Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

dokumen-dokumen yang mirip
PEMBELAJARAN MASTERI

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH YANGZHENG

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

TOPIK 2: REKA BENTUK PENGAJARAN

OBJEKTIF PENGENALAN

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

2. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga soalan Bahagian C.

Teknologi Multimedia dalam Pendidikan

Unit 5 Pendekatan Tematik

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF MELALUI PEMBELAJARAN BERDASARKAN PENGALAMAN

Pengurusan Bilik Darjah

MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

PERANCANGAN MENGAJAR HARIAN SEKOLAH MENENGAH PENDEKATAN PEMBELAJARAN KEPELBAGAIAN SUMBER DAN BAHAN

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 6 (KSSR)

FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN PERINCIAN TUGASAN KUMPULAN

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

PENGAJARAN BERPASANGAN

Kurikulum Kebangsaan

BAHAGIAN A 30 markah. Jawab semua soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR. Nordin Tahir, IPG Ipoh

Taklimat untuk Guru BM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES KAJIAN. Nordin Tahir

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) JADUAL WAKTU

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Asas Reka bentuk Aplikasi Multimedia Pendidikan

Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3. Sehingga PMR

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) SAINS TAHUN 4 (KSSR)

Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan Pelajaran. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah MATEMATIK

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Transkripsi:

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

PENGURUSAN MASA Pelajar yang berjaya biasanya mempunyai jadual waktu dan perancangan yang tersusun dan sistematik. Jadual waktu ialah pembahagian masa hari ke hari yang terperinci yang merangkumi: sesi pembelajaran, dan aktiviti-aktiviti lain dalam sehari. Perancangan ialah pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain. i. Bagaimanakah Menghasilkan Jadual Waktu Persendirian? Tentukan tempoh masa yang harus anda peruntukkan masa untuk mengulang kaji sesuatu mata pelajaran. Pilih keutamaan mengikut susah senang sesuatu mata pelajaran atau topik. Berikan tumpuan dan masa yang lebih kepada mata pelajaran dan topik yang anda rasakan sukar. Pastikan masa belajar seboleh-bolehnya dibahagikan sama rata sepanjang minggu, mengikut kesesuaian. Keupayaan minda menerima sesuatu pelajaran adalah terhad. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda belajar selama 2 jam sehari sepanjang minggu berbanding dengan belajar selama 10 jam hanya untuk satu hari dalam seminggu. 51

ii. Penggunaan Masa Untuk Aktiviti Lain Selain belajar, masa juga harus diperuntukkan untuk: - berehat - membuat kerja rumah - bersukan - membantu ibu bapa - melakukan aktiviti-aktiviti yang diminati atau menghadiri kelas tambahan. iii. Apakah Kelebihan Mempunyai Jadual Waktu? Jadual waktu persendirian harus disediakan supaya: Mengurangkan pembaziran waktu Lebih memberi fokus kepada pelajaran Pengurusan masa lebih teratur Mengambil kira semua mata pelajaran Memberi keutamaan kepada mata pelajaran yang sukar Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja 52

GAYA PEMBELAJARAN i. Mengapakah Perlunya Mengenal Pasti Gaya Pembelajaran? Setiap individu mempunyai gaya belajar tersendiri. Apa yang penting bukanlah gaya tersebut tetapi hasil daripada pembelajaran yang telah dilakukan. Setiap minit yang diperuntukkan akan hanya bermakna sekiranya murid itu dapat memahami dan mengingati fakta dan konsep penting pelajaran berkenaan. Sebaliknya seseorang murid itu akan hanya kerugian masa sekiranya apa yang dipelajari tidak dapat dihayati sepenuhnya dan mereka tidak langsung dapat memahami atau mengingati perkara-perkara penting tentang pelajaran berkenaan. Murid harus mengenal pasti gaya pembelajaran yang disukai agar murid dapat memberikan fokus yang lebih terhadap apa yang dipelajari. 53

ii. Apakah Gaya Pembelajaran? Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu. Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran. Murid perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka. Pada asasnya dua model gaya pembelajaran yang dibincangkan di sini: Gaya VAK (Visual, Auditouri, Kinestetik ) Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn 1. GAYA VAK Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestetik 1.1 Gaya Pembelajaran Visual Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Murid visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid auditori tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. 54

Murid visual selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu. 1.2 Gaya Pembelajaran Auditori Murid Auditori belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru. Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru. 1.3 Gaya Pembelajaran Kinestetik Murid kinestetik belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktivitimelalui hands-on. 55

2. GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN Gaya pembelajaran Dunn & Dunn mengandungi beberapa aspek penting yang diperincikan seperti yang berikut: MODUL BELAJAR CARA BELAJAR STIMULUS UNSUR CIRI Alam Sekitar Bunyi Cahaya Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar belakang seperti muzik. Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya. Suhu Suka belajar di tempat yang nyaman atau di tempat yang panas. Pola Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di lantai. Motivasi Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu diransang oleh guru. Emosi Ketabahan Tanggung jawab Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek. Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan guru. Struktur Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya diberikan lebih masa untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara. 56

STIMULUS UNSUR CIRI Sendiri Suka belajar sendiri. Pasangan Suka belajar secara berpasangan. Rakan sebaya Suka belajar dengan rakan sebaya. Sosiologi Pasukan Suka belajar dalam kumpulan. Guru Suka belajar dengan guru di sebelahnya. Pelbagai cara Suka belajar dengan kombinasi beberapa cara di atas. Persepsi Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak. Fizikal Makan Waktu Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar. Suka belajar pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa sahaja. Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar. 57

STIMULUS UNSUR CIRI Global atau Analitik Murid global suka belajar secara menyeluruh; murid analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis. Psikologi Otak kiri atau Otak kanan Murid ini lebih cenderung memproses maklumat di otak kiri, suka belajar sesuatu bahagian demi bahagian, meminati bahasa dan membuat pengiraan dan analisis; murid yang lebih cenderung memproses maklumat di otak sebelah kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu. Impulsif atau Reflektif Murid yang impulsif bertindak secara spontan manakala murid yang reflektif berfikir sebelum bertindak. 58

3. SOAL SELIDIK GAYA PEMBELAJARAN Soal selidik yang berikut boleh digunakan sebagai panduan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai bagi seseorang murid. Nama :.. Kelas :. Arahan : Baca setiap pernyataan dibawah dengan teliti. Lengkapkan ruang di bawah memberikan nilai angka bagi setiap pernyataan yang dirasai paling tepat menerangkan perasaan anda berhubung dengan setiap pernyataan itu berdasarkan skala yang berikut: SS Sangat Setuju S Setuju TP Tidak Pasti TS Tidak Setuju STS Sangat Tidak Setuju 5 4 3 2 1 Bil. Item SS (5) 1. Apabila guru memberikan arahan, saya dapat memahaminya dengan baik. S (4) TP (3) TS (2) STS (1) 2. Saya gemar belajar dengan cara melakukan sesuatu di kelas. 3. Saya dapat menyiapkan lebih banyak tugasan jika saya melakukannya bersama dengan murid lain. 4. Lebih banyak yang saya pelajari jika saya belajar dalam kumpulan. 5. Di dalam kelas, saya belajar dengan lebih baik apabila bekerjasama dengan murid yang lain. 6. Saya mempelajari sesuatu dengan lebih baik dengan membaca apa yang ditulis oleh guru di papan tulis. 7. Saya belajar dengan lebih baik jika seseorang memberitahu saya bagaimana melakukan sesuatu. 8. Jika saya melakukan sesuatu di kelas, saya belajar dengan lebih baik. 59

9. Saya lebih mengingati perkara yang saya dengar dikelas daripada perkara yang saya baca. 10. Jika saya membaca arahan/panduan, saya mengingatnya dengan lebih baik. 11. Lebih banyak yang saya pelajari dengan membuat model bagi sesuatu perkara. 12. Saya lebih memahami sesuatu dengan membaca arahan/panduan. 13. Saya lebih mengingati sesuatu dengan belajar bersendirian. 14. Lebih banyak yang saya pelajari dengan melakukan sesuatu bagi projek kelas. 15. Saya berasa seronok melakukan eksperimen di kelas. 16. Saya belajar dengan lebih baik dengan membuat lukisan semasa mempelajari sesuatu. 17. Saya belajar dengan lebih baik jika guru menyampaikan penerangan. 18. Jika saya belajar bersendirian saya belajar dengan lebih baik. 19. Saya lebih memahami sesuatu perkara apabila saya mengambil bahagian dalam main peranan. 20. Saya belajar dengan lebih baik jika saya mendengar sesuatu perkara. 21. Saya genar membuat tugasan bersama dengan dua atau tiga orang rakan yang lain. 22. Jika saya membina sesuatu, saya lebih mengingati sesuatu yang saya pelajari dengan lebih baik. 23. Saya lebih gemar belajar dengan seseorang. 24. Saya belajar dengan lebih baik dengan membaca daripada mendengar sesuatu. 25. Saya seronok membuat sesuatu untuk projek kelas. 60

26. Saya belajar dengan begitu baik di kelas apabila saya mengambil bahagian dalam aktiviti yang berkaitan. 27. Di kelas, saya membuat sesuatu dengan lebih baik apabila saya melakukannya sendiri. 28. Saya lebih gemar menjalankan sesuatu projek secara bersendirian. 29. Saya mempelajari sesuatu dengan lebih baik dengan membaca buku teks daripada mendengar penerangan guru. 30. Saya suka bekerja bersendirian. (Diubahsuaikan daripada Joy Reid, 1984) Lembaran Permarkahan Kendiri Terdapat lima pernyataan bagi setiap jenis gaya pembelajaran. Pernyatan di atas dikelompokkan berdasarkan gaya tersebut. Setelah anda melengkapkan jadual di atas, jumlahkan semua skor bagi setiap kelompok gaya pembelajaran dan darab dua jumlah tersebut dan catatkan jumlahnya pada ruang yang betul. Pernyataan 6 10 12 24 29 Jumlah Skor = Jumlah x 2 Pernyataan 11 14 16 22 25 Jumlah Skor = Jumlah x 2 Pernyataan 1 7 9 17 20 Jumlah Skor = Jumlah x 2 Visual Kecekatan Tangan Auditori Skor Skor Skor 61

Pernyataan 3 4 5 21 23 Jumlah Skor = Jumlah x 2 Pernyataan 2 8 16 15 19 Jumlah Skor = Jumlah x 2 Pernyataan 13 18 27 28 30 Jumlah Skor = Jumlah x 2 Berkumpulan Kinestetik Bersendirian Skor Skor Skor SKOR Gaya pembelajaran utama 38-50 Gaya pembelajaran kedua 25-37 Gaya pembelajaran yang tidak penting 0-24 62

Penerangan Tentang Gaya Pembelajaran Utama MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Gaya Pembelajaran Penerangan Utama 1. Visual Pelajar belajar dengan lebih baik dengan melihat perkataan dalam buku dan papan tulis, tidak memerlukan penerangan lisan yang banyak, dapat belajar bersendrian dengan membaca buku, dan perlu mencatat penerangan atau arahan lisan yang disampaikan sekiranya ingin mengingati sesuatu maklumat. 2. Auditori Pelajar belajar daripada perkataan yang diujarkan, dapat mengingat maklumat dengan membaca kuat atau dengan menggerak-gerakkan bibir ketika membaca, serta mendapat manfaat daripada mendengar pita audio, syarahan, dan perbincangan kelas. 3. Kinestetik Pelajar belajar dengan lebih baik melalui pengalaman, dan terlibat secara aktif dalam aktiviti, lawatan, dan main peranan. Kombinasi rangsangan seperti aktiviti dan pita audio memudahkan pelajar memahami perkara baru. 4. Kecekatan Tangan Pelajar belajar dengan lebih berkesan apabila berpeluang membuat latih amal (hands-on) dengan bahan seperti melakukan eksperimen di makmal, membina model, dan menyentuh dan menggunakan bahan. Pergerakan fizikal dalam kelas membantu pelajar memahami maklumat baru. 5. Berkumpulan Pelajar belajar dengan lebih mudah sekiranya berteman, dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan bekerjasama dengan orang lain, mengingati maklumat apabila bekerja dengan rakan pelajar yang lain, dan stimulasi daripada rakan membantu anda memahami perkara baru. 6. Bersendirian Pelajar belajar, berfikir, serta memahami dan mengingat maklumat baru dengan lebih baik apabila bekerja atau melakukan sesuatu bersendirian. Gaya pembelajaran minor menunjukkan bahawa pelajar masih dapat belajar dengan baik melalui gaya pembelajaran tersebut, manakala gaya pembelajaran yang tidak penting bererti pelajar menghadapi kesulitan belajar melalui gaya tersebut dan harus memberikan tumpuan pada gaya yang lebih membantu pelajar dalam pembelajaran. (Diubahsuaikan daripada Instrumen Gaya Pembelajaran, Murdoch Teacher Center, Wichita, Kansas). 63