Tatalaku. Versi ringkas. The global leader in door opening solutions

dokumen-dokumen yang mirip
TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Tatakelakuan. Pembekal

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Kod Tatakelakuan Jula AB

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

Polisi Privasi. Pengenalan

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

PEMATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Tatakelakuan. SCA Tatakelakuan 1

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

Tatakelakuan JABIL. Integriti Di mana-mana, Setiap hari. AWAM Jabil Inc Hak Cipta Terpelihara.

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

KOD TINGKAH LAKU ETIKA PERNIAGAAN. Hayati Credo, Fahami Kod Kami

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

TATAKELAKUAN. Pilihan Yang Betul

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Rakan Sekerja yang Dihormati,

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

Tatakelakuan Perniagaan dan Etika

Kesetiaan kepada Syarikat

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

PESANAN DARIPADA KEITH JACKSON

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Ranhill Holdings Berhad KENYATAAN PRIVASI

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Polisi Privasi Smiggle

PADA TERAS KITA. Tata Kelakuan Perniagaan. Janji Kita. Pekerja Kita & Bumi Kita. Syarikat Kita. Hubungan Kita dan Industri Kita KANDUNGAN

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

TATAKELAKUAN DAVITA. ANDA HARUS MENJADI PERUBAHAN yang anda inginkan di dunia. MAHATMA GANDHI

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

TATAKELAKUAN DAN ETIKA

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

Tata Kelakuan Perniagaan

KOD KELAKUAN. Kami sentiasa bertindak mengikut peraturan-di mana sahaja kami berada.

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

suara global berkembang integriti pemimpin orang inovasi pemerkasaan kepelbagaian keghairahan hormat komitmen kejujuran tatalaku perniagaan fokus

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Kod Etika dan Peraturan Perniagaan CEMEX

Tatakelakuan & Tataetika Perniagaan Semakan: Ogos 2012

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

Garis Panduan Mengendalikan Perniagaan Kumpulan Nitto

Transkripsi:

Tatalaku Versi ringkas The global leader in door opening solutions

Tatalaku VERSI TATALAKU INI mengandungi ringkasan Tatalaku versi penuh. Ia diedarkan kepada semua pekerja. Versi penuh Tatalaku, yang telah diterima oleh semua pengurus dan pekerja yang bertugas di bahagian Pembelian, Jualan, Sumber Manusia, Kewangan/Perakaunan, wakil kesatuan dan kategori lain seperti yang ditentukan oleh bahagian masing-masing, juga telah diedarkan kepada semua pekerja dan boleh dirujuk jika perlukan penjelasan. Kedua-dua versi penuh dan versi ringkas Tatalaku disediakan dalam pelbagai bahasa serta boleh didapati di intranet ASSA ABLOY di bawah Sumber Manusia. ASSA ABLOY PERCAYA dengan bertanggung jawab pada tingkah laku sosial dan etika, dan ianya secara langsung bertaggungjawab kepada mereka yang bekerja di syarikat ini diseluruh dunia. Tambahan pula, ASSA ABLOY serta pekerja-pekerjanya mempunyai satu kewajipan terhadap semua pemegang saham untuk mengamalkan tahap integriti yang tinggi dan berurusan secara adil. Ini adalah asas dan sebab mengapa ASSA ABLOY telah mengeluarkan Tatalaku. Dengan itu, semua pekerja dikehendaki untuk mematuhi Tatalaku kita. 3

Kepada siapa Tatalaku diguna pakai? Tatalaku diguna pakai kepada semua pekerja kita. ASSA ABLOY juga mempunyai Tatalaku Rakan Kongsi Perniagaan yang diguna pakai kepada semua rakan kongsi perniagaan kita yang menawarkan produk atau perkhidmatan kepada ASSA ABLOY, atau yang terlibat atau diarahkan untuk bertindak untuk atau bagi pihak ASSA ABLOY, seperti contohnya pembekal (dan sub-kontraktor jika digunakan ketika berinteraksi dengan ASSA ABLOY), perunding, pengedar, ejen dan wakil-wakil lain. Rakan Kongsi Perniagaan juga harus dimasukkan melalui peruntukan kontrak. Pematuhan perundangan ASSA ABLOY menghormati undang-undang dan peraturan negara-negara di mana ia beroperasi. Tatalaku tidak menggantikan perundangan dan jika kedua-dua bercanggah, maka perundangan didahulukan. Jika Tatalaku menetapkan standard yang lebih tinggi daripada undang-undang sedia ada, yang sebaliknya akan diguna pakai. Tatalaku adalah sah dalam bahasa Inggeris. Sekiranya dokumen ini mempunyai versi bahasa yang berbeza, ini hendaklah dianggap sebagai terjemahan sahaja. 4

Menyatakan kebimbangan Sekiranya seseorang pekerja mempunyai kebimbangan, atau ingin membuat aduan atau melaporkan satu pelanggaran undang-undang, pengurus bahagian, wakil pengurusan tempatan atau orang tempatan yang bertanggungjawab ke atas Tatalaku, mesti dimaklumkan. Jika pekerja mendapati sukar untuk mengutarakan sesuatu isu ditempat sendiri atau dalaman, perlulah menghubungi Ibu Pejabat ASSA ABLOY melalui borang yang terdapat di laman sesawang www.assaabloy.com. Borang yang disediakan dalam Lampiran I juga boleh digunakan. Maklumat pekerja tersebut akan dirahsiakan, dan tiada pekerja akan didiskriminasikan kerana membuat laporan, dengan tujuan baik, pelanggaran Tatalaku tersebut. Pelaksanaan dan pengawasan ASSA ABLOY mengawasi pelaksanaan Tatalaku. Pencabulan akan ditangani dengan segera. Stockholm, 5 Februari 2016 Johan Molin, Presiden dan CEO Untuk berhubung dengan Ibu Pejabat ASSA ABLOY code@assaabloy.com Atau Code of Conduct function ASSA ABLOY AB Box 70340 SE-107 23 Stockholm Sweden 5

1. Etika Perniagaan 1.1 Umum ASSA ABLOY menghormati undang-undang dan peraturan negara-negara di mana ia beroperasi dan menuntut pekerja-pekerjanya berbuat demikian. ASSA ABLOY tidak menerima sebarang aktiviti rasuah, termasuk tetapi tidak terhad kepada rasuah, kepentingan peribadi, penipuan, pemerasan, penyelewengan dan sogokan haram. 1.2 Undang-undang persaingan dan antitrust ASSA ABLOY tidak terlibat dalam perjanjian atau amalan yang anti persaingan. Undang-undang antitrust dan persaingan berbeza dari negara ke negara, tetapi prinsip-prinsip utama adalah sama. Tatalaku mengenal pasti semua ini, dan Program Pematuhan Persaingan dan Antitrust ASSA ABLOY di intranet ASSA ABLOY memberikan panduan yang lebih lanjut dan terperinci. Pekerja hendaklah mengelak daripada sebarang perjanjian anti persaingan atau amalan bersepadu, pemahaman umum mahupun sebaliknya, dengan mana-mana pesaing ASSA ABLOY sebenar atau berpotensi. Juga, pertukaran maklumat yang amat sensitif antara pesaing dan pesaing berpotensi adalah menyalahi undang-undang dalam kebanyakan bidang kuasa. Perhatian khusus mesti diambil semasa menghadiri mesyuarat persatuan perdagangan. Para pekerja tidak boleh bersetuju mengenai harga jualan semula dengan penjual semula atau menetapkan harga minimum yang akan dikenakan oleh penjual semula untuk produkproduk ASSA ABLOY. Harga jualan semula maksimum atau 6

disyorkan adalah dibenarkan (sekiranya tiada tekanan yang dikenakan untuk mengikuti cadangan). Program Pematuhan Persaingan dan Antitrust ASSA ABLOY menyediakan maklumat mengenai jenis-jenis tingkah laku lain terhadap pelanggan dan rakan kongsi perniagaan yang boleh dianggap tidak sah. Sekiranya berlaku penyiasatan di tapak (serbuan di awal pagi) oleh pihak berkuasa persaingan, pekerja hendaklah bekerjasama sepenuhnya dan mematuhi arahan yang terdapat dalam Garis Panduan Serbuan Subuh ASSA ABLOY. 1.3 Anti rasuah ASSA ABLOY tidak menerima rasuah. Ini bermakna bahawa ASSA ABLOY melarang pekerja-pekerjanya daripada membuat atau meluluskan sebarang tawaran, janji, pembayaran, atau sebarang hadiah yang bernilai kepada mana-mana individu, dengan niat untuk mempengaruhi keputusan oleh individu secara tidak wajar. Demikian juga, ia juga bermakna bahawa pekerja-pekerja ASSA ABLOY dilarang daripada menerima apaapa yang bernilai asalkan terdapat niat untuk mempengaruhi pembuatan keputusan mereka secara tidak wajar. Antara perkara lain, mesej-mesej utama daripada Dasar Anti Rasuah ASSA ABLOY mengandungi perkara berikut: Hiburan dan hadiah Hiburan dan hadiah sama ada diberi atau diterima harus dihadkan dalam nilai, untuk tujuan perniagaan, didokumenkan dengan baik dan munasabah. Aktiviti pembelian dan penjualan mesti dijalankan dengan penuh integriti. Dengan 7

pertimbangan berhati-hati, hiburan, hadiah dan perbelanjaan dengan nilai sederhana mungkin boleh diterima, kecuali apabila peraturan-peraturan sedemikian boleh menjejaskan keputusan transaksi perniagaan secara tidak wajar. Elakkan aktiviti-aktiviti yang boleh menimbulkan gambaran ketidakwajaran. Perbelanjaan yang melibatkan kerajaan atau pegawai awam atau pekerja, ahli politik atau individu-individu atau badan-badan awam yang lain hendaklah dipantau dengan teliti. Di kebanyakan negara, penawaran hiburan, hadiah dan perbelanjaan kepada kerajaan atau individu-individu awam adalah haram. Wakil-wakil perniagaan ASSA ABLOY mungkin bertanggungjawab terhadap salah laku rakan-rakan kongsi perniagaan yang terlibat atau diarahkan bertindak untuk atau bagi pihak ASSA ABLOY. Oleh itu, mereka hendaklah disemak dengan teliti dan digunakan hanya untuk tujuan perniagaan yang sah, pada terma yang munasabah secara komersial. Bagi mereka yang diambil untuk bertindak untuk atau bagi pihak ASSA ABLOY adalah dikehendaki mematuhi Tatalaku Rakan Kongsi Perniagaan ASSA ABLOY. Diskaun, rebat, komisen dan bonus Konsesi harga dan pampasan yang berlebihan boleh digunakan untuk memudahkan rasuah. Terma-terma pengaturan ini hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah munasabah secara komersial. 8

Pembayaran pemudahan ASSA ABLOY tidak membayar apa yang dikenali sebagai pembayaran pemudahan atau gris. Sumbangan politik ASSA ABLOY tidak membuat sumbangan politik. Penyertaan individu dalam politik, termasuk derma, tidak boleh melibatkan penggunaan dana, masa, peralatan, bekalan, kemudahan, jenama atau nama ASSA ABLOY. Sumbangan kebajikan dan penajaan ASSA ABLOY menyokong kumpulan kebajikan untuk tujuan yang sah. Derma mestilah bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan dengan cara yang menunjukkan tanggungjawab sosial korporat. Tiada sumbangan harus dibuat dengan keperluan nyata atau tersirat untuk menggunakan atau membeli mana-mana produk ASSA ABLOY. Selanjutnya, ASSA ABLOY tidak menggunakan penajaan sebagai muslihat untuk rasuah. Untuk mendapatkan panduan lanjut, lihat Dasar Anti Rasuah ASSA ABLOY dan prosedur-prosedur berkaitan pada intranet ASSA ABLOY. 9

1.4 Penipuan ASSA ABLOY tidak menerima penipuan dalam apa juga bentuk. 1.5 Rekod dan laporan Integriti ASSA ABLOY dalam menyimpan rekod dan sistem pelaporan adalah teramat penting. Pekerja mestilah berhatihati untuk memastikan bahawa rekod disediakan dan dikaji semula dengan tepat dan lengkap, sama ada untuk kegunaan dalaman atau luaran. 1.6 Penyiasatan kerajaan ASSA ABLOY bekerjasama dengan sebarang penyiasatan kerajaan yang sesuai. 1.7 Percanggahan kepentingan Percanggahan kepentingan antara pekerja dan syarikat mesti dielakkan. Jika percanggahan seperti ini berlaku, jika terdapat kebimbangan ia mungkin berlaku, pekerja dikehendaki untuk memaklumkan syarikat secara bertulis dan membincangkan perkara tersebut dengan pengurus terdekat. Percanggahan kepentingan melibatkan bidang-bidang berikut: Aktiviti perniagaan luar Kepentingan kewangan diri sendiri Maklumat dalaman Mengambil kerja, membeli daripada, dan menjual kepada ahli keluarga dan kawan yang rapat. Maklumat sulit Paten, tanda dagangan dan hak cipta Perisian komputer 10

2. Komunikasi 2.1 Umum Semua komunikasi bagi pihak ASSA ABLOY, tanpa mengira mana saluran komunikasi yang digunakan, perlu selaras dengan nilai-nilai dan dasar-dasar perniagaan ASSA ABLOY. Pekerja-pekerja ASSA ABLOY mesti bersikap profesional, jujur dan tepat dan sentiasa mengekalkan kerahsiaan dalam komunikasi mereka. Maklumat korporat yang sensitif atau tidak didedahkan tidak boleh dibincangkan atau diterbitkan. Untuk mendapatkan panduan lanjut, lihat Dasar Pendedahan Luaran, Dasar Komunikasi Dalaman dan Dasar Media Sosial Global ASSA ABLOY pada intranet ASSA ABLOY. 2.2 Perutusan e-mail dan penggunaan internet Komunikasi e-mail hendaklah diuruskan dalam cara yang sama seperti komunikasi perniagaan bertulis lain yang berkenaan dengan kandungan, bahasa rasmi dan pengendalian dokumen. E-mail dan fungsi internet hanya boleh digunakan untuk tujuan syarikat dan dari itu semua pergerakan perutusan adalah hak milik syarikat. Di beberapa negara, ASSA ABLOY bertanggungjawab dari segiundang-undang untuk melindungi syarikat dan pekerja daripada penggunaan peralatan ini secara tidak wajar. Dari itu ASSA ABLOY berhak mengawasi penggunaan e-mail dan internet. 2.3 Perbualan telefon ASSA ABLOY tidak mengawasi panggilan telefon, melainkan atas sebab-sebab khusus seperti latihan. Sebarang jenis pengawasan mestilah dipersetujui terlebih dahulu antara pekerja dengan syarikat. Mana-mana orang ketiga juga akan dimaklumkan tentang pengawasan tersebut. 11

2.4 Media sosial Semua pencatatan mengenai ASSA ABLOY dalam media sosial, termasuk blog, komuniti kandungan, forum internet dan rangkaian sosial hendaklah menghormati undangundang hak cipta. Perhatian tambahan hendaklah diambil apabila berkomunikasi tentang ASSA ABLOY atau menggunakan logotip ASSA ABLOY. Hanya individu-individu tertentu akan ditugaskan untuk bertindak bagi pihak ASSA ABLOY dalam saluran media sosial. Media sosial tidak boleh digunakan dengan cara yang boleh menjejaskan reputasi ASSA ABLOY. Kandungan yang mengelirukan atau tidak adil mengenai ASSA ABLOY, rakan sekerja, pesaing atau pihak berkepentingan yang lain tidak akan disiarkan. 12

3. Hak Kemanusiaan, & Standard Tenaga Kerja 3.1 Tenaga kerja kanak-kanak ASSA ABLOY tidak menerima tenaga kerja kanak-kanak. ASSA ABLOY mengiktiraf hak setiap kanak-kanak yang patut dilindungi daripada eksploitasi ekonomi dan daripada membuat kerja yang mungkin berbahaya kepada kesihatan fizikal, mental atau rohani, memudaratkan pembangunan moral atau sosial, atau mengganggu pendidikan kanak-kanak. Kanak-kanak dalam konteks ini ialah seseorang yang di bawah umur 15 tahun, atau umur 14 tahun mengikut pengecualian untuk negara-negara membangun seperti yang dinyatakan dalam Perkara 2.4 dalam Konvensyen ILO No. 138 ke atas Umur Minimum. Jika undang-undang negara berkenaan telah menetapkan umur yang lebih tinggi, umur ini akan diguna pakai. Beberapa negara mengguna pakai definisi pekerja muda kepada mereka yang berumur lebih daripada umur minimum, yang mana mungkin terdapat sekatan dari segi undang-undang tentang jenis kerja yang dibenarkan untuk mereka. 3.2 Tenaga kerja paksaan atau yang terikat ASSA ABLOY tidak mengambil pekerja atau menerima sebarang jenis pekerja paksaan atau yang terikat, banduan atau pekerja haram. Semua pekerja harus mempunyai hak untuk meninggalkan tempat kerja dan tempat tinggal mereka (jika dibekalkan) secara bebas dalam masa waktu apabila mereka tidak bekerja. 3.3 Kebebasan kesatuan dan tawar-menawar kolektif Pekerja ASSA ABLOY mempunyai kebebasan untuk menyertai, atau tidak menyertai, kesatuan pilihan bebas mereka, serta menubuhkan kesatuan pilihan bebas mereka, menganjur dan 13

tawar-menawar secara kolektif atau perseorangan mengikut undang-undang dan peraturan tempatan. Pekerja tidak akan mempunyai risiko diganggu atau dibalas kerana mengamalkan hak-hak mereka. 3.4 Kontrak pekerja, waktu kerja dan pampasan ASSA ABLOY mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan berhubung kontrak pekerja dan waktu kerja, termasuk kerja lebih masa dan pampasan kerja lebih masa. Gaji mesti dibayar secara berkala dan mematuhi undang-undang tempatan yang diguna pakai, serta keadaan pasaran tempatan. Pekerja berhak ke atas sekurang-kurangnya satu hari cuti dalam tujuh hari bekerja dan mengambil cuti pada cuti umum dan tempatan yang rasmi. Pekerja mesti diberi cuti tahunan, cuti sakit dan cuti bersalin/cuti paterniti yang ditetapkan tanpa sebarang akibat negatif. 3.5 Diskriminasi, gangguan dan kepelbagaian ASSA ABLOY menghargai dan menggalakkan kepelbagaian dan keseimbangan jantina. ASSA ABLOY menyediakan persekitaran kerja di mana setiap pekerja patut diberi kehormatan dan penjagaan maruah, dan diberi peluang pembangunan yang adil dan seimbang. Dari itu ASSA ABLOY tidak mempunyai toleransi terhadap sebarang diskriminasi atau gangguan di tempat kerja kerana faktor bangsa, etnik, orientasi seksual, jantina, ugama, umur, kekurangan upaya, berpendapat politik, kewarganegaraan atau sebarang faktor yang berpotensi untuk mencetuskan diskriminasi. 3.6 Rekod pekerja dan perubatan Rekod pekerja dan perubatan disimpan secara rahsia dan tidak 14

akan didedahkan kepada sesiapa melainkan dikehendaki oleh undang-undang atau dengan persetujuan bertulis yang ditandatangani oleh pekerja berkenaan. Rekod kesihatan pekerja adalah rahsia dan persendirian, disimpan berasingan daripada lain-lain rekod pekerja di dalam kabinet berkunci atau tempattempat lain yang berkunci. 3.7 Minuman keras/atau penyalahgunaan dadah ASSA ABLOY bekerja secara proaktif untuk menyingkirkan sebarang bahaya di tempat kerja. Pekerja tidak harus berada di dalam premis syarikat atau di tempat kerja sekiranya mereka dipengaruhi oleh, atau terjejas dengan ketara oleh, alkohol, pada tahap di mana akan menjejaskan keupayaan pekerja untuk melaksanakan tugas kerja. ASSA ABLOY mempunyai toleransi sifar ke atas dadah, dan tidak membenarkan pekerja-pekerjanya berada di dalam premis syarikat atau di tempat kerja sekiranya mereka dipengaruhi oleh dadah. 3.8 Kepentingan pengguna ASSA ABLOY memastikan bahawa keperluan kesihatan dan keselamatan yang berkenaan dipenuhi bagi produk dan perkhidmatannya dan maklumat yang perlu dan relevan tentang produk dan perkhidmatan akan disiarkan melalui saluran yang sesuai. 3.9 Berbakti kepada masyarakat ASSA ABLOY bertindak sebagai warga korporat yang prihatin di mana sahaja ia beroperasi dan menyokong masyarakat tempatan, serantau dan antarabangsa dengan cara yang sesuai. 15

4. Persekitaran 4.1 Persekitaran dan pematuhan ASSA ABLOY hendaklah memenuhi tuntutan undangundang persekitaran dan berharap semua unit untuk mempunyai permit dan lesen persekitaran yang diperlukan untuk operasi mereka. Semua pekerja diharap menyokong dan bertanggungjawab ke atas prestasi persekitaran ASSA ABLOY. ASSA ABLOY menggalakkan pembangunan dan penyebaran teknologi mesra alam. ASSA ABLOY mewajibkan semua unit yang memberi kesan persekitaran alam untuk melaksanakan sistem pengurusan persekitaran alam yang disahkan. ASSA ABLOY terus mencari jalan untuk mengurangkan penggunaan sumber, termasuk tenaga, bahan buangan dan air, mencegah pencemaran, memastikan tahap bunyi pada tahap yang boleh diterima dan memperbaiki keseluruhan kesan persekitaran akibat daripada operasi dan produkproduk, selaras dengan rantaian nilai. Bahan-bahan kimia dan berbahaya hendaklah dilabelkan dengan betul dan disimpan dengan selamat, dan dikitar semula, digunakan semula dan dilupuskan dengan betul. Untuk mendapatkan panduan lanjut mengenai penggunaan bahan berbahaya, lihat intranet ASSA ABLOY. 16

5. Kesihatan & Keselamatan 5.1 Persekitaran kerja ASSA ABLOY bekerja secara sistematik dengan kesihatan dan keselamatan dan komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat. Risiko-risiko yang boleh menyebabkan kemalangan atau memudaratkan kesihatan dan kesejahteraan pekerja kita hendaklah dikurangkan. Oleh itu, bahaya-bahaya kesihatan dan keselamatan pekerjaan hendaklah dikenal pasti, dinilai dan diuruskan melalui proses penghapusan bahaya yang diutamakan, kawalan kejuruteraan, dan/atau kawalan pentadbiran. Persekitaran kerja yang selamat bermaksud sebagai contoh, kawasan kerja mestilah bersih dan bebas daripada pencemaran, mesin yang digunakan dalam pengeluaran adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan pekerja, dan arahan mengenai penggunaan perlindungan diri dan peralatan kerja dipatuhi. Di samping itu, persekitaran kerja hendaklah diterangi dengan sempurna, dan mempunyai suhu dan bunyi pada tahap yang boleh diterima. Apabila bunyi melebihi tahap yang boleh diterima, peralatan perlindungan diri seperti perlindungan telinga hendaklah digunakan. Semua unit mesti menyediakan bilik persalinan pakaian, bilik air dan tandas yang berasingan untuk lelaki dan wanita yang bersih dan secukupnya. Pelawat-pelawat ASSA ABLOY hendaklah menerima maklumat mengenai prinsip-prinsip kesihatan dan keselamatan kita ketika melawat kemudahan kita. 17

Kontraktor-kontraktor ASSA ABLOY adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka sendiri. Walau bagaimanapun, ASSA ABLOY memerlukan kontraktorkontraktor untuk mengambil bahagian dalam proses keselamatan ASSA ABLOY dan merancang untuk senario risiko yang berbeza. Kontraktor-kontraktor yang menemui amalan kesihatan dan keselamatan yang tidak selaras dengan prinsip-prinsip ASSA ABLOY untuk persekitaran kerja yang selamat adalah digalakkan untuk menyuarakan kebimbangan mereka. ASSA ABLOY hendaklah bekerja untuk keadaan kerja adil yang memberi motivasi kepada semua pekerja untuk melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin. 5.2 Keselamatan bangunan dan kebakaran Bahan-bahan dan peralatan berbahaya mesti disimpan mengikut peraturan dan polisi yang diguna pakai. Pintu keluar kecemasan mestilah ditanda dengan jelas. Pintu keluar kecemasan tidak boleh diadang dan ia mestilah diterangi dengan sempurna. Semua pekerja mesti mendapat maklumat mengenai peraturan keselamatan seperti pintu keluar kecemasan, pemadam api, peralatan bantuan kecemasan, dan sebagainya. Pelan untuk mengosongkan bangunan mesti dipamerkan pada setiap aras bangunan. Penggera kebakaran mesti diuji dan latihan keluar mengosongkan bangunan mesti diadakan secara berkala. 18

Lampiran I: Laporan kejadian ketidakpatuhan Saya menyedari situasi yang mungkin tidak mematuhi Tatalaku ASSA ABLOY. Keterangan konflik berpotensi atau sebenar di bawah Tatalaku: 5.3 Bantuan kecemasan dan bantuan perubatan Peralatan bantuan kecemasan mesti berada pada lokasi yang sesuai, dan sekurang-kurangnya seorang mesti berada pada setiap lokasi dan mesti dilatih dalam asas bantuan kecemasan. Doktor atau jururawat mesti dihubungi jika perlu kalau berlaku kemalangan di premis. Syarikat mesti membayar kos rawatan perubatan bagi kecederaan yang berlaku di premis jika ia tidak dibayar oleh keselamatan sosial atau insurans dengan syarat tidak melanggar peraturan keselamatan. Nama dan butiran untuk dihubungi (tidak diwajibkan): Sila hantarkan laporan ini ke: code@assaabloy.com Atau sekiranya tidak dapat dilakukan, hantar kepada: Code of Conduct function ASSA ABLOY AB Box 70340 SE-107 23 Stockholm, Sweden 20

ASSA ABLOY ialah pemimpin global dalam penyelesaian pembukaan pintu, berdedikasi dalam memberi kepuasan kepada keperluan pengguna akhir bagi keselamatan, perlindungan dan keselesaan. www.assaabloy.com ASSA ABLOY AB (Pen.) Alamat pos: P.O. Box 70340 SE-107 23 Stockholm Alamat fizikal: Klarabergsviadukten 90 Telefon: +46(0)8 506 485 00 Faks: +46(0)8 506 485 85 No. Pendaftaran: SE.556059-3575 Pejabat Berdaftar: Stockholm, Sweden www.assaabloy.com BAHASA/BAHASA MELAYU 20