PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

dokumen-dokumen yang mirip
Pertimbangan Pengumpulan Data

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH ILMU PENDIDIKAN. ANGKA GILIRAN: MASA : 3 jam PUSAT :

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

DASAR DAN PRINSIP PERANCANGAN DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM PROGRAM PENGAJIAN JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

JENIS PENYELIDIKAN DAN PENGENALAN KEPADA PELBAGAI JENIS REKA BENTUK PENYELIDIKAN

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SENARAI TUGAS DEKAN

Taklimat untuk Guru BM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 3 BAGI PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (N44)

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

TAJUK 1: Konsep Kemahiran Belajar dan Kepentingan Kemahiran Belajar N O R D I N T A H I R I P G K A M P U S I P O H

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (1)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

ARAHAN: ( )

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1013 Psikologi Personaliti Kaedah-Kaedah Pengkajian Personaliti (Minggu 3)

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN NORDIN TAHIR IPIP

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

UNIT PRAKTIKUM IPGKBL REFLEKSI

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

ULTAN IDR!s..:>Lk1...1.:..00-' _'1 SULT.AN IDRIS EDUCATION UNIVERSI.TY KOD. : KKP3053 KURSUS : PENGURUSAN DAN KONSULTASISEKOLAH ARAHAN

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

PEGAWAI PERKHIDMATAN MEDIA DGA 32/34 PPPLD

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

UNIVERSITI PENOIOIKAN SULTAN loris

PENDIDIKAN KESIHATAN

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

Teknologi Pengajaran (2 jam)

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

PENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTRUMEN KAJIAN RINTIS SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA. Analisis Data. 9.1 Sinopsis

KECERDASAN. Azizi Yahaya PENGENALAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA BORANG SOAL SELIDIK

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SCIENCE TINGKATAN 2

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

1LMU PEIMDIDIKAIM: PEDAGOGI. Sharitah /4ln/iah /4lsagoff

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 3 BAGI PEGAWAI TADBIR UNIVERSITI (N44)

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Model Pengurusan Strategik

PENGURUSAN PRAKTIKUM DG34

Objektif Umum. Peserta dapat mengetahui mengenai: Konsep refleksi Penilaian kendiri Jurnal reflektif

JTW 104/4 JTW 101/3 PENGANTAR PENGURUSAN

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

Tatacara Kelulusan Bagi Kursus Pengajian Institusi Pendidikan Tinggi Swasta LAN-TC-01. Edisi Ke Dua. Disediakan Oleh Lembaga Akreditasi Negara

2.0 PENYATAAN MASALAH

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

Secara khususnya, kepentingan keperluan komunikasi itu dapat kita senarai seperti berikut :

STANDARD OPERATIONAL PROCEDURES, SOP KHAS MENJAYAKAN TUNTUTAN SEKOLAH BERKESAN GURU MENGAJAR MURID BELAJAR, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

Transkripsi:

TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN 1.1 Sinopsis Kursus ini memberi pengetahuan tentang kaedah penyelidikan tindakan dalam (Bidang Pengkhususan) Pendidikan Rendah. Kursus ini membincangkan pengenalan terhadap pelbagai kaedah dalam penyelidikan pendidikan, tujuan penyelidikan, ciri-ciri, pendekatan kuantitatif dan kualitatif serta etika dalam penyelidikan dalam pendidikan yang menerangkan tentang aspek penting dalam pendidikan dan kod etika. 1.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: 1. Menjelaskan penyelidikan dalam pendidikan 2. Menerangkan ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan 3. Membincangkan tentang pendekatan penyelidikan dalam pendidikan 4. Menerangkan aspek etika dalam penyelidikan pendidikan 1.3 Kerangka konsep Tajuk 1 Pengenalan kepada kaedah penyelidikan dalam pendidikan Tujuan Penyelidikan Ciri-ciri Penyelidikan Pendekatan Penyelidikan Etika dalam Penyelidikan 1

1.4 Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan Penyelidikan dalam pendidikan boleh ditakrifkan sebagai proses memperolehi pengetahuan baru melalui pengumpulan data dan maklumat untuk menyelesaikan masalah pendidikan dan seterusnya digunakan untuk meningkatkan kualiti dan amalan pendidikan. 1.4.1 Tujuan Penyelidikan dalam Pendidikan Penyelidikan tindakan mempunyai tiga tujuan: a. untuk memperbaiki kefahaman tentang amalan dan situasi amalan tersebut dilakukan; b. untuk melibatkan penyelidik dalam semua peringkat penyelidikan. c. untuk mengkaji pola tingkah laku murid, guru, pentadbir, dan pekerja sekolah, atau Institusi Pendidikan. 1.4.2 Ciri-ciri Penyelidikan Dalam Pendidikan a. Menggalakkan penglibatan/penyertaan bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu kerja/amalan mereka. b. Memerlukan usahasama (collaborative effort) di antara pihak-pihak yang terlibat. c. Merupakan proses pembelajaran yang teratur. d. Membentuk komuniti yang bersifat kritis terhadap persekitaran dan diri sendiri. e. Menggalakkan fikiran yang terbuka. f. Membantu perkembangan teori dan amalan secara serentak. g. Mewujudkan satu kumpulan manusia yang kritis dan bekerjasama dalam proses penyelidikan. h. Berkembang melalui lingkaran renungan kendiri (self-reflective spiral) satu lingkaran yang mengandungi tinjauan, perancangan, tindakan dan pemerhatian serta renungan. i. Melibatkan penyelidik menyimpan catatan atau rekod peribadi (personal journal) j. Dimulakan secara kecil-kecilan - mungkin seorang sahaja sebagai permulaan, kemudian melibatkan kumpulan kecil dan seterusnya kumpulan yang lebih besar. 2

1.4.3 Pendekatan Penyelidikan dalam Pendidikan 1.4.3.1 Pendekatan positivist (kuantitatif) Positivism atau dikenali dengan analitik empirikal merupakan satu falsafah yang berpegang kepada ilmu pengetahuan tulen atau autentik yang di dasarkan kepada pengalaman sebenar sahaja. Spekulasi metafezikal tidak boleh diambil kira. Falsafah ini menjadi pegangan mazhab behaviorisme yang hanya mengambil kira tentang tingkahlaku yang boleh dilihat sahaja. (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin. 2012) Penyelidikan kuantitatif merupakan satu kajian saintifik yang sistematik berkenaan sifatsifat kuantitatif dan fenomena serta hubungan antara keduanya menggunakan hipotesis atau teori. Tujuan penyelidikan kuantitatif adalah untuk membina dan menggunakan model Matematik, teori dan hipotesis berkaitan serta bersesuaian dengan fenomena semula jadi. Data dikumpulkan dan dibuat analisis untuk menjelaskan, menjangka dan mengawal fenomena yang menjadi perhatian. Seterusnya keadaan semasa akan diperjelaskan, diselidiki perhubungan fenomena dengan data kuantitatif serta dikaji punca dan kesannya terhadap pendidikan. Ciri-ciri penyelidikan kuantitatif a. Data yang diperolehi akan dinilai menggunakan analisis statistic yang di wakili menggunakan nombor. b. Bertujuan menguji hipotesis menggunakan prosedur secara formal c. Penggunaan kawalan untuk meminimumkan kesan faktor-faktor yang mungkin mengganggu dapatan kajian. d. Menggunakan bilangan subjek yang ramai. e. Kajian yang objektif. f. Menggunakan ujian pensil dan kertas soal selidik dan lain-lain g. Menggunakan pendekatan deduktif. 3

1.4.3.2 Pendekatan interpretif (kualitatif) Penyelidikan kualitatif merupakan suatu kaedah inkuiri dalam pelbagai disiplin akademik, secara tradisi dalam sains sosial, termasuk kajian pemasaran. Ia bermula dalam bidang sains sosial dan tingkahlaku : sosiologi, antropologi dan psikologi. Tujuan penyelidikan kualitatif adalah untuk mengumpul pemahaman yang mendalam tentang tingkahlaku manusia dan sebab-sebab yang menjadi punca tingkahlaku tersebut. Kaedah kualitatif mengkaji mengapa dan bagaimana keputusan dibuat, bukan sekadar apa, bagaimana dan bila. Penyelidikan kualitatif digunakan untuk mendapatkan celik akal mengenai sikap manusia, persepsi, tingkahlaku, system nilai, sikap ambil berat, motivasi, aspirasi, budaya dan gaya hidup. (Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin. 2012) Ciri-ciri penyelidikan kualitatif a. Tujuan: mencari kefahaman tentang interpetasi manusia mengenai fenomena. b. Dunia sebenar dilihat bersifat dinamik yang berubah mengikut persepsi manusia. c. Kawalan nilai: nilai dilihat mempunyai kesan dan seharusnya difahami dan diambil kira semasa mengendalikan dan melaporkan kajian. d. Fokus secara holistik: gambaran secara keseluruhan dicari. e. Orentasi penemuan: teori dan hipotesis terbina daripada data yang dikumpul. f. Data subjektif: data merupakan persepsi manusia dalam persekitaran di mana mereka berada. g. Instrumentasi : manusia merupakan alat utama untuk mendapatkan maklumat. h. Analisis dibuat secara induktif. 1.4.4 Etika dalam Penyelidikan dalam Pendidikan Etika dalam penyelidikan dalam pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan perlakuan penyelidik serta bagaimana penyelidik mengaitkan atau melayan sampel semasa penyelidikan dibuat. Ia adalah berkaitan dengan norma serta standard piawai berperlakuan dan bertingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh penyelidik. 4

1.4.4.1 Aspek-aspek penting dalam etika penyelidikan Terdapat tiga aspek penting dalam etika penyelidikan; a. Menjalankan kerja professional mereka dengan nilai jujur serta ikhlas, dan dengan cara demikian tidak akan membahayakan penyelidikan akan datang. b. Menghormati hak-hak dan maruah kesemua mereka yang terlibat atau menerima kesan dari penyelidikan mereka c. Memastikan seboleh mungkin menjaga kebajikan secara fizikal, sosial dan psikologikal yang mengambil bahagian dalam penyelidikan atau mereka yang akan menerima kesannya 1.3.4.2 Kod etika Penyelidik perlu menghormati hak peribadi peserta penyelidikan. Penyelidik perlu membina hubungan dengan seorang atau kumpulan sebelum mereka menyertai penyelidikan. Antara kod etika adalah : a. Kejujuran professional penyelidikan. b. Menghormati hak dan maruah peserta dan dapatkan persetujuan percuma. c. menghargai masa dan usaha mereka. d. perundingan bersama komuniti yang terlibat e. pastikan peserta sentiasa mendapat makluman f. menamatkan perhubungan dengan cara yang baik setelah kajian selesai. g. Privasi Rumusan Bab ini telah menjelaskan tentang latar belakang umum penyelidikan bermula dengan sejarah berkaitan yang menunjukkan terdapat peningkatan dan kemerosotan dalam penyelidikan. Begitu juga terdapat pengertian-pengertian yang hampir sama maknanya yang diberikan oleh tokoh-tokoh penyelidikan. Pendekatan utama dalam penyelidikan yang telah dibincangkan adalah pendekatan kualitatif dan kuantitatif yang setiap daripadanya memerlukan etika tertentu yang mesti dipatuhi oleh penyelidik. 5

Latihan Buat satu rumusan pengertian penyelidikan berdasarkan pandangan-pandangan tokoh-tokoh penyelidikan. OLL Buat satu jadual yang menunjukkan perbezaan antara pendekatan kualitatif dan pendekatan kuantitatif. Hantar kepada pensyarah anda melalui OLL atau email. 6