Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

dokumen-dokumen yang mirip
Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

Abstrak. Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Karangan Naratif

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Abstrak. Penerapan Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Fauziah Muhamad Fadzillah Sekolah Rendah Fengshan

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Bab 2: Memahami Proses Penulisan dan Cara Menilai Karangan

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

SESI PERKONGSIAN FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN PSLE, April 2017, Sabtu

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

LAPORAN PENYELIDIKAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

SEKOLAH RENDAH UNITY

PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN

PAKEJ IMBUHAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN PELAJAR

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Convent Greenlane dan Pusat Pengajian Ilmu pendidikan, Universiti Sains Malaysia

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

MANUAL PENGGUNA - PELAJAR -

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB TIGA : KAEDAH PENYELIDIKAN

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

MODUL 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 PERATURAN PEMARKAHAN

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

Projek MTE3102E_PPG Jan2014

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

DARJAH 6 BAHASA MELAYU 29 JANUARI 2016

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

Suriana Mohamed Bakri Sekolah Rendah Kranji Pusat Bahasa Melayu Singapura ABSTRAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Pengajaran Kata Nama dengan Menggunakan Konsep MBBT. Abstrak

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

LAMPIRAN H. Nama pelajar. Tajuk Kajian. Guru Pembimbing

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH CANBERRA

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

LAPORAN AKHIR - GAYA HIDUP SIHAT

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

Padankan. Padankan. Padankan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SESI TAKLIMAT FORMAT PEPERIKSAAN PSLE, Februari 2017, Sabtu

Kajian Pengajaran: Keberkesanan Pembinaan Konflik dan Dialog dalam Penulisan Karangan. Abstrak

Transkripsi:

19 Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif Zulkifli Khamis zulkifli_b_khamis@moe.edu.sg Noor Aisyah Ahmad Sharif noor_aisyah_ahmad_sharif@moe.edu.sg Sekolah Menengah Bendemeer Abstrak Pelajar sering tidak berjaya mengingati atau menghafal frasa berbunga walaupun borang senarai gaya bahasa perbandingan telah diberi oleh guru. Kekurangan dalam menggunakan gaya bahasa perbandingan boleh menjejaskan markah karangan mereka lebih-lebih lagi jika mereka memilih untuk menulis karangan jenis deskriptif. Objektif kajian ini adalah untuk memperkenalkan empat jenis gaya bahasa perbandingan dan cara penggunaannya dan memantau keberkesanan penulisan pelajar membina frasa-frasa perbandingan dan menggunakannya dalam karangan mereka. Kajian ini melibatkan 15 orang pelajar Menengah 3 dari aliran Normal Akademik. Dapatan daripada markah praujian dan pascaujian karangan menunjukkan 100% pelajar mendapat markah yang lebih baik dalam karangan mereka. Menerusi kajian ini, pelajar diharapkan akan memahami pentingnya penggunaan gaya bahasa perbandingan untuk menambahnilai markah mereka. Namun, pelajar perlu didedahkan kepada lebih banyak aktiviti untuk membina keyakinan mereka dalam mencipta frasa-frasa tersebut. Kata Kunci: gaya bahasa perbandingan, naratif, penulisan 251

PENGENALAN Semasa peperiksaan GCE peringkat N dan O, para pelajar diberi pilihan untuk menjawab salah satu daripada tiga jenis karangan iaitu, penulisan jenis naratif, deskriptif atau ekspositori. Para pelajar sering memilih untuk menjawab soalan karangan jenis naratif ketika peperiksaan GCE Peringkat N dan O. Mereka beranggapan penulisan naratif lebih mudah dibandingkan jenis penulisan yang lain. Sering kali mereka hanya memberi perhatian kepada tajuk naratif yang diberi tanpa berusaha untuk memastikan sama ada mereka berupaya memahami tajuk dan kehendak karangan naratif tersebut. Pilihan menulis karangan deskriptif berlaku kerana pelajar kurang yakin dengan pengetahuan am mereka untuk menghasilkan karangan deskriptif yang bermutu. Kosa kata yang terbatas dan cabaran menghafal gaya bahasa perbandingan yang diberi para guru menjadi hambatan dan menjejas keyakinan mereka untuk mendapat markah yang cemerlang bagi penulisan deskriptif. Pelajar perlu diberikan bimbingan teknik cara mencipta gaya bahasa perbandingan dan menggunakannya dengan betul dalam karangan mereka. Kebolehan ini akan mengurangkan sedikit perasaan takut yang menghantui pemikiran mereka. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini adalah untuk: 1. memperkenalkan empat jenis gaya bahasa perbandingan dan cara penggunaannya; 2. memantau keberkesanan penulisan pelajar membina frasa berbunga sendiri; dan 3. membantu pelajar menjana idea mengenai gaya bahasa perbandingan yang bersesuaian dalam penulisan mereka. Pernyataan Masalah Karangan deskriptif ialah satu bentuk penulisan yang memerlukan pelajar memberikan perincian, mengenai sesuatu keadaan, situasi, suasana, orang, tempat, hal atau benda kepada pembaca agar mereka dapat merasakan, mengalami, keadaan, situasi dan hal yang sedang dibincangkan dalam penulisan tersebut. Karangan jenis deskriptif memerlukan para pelajar 252 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

menggunakan deria lihat, dengar, sentuh, hidu, rasa dan mungkin juga sifat yang sesuai dengan objek yang dinyatakan. Pelajar sedar bahawa mereka lemah dalam aspek bahasa. Kegagalan mereka untuk menghafal dan mengaplikasikan gaya bahasa perbandingan yang telah diberikan oleh guru akan menjejas kebolehan mereka untuk mewarnakan penulisan dan menunjukkan perluasan kosa kata mereka yang pelbagai. Ada juga pelajar yang hanya mampu menghafal tanpa memahami makna frasa tersebut dan menggunakan frasa-frasa tersebut dalam penulisan. Namun, penggunaannya didapati kurang tepat dan menjejas konteks situasi yang mereka hendak utarakan dalam penulisan mereka. Kajian Lepas Asmah Haji Omar (2006), mengatakan bahawa teori wacana sebenarnya merupakan lanjutan teori perlambangan yang mula diperkenalkan pada tahun 1916 oleh Ferdinand de Saussure. Menurut Saussure Lambang terbahagi kepada dua signifiant dan signifié. Significant ialah imej bunyi yang turut mengandungi imej grafik. Manakala signifié pula ialah konsep yang berkembang dan membentuk makna. Asmah (2006) juga menambah bahawa, kedua-dua maksud tersebut menghasilkan kata yang khusus pada rujukan benda yang dirujuk oleh kata. Dalam teori perlambangan, kedua-dua lambang tersebut saling memerlukan dan memiliki fungsi tertentu. Dalam kajian ini, gabungan imej dan makna yang berkesan dianggap penting dalam penghasilan karya penulisan yang berjaya menyampaikan gambaran perasaan dan peristiwa yang diingini dengan tepat. Penggunaan gaya bahasa perbandingan dianggap satu ciri penting yang dapat memantapkan lagi aspek bahasa sesebuah karya. Mutu penulisan akan meningkat sejajar dengan nilai estetika yang terkandung dalam penulisan pelajar sekiranya gaya bahasa yang dimaksudkan diaplikasikan dengan baik. Maniyamin Hj Ibrahim (2006) pula menerangkan bahawa gaya bahasa terbit daripada usaha penulis memanipulasi bahasa yang sedia ada. Manipulasi bahasa dilakukan dengan tujuan untuk mencari perkataan, ungkapan atau frasa yang sepadan dengan mesej di samping menghasilkan keindahan bunyi 253

perkataan atau ungkapan dalam karya dan menimbulkan kesegaran dan keberkesanan karya kepada pembaca atau pendengar. Proses memanipulasi bahasa inilah yang diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk secara tidak langsung memperluas lagi kosa kata mereka. Melalui latihan menyenaraikan perkataan-perkataan yang mengandungi nuansa yang sama bagi menggambarkan suatu perasaan atau suasana, pelajar mempelajari perkataan baharu melalui carian dalam kamus mahu pun daripada perkongsian rakan-rakan lain. Dengan berbekalkan frasa perbandingan yang dihasilkan menerusi proses manipulasi bahasa tadi, pelajar akan lebih yakin untuk menulis karangan naratif atau deskriptif yang dapat memberi kesan terhadap pembaca. Penulisan karangan memerlukan kreativiti bagi menghasilkan nilai estetika dan menggunakan gaya bahasa yang tersendiri. Menurut Kamsiah Hj. Abdullah (1993), antara kemahiran yang perlu ada dalam penulisan karangan ialah kebolehan menulis mengikut isi dan topik yang sesuai, isi yang mencukupi, idea yang segar dan asli, menjalin perenggan dengan baik, mempunyai pengenalan yang jelas, mampu menggunakan gaya bahasa yang berkesan dan akhir sekali mempunyai penutup yang kemas. Oleh itu, keberkesanan dalam penulisan karangan berbentuk naratif atau deskriptif yang baik memerlukan kemahiran menulis yang mampu menggabungkan beberapa perkara iaitu, kebolehan mengolah isi, bahasa dan susunan organisasi yang mantap di samping penggunaan gaya bahasa yang sesuai dan tepat. Kaedah Kajian Kajian ini berbentuk kajian eksperimental yang akan menggunakan data daripada praujian dan pascaujian sebagai perbandingan untuk menguji keberkesanan teknik mencipta frasa dalam pembelajaran bahasa Melayu. Kajian ini telah dijalankan selama dua bulan. 254 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Subjek Kajian Kelas yang dipilih untuk kajian ini ialah dari Menengah 3 aliran Normal Akademik (NA), yang terdiri daripada 13 orang pelajar. Guru yang melakukan kajian ini telah mengajar mereka sejak mereka di Menengah 2. Secara umum, mereka telah diajar kemahiran asas untuk menjawab soalan karangan jenis naratif, deskriptif dan ekspositori. Kumpulan pelajar ini didapati sukar untuk menghafal gaya bahasa perbandingan yang telah diberi oleh guru mereka disebabkan kerana kurang keupayaan dan juga sikap malas untuk menghafal. Para pelajar juga lemah untuk mengupas kata kunci dalam soalan jenis naratif dan kurang berkebolehan untuk melakarkan plot cerita yang menarik yang dikehendaki dalam penulisan naratif. Ini amat berbeza daripada penulisan deskriptif yang skop atau situasi plotnya telah diberikan. Instrumen Kajian Pelajar dinilai daripada segi penulisan karangan deskriptif. Markah praujian dan pascaujian karangan deskriptif telah dijadikan ukuran keberkesanan kajian ini. Selain tugasan kendiri, pelajar telah membentuk kumpulan mereka sendiri untuk saling bekerjasama mencipta gaya bahasa perbandingan yang sesuai dengan tema yang diberikan. Borang refleksi telah digunakan untuk guru mendapatkan maklum balas persepsi pelajar mengenai kajian ini. Prosedur Kajian Sebuah rancangan pengajaran telah dilakarkan untuk memenuhi keperluan kajian. Pelajar telah diberi senarai frasa berbunga setahun yang lalu. Mereka perlu menghafal senarai tersebut dan menggunakan beberapa frasa berbunga dalam karangan naratif mereka. Berikut ialah susunannya: 1. Karangan praujian 2. Penerangan terperinci mengenai: i. Gaya bahasa ii. Unsur-unsur gaya bahasa 255

iii. Gaya bahasa perbandingan a. Simili b. Hiperbola c. Personifikasi d. Metafora 3. Aktiviti mencipta sendiri gaya bahasa perbandingan. 4. Aktiviti menerangkan sebuah objek yang dipilih untuk menerangkan objek tersebut. 5. Aktiviti membuat sebuah plot karangan deskriptif. 6. Aktiviti mencipta frasa perbandingan yang sesuai untuk digunakan dalam plot tersebut. 7. Karangan pascaujian 8. Maklum balas pelajar. Dapatan Kajian dan Perbincangan Markah Ujian Ujian penilaian karangan deskriptif telah dilakukan sebanyak dua kali. Ujian pertama dilakukan sebelum para pelajar diberikan penerangan dan melakukan latihan aktiviti mencipta frasa perbandingan manakala ujian kedua dijalankan setelah pelajar dilatih mencipta gaya bahasa perbandingan. Kedua-dua ujian tersebut dilakukan di dalam kelas semasa sesi bahasa Melayu. Rajah 1: Analisis Markah Ujian Praujian dan Pascaujian 40 35 30 25 20 15 10 5 Praujian Pascaujian 0 Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar D Pelajar E Pelajar F Pelajar G Pelajar H Pelajar I Pelajar J Pelajar K Pelajar L Pelajar M 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 256 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

Rajah 1 menunjukkan analisis markah praujian dan pascaujian penulisan deskriptif yang menunjukkan bahawa 100 peratus pelajar telah mendapat markah yang lebih baik, iaitu penambahan sebanyak 2.5% hingga 30% penambahan markah keseluruhannya. Rajah 2: Tambah Nilai Markah Ujian Tambah Nilai % 35 30 25 20 15 10 5 Tambah Nilai % 0 Pelajar A Pelajar B Pelajar C Pelajar D Pelajar E Pelajar F Pelajar G Pelajar H Pelajar I Pelajar J Pelajar K Pelajar L Pelajar M 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Maklum Balas Pelajar Berdasarkan maklum balas pelajar, 100% menyatakan bahawa penerangan mengenai frasa perbandingan yang diberi amat jelas dan relevan. Contohan dalam senarai gaya bahasa perbandingan yang diberikan juga dirasakan mencukupi. Mereka juga mahu aktiviti mencipta gaya bahasa perbandingan ini diteruskan. Seramai 83% pelajar setuju bahawa mereka telah dapat membuat karangan deskriptif dengan lebih berkesan ketika menggunakan gaya bahasa perbandingan dan amat yakin mereka akan mendapat markah yang lebih baik setelah dinilai guru mereka. Namun guru perlu memikirkan lebih banyak lagi aktiviti yang lebih menarik ketika mengadakan aktiviti mencipta frasa perbandingan kerana hanya 67% pelajar bersetuju aktiviti yang dilakukan menarik. 257

Lebih membimbangkan lagi adalah apabila hanya 33% pelajar lebih yakin boleh mencipta gaya bahasa perbandingan mereka sendiri selepas aktiviti ini dihentikan. Ini bermakna mereka meminta agar guru meneruskan dengan memberi bimbingan dan panduan agar mereka bertambah yakin dengan ciptaan mereka. Jadual 1: Respons Pelajar Bil Perkara Setuju % 1. Penjelasan mengenai gaya perbandingan jelas dan 100 relevan. 2. Contoh-contoh yang dikongsi dalam senarai frasa 100 perbandingan dan berbunga mencukupi. 3. Aktiviti untuk mereka sendiri gaya perbandingan 67 amat menarik. 4. Saya dapat membuat karangan deskriptif dengan lebih berkesan ketika menggunakan frasa 83 perbandingan. 5. Saya lebih yakin mereka gaya bahasa perbandingan saya sendiri selepas latihan yang 33 diberikan. 6. Aktiviti untuk mereka gaya bahasa perbandingan 100 perlu diteruskan. 7. Saya mendapat markah karangan yang lebih baik setelah menggunakan lebih banyak gaya bahasa perbandingan. 83 Kesimpulan Penguasaan kosa kata merupakan faktor penting dalam menghasilkan penulisan yang baik dan bermakna. Bagi menghasilkan penulisan karangan jenis deskriptif yang baik, pelajar bukan sahaja dituntut untuk mengolah sesuatu cerita dalam bentuk penulisan, malah mampu menerbitkan ayat-ayat serta ungkapan yang menggunakan gaya bahasa yang indah dan menarik. Di samping itu, aspek susunan urutan cerita dan kerelevanan peristiwa juga akan menjamin kejelasan cerita dalam karangan deskriptif. Kajian ini telah meninjau sejauh mana penggunaan gaya bahasa perbandingan dalam penulisan deskriptif dapat memperluas kosa kata pelajar dan membuat pelajar lebih yakin mengaplikasikan gaya bahasa tersebut 258 Menyempurnakan Kata Menyampaikan Makna

dalam penulisan mereka. Keyakinan para pelajar penting untuk memastikan penghasilan karangan yang cemerlang. Dapatan kajian menunjukkan jika pelajar diberi bimbingan yang berterusan, nilai markah yang mereka peroleh akan bertambah baik dan penulisan karangan mereka akan lebih menarik. Nota: Guru yang turut terlibat dalam kajian: 1. Nasyitah Abu Bakar Rujukan Asmah Haji Omar (2006). Panduan Wacana Akademik: Teori dan Penerapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Donn Byrne (1988) http://www.academia.edu/5542884/49860749-byrne-teaching- Writing-Skills Kamsiah H. Abdullah (1993). Karangan naratif dan laporan-satu kajian tentang matlamat fungsional dan prestasi pelajar sekolah menengah di Singapura. Jurnal Dewan Bahasa. 37(6),484-493. Maniyamin Haji Ibrahim (2006). Gaya Bahasa Kiasan Penggunaan dan Keberkesanannya dalam Sajak. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. 259