dikir juara dari Kelantan. Pada minggu kedua dan ketiga, murid mempelajari ketiga-tiga peranan dalam persembahan dikir barat, iaitu Tok Juara, Awak-awak dan Jurupaluan. Pada akhir minggu ketiga murid-murid membuat sebuah persembahan dikir barat. Aktiviti Penggal 3: Minggu 4-7 6. Pada minggu keempat, murid mencari makna perkataan kata seerti dan berlawan dan frasa yang terkandung dalam seni kata dikir barat. Pada minggu kelima pula, murid mengenal pasti idea utama dan mesej seni kata tersebut untuk meningkatkan kemahiran membaca dan pemahaman mereka. Di akhir kedua-dua aktiviti ini, murid akan mengisi borang renungan untuk mengimbas kembali proses pembelajaran mereka. Pada minggu keenam dan ketujuh, murid diberikan seni kata yang kedua. Murid akan melakukan proses yang sama seperti pada minggu ke lima dan keenam. PENILAIAN PROGRAM Peningkatan Pencapaian Murid 7. Guru menggunakan alat penilaian seperti senarai semak, borang renungan dan lembaran kerja untuk memantau pembelajaran murid. Guru juga merekodkan pencapaian murid melalui pemerhatian semasa aktiviti dijalankan. Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, Program Dikir Barat Dalam Darjah didapati berjaya merangsang minat murid. Seni kata lagu yang digunakan telah memperkaya kosa kata murid. Murid juga lebih mampu mengenal pasti idea utama dan mesej yang terkandung dalam seni kata dikir barat itu. Pencapaian murid dalam bahagian kefahaman bagi Ujian CA2 bertambah baik. Keberkesanan Program Dikir Barat Dalam Darjah 8. Program ini telah meningkatkan kemahiran membaca dan pemahaman murid. Strategi pengajaran yang disarankan telah dapat melibatkan murid secara aktif dan meningkatkan kosa kata murid. Di samping itu, murid mampu mencari maklumat secara kendiri dan berkongsi pengetahuan bersama rakan sebaya. Pembelajaran kolaboratif telah memberi peluang untuk murid belajar bersama rakan sebaya. Murid juga berasa lebih yakin terhadap kebolehan masing-masing. Berdasarkan keputusan CA2 murid, didapati murid dapat menjawab soalan kefahaman dengan lebih baik. 3

PENAMBAHBAIKAN Cabaran 9. Tidak semua guru terlatih dalam seni dikir barat terutama dalam komponen paluan. Sekolah pula tidak mempunyai perkakas alat paluan dan perlu meminjam atau menyewa daripada kumpulan dikir barat. Selain itu, lebih banyak masa diperlukan untuk mengajar dan melatih murid membuat persembahan yang lebih memuaskan. USAHA SUSULAN 10. Pencapaian murid-murid dapat dipertingkat dengan adanya penerapan aspek budaya dan seni persembahan dalam pembelajaran. Oleh itu, program ini boleh dikembangkan lagi kepada sebuah program penulisan kreatif. Murid boleh menggunakan pengalaman membaca dan memahami seni kata untuk mengarang pantun, syair atau sajak. 4

SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM DIKIR BARAT DALAM DARJAH SENARAI SEMAK SEMASA MERANCANG DAN MEMBINA KBS Aspek Catatan Langkah 1: Meneliti Keperluan Murid meneliti keputusuan ujian/penilaian markah bahagian kefahaman dalam Ujian CA1 kurang memuaskan menjejas keputusan keseluruhan Ujian CA1 menjalankan soal selidik o melalui pemerhatian guru o melalui temu bual dengan murid o mengisi borang soal selidik ada murid yang lebih gemar berbahasa Inggeris ada murid yang bukan berbangsa Melayu pengetahuan kosa kata murid agak terhad ujian diagnostik tidak dijalankan perangkaan yang digunakan diambil daripada bahagian kefahaman kertas Ujian CA1 Langkah 2: Mengenal Pasti Objektif menentukan kemahiran yang hendak dinilai memperkayakan kosa kata murid memberi makna perkataan seerti dan seiras, berlawan dan berpasang serta memahami makna perkataan dan frasa meningkatkan kemahiran murid memahami dan mengenal pasti idea utama dan mesej yang terkandung dalam seni kata dikir barat menentukan aspek kognitif, afektif dan sikap yang hendak diambil kira dalam melakar objektif pengajaran dan pembelajaran membina keyakinan murid dengan membuat persembahan memupuk sikap bekerjasama Langkah 3: Memilih dan Menyusun Kandungan Program menentukan jenis program seni dikir barat menentukan jenis aktiviti dikir barat 5

Aspek Catatan menentukan jangka masa program 14 waktu yang dijalankan selama 7 minggu semasa Penggal 2 dan 3 Langkah 4: Memilih dan Menyusun Pengalaman Pembelajaran menyediakan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran secara aktif bilik muzik dan bilik serbaguna bilik darjah memastikan pengetahuan yang hendak dibina adanya nilai tambah dalam pembelajaran setiap murid akan terlibat dalam program secara aktif murid dapat mengaitkan penggunaan bahasa Melayu dalam persembahan seni dikir barat Langkah 5: Menilai Pencapaian Kemahiran memastikan program yang dibina dapat memenuhi kemahiran yang hendak dicapai Program Dikir Barat dalam Darjah merangsang murid untuk memahami seni kata lagu yang mereka persembahkan seni kata lagu memperkayakan kosa kata murid memastikan kemahiran yang hendak dicapai selaras dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar, bertutur dan membaca memastikan kriteria penilaian jelas penilaian kendiri, rakan sebaya dan guru Alat penilaian: pemerhatian guru, senarai semak, borang refleksi dan lembaran kerja 6

SEKOLAH RENDAH CANBERRA LAKARAN PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH Mengenal Pasti Keperluan Murid Meningkatkan penguasaan kosa kata murid Meningkatkan kemahiran membaca dan memahami teks Menetapkan Matlamat Memperkayakan kosa kata murid Melatih murid mengenal pasti idea utama dan perutusan dalam sesebuah teks Membuat persembahan dikir barat Membuka peluang kepada pembelajaran kooperatif Program Dikir Barat dalam Darjah Menentukan Program Menggunakan dikir barat sebagai kegiatan motivasi Menggunakan seni kata lagu dikir barat sebagai bahan pembelajaran Bahasa Melayu Menetapkan jangka masa yang sesuai Menetapkan kumpulan sasaran Melaksanakan Aktiviti Memilih sebuah lagu dialek Kelantan dan sebuah lagu Singapura Menjalankan aktiviti untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dan kemahiran membaca dan pemahaman murid Menilai Pencapaian Kemahiran Murid Memberi makna perkataan seerti dan berlawan dan seiras dan berpasang serta makna kosa kata Mengenal pasti idea utama dan mesej dalam seni kata dikir barat Menggunakan senarai semak dan rubrik 7

Nama Program Kumpulan Sasaran Darjah 4 Fokus Kegiatan Jangka Masa SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dikir Barat Dalam Darjah Pengayaan 14 waktu yang dijalankan dalam jangka masa 7 minggu (2 waktu setiap minggu) Kemahiran Objektif Pembelajaran Nilai Tambah Pembelajaran Mendengar, bertutur dan membaca Pada akhir program, murid dapat: 1. memberi makna kosa kata yang terdapat dalam seni kata 2. memberikan makna perkataan seerti dan seiras 3. memberikan makna perkataan berlawan dan berpasang 4. memahami mesej dalam seni kata dikir barat 5. membuat persembahan dikir barat Murid dapat: 1. menggunakan kemahiran mendengar untuk mempelajari irama lagu 2. mempelajari rentak paluan 3. menghargai seni persembahan dikir barat sebagai salah sebuah seni budaya Melayu 4. mengaitkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam persembahan dikir barat Pengenalan / Persediaan Awal (Tuning-in) a. mencari maklumat mengenai dikir barat sama ada di akhbar, malajah, buku atau internet b. digalakkan menonton video persembahan dikir barat di youtube c. mencatat maklumat dam melengkapkan senarai semak Aktiviti Minggu 1 Tajuk: Mengenali Seni Dikir Barat Induksi /Catatan Lembaran Kerja 1 Dijalankan di luar waktu kurikulum Guru memberi murid masa untuk melaksanakan aktiviti ini Guru menyediakan masa untuk murid yang tidak mempunyai komputer menggunakan komputer di makmal komputer /Catatan Video Kumpulan Seri Suri Ram 8

a. berkongsi maklumat mengenai dikir barat yang telah dikumpulkan b. menonton video sebuah persembahan dikir barat c. meneliti setiap bahagian persembahan d. memberi maklum balas mengenai persembahan yang ditayangkan oleh guru e. berbincang mengenai aspek-aspek persembahan dikir barat di Singapura f. menonton video dikir barat dari Kelantan Aktiviti a. mengenal pasti setiap peranan dan bahagian yang terdapat dalam persembahan dikir barat b. mendengar lagu dikir juara Rakan Muda nyanyian Megat Nordin c. meneliti seni kata lagu dikir juara Rakan Muda d. mempelajari irama seluruh lagu dikir juara Rakan Muda Aktiviti Minggu 2 Tajuk: Yok Berdikir Barat! (Bahagian 1) Induksi a. mendengar lagu dikir juara Rakan Muda sekali lagi b. menyanyikan lagu bersama-sama c. diperkenalkan kepada alat-alat paluan dikir barat Aktiviti Murid membentuk 3 kumpulan Kumpulan 1 a. akan mempelajari rentak paluan asas daripada guru b. 4 orang murid yang dapat memalu dengan baik akan dipilih sebagai ahli paluan Kumpulan 2 a. akan menyanyikan bahagian rangkap solo lagu dikir juara secara bergilir-gilir b. dua orang murid yang dapat menyanyikan rangkap solo dengan baik akan dipilih sebagai @ Piala Citra Dikir 2008 Video dikir barat dari Kelantan: Hikayat Dewa Mudo Video persembahan dikir barat di sebuah kampung di Kelantan Semua kelas BM Darjah 4 akan bergabung Sebelum guru memulakan Guru boleh mengkaitkan aktiviti dengan Buku Teks Mekar 4B - Unit 7: Oleh-oleh Dari Seberang, Pelajaran 2: Persembahan Dikir Barat Lembaran Kerja 2, Seni kata Rakan Muda, Audio lagu Rakan Muda /Catatan Alat-alat paluan Seni kata Rakan Muda Audio lagu Rakan Muda Semua kelas Darjah 4 akan bergabung Seni kata Rakan Muda Alat-alat paluan: i. Rebana Ibu ii. Rebana Anak iii. Marakas iv. Gong dan Canang v. Tamborin (Tok Juara) Aktiviti bagi ketiga-tiga kumpulan akan dijalankan pada masa yang sama 9

Tok Juara Kumpulan 3 a. akan mempelajari ragam untuk mengiringi nyanyian korus Awak-awak dan rangkap solo Tok Juara Aktiviti Minggu 3 Tajuk: Yok Berdikir Barat! (Bahagian 2) Induksi a. mengimbas kembali apa yang telah mereka pelajari minggu lalu b. membuat persembahan percubaan Aktiviti 1 a. akan berpecah kepada tiga kumpulan paluan, Tok Juara dan Awak-awak b. yang tidak dipilih bermain paluan atau menjadi Tok Juara akan mempelajari ragam Awak-awak c. akan terus berlatih dan mempelajari jenis paluan, irama rangkap solo dan ragam Aktiviti 2 a. bergabung dan membuat persembahan dikir barat mendendangkan lagu dikir juara Rakan Muda b. murid mencari makna perkataan/frasa, perkataan seerti dan berlawan yang terdapat dalam seni kata Aktiviti Minggu 4 Tajuk: Cabaran Minda 1 Induksi a. Murid membaca semula seni kata Rakan Muda Aktiviti 1 a. membentuk 4 kumpulan b. berbincang dengan anggota kumpulan /Catatan Seni kata Rakan Muda Alat-alat paluan Semua kelas BM Darjah 4 akan bergabung Seni kata Rakan Muda Alat-alat paluan Seni kata Rakan Muda Alat-alat paluan /Catatan Seni kata Rakan Muda Aktiviti akan dijalankan dalam kelas BM masing-masing Seni kata Rakan Muda Kertas Sebak Kamus 10

mengenai kosa kata yang terdapat dalam senikata c. setiap kumpulan akan diberikan komponen masing-masing iaitu: Kumpulan 1 Perkataan Seerti/Seiras Kumpulan 2 Perkataan Berlawan / Berpasang Kumpulan 3 Makna Perkataan Kumpulan 4 Makna Frasa d. menampal hasil perbincangan mereka di dinding kelas e. meneliti hasil kerja rakan Aktiviti 2 a. akan melengkapkan lembaran kerja kosa kata b. membuat refleksi mengenai pembelajaran mereka Aktiviti Minggu 5 Tajuk: Cabaran Minda 2 Induksi a. merujuk semula seni kata Rakan Muda b. memberi pandangan tentang idea utama dan mesej bagi setiap rangkap seni kata dikir barat Rakan Muda Aktiviti 1 a. membentuk 4 kumpulan b. berbincang dalam kumpulan c. menampal hasil perbincangan mereka di dinding d. meneliti hasil kerja rakan Aktiviti 2 a. akan melengkapkan lembaran kerja kefahaman b. membuat refleksi mengenai pembelajaran mereka Murid membuat kerja berkumpulan menggunakan strategi pembelajaran kooperatif dan kolaboratif Guru menjalankan aktiviti lintas galeri Seni kata Rakan Muda Lembaran Kerja Kosa Kata Kamus Borang Refleksi 1 Aktiviti akan dijalankan secara individu /Catatan Seni kata Rakan Muda Aktiviti akan dijalankan dalam kelas BM masing-masing Seni kata Rakan Muda Kertas Sebak menggunakan strategi pembelajaran kooperatif & kolaboratif Guru menjalankan aktiviti lintas galeri Seni kata Rakan Muda Lembaran Kerja Kefahaman Borang Refleksi 2 Aktiviti akan dijalankan secara individu 11

Aktiviti Minggu 6 Tajuk: Yok Berdikir Lagi! Induksi a. mendengar lagu dikir juara Bakti Ibu b. meneliti seni kata lagu dikir juara Bakti Ibu c. mempelajari irama seluruh lagu dikir juara Bakti Ibu Aktiviti 1 a. akan berpecah kepada tiga kumpulan, iaitu paluan, Tok Juara dan Awak-awak b. akan terus belajar memalu gendang dan ragam yang sesuai dengan lagu Aktiviti 2 a. bergabung dan membuat persembahan dikir barat b. mendendangkan lagu dikir juara Bakti Ibu. c. murid mencari makna perkataan, frasa, perkataan seerti dan berlawan yang terdapat dalam seni kata Aktiviti Minggu 7 Tajuk: Cabaran Minda 3 Induksi: a. membaca atau menyanyikan lagu Bakti Ibu b. mengimbas kembali kosa kata yang telah dipelajari pada minggu 4 dan 5 Aktiviti 1 a. membentuk 4 kumpulan b. berbincang dengan anggota kumpulan mengenai kosa kata yang terdapat dalam seni kata c. setiap kumpulan akan diberikan komponen masing-masing, iaitu: Kumpulan 1 Perkataan Seerti dan Berpasang Kumpulan 2 Makna Perkataan dan Frasa Kumpulan 3 Peribahasa dan Rangkap 1 /Catatan Seni kata Bakti Ibu Audio lagu Bakti Ibu Semua kelas BM Darjah 4 akan bergabung Seni kata Bakti Ibu Alat-alat paluan Aktiviti bagi ketiga-tiga kumpulan akan dijalankan pada masa yang sama Seni kata Bakti Ibu Alat-alat paluan /Catatan Seni kata Bakti Ibu Aktiviti akan dijalankan dalam kelas BM masing-masing Seni kata Bakti Ibu Kertas Sebak Kamus Murid membuat kerja berkumpulan menggunakan strategi pembelajaran kooperatif dan kolaboratif. Guru menjalankan aktiviti lintas galeri 12

(Korus) Kumpulan 4 Rangkap 2 & 3 (Solo) d. menampal hasil perbincangan mereka di dinding kelas e. meneliti hasil kerja rakan Aktiviti 2 a. akan melengkapkan lembaran kerja kosa kata dan kefahaman b. membuat refleksi mengenai pembelajaran mereka Seni kata Bakti Ibu Lembaran Kerja Kosa Kata dan Kefahaman Borang Refleksi 3 13

SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH BORANG MAKLUM BALAS MURID Nama: (Kumpulan: ) Tarikh: Kelas: Arahan: Lengkapkan borang maklum balas berikut. Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju No Item A Program Dikir Barat Dalam Darjah 1. 2. Program ini memperkenalkan kepada saya seni persembahan dikir barat. Saya berasa lebih berminat untuk meningkatkan kemahiran saya dalam Bahasa Melayu. B Aktiviti 3. Menambah kosa kata saya. 4. Melatih saya memahami teks dengan lebih baik. 5. 6. Melatih saya mengenal pasti mesej dalam sesebuah teks. Menggalakkan saya mendengar, bertutur, membaca dan berfikir dengan lebih baik. 7. Menarik dan mencabar minda saya. C Penilaian 8. Saya bertambah yakin dengan kerja saya. 9. Saya dapat menyemak kerja saya dengan lebih teliti. 14

SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH LEMBARAN KERJA 1 APAKAH ITU DIKIR BARAT? Nama: (Kumpulan: ) Tarikh: Kelas: Arahan: Isi penyusun grafik berikut dengan maklumat yang telah kamu cari dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya. Apakah Manakah Bagaimanakah Siapakah DIKIR BARAT A.Si.Ma.Ba.M.Bi Bilakah Mengapakah 15

Apakah video dikir barat yang telah kamu tonton? Berikan alamat lelamannya? Berikan pendapat mengenai dikir barat yang kamu tonton itu. 16

SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH ASPEK DIKIR BARAT Nama: (Kumpulan: ) Tarikh: Arahan: Isi peta minda berikut dengan maklumat yang telah dibincangkan bersama guru dan rakan-rakan. 17

SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH KOSA KATA RAKAN MUDA Nama: (Kumpulan: ) Tarikh: Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Bahagian A: Perkataan Seerti/Seiras 1. setia 6. abadi 2. haruslah 7. panduan 3. tanda 8. agar 4. berjaya 9. bangkitlah 5. ilmu 10. insan Bahagian B: Perkataan Berlawan/Berpasang 1. rakan 6. tertanam 2. setia 7. akhir 3. berjaya 8. lebih 4. utama 9. maju 5. bersatu 10. hadapan 18

Bahagian C: Makna Perkataan 1. seniman 2. sahut 3. berlengah 4. wawasan 5. peroleh Bahagian D: Makna Frasa 1. bersatu tenaga 2. curahkan bakti 3. seruan suci 19

SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH BORANG REFLEKSI 1 Nama: (Kumpulan: ) Tarikh: Anggota kumpulan saya: 1. Menunggu giliran untuk memberi pendapat. 2. Membantu antara satu sama lain. 3. Mendengar pendapat yang diberikan rakan. 4. Mengambil bahagian dalam perbincangan. Peranan saya dalam kumpulan: 1. Saya dapat berkongsi maklumat. 2. Saya dapat menggalakkan rakan saya untuk berkongsi idea. 3. Saya memuji idea rakan saya. 4. Saya dapat bertanya apabila tidak faham. 5. Saya dapat membantu rakan saya. 20

Refleksi Pembelajaran Kosa Kata: 1. Saya mencatatkan perkataan yang saya tidak faham. 2. Saya menggunakan kamus untuk mencari makna perkataan. 3. Saya mempelajari dan memahami kosa kata yang baharu. 4. Saya berasa seronok belajar Bahasa Melayu melalui dikir barat. 5. Saya berasa lebih yakin menggunakan Bahasa Melayu. 6. Saya suka pelajaran ini kerana: 7. Saya masih tidak faham mengenai perkara yang berikut: 21

SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH RAKAN MUDA Nama: (Kumpulan: ) Tarikh: Arahan: Jawab soalan yang berikut berdasarkan seni kata Rakan Muda. 1. Apakah perkara utama yang terdapat dalam rangkap pertama seni kata Rakan Muda? 2. Apakah galakan yang diberikan dalam rangkap kedua? 3. Apakah nasihat yang diberikan mengenai mencari ilmu? 4. Terangkan bagaimana kejayaan dapat dicapai. 22

SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH KOSA KATA DAN KEFAHAMAN BAKTI IBU Nama: (Kumpulan: ) Tarikh: Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Bahagian A: Perkataan Seerti/Seiras 1. cahaya 3. nyawa 2. budi 4. bagaikan Bahagian B: Perkataan Berlawan/Berpasang 1. langit 3. suci 2. penuh 4. luas Bahagian C: Makna Perkataan 1. embun 3. penyuluh 2. martabat Bahagian D: Makna Frasa 1. permata hati 2. secebis kehidupan 3. segunung kasih 23

Bahagian E: Peribahasa 1. bagaikan lilin membakar diri 2. bagaikan menatang minyak yang penuh Arahan: Jawab soalan yang berikut berdasarkan seni kata lagu Bakti Ibu. Bahagian F: Kefahaman 1. Apakah idea utama yang terdapat dalam rangkap pertama seni kata Bakti Ibu? 2. Mengapakah martabat seorang ibu itu begitu tinggi? 3. Bagaimanakah seseorang ibu itu mendidik dan mengasihi anaknya? 24

SEKOLAH RENDAH CANBERRA PROGRAM KBS DIKIR BARAT DALAM DARJAH BORANG REFLEKSI 3 BAKTI IBU Nama: (Kumpulan: ) Tarikh: Anggota kumpulan saya: 1. Menunggu giliran untuk memberi pendapat. 2. Membantu antara satu sama lain. 3. Mendengar pendapat yang diberikan rakan. 4. Semuanya mengambil bahagian dalam perbincangan. 5. Dapat menyelesaikan kerja tepat pada masanya. Peranan saya dalam kumpulan: 1. Saya berkongsi maklumat. 2. Saya menggalakkan rakan saya untuk memberi idea. 3. Saya memuji idea rakan saya. 4. Saya bertanya/mendapatkan bantuan apabila tidak faham. 5. Saya dapat membantu rakan saya. 25

Refleksi pembelajaran kosa kata dan kefahaman: 1. Saya mencatatkan perkataan yang saya tidak faham. 2. Saya menggunakan kamus untuk mencari makna perkataan. 3. Saya mempelajari dan memahami kosa kata yang baharu. 4. Saya membaca beberapa kali untuk memahami teks. 5. Saya memahami mesej yang terdapat dalam teks. 6. Saya dapat mengenal pasti idea utama. 7. Saya berasa seronok belajar bahasa Melayu melalui dikir barat. 8. Saya berasa lebih yakin menggunakan bahasa Melayu. 9. Saya suka pelajaran ini kerana: 10. Saya masih tidak faham mengenai perkara yang berikut: 26