BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

dokumen-dokumen yang mirip
BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

Pendahuluan Matlamat dan Objektif

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

Teknologi Pengajaran (2 jam)

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Katakunci : laman web, garis dan satah, tiga matra, teori konstruktivisme lima fase Needham

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan : Satu Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 1

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

Pendahuluan Kandungan Sukatan Pelajaran

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Kurikulum Kebangsaan

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 2

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam Pendidikan

Integrasi Teknologi dalam Pendidikan

Pengenalan pedagogi. Sinopsis:

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Pengenalan kepada Teknologi Animasi Digital

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

EDUP3053: Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran

PERANCANGAN ORGANISASI PENDAHULUAN TUJUAN LATAR BELAKANG ASAS PERTIMBANGAN (RASIONAL) LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK VISI MISI ISU ISU UTAMA

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

PERISIAN MULTIMEDIA PEMBELAJARAN DOA MENGGUNAKAN PENDEKATAN BERCERITA

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI SAINS TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

UPAYA PENGEMBANGAN PENDIDIKAN MELALUI PEMBELAJARAN BERBASIS MULTIMEDIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

Padankan. Padankan. Padankan

Emosi dan Perkembangan

ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Haziqah Najian bt Zakeria PISMP Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan. Konsep.

2.0 PENYATAAN MASALAH

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Peranan Industri Penerbitan terhadap Pembangunan Ekonomi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Transkripsi:

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan komputer di negara kita telah melalui satu gerakan reformasi dan pembaharuan yang canggih bersesuaian dengan perkembangan infrastukturnya. Perkembangan penggunaan komputer ini telah memberikan impak terhadap sistem pendidikan di negara. Ini ditambah pula dengan adanya sokongan yang padu daripada kerajaan, iaitu melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sokongan padu ini bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat dan juga wawasan negara ke arah Malaysia yang berdaya saing dan maju dari segi sains dan teknologi. Dalam pengajaran dan pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran yang rapi berdasarkan kepada pedagogi, kurikulum, penilaian dan bahan pengajaran merupakan kunci utama bagi menghasilkan seseorang insan yang mempunyai kepakaran, kemahiran dan rasa tanggungjawab. Ia mestilah melalui satu proses yang dilakukan sama ada oleh seorang guru, staf sokongan atau pelajar itu sendiri. Proses ini dapat dilakukan dengan menggunakan teknologi baru atau lama yang terdapat pada zaman sekarang. Penggunaan teknologi komputer pada masa hadapan merupakan titian dari cara penyampaian pengajaran konvensianal iaitu kaedah pengajaran secara talk and chalk kepada model baru pangajaran dan pembelajaran berfokuskan pelajar. Apabila proses

pengajaran dan pembelajaran berfokuskan pelajar, pembabitan pelajar adalah secara aktif. Ini dapat dilihat contohnya apabila pelajar sendiri melakukan demonstrasi di dalam kelas. Penggunaan teknologi komputer ini merupakan satu disiplin baru yang mana akan memberikan kesan yang efektif. Ini bertujuan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja berpengetahuan malah berfikiran tinggi, kreatif dan berteknologi. Penglibatan yang aktif daripada pelajar secara mental atau melalui aktiviti manipulatif dan fizikal adalah penting untuk menjamin keberkesanan pembelajaran. Untuk itu, penggunaan teknologi komputer dalam sistem pendidikan pada hari ini merupakan suatu langkah yang diyakini dapat meningkatkan tahap pemikiran pelajar. Malah penggunaannya juga dapat merangsang minat pelajar terhadap pelajaran yang dipelajari. Salah satu daripada penggunaan komputer dalam sistem pendidikan adalah melalui Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Perisian ini bukan hanya menyelitkan unsur teks semata-mata namun terdapat juga unsur-unsur grafik, audio, video, animasi dan juga interaktiviti. Gabungan kesemua unsur ini apabila disepadukan dapat menghasilkan suatu perisian yang menarik serta dapat merangsang pemikiran pelajar-pelajar. Ini kerana penggunaan teks sahaja di dalam pengajaran nyata masih gagal mengatasi konsep pengajaran yang mempunyai pergerakan atau bunyi-bunyian yang wujud di dalam sesuatu perisian. Proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia semakin mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dalam pelbagai bentuk pada masa yang singkat. Maka, gambar atau imej adalah lebih baik daripada teks kerana ia mempunyai nilai seni dan berdasarkan pengalaman semulajadi manusia. Penggunaan grafik dapat memudahkan lagi penerangan tentang sesuatu bahagian yang sukar untuk diterangkan atau difahami. Menurut Byres (1983), pelajar yang menerima pengajaran dengan hanya menyalin dan hafalan sahaja akan menjadi pelajar yang kaku, pasif, tidak kreatif dan lembab dalam mengeluarkan pandangan mereka sendiri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa komputer mampu menyumbang kepada proses pendidikan serta pelbagai bentuk yang lain. Sumbangan komputer adalah berkait rapat dengan kemahiran, pengetahuan dan komitmen pengguna itu sendiri. Oleh itu,

kebolehan dan kemampuan menggunakan komputer dengan cekap dan berkesan dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam bab ini akan merangkumi latar belakang masalah, pernyataan masalah, kepentingan perisian, objektif rekabentuk perisian dan kajian, batasan kajian dan definisi istilah. 1.2 Latar Belakang Projek Perkembangan kurikulum yang semakin kompleks memerlukan kemahiran pemikiran tinggi agar penggunaan teknologi komputer dapat merentasi pelbagai disiplin ilmu seperti Sains dan Matematik. Mengkonsepsikan semula penggunaan komputer adalah penting kerana pada dekad yang akan datang, pencerapan komputer dan telekomunikasi akan mendorong kepada pembangunan suasana realistik maya yang interaktif dan berhubungkait. Suasana pembelajaran seperti ini akan membantu pelajar dan guru menguasai kemahiran kognitif yang diperlukan untuk mensintesiskan pengetahuan dari data. Salah satu aspek yang signifikan ialah keupayaan penggunaan komputer ialah penghasilan interaksi satu dengan satu, satu dengan ramai, atau ramai dengan ramai. Dalam erti kata yang lain adalah bagi mewujudkan komunikasi di antara orang perseorangan. Dalam pendidikan Sains, adalah penting untuk memahami secara mendalam prinsip-prinsip atau konsep-konsep bagi menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku. Pemahaman pelajar terhadap konsep-konsep Sains perlu dititikberatkan bagi memastikan pelajar tersebut betul-betul memahami sesuatu tajuk dan akhirnya dapat menguasai tajuk tersebut. Perkembangan era teknologi multimedia telah memberi rangsangan hebat terhadap bidang pendidikan di Malaysia..Proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan teknologi diperbanyakkan.

Perisian multimedia yang dihasilkan merupakan salah satu usaha bagi menambahkan kuantiti perisian multimedia versi Bahasa Melayu yang telah sedia ada hari ini. Sesungguhnya penutur Bahasa Melayu adalah amat ramai, namun perisian multimedia dalam versi Bahasa Melayu adalah kurang. Masalah kekurangan perisian multimedia ini akan dapat diatasi apabila terdapatnya suatu usaha ke arah merekabentuk perisian yang dirancang dengan betul dan disusun dengan rapi sesuai dengan tahap kognitif pelajar. Perisian multimedia yang hendak dihasilkan ini bertajuk Ekosistem Terancam bagi mata pelajaran Biologi KBSM Tingkatan Empat. Ianya adalah untuk kegunaan pelajar-pelajar dalam semua peringkat sekolah khususnya pelajar-pelajar Tingkatan Empat. Di harapkan dengan adanya perisian ini akan dapat memenuhi keperluan pengguna di samping memenuhi dan menepati ciri-ciri PBK serta dapat menarik minat pelajar-pelajar, terutamanya kepada pelajar yang menghadapi masalah dari segi pemahaman terhadap tajuk ini. 1.3 Pernyataan Masalah Reformasi yang berlaku sekarang merupakan salah satu cetusan bagi melihat sistem pendidikan berupaya melahirkan warganegara yang lebih berkualiti iaitu insan yang kamil. Lantaran itu, perubahan kaedah tradisional yang berorientasikan papan tulis dan buku teks kepada penggunaan teknologi komputer telah membantu para guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam tajuk Ekosistem Terancam terdapat beberapa subtajuk iaitu kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Di dalam tajuk ini biasanya pelajar menghadapi masalah bagi menerangkan prinsip sesebuah rumah hijau yang mana berdasarkan prinsip

ini dapat menerangkan bagaimana kesan rumah hijau terhadap bumi. Begitu juga dengan penipisan lapisan ozon, pelajar akan menghadapi masalah bagaimanakah lapisan ozon terbentuk dan mengapa gas-gas yang dikeluarkan di sekeliling menyebabkan lapisan ozon semakin menipis. Tambahan pula kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah lebih kepada bentuk hafalan. Selain itu, penggunaan buku teks atau buku rujukan hanya melibatkan penggunaan gambar yang agak terhad. Kadang kala warna yang digunakan hanyalah hitam dan juga putih. Ini tentunya kurang dapat menarik minat pelajar berbanding dengan penggunaan PBK, pelajar dapat melihat dengan jelas contoh-contoh serta perbezaannya. Gambar-gambar yang terdapat di dalam buku teks juga kurang menarik minat pelajar. Ini berlaku disebabkan penggunaan gambar di dalam buku teks tidak dapat menunjukkan kesan animasi atau simulasi kepada pelajar, berbanding dengan penggunaan perisian PBK. Animasi serta simulasi dapat ditunjukkan dengan jelas, malah mempunyai interaktiviti dengan pelajar. 1.4 Objektif Pembinaan Perisian Objektif pembinaan perisian ini adalah untuk membantu pelajar memahami isi pelajaran yang abstrak dengan bantuan grafik dan video yang disediakan. Selain daripada itu, gabungan unsur-unsur multimedia dapat menarik minat pelajar. Malah di dalam perisian ini turut mengandungi latihan pengukuhan dan membuat ulangkaji. Objektif pembangunan perisian PBK ini dibahagikan kepada dua bahagian yang utama, iaitu: 1.4.1 Objektif Kajian Objektif perisian ini ialah:

i. Bagi membina sebuah perisian multimedia yang mana sesuai digunakan oleh para guru dan pelajar secara individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ii. Membina satu perisian PBK dalam Bab 10 iaitu Ekosistem Terancam bagi mata pelajaran Biologi KBSM Tingkatan Empat dengan tujuan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. iii. Membina satu perisian PBK Ekosistem Terancam yang sesuai dijadikan bahan rujukan asas oleh pelajar dan guru secara individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.4.2 Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan perisian ini adalah tertumpu kepada pelajar-pelajar Tingkatan Empat yang mengambil mata pelajaran Biologi pada peringkat Menengah Atas. Di antara objektif pengajaran dan pembelajaran bagi perisian ini adalah: i. Pelajar-pelajar dapat menerangkan prinsip-pinsip sesebuah rumah hijau. ii. Pelajar-pelajar dapat mengaitkan kesan rumah hijau dengan prinsip sebuah rumah hijau. iii. Pelajar dapat menyatakan akibat yang berlaku daripada kesan rumah hijau. iv. Pelajar dapat menerangkan bagaimana lapisan ozon terbentuk. v. Pelajar dapat menerangkan apakah fungsi lapisan ozon kepada manusia. vi. Pelajar dapat menyatakan bagaimanakah gas-gas yang terdapat di persekitaran menyebabkan lapisan ozon menipis.

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk Perisian ini merangkumi beberapa subtajuk yang berada di dalam tajuk Ekosistem Terancam. Perisian ini di bina bagi mengatasi masalah kekurangan grafik dan animasi bagi sukatan pelajaran Biologi Tingkatan Empat. Ia juga merangkumi: i. Pengertian rumah hijau. ii. Fungsi rumah hijau yang hanya terdapat di negara bermusim sahaja. iii. Penggunaan prinsip rumah hijau dalam menerangkan fenomena kesan rumah hijau. iv. Pembinaan prinsip kesan rumah hijau dalam kehidupan seharian. v. Mengenal pasti gas-gas rumah hijau, yang mana pertambahan gas-gas tersebut menyebabkan berlakunya fenomena kesan rumah hijau. vi. Maklumat tentang kesan-kesan yang berlaku akibat daripada kesan rumah hijau. vii. Pengetahuan tentang bagaimanakah sesuatu ozon itu terbentuk. viii. Tindak balas yang berlaku antara ozon dan lain-lain gas yang menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon. ix. Maklumat tentang kesan-kesan yang berlaku akibat daripada penipisan lapisan ozon Konsep yang digunakan dalam perisian ini adalah secara tutorial interaktif dengan menggunakan bahan yang sesuai di mana para pelajar sendiri mengawal sendiri perisian pembelajaran yang mereka gunakan. Pelajar-pelajar tidak boleh dipaksa mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. Mereka akan lebih tekun dan berusaha dalam mempelajari sesuatu sekiranya mereka meminati mata pelajaran tersebut. Pada masa ini guru adalah sebagai fasilitator terhadap pelajar terbabit iaitu bertindak memberi dorongan dan tunjuk ajar. Berbanding dengan cara pengajaran biasa, di mana pelajar perlu menerima apa juga kaedah atau cara yang digunakan oleh guru walaupun mereka mungkin tidak menyukainya.

Selain daripada masalah di atas, rasional pemilihan tajuk ini juga disebabkan ingin membantu pelajar bagi menguasai tajuk tersebut.