Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

dokumen-dokumen yang mirip
10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Taklimat untuk Guru BM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Jadual 4.5.1: Tahap pemahaman guru besar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia terhadap model PBS

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

KESUSASTERAAN MELAYU

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

CHIA CHONG YANG A143398

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

Kurikulum Kebangsaan

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Model Pengurusan Strategik

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. terjemahan, seseorang dapat menyebar ilmu terkini untuk manfaat masyarakat.

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA: KOMIK MAT SOM SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR

BUKU PANDUAN RANCANGAN ORIENTASI SEKOLAH (ROS)

ARAHAN: ( )

REFLEKSI ERLLEY LILLEY

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pengenalan pedagogi. Sinopsis:

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P

PENDIDIKAN KESIHATAN

Pendidikan dan Teknologi di Malaysia

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

PENDEKATAN KOLABORATIF DALAM MENINGKATKAN KETERAMPILAN BERBAHASA PELAJAR: SATU KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PELAJAR IPTA

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab

SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU

Transkripsi:

ATIKAN, 1(1) 2011 NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan ABSTRAK: Tiada satu pendekatan pun yang boleh dikatakan sebagai pendekatan yang terbaik dan mesti digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kertas kerja ini cuba mengutarakan beberapa aspek yang ada dalam pendekatan pembelajaran kontekstual dan bersama-sama menelitinya, sama ada elemen-elemen yang mendokongnya itu sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu atau tidak. Oleh itu, kertas kerja ini memfokuskan perbincangan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengertian, rasional, bentuk, strategi, dan beberapa perkara yang berkisar tentang pendekatan pembelajaran kontekstual, termasuklah membandingkan pendekatan pembelajaran kontekstual dengan pendekatan pembelajaran tradisional, dan akhirnya ialah matlamat pendekatan pembelajaran kontekstual. Pendekatan pembelajaran kontekstual yang berkesan memerlukan kesepakatan murid dan guru, kerjasama semua pihak, dan interaksi antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi, dan masa. Malah, pembelajaran yang efektif juga memerlukan penglibatan masyarakat dan industri. Mereka perlu bekerjasama bagi merancang strategi yang dapat menjayakan wawasan sekolah. Dengan itu, semua pihak sebagaimana yang tersebut, iaitu sekolah, industri, masyarakat perlu positif dan bersedia menerima perubahan jika mahu akan kejayaan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Namun begitu, hakikat bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual ini ada kekuatan dan kelemahannya, jika diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidaklah dinafikan. KATA KUNCI: Pendekatan pembelajaran, pemerkasaan Bahasa Melayu, dan pembelajaran secara kontekstual dan tradisional. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir ialah Pensyarah pada Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Alamat emel: nhbupsi@yahoo.com 141

NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR PENGENALAN Tiada satu pendekatan pun yang boleh dikatakan sebagai pendekatan yang terbaik dan mesti digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Itulah hakikatnya. Namun begitu, tidaklah boleh dinafikan bahawa setiap pendekatan yang sedia ada, baik pendekatan tradisional mahupun pendekatan moden. Pendekatan moden, yang disenaraikan dalam Kemahiran Bernilai Tambah, mengutamakan pengalaman di dalam bilik darjah yang sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia global seperti yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Contoh daripada pendekatan moden adalah Kemahiran Berfikir, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemahiran Belajar Cara Belajar, Kajian Masa Depan, Kecerdasan Pelbagai, Pembelajaran Konstruktivisme, dan Pembelajaran Kontekstual, yang semuanya itu mempunyai kekuatan dan kelemahannya sendiri (PPK, 2001a, 2001b, 2001c, 2001d; dan Saedah Siraj, 2011). Kertas kerja ini akan mengutarakan beberapa aspek yang ada dalam pendekatan pembelajaran kontekstual dan bersama-sama menelitinya, sama ada elemen-elemen yang mendokongnya itu sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu atau tidak. Oleh itu, kertas kerja ini akan memfokuskan perbincangan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengertian, rasional, bentuk, strategi, dan beberapa perkara yang berkisar tentang pendekatan pembelajaran kontekstual, termasuklah membandingkan pendekatan pembelajaran kontekstual dengan pendekatan pembelajaran tradisional, dan akhirnya ialah matlamat pendekatan pembelajaran kontekstual. PENGERTIAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Pendekatan pembelajaran kontekstual boleh dipisahkan kepada tiga perkataan, iaitu pendekatan, pembelajaran, dan kontekstual. Kalau diperincikan, konsep bagi setiap perkataan itu tentulah akan terhasil maksudnya yang tersendiri. Perkataan pendekatan didefinisikan sebagai kaedah atau cara, langkah-langkah, dan sebagainya yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (Kamus Dewan, 2005:328); atau pendekatan ialah teori bahasa tentang satu yang diyakini berkesan jika dilaksanakan mengikut falsafah dan andaian yang tertentu (Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir, 2005a:229, 2005b:102, dan 2007b:295). 142

ATIKAN, 1(1) 2011 Perkataan pembelajaran didefinisikan sebagai proses atau kegiatan belajar (Kamus Dewan, 2005:21); atau pembelajaran bermaksud satu proses penerimaan oleh seseorang atas satu-satu maklumat yang mengakibatkan perubahan tingkah-lakunya (Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir, 2005b:105). Perkataan kontekstual pula didefinisikan sebagai perkara yang mempunyai kaitannya dengan konteks atau yang menurut konteks (Kamus Dewan, 2005:818). Jadi, pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, kehidupan masyarakat, dan alam pekerjaan (PPK, 2001e:7). Hal ini bermakna bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual, atau dikenali juga sebagai pendekatan pragmatik, ialah langkah-langkah yang diambil oleh murid waima bagi memulakan atau melaksanakan kaedah pembelajaran yang berasaskan kepada suatu falsafah dan andaian yang menyediakan pembelajaran secara konkrit, iaitu pembelajaran yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Mengikut teori pembelajaran kontekstual bahawa pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses apa-apa maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Hal ini kerana daya fikiran atau minda mereka akan cuba untuk mencari makna dalam konteks, iaitu dengan membuat hubung-kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Malah, pembelajaran yang dilalui oleh murid itu akan menjadi lebih bermakna dan berkesan kalau maklumat yang diterimanya itu dalam konteks yang perbagai-bagai dan yang benarbenar bermakna kepadanya. Konteks yang perbagai itu adalah seperti maklumat yang berhubungan dengan budaya, sosial, psikologi, dan hal-hal yang berkaitan dengan fizikal. Bahkan, untuk menghasilkan pembelajaran yang benar-benar berkesan, guru mestilah peka dan bijak memilih atau penekanan perlu diberikan kepada kepelbagaian persekitaran, iaitu bilik darjah, hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian, makmal, kantin, perpustakaan, bengkel, tandas, dan tempat kerja. Oleh itu, mengikut teori ini, guru mestilah bersedia untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu seperti sains, teknik dan vokasional, kemanusiaan, komunikasi, teknologi maklumat, matematik, bahasa, dan perbagai pengalaman waima dalam konteks sesama budaya dan kemasyarakatan bagi memperoleh hasil pembelajaran yang diinginkan. Pendeknya, pendekatan pembelajaran kontekstual ialah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memiliki unsur cabaran, berkesan dan menyeronokkan, dan dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid. 143

NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR RASIONAL PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Pendekatan pembelajaran kontekstual diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana beberapa sebab: Pertama, pembelajaran kontekstual menyedari bahawa individu dapat mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri. Kedua, kebanyakan individu dapat belajar dengan yakin dan berkesan melalui pengalaman yang melibatkan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. Ketiga, individu akan mudah belajar seandainya konsep yang disampaikan guru kepadanya itu mempunyai hubungan konteks, bermakna, dan yang tidak asing kepadanya. Keempat, pembelajaran kontekstual menyedari dan mengambil kira sifat individu yang memiliki pelbagai jenis kecerdasan. Kelima, pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran. Keenam, kebanyakan individu berupaya belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, berkongsi maklumat, bekerjasama, saling bantu-membantu, maklum balas yang positif, dan belajar secara berkumpulan. Ketujuh, pembelajaran kontekstual menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. Kedelapan, pembelajaran kontekstual peka bahawa pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain ialah satu kemahiran yang perlu dipelajari. Oleh sebab melalui pengalamannya sendiri itu, pendekatan pembelajaran kontekstual membolehkan murid mengekalkan maklumat yang diterimanya dalam konteks yang pelbagai-bagai dan yang benarbenar bermakna kepadanya. Oleh yang demikian, dengan sendirinya murid itu akan ada keyakinan diri. Malahan, oleh sebab setiap individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan dan cara seseorang murid berfikir, bertindak, dan belajar adalah sangat berlainan berbanding dengan seorang murid yang lain, maka dengan mudah, melalui pendekatan pembelajaran kontekstual ini, seseorang murid akan dapat dicungkil potensi kecerdasannya dengan lebih berkesan dan mampu untuk membantunya meneroka dan mengaitkan pelajaran 144

ATIKAN, 1(1) 2011 yang diterimanya, di samping berupaya untuk menguasai kemahiran dan memindahkan perkara abstrak melalui pengalaman konkrit. Seterusnya, dia akan mampu untuk menyumbangkan sesuatu ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi demi menambah ilmu pengetahuan dan meraih kecemerlangan, keterbilangan, dan kegemilangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Dengan demikian, dapatlah disimpulkan secara ringkasnya bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual ini menghasilkan faedah bukan sahaja kepada murid dan guru tetapi juga kepada industri (PPK, 2001c:24-26). Dalam hubung-kaitnya dengan pembelajaran Bahasa Melayu, maka pendekatan pembelajaran kontekstual ini relevan dan selari dengan keperluan semasa. Hal ini kerana beberapa sebab: (1) Murid dapat mengaitkan subjek Bahasa Melayu dengan pekerjaan atau kehidupan; (2) Murid berupaya memindahkan kemahiran; (3) Murid mampu mengaitkan kandungan subjek Bahasa Melayu dengan pengalaman seharian; (4) Murid dapat belajar secara bekerjasama; (5) Murid boleh menguasai hal-hal yang abstrak melalui pengalaman konkrit; (6) Murid berupaya untuk meneroka dan mencari maklumat dan mendapatkan buktinya; (7) Guru Bahasa Melayu dapat menjadikan atau merealisasikan pengajaran Bahasa Melayu sebagai satu pengalaman yang berjaya; (8) Guru Bahasa Melayu mampu mengaitkan prinsip-prinsip subjek Bahasa Melayu dengan dunia pekerjaan; (9) Guru Bahasa Melayu boleh menjadi penghubung antara pihak akdemik dan vokasional atau industri; (10) Industri dapat menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan; dan (11) Industri dapat menjadi rakan kongsi dalam pendidikan Bahasa Melayu. Sebagai kesimpulannya, pendekatan pembelajaran secara kontekstual ini dapat membina keyakinan diri kerana murid mampu untuk memahami perhubungan antara teori dan amalan. Malahan, pembelajaran secara kontekstual juga mampu membina pendekatan kerja secara kumpulan demi menyelesaikan sesuatu masalah. Tambahan lagi, sehubungan dengan hal ini, sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan. Dengan demikian, peranan yang dimainkan oleh sekolah itu akan mendapat sokongan dan dokongan industri. Hal ini bermakna bahawa pendekatan pembelajaran secara kontekstual akhirnya dapat membina asas yang kukuh bagi sumber tenaga kerja mahir pada masa akan datang demi menguatkan kedudukan negara di pentas dunia. 145

NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR BENTUK PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Pendekatan pembelajaran kontekstual ini mengambil kira proses pembelajaran yang dilalui oleh murid. Proses pembelajaran yang baik dan yang terancang akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran, iaitu yang dilambangkan dengan lima huruf sebagai berikut : Pertama, R (Relating) bermaksud menghubung-kait, iaitu murid akan belajar dalam konteks menghubung-kaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidupnya. Contohnya: Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah. Tujuannya adalah untuk menanam sikap cinta akan kebersihan. Melalui pengalaman seumpama ini, murid berupaya untuk mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapanya tatkala membersihkan kawasan halaman atau tempat tinggal mereka pada setiap hari. Kedua, E (Experiencing) bermaksud mengalami, iaitu murid akan belajar dalam konteks penerokaan, penemuan, dan reka cipta. Contohnya: Murid dibawa ke sebuah makmal untuk menyaksikan demontrasi dan membuat latihan amali, iaitu menyambung wayar kepada plig tiga pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar plug tiga pin sterika tertanggal. Ketiga, A (Applying) bermaksud mengaplikasi, iaitu murid akan belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. Contohnya: Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu dengan situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit tetapi tidak mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkannya menukar tayar. Keempat, C (Cooperating) bermaksud bekerjasama, iaitu murid akan belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas, dan berkomunikasi. Contohnya: Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing. Hasil yang diperoleh adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama. Kelima, T (Transfering) bermaksud memindahkan, iaitu murid akan belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui. Contohnya: Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segi tiga 146

ATIKAN, 1(1) 2011 bersisi 3M, 4M, dan 5M untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan (PPK, 2001e:29-31). Daripada lima bentuk yang dinyatakan tadi, dapatlah dirumuskan bahawa dalam proses pembelajaran secara kontekstual ini, objektif pembelajaran dapat dicapai sekiranya kelima-lima bentuk itu dihubungkaitkan oleh murid dengan pengalaman dan persekitaran. Dengan yang demikian, segala yang diajar oleh guru akan dapat dimanfaatkannya dengan cara mengaitkan pelajaran yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain. STRATEGI PENDEKATAN DAN PERBANDINGAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DENGAN YANG TRADISIONAL Dalam pendekatan pembelajaran kontekstual, strategi pengajaran dan pembelajaran mestilah memenuhi empat keperluan yang berikut, iaitu: i. Motivasi: Pengenalan Isu perbincangan Alat bantu mengajar ii. Pemahaman: Penerangan konsep dan perbincangan kelas Bacaan Contoh kajian iii. Kemahiran: Aktiviti hands-on dan yang dapat mencetuskan daya fikir (minds-on) Penyelesaian masalah iv. Penilaian: Ingat kembali fakta utama Penilaian kemajuan (PPK, 2001e). Kesimpulannya bermakna bahawa strategi pendekatan pembelajaran secara kontekstual perlu melalui empat keperluan tersebut. Kebolehan murid membuat aktiviti hands-on dan minds-on merupakan asas dalam pendekatan ini. Malah, gabungan kedua-dua aktiviti tersebut akan mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan proses pembelajaran melalui pendekatan kontekstual ini sebagai suatu aktiviti yang bermakna kepada mereka. Dalam pada itu, untuk membuat perbandingan antara pendekatan pembelajaran kontekstual dengan pembelajaran secara tradisional, beberapa perkara perlu diambil kira. Antaranya ialah objektif, peranan 147

NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR guru, peranan murid, isi kandungan, kaedah, dan penilaian. Apabila dianalisis kedua-dua pendekatan pembelajaran itu, nyatalah terdapat perbezaan yang ketara. Hal ini kerana beberapa sebab: Pertama, pendekatan pembelajaran secara kontekstual memberi tumpuan kepada murid. Hal ini kerana murid aktif mencari dan membina maklumat melalui aktiviti yang sebenar dalam kehidupan harian. Sedangkan, dalam pendekatan pembelajaran secara tradisional, murid bersifat pasif, iaitu sebagai penerima maklumat melalui syarahan dan pembacaan. Kedua, objektif pembelajaran secara kontekstual dapat dicapai dengan lebih cepat. Hal ini kerana murid mencari, membina, dan mengaplikasikan maklumat kepada dunia sebenar. Sedangkan, dalam pendekatan pembelajaran secara tradisional, objektifnya hanyalah memindahkan maklumat. Ketiga, peranan guru dalam pendekatan pembelajaran kontekstual ialah sebagai pembimbing dan mentor; manakala dalam pendekatan pembelajaran tradisional, peranan guru ialah sebagai penyampai maklumat. Keempat, isi kandungan dalam pendekatan pembelajaran kontekstual ialah yang disesuaikan untuk kecerdasan pelbagai; sebaliknya dalam pendekatan pembelajaran tradisional, isi kandungannya disesuaikan untuk kecerdasan Bahasa dan Logik-Matematik. Kelima, kaedah dalam pendekatan pembelajaran kontekstual ialah yang bersifat inkuiri, penemuan, dan aplikasi; tetapi dalam pendekatan pembelajaran tradisional, kaedahnya ialah syarahan dan soal-jawab. Keenam, penilaian dalam pendekatan pembelajaran kontekstual ialah yang berasaskan pencapaian atau prestasi dan penyelesaian masalah, contohnya ialah porfolio; sebaliknya dalam pendekatan pembelajaran tradisional, penilaiannya ialah persoalan yang menguji fakta, contohnya ialah ujian kertas dan pensil. MATLAMAT DALAM PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Setiap pendekatan, baik yang tradisional mahupun yang sedang dibincangkan, yakni pendekatan pembelajaran kontekstual, ada matlamatnya. Matlamat pendekatan pembelajaran kontekstual adalah untuk menghasilkan murid yang berkualiti. Jadi, untuk mencapai matlamat itu, beberapa perkara perlu diberi pertimbangan bagi melaksanakan pembelajaran secara kontekstual dengan berkesan. Pertama, semua pihak perlu bersetuju tentang apa yang dipelajari dan bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Kedua, sokongan daripada 148

ATIKAN, 1(1) 2011 organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara kontekstual. Ketiga, sokongan luaran seperti sokongan pentadbir sekolah dan sokongan masyarakat diperlukan bagi memberi galakan, semangat, dan roh untuk membantu pembelajaran murid, pengajaran guru bagi mencapai dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Keempat, antara perkara yang dikira penting dan perlu dipertimbangkan ialah komunikasi. Hal ini kerana pembelajaran kontekstual yang berjaya memerlukan komunikasi yang berterusan pada kalangan murid, guru, ibu bapa, dan masyarakat. Di samping itu, maklum balas daripada murid ialah satu komponen penting yang dapat mengukur sejauh mana keberkesanannya program pembelajaran secara kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Demikian juga dengan ibu bapa dan masyarakat, mereka perlu memahami keadaan dan pendekatan, kaedah pengajaran yang terkini dan bersedia untuk memberi sepenuh-penuh komitmen dan sokongan kepada perancangan dan perkembangan pembelajaran secara kontekstual. Berbalik kepada pengajaran guru, beberapa perkara yang ada hubungannya dengan bidang ini juga perlu diberi pertimbangan. Antaranya ialah kurikulum, suasana bilik darjah, persekitaran luar sekolah, teks dan bahan sokongan, dan penilaian. Sehubungan dengan itu, dalam aspek kurikulum, ada beberapa perkara yang guru Bahasa Melayu perlu memahaminya. Pertama, bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan dengan kaedah pembelajaran kontekstual. Kedua, strategi pengajaran baru perlu diwujudkan memandangkan peranan guru hanya sebagai fasilitator. Ketiga, maklumat tentang hubung-kait antara kurikulum dengan individu, masyarakat, khususnya alam pekerjaan, perlu disediakan. Keempat, kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstual hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu. Kelima, disiplin tradisional hendaklah diubah-suai dalam konteks yang bermakna. Dalam aspek teks dan bahan sokongan, guru Bahasa Melayu mestilah bersedia untuk mengadakan teks dan bahan sokongan yang pelbagaibagai. Seterusnya, dalam aspek suasana bilik darjah, guru Bahasa Melayu hendaklah peka bahawa dia perlu menggalakkan suasana pembelajaran koperatif pada kalangan murid. Malahan, dia mesti jelas bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Jadi, dia patut mengelakkan aktiviti pengajaran yang berpusatkan guru. Seterusnya, dia hendaklah 149

NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR senantiasa bersedia untuk mengubah-suai bilik darjah agar murid-muridnya boleh menjalankan aktiviti hands-on secara berkumpulan. Dalam aspek persekitaran luar sekolah, guru Bahasa Melayu hendaklah mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya, jika sekolah yang ditempatkannya itu sekolah luar bandar, maka dalam pengajarannya hendaklah menggunakan konteks yang ada di persekitarannya. Manakala dalam aspek penilaian, guru Bahasa Melayu hendaklah bersedia untuk merangka cara penilaian yang pelbagai-bagai dan adil demi membantu murid untuk menguasai pembelajaran. Pendekatan pembelajaran kontekstual ini menggariskan pula bahawa sokongan pentadbiran sekolah itu penting kerana tanpa sokongan mereka tidak akan wujud suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Jadi, untuk menjayakannya, maka sokongan pentadbiran sekolah diperlukan dalam beberapa perkara, iaitu perkembanagan staf, kepimpinan, kewangan, infrastruktur, dan masa. Bagi perkembangan staf, guru perlu diberi latihan atau kursus untuk mempelajari teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan mempraktikkannya dalam bilik darjah. Malah, guru perlu peka tentang persekitaran tempat kerja bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam aspek infrastruktur, kemudahan bilik aktiviti, makmal, bilik tayang, perkakasan komputer dan perisian, serta peralatan lain perlu disediakan untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal kewangan pula, peruntukan kewangan yang mencukupi mestilah disediakan. Demikian juga dengan kepimpinan, sokongan, dan dorongan daripada pihak pentadbir amat diperlukan agar guru Bahasa Melayu boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kontekstual dengan berkesan. Begitu juga dengan masa, jadual waktu perlulah fleksibel supaya masa yang mencukupi dapat menjayakan aktiviti seperti yang dirancangkan. Selain itu, sokongan masyarakat penting kerana tanpa sokongan mereka tidak akan wujud suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Sokongan masyarakat ini meliputi sokongan teknikal dan kewangan, penyediaan situasi tempat kerja sebenar, dan kerjasama masyarakat dan sekolah. Sokongan masyarakat sebenarnya dapat mewujudkan dan menjalinkan hubungan rapat antara Kementerian Pelajaran dengan industri. Hubungan ini penting bagi mendapatkan sokongan teknikal, kewangan, dan memberi pendedahan kemahiran kepada murid tentang alam pekerjaan. 150

ATIKAN, 1(1) 2011 Di samping itu, murid memerlukan pengalaman hands-on. Pengalaman di industri ini ditimba mereka dengan cara bekerja atau membuat latihan amali dalam situasi tempat kerja sebenar. Selain itu, masyarakat perlu bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memberi sumbangan dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum. PENUTUP Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual yang berkesan memerlukan kesepakatan murid dan guru, kerjasama semua pihak, dan interaksi antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi, dan masa. Malah, pembelajaran yang efektif juga memerlukan penglibatan masyarakat dan industri. Mereka perlu bekerjasama bagi merancang strategi yang dapat menjayakan wawasan sekolah. Dengan itu, semua pihak sebagaimana yang tersebut, iaitu sekolah, industri, dan masyarakat perlu positif dan bersedia menerima perubahan jika mahu akan kejayaan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Namun begitu, hakikat bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual ini ada kekuatan dan kelemahannya, jika diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidaklah dinafikan. Bibliografi Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2005a). Citra KOMSAS. Tanjong Malim, Perak: Penerbit UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris]. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2005b). Teori Bahasa: Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa. Tanjong Malim, Perak: Penerbit UPSI [Universiti Pendidikan Sultan Idris]. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2007a). KOMSAS dan Tatabahasa Melayu Teras Pegangan Guru. Kuala Lumpur, Malaysia: Icon Region Sdn. Bhd. Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir. (2007b). KOMSAS Pegangan Teras Keterampilan. Kuala Lumpur, Malaysia: Icon Region Sdn. Bhd. PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001a). Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001b). Kecerdasan Pelbagai. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001c). Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 151

NIK HASSAN BASRI NIK AB KADIR PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001d). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. PPK [Pusat Perkembangan Kurikulum]. (2001e). Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Saedah Siraj. (2011). Kajian Masa Depan dalam Pengembangan Kurikulum. Bandung, Indonesia: Pustaka Cendekia Utama. 152