PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGGUNAKAN ALAT BERFIKIR CoRT 1

dokumen-dokumen yang mirip
KEMAHIRAN BERFIKIR Alat CoRT 1. Oleh : Nur Ashwa Johalim Nur Syafikah Mohamat

Alat Berfikir PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 3

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 1

Rancangan Pengajaran Harian. Pendidikan Islam Tahun 1 (Akidah ) 16 Rabiulawwal 1436 / 7 Januari 2015 / Rabu

2.1 Butir-Butir Peribadi Pelatih/Pelajar Ruangan ini perlu diisikan dengan butir-butir peribadi pelatih/pelajar dengan lengkap.

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KEMAHIRAN MENULIS)

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun :3 1. Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Ibadah) 2. Kelas 3 Maju 3. Tarikh/Hari 17 Jamadilawal 1436

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan. Pada akhir pelajaran, murid dapat:

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Abstrak. Penggunaan S 2 TAMP 2 D dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kepelbagaian Ayat. Zaetun Abbas

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

ARAHAN: ( )

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

Teknologi Pengajaran (2 jam)

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

2.0 PENYATAAN MASALAH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 Mata Pelajaran Pendidikan Islam ( Akidah )

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan (Minggu 5)

KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

SK (2) TAMAN KERAMAT

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN ASAS MENOLONG

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Hj. Mustapha Kamal Hj. Ahmad Kassim Jabatan hal Ehwal Pelajar,IPG Kampus Ilmu Khas, KL & Dr. Hjh. Zahiah Hj. Harith Jabatan Pendidikan Islam

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

KUMPULAN 3 : TUGASAN INDIVIDU NAMA PELAJAR : MASITAH BINTI MD SOM

PENGGUNAAN BUKU TEKS SECARA BERKESAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH UNTUK MURID BERPRESTASI RENDAH DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PROSEDUR PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN DI UTHM

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

Fokus Utama : 4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

FU: 4.3 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

TAJUK 6: KEMAHIRAN BELAJAR 1. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

TAJUK 5: TEKNIK-TEKNIK MENINGKATKAN INGATAN. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID GEOGRAFI TINGKATAN 2

UNIT PRAKTIKUM IPGKBL REFLEKSI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

TAJUK 7: TEKNIK-TEKNIK MEMBACA. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL / KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Penyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

Transkripsi:

PANDUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM MENGGUNAKAN ALAT BERFIKIR CoRT 1 ZULQUARNAIN BIN ALI IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG PENDAHULUAN Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah yang mengurniakan ilmu kepada Rasulullah pembawa rahmat ke sekelian alam. Proses pengajaran dan pembelajaran hari ini perlu kepada pelbagai pembaharuan dari masa ke semasa. Dalam era globalisasi ini Guru-Guru Pendidikan Islam perlu berani melakukan pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik dan kaedah pedagogi perlu dikuasai dan diperkembangkan bagi memenuhi tuntutan cabaran yang mendatang dalam dunia pendidikan terkini. Lantaran itu, saya mengambil langkah ke hadapan dengan cuba mengketengahkan panduan pengajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan alat kemahiran berfikir. Alat ini diperkenalkan oleh tokoh pemikir dunia Edward De Bono. Walaupun ilmu ini diperkembangkan oleh orang bukan Islam, tetapi sesuatu yang baik perlu diterima dan dipraktikkan untuk kebaikan bersama. Satu contoh panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan alat kemahiran berfikir telah disediakan. Panduan ini diharap dapat membantu guru-guru pendidikan Islam mempelbagaikan kaedah pedagogi untuk melahirkan P&P yang berkesan dan menarik. PENGENALAN Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono. Beliau dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau berkelulusan D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge. Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6 bahagian CoRT, iaitu; 1. CoRT 1 : keluasan persepsi. 2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir. 3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis. 4. CoRT 4 : pemikiran kreatif. 5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan. 6. CoRT 6 : tindakan.

Panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan alat kemahiran berfikir ini telah disediakan dengan menggunakan CoRT 1. Terdapat tujuh teknik asas dan teknik panduan bagi CoRT 1. PMI C&S FIP Mencipta PERATURAN baru Membuat PERANCANGAN baru Membuat KEPUTUSAN baru CAF AGO APC OPV = CoRT 1 KELUASAN PERSEPSI Rajah 1. Tujuh Teknik Asas dan Tiga Teknik Paduan CoRT 1 (Keluasan Persepsi) HURAIAN ALAT BERFIKIR (Tujuh Teknik Asas CoRT 1) Komponen Bil. CoRT 1 01. PMI Plus, Minus, Interesting. (Baik, Buruk, Menarik.) Tujuan Berfikir Kaedah & Langkah Contoh Tajuk Perbincangan Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi. Mengembangkan idea. P : senaraikan semua yang baik. M : senaraikan semua yang buruk. I : senaraikan semua yang menarik. Apakah keputusan atau penilaian tentang tajuk yang dikaji? 1. Komputer menggantikan guru dalam sekolah. 2. Arak boleh digunakan untuk tujuan perubatan. 3. Membaca al-quran dengan menggunakan tulisan rumi. 02. CAF Consider All Factors (Ambil kira semua faktor) Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan terlupa faktor yang penting. Senaraikan semua faktor yang berkaitan. Pertimbangkan setiap faktor. Apakah keputusan selepas pertimbangan sewajar dibuat? 1. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari guru anda? 2. Apakah kegiatan dakwah yang anda ingin ikuti?

Komponen Bil. CoRT 1 03. C&S Consequence and sequel Kesan dan akibat dari kesan Tujuan Berfikir Kaedah & Langkah Contoh Tajuk Perbincangan Menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan. Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut. - Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya? - Apakah risiko yang mungkin dihadapi? - Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan pendek? 1. Belajar al-quran dengan tulisan rumi. 2. Melakukan solat dengan meninggalkan semua perkara sunat. 3. Menceraikan terus isteri yang nusyuz. - Adakah cadangan berkenaan baik? 04. AGO Aims,Goals, Objectives. (Tujuan, matlamat, objektif) Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai. Elakkan perkara yang tidak berkenaan. Apakah AGO rancangan? Adakah tindakan terkeluar daripada AGO? Bagaimana pastikan AGO dapat dicapai? 1. Apakah AGO hidup anda? 2. Apakah AGO ibadah dalam Islam? 3. Apakah AGO diharamkan meminum arak? 05. FIP First important prioriti Perkara paling penting diutamakan Mengambil kira perkara-perkara yang penting. Menentukan prioriti. Elakkan perkara yang tidak patut diutamakan Apakah perkaraperkara yang penting? Antara perkara-perkara ini yang mana paling penting? Apakah prioriti yang diperlukan tindakan segera? 1. FIP semasa memilih pasangan hidup. 2. Apakah strategi pembelajaran Pendidikan Islam yang paling baik? 3. Apakah kaedah menghafaz ayat hafazan yang paling mudah? 06. APC Alternatives, Possibilities, Choices. Memikirkan beberapa perkara dengan serentak. Menentukan pilihan yang terbaik. Apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan masalah ini? Apakah baik buruk cadangan tadi? 1. Bagaimana memilih pemimpin sedangkan calonnya ramai. 2. Peperiksaan dihapuskan. Cari APC. Elakkan pemikiran sehala sahaja. Manakah cadangan yang paling baik.

Komponen Bil. CoRT 1 07. OPV Other People s Views Tujuan Berfikir Kaedah & Langkah Contoh Tajuk Perbincangan Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan. Elakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri. Apakah idea diri sendiri akan mempengaruhi orang lain? Bagaimana orang lain memandang idea anda? Adakah idea anda bernas dan harus dijadikan tindakan? 1. Ibu bapa wajib menghalang anak remajanya keluar rumah selepas jam 9 malam. 2. Mat Rempit wajib dikenakan hukuman penjara 20 tahun mandotari. 3. Penjualan rokok wajib diharamkan di Malaysia. Penguasaan murid dalam kemahiran berfikir (KB) menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Alat berfikir yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penyusun grafik, soalan dan penyoalan, serta peta minda. Penggunaan alat berfikir CoRT1 dalam mata pelajaran Pendidikan Islam masih belum meluas. Cadangan penggunaan alat berfikir CoRt1 dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam boleh diaplikasikan sebagai salah alternatif untuk mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran murid. Berikut dikemukakan panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan alat berfikir CoRT1.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DENGAN MENGGUNAKAN ALAT BERFIKIR CoRT1. TAHUN : Tiga MATA PELAJARAN : Pendidikan Islam MASA : 60 minit STANDARD KANDUNGAN : 3.1.1 Memahami dan menyakini konsep beriman kepada qadha dan qadar. STANDARD PEMBELAJARAN : 3.1.1.5 Menyenaraikan akibat tidak beriman kepada qadha dan qadar PENGETAHUAN SEDIA ADA : 1. Pelajar sudah mengetahui enam rukun iman. PEDAGOGI P&P : 1. Pembelajaran Kerjasama (cooprative learning) 2. Pembelajaran Konstraktivisme 3. Pembelajaran Kajian Masa Depan ALAT BERFIKIR : AGO, dan C&S BAHAN BANTU MENGAJAR : 1. Gambar. 2. Grafik carta maklumat. 3. Kertas edaran. BUKU RUJUKAN : Objektif Kemahiran Berfikir : 1. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2003), Belajar berfikir : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd., Kuala.Lumpur. 2. Ainon Mohd & Abdullah Hassan (1999), Menyelesaikan masalah secara kreatif, : Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Mengenal pasti matlamat dan objektif yang hendak dicapai dengan menggunakan AGO. 2. Mengenal pasti akibat tidak beriman kepada qadha dan qadar dengan menggunakan C & S. 3. Menggunakan C & S sebelum membuat keputusan atau tindakan.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SET INDUKSI ( 5 minit ) : 1. Guru memaparkan gambar-gambar berkaitan qadha dan qadar dalam kehidupan sehrian. 2. Murid diminta memberikan pandangan berhubung dengan kad atau gambar tersebut. 3. Guru mengaitkan gambar tersebut dan pandangan murid dengan pelajaran hari ini. PERKEMBANGAN LANGKAH PERTAMA ( 20 minit ) : 1. Guru melaksanakan proses P&P mengikut Stratgi P&P yang dirancang. PERKEMBANGAN : LANGKAH KEDUA ( 20 minit ) : ILMU ( KOGNITIF ) 1. Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan perbincangan untuk menyelesaikan masalah berikut ; 1. Anda telah ditimpa musibah kemalangan jalanraya. Apakah perasaan anda terhadap peristiwa ini? 2. Anda mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR. Apakah perasaan anda terhadap peristiwa ini? 3. Apakah hubungan perasaan anda dalam dua peristiwa tersebut dengan keimanan kepada qadha dan qadar? Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan alat kemahiran berfikir. AGO : KEMAHIRAN BERFIKIR 1. Guru menyoal murid, apakah matlamat yang hendak dicapai? 2. Murid menjawab ; matlamat yang hendak dicapai ialah untuk mengesan akibat tidak beriman dengan qadha dan qadar. C & S : Guru meminta murid menyatakan akibat tidak beriman dengan qadha dan qadar. Persoalan yang dikemukakan ialah : 1. Kenapakah umat Islam wajib beriman dengan qadha dan qadar? 2. Apakah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam beriman kepada qadha dan qadar? 3. Apakah akibat tidak beriman dengan qadha dan qadar? 4. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah tidak beriman dengan qadha dan qadar? Murid secara kumpulan menjawab persoalan tersebut dan membentangkannya dalam kelas.

PERKEMBANGAN : LANGKAH 3 ( 15 minit ) : PENILAIAN ( 10 minit ) : Guru secara lisan menilai kemampuan murid menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan menggunakan alat berfikir terhadap perbincangan tajuk Beriman Kepada Qadha dan Qadar. RUMUSAN ( 5 minit ) : 1. Guru merumuskan objektif pembelajaran hari ini adakah telah tercapai atau tidak. 2. Guru menyarankan murid mengambil pengajaran dan iktibar terhadap apa yang telah dipelajari pada hari ini. TUGASAN : Murid diberi tugasan kerja rumah : 1. Menyediakan nota terhadap tajuk yang dibincangkan dalam bentuk peta minda. ULASAN KENDIRI : Isu Yang Diperhatikan : 1. Adakah objektif pembelajaran murid telah tercapai? 2. Adakah murid mampu menggunakan alat berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan? 3. Adakah kaedah pengajaran yang digunakan sesuai dan berkesan? Cadangan : Setiap persoalan yang telah dikemukakan pada bahagian Isu Yang Diperhatikan, jika ianya mendatangkan kesan positif hendaklah diteruskan dan diperkukuhkan. Jika ianya membawa kesan negatif hendaklah diperbaiki dan diperbetulkan. Perlu ada tindakan susukan *************************88888888888888*********************************