Standard Etika Perniagaan Kita. Menang dengan cara yang betul

dokumen-dokumen yang mirip
Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

Tatakelakuan. Pembekal

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Polisi Privasi. Pengenalan

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Kod pengendalian perniagaan

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Tatakelakuan JABIL. Integriti Di mana-mana, Setiap hari. AWAM Jabil Inc Hak Cipta Terpelihara.

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Tatakelakuan Perniagaan dan Etika

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Kesetiaan kepada Syarikat

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

Tata Kelakuan Perniagaan

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Tatalaku. Versi ringkas. The global leader in door opening solutions

TATAKELAKUAN. Pilihan Yang Betul

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

Rakan Sekerja yang Dihormati,

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Pematuhan dan Perlakuan Perniagaan. Sebagai 3M. Buku Panduan Global Kod Etika

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

NILAI TERAS & KOD ETIKA COGNIZANT

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

PEMATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

TATAKELAKUAN DAN ETIKA

NOTIS PRIVASI PERUNDING UNIT AMANAH/PERUNDING PRS

ROPER TECHNOLOGIES, INC.

DASAR PRIVASI NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

Tatakelakuan. SCA Tatakelakuan 1

Jadual Kandungan. Akta Amalan Rasuah Luar Negeri... 6 Garis panduan Kawalan Import dan Eksport... 6 Garis panduan Pemulauan Ekonomi Luar Negeri...

(CP 472) 22 FEB 2017

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

tata kelakuan dan etika Membina Kepercayaan

Tata Kelakuan Panasonic

PESANAN DARIPADA KEITH JACKSON

TERMA PENGGUNAAN. Skop

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

Dasar Privasi. Data Peribadi anda adalah dikumpul, diguna dan diproses oleh Kumpulan Hunza untuk, di kalangan lain, tujuan-tujuan berikutnya :-

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

GARIS PANDUAN TINGKAH LAKU KORPORAT

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

TATAKELAKUAN. Mengamalkan Nilai Kita. Mengekalkan Piawai Etika Tertinggi KEPRIHATINAN KERJA BERPASUKAN GLOBAL PENINGKATAN BERTERUSAN

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Prinsip Panduan Kami. Tatakelakuan Cargill

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Buat Apa Yang Betul. Kod Etika

PADA TERAS KITA. Tata Kelakuan Perniagaan. Janji Kita. Pekerja Kita & Bumi Kita. Syarikat Kita. Hubungan Kita dan Industri Kita KANDUNGAN

Transkripsi:

Standard Etika Perniagaan Kita Menang dengan cara yang betul

Kandungan 3 Nilai HP 3 Prinsip teras 3 Sifat dan tingkah laku pemimpin 6 Pesanan daripada Meg Whitman 7 Pesanan daripada Ashley Watson 8 Menggunakan Standard Etika Perniagaan Kita 9 Ujian Tajuk Berita 10 Membina kepercayaan 10 Kita membuat keputusan yang beretika 10 Kita mengambil tindakan apabila menyedari berlaku salah laku dan tidak akan membuat tindakan balas 10 Kita bekerjasama dengan penyiasatan 11 Hormat 11 Kita menghormati hak asasi manusia 11 Kita memperlakukan orang lain dengan penuh hormat 11 Kita mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan terjamin 11 Kita menggalakkan dan menyediakan persekitaran bebas gangguan 11 Kita menghormati privasi dan melindungi maklumat peribadi 12 Integriti yang tiada kompromi 12 Kita menggunakan aset kita dengan berhemat 12 Kita menyimpan rekod perniagaan yang tepat 12 Kita mengelakkan percanggahan kepentingan 12 Kita memberi dan menerima hadiah dan keraian hanya apabila ia wajar dilakukan 13 Kita tidak merasuah atau menerima sogokan 13 Kita melindungi maklumat sensitif 13 Kita mematuhi undang-undang yang mengawal perdagangan antarabangsa 13 Kita tidak berdagang atas maklumat penting bukan awam atau mendedahkan maklumat sedemikian 14 Bersemangat dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan 14 Kita menyediakan produk dan khidmat berkualiti 14 Kita memasarkan dengan penuh tanggungjawab 14 Kita bersaing dengan penuh semangat dan adil 14 Kita memperoleh kepintaran perniagaan dengan cara yang wajar 15 Warga bertanggungjawab 15 Kita pengawas persekitaran 15 Kita melibatkan diri dengan rakan niaga dan pembekal yang bertanggungjawab 15 Kita berkomunikasi dengan pelabur dan media secara jujur 15 Kita menggunakan hak kita dalam proses politik 15 Kita menyokong kelakuan memberi dan bersukarela dalam komuniti kita 20 Menang dengan cara yang betul, setiap hari

Sejak Bill Hewlett dan Dave Packard menubuhkan syarikat kami bertahuntahun yang lalu, HP telah dikenali bukan sahaja kerana produk dan khidmat yang kami tawarkan tetapi juga kerana nilai yang kami kongsi. Nilai HP Percaya dan hormat kepada individu Pencapaian dan sumbangan Hasil melalui kerja berpasukan Inovasi bermakna Integriti yang tiada kompromi Prinsip teras Keinginan untuk melakukan perubahan Pencapaian hasil yang bermakna Percaya dengan kuasa warga kerja Sifat dan tingkah laku pemimpin Sentiasa bertanggungjawab Semangat untuk menang Bersemangat dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan Amat berkebolehan dan inovatif Warga kerja dan pembangun pasukan 3

Kita ingin menjadi sebuah syarikat yang dikenali kerana kepimpinan beretikanya pekerja berbangga bekerja dengan syarikat sepertinya, pelanggan, rakan niaga dan pembekal mahu berurus niaga dengannya. 4

Kita mendapat kepercayaan daripada orang lain apabila kita menunjukkan sifat integriti, hormat dan adil dalam perlakuan terhadap mereka. Kita mesti terus menunjukkan nilai-nilai ini setiap hari dalam semua interaksi kita, sehari demi sehari. Kepercayaan Integriti Hormat Keadilan 5

Pesanan daripada Meg Whitman Di HP, cara kita melakukan sesuatu itu sama pentingnya dengan apa yang kita lakukan. Kelakuan kita ialah teras budaya kita, diasaskan atas nilai-nilai kongsi yang masih relevan pada hari ini, sama seperti relevannya nilai-nilai ini sewaktu penubuhan HP dalam tahun 1939. Standard Etika Perniagaan HP (SBC) menetapkan standard yang memberi panduan kepada amalan perniagaan kita dan mengawal tingkah laku kita. Kita semua bertanggungjawab untuk melindungi dan mempertingkat reputasi integriti HP. Setiap keputusan yang kita ambil adalah penting dalam usaha untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada individu, organisasi, komuniti kita dan dunia. Kita bertanggungjawab atas tindakan kita, atas akibatnya dan berbangga dengan usaha kita. Marilah kita bersama-sama membina kepercayaan dalam semua perkara yang kita lakukan dengan mengamalkan nilai-nilai kita. Meg Whitman Ketua Pegawai Eksekutif 6

Pesanan daripada Ashley Watson Warga kerja Hewlett-Packard yang dihormati: HP telah membina reputasinya sebagai sebuah syarikat cemerlang dengan menjalankan perniagaan secara beretika dan mematuhi undang-undang. Melakukan perkara sebaliknya boleh merosakkan reputasi dan perniagaan kita dengan teruk. Kita memandang serius tanggungjawab beretika kita dan kita perlu bekerja bersama-sama untuk menangani sebarang isu yang timbul di bawah Standard Etika Perniagaan (SBC) kita, dasar yang berkaitan serta undang-undang tempatan. Kita mengambil tindakan apabila kita mendapati berlaku salah laku dan kita mempertanggungjawabkannya kepada orang yang berkenaan tanpa menghiraukan kekananan mereka dalam organisasi kita, prestasi mereka atau tanggapan besar atau kecilnya pelanggaran yang dilakukan oleh mereka itu. Kita menghendaki warga kerja kita bersuara dan melaporkan perkara yang didapati tidak betul dan kita menyediakan pelbagai laluan bagi pekerja untuk bertanya soalan atau menyuarakan kebimbangan mereka. Dan, yang penting, kita tidak bertolak ansur atas tindakan balas yang dikenakan terhadap pekerja yang bersuara dengan niat baik. SBC ialah suatu sumber bermaklumat yang hebat dan mudah digunakan. Dasar standard dan sokongannya menetapkan jangkaan dan memberikan anda panduan dan keyakinan untuk membuat pilihan beretika, tanpa mengira lokasi anda di dunia ini, walaupun apabila berhadapan dengan situasi yang sukar. Jika anda tidak tahu apa yang harus dilakukan, minta bantuan dan bertanya seseorang akan membantu anda mencari jawapannya supaya anda boleh melakukan perkara yang betul. Kejayaan berterusan HP bergantung pada kerjasama dan persaingan kita semua untuk menang bertindak dengan jujur, berintegriti dan penuh hormat pada sepanjang masa. Mari menang dengan cara yang betul. Ashley Watson Ketua Pegawai Etika dan Pematuhan 7

Menggunakan Standard Etika Perniagaan Kita HP tidak bertolak ansur atas tindakan balas yang dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang menimbulkan kebimbangan atau persoalan secara niat baik. Standard Etika Perniagaan (SBC) kita ialah sumber untuk pekerja dan semua yang mewakili Syarikat Hewlett-Packard. Semua pekerja dan ahli Lembaga Pengarah dikehendaki menunjukkan kelakuan yang sejajar dengan SBC kita. 1 SBC kita dibuat berdasarkan Nilai Kongsi dan Objektif Korporat HP serta mewakili panduan peringkat paling tinggi. Selain itu, terdapat juga peraturan lain dan dasar-dasar khusus yang perlu dipatuhi dan dikuatkuasakan dalam HP. Sebagaimana yang ditunjukkan dalam rajah, maklumat tambahan tentang peraturan dan dasar ini, termasuk dasar korporat berkaitan, boleh didapati dengan mengikut pautan yang terdapat dalam seluruh dokumen. Terdapat juga panduan tambahan dalam bentuk kunci kejayaan, bendera merah, soal jawab dan senario. Oleh sebab HP beriltizam untuk melaksanakan sesuatu itu dengan betul, tindakan disiplin sehingga dan termasuk pemecatan boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar SBC, dasar atau peraturan HP. Apabila timbul kebimbangan atau persoalan, berkomunikasi di peringkat setempat, dengan rakan atau pengurus anda, selalunya ialah permulaan yang paling baik. Apabila isu tidak dapat dikemukakan atau diselesaikan dengan pengurus terdekat anda, gunakan Dasar Pintu Terbuka untuk menghubungi peringkat pengurusan seterusnya, Sumber Manusia, pasukan SBC setempat, anda unit perniagaan atau hubungan SBC wilayah, anda atau Etika dan Pematuhan: Melalui e-mel: corporate.compliance@hp.com Melalui telefon: Dari mana-mana sahaja di dunia, hubungi TalianPanduan 24 jam sehari, terjemahan disediakan, pemanggil boleh merahsiakan diri, kecuali apabila pelaporan tanpa nama dilarang oleh undang-undang tempatan Kunci kejayaan Senario Dari A.S. dan Kanada: 800-424-2965 Di luar A.S. dan Kanada: 1) Pergi ke Kod Akses AT&T 2) Cari negara anda dalam senarai mengikut abjad 3) Dail Kod AT&T Direct 4) Apabila digesa, dail 800-424-2965 Melalui mel: HP Ethics and Compliance Office 5400 Legacy Drive Plano, TX 75024 USA Nilai Kongsi + Objektif Korporat Kami STANDARD ETIKA PERNIAGAAN KITA? Bendera merah Soal Jawab Dasar Dasar Dasar Dasar Dasar 1 HP juga menetapkan standard yang tinggi kepada mereka yang menjalankan perkhidmatan bagi pihak HP melalui Tatakelakuan Rakan Kongsi, Tatakelakuan Pembekal dan Tatakelakuan Pekerja Luar Jangka. 8

Ujian Tajuk Berita Kurang pasti tentang sesuatu keputusan atau tindakan? Pertimbangkan yang berikut: Semaknya Semaknya Semaknya Ujian tajuk berita ialah alat yang berkesan serta mudah, bertujuan untuk memastikan bahawa kita mempertimbangkan kewajaran dan kesan keputusan perniagaan yang kita ambil dengan sewajarnya. Ia sempena nama alat yang paling biasa digunakan oleh eksekutif: Tidak pasti Adakah perkara itu sah di sisi undang-undang? Tidak Tidak pasti Tidak Tidak pasti Adakah orang lain Adakah perkara berpendapat perkara itu sejajar dengan Ya Ya itu OK sekiranya Ya nilai HP, SBC dan dasar? mereka membaca tentang perkara tersebut dalam berita? Tidak OK Jangan lakukannya Jangan lakukannya Jangan lakukannya Sebelum saya membuat keputusan, saya mempertimbangkan bagaimana keadaannya sekiranya keputusan yang saya buat itu disiarkan dalam berita. Kita semua harus bertanya diri kita apakah kesannya sekiranya kelakuan atau tindakan itu diketahui umum atau dikaji semula oleh rakan sekerja yang kita hormati. Sekiranya anda tidak selesa dengan jawapannya, maka jangan lakukannya! Semaknya dengan: Pengurus anda Pengurus lain TalianPanduan Pejabat Ketua Penasihat Undang-undang Sumber Manusia Pasukan SBC setempat anda Unit perniagaan atau hubungan SBC wilayah anda Mel ke: corporate.compliance@hp.com 9

Membina kepercayaan Kita mendapat kepercayaan daripada orang lain apabila kita menunjukkan sifat integriti, hormat dan adil dalam perlakuan terhadap mereka. Kita membuat keputusan yang beretika Patuhi undang-undang dan dasar HP. Dapatkan panduan daripada SBC kami dan sumber serta dasar yang dikaitkan dengannya. Berbincang dengan rakan sekerja, pengurus anda atau ahli pengurusan lain untuk mendapatkan bantuan dalam membuat keputusan yang betul. Gunakan pertimbangan yang baik, Ujian Tajuk Berita dan model sokongan untuk membuat keputusan bagi menguraikan situasi anda sekiranya tindakan yang betul tidak jelas. Bertindak secara jujur dan penuh hormat pada sepanjang masa apabila mengutarakan kebimbangan atau juga menggunakan SBC. Pengurus hendaklah memberi panduan yang betul kepada kakitangan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk mencegah, mengesan atau memberikan respons kepada salah laku.» Dasar Sumber Manusia Sejagat Kita mengambil tindakan apabila menyedari berlaku salah laku dan tidak akan membuat tindakan balas Setiap pekerja bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang dakwaan salah laku dengan segera, termasuk salah laku yang dilakukan oleh rakan kongsi dan pembekal. Gunakan Dasar Pintu Terbuka untuk mengutarakan kebimbangan kepada pengurus anda. Sekiranya perkara ini tidak boleh dilakukan atau kelihatan tidak wajar, berjumpa dengan ahli pengurusan lain, Sumber Manusia, pasukan SBC setempat anda atau unit perniagaan atau hubungan SBC wilayah anda. Anda juga boleh menghubungi Pejabat Etika dan Pematuhan sekiranya terdapat soalan atau kebimbangan yang anda mahu utarakan tetapi kurang selesa membincangkannya dengan pasukan pengurusan anda. Bersuara demi nilai HP, mengetahui bahawa syarikat kita tidak bertolak ansur dengan tindakan balas yang dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang menimbulkan kebimbangan secara jujur.» Dasar Pintu Terbuka Global Kita bekerjasama dengan penyiasatan Beri kerjasama dengan semua penyiasatan dan audit dalaman. Bekerjasama dengan Pejabat Ketua Penasihat Undang-undang bagi memberi respons kepada litigasi atau permintaan daripada kerajaan atau agensi luar yang lain. Beritahu perkara yang sebenarnya apabila menjawab penyiasatan atau audit. Jangan sekali-kali mengubah atau memusnahkan rekod sebagai respons kepada litigasi, penyiasatan atau audit, sama ada yang sedang dijalankan atau yang dijangkakan. Jangan berbincang tentang penyiasatan dalaman dengan sesiapa juga, di dalam mahupun di luar HP, melainkan anda diarahkan untuk berbuat demikian oleh penyiasat dalaman atau anda berkomunikasi dengan agensi kerajaan menurut undang-undang tempatan.» Dasar pengurusan rekod» Dasar litigasi dan penyiasatan» Kunci kepada berpegang teguh pada prinsip Membina kepercayaan» S: Saya mempunyai kebimbangan tetapi tidak dirangkumi dalam SBC kita. Adakah itu bermaksud tiada masalah?» Kita mengambil tindakan apabila menyedari berlaku salah laku dan tidak akan membuat tindakan balas.» Kita bekerjasama dengan penyiasatan 10

Hormat Kita memperlakukan semua orang di dalam mahupun di luar syarikat dengan saksama, bermaruah dan penuh hormat. Kita menghormati hak asasi manusia Sokong dan hormati perlindungan hak asasi manusia dan pastikan bahawa rakan niaga dan pembekal kita melakukan perkara yang sama. Pastikan buruh kanak-kanak, buruh banduan atau buruh paksa dan hukuman fizikal tidak sekali-kali dibenarkan dalam sebarang operasi HP atau operasi rakan niaga dan pembekal kita. Hormati hak pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja dan terlibat dalam rundingan kolektif menurut undangundang tempatan dan amalan yang telah wujud.» Dasar Hak Asasi Manusia Sejagat» Dasar kewarganegaraan sejagat Kita memperlakukan orang lain dengan penuh hormat Bersifat terbuka dan jujur antara satu sama lain. Jangan amalkan diskriminasi terhadap mana-mana pekerja atau pemohon pekerjaan atas sebarang sifat yang dilindungi oleh undang-undang. Perkara ini termasuklah jantina, warna kulit, kaum, etnik, negara asal, agama, usia, status perkahwinan, orientasi seksual, identiti dan ekspresi jantina, kecacatan, kehamilan, status veteran yang dilindungi, maklumat genetik yang dilindungi dan hubungan politik. Terima dengan terbuka kepelbagaian semua ahli pasukan HP.» Dasar Sumber Manusia Sejagat» Dasar Tidak Berdiskriminasi Global Kita mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan terjamin Patuhi dasar dan prosedur keselamatan, kesihatan dan sekuriti. Betulkan atau laporkan tentang sebarang ancaman terhadap kesihatan, keselamatan atau sekuriti. Jangan menjual, memiliki atau menggunakan dadah terlarang atau menimbulkan risiko keselamatan melalui penggunaan dadah atau keadaan mabuk semasa berada di premis HP atau menjalankan perniagaan HP.» Dasar Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran» Standard Keselamatan Global Kita menggalakkan dan menyediakan persekitaran bebas gangguan Jangan berkelakuan dengan cara yang biadab, bermusuhan, ganas, menakutnakutkan, mengancam atau mengganggu. Galakkan persekitaran kerja bebas gangguan. Jangan terima atau bertolak ansur dengan gangguan seksual, termasuk cubaan bermesra secara seksual yang tidak disenangi, permintaan untuk mengadakan hubungan seks sebagai balasan kepada layanan istimewa di tempat kerja atau tingkah laku lain secara lisan atau pun fizikal yang bersifat seksual dan tidak disenangi.» Dasar Sumber Manusia Sejagat» Dasar Persekitaran Kerja Bebas Gangguan Kita menghormati privasi dan melindungi maklumat peribadi Bersifat telus dalam amalan HP, beri pilihan kepada pelanggan tentang keutamaan privasi mereka dan akur dengan pilihan itu. Lindungi maklumat peribadi pekerja, ahli Lembaga Pengarah, pelanggan, pemohon pekerjaan, pengguna dalam talian, rakan niaga dan pembekal yang sedia ada mahupun yang terdahulu. Dapatkan dan gunakan maklumat peribadi semata-mata untuk tujuan perniagaan yang sah dan hanya sekiranya anda mempunyai alasan yang sah untuk mengetahuinya.» Dasar Privasi Induk Sejagat» Kunci kepada berpegang teguh pada prinsip Hormat» S: Budaya dan undang-undang tidak sama di semua negara. Adakah SBC kita boleh digunakan di serata dunia?» Kita menggalakkan dan menyediakan persekitaran bebas gangguan 11

Integriti yang tiada kompromi Kita bersifat terbuka, jujur dan beretika dalam semua urusan kita. Kita menggunakan aset kita dengan berhemat Penggunaan peribadi aset HP hendaklah dibuat secara minimum. Jangan benarkan orang lain, termasuk rakan dan keluarga, menggunakan sumber HP. Jangan gunakan peralatan atau sistem HP untuk melanggar undang-undang atau untuk membuat, menyimpan atau menghantar kandungan yang mungkin menyinggung orang lain. Elakkan daripada sebarang penggunaan yang boleh membawa kepada kehilangan atau kerosakan, termasuk menjangkitkan virus atau melanggar keselamatan IT kita. Berpegang teguh kepada tanggungjawab anda untuk melindungi aset kewangan HP.» Dasar Percanggahan Kepentingan» Set dasar IT Kita menyimpan rekod perniagaan yang tepat Buat rekod perniagaan yang menggambarkan transaksi atau peristiwa tersirat dengan benar dan tepat. Tandatangani dokumen, termasuk kontrak, yang anda dibenarkan tandatangan sahaja dan yang anda percaya adalah tepat dan benar. Jangan lupa bahawa e-mel dan komunikasi elektronik yang lain boleh dianggap rekod perniagaan; elakkan daripada menokok tambah perkara sebenar, menggunakan bahasa yang menghina dan ungkapan lain yang boleh disalahertikan. Jangan wujudkan sebarang dana atau aset HP yang tidak didedahkan atau tidak direkodkan untuk apa-apa tujuan sekali pun. Jangan membuat sebarang persetujuan atau perjanjian sampingan. Simpan, lindungi dan lupuskan rekod menurut dasar.» Manual perakaunan dan kewangan» Dasar pengurusan rekod Kita mengelakkan percanggahan kepentingan Buat keputusan demi kepentingan HP. Berbincang dengan pengurus anda tentang sebarang keadaan yang boleh dianggap sebagai kemungkinan berlaku percanggahan kepentingan. Keadaan yang mungkin meletakkan kepentingan anda, ahli keluarga atau rakan dalam kemungkinan berlaku percanggahan dengan HP hendaklah ditangani secara proaktif.» Dasar Percanggahan Kepentingan Kita memberi dan menerima hadiah dan keraian hanya apabila ia wajar dilakukan Hadiah, sajian, perjalanan dan keraian hanya boleh diberikan sekiranya ia mematuhi Dasar Hadiah, Perjalanan dan Keraian Perniagaan Sejagat. Hadiah, sajian, perjalanan dan keraian hendaklah munasabah untuk perhubungan perniagaan itu dan bertujuan hanya untuk menaikkan imej HP, mewakili produk dan perkhidmatan dengan lebih baik lagi atau membentuk perhubungan yang mesra. Hadiah, sajian, perjalanan dan keraian hanya boleh diterima sekiranya ia mematuhi Dasar Hadiah, Perjalanan dan Keraian Perniagaan Sejagat. Bertukar-tukar hadiah, sajian, perjalanan dan keraian yang dapat menyemarakkan perasaan muhibah dalam perhubungan perniagaan tetapi jangan sekali-kali memberi atau menerima hadiah, sajian, perjalanan atau keraian yang boleh mewujudkan pengaruh yang tidak berpatutan atau pengaruh yang kelihatan seperti tidak berpatutan, dan jangan sekalikali memberi atau menerima hadiah, sajian, perjalanan atau keraian sebagai tukaran atau balasan kepada tindakan serupa. Hadiah, sajian dan hiburan hanya boleh diberikan sekiranya ia sejajar dengan dasar majikan penerima serta dasar HP. Jangan beri hadiah, sajian atau keraian kepada pegawai kerajaan kecuali ia sah di sisi undang-undang dan sejajar dengan dasar HP. Jangan meminta hadiah, sajian atau keraian. Laporkan kepada pengurus anda mengenai sebarang hadiah, sajian atau keraian yang anda terima, seperti yang dikehendaki oleh Dasar Hadiah, Perjalanan dan Keraian Perniagaan Sejagat. Rujuk Dasar Hadiah, Perjalanan dan Keraian Perniagaan Sejagat sebelum menawarkan atau menerima hadiah, sajian, perjalanan atau keraian dan bertindak menurut dasar itu, termasuk sebarang proses kelulusan.» Dasar Percanggahan Kepentingan» Dasar Hadiah, Perjalanan dan Keraian Perniagaan Sejagat» Dasar Bayaran Pemudahan» Dasar Hadiah, Perjalanan dan Keraian Perniagaan A.S.» Kunci kepada berpegang teguh pada prinsip Integriti» S: Adakah terdapat had tentang jenis hadiah atau keraian yang boleh diberikan kepada wakil pelanggan, rakan niaga atau orang lain bagi pihak HP?» Kita menggunakan aset kita dengan berhemat» Kita menyimpan rekod perniagaan yang tepat» Kita mengelakkan percanggahan kepentingan» Kita memberi dan menerima hadiah dan keraian hanya apabila ia wajar dilakukan 12

Integriti yang tiada kompromi (bersambung) Kita bersifat terbuka, jujur dan beretika dalam semua urusan kita. Kita tidak merasuah atau menerima sogokan Jangan menawarkan atau memberi rasuah atau bayaran lain yang tidak wajar atau dorongan untuk mendapat perniagaan atau untuk mempengaruhi keputusan perniagaan di mana-mana sahaja atas apa juga perkara walaupun itu bermakna kehilangan perniagaan dalam jangka masa pendek. Jangan meminta atau menerima apa juga jenis rasuah atau sogokan. Laporkan kepada pengurus anda mengenai sebarang permintaan atau penawaran rasuah atau sogokan. Jangan membuat bayaran pemudahan, dan laporkan tentang sebarang permintaan untuk bayaran pemudahan. Gunakan ejen dan pengedar yang telah lulus proses usaha wajar kita sahaja untuk memastikan komisen atau aturan bayaran tidak digunakan sebagai rasuah bagi pihak kita.» Dasar Hadiah, Perjalanan dan Keraian Perniagaan Sejagat» Berurusan dengan Perantara Perniagaan» Dasar Bayaran Pemudahan» Tapak Web Anti Sogokan Global Kita melindungi maklumat sensitif Maklumat sensitif HP, pelanggan, rakan niaga dan pembekal hanya boleh digunakan dan didedahkan untuk tujuan perniagaan yang sah sahaja. Labelkan maklumat sensitif dengan betul untuk menunjukkan bagaimana ia harus dikendalikan, diedarkan dan dimusnahkan. Kongsi maklumat sensitif di luar HP hanya dengan pihak yang dibenarkan yang telah menandatangani perjanjian pendedahan sulit. Patuhi prosedur HP untuk menggunakan semula, meletak atur semula dan mengembalikan semua peralatan kerja HP anda. Fahami dan patuhi dasar HP untuk penggunaan media sosial, termasuk forum pengguna, blog, bilik sembang dan papan buletin. Jangan sekali-kali berbincang tentang harta intelektual HP, rahsia perniagaan dan maklumat sulit syarikat yang lain dalam media sosial.» Dasar Maklumat Sulit» Garis Panduan Media Sosial & Pemblogan Kita mematuhi undang-undang yang mengawal perdagangan antarabangsa Jangan lupa bahawa setiap produk dan perkhidmatan yang dipasarkan oleh HP hendaklah mematuhi undang-undang yang bersesuaian di semua negara yang terdapat penghantaran HP. Simpan rekod dan kawalan import, eksport dan kastam sewajarnya. Dapatkan panduan daripada Perdagangan Global HP untuk memastikan bahawa pemindahan produk, perkhidmatan atau maklumat ke luar negara mematuhi undang-undang yang dikenakan. Bertindak terhadap permintaan berkaitan pemboikotan hanya seperti yang dibenarkan oleh Dasar Perdagangan Sejagat HP atau Pejabat Ketua Penasihat Undang-undang HP. Pastikan undang-undang imigresen dipatuhi dan dapatkan kebenaran yang sah (termasuk permit kerja dan visa) di setiap negara apabila bekerja bagi pihak HP.» Dasar perdagangan sejagat» Dasar Mobiliti Sejagat» Standard HP 014-0: Produk Selamat dan Sah Kita tidak berdagang atas maklumat penting bukan awam atau mendedahkan maklumat sedemikian Jangan berdagang dalam sekuriti HP atau memberi maklumat dalaman kepada orang lain untuk berdagang apabila anda mengetahui tentang maklumat penting bukan awam mengenai HP. Jangan berdagang dalam sekuriti mana-mana syarikat lain atau memberi maklumat dalaman kepada orang lain untuk berdagang apabila anda mengetahui tentang maklumat penting bukan awam mengenai syarikat itu. Jangan lupa bahawa maklumat penting bukan awam ialah maklumat yang belum diumumkan kepada orang ramai dan maklumat tersebut dianggap penting oleh pelabur yang waras dalam menentukan untuk membeli, menjual atau memegang sekuriti. Ketahui bahawa menggunakan opsyen saham pekerja boleh dianggap perdagangan. Biasakan diri anda dengan dasar Perdagangan Orang Dalam HP, termasuk sebarang sekatan perdagangan setiap suku tahun yang mungkin dikenakan kepada anda.» Dasar Maklumat Sulit» Dasar perdagangan orang dalam» Kunci kepada berpegang teguh pada prinsip Integriti» Kita tidak merasuah atau menerima sogokan» Kita melindungi maklumat sensitif.» Kita tidak berdagang atas maklumat penting bukan awam atau mendedahkan maklumat sedemikian 13

Bersemangat dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan Kita mendahulukan pelanggan. Kita menyediakan produk dan khidmat berkualiti Berjanji apa yang dapat dikotakan sahaja. Kotakan janji anda. Jangan lupa bahawa produk dan perkhidmatan yang disampaikan oleh HP melambangkan kualiti.» Dasar Kualiti Perkhidmatan Perusahaan HP» Standard HP 014-0: Produk Selamat dan Sah Kita memasarkan dengan penuh tanggungjawab Wakili produk dan perkhidmatan kita dengan saksama, tepat dan benar. Jangan menimbulkan tanggapan yang mengelirukan dalam sebarang bahan atau penyampaian pengiklanan, pemasaran atau jualan. Lindungi jenama dan tanda HP dan gunakannya hanya setelah mendapat kebenaran yang wajar. Gunakan usaha wajar dalam mengelakkan daripada keadaan yang boleh membawa kepada pemasaran samar produk HP. Jangan membuat dakwaan palsu atau tidak sah tentang pesaing atau produk dan perkhidmatan mereka. Gunakan usaha wajar semasa memilih rakan niaga atau pembekal untuk memastikan mereka memenuhi standard HP.» Garis Panduan Jenama dan Alatan» Dasar pemasaran dan jualan» Prinsip komunikasi dan sokongan luar» Dasar pengesahan pelanggan pengguna akhir Kita bersaing dengan penuh semangat dan adil Jangan gunakan kedudukan pasaran yang besar untuk mewujudkan amalan terbatas yang mengurangkan persaingan tanpa alasan perniagaan yang sah atau tanpa manfaat kepada pengguna. Jangan bersetuju dengan pesaing atau rakan niaga untuk melakukan sebarang jenis manipulasi bida atau pakatan sulit yang tidak wajar. Hal ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, menetapkan harga; mengehadkan pengeluaran; atau membahagi-bahagikan pelanggan, pembekal atau pasaran.» Tapak Web Sumber Perundangan Undangundang Antitrust/Persaingan Kita memperoleh kepintaran perniagaan dengan cara yang wajar Hormati kewajipan orang lain untuk melindungi maklumat sulit majikan semasa dan majikan terdahulu mereka. Jangan memujuk sesiapa pun untuk melanggar sebarang kewajipan kerahsiaan. Jangan meminta, menerima, menggunakan atau berkongsi maklumat sulit pesaing. Pastikan pihak ketiga yang bertindak bagi pihak kita berpegang teguh pada standard kita. Jangan dedahkan maklumat harga bukan awam milik pelanggan, rakan niaga atau pembekal. Terima maklumat sulit hanya apabila pihak pengurusan HP bersetuju bahawa kita memerlukannya dan hanya di bawah perjanjian bertulis yang mentakrif dan mengehadkan tanggungjawab kita dalam mengendalikan maklumat itu.» Dasar Maklumat Sulit» Kunci kepada berpegang teguh pada prinsip Bersemangat dalam memberi perkhidmatan kepada Pelanggan» S: Untuk membantu saya menjalankan tugas dengan lebih baik di HP, saya telah menyimpan beberapa dokumen daripada majikan terdahulu yang menerangkan pelbagai proses yang digunakan oleh mereka. Bolehkah saya menggunakan dokumen itu di HP?» Kita bersaing dengan penuh semangat dan adil» Kita memperoleh kepintaran perniagaan dengan cara yang wajar 14

Warga bertanggungjawab Kita merupakan aset ekonomi, intelektual dan sosial di setiap negara dan komuniti tempat kita menjalankan perniagaan. Kita pengawas persekitaran Seboleh-bolehnya, kurangkan penggunaan tenaga, air dan sumber lain. Reka bentuk dan kilangkan produk kita untuk meningkatkan kecekapan, penggunaan semula dan pengitaran semula. Sokong usaha mengurangkan sisa dan mengitar semula di HP dan dalam komuniti kita.» Dasar kewarganegaraan sejagat» Standard HP 011: spesifikasi umum untuk persekitaran» Dasar Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran Kita melibatkan diri dengan rakan niaga dan pembekal yang bertanggungjawab Rakan niaga dan pembekal hendaklah memenuhi standard kualiti, penghantaran, perkhidmatan dan harga kita dan menjadi warga korporat yang bertanggungjawab. Sampaikan kepada rakan niaga dan pembekal tentang standard pelaksanaan kita yang tinggi dalam etika, hak asasi manusia, pengurusan, kesihatan, keselamatan dan persekitaran. Laporkan sebarang kebimbangan tentang rakan niaga atau pembekal yang melanggar standard kita. Hentikan perniagaan HP dengan rakan niaga dan pembekal yang gagal menangani isu pelanggaran standard kita. Dokumenkan semua perhubungan rakan niaga dan pembekal dalam kontrak bertulis sewajarnya.» Dasar perolehan sejagat» Dasar kewarganegaraan sejagat» Tatakelakuan rakan kongsi» Tatakelakuan Pembekal» Tatakelakuan Pekerja Luar Jangka Kita berkomunikasi dengan pelabur dan media secara jujur Semua komunikasi dengan pelabur, penganalisis atau media tentang perniagaan HP hendaklah diluluskan terlebih dahulu oleh Perhubungan Pelabur HP, Komunikasi Korporat atau pakar komunikasi HP yang berkenaan. Jangan sekali-kali memberi tanggapan bahawa anda bercakap bagi pihak HP dalam sebarang komunikasi peribadi atau media sosial, termasuk forum pengguna, blog, bilik sembang dan papan buletin.» Dasar Maklumat Sulit» Prinsip Komunikasi dan Sokongan Luar» Garis Panduan Media Sosial & Pemblogan Kita menggunakan hak kita dalam proses politik Pastikan pandangan dan aktiviti individu politik anda tidak dilihat sebagai pandangan dan aktiviti politik HP. Dapatkan kelulusan daripada Perhubungan Kerajaan HP dahulu sebelum melobi pegawai kerajaan atau terlibat dengan pelobi. Jangan lupa bahawa Perhubungan Kerajaan HP bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengurus sumbangan politik bagi pihak HP, termasuk sumbangan produk, perkhidmatan, pengangkutan dan kemudahan.» Dasar penyertaan politik Kita menyokong kelakuan memberi dan bersukarela dalam komuniti kita Libatkan diri dalam usaha pilihan anda untuk memperbaik komuniti anda. Jangan memberi tekanan kepada orang lain untuk menyumbang atau menyertai badan amal, kumpulan atau aktiviti politik pilihan anda. Jangan mengambil bahagian dalam keputusan HP tentang badan amal atau organisasi lain yang anda merupakan sukarelawannya. Jangan gunakan sumber HP untuk manfaat badan amal, kumpulan atau aktiviti politik pilihan anda melainkan diluluskan secara rasmi oleh HP.» Dasar sumbangan sejagat» Dasar kesukarelaan warga kerja» Dasar Percanggahan Kepentingan» Kunci kepada berpegang teguh pada prinsip Warga bertanggungjawab» S: Saya pernah melihat aktiviti di HP yang mungkin mewujudkan bahaya kepada persekitaran tetapi saya tidak mahu melibatkan diri. Bukankah ini jalan paling selamat?» Kita warga yang bertanggungjawab. 15

Membina kepercayaan Kunci kepada berpegang teguh pada prinsip Membina kepercayaan Libatkan diri dalam komunikasi terbuka dan jujur dalam semua interaksi perniagaan anda. Kotakan janji anda tunjukkan kepada orang lain bahawa mereka boleh mempercayai kata-kata anda. Bersedia untuk membuat keputusan yang betul untuk HP walaupun ia bukan keputusan terbaik untuk organisasi HP anda atau diri anda sendiri. S: Saya mempunyai kebimbangan tetapi tidak dirangkumi dalam SBC kita. Adakah itu bermaksud tiada masalah? J: Tidak. SBC tidak mungkin dapat menangani setiap keadaan atau dilema etika. Walau bagaimanapun, prinsip, nilai dan panduan lain yang dibincangkan dalam SBC kita, termasuk Ujian Tajuk Berita, dapat membantu anda membuat keputusan yang betul. Kita semua dikehendaki bertindak secara beretika walaupun semasa ketiadaan dasar syarikat. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, berbincang dengan pengurus anda, ahli pengurusan lain, Sumber Manusia, pasukan SBC setempat anda atau kumpulan perniagaan atau hubungan SBC wilayah anda. Anda juga boleh menghubungi Pejabat Etika dan Pematuhan. Kita mengambil tindakan apabila menyedari berlaku salah laku dan tidak akan membuat tindakan balas. Kesedaran tentang sesuatu isu tetapi tidak bersedia untuk mengutarakannya kepada sesiapa. Layanan berbeza terhadap mana-mana pekerja yang telah menimbulkan isu atau kebimbangan. Kita bekerjasama dengan penyiasatan Menyembunyikan dokumen atau maklumat berkaitan daripada penyiasat atau juruaudit. Menipu atau tidak jujur sepenuhnya dengan penyiasat atau juruaudit. Menghapuskan dokumen atau maklumat sebagai respons kepada penyiasatan atau audit. Perbincangan tentang penyiasatan dalaman dengan orang lain tanpa keizinan daripada pasukan penyiasatan, melainkan komunikasi dengan agensi kerajaan menurut undang-undang tempatan. Hormat Kunci kepada berpegang teguh pada prinsip Hormat Perlakukan orang lain sebagaimana anda dan mereka mahu diperlakukan. Beritahu orang lain jika mereka membuatkan anda berasa tidak selesa. Laporkan kebimbangan kepada pengurus anda, ahli pengurusan lain, Sumber Manusia, pasukan SBC setempat anda atau kumpulan perniagaan atau hubungan SBC wilayah anda atau Pejabat Etika dan Pematuhan. Berkelakuan dengan cara profesional dan jangan mengancam atau menakutnakutkan sesiapa. S: Budaya dan undang-undang tidak sama di semua negara. Adakah SBC kita boleh digunakan di serata dunia? J: Ya. SBC kita mewujudkan prinsip untuk etika perniagaan yang digunakan di seluruh HP tanpa mengira lokasi atau organisasi mahupun perniagaan HP yang khusus. Apabila terdapat perbezaan tentang sebarang soalan tertentu disebabkan oleh adat, budaya atau undang-undang tempatan, pekerja hendaklah menggunakan SBC atau keperluan tempatan yang mana yang menetapkan standard kelakuan paling tinggi berkenaan keadaan itu. Kita menggalakkan dan menyediakan persekitaran bebas gangguan Sikap acuh tidak acuh atau komen tentang dasar anti-gangguan Gambaran orang yang mengganggu sebagai mangsa atau mangsa sebagai pengadu Kata-kata, gerak isyarat atau sentuhan fizikal yang tidak disenangi Paparan gambar atau bahan lain yang eksplisit tentang seks atau yang menjengkelkan Jenaka atau komen berbaur seks atau yang menjengkelkan (secara jelas atau sindiran) Kata-kata makian Ugutan atau cemuhan Integriti yang tiada kompromi Kunci kepada berpegang teguh pada prinsip Integriti Lakukan perkara yang betul tanpa menghiraukan sebarang tekanan. Buat keputusan yang betul untuk HP, bukan untuk diri anda atau orang lain. Lindungi semua aset HP dan tidak melupakan bahawa reputasi kita ialah aset yang paling mudah hilang dan yang paling penting untuk dipelihara. S: Adakah terdapat had tentang jenis hadiah atau keraian yang boleh diberikan kepada wakil pelanggan, rakan niaga atau orang lain bagi pihak HP? J: Ya. HP mempunyai sekatan atas jenis kemudahan yang mungkin disediakan kepada pelanggan kita, rakan niaga atau pihak ketiga yang lain kerana jenis kemudahan tertentu mewujudkan risiko yang tidak perlu kepada HP. Rujuk Dasar Hadiah, Perjalanan dan Keraian Perniagaan Sejagat. Kemudahan perniagaan seperti berikut tidak sekali-kali dibenarkan: Wang tunai, pinjaman, saham atau opsyen saham. Kad hadiah tunai seperti, tetapi tidak terhad kepada, American Express, Visa, MasterCard. Sebarang hadiah atau keraian yang diberikan sebagai tukaran terus untuk tindakan yang serupa. Sebarang item yang tidak sah atau eksplisit secara seksual, termasuk perjudian, atau juga yang melanggar nilainilai kita dan SBC kita. Sebarang item yang mungkin menunjukkan gambaran ketidakwajaran atau percanggahan kepentingan. Sebarang item yang bertukar tangan semasa proses pembidaan yang bersaingan atau semasa rundingan kontrak. Hadiah atau keraian yang mewah, berlebih-lebihan dan kerap diberikan. Sebarang item yang mungkin melanggar dasar penerima. Kemudahan kepada ahli keluarga terdekat, saudara lain atau pasangan daripada pelanggan sektor awam atau swasta. 16

Integriti yang tiada kompromi (bersambung) Kita menggunakan aset kita dengan berhemat Rakan sekerja yang terlalu melindungi komputer mereka (kerana mereka mungkin bimbang orang lain mendapat tahu tentang penyalahgunaan yang mereka lakukan pada komputer atau aset HP yang lain) Harta HP yang tidak dilindungi semasa tidak digunakan Mereka yang membenarkan orang lain meminjam atau menggunakan peralatan HP tanpa kelulusan. Individu yang tidak dikenali tanpa bukti kelayakan yang sah di premis kami Penggunaan berlebihan sumber-sumber HP untuk tujuan peribadi Penggunaan sumber HP untuk mencapai atau menyimpan bahan yang tidak wajar. Kad kawalan akses elektronik dan alatan lain yang memberi akses kepada kemudahan HP tidak dikuatkuasakan dengan ketat Berkongsi kata laluan Kita menyimpan rekod perniagaan yang tepat Pewujudan sebarang dana yang tidak direkodkan atau aset atau liabiliti yang tidak didedahkan atau tidak direkodkan. Persetujuan dengan pelanggan, rakan niaga atau pembekal yang tidak didokumenkan. Mengundur tarikh kontrak atau dokumen lain Membuat persetujuan atau perjanjian sampingan di luar proses kontrak HP. Tindakan membuat atau mengikat kontrak palsu atau dokumen lain. Kita mengelakkan percanggahan kepentingan Pekerjaan luar dengan, atau menerima imbuhan daripada, pelanggan, rakan niaga, pembekal atau pesaing. Kepentingan kewangan yang besar dalam entiti pelanggan, rakan niaga, pembekal atau pesaing yang anda pegang atau yang dipegang oleh ahli keluarga Menjalankan perniagaan dengan rakan niaga, pembekal, rakan saluran atau pelanggan apabila ahli keluarga anda atau orang lain yang rapat secara peribadi dengan anda memainkan peranan besar dalam syarikat itu. Perkhidmatan dalam badan kerajaan atau badan awam yang mempunyai penguasa peraturan terhadap HP atau yang membuat pembelian daripada HP. Perhubungan peribadi yang rapat antara pekerja dalam organisasi yang sama. Kita memberi dan menerima hadiah dan keraian hanya apabila ia wajar dilakukan Memberi atau menerima hadiah, sajian, perjalanan atau keraian secara kerap kepada atau daripada pelanggan, rakan niaga atau pembekal. Memberi atau menerima hadiah, sajian, perjalanan atau keraian kepada atau daripada pelanggan, rakan niaga atau pembekal semasa pembidaan, berurus janji atau perundingan kontrak. Hadiah, sajian, perjalanan atau keraian yang mewah atau berlebih-lebihan. Kita tidak merasuah atau menerima sogokan Permintaan oleh ejen untuk membuat bayaran ke negara lain, kepada pihak ketiga atau dalam bentuk tunai Permintaan atau tawaran wang tunai atau bantuan. Arahan daripada pegawai kerajaan bahawa ejen tertentu perlu untuk memudahkan urus niaga Ejen yang mempunyai reputasi membuat bayaran yang dilarang. Ejen yang meminta bayaran yang lebih tinggi daripada kadar pasaran tanpa penjelasan munasabah. Perhubungan rapat antara ejen dan pegawai kerajaan. Permintaan ejen untuk sumbangan kepada badan amal atau parti politik Ejen yang menentang usaha HP untuk melaksanakan usaha wajar. Kita melindungi maklumat sensitif. Gagal menandakan maklumat sensitif sebagai sensitif atau sulit. Menghantar maklumat sensitif ke mesin faks atau pencetak yang tidak diperhatikan Perbincangan yang lantang atau terbuka tentang maklumat sensitif yang mungkin boleh didengari orang lain. Pengedaran bahan berhak cipta tanpa notis hak cipta yang berkenaan Perbincangan tentang maklumat proprietari HP dengan pelanggan atau pembekal tanpa kelulusan sah dan pengetahuan tentang status perhubungan sebagai sulit atau tidak sulit Draf dan nota sulit yang dibuang secara tidak wajar dan tidak dicencang apabila tidak lagi diperlukan Penggunaan pengehosan internet, perkhidmatan kolaborasi atau awan yang percuma atau dibeli secara berasingan, semata-mata untuk menyempurnakan tugas. 17

Integriti yang tiada kompromi (bersambung) (bersambung): Kita tidak berdagang atas maklumat penting bukan awam atau mendedahkan maklumat sedemikian Jika dijemput untuk menyertai rangkaian pakar, lembaga penasihat, pertukaran rakan setara atau kumpulan perkongsian maklumat lain, awasi bendera merah berikut: Rangkaian pakar ditaja oleh firma yang mengurus pelaburan pasaran saham. Jemputan dibuat tanpa penglibatan nyata jabatan undang-undang firma tersebut. Permintaan agar anda tidak memaklumkan HP tentang penyertaan anda. Permintaan untuk mendapatkan butiran acara masa hadapan yang mungkin diadakan di HP. Permintaan untuk mendapatkan sebarang maklumat penting bukan awam. Bersemangat dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan Kunci kepada berpegang teguh pada prinsip Bersemangat dalam memberi perkhidmatan kepada Pelanggan Tumpuan pada layanan pelanggan dengan betul. Bersaing secara adil Pilih rakan niaga, pembekal dan orang lain yang mewakili HP secara berhati-hati. S: Untuk membantu saya menjalankan tugas dengan lebih baik di HP, saya telah menyimpan beberapa dokumen daripada majikan terdahulu yang menerangkan pelbagai proses yang digunakan oleh mereka. Bolehkah saya menggunakan dokumen itu di HP? J: Ia bergantung kepada keadaan. Jika dokumen mengandungi maklumat sulit atau proprietari majikan anda yang terdahulu, anda tidak boleh menggunakan atau mengongsi maklumat ini. HP menghendaki semua pekerja menghormati sebarang sekatan pendedahan atau sekatan penggunaan maklumat sulit yang diperoleh mereka daripada majikan terdahulu atau pihak ketiga yang lain. Hakikatnya, pekerja baharu diarahkan untuk tidak membawa maklumat sedemikian ke dalam premis HP. Jika anda tidak pasti, anda tidak harus menggunakan atau mengongsi maklumat ini sehingga anda merujuk dengan Pejabat Ketua Penasihat Undang-undang HP. Kita bersaing dengan penuh semangat dan adil Persefahaman rasmi atau tidak rasmi dengan pesaing yang menstabilkan harga atau memperuntukkan kawasan jualan, barisan produk atau kumpulan pelanggan Bertukar-tukar maklumat dengan pesaing tentang subjek ini Persetujuan dengan pelanggan, rakan niaga atau pembekal yang mewujudkan harga jualan semula produk atau perkhidmatan, mengehadkan hak pelanggan untuk menjual produk atau meletakkan syarat jualan produk atau perkhidmatan atas persetujuan untuk membeli produk atau perkhidmatan lain Penetapan harga yang lebih rendah daripada kos, terutamanya apabila kita menguasai bahagian pasaran yang besar. Diskriminasi yang tidak adil antara pelanggan atau rakan saluran yang berada dalam keadaan serupa. Kita memperoleh kepintaran perniagaan dengan cara yang wajar Penggunaan maklumat sulit orang lain tanpa kelulusan yang sah. Permintaan atau perolehan maklumat harga pesaing daripada pelanggan, rakan niaga atau pembekal. Memberi tekanan atau menggalakkan pekerja HP untuk membincangkan maklumat sulit daripada majikan terdahulu mereka Cadangan daripada pihak ketiga untuk produk baru, ciri produk atau perkhidmatan apabila sumber asal idea itu tidak diketahui sepenuhnya Pemerolehan maklumat melalui sebarang kelakuan yang anda tidak bersedia mendedahkan sepenuhnya. Mempercayai, tanpa pengesahan, dakwaan pihak ketiga bahawa kepintaran perniagaan diperoleh dengan cara yang betul Warga bertanggungjawab Kunci kepada berpegang teguh pada prinsip Warga bertanggungjawab Mengambil kira kepentingan komuniti semasa membuat keputusan. Buat keputusan dengan pandangan jangka panjang. Jangan lupa bahawa orang di luar HP menghakimi kita berdasarkan tindakan kita sepenuhnya kerana mereka tidak terlibat dalam proses membuat keputusan. 18

Warga bertanggungjawab (bersambung) S: Saya pernah melihat aktiviti di HP yang mungkin mewujudkan bahaya kepada persekitaran tetapi saya tidak mahu melibatkan diri. Bukankah ini jalan paling selamat? J: Tidak. Semua pekerja HP bertanggungjawab untuk mengambil tindakan apabila mengetahui akan kemungkinan berlaku pelanggaran SBC kita. Tanggungjawab ini termasuk melaporkan bahaya persekitaran atau keadaan kerja lain yang tidak selamat yang anda ketahui. Tindakan balas terhadap sesiapa sahaja yang membuat laporan secara jujur tidak akan ditolak ansur. Apabila timbul kebimbangan atau persoalan, berkomunikasi di peringkat setempat, dengan rakan atau pengurus anda, selalunya ialah permulaan yang paling baik. Apabila isu tidak dapat dikemukakan atau diselesaikan dengan pengurus terdekat anda, gunakan Dasar Pintu Terbuka untuk menghubungi peringkat pengurusan seterusnya, Sumber Manusia, pasukan SBC setempat anda, unit perniagaan atau hubungan SBC wilayah anda atau Pejabat Etika dan Pematuhan: Kita warga yang bertanggungjawab. Menggunakan bahan yang membahayakan persekitaran. Maklumat sulit pembekal diperlakukan secara cuai sehinggakan ia dapat diakses oleh orang lain. Membuat persetujuan dengan pelanggan, rakan niaga atau pembekal yang tidak didokumenkan. Perbincangan dengan wartawan tentang perniagaan HP tanpa melibatkan Komunikasi Korporat. Sokongan terhadap calon politik atau badan amal melalui penggunaan sumber HP yang belum diluluskan. Menggunakan rakan niaga atau ejen yang mempunyai reputasi kelakuan/tingkah laku tidak beretika. 19

Menang dengan cara yang betul, setiap hari Kadang kala kita menghadapi kesukaran membuat keputusan yang betul kerana ia tidak sentiasa jelas. SBC kita, berserta alatan yang terdapat padanya, pautan dan jalan untuk mengemukakan soalan, disediakan untuk membantu anda membuat pilihan yang betul. Terpulang kepada anda untuk memilih tindakan yang betul untuk merealisasikan kemenangan dengan cara yang betul. HP bergantung pada kita semua untuk: Memahami cara SBC distrukturkan dan mematuhi peruntukannya. Menghayati prinsip tersirat yang memberi panduan kepada kelakuan harian Menggunakan Ujian Tajuk Berita untuk mencari jawapan apabila dicabar dengan isu etika Membiasakan diri dengan kunci kejayaan supaya anda boleh mencontohi kelakuan beretika Belajar mengenali kelakuan atau tindakan yang dianggap bendera merah Pelajari cara menggunakan pautan dalam SBC untuk mencari butiran berkenaan dasar dan maklumat lain Ketahui arah untuk dituju dan siapa untuk dihubungi sekiranya anda ingin mengemukakan soalan Untuk membolehkan HP menaikkan reputasinya sebagai sebuah syarikat dengan budaya integriti dan kepimpinan beretika, kita semua hendaklah bekerja bersama-sama, selaras dengan nilai kongsi kami, untuk menang dengan cara yang betul. Kita perlu membangkitkan kepercayaan pelanggan, rakan niaga, pembekal dan rakan sekerja kita. Pada semua peringkat, kita harus memenuhi iltizam kita terhadap orang lain seperti yang digariskan dalam Standard Etika Perniagaan kita. Menghubungi Pejabat Etika dan Pematuhan Jika anda ingin mengemukakan soalan atau membincangkan kemungkinan kebimbangan atau pelanggaran SBC kita, anda seharusnya menggunakan Dasar Pintu Terbuka terlebih dahulu untuk membincangkannya dengan pihak dalam rantai pengurusan anda. Jika anda tidak selesa dengan pendekatan itu atas sebarang sebab atau sekiranya tiada tindakan diambil selepas perbincangan anda, anda boleh menghubungi Sumber Manusia, pasukan SBC setempat anda, kumpulan perniagaan atau hubungan SBC wilayah anda atau Pejabat Etika dan Pematuhan: Melalui e-mel: corporate.compliance@hp.com Melalui telefon: Dari mana-mana sahaja di dunia, hubungi TalianPanduan 24 jam sehari, terjemahan disediakan, pemanggil boleh merahsiakan diri, kecuali apabila pelaporan tanpa nama dilarang oleh undang-undang tempatan Dari A.S. dan Kanada: 800-424-2965 Di luar A.S. dan Kanada: 1) Pergi ke Kod Akses AT&T 2) Cari negara anda dalam senarai mengikut abjad 3) Dail Kod AT&T Direct 4) Apabila digesa, dail 800-424-2965 Melalui mel: HP Ethics and Compliance Office 5400 Legacy Drive Plano, TX 75024 USA Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati hp.com/hpinfo 2012 Hewlett-Packard Development Company, L.P. Maklumat yang terkandung di dalam ini tertakluk pada perubahan tanpa notis. Satu-satunya jaminan untuk produk dan perkhidmatan HP adalah seperti yang dikemukakan dalam kenyataan jaminan ekspres yang disertakan dengan produk dan perkhidmatan itu. Tiada perkara di dalam ini yang harus dianggap sebagai sebahagian daripada jaminan tambahan. HP tidak bertanggungjawab atas ralat atau pengabaian teknikal atau penyuntingan yang terkandung di dalam ini. Dibuat pada Jun 2012