Latar Belakang Shinto

dokumen-dokumen yang mirip
Bab 5: Etika Agama Shinto

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

Agama Buddha. i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

MAJLIS PENGETUA-PENGETUA MALAYSIA SEKOLAH MENENGAH ( CAWANGAN PULAU PINANG ) MODUL PENILAIAN S.P.M 2011 PENDIDIKAN MORAL. Dua jam tiga puluh minit

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bab 6: Etika Agama Kristian

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

Bab 1: Etika. 1.1 Pengenalan. Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

BAB 4: ETIKA Confucianisme

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Tatakelakuan. Pembekal

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNIT HAL EHWAL MURID SKTM PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

EKONOMI ISLAM. 2. Konsep Penguasaan - Manusia bebas bergerak seluas2nya dlm garis panduan yg disediakan oleh Allah

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

TASAWWUR ISLAM. Kertas 1. Satu jam lima belas minit

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

CHIA CHONG YANG A143398

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Perlaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah Pendidikan MORAL Tingkatan 2

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

SULIT 1225/1 Pendidikan Moral Sept 2012 PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 PENDIDIKAN MORAL

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

PENDIDIKAN KESIHATAN

Bab 8: Kesejagatan Etika di Asia

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PENDIDIKAN KESIHATAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

Kesetiaan kepada Syarikat

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Bab 7: Etika Agama Buddha. 7.1 Pengenalan

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN TIGA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

BAB 6 Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

ASSIGNMENT AGAMA BUDDHA IBADAT & AMALAN

EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

Cabaran dalam Menjaga Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Erica Lovel

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESSIONAL TAJUK: LAPORAN PROGRAM SEGENGGAM BUDI, SEGUNUNG HARAPAN (INSTITUTE-HEARS, UKM)

TAJUK 3 (4 jam) ISU-ISU ETIKA GURU

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Tatakelakuan. SCA Tatakelakuan 1

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

Transkripsi:

BAB 5: ETIKA SHINTO

Latar Belakang Shinto Kerohanian Tuhan (wujud dalam semua benda dan menjelma sebagai berbagai bentuk) Falsafah (falsafah hidup, gaya hidup dan kod etika) (Shen Dao) Laluan ke arah Ketuhanan Kami no Michi (Kami Tuhan atau ketuhanan, Michi Laluan atau Jalan) Menghormati semua ciptaan Tuhan Perlakuan yang betul Kepekaan Kesucian Keikhlasan Kebersihan

Ciri-ciri Agama Shinto Tiada pengasas Tiada kitab bertulis Tiada badan perundangan agama Tiada kod nilai dan moral yang ketat Mempunyai badan kepaderian yang diorganisasi secara longgar

(a) Kami: Tuhan Kami dan Amaterasu Tuhan atau prinsip ketuhanan Wujud dalam semua ciptaan dan boleh mengambil sebarang bentuk misalnya batu-batuan, tumbuh-tumbuhan, air, haiwan, manusia dan sebagainya. Diletakkan di kuil dan tempat-tempat suci Shinto. Sesetengah keluarga tradisional di Jepun juga meletakkan Kami di dalam rumah mereka di atas Kami-dana (pelantar Kami), di mana patung yang melambangkan kami diletakkan di tengahtengah tempat menyembah ini. (b) Amaterasu: Dewi Matahari yang menyatukan dewa-dewi lain. Mempunyai kedudukan yang tertinggi.

Torii - Pintu Gerbang Shinto Sebelum seseorang itu memasuki kuil Shinto, dia perlu melalui torii, iaitu pintu gerbang Shinto. Sesiapa yang melalui torii akan meninggalkan dunia sebenar dan memasuki dunia yang tidak terbatas. Penganut Shinto mempercayai bahawa mereka akan meninggalkan segala dosa duniawi apabila mereka melalui torii ini. Alam sekitar merupakan manifestasi kuasa Tuhan dan bahawa Tuhan menguasai alam sekitar. Oleh itu, nilai-nilai seperti menghormati alam sekitar, kebersihan, kejujuran dan sebagainya telah meresap ke dalam budaya dan kehidupan masyarakat Jepun.

Kitab Shinto Shinto mempunyai dua kitab suci yang sebelum ini hanya wujud secara lisan sahaja. Kitab-kitab ini mengisahkan sejarah, geografi dan sastera Jepun purba. 1. Kojiki atau Rekod Hal-Hal Purba 2. Nihon-gi atau Tawarikh Jepun

Jenis-jenis Shinto Jepun Koshitsu Shinto (Shinto Imperial) Perayaan terpenting adalah niinamei-sai (pesta menuai) Jinja Shinto (Shinto Kuil) Merupakan Shinto yang tertua. Hampir kesemua kesemua Shinto yang diamalkan hari ini merupakan Shinto kuil. Ahlinya terdiri oleh hampir 80,000 kuil. Shuha Shinto (Shinto Bermazhab) Terdiri oleh 13 mazhab utama yang terbentu terbentuk semasa kurun ke-19. Aktiviti keagamaan dijalankan di dewan mesyuarat dan bukan kuil. Minzoku Shinto (Shinto Rakyat) Merupakan sebahagian daripada budaya dan kepercayaan tradisi Jepun. Tidak mempunyai mempunyai organisasi yang formal. Merupakan amalan dan ibadat di kampung-kampung tempatan.

Shinto dan Nasionalisme Jepun Maharaja merupakan ketua negara yang memegang kuasa mutlak ke atas negara dan masyarakatnya. Sistem baru ini berasaskan sebuah unit keluarga tradisional. Bapa merupakan ketua keluarga dan semua ahli keluarga bekerjasama demi kepentingan bersama. Masyarakat Jepun bersatu di bawah bapamaharaja dan bekerjasama demi kepentingan negara. Agama Shinto menerima sokongan yang kuat daripada kerajaan. Matlamatnya adalah untuk memupuk semangat nasionalisme antara masyarakat serta memupuk kesetiaan kepada maharaja dan negara. Shinto menekankan kepentingan kesetiaan kepada negara. Kerajaan ketenteraan telah menggunakan agama Shinto untuk mengembangkan kawasan mereka. Selepas Jepun tewas pada Perang Dunia Kedua, Maharaja Hirohito telah melepaskan status ketuhanannya. Namun demikian, Shinto masih berkait rapat dengan sistem nilai Jepun serta gaya hidup dan pemikiran masyarakat Jepun.

Prinsip dan Asas Etika Agama yang paling mempengaruhi agama Shinto adalah agama Buddha dan Confucianisme. Shinto wujud bersama dengan agama Buddha dan Confucianisme. Nilai-nilai etika Confucianisme berpengaruh besar ke atas masyarakat Jepun dan nilai-nilai Shinto. Penganut agama Shinto secara umumnya mematuhi kod etika Confucianisme.

Ciri-ciri Etika Shinto Menggalakkan kehidupan yang bersederhana dan harmoni antara Kami, alam sekitar dan manusia. Berdasarkan kepentingan bersama dan bukan kepentingan individu. Menekankan amalan, sikap dan kepekaan yang betul. Menekankan ketaatan kepada Kami serta kesyukuran kepadanya kerana rezeki yang diberi serta kemurahan hati nenek moyang. Bersikap positif dan memfokus kepada masa kini. Mempercayai bahawa manusia adalah secara nalurinya bersikap baik, dilahirkan suci dan berpandangan jelas, manakala sebarang kejahatan atau keburukan merupakan cabaran sementara dan mesti ditangani.

Etika Keseluruhan Shinto (Makoto): Nafsu yang bersifat mementingkan diri, perasaan benci dan hasad dengki patut ditangani kerana ia membuka pintu kepada kejahatan. Kebaikan wujud melalui keharmonian dalaman, keikhlasan hati, niat yang baik dan semangat bekerjasama. Menghargai setiap detik yang berlalu dan memastikan bahawa setiap saat itu bernilai Berusaha dengan sepenuhnya dan bukannya berharap kepada takdir sahaja.

Pengaruh Agama Buddha dalam Etika Shinto Kebanyakan daripada tempat-tempat suci yang digunakan untuk kuil Shinto turut digunakan untuk kuil Buddha. Perbezaan antara agama Shinto dan agama Buddha yang diamalkan di Jepun agak kabur kerana terdapat banyak unsur-unsur yang dikongsi bersama. Terdapat peribahasa Jepun yang berbunyi demikian: Lahir sebagai (penganut) Shinto dan mati sebagai (penganut) Buddha. Secara lazimnya, agama Shinto tidak berapa menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan kematian dan kecenderungan ini dapat dilihat dalam kehidupan seharian masyarakat Jepun. Contohnya, agama Shinto merupakan pilihan mereka untuk meraikan kelahiran anak, akil baligh dan perkahwinan. Manakala mereka lebih cenderung memilih agama Buddha bagi hal-hal yang berkaitan dengan kematian kerana agama ini menangani kematian secara positif.

Pengaruh Confucianisme dalam Etika Shinto Etika Confucianisme seperti toleransi, menghormati golongan yang berumur, mematuhi pihak berkuasa dan sebagainya disanjung tinggi oleh masyarakat Jepun. Kebanyakan daripada nila-nilai ini, terutamanya nilai keharmonian, masih dipentingkan oleh masyarakat Jepun pada hari ini. (i) Pemerintah dan Masyarakat Masyarakat harus taat dan setia kepada pemerintah. (ii) (iii) (iv) (v) Suami dan Isteri Isteri harus taat dan setia kepada suaminya. Ibu Bapa dan Anak Anak harus setia kepada ibu bapanya, menjaga mereka ketika mereka berumur dan taat kepada perintah mereka. Golongan Berumur dan Golongan Muda Golongan muda perlu menghormati golongan berumur dan taat kepada mereka. Sahabat dan Sahabat Sahabat perlu setia, jujur dan sanggup berusaha demi kepentingan sahabat mereka.

Prinsip-Prinsip Etika Shinto Keharmonian: Keharmonian wujud bersama dalam masyarakat, isi rumah dan keluarga, serta alam sekitar. Keharmonian mendatangkan rezeki kepada keluarga dan masyarakat. Ia lebih penting daripada kehendak dan keperluan individu. Kesucian: Kesucian luaran (fizikal, misalnya kesucian badan) Kesucian dalaman (rohani, misalnya kesucian hati). Kesucian juga merangkumi kebaikan, kebenaran, kecantikan, kesucian minda dan kejujuran dalam amalan peribadi. Seseorang itu patut menhindari daripada pencemaran seperti penyakit atau kematian, serta perbuatan anti-sosial seperti membunuh atau berzina. Keikhlasan: Keikhlasan dan kesopanan merupakan penghapusan nafsu yang bersifat mementingkan diri. Menekankan makoto no kokoro atau magokoro yang bermaksud keikhlasan dan kesucian hati serta kesolehan niat dan berusaha sebaik mungkin dalam kerja, perhubungan dengan orang lain, serta perhubungan dengan Kami. Komuniti: Menghargai kesinambungan dan pembangunan demi kepentingan semua. Konsep dosa dan nilai etika bergantung kepada sistem nilai komuniti tersebut. Ahli komuniti perlu melepaskan kehendak peribadi demi keperluan semua. Sikap individualisme dan egoisme tidak diterima.

Etika Shinto dalam Konteks Diri dan Keluarga Nenek Moyang : Disembah dan dipuja dengan harapan yang mereka akan memberi pertolongan dan perlindungan. Ibu bapa: Ketua keluarga (suami). Dihormati dan dihargai. Anak lelaki sulung: Bakal ketua keluarga. Tinggal bersama ibu bapa dan menjaganya pada hari tua mereka. Anak lelaki lain: Menghormati ahli keluarga dan abang. Perlu menyumbang kepada keluarga. Anak perempuan: Mengikut tradisi Jepun, anak perempuan selalunya akan inferior dan berstatus rendah berbanding dengan lelaki.

Nilai-nilai Agama Shinto Digalakkan antara diri dan keluarga adalah seperti berikut: (a) Taat dan setia kepada ibu bapa (b) Hidup secara bersederhana. (c) Ihsan. (d) Mencari ilmu, memupuk kesenian dan menjaga kepentingan bersama. (e) Bersedia untuk melindungi negara sekiranya perlu atau sekiranya berlaku darurat.

Etika Shinto dari segi Sosial dan Interpersonal Etika Shinto menekankan keharmonian sosial dan ini termasuk nilai-nilai saling-mempercayai sahabat, kesederhanaan dan sikap berhemah, persaudaraan, pembangunan intelektual masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat secara umumnya. Apa sahaja yang menggembirakan komuniti adalah baik dan sebaliknya. Ketaatan kepada maharaja serta kesetiaan kepada negara dan masyarakat merupakan nilai sosial yang terpenting dalam masyarakat Shinto Jepun. Rakyatnya bersatu padu ke arah kejayaan negara. Pada kurun ke-17, ramai ketua tentera telah berusaha untuk menjauhi pengaruh agama Buddha dan Confucianisme dan telah mereka kod etika yang dikenali sebagai Bushido atau Jalan Para Pahlawan.

Kod Etika Bushido Bushido membincangkan gaya hidup ideal bagi seorang samurai. Mengikut ajaran bushido, adalah lebih baik sekiranya seorang samurai membunuh diri daripada mencemarkan namanya, dimalukan atau sebagai cara menunjuk perasaan. Struktur sosial Jepun adalah berasaskan hierarki dan masyarakat Jepun mempunyai kod etika dan kesopanan yang amat formal. Kod etika ini dikenakan kepada berbagai aspek kehidupan termasuk susunan tempat duduk, kata ganti nama, tundukan hormat dan sebagainya. Bahasa juga tertakluk kepada kod etika ini. Keigo merupakan sebuah sistem bahasa sopan yang digunakan dalam kehidupan seharian pentutur Bahasa Jepun. Ketinggian keigo yang digunakan bergantung kepada umur, status sosial dan jantina orang yang sedang berkomunikasi

Jalan Para Pahlawan (Bushido) Hormat Keberanian Kesetiaan Ketaatan Kebenaran Kesopanan Keikhlasan Bermurah hati Kejujuran

Etika Jepun Menunduk Hormat Budaya Jepun menekankan memberi salam dengan cara yang betul dan sopan kerana ini merupakan lanjutan daripada konsep Kotodama (bahasa boleh mendatangkan kesan yang ajaib). Ini merupakan sebahagian daripada gaya hidup masyarakat Jepun. Amalan sosial dan interpersonal Shinto telah melahirkan budaya yang kaya dengan perasaan hormat, disiplin dan bermaruah tinggi.

Etika Shinto - Konteks Perniagaan & Perdagangan Etika Shinto Kesan ke atas Tempat Kerja/Perniagaan Menghormati golongan yang lebih berumur dan berkuasa Kesetiaan Keikhlasan dan Saling Hormat-Menghormati Golongan yang muda atau berpangkat rendah perlu menghormati golongan yang lebih superior melalu gaya percakapan dan peradaban mereka. Golongan yang lebih berumur lebih cenderung dinaikkan pangkat atau dinaikkan gaji. Pekerja Jepun sangat setia kepada syarikat mereka dan menganggap syarikat mereka sebagai sebahagian daripada keluarga mereka. Mereka bekerja keras demi kejayaan syarikat. Masyarakat Jepun juga mengamalkan budaya penggajian sepanjang hayat. Setiap pekerja bekerja keras demi kepentingan semua dan ini akan membantu membina perhubungan yang rapat (namun demikian ini tidak semestinya berlaku di kalangan wanita). Tanggungjawab Sosial Urusan yang adil dan jujur Syarikat digalakkan mengamalkan budaya ketelusan maklumat supaya masyarakat dapat mengakses maklumat ini sekiranya perlu. Setiap urusan perniagaan perlu dijalankan dengan adil. Etika perniagaan Jepun melarang daripada sebarang monopoli. Setiap syarikat digalakkan mengamalkan perniagaan yang adil, telus dan persaingan bebas.

Etika Shinto - Konteks Perniagaan & Perdagangan Etika Shinto Keharmonian Struktur yang bersifat hierarki dan berstruktur Kesan ke atas Tempat Kerja/Perniagaan Keharmonian dan mengelak daripada berlakunya konflik merupakan antara nilai yang terpenting dalam etika perniagaan Jepun. Zaibatsu, sebuah konglomerat industri perniagaan dan kewangan Jepun, adalah ibarat bapa sebuah keluarga di mana syarikat-syarikat dan cawangannya adalah ibarat anak-anaknya. Keikhlasan Pekerja cenderung mengorbankan masa lapang mereka demi kepentingan syarikat dan sanggup bekerja tanpa berehat. Mereka jarang bercuti.

Etika Bidang Perubatan, Sains dan Kesihatan (a) Menderma organ dilarang sama sekali oleh agama Shinto kerana kesucian dan keutuhan fizikal amat dipentingkan. Mengikut ajaran Shinto, sebarang sentuhan dengan mayat akan membawa nasib malang dan mayat dianggap tidak suci. (b) Kebanyakan daripada masyarakat Jepun, termasuklah segelintir daripada komuniti perubatan, enggan menerima standard mati otak yang merujuk kepada golongan yang memerlukan mesin sokongan hayat. (c) Masyarakat Jepun mempercayai bahawa pengguguran anak merupakan sesuatu keperluan yang amat mendukacitakan. Kuil-kuil menjual patung dan azimat bagi melambangkan permohonan maaf ibu bapa kepada si anak yang digugurkan. (d) Agama Shinto bersifat toleransi terhadap membunuh diri dan euthanasia (Bantuan membunuh diri bagi menghindarkan penderitaan).

Etika Shinto dan Alam Sekitar Shinto merupakan kepercayaan yang berasaskan alam semulajadi. Kebanyakan daripada kepercayaan dan ibadahnya berkait rapat dengan alam semulajadi. Penganut agama Shinto mempercayai bahawa hasil daripada usaha mereka merupakan sebahagian daripada alam semulajadi. Etika Shinto sentiasa memupuk perasaan mencintai alam sekitar. Shinto mempercayai bahawa alam semulajadi adalah suci dan bahawa seseorang itu dapat mendekati tuhan Kami melaluinya. Masyarakat Jepun mencintai alam persekitaran mereka dengan penuh kesetiaan. Penganut Shinto mempercayai bahawa manusia, alam semulajadi dan tuhan Kami merupakan sebahagian daripada alam semesta dan bahawa bumi dan alam sekitar merupakan anak kepada tuhan Kami. Segala makhluk di dunia berasal daripada tuhan Kami dan kehidupan semua makhluk terikat kepada tuhan Kami.

Etika Shinto dan Alam Sekitar Penebangan hutan merupakan masalah yang kian meruncing di seluruh dunia. Namun demikian, hampir separuh daripada tanah di Jepun masih berhutan kerana pengaruh Shinto yang menekankan kehidupan yang berharmoni dengan alam semulajadi. Berdasarkan sistem nilai Shinto, gunung-ganang dianggap sebagai ciptaan yang suci. Kepercayaan ini membawa kepada pemuliharaan hutan gunung dan pemuliharaan ekosistem. Walaupun kepercayaan Shinto menuntut kepada pemuliharaan alam semulajadi, namun disebabkan oleh sesetangah amalan:- Permintaan yang tinggi ke atas kayu-kayan. Penggunaan tradisional kayu iaitu dalam sektor pembinaan serta penyepit pakai buang. Amalan menggunakan berlapis-lapis kertas untuk membalut hadiah