Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

dokumen-dokumen yang mirip
Tatakelakuan. Pembekal

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Kod Tatakelakuan Jula AB

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

PEMATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Liabiliti Majikan Terma & Syarat

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

PAMPASAN PEKERJA SYARAT & TERMA

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

JENIS-JENIS TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

EICC komited untuk memperoleh input berterusan daripada pihak berkepentingan dalam pembangunan dan pelaksanaan Tata Pengendalian yang berterusan.

Penyesuaian dengan Pasaran Buruh yang Dinamik

2. Ordinan Buruh Sarawak tidak meliputi semua pekerja. Ia hanya meliputi pekerja berikut:

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Kumpulan Wood

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG PEKERJAAN UNTUK PEKERJA

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

KONTRAK PEKERJAAN. 2.2 Gaji hendaklah dibayar oleh Majikan berdasarkan sebulan sekali tidak lewat dari hari ketujuh bulan berikut.

Kod Sebut Harga: INTAN(E): 3/2017

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

ATURAN-ATURAN PEMBIAYAAN IHSAN QARDHUL HASSAN. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Pembiayaan Ihsan Qardhul Hassan Koperasi.

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

Peraturan Pelan Saham Kakitangan Wood

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

Diri Semua Risiko Terma & Syarat

dengan pilihan mereka sendiri dan hak perundingan bersama. 2.2 Pihak perusahaan menerapkan sikap terbuka terhadap aktivitas-aktivitas serikat

Insurans. Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan)

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Tatalaku. Versi ringkas. The global leader in door opening solutions

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

Garis Panduan Tiga Pihak Bagi Amalan Pekerjaan Yang Adil

Kod pengendalian perniagaan

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Yuran

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

Garis Panduan Tiga Pihak Tentang Amalan Pekerjaan Yang Adil

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Rider Ultra Medic (Rider Tambahan Pilihan) Mulakan hari ini dengan pelan perubatan kami.

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

Terma & Syarat Tawaran Penerimaan Cloud PBX TK16 Disemak pada 23 Mei 2016

TERMA & SYARAT PERADUAN

Lampiran Penerangan Produk - Pelan Perlindungan Diri Crystal Essentials

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

PruBSN Warisan. Mampukah dia berdikari tanpamu satu hari nanti?

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

Insurans Wang Terma & Syarat

Transkripsi:

Menghormati pekerja di seluruh dunia Kod Asas ETI Dokumen ini telah dipinda pada 1 April 2014 dengan membuat semakan pada fasal 6, Waktu kerja tidak berlebihan. 1. Pekerjaan dipilih dengan bebas 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan. 1.2 Pekerja tidak perlu menyerah simpan "deposit" atau dokumen pengenalan mereka dengan majikan mereka dan bebas untuk meninggalkan majikan mereka selepas memberikan notis yang munasabah. 2. Kebebasan berkesatuan dan hak tawar-menawar kolektif dihormati 2.1 Pekerja, tanpa perbezaan, mempunyai hak untuk menyertai atau membentuk kesatuan sekerja yang mereka pilih sendiri dan untuk tawar-menawar secara kolektif. 2.2 Majikan mengamalkan sikap terbuka terhadap aktiviti kesatuan sekerja dan aktiviti organisasi mereka. 2.3 Wakil pekerja tidak didiskriminasikan dan mempunyai akses untuk menjalankan fungsi wakil mereka di tempat kerja. 2.4 Apabila hak kebebasan berkesatuan dan tawar-menawar kolektif dihadkan di bawah undang-undang, majikan memudahkan dan tidak menghalang pembangunan cara yang selari untuk berkesatuan dan tawar-menawar yang berdikari dan bebas. 3. Keadaan kerja adalah selamat dan bersih 3.1 Persekitaran kerja yang selamat dan bersih akan disediakan, dengan memikirkan pengetahuan industri yang wujud dan apa-apa bahaya yang khusus. Langkahlangkah yang memadai akan diambil untuk mencegah kemalangan dan

kecederaan kepada kesihatan yang timbul daripada, berkaitan dengan atau terjadi semasa bekerja, dengan meminimumkan punca bahaya yang wujud dalam persekitaran kerja setakat yang boleh dilaksanakan dengan sewajarnya. 3.2 Pekerja akan menerima latihan kesihatan dan keselamatan yang tetap dan dirakamkan, dan latihan sedemikian akan diulang untuk pekerja yang baharu atau ditugaskan semula. 3.3 Akses kepada tandas yang bersih dan air minum, dan jika wajar, kemudahan sanitari untuk penyimpanan makanan akan disediakan. 3.4 Penginapan, apabila disediakan, hendaklah bersih, selamat dan memenuhi keperluan asas pekerja. 3.5 Syarikat yang mematuhi kod ini akan menyerahkan tanggungjawab terhadap kesihatan dan keselamatan kepada wakil pengurusan kanan. 4. Buruh kanak-kanak tidak harus digunakan 4.1 Tidak harus ada pengambilan buruh kanak-kanak yang baharu. 4.2 Syarikat akan membangunkan atau menyertai dan menyumbang kepada dasar dan program yang menyediakan peralihan sebarang kanak-kanak yang didapati melakukan buruh kanak-kanak untuk membolehkan kanak-kanak tersebut menghadiri dan kekal dalam pendidikan berkualiti sehingga dia bukan lagi kanakkanak; kanak-kanak dan buruh kanak-kanak ditakrifkan dalam lampiran. 4.3 Kanak-kanak dan orang muda yang berumur kurang daripada 18 tahun tidak harus diambil bekerja pada waktu malam atau dalam keadaan berbahaya. 4.4 Dasar dan prosedur ini hendaklah mematuhi peruntukan standard ILO yang relevan. 5. Gaji untuk sara hidup dibayar 5.1 Gaji dan faedah yang dibayar untuk minggu kerja yang standard mematuhi sekurang-kurangnya standard sah negara atau standard tanda aras industri, yang mana lebih tinggi. Bagaimanapun, gaji hendaklah sentiasa cukup untuk memenuhi keperluan asas dan memberikan sedikit pendapatan budi bicara. 5.2 Semua pekerja akan diberi maklumat bertulis dan yang boleh difahami tentang syarat pekerjaan mereka berkaitan dengan gaji sebelum mereka memulakan

pekerjaan dan tentang butiran gaji mereka untuk tempoh bayaran yang berkenaan setiap masa mereka dibayar. 5.3 Potongan daripada gaji sebagai langkah disiplin tidak akan dibenarkan dan juga apa-apa potongan daripada gaji yang tidak diperuntukkan oleh undang-undang negara tidak akan dibenarkan tanpa kebenaran yang nyata daripada pekerja yang berkenaan. Semua langkah disiplin hendaklah dirakamkan. 6. Waktu kerja tidak berlebihan 6.1 Waktu kerja mesti mematuhi undang-undang negara, perjanjian kolektif dan peruntukan 6.2 hingga 6.6 di bawah, mana-mana yang memberikan lebih perlindungan kepada pekerja. Subfasal 6.2 hingga 6.6 adalah berdasarkan standard buruh antarabangsa. 6.2 Waktu kerja, tidak termasuk kerja lebih masa, akan ditakrifkan mengikut kontrak dan tidak boleh melebihi 48 jam seminggu.* 6.3 Semua kerja lebih masa hendaklah secara sukarela. Kerja lebih masa hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawab, mengambil kira semua yang berikut: had, kekerapan dan jam kerja pekerja individu dan tenaga kerja secara keseluruhan. Ia tidak boleh digunakan untuk menggantikan pekerjaan tetap. Kerja lebih masa sentiasa akan diberikan pampasan pada kadar premium, yang disyorkan tidak kurang daripada 125% daripada kadar gaji tetap. 6.4 Jumlah jam kerja dalam mana-mana tempoh tujuh hari tidak boleh melebihi 60 jam, kecuali dirangkumi oleh fasal 6.5 di bawah. 6.5 Waktu kerja boleh melebihi 60 jam dalam mana-mana tempoh tujuh hari hanya dalam keadaan luar biasa apabila semua yang berikut dipenuhi: ini dibenarkan oleh undang-undang negara; ini dibenarkan oleh perjanjian kolektif yang dirundingkan secara bebas dengan organisasi pekerja yang mewakili sebahagian besar tenaga kerja; perlindungan yang sewajarnya diambil untuk melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja; dan majikan dapat menunjukkan bahawa keadaan luar biasa berlaku seperti puncak pengeluaran, kemalangan atau kecemasan yang tidak dijangka.

6.6 Pekerja akan diberikan sekurang-kurangnya satu hari cuti bagi setiap tempoh tujuh hari atau, apabila dibenarkan oleh undang-undang negara, dua hari cuti bagi setiap tempoh 14 hari. * Standard antarabangsa mengesyorkan pengurangan progresif waktu kerja biasa, apabila wajar, kepada 40 jam seminggu, tanpa apa-apa pengurangan dalam gaji pekerja apabila waktu kerja dikurangkan. 7. Tiada diskriminasi diamalkan 7.1 Tiada diskriminasi dalam pengambilan pekerja, pampasan, akses kepada latihan, kenaikan pangkat, penamatan perkhidmatan atau persaraan berdasarkan bangsa, kasta, negara asal, agama, umur, kehilangan upaya, jantina, status perkahwinan, orientasi seksual, keahlian kesatuan atau hubungan politik. 8. Pekerjaan tetap disediakan 8.1 Sehingga setiap takat yang mungkin, kerja yang dilakukan mestilah berdasarkan hubungan pekerjaan teriktiraf yang diwujudkan melalui amalan dan undangundang negara. 8.2 Kewajipan kepada pekerja di bawah undang-undang dan peraturan buruh atau keselamatan sosial yang timbul daripada hubungan pekerjaan tetap tidak boleh dielakkan melalui penggunaan kontrak buruh sahaja, sub kontrak atau aturan bekerja di rumah atau melalui skim perantisan di mana tidak terdapat niat sebenar untuk menyampaikan kemahiran atau menyediakan pekerjaan tetap. Sebarang kewajipan sedemikian juga tidak boleh dielakkan melalui penggunaan kontrak pekerjaan tempoh tetap yang keterlaluan. 9. Tiada perlakuan yang keras atau yang tidak berperikemanusiaan dibenarkan 9.1 Disiplin atau penderaan fizikal, ancaman penderaan fizikal, gangguan seksual atau gangguan lain dan penderaan dengan kata-kata cercaan atau bentuk intimidasi lain adalah dilarang. Peruntukan kod ini membentuk standard minimum dan bukan maksimum, dan kod ini tidak harus digunakan untuk menghalang syarikat daripada melebihi standard ini. Syarikat yang menggunakan kod ini dikehendaki mematuhi undang-undang negara dan undang-undang lain yang berkaitan serta, apabila peruntukan undang-undang dan Kod Asas ini membicarakan subjek yang sama, menggunakan peruntukan itu yang memberikan lebih perlindungan.

Perhatian: Kami berusaha sungguh-sungguh untuk memastikan terjemahan Kod Asas dan Prinsip Pelaksanaan ETI adalah seberapa lengkap dan tepat yang mungkin. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa dalam kedua-dua keadaan, dokumen dalam bahasa Inggeris akan dianggap sebagai versi rasmi.