GARIS PANDUAN TINGKAH LAKU KORPORAT

dokumen-dokumen yang mirip
Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

DASAR ANTI RASUAH RGIS

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Polisi Privasi. Pengenalan

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Kod pengendalian perniagaan

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

Kesetiaan kepada Syarikat

Tatakelakuan. Pembekal

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Tata Kelakuan Perniagaan

tata kelakuan dan etika Membina Kepercayaan

ROPER TECHNOLOGIES, INC.

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Jun Kod Etika dan Piawaian Tingkah Laku Perniagaan

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Tatakelakuan JABIL. Integriti Di mana-mana, Setiap hari. AWAM Jabil Inc Hak Cipta Terpelihara.

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

Polisi Privasi Smiggle

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

(CP 472) 22 FEB 2017

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

TATAKELAKUAN. Pilihan Yang Betul

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

TERMA PENGGUNAAN. Skop

CADANGAN STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

Tatakelakuan Perniagaan dan Etika

Prinsip Panduan Kami. Tatakelakuan Cargill

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Rakan Sekerja yang Dihormati,

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

TATAKELAKUAN. Mengamalkan Nilai Kita. Mengekalkan Piawai Etika Tertinggi KEPRIHATINAN KERJA BERPASUKAN GLOBAL PENINGKATAN BERTERUSAN

Jadual Kandungan. Akta Amalan Rasuah Luar Negeri... 6 Garis panduan Kawalan Import dan Eksport... 6 Garis panduan Pemulauan Ekonomi Luar Negeri...

Jadual Kandungan. Budaya Kami terhadap Etika dan Integriti Melakukan Perkara Yang Betul Pendidikan dan Latihan Asas Kami...

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

Tatalaku. Versi ringkas. The global leader in door opening solutions

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

SATU HONEYWELL Tataniaga

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Toll Group Kod Amalan Membantu anda menghayati Cara Toll

Buat Apa Yang Betul. Kod Etika

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

KOD KELAKUAN. Kami sentiasa bertindak mengikut peraturan-di mana sahaja kami berada.

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

Cara Yang Tepat Tatakelakuan Pekerja Oktober

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

PESANAN DARIPADA KEITH JACKSON

Berurusan dengan Pengantara Takaful

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

Tatakelakuan. SCA Tatakelakuan 1

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Perjanjian rakan kongsi

KOD TINGKAH LAKU ETIKA PERNIAGAAN. Hayati Credo, Fahami Kod Kami

Transkripsi:

R GARIS PANDUAN TINGKAH LAKU KORPORAT Etika & Pematuhan

Kandungan Pesanan daripada Chris Conway... 1 Peringatan mengenai Garis Panduan... 2 Falsafah Kami... 3 Pengenalan &... 4 Melaporkan Melalui Connect... 5 Proses Connect... 6 Prinsip Asas untuk Pekerja Sebenarnya... 8 Kami melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja kami... 9 Kami merangkum, menghargai kepelbagaian dan menyokong pekerja dalam mencapai potensi mereka...10 Kami melindungi privasi pekerja...11 Prinsip Asas untuk Sebenarnya...13 Kami perlu kawal guna harta intelektual kami...14 Kami melindungi maklumat sulit kami...15 Kita perlu sentiasa bertindak untuk kepentingan dan mengelakkan sebarang konflik...16 Jual beli saham yang kami lakukan tertakluk pada pengehadan...17 Kami menggunakan aset secara bertanggungjawab jawab dan hormat...19 Buku dan rekod kita hendaklah tepat...20 Kami terikat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang selamat dan berkualiti...21 Prinsip Asas untuk Pasaran Sebenarnya...23 Kami tidak bertolak ansur terhadap rasuah...24 Kami bersaing secara jujur di pasaran...25 Kami percaya pada melakukan apa yang baik untuk alam sekitar...26 Kami mengehadkan penggunaan sumber syarikat untuk menyokong kempen atau tujuan politik...27 Kami berkomunikasi dengan "satu suara kepada umum...28 Kami amat berhati-hati setiap kali kami memandu kenderaan...29 Kami patuh dengan semua peraturan Kawalan Perdagangan Antarabangsa...30 Peringatan Akhir...31

1 Pesanan daripada Chris Rakan-rakan dan Rakan Sekerja, Kami adalah sebahagian daripada organisasi yang mempunyai sejarah yang panjang dan berjaya. Dari permulaannya lebih dari 100 tahun dahulu sebagai pengeluar produk logam kecil tempatan, hingga statusnya sekarang sebagai sebuah syarikat multinasional dengan hasil di seluruh dunia melebihi $1 bilion, sentiasa mengekalkan budaya kerja keras dan pertumbuhan. Walau bagaimanapun, hasil yang tinggi dan peningkatan keuntungan bukanlah satu-satunya pengukur kejayaan. Kami mahu melakukan dengan cara yang betul, dan setiap seorang daripada kita penting untuk matlamat itu. Kod Etika asal telah ditulis lebih 100 tahun dahulu, kemungkinan oleh L. H. Harold Clark, anak lelaki pengasas. Dalam satu bahagia dinyatakan: Semua perkara yang anda mahu orang lakukan kepada anda, lakukan kepada mereka dan dengan mempercayainya, pemakaiannya bagi usaha harian kita akan terbukti membantu kita dan memberi manfaat kepada masyarakat. Dengan kata lain, perlakukan orang lain seperti anda ingin diperlakukan. Sama ada anda memanggilnya "peraturan keemasan" atau sesuatu yang lain, ia masih satu titik permulaan yang penting apabila anda menghadapi keputusan yang sukar berhubung dengan rakan sekerja anda ataupun sebagai sebahagian daripada peranan anda untuk. Tanya diri anda sama ada keputusan anda jika anda bertukar peranan akan membuat anda (atau majikan anda) rasa tertipu atau dilayan secara tidak adil. Tambahan pada membuat pilihan beretika, sebahagian besar daripada pemikiran "melakukan perkara yang betul" kita adalah pematuhan undang-undang. Ini tidak selalunya mudah bukan kerana kita kurang berkehendak tetapi kerana undang-undang yang mengawal perniagaan kita boleh menjadi sangat kompleks.. Hasil sampingan skop global ini ialah kita tertakluk kepada banyak undang-undang yang berbeza yang mungkin tidak sepenuhnya konsisten dan dalam keadaan lain mungkin berubah. Tetapi walau bagaimanapun kita berusaha untuk mematuhi semua undang-undang ini. Tiada pilihan lain untuk kita. Garis Panduan Tingkah laku Korporat direka untuk membantu kita semua membuat pilihan yang beretika dan juga untuk mematuhi undang-undang yang terpakai bagi perniagaan kita. Fahami, walau bagaimanapun, bahawa Garis Panduan ini bukan bertujuan sebagai pernyataan komprehensif yang merangkumi setiap senario yang mungkin anda akan hadapi. Ia juga tidak bertujuan untuk menjadikan anda pakar dalam mana-mana isu tertentu yang ia liputi. Sebaliknya, anda hendaklah menjadikan Garis panduan ini sebagai titik rujukan; "peta pematuhan" yang meletakkan asas yang kukuh untuk jenis budaya syarikat yang kami mahu kekalkan dan kembangkan. Sila sertai saya dalam menguasai Garis Panduan ini dan dalam menjadikannya sebahagian daripada kehidupan kerja anda. Jika mana-mana bahagian Garis Panduan ini tidak jelas kepada anda, atau jika anda mempunyai soalan mengenai sesuatu keadaan, jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan. Bincangkan perkara yang anda bimbangkan dengan penyelia anda, Jabatan Sumber Manusia anda, atau Ketua Pegawai Pematuhan kita. Kami menggalakkan soalan dan pertanyaan anda. Terima kasih atas kerja keras dan dedikasi anda. Yang ikhlas, Chris Conway Pengerusi, Presiden & CEO 1 1 1

2 Peringatan mengenai Pembentuk dan Pemakaian Garis Panduan Terdapat beberapa perkara yang perlu diingati semasa membaca Garis Panduan ini. Bila-bila kita merujuk pada, -atau menggunakan perkataan kami, milik kami, atau kita, - kami bermaksud Inc. (AS) dan semua anak syarikatnya dan syarikat-syarikat yang beroperasi di seluruh dunia. Bila-bila masa kami menggunakan perkataan "anda" dalam Garis Panduan ini, ia bermakna sesiapa yang kepadanya Garis panduan terpakai. Ini termasuk semua pekerja, pengarah dan ejen. Ia juga termasuk mana-mana perunding, pembekal atau pihak ketiga lain yang menjalankan perniagaan dengan kami atau bagi pihak kami. Garis Panduan ini tidak bertujuan menjadi pernyataan komprehensif udang-undang setiap negara atau rantau (contohnya, Kesatuan Eropah) yang pakai bagi operasi perniagaan kami. Ia juga tidak bertujuan untuk menangani setiap kejadian tertentu di mana anda mungkin berhadapan dengan dilema undangundang atau etika kerana anda menjalankan tugas anda dengan. Sebaliknya, Garis Panduan ini direka untuk membantu menetapkan "nada" beretika organisasi kami dengan menyediakan anda pernyataan bertulis yang jelas dan padat mengenai pandangan kami mengenai pelbagai topik penting. Garis Panduan ini juga bertujuan untuk berfungsi sebagai dokumen rangka kerja fleksibel yang menggabung lain-lain dasar. Malah, kebanyakan daripada topik yang dibincangkan oleh Garis Panduan ini diterangkan dengan lebih terperinci oleh dasar yang lebih khusus yang mungkin dirujuk atau tidak dalam Garis Panduan. Anda dikehendaki untuk memahami dan mengikuti setiap dasar yang terpakai kepada anda, tidak kira sama ada Garis panduan ini menyebut atau merujuk kepada dasar tersebut secara khusus. Sila hubungi penyelia anda, Jabatan Pematuhan atau Jabatan Sumber Manusia anda jika anda tidak pasti mengenai dasar tertentu yang terpakai kepada anda. Begitu juga, jika anda telah menandatangani perjanjian bertulis berasingan dengan yang secara langsung meliputi topik (seperti perlindungan maklumat sulit) yang diberi perhatian dalam Garis Panduan ini atau dasar lain, maka syarat-syarat perjanjian bertulis itu akan menentukan apaapa ketidakselarasan dengan Garis Panduan atau dasar berkenaan dengan topik tersebut. Akhirnya, Garis Panduan dan dasar lain sentiasa tertakluk kepada undang-undang terpakai dalam bidang kuasa anda. Jika terdapat percanggahan antara undang-undang terpakai dan Garis Panduan ini atau dasar lain, undang-undang terpakai akan sentiasa mengawal. 2 2

3 Falsafah Kami PEKERJA PASARAN Di, kami bekerja keras untuk memupuk budaya yang menggalakkan kerja berpasukan, inovasi, kepimpinan dan pertumbuhan, dan pada masa yang sama memperkukuhkan hubungan dengan pelanggan kami. Adalah menjadi hasrat kami supaya pertumbuhan pekerja dan kejayaan perniagaan wujud seiring. 3 3

4 Pengenalan Reputasi yang berharga dalam bahaya setiap hari dan setiap pekerja, pengarah dan ejen di seluruh dunia bertanggungjawab untuk melindungi reputasi ini. Kami komited untuk bertindak dengan integriti, untuk mematuhi undang-undang dan untuk melakukan perkara yang betul. Anda dikehendaki untuk berkongsi komitmen kami. Garis panduan ini terpakai kepada anda tidak kira di mana anda tinggal dan bekerja dan tidak kira apa peranan anda dalam organisasi kami (ia terpakai juga kepada Lembaga Pengarah kami). Anda hendaklah memastikan tingkah laku harian anda bagi pihak kami mematuhi undang-undang, Garis Panduan ini dan mana-mana dasar terpakai lain. Bergantung kepada akal dan pertimbangan yang baik.. Untuk membantu membuat keputusan yang betul, tanya pada diri anda soalan berikut Adakah ia tidak menyalahi undang-undang? Adakah ia mengikuti Garis Panduan dan dasar-dasar lain? Adakah ia melanggar mana-mana perjanjian khusus saya dengan? Adakah saya akan berasa bangga dengannya? Adakah ia adil dan jujur? Ia akan menggembirakan rakan sekerja saya, pengurus dan kepimpinan? Tanya soalan! Menjalankan perniagaan dalam perniagaan global yang kompleks tidak selalunya mudah. Keputusan mungkin tidak jelas dan ada keadaan di mana input dan nasihat diperlukan. Hubungi seseorang jika anda tidak pasti tentang keperluan undang-undang terpakai Garis Panduan ini atau dasar-dasar lain. Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Undang-undang atau Jabatan Pematuhan sentiasa bersedia untuk membantu. Berhati-hati dalam membuat keputusan yang mempunyai akibat undang-undang atau lain-lain yang serius kepada atau kepada anda. Pelanggaran undang-undang terpakai, Garis Panduan ini atau dasar lain boleh menyebabkan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pemberhentian kerja. Kami juga menghendaki anda untuk melaporkan sebarang kemungkinan pelanggaran kepada penyelia anda, ahli Jabatan Sumber Manusia anda, Jabatan Undang-Undang, Jabatan Pematuhan atau melalui Connect. Untuk maklumat terperinci mengenai pelaporan, sila rujuk kepada Dasar dan Tatacara bagi Menangani Aduan Mendakwa Salah laku atau Pelanggaran Undang-undang atau Dasar. 4 4

5 Melaporkan Melalui Connect Melakukan perkara yang betul" bermakna bertindak secara jujur dan dengan integriti dan mematuhi undang-undang dan dasar. Ia juga bermakna bersuara apabila anda fikir orang lain tidak "melakukan perkara yang betul. Satu daripada cara untuk "bersuara" adalah untuk berbincang dengan penyelia anda tentang perkara yang anda bimbangkan. Walau bagaimanapun, jika anda sudah memberitahu penyelia terdekat anda atau Jabatan Sumber Manusia dan tidak rasa keadaan telah diselesaikan, atau jika anda percaya memberitahu penyelia anda atau Jabatan Sumber Manusia Mungkin tidak sesuai, terdapat satu lagi pilihan. Anda boleh melaporkan pelanggaran dengan menghubungi Connect. Connect adalah sistem pelaporan sulit yang dikendalikan oleh pembekal pihak ketiga yang mengkhususkan dalam perkhidmatan jenis ini. Ia boleh tersedia untuk anda 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, mana-mana sahaja di dunia. Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk melaporkan pelanggaran melalui Connect. Pertama, anda boleh lawatiwww.clarcor.com/ethics&compliance dan ikuti pautan yang ditetapkan untuk memfailkan laporan elektronik anda secara bertulis. Kedua, anda boleh menelefon nombor Connect di negara di mana anda berada. Biasanya, ini nombor telefon tempatan akan ditampalkan di tempat kerja anda, walau bagaimanapun ia sentiasa ada dengan mengikuti pautan yang ditetapkan di www.clarcor. com/ethics&compliance. Sistem pelaporan akan mengambil maklumat yang dilaporkan dan menyediakan ringkasan mengenai perkara itu kemukakan. Laporan yang akan dikemukakan hanya kepada orang-orang yang sesuai dalam organisasi untuk semakan dan siasatan. Sistem ini akan memberikan anda nombor laporan, PIN dan tarikh susulan. Jika anda terfikir sesuatu yang lain atau kejadian tambahan berlaku selepas anda menyerahkan laporan awal anda, anda boleh log kembali melalui laman web atau membuat panggilan dengan nombor laporan dan PIN anda. Anda juga boleh menggunakan nombor laporan dan PIN untuk mendapatkan surat-menyurat susulan daripada. Penting bagi anda untuk memahami bahawa kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan balas terhadap anda jika anda membuat laporan dengan niat baik kepada. Juga, kita segera menyiasat semua aduan dan dalam keadaan apa sekali jangan anda cuba untuk menyiasat sendiri. 5Fahami bahawa jika anda memilih untuk melaporkan menggunakan telefon, operator Connect tidak mampu menjawab soalan mengenai amalan dan tataacara perniagaan kita. Mereka hanya akan mengumpul maklumat yang anda laporkan. Lihat rajah di halaman seterusnya

6 Proses Connect Connect mudah untuk digunakan. Ia dikendalikan oleh pembekal pihak ketiga yang mengkhususkan dalam perkhidmatan jenis ini. Anda Anda boleh melaporkan apa-apa isu sama ada dengan memberitahu penyelia anda atau Jabatan Sumber Manusia anda, dengan menggunakan Connect. Connect Jika anda memilih untuk menggunakan Connect, anda boleh melakukannya dengan dua cara: 1) buat panggilan ke nombor telefon khas Connect ke negara anda atau 2) log masuk ke laman web dan isikan ruang maklumat. Sama ada melalui laman web atau operator telefon, Connect akan menggunakan maklumat yang anda berikan untuk menyediakan laporan mengenai kejadian atau soalan yang anda kemukakan. Laporan tersebut kemudian akan dihantar kepada orang yang sesuai dalam organisasi kami untuk semakan dan, jika perlu, penyiasatan. Anda boleh memberikan nama dan maklumat untuk menghubungi anda, tetapi anda juga ada pilihan untuk kekal tanpa nama jika undang-undang membolehkan. Sistem ini akan memberikan nombor laporan, PIN dan tarikh susulan kepada anda. Kemudian, jika anda terfikir sesuatu yang lain atau kejadian tambahan berlaku selepas anda melengkapkan 6 laporan awal anda, anda boleh log masuk kembali dengan nombor laporan dan PIN anda untuk menambah maklumat. Anda juga boleh menggunakan nombor laporan dan PIN untuk mendapatkan surat-menyurat susulan daripada.

7 PEKERJA 7 7

8 Sebenarnya... "Saya baru mendengar jenaka sangat lucu tentang isteri dan teman wanita. Adakah tidak salah jika saya beritahu beberapa rakan sekerja lelaki saya di tempat makan hari ini?" hlm. 10 "Saya mempunyai akses kepada maklumat gaji di syarikat saya. Rakan saya dan rakan sekerja percaya dia dibayar gaji yang kurang dan mahu tahu gaji dua orang lain dengan pangkat yang sama. Rakan saya berjanji dia tidak akan berkongsi maklumat ini. Apa yang perlu saya lakukan?...hlm. 11 8 8

9 Prinsip Asas: Kami melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja kami. Baca, fahami dan ikut dasar dan tatacara keselamatan berkaitan dengan kerja anda. Cari cara untuk mengelakkan kemalangan dan meningkatkan keselamatan di tempat kerja. Tangani dan jangan sembunyikan risiko dan kesilapan. Jangan abaikan isu keselamatan. Tanya pada diri anda, "Adakah terdapat potensi untuk kecederaan atau kerosakan harta benda jika ini tidak diperbetulkan? Kami berusaha untuk persekitaran kerja yang bebas ubat, kemalangan dan kecederaan dengan menyediakan tempat kerja, peralatan dan bahan-bahan yang selamat. Tingkah laku ganas, ancaman terhadap orang atau harta, menggunakan atau berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol di tempat kerja, dan ugutan fizikal atau paksaan tidak diterima. Pembuatan, penjualan, pembelian, pemindahan, penggunaan atau pemilikan dadah, narkotik atau bahan-bahan atau benda-benda lain yang menyalahi undang-undang adalah dilarang semasa berada di premis atau semasa mengendalikan perniagaan untuk. Menggunakan kenderaan peribadi untuk tujuan perniagaan, atau penggunaan kenderaan untuk sebarang tujuan, semasa fikiran terjejas oleh alkohol, dadah juga dilarang. Anda hendaklah bekerjasama dengan mana-mana ujian sah atau usaha mencari arak, dadah atau alatan dadah. Kami menyediakan perkhidmatan untuk membantu pekerja yang mempunyai masalah penyalahgunaan alkohol atau dadah. 9 Kami tidak akan mengenakan tindak balas terhadap pekerja yang membuat laporan berniat baik mengenai kemungkinan pelanggaran garis panduan. 9

10 Prinsip Asas: Kami merangkum, menghargai kepelbagaian dan menyokong pekerja dalam mencapai potensi mereka. Anda adalah sumber paling penting. Kami komited untuk menyediakan anda dengan persekitaran kerja yang profesional dan menggalakkan. Gangguan, diskriminasi menyalahi undang-undang, membuli dan keganasan adalah merosakkan persekitaran kerja yang positif dan tidak akan diterima. Ini termasuk kelakuan yang dilakukan sendiri atau melalui penggunaan Internet, e-mel atau apa-apa bentuk komunikasi lain. Jangan libatkan diri dalam atau bertolak ansur dengan gangguan atau apa-apa tingkah laku berbahaya yang lain. Gangguan termasuk bahasa atau kelakuan, lisan atau bukan lisan, yang orang lain rasakan menghina, mengugut atau menyakitkan hati. Tanya kepada diri anda sendiri: Adakah apa yang saya akan katakan atau lakukan menyakitkan hati mana-mana individu atau kumpulan? Kami menyediakan peluang yang sama dalam pengambilan, gaji, faedah, kemajuan, disiplin, penamatan dan persaraan. Kami tidak bertolak ansur dengan diskriminasi atas dasar bangsa, jantina, umur, kehamilan, kecacatan, etnik, kepercayaan agama atau mana-mana kategori lain yang dilindungi oleh undang-undang. Laporan Connect boleh difailkan dalam talian menggunakan www.clarcor.com/ethics&compliance atau melalui telefon 10 di 877-846-8878 (AS & Kanada). Nombor bebas tol bagi negara-negara lain disenaraikan di www.clarcor.com/ethics&compliance. 10

11 Prinsip Asas: Kami melindungi privasi pekerja. Kami menghormati hak privasi perseorangan. Kawal guna tertentu diwujudkan untuk melindungi data peribadi, seperti mengehadkan akses data kepada mereka yang memerlukannya untuk tujuan perniagaan dan penggunaan data peribadi hanya seperti yang dibenarkan oleh dasar dan undangundang terpakai. Sebagai sebuah syarikat global, kita mungkin perlu memindahkan data peribadi merentasi sempadan negara. Salah satu cara kita memastikan pematuhan dengan undang-undang privasi data tertentu di Eropah adalah dengan mendapat kelulusan Safe Harbor daripada Jabatan Perdagangan AS. Untuk maklumat lanjut mengenai program Safe Harbor, sila pergi ke: https://safeharbor.export.gov/list.aspx. Dasar Berkaitan: Pernyataan Privasi Safe Harbor Kumpul dan semak hanya data yang anda perlukan untuk kerja anda. Melainkan anda mempunyai kebenaran dan tujuan perniagaan yang sah, jangan akses mana-mana sistem atau pangkalan data yang mengandungi data peribadi, seperti rekod pekerja atau kakitangan, e-mel atau mesej peribadi. Hanya kongsikan data ini jika diberi kuasa untuk berbuat demikian. 11 Kami tidak akan mengenakan tindak balas terhadap pekerja yang membuat laporan berniat baik mengenai kemungkinan pelanggaran garis panduan. 11

12 12 12

13 Sebenarnya... "Saya teruja mengenai kemungkinan kejayaan kejuruteraan baharu yang baru kami peroleh. Bolehkah saya beritahu abang ipar saya, juga seorang jurutera, semuanya berkaitan perkara itu semasa makan malam nanti? Beliau mungkin mempunyai idea lebih berguna untuk membantu pembangunan kami." hlm. 14 Saya terjumpa memo tertinggal dimesin salin memperincikan rancangan untuk perubahan besar kepada kebanyakan barisan produk. Saya tahu kakak saya sedang berfikir untuk membeli saham. Patutkah saya berikan kakak saya petunjuk halus mengenai perubahan ini? Saya akan berhatihati untuk tidak berkongsi maklumat terperinci...lihat hlm. 17 "Saya menulis surat berita bulanan untuk sekolah anak saya. Bolehkah saya gunakan akaun e-mel kerja saya untuk menghantar surat berita kepada 250 ibu bapa setiap bulan?" lihat hlm. 19 "Saya baru bekerja di dan penyelia saya mendesak saya untuk mendedahkan maklumat khusus mengenai rancangan perniagaan majikan saya sebelum ini dan harga pelanggan yang kemungkinan besar adalah rahsia. Majikan lama saya ialah pesaing. Apa yang perlu saya lakukan?...lihat hlm. 15 Laporan Connect boleh difailkan dalam talian menggunakan www.clarcor.com/ethics&compliance atau melalui telefon 13 di 877-846-8878 (AS & Kanada). Nombor bebas tol bagi negara-negara lain disenaraikan di www.clarcor.com/ethics&compliance. 13

14 Jangan sekali-kali menggunakan harta intelektual yang diperoleh melalui cara yang tidak dibenarkan atau tidak beretika. Tekun dalam mengoptimumkan penggunaan paten, cap dagangan dan hak cipta untuk melindungi harta intelektual kami. Berunding dengan Jabatan Undang-Undang mengenai lesen atau kelulusan yang diperlukan untuk penggunaan harta intelek dilindungi orang lain. Prinsip Asas: Kami perlu kawal guna harta intelektual kami. Kelebihan daya saing kita di pasaran dunia adalah sebahagiannya hasil daripada pemikiran kreatif dan kejuruteraan inovatif. Jangan sekali-kali anda mendedahkan rahsia perdagangan, termasuk idea, ciptaan, penyelidikan, teknologi dan pembangunan produk baharu. Selain itu, anda mesti menghormati harta intelektual syarikat dan individu lain. 14 Kami tidak akan mengenakan tindak balas terhadap pekerja yang membuat laporan berniat baik mengenai kemungkinan pelanggaran garis panduan. 14

15 Prinsip Asas: Kami melindungi maklumat sulit kami dan kami menghormati maklumat sulit pesaing kami. Anda mungkin akan mendapat tahu maklumat sulit mengenai urusan dan urus niaga perniagaan, pelanggan semasa dan bakal pelanggan, pembekalnya, pemegang sahamnya, dan pekerja-pekerja lain. Jangan sekali-kali mendedahkan, tanpa kebenaran yang sah, atau menyalahgunakan maklumat sulit ini. Melindungi maklumat sulit adalah penting, walaupun selepas anda meninggalkan. Kami bersaing secara adil dan jujur dan tidak menggunakan cara yang salah dari segi undang-undang atau tidak beretika untuk mendapatkan maklumat sulit pesaing. Jika anda mempunyai maklumat sulit pesaing (daripada majikan terdahulu atau selainnya), anda mesti menghormati kewajipan anda terhadap kerahsiaan dan tidak menyalahgunakan atau berkongsimaklumat ini, walaupun dengan. Melindungi maklumat sulit mengenai produk, aktiviti, prestasi dan rancangan. Jangan sekali-kali mendedahkan maklumat sulit kepada pihak ketiga melainkan anda memiliki perjanjian ketidakdedahan yang telah ditandatangani dan diluluskan terlebih dahulu oleh Jabatan Undangundang. Dedahkan maklumat sulit hanya pada dasar "perlu tahu", walaupun dengan pekerja lain. Patuhi kewajipan kerahsiaan anda di bawah mana-mana perjanjian bertulis berasingan. Laporan Connect boleh difailkan dalam talian menggunakan www.clarcor.com/ethics&compliance atau melalui telefon 15 di 877-846-8878 (AS & Kanada). Nombor bebas tol bagi negara-negara lain disenaraikan di www.clarcor.com/ethics&compliance. 15

16 Laporkan sepenuhnya apaapa keadaan di mana keluarga anda, kawan-kawan atau rakan perniagaan mungkin mendapat keuntungan berdasarkan hubungan mereka dengan anda sebagai pekerja dan jangan benarkan mana-mana keadaan seperti berlaku melainkan ia telah disemak dan diluluskan oleh Jabatan Undang-Undang. Jangan mengejar, untuk keuntungan peribadi atau keuntungan mana-mana entiti selain daripada, mana-mana peluang perniagaan yang anda temui melalui hubungan anda dengan. Prinsip Asas: Kita perlu sentiasa bertindak untuk kepentingan dan mengelakkan sebarang konflik atau timbulnya konflik. Konflik kepentingan berlaku apabila anda mendahulukan kepentingan peribadi dengan mengorbankan kepentingan. Ini adalah dilarang sama sekali dan setiap konflik kepentingan atau potensi konflik kepentingan hendaklah didedahkan kepada Jabatan Undang-Undang untuk semakan. Konflik kepentingan yang jelas adalah memberikan apa-apa jenis bantuan kepada pesaing. Satu lagi adalah jika anda atau keluarga terdekat anda memiliki atau mempunyai apa-apa kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam mana-mana pembekal, kontraktor, subkontraktor, pelanggan atau mana-mana orang atau syarikat lain yang menjalankan perniagaan dengannya. 16 Kami tidak akan mengenakan tindak balas terhadap pekerja yang membuat laporan berniat baik mengenai kemungkinan pelanggaran garis panduan. 16

17 Rujuk kepada Dasar Perdagangan Orang Dalam atau Jabatan Undang-undang sebelum anda membeli atau menjual saham. Jangan cuba untuk memintasi Garis panduan ini atau Dasar Perdagangan Orang Dalam dengan bertindak melalui orang lain atau memberi Bahan Bukan Maklumat Awam kepada orang lain untuk kegunaan mereka. Prinsip Asas: Jual beli saham yang kami lakukan tertakluk pada pengehadan. Saham ini didagangkan secara awam di Bursa Saham New York dan pendedahan awam maklumat mengenai perniagaan dan hasil operasinya sangat dikawal selia. Dalam peranan anda dengan anda mungkin mempunyai akses kepada " Bahan Bukan Maklumat Awam" yang mungkin mempengaruhi sama ada seseorang membeli atau menjual saham.. Oleh itu, undangundang, dan juga dasar, melarang anda dari menggunakan Bahan Bukan Maklumat Awam untuk faedah peribadi anda sendiri (iaitu, membeli atau menjual saham ) atau untuk membantu atau membolehkan orang lain berbuat demikian. bersambung pada halaman 18 Laporan Connect boleh difailkan dalam talian menggunakan www.clarcor.com/ethics&compliance atau melalui telefon 17 di 877-846-8878 (AS & Kanada). Nombor bebas tol bagi negara-negara lain disenaraikan di www.clarcor.com/ethics&compliance. 17

18 bersambung dari halaman 17 Bahan Bukan Maklumat Awam" ialah maklumat positif atau negatif (iaitu," berita baik "atau" berita buruk "tentang ) yang (1) tidak boleh diperoleh oleh orang ramai, dan (2) seorang pelabur akan menganggapnya penting dalam menentukan sama ada hendak membeli atau menjual saham. Contoh biasa Bahan Bukan Maklumat Awam adalah: Unjuran hasil atau perolehan masa depan potensi penyataan semula pendapatan pengambilalihan atau penyahlaburan belum selesai atau yang dicadangkan tindakan undang-undang penting (ancaman, akan berlaku pemfailan atau keputusan / penyelesaian) produk baru atau penemuan yang penting menandatangani atau menamatkan sesuatu kontrak penting perubahan dalam pengurusan kanan atau lembaga pampasan perubahan dalam dasar dividen mendapat atau kehilangan pelanggan atau pembekal besar kebankrapan yang akan berlaku atau masalah kecairan kewangan siasatan berkaitan kemungkinan salah laku Dasar Berkaitan: Perdagangan Orang Dalam 18 Kami tidak akan mengenakan tindak balas terhadap pekerja yang membuat laporan berniat baik mengenai kemungkinan pelanggaran garis panduan. 18

19 Prinsip Asas: Kami menggunakan aset seperti e-mel, telefon dan komputer secara bertanggungjawab dan hormat. Menggunakan komputer dan rangkaian untuk tujuan perniagaan. Jangan gunakan sistem mengakses atau menyimpan bahan tidak sah atau menyinggung perasaan. Jangan layari laman web Internet dengan kandungan yang menyinggung perasaan semasa anda berada di tempat kerja atau menggunakan komputer atau peranti mudah alih syarikat. Jangan gunakan sistem untuk syarikat menghasilkan, memapar, mengedar atau menyimpan bahan-bahan yang melanggar tanda dagangan mana-mana pihak itu, hak cipta, pelesenan atau hak harta intelektual lain. Peralatan komputer dan sistem kita untuk akses Internet dan komunikasi e-mel adalah harta. Ia bertujuan untuk digunakan semata-mata untuk perniagaan kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Dasar Peralatan Perniagaan dan Komunikasi Elektronik. Anda hendaklah mengelak daripada menghantar atau menerima mel yang tidak sesuai atau "sarap" atau mendedahkan sistem kita kepada virus. Anda juga tidak boleh menggunakan sistem kita untuk membuat komunikasi yang menyinggung perasaan, mengganggu, lucah, diskriminasi atau mengancam. memelihara hak untuk memantau penggunaan sistem elektronik berasaskan komputernya dan untuk memeriksa e-mel, muat turun dan semua bahan yang diambil oleh pekerja daripada Internet, tertakluk hanya pada pengehadan amalan ini yang dikenakan oleh undangundang. Maklumat atau fail yang tidak dibenarkan yang ditemui dalam sistem kita boleh menyebabkan kami memaklumkan kepada pihak berkuasa kerajaan. Dasar Berkaitan:Peralatan Perniagaan dan Komunikasi Elektronik Laporan Connect boleh difailkan dalam talian menggunakan www.clarcor.com/ethics&compliance atau melalui telefon 19 di 877-846-8878 (AS & Kanada). Nombor bebas tol bagi negara-negara lain disenaraikan di www.clarcor.com/ethics&compliance. 19

20 Prinsip Asas: Buku dan rekod kita hendaklah tepat, lengkap dan disenggarakan mengikut undang-undang dan amalan industri. Setiap pekerja merekodkan, melaporkan atau mengemukakan beberapa jenis maklumat. Tidak ada tolak ansur dalam penyediaan dan penyenggaraan buku dan rekod kita. Sebagai sebuah syarikat awam Amerika Syarikat, harus mengikuti prinsip perakaunan dan standard yang ketat dan melaporkan maklumat dengan tepat dan lengkap. Melaporkan maklumat yang tidak tepat, tidak lengkap atau mengelirukan adalah dilarang sama sekali dan boleh memberikan akibat yang serius untuk dan anda. Menjadi tepat dan lengkap apabila anda rekod urus niaga, termasuk laporan perbelanjaan. Jangan sekali-kali membuat pemasukan palsu atau mengelirukan, atau meninggalkan atau menyembunyikan maklumat yang diperlukan seperti jumlah bayaran atau tujuan sebenarnya. Ikut Undang-undang, peraturan, standard industri dan dasar syarikat dan kawalan dalaman apabila anda menghasilkan, menyimpan atau memusnahkan rekod atau dokumen. 20 Kami tidak akan mengenakan tindak balas terhadap pekerja yang membuat laporan berniat baik mengenai kemungkinan pelanggaran garis panduan. 20

21 Jangan abaikan isu keselamatan atau kualiti. Tanya pada diri anda, "Adakah terdapat potensi risiko perniagaan, kecederaan ataukerosakan harta jika ia tidak diperbetulkan? Segera hubungi kakitangan pengurusan kualiti atau penyelia anda jika anda percaya ada apa-apa kekurangan dalam reka bentuk produk, keselamatan, pemasangan, atau penyelenggaraan yang mengancam kesihatan atau keselamatan sesiapa atau boleh merosakkan reputasi atau kepentingan kewangan. Prinsip Asas: Kami terikat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang selamat dan berkualiti. Kami terikat untuk menyediakan produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang selamat dan berkualiti. Jangan sekali-kali menyembunyikan apa-apa yang anda percaya memberikan risiko yang munasabah kepada kualiti, perkhidmatan, reputasi atau kepentingan kita. Laporan Connect boleh difailkan dalam talian menggunakan www.clarcor.com/ethics&compliance atau melalui telefon 21 di 877-846-8878 (AS & Kanada). Nombor bebas tol bagi negara-negara lain disenaraikan di www.clarcor.com/ethics&compliance. 21

22 PASARAN 22 22

23 Sebenarnya... Saya sebahagian daripada pasukan yang memilih vendor baharu. Seorang wakil daripada salah satu vendor yang sedang dipertimbangkan menghantar hadiah Krismas yang sangat baik kepada saya baru-baru ini. Saya tidak pasti sama ada wajar untuk saya menerima hadiah itu. Apakah yang perlu saya lakukan?...lihat hlm.24 Kawan baik saya bekerja untuk pesaing. Kami berhati-hati untuk tidak bercakap mengenai perniagaan, tetapi saya terjumpa beberapa maklumat yang boleh membuatkan kedua-dua perniagaan kami mendapatkan akaun baru di satu wilayah. Maklumat tersebut berkaitan dengan syarikat lain yang kami sama-sama bersaing dan saya rasa bersama-sama kami mengalahkan syarikat lain ini. Perlukah saya berkongsi maklumat ini dengan rakan saya?....lihat hlm. 25 23 Kami tidak akan mengenakan tindak balas terhadap pekerja yang membuat laporan berniat baik mengenai kemungkinan pelanggaran garis panduan. 23

24 Prinsip Asas: Kami tidak bertolak ansur terhadap rasuah. Urus niaga diperoleh dengan harga produk dan perkhidmatan kami yang berkualiti dan berdaya saing. Rasuah, sogokan atau pembayaran rasuah yang sama atau pertukaran nilai yang mewakili amalan perniagaan yang dilarang ketat. Larangan ini juga meliputi rakan niaga, sebahagian mereka mungkin tertakluk kepada undang-undang anti-rasuah yang sama yang mengawal kegiatan kita (contohnya, Akta Amalan Rasuah Asing AS dan lain-lain). Kami mempunyai Dasar Anti Rasuah khusus yang memberi lebih perincian tentang undangundang ini dan dasar pematuhan ketat dengan dasar ini. Isu yang sering muncul berkaitan dengan undang-undang anti-rasuah adalah amalan biasa menghiburkan pelanggan, pemberian hadiah dan seumpamanya. Walaupun kami tidak melarang dengan jelas amalan ini, ia diselia dengan ketat mengikut Dasar Hadiah dan Keraian kami. Dasar ini secara amnya melarang pembayaran, derma, penerimaan atau menerima hadiah, ganjaran, atau hiburan yang melebihi nilai nominal. Dalam situasi yang melibatkan wakil kerajaan atau syarikat milik kerajaan, amalan adalah lebih terhad dan hendaklah melibatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Pematuhan. Jangan menawarkan bayaran, memberi atau menjanjikan apa-apa kemudahan, perkhidmatan, keraian, makan, hadiah atau benda lain yang bernilai kepada mana-mana pelanggan swasta atau kerajaan atau ahli keluarga mereka demi untuk mendapatkan layanan istimewa untuk. Merekodkan dengan tepat dalam buku semua urusniaga anda termasuk perbelanjaan dan apa-apa hadiah atau keraian yang anda sediakan. Jangan bergaul dengan rakan-rakan perniagaan yang terlibat dalam amalan rasuah. Sering menyaring rakan niaga dan berhenti bekerja dengan mereka jika semunasabahnya mengesyaki rasuah. Dasar Berkaitan: Pencegah Rasuah Hadiah dan Keraian Tatakelakuan Pembekal Laporan Connect boleh difailkan dalam talian menggunakan www.clarcor.com/ethics&compliance atau melalui telefon 24 di 877-846-8878 (AS & Kanada). Nombor bebas tol bagi negara-negara lain disenaraikan di www.clarcor.com/ethics&compliance. 24

25 Jangan sertai pesaing atau rakan perniagaan, juga pelanggan dan pembekal, dalam perjanjian atau persetujuan yang mengehadkan persaingan (contohnya, penetapan harga, penipuan bida, membahagikan produk, wilayah, pelanggan atau pasaran, atau menetapkan harga jualan semula). Jangan menetapkan supaya pelanggan perlu membeli salah satu produk kita untuk mendapat akses kepada produk lain kita (iaitu, "mengikat" persetujuan). Ambil tahu bahawa perjanjian lisan berdasarkan "cakap sembarangan," perbincangan tidak rasmi, atau sekadar pertukaran maklumat antara pesaing boleh mengakibatkan tuduhan pelanggaran antitrust. Untuk mengurangkan risiko, hubungan dengan pesaing hendaklah dihadkan kepada paling minimum. Semasa interaksi dengan pesaing perlu, elakkan membincangkan dasar harga, terma dan syarat, kos, rancangan pemasaran dan produk, kaji selidik dan kajian pasaran, rancangan dan keupayaan pengeluaran, dan apa-apa maklumat sulit. Prinsip Asas: Kami bersaing secara jujur di pasaran dan tidak menggunakan cara yang salah atau tidak beretika untuk mendapat kelebihan. Matlamat undang-undang antitrust atau "persaingan" adalah untuk memastikan sistem pasaran yang adil dan berdaya saing. Ancaman yang serius kepada matlamat ini termasuk kerjasama antara pesaing, seperti perjanjian menetapkan harga atau membahagikan pelanggan, wilayah atau pasaran. Kami membuat keputusan harga secara bebas daripada pesaing kami dan tidak akan bersetuju dengan pesaing untuk membahagi pelanggan atau wilayah, atau untuk mengelakkan daripada menjual produk atau perkhidmatan di manamana wilayah geografi atau kepada mana-mana kategori pelanggan. Akibatnya kepada dan pekerjanya yang tidak mematuhi undang-undang ini adalah amat serius. Walaupun amalan tertentu, seperti penetapan harga dengan pesaing, tidak dibenarkan sepenuhnya, amalan-amalan lain, seperti memberi diskaun kepada satu pelanggan manakala tidak memberikan kepada yang lain, mungkin dibenarkan dalam situasi tertentu. Ini adalah bidang yang rumit dan anda perlu menghubungi Jabatan Undang-undang bilabila anda mempunyai soalan atau ragu-ragu. 25 Kami tidak akan mengenakan tindak balas terhadap pekerja yang membuat laporan berniat baik mengenai kemungkinan pelanggaran garis panduan. 25

26 Prinsip Asas: Kami percaya pada melakukan apa yang baik untuk alam sekitar. Produk yang kami jual memainkan peranan penting dalam membuat udara dan cecair yang bersih. Kami juga memberi kepentingan tinggi berkaitan melindungi alam sekitar di mana sahaja kami menjalankan perniagaan. Kaedah perkhidmatan dan pengeluaran kami menggambarkan tradisi yang lama dalam melakukan apa yang betul untuk alam sekitar. Kami berusaha untuk mengurangkan atau menghapuskan sisa dan pelepasan bahan kemungkinan berbahaya ke alam sekitar. Jika anda terlibat dengan proses yang menjejaskan alam sekitar (contohnya, pengukuran, merekodkan atau melaporkan penyaluran atau pelepasan, atau pengendalian sisa berbahaya) anda mesti mematuhi permit, peraturan alam sekitar dan dasar dan tatacara yang terpakai. Sentiasa patuhi undangundang dan peraturan alam sekitar. Bertindak balas dengan cepat dan berkesan terhadap insiden alam sekitar yang melibatkan kemudahan, peralatan atau produk di bawah kawalan kita. Mengekalkan tatacara dan peralatan alam sekitar yang berkesan, selaras dengan teknologi yang ada. Lupus dengan betul bahan berbahaya dan berpotensi berbahaya dan memastikan bahawa bahan kimia yang anda gunakan dikendalikan dengan betul. Laporan Connect boleh difailkan dalam talian menggunakan www.clarcor.com/ethics&compliance atau melalui telefon 26 di 877-846-8878 (AS & Kanada). Nombor bebas tol bagi negara-negara lain disenaraikan di www.clarcor.com/ethics&compliance. 26

27 Prinsip Asas: Kami mengehadkan penggunaan sumber syarikat untuk menyokong kempen atau tujuan politik. Undang-undang Persekutuan dan dasar melarang penggunaan dana, aset, perkhidmatan atau kemudahan kita bagi pihak parti politik atau calon kecuali dalam keadaan yang jarang berlaku. Kami tidak mengganti atau membayar balik mana-mana pekerja atau individu yang berkaitan dengan, dalam sebarang bentuk, untuk sumbangan politik yang individu tersebut telah berikan atau berniat untuk memberi. Jangan sekali-kali menawarkan atau memberi dana, aset, perkhidmatan atau kemudahan kepada atau bagi pihak parti politik atau calon tanpa persetujuan awal oleh Jabatan Undangundang atau Jabatan Pematuhan. Apa-apa sumbangan yang diluluskan hendaklah direkodkan dengan tepat dengan mematuhi dasar kewangan dan undangundang terpakai. 27 Kami tidak akan mengenakan tindak balas terhadap pekerja yang membuat laporan berniat baik mengenai kemungkinan pelanggaran garis panduan. 27

28 Rujuk semua permintaan untuk maklumat kewangan atau perniagaan mengenai dari media, akhbar, komuniti kewangan atau pihak awam kepada Ketua Pegawai Eksekutif atau Ketua Pegawai Kewangan. Rujuk semua permintaan daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, Bursa Saham New York atau lain-lain pengawal selia kepada Jabatan Undang-undang. Rujuk semua soalan berkenaan pekerja atau bekas pekerja kepada Jabatan Sumber Manusia. Berhati-hati apabila membincangkan di luar syarikat di tempat-tempat awam, dengan rakan-rakan dan keluarga, dengan media dan di Internet, blog dan laman rangkaian sosial. Jangan terlibat dalam kritikan awam atau merendah-rendahkan pesaing, pelanggan, pembekal atau rakan niaga lain. Prinsip Asas: Kami berkomunikasi dengan satu suara kepada umum. Ini termasuk media sosial. Anda jangan membuat apa-apa kenyataan bagi pihak atau menjawab sebarang pertanyaan luar selain daripada permintaan mengenai pemasaran, produk atau aktiviti publisiti promosi biasa. Sebarang pendedahan, walaupun pendedahan benar atau penafian atau penafian maklumat, boleh mengakibatkan publisiti buruk dan menjejaskan dengan teruk. Hanya mereka diberi kuasa dengan jelas boleh bercakap bagi pihak. Kita sedar bahawa anda boleh memilih untuk mewujudkan atau mengambil bahagian dalam media sosial (contohnya, blog, bilik sembang, laman web peribadi, rangkaian sosial dalam talian, dan lain-lain). Fahami bahawa aktiviti media sosial anda dan apa-apa pendedahan yang terhasil tertakluk pada Garis Panduan ini, selain daripada dasar lain yang berkaitan. Dasar Berkaitan: Media Sosial Kawalan dan Tatacara Pendedahan Perdagangan Orang Dalam Laporan Connect boleh difailkan dalam talian menggunakan www.clarcor.com/ethics&compliance atau melalui telefon 28 di 877-846-8878 (AS & Kanada). Nombor bebas tol bagi negara-negara lain disenaraikan di www.clarcor.com/ethics&compliance. 28

29 Prinsip Asas: Kami amat berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya setiap kali kami memandu kenderaan. Keselamatan adalah keutamaan nombor satu kami. Jangan sekali-kali meletakkan diri anda dan orang lain berisiko dengan menggunakan peralatan perniagaan semasa memandu atau memandu ketika sedang terjejas. "Memandu" ditakrifkan sebagai bila-bila masa anda di belakang stereng kenderaan dan enjin dihidupkan. Dasar Berkaitan: Peralatan Perniagaan dan Komunikasi Elektronik Jangan menaip teks dan memandu! Jangan sekali-kali memandu semasa di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang tidak dibenarkan atau menunggang dengan sesiapa sahaja yang di bawah pengaruh alkohol atau dadah. 29 Kami tidak akan mengenakan tindak balas terhadap pekerja yang membuat laporan berniat baik mengenai kemungkinan pelanggaran garis panduan. 29

30 Berhati-hati dengan senarai terkini negara-negara itu adalah tertakluk kepada sekatan penuh. Saring urus niaga anda untuk mengelakkan menjalankan perniagaan dengan negaranegara atau orang yang disekat. Tidak bekerjasama dengan mana-mana boikot perdagangan yang dilarang atau dihukum di bawah undang-undang Amerika Syarikat atau lain-lain. Prinsip Asas: Kami patuh dengan semua peraturan dan Kawalan Perdagangan Antarabangsa. Kami mematuhi semua undang-undang yang mengawal selia pengimportan dan eksport barangan, perkhidmatan dan teknologi. Lesen tertentu atau kelulusan kerajaan yang lain mungkin diperlukan untuk mengimport atau mengeksport produk, perkhidmatan atau data teknikal, manakala beberapa peraturan kerajaan melarang mengeksport kepada negara dan individu tertentu tanpa pengecualian. La adalah penting bagi anda memahami dan mematuhi peraturan AS dan tempatan anda dan peraturan mengawal import dan eksport. Laporan Connect boleh difailkan dalam talian menggunakan www.clarcor.com/ethics&compliance atau melalui telefon 30 di 877-846-8878 (AS & Kanada). Nombor bebas tol bagi negara-negara lain disenaraikan di www.clarcor.com/ethics&compliance. 30

31 Peringatan Akhir Garis Panduan Tingkah Laku Korporat ini menggantikan semua garis panduan dan dasar-dasar sebelum ini dan berkuatkuasa serta-merta. Pematuhan kepada garis panduan ini adalah suatu syarat pekerjaan dengan, tetapi Garis Panduan ini tidak mewujudkan kontrak pekerjaan atau tawaran pekerjaan. Garis Panduan ini tidak menyeluruh. Bawa soalan mengenai situasi yang tidak dibincangkan di sini kepada penyelia anda, Jabatan Undang-Undang, Jabatan Pematuhan atau Jabatan Sumber Manusia anda. 31 Kami tidak akan mengenakan tindak balas terhadap pekerja yang membuat laporan berniat baik mengenai kemungkinan pelanggaran garis panduan. 31