Kod Tatalaku Global 2

dokumen-dokumen yang mirip
Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

DASAR ANTI RASUAH RGIS

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Tatakelakuan. Pembekal

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Polisi Privasi. Pengenalan

Kod pengendalian perniagaan

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

ROPER TECHNOLOGIES, INC.

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

Kesetiaan kepada Syarikat

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

PEMATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Piawaian Tatalaku Pembekal Accenture Piawaian Tatalaku Pembekal

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Cognizant Technology Solutions Kenyataan Pemberi Maklumat dan Tiada Serangan Balas

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

Jun Kod Etika dan Piawaian Tingkah Laku Perniagaan

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Kod Tatakelakuan Jula AB

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

Laporan borang; buku-buku; rekod-rekod dan perakaunan dalaman; arahan

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Pematuhan dan Perlakuan Perniagaan. Sebagai 3M. Buku Panduan Global Kod Etika

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS.

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Tata Kelakuan Perniagaan

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

TERMA PENGGUNAAN. Skop

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

Tatalaku. Versi ringkas. The global leader in door opening solutions

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

tata kelakuan dan etika Membina Kepercayaan

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

Tatakelakuan. SCA Tatakelakuan 1

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

DASAR PENGURUSAN LAMAN WEB UNIVERSITI EDISI 2016

Tatakelakuan Perniagaan dan Etika

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

KOD TINGKAH LAKU ETIKA PERNIAGAAN. Hayati Credo, Fahami Kod Kami

Jadual Kandungan. Akta Amalan Rasuah Luar Negeri... 6 Garis panduan Kawalan Import dan Eksport... 6 Garis panduan Pemulauan Ekonomi Luar Negeri...

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

Tatakelakuan JABIL. Integriti Di mana-mana, Setiap hari. AWAM Jabil Inc Hak Cipta Terpelihara.

PENYEMAKAN TATAETIKA 2015 [KAJIAN SEMULA 1]

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Toll Group Kod Amalan Membantu anda menghayati Cara Toll

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Transkripsi:

Kod Tatalaku Global 2

Kandungan Pengenalan 4 Hukuman Terhadap Pelanggaran/Pencabulan 5 Siapa yang Harus Mematuhi Kod Tatalaku Global 5 Menangani Persoalan Integriti 5 Pentadbiran Kod Tatalaku Global 5 Jawatankuasa Etika 6 Latihan dan Pendidikan 6 Keperluan Penyiaran 6 Integriti dalam Perniagaan A&E 7 Konflik Kepentingan 7 Hubungan Perniagaan Peribadi 7 Menjalankan Perniagaan dengan Saudara-mara 7 Ganjaran, Hadiah dan Hiburan 7 Memperoleh Maklumat Saingan 8 Undang-undang Perdagangan Antarabangsa 8 Akta Amalan Rasuah Negara Asing 9 Antitrust dan Persaingan Adil 10 Sekatan Perdagangan 11 Antiboikot 11 Keselamatan 11 Kegiatan dan Sumbangan Politik 12 Mematuhi Undang-undang 12 Kualiti dan Pengujian 12 Integriti di Tempat Kerja A&E 13 Melayan Orang dengan Adil 13 Majikan Peluang Sama Rata 13 Tiada Diskriminasi/Tiada Gangguan 13 Tempat Kerja Bebas Dadah 14 Hak Asasi Manusia dan Amalan Buruh 15 Tenaga Buruh Kanak-kanak dan Buruh Paksa 15 Waktu Bekerja 15 Gaji 15 Ancaman dan Keganasan di Tempat Kerja 15 Perundingan Kolektif 15 Kelakuan Penipuan 16 Prinsip-prinsip Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran 16 Kesihatan dan Keselamatan 16 Prinsip-prinsip Persekitaran 17 Komitmen Berterusan A&E kepada Kelestarian Global 17 Sepuluh Sifat Kelestarian A&E 18 Dasar Senarai Bahan-bahan Terlarang (Restricted Substances List, RSL) A&E 18 Integriti Maklumat dan Harta A&E 19 Maklumat Sulit 19 Ketepatan Pelaporan Kewangan dan Penyimpanan Rekod 20 Sumber Syarikat dan Harta Intelek 20 Komunikasi dengan Kerajaan 21 Komunikasi dengan Orang Awam 21 Komitmen yang Berterusan 22 Pengesahan Rakan 22 3 American & Efird

Pengenalan Etika dan Tatalaku Perniagaan yang Membawa Pembaharuan/Perubahan Setiap hari anda akan berhadapan dan membuat keputusan yang amat penting kepada kejayaan A&E. Walau bagaimanapun, tiada keperluan perniagaan yang akan membenarkan tindakan yang tidak beretika, tidak bermoral atau tidak profesional. Cara kita menjalankan perniagaan dan memberi layanan kepada orang lain adalah penting untuk melindungi perniagaan dan reputasi global kita dalam industri. Tujuan utama Kod Tatalaku Global ini adalah untuk memastikan agar semua rakan sekerja A&E di seluruh dunia memahami dan mematuhi piawaian tatalaku tertinggi dan memastikan kita memberi kualiti, perkhidmatan dan nilai yang berkekalan kepada pelanggan-pelanggan kita di semua pasaran. Kami juga berharap agar Kod Tatalaku Global ini akan memberi rujukan yang boleh diakses oleh anda untuk digunakan sewaktu membuat keputusan yang sebaiknya dalam pekerjaan anda. Kod Tatalaku Global ini bukanlah bertindak untuk menangani setiap situasi yang mungkin anda hadapi atau untuk memenuhi tugasan anda tetapi ia mengetengahkan harapan asas A&E yang berkait dengan sikap profesionalisme dan peribadi anda serta peraturan dan prosedur asas yang A&E harap akan dipatuhi oleh setiap rakan sekerjanya. Kod Tatalaku Global ini juga tidak seharusnya dan tidak boleh dijadikan sebagai pengganti terhadap tanggungjawab individu anda untuk menjalankan pertimbangan dan budi bicara yang baik, agar tindakantindakan anda tidak merosakkan reputasi dan integriti A&E. Anda harus menggunakan Kod Tatalaku Global ini bersama dengan Dasar dan Prosedur Global serta dasar, prosedur dan peraturan pekerjaan jabatan, anak syarikat atau unit perniagaan anda. Jika anda tidak pasti sama-sekali mengenai cara penggunaan Kod Tatalaku Global ini dalam mana-mana situasi, maka bertanyalah kepada penyelia atau pengurus atau kepada jawatankuasa etika A&E yang lain. Sesungguhnya, integriti peribadi anda dan integriti syarikat kita bergantung pada penilaian peribadi anda dalam memilih tindakan yang betul. Walaupun tidak semua isu yang dibincangkan dalam Kod Tatalaku Global ini akan berkaitan dengan setiap pekerja, A&E berharap agar semua pekerja di seluruh dunia boleh membiasakan diri mereka dengan Kod Tatalaku Global ini supaya mereka boleh memahami dan mematuhi dasar-dasarnya. A&E memastikan agar Kod Tatalaku Global ini akan dipatuhi oleh semua anak syarikat yang dikawalnya. Di samping itu, kita akan sentiasa bekerjasama dengan rakan usaha niaga kita dan pemegang lesen kita untuk sama-sama menjalankan perniagaan ini sambil mengamalkan pematuhan seperti yang terkandung di dalam Kod Tatalaku Global ini. Kod Tatalaku Global 4

Hukuman Terhadap Pelanggaran/Pencabulan Menghormati prinsip-prinsip dan mematuhi dasar-dasar Kod Tatalaku Global ini merupakan syarat pekerjaan anda dengan A&E. Mana-mana pengarah, pegawai atau pekerja yang melanggar dasar-dasar ini akan dikenakan tindakan disiplin sehingga dan termasuk pemecatan. Siapa yang Harus Mematuhi Kod Tatalaku Global Semua rakan mestilah berpegang teguh dengan prinsip dan syarat yang terkandung dalam Kod Tatalaku Global dan harus merujuk kepada Kod ini untuk panduan apabila bertindak bagi pihak A&E. Rakan mesti bukan secara sengaja menggunakan kontraktor, ejen, perunding, pembekal atau pihak ketiga yang lain untuk melakukan apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan Kod Tatalaku Global ini. Rakan sekerja yang menggunakan pihak ketiga seperti kontraktor, ejen atau perunding untuk bekerja bagi pihak A&E mestilah berusaha untuk memastikan bahawa pihak tersebut dimaklumkan mengenai Kod Tatalaku Global dan perlu mendapatkan kerjasama mereka dalam mematuhi Kod ini apabila diperlukan. Menangani Persoalan Integriti A&E menyediakan banyak sumber untuk membantu anda menjawab pertanyaan mengenai pematuhan Kod Tatalaku Global ini serta isu-isu integriti. Satu idea yang baik adalah anda selalu mengajukan pertanyaan jika anda mempunyai keraguan terhadap sesuatu tindakan atau situasi sama ada mungkin betul atau tidak. Anda haruslah berbincang terlebih dahulu mengenai isu tersebut dengan penyelia terdekat anda yang mengenali anda dan sedia maklum tentang tempat kerja anda. Jika anda tidak selesa membincangkan hal tersebut dengan penyelia anda, beliau tidak mampu untuk menemukan jawapan atau jika perkara itu melibatkan penyelia atau melibatkan hubungan pematuhan tempatan, anda tidak perlu mematuhi mana-mana rantaian arahan rasmi, dan anda haruslah berbincang perkara tersebut dengan yang berikut: Dengan pengurus-pengurus yang lain dalam rantaian laporan anda; atau Mana-mana ahli Jawatankuasa Etika (Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) A&E, Ketua Pegawai Kewangan (CFO), atau Ketua Pegawai Operasi (COO) dengan menelefon + 1 (704) 827-4311 atau talian bebas tol di Amerika Syarikat di nombor +1 (800) 453-5128. Anda harus tahu bahawa ia adalah satu perlanggaran Kod Tatalaku Global apabila pekerja A&E cuba untuk membalas dendam atau bertindak balas terhadap mereka yang menyuarakan kekhuatiran setulus hati atau terhadap mana-mana individu yang membantu dengan setulus hati dalam siasatan pematuhan. Di samping itu, tindakan membalas dendam itu sendiri adalah perlanggaran serius terhadap Kod Tatalaku Global dan perkara ini hendaklah dilaporkan dengan cara yang sama seperti perlanggaran Kod yang lain. Tulus hati tidaklah bermakna anda harus betul, tetapi menuntut anda memaklumkan perkara yang benar dan betul menurut pemahaman anda. Pentadbiran Kod Tatalaku Global CEO, COO dan orang lain yang melapor langsung kepada CEO dan COO A&E, dan Penasihat Korporat A&E bertanggungjawab bagi pentadbiran Kod Tatalaku Global ini. 5 American & Efird

Jawatankuasa Etika Jawatankuasa Etika A&E menyediakan pemantauan, nasihat, sokongan dan panduan am, yang sewajarnya, kepada Naib Presiden Kanan Korporat A&E, orang lain yang melapor langsung kepada CEO A&E dan Penasihat Korporat A&E dalam pelaksanaan tugas mereka. Jawatankuasa Etika terdiri daripada CEO, CFO dan COO A&E. Latihan dan Pendidikan Suatu program latihan dan pendidikan global berterusan mengenai Kod Tatalaku Global, segala dasar pematuhan dan undang-undang yang terpakai, kaedah serta peraturan (Dasar-dasar A&E) akan dibangunkan dan dikekalkan. Tujuan program latihan ini adalah untuk memastikan semua pekerja A&E mengetahui keperluan dan kepentingan pematuhan kepada, dan tanggungjawab mereka menurut Dasar-dasar A&E. Komunikasi dan program latihan pematuhan ini akan dilaksanakan di setiap lokasi A&E. Semua pekerja A&E akan menerima satu salinan Kod Tatalaku Global yang disediakan dalam pelbagai bahasa. Bersama-sama dengan Kod Tatalaku Global tersebut, semua pekerja A&E akan menerima sijil yang mesti ditandatangani sebagai memperakui bahawa beliau telah membaca dan akan mematuhi Kod Tatalaku Global. Dalam jangka waktu yang munasabah pada akhir setiap tahun taksiran, semua rakan sekerja A&E yang menerima komisyen dan dikecualikan daripada bayaran lebih masa serta masih aktif dalam senarai penggajian dikehendaki membaca Kod Tatalaku Global dan melengkapkan Deklarasi Kod Tatalaku Global ( Deklarasi ). Bagi lokasi A&E di negara lain, Jawatankuasa Etika, dengan input daripada Pengurus Besar yang berkenaan, akan bertanggungjawab untuk mengenal pasti rakan sekerja dari setiap lokasi yang dikehendaki untuk membaca Kod Tatalaku Global dan melengkapkan Deklarasi dalam tempoh masa yang munasabah pada setiap akhir tahun kewangan. Keperluan Penyiaran Kemudahan A&E akan meletakkan Kod Tatalaku Global ini di kawasan yang mudah dilihat dan boleh diakses oleh semua pekerja dan pelawat dengan mudah dan senang. Kemudahan A&E akan berkomunikasi dan melatih semua pekerja mengenai unsur-unsur Kod Tatalaku ini. Kod Tatalaku Global ini tidak bertujuan untuk menimbulkan sebarang hak kontrak atau hak perundangan lain terhadap rakan sekerja dan boleh diubah dari semasa ke semasa dengan atau tanpa makluman kepada rakan sekerja. Sila rujuk kepada Penafian Kontrak Pekerjaan dalam Pengenalan kepada Dasar dan Prosedur A&E. Kod Tatalaku Global 6

Integriti dalam Perniagaan A&E Peraturan-peraturan yang Menentukan Cara Kita Melakukan Perniagaan Seharian Konflik Kepentingan Konflik kepentingan mungkin wujud apabila kepentingan peribadi anda bertentangan, atau kelihatan bertentangan, dengan kepentingan A&E. Anda harus sentiasa membuat keputusan berdasarkan keperluan perniagaan A&E dan bukannya berdasarkan kepentingan peribadi. Misalnya, konflik kepentingan mungkin timbul (i) apabila anda mengambil tindakan atau mempunyai kepentingan yang mungkin menimbulkan kesulitan untuk melakukan tugas anda secara objektif dan berkesan; (ii) apabila anda atau ahli keluarga anda menerima faedah peribadi yang tidak sepatutnya kerana kedudukan anda di A&E; atau (iii) apabila A&E memberi pinjaman kepada, atau menjamin obligasi anda atau ahli keluarga anda. Sebagai satu dasar A&E, konflik kepentingan seharusnya dielakkan. Konflik kepentingan mungkin tidak selalunya jelas, jadi jika anda mempunyai persoalan, anda harus berbincang dengan peringkat pengurusan yang lebih tinggi, dan jika anda menyedari konflik atau konflik yang berkemungkinan, anda harus mengemukakan konflik tersebut kepada Jawatankuasa Etika. Jawatankuasa Etika kemudiannya akan menyemak hal tersebut dan menentukan tindakan yang betul berdasarkan kes demi kes. Hubungan Perniagaan Peribadi Secara khususnya, anda tidak seharusnya memegang jawatan dengan, atau mempunyai kepentingan yang besar dalam, sebarang syarikat perniagaan lain yang mungkin mempengaruhi kebebasan penilaian anda berkenaan dengan transaksi antara A&E dan perniagaan lain. Anda mesti memastikan hubungan perniagaan peribadi anda tidak akan sama sekali mempengaruhi keputusan yang anda buat untuk A&E. Tanpa faktor lain, pemilikan sekuriti yang kurang daripada satu peratus (1%) kelas biasa sekuriti sedemikian dalam syarikat perniagaan yang diperdagangkan secara awam bukan merupakan konflik kepentingan. Menjalankan Perniagaan dengan Saudara-mara Kelulusan awal daripada pihak Jawatankuasa Etika adalah diperlukan untuk seseorang pekerja A&E yang ingin melakukan perniagaan dengan A&E untuk faedah peribadi atau untuk faedah kepada saudara mara. Ganjaran, Hadiah dan Hiburan Tiada pekerja A&E yang boleh menerima atau bersetuju menerima sebarang bayaran, hadiah, hiburan atau bantuan atau upah lain yang melampaui standard kita atau mungkin dianggap sebagai syarat bagi pelanggan atau pembekal untuk berurusan dengan A&E. Hadiah 7 American & Efird

bermusim, sampingan dibenarkan, dengan syarat asalkan sebarang hadiah, hiburan atau bantuan atau upah lain yang melebihi nilai AS$250 daripada mana-mana pelanggan atau pembekal mesti didedahkan kepada Jawatankuasa Etika. Di samping itu, sebarang undangan daripada Pelanggan atau pembekal yang menyediakan perjalanan dan penginapan semalaman mesti dimaklumkan secara bertulis kepada Jawatankuasa Etika, dan diluluskan secara bertulis oleh sekurang-kurangnya dua ahli Jawatankuasa Etika sebelum anda menerima undangan tersebut. Memperoleh Maklumat Saingan A&E menghargai maklumat perniagaan yang diperoleh dengan betul. Maklumat mengenai pesaing kita harus diperoleh daripada sumber awam sahaja yang disediakan secara terbuka kepada pihak lain. Pekerja A&E tidak harus sekali-kali mengintip atau mencuri untuk memperoleh maklumat saingan. Tanggungjawab Anda Mematuhi undang-undang dan prinsip etika lebih daripada keuntungan persendirian atau peribadi. Jangan memegang jawatan, atau kepentingan kewangan, dengan perniagaan lain yang mungkin mengganggu tugas atau tanggungjawab A&E anda kecuali jika diluluskan oleh Jawatankuasa Etika. Jangan lakukan perniagaan antara A&E dan seorang saudara tanpa kelulusan terdahulu daripada Jawatankuasa Etika. Laporkan sebarang pelanggaran dasar konflik kepentingan kepada Jawatankuasa Etika. Elakkan daripada menerima hadiah yang melebihi nilai sewajarnya ketika berurusan dengan pembekal atau pelanggan. Menggalakkan pematuhan dan etika dengan teladan - dalam erti kata lain, anda menunjukkan tingkah laku yang sama seperti yang dimaksudkan dengan bertindak seiring integriti. Undang-undang Perdagangan Antarabangsa A&E menjalankan perniagaan di serata dunia. Kadang kala tindakan yang diambil di sesebuah negara boleh menimbulkan keterdedahan undang-undang A&E di bawah undang-undang negara lain. Ini benar sekali di bawah undang-undang Amerika Syarikat. Peraturan antipersaingan dan perdagangan adalah rumit dan tidak dapat dijelaskan sepenuhnya dalam panduan ini. Oleh sebab ini, A&E telah mewujudkan dasar dan prosedur jabatan perdagangan global yang tertentu dan menyediakan latihan tambahan bagi pekerja A&E yang berkemungkinan menghadapi undang-undang ini semasa melakukan tugas mereka. Namun, A&E mengharuskan agar semua pekerja mempunyai pemahaman asas mengenai persoalan yang timbul di bawah undang-undang ini. Kod Tatalaku Global 8

Akta Amalan Rasuah Negara Asing Pelbagai negara di mana A&E beroperasi mempunyai undang-undang antirasuah yang melarang pembayaran rasuah atau dorongan lain yang tidak betul untuk mendapatkan kelebihan daya saing atau sebaliknya secara rasuah mempengaruhi pembuatan keputusan penerima. Contoh termasuk Akta Amalan Rasuah Negara Luar (Foreign Corrupt Practices Act, FCPA) yang melarang mana-mana syarikat Amerika Syarikat atau mana-mana anak syarikat, rakan niaga, pekerja atau ejen di serata dunia daripada membayar pegawai asing, parti politik asing atau pegawainya, sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui orang lain, bagi tujuan (i) mempengaruhi apa-apa tindakan atau keputusan pegawai asing tersebut atau (ii) memperoleh atau mengekalkan perniagaan atau apa-apa kelebihan perniagaan. Akta Rasuah UK (UK Bribery Act, UKBA) mempunyai larangan yang sama terhadap kedua-duanya (iaitu, yang melibatkan pegawai-pegawai asing) dan rasuah komersial. Dalam kebanyakan keadaan, orang yang bukan dianggap sebagai pegawai asing di Amerika Syarikat atau UK mungkin dianggap sebagai pegawai asing bagi tujuan FCPA atau UKBA jika kerajaan secara langsung atau tidak langsung memiliki atau mengendalikan tempat kerja mereka. Oleh itu, perhatian khusus harus ditujukan kepada status mana-mana orang yang menerima bayaran atau faedah bukan tunai, serta penggunaan ejen di negara-negara asing yang mungkin terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang menghadapi risiko melanggar undang-undang antirasuah yang diguna pakai. Wujud pengecualian tertentu dan pembelaan undang-undang yang terhad terpakai bagi FCPA dan UKBA, tetapi sama ada bayaran tertentu layak di bawah sesuatu pengecualian atau pembelaan biasanya merupakan satu persoalan undang-undang. Dalam beberapa keadaan, perbelanjaan berpatutan dan bona fide, misalnya perbelanjaan perjalanan dan penginapan, boleh dibayar untuk atau dibayar balik kepada pegawai asing, jika berkenaan dengan demonstrasi atau promosi sesuatu produk atau perkhidmatan, atau pelaksanaan kontrak berkenaan. Namun, jika dan sampai setakat mana sesuatu perbelanjaan dapat dibayar balik akan memerlukan penilaian undang-undang. Pekerja A&E dan rakannya tidak seharusnya cuba untuk menilai kesahihan pembayaran yang dicadangkan di bawah mana-mana undang-undang antirasuah. Sebaliknya, mereka perlu merujuk kepada Jabatan Undang-undang Korporat A&E sebelum membuat apa-apa bayaran yang boleh mengaitkan isu antirasuah, termasuk apa-apa bayaran kepada atau untuk manfaat pegawai asing. Persoalan sama ada seseorang individu boleh dianggap sebagai pegawai asing di bawah FCPA atau UKBA juga hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Undangundang Korporat A&E. Tanggungjawab Anda Berbincanglah dengan Jabatan Undang-undang Korporat A&E untuk memahami FCPA, UKBA dan peraturan antirasuah lain, dan mengambil tindakan yang bersesuaian. Hubungilah pengurusan A&E atau Jabatan Undang-undang Korporat A&E jika pegawai asing meminta sesuatu yang bernilai. Jangan anggap bahawa sesuatu amalan dapat diterima kerana syarikat lain telah melakukan hal tersebut. Jangan memberikan atau menjanjikan apa-apa yang bernilai kepada pegawai asing tanpa kelulusan pengurus anda atau Jabatan Undang-undang Korporat A&E. 9 American & Efird

Antitrust dan Persaingan Adil Dasar A&E adalah untuk memastikan segala operasi, aktiviti dan hal ehwal perniagaan A&E dilakukan dengan kepatuhan penuh kepada segala undang-undang antitrust dan persaingan di Amerika Syarikat dan bidang kuasa lain di mana A&E beroperasi. A&E tidak akan terlibat dalam sebarang kelakuan menyalahi undang-undang yang memudaratkan persaingan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mengadakan perjanjian haram dengan pesaing atau pengaturan haram dengan pembekal, pengedar atau pelanggan. Dasar A&E adalah sentiasa membuat keputusan bebas mengenai produk yang akan ditawarkan, di mana dan bagaimana ia ditawarkan dan berapa harga yang dikenakan untuknya. Dasar A&E menyatakan bahawa seharusnya tiada perjanjian (atau percubaan untuk membuat perjanjian) dengan mana-mana wakil pesaing berkenaan dengan harga, dasar harga, diskaun, elaun atau syarat jualan yang lain. Di samping itu, pesaing juga tidak boleh saling bersetuju untuk memperuntukkan pelanggan, pasaran atau wilayah atau memboikot sebarang pembekal atau pelanggan, atau mengambil apa-apa tindakan atau tidak mengambil tindakan tertentu yang boleh memudaratkan persaingan. Seperti mana-mana undang-undang lain, kegagalan untuk mematuhi membawa risiko besar kepada A&E, para pegawai dan rakan-rakan sekerjanya. Hukuman untuk pelanggaran undang-undang antitrust boleh menjadi amat berat dan mempunyai kesan jangka panjang terhadap individu yang terlibat mahupun A&E secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, semua pekerja A&E diwajibkan mematuhi dasar antitrust ini. Setiap pegawai dan rakan sekerja adalah bertanggungjawab untuk memastikan perniagaan A&E dijalankan dengan pematuhan terhadap segala undang-undang antitrust yang terpakai. Kebanyakan undang-undang antitrust dan persaingan adil juga melarang penggunaan kedudukan pasaran yang dominan untuk memonopoli pasaran atau mengawal harga atau menyisihkan pesaing daripada memasuki pasaran tersebut, tanpa dipengaruhi oleh kuasa pasaran semula jadi. Pematuhan kepada undang-undang antitrust merupakan bidang undang-undang yang kompleks dan amat teknikal. Jika anda mempunyai sebarang persoalan mengenai pematuhan antitrust, sila hubungi penyelia anda atau Jabatan Undang-undang Korporat A&E. Pekerja A&E yang didapati melanggar dasar ini akan dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pemecatan, dan mungkin dikenakan hukuman sivil dan jenayah. Tanggungjawab Anda Jangan sekali-kali membincangkan harga atau produk, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi dengan mana-mana pekerja pesaing A&E. Jangan sekali-kali membuat kenyataan yang tidak benar atau berniat jahat mengenai pesaing A&E. Kod Tatalaku Global 10

Sekatan Perdagangan Ada kalanya, kerajaan mengenakan sekatan perdagangan atau perjalanan terhadap barangan import atau barangan eksport ke negara asing. Operasi Amerika Syarikat A&E tertakluk kepada undang-undang eksport Amerika Syarikat, yang terutamanya mengehadkan destinasi dan pengguna akhir produk A&E, termasuk pengeksportan semula produk sedemikian daripada negara asing ke destinasi atau pengguna akhir yang dilarang. Dalam sesetengah kes, tiada produk, tidak kira asal usulnya, yang boleh dikirim ke destinasi tertentu. Dasar A&E adalah untuk mematuhi semua undang-undang yang dikuatkuasakan untuk membatasi perdagangan dengan negara tertentu dan adalah penting agar semua pekerja A&E yang terlibat dengan barangan eksport membiasakan diri dengan peraturan dan prosedur yang terpakai kepada aktiviti perniagaan mereka. Tanggungjawab Anda Jangan menganggap bahawa peraturan eksport tidak terpakai ke atas jualan di luar Amerika Syarikat. Berbincanglah dengan Jabatan Undang-undang Korporat A&E jika anda mempunyai apa-apa persoalan atau kekhuatiran mengenai pematuhan kepada mana-mana undang-undang perdagangan. Antiboikot Undang-undang antiboikot Amerika Syarikat melarang A&E (termasuk anak syarikat dan syarikat gabungan asing yang dikawalnya) daripada menolak untuk melakukan perniagaan dengan orang lain atau mengambil tindakan lain demi menyokong boikot yang tidak diluluskan oleh Kerajaan Amerika Syarikat. Undang-undang Amerika Syarikat menghendaki A&E dan anak syarikat asing yang dikawalnya untuk melaporkan kepada kerajaan Amerika Syarikat sebarang permintaan yang mungkin diterimanya untuk terlibat dalam sesuatu boikot. Jika mana-mana pekerja A&E menerima permintaan bertulis atau lisan untuk mengambil tindakan atau tidak mengambil tindakan yang mempunyai kesan lanjutan atau menyokong mana-mana boikot, mereka harus segera melaporkan permintaan tersebut kepada Jabatan Undang-undang Korporat A&E untuk panduan mengenai cara untuk membalas. Tanggungjawab Anda Laporkan sebarang permintaan untuk mengambil bahagian dalam boikot kepada Jabatan Undang-undang Korporat A&E. Keselamatan A&E mempunyai komitmen untuk mengekalkan pematuhan kepada amalan terbaik untuk keselamatan akses, peribadi, prosedur dan fizikal kerana tindakan ini berkaitan dengan proses pengeluaran, pergudangan dan perkapalan kami. Kemudahan A&E akan mengekalkan prosedur keselamatan bagi menghalang kemasukan kargo yang tidak tersenarai dalam senarai muatan (contohnya, dadah dan bahan seludup lain) ke dalam penghantaran produk syarikat, yang dibeli dan dibuat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pematuhan keperluan Kerjasama Perdagangan- Kastam Menentang Keganasan (Customs-Trade Partnership Against Terrorism, C-TPAT) untuk penghantaran ke Amerika Syarikat. 11 American & Efird

Kemudahan A&E akan mematuhi semua undang-undang kastam yang terpakai dan mewujudkan serta mengekalkan program untuk melindungi daripada pemindahan produk secara haram semasa bekerja dengan pihak berkuasa kastam yang berkenaan di seluruh dunia. Kegiatan dan Sumbangan Politik Sumber kewangan dan sumber lain daripada A&E tidak seharusnya digunakan bagi tujuan menyokong secara langsung atau tidak langsung kempen mana-mana calon untuk jawatan politik, pembayaran balik secara langsung atau tidak langsung untuk sumbangan politik oleh mana-mana individu, atau bagi tujuan memberi bayaran, sumbangan atau hadiah kepada pegawai atau pekerja kerajaan. A&E menggalakkan semua pekerja A&E untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal politik secara individu dalam masa dan dengan sumber sendiri. Mematuhi Undang-undang Adalah dasar A&E untuk memastikan segala operasi, aktiviti dan hal ehwal perniagaan dilakukan dengan pematuhan penuh kepada undangundang yang terpakai di semua bidang kuasa di mana A&E beroperasi. Mematuhi undang-undang, baik secara tersurat dan tersirat, merupakan asas standard etika A&E. Walaupun bukan semua daripada kita diharapkan untuk mengetahui butir-butir segala undang-undang yang terpakai, namun penting untuk mengetahui secukupnya bagi menentukan bilakah masanya untuk mendapatkan nasihat daripada penyelia, pengurus, Jabatan Undang-undang Korporat A&E atau pekerja lain yang berkenaan. Bila perlu, A&E akan mengadakan sesi maklumat dan latihan untuk menggalakkan pematuhan kepada segala undangundang dan peraturan yang terpakai. Kualiti dan Pengujian A&E mempunyai komitmen untuk menyediakan produk dan perkhidmatan bertaraf dunia yang memenuhi atau melangkaui keperluan pelanggan. Kualiti bertaraf dunia adalah amat penting kepada kejayaan kita dan dicapai melalui penambahbaikan proses secara berterusan dan ditakrifkan sebagai mencapai sasaran dengan kepelbagaian yang minimum. Segala dokumentasi pengujian harus diisi dengan tepat dan cepat. Kod Tatalaku Global 12

Integriti di Tempat Kerja A&E Peraturan yang Menentukan Cara Kita Hidup dan Bekerja sebagai Pekerja A&E Melayan Orang dengan Adil Majikan Peluang Sama Rata A&E merupakan majikan peluang sama rata (dan di Amerika Syarikat, tindakan afirmatif). Dasar A&E adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan sama rata bagi semua rakan sekerja yang berkelayakan dan pemohon berkelayakan untuk pekerjaan, tidak kira kaum, warna kulit, agama, jantina, negara asal, umur, kekurangan upaya, warga veteran atau mana-mana golongan lain yang dilindungi oleh undang-undang yang terpakai. Dasar ini diguna pakai kepada segala terma dan syarat pekerjaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penggajian, faedah, pemindahan, pampasan, kenaikan pangkat, cuti, pemecatan dan pengurangan pekerja. Tiada Diskriminasi/Tiada Gangguan Kami meminta dan mengehendaki agar semua pekerja A&E memberikan sokongan mereka untuk mencapai objektif kita bagi peluang pekerjaan sama rata dan toleransi sifar untuk apa-apa jenis gangguan atau diskriminasi yang menyalahi undang-undang. Apa-apa pelanggaran atau pencabulan akan segera ditangani apabila diketahui dan pekerja A&E, termasuk mana-mana pengurus atau penyelia yang terlibat dalam kelakuan sedemikian akan tertakluk kepada tindakan disiplin yang sesuai sehingga dan termasuk pemecatan. Semua pekerja A&E berhak dilayan secara bermaruah dan terhormat. Justeru itu, syarikat ini mempunyai komitmen untuk mewujudkan tempat kerja yang bebas daripada gangguan, ugutan dan pemaksaan berdasarkan atau berkaitan dengan kaum, warna kulit, agama, jantina, negara asal, umur, kekurangan upaya, warga veteran atau mana-mana golongan lain yang dilindungi oleh peraturan yang berkenaan. Kelakuan sedemikian adalah tidak konsisten dengan falsafah saling hormat-menghormati kita untuk semua pekerja A&E dan tidak akan diterima. Gangguan yang tidak wajar dan kelakuan lain yang dilarang boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: Membuat komen yang tidak diinginkan mengenai rupa, tubuh atau kehidupan peribadi seseorang Sentuhan fizikal yang menghina dan menyinggung Penggunaan nama samaran atau nama panggilan yang menyinggung Jenaka yang menyinggung atau sindiran yang tidak diingini, komen yang menghina dan ancaman mengenai bangsa, warna kulit, agama, jantina, negara asal, umur, kekurangan upaya, warga 13 American & Efird

veteran atau mana-mana golongan lain yang dilindungi oleh undang-undang yang terpakai Apa-apa cadangan bahawa aktiviti seksual, kaum, jantina, agama, negara asal, umur, kekurangan upaya, warga veteran atau golongan lain yang terlindung akan mempengaruhi pekerjaan, kenaikan pangkat, penilaian prestasi atau keadaan kerja seseorang Menunjukkan, menyebar atau mengedar benda atau gambar yang menyinggung; atau Kelakuan lain, yang walaupun tidak dibantahi oleh sesetengah pekerja A&E, mewujudkan persekitaran kerja yang boleh dianggap secara munasabah oleh orang lain sebagai menyinggung atau berniat jahat. Gangguan seksual, khususnya, boleh terdiri daripada percubaan seksual yang tidak diinginkan, permintaan untuk perbuatan seksual, atau kelakuan lisan atau fizikal lain yang bersifat seksual apabila satu atau lebih daripada yang berikut berlaku: Penerimaan atau penolakan atau toleransi terhadap kelakuan sedemikian dijadikan terma atau syarat tersurat atau tersirat pekerjaan seseorang individu; Penerimaan atau penolakan atau toleransi terhadap kelakuan sedemikian digunakan sebagai asas keputusan pekerjaan, seperti kenaikan pangkat, penurunan pangkat, pemecatan, atau gaji; atau Syarat sedemikian secara tidak munasabah mengganggu prestasi pekerjaan rakan atau mewujudkan persekitaran kerja yang tidak mesra, mengancam atau menyinggung. Perkara-perkara di atas hanya contoh tingkah laku yang tidak wajar. A&E memandang dengan serius apa sahaja bentuk penderaan, diskriminasi atau gangguan yang tidak diingini. Kesemuanya tidak mempunyai tempat di A&E. Tempat Kerja Bebas Dadah A&E mempunyai komitmen untuk memastikan semua pekerja tidak terlibat dalam kegiatan dadah yang diharamkan di tempat kerja. Demi mencapai matlamat ini, A&E telah mewujudkan Dasar Penyalahgunaan Bahan. A&E akan mengambil tindakan disiplin yang bersesuaian, termasuk pemecatan, terhadap mana-mana pekerja yang melanggar dasar ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan, A&E berhak menguji mana-mana pekerja A&E jika mereka kelihatan kurang sihat untuk bekerja kerana disyaki menyalahgunakan dadah atau bahan terkawal. Semua pekerja A&E mempunyai kewajipan tegas untuk mendedahkan mana-mana dan semua pelanggaran dasar ini yang diketahui atau disyaki, kepada pekerja Jabatan Sumber Manusia yang berkenaan. Kod Tatalaku Global 14

Hak Asasi Manusia dan Amalan Buruh A&E mempunyai komitmen untuk mencegah perhambaan dan permerdagangan manusia di sepanjang rantaian bekalan, termasuk di kemudahan pembuatan dan pengedaran globalnya. A&E mengharapkan agar pekerja, kontraktor, pembekal dan rakan kongsi perniagaannya mematuhi semua keperluan perundangan yang terpakai mengenai hak asasi manusia dan amalan buruh. Tenaga Buruh Kanak-kanak dan Buruh Paksa A&E tidak akan terlibat dalam atau membenarkan penggajian kanakkanak di tempat kerja atau terlibat dalam atau membenarkan penggunaan tenaga buruh paksa. A&E mempunyai umur minimum untuk pekerjaan, iaitu mana-mana yang paling tua antara 16 tahun, umur minimum tempatan atau umur persekolahan wajib. Kami juga menyokong Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. Waktu Bekerja Rakan sekerja A&E tidak boleh bekerja melebihi 60 jam kerja seminggu, tidak lebih dari 6 hari berturut-turut, dan tidak lebih dari 16 jam dalam satu hari. Pengecualian kerana kecemasan, peningkatan perniagaan bermusim atau dalam keadaan yang luar biasa mesti diluluskan oleh pihak pengurusan. Gaji A&E mempunyai komitmen untuk berdaya saing dari segi gaji yang lazim dalam industri tempatan, tetapi akan memastikan gaji tidak akan sekali-kali di bawah gaji minimum yang ditetapkan undang-undang tempatan yang terpakai untuk setiap operasinya. Semua rakan yang tidak dikecualikan gaji dan jam akan menerima bayaran lebih masa yang bersesuaian berdasarkan undang-undang yang terpakai untuk operasi tersebut. Ancaman dan Keganasan di Tempat Kerja Ancaman, kelakuan mengancam, tindakan agresif atau tindakan keganasan terhadap pekerja, pelanggan, penjual atau individu lain di A&E semasa bekerja atau semasa berada dalam kawasan harta tanah A&E adalah dilarang. Di samping itu, ancaman, kelakuan mengancam, tindakan agresif atau tindakan keganasan terhadap rakan sekerja semasa di luar masa bekerja adalah dilarang. Pelanggaran dasar ini akan mengakibatkan orang yang berkenaan dikenakan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pemecatan. Perundingan Kolektif A&E mengiktiraf dan menghormati hak-hak pekerja untuk didengari dan untuk perundingan secara kolektif. Kami akan berusaha untuk bekerja dengan niat yang baik dengan kesatuan sekerja, persatuan perdagangan dan badan-badan lain jika rakan sekerja kami secara kolektif memilih entiti tersebut untuk mewakili mereka atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai, dalam rangka kerja undang-undang yang bersesuaian. 15 American & Efird

Kelakuan Penipuan Pekerja A&E yang sengaja memperdaya atau menipu orang lain atau perniagaan dalam sesuatu urus niaga adalah berkemungkinan melanggar undang-undang jenayah dan sivil di kebanyakan, jika tidak semua, bidang kuasa di mana A&E menjalankan perniagaan. Di samping itu, perbincangan mengenai transaksi penipuan sedemikian melalui telefon, faksimile, e-mel atau pos mungkin menimbulkan tuntutan penipuan. Undang-undang Amerika Syarikat mengenai penipuan adalah meluas dan perlanggaran/pencabulan akan mengakibatkan pekerja A&E berkenaan tertakluk kepada hukuman denda yang berat dan boleh dipenjarakan. Untuk mengelakkan liabiliti sedemikian, pekerja A&E harus berwaspada sepenuhnya untuk memastikan tiada salah nyataan yang disengajakan mengenai produk A&E dalam tawaran kepada pelanggan, dalam apa-apa pemfailan atau laporan kepada mana-mana kerajaan atau bank, atau dalam mana-mana dokumen yang serupa. A&E tidak akan membenarkan kelakuan menipu dan amat penting agar semua pekerja A&E bertindak mengikut segala undangundang yang terpakai. Prinsip-prinsip Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran Kesihatan dan Keselamatan Dasar A&E adalah untuk mematuhi segala undang-undang kerajaan persekutuan, wilayah, negeri dan tempatan yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan tempat kerja. Rakan sekerja A&E bertanggungjawab atas pematuhan segala peraturan keselamatan dan kesihatan, dan untuk mengamalkan keselamatan secara berterusan semasa melakukan tugas mereka. A&E mempunyai komitmen untuk menyediakan langkah perlindungan yang munasabah untuk memastikan keadaan kerja yang selamat, menyelenggara segala peralatan, perkakas dan mesin dalam keadaan yang baik, serta mengkaji, membangunkan dan melatih rakan sekerja mengenai kaedah pekerjaan yang selamat. Di samping itu, A&E melarang pemilikan senjata api atau senjata lain di kawasan harta tanah A&E. Pekerja A&E yang melanggar undang-undang ini bukan hanya akan memudaratkan diri sendiri, tetapi juga kepada orang lain. Sebarang pelanggaran prosedur keselamatan yang disyaki atau dikhuatiri hendaklah dilaporkan segera kepada penyelia anda supaya dapat ditangani dengan sewajarnya. Kod Tatalaku Global 16

Prinsip-prinsip Persekitaran Adalah menjadi dasar A&E untuk menjalankan operasi kami dengan cara yang sewajarnya demi melindungi persekitaran. Ini bermakna bahawa, sekurang-kurangnya A&E akan mematuhi semua undangundang dan peraturan di setiap negara di mana kita beroperasi. Jika undang-undang dan peraturan persekitaran tempatan tidak wujud atau kurang ketat, dasar dan standard Persekitaran, Kesihatan & Keselamatan Antarabangsa A&E akan diikuti. Syarikat-syarikat sering mewujudkan standard persekitaran, kesihatan dan keselamatan yang harus dipatuhi oleh pembekal. Dasar dan prosedur Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan kita direka bentuk untuk memenuhi atau melampaui standard-standard sedemikian yang diterapkan oleh pelanggan A&E. A&E percaya bahawa persekitaran yang selamat dan sihat merupakan kewajipan setiap warganegara serta setiap syarikat yang bertanggungjawab, dan ini bermakna bahawa A&E harus memainkan peranan pemimpin dalam melindungi persekitaran untuk generasi ini dan generasi-generasi mendatang. Komitmen A&E terhadap persekitaran ditunjukkan melalui perbelanjaan untuk peralatan dan rancangan bagi memastikan sisa proses pengeluaran tidak membawa akibat buruk kepada udara, tanah atau air. A&E percaya bahawa salah satu masalah persekitaran yang paling kritikal ialah bahan buangan pepejal, yang berlonggok di tapak pembuangan, dan kita mesti berusaha ke arah matlamat mutlak Sisa Buangan Sifar, iaitu dengan hampir menghapuskan penggunaan tapak pembuangan. A&E mempunyai komitmen untuk bekerjasama dengan pelanggan kita bagi menggalakkan mereka membeli dan menerima produk yang mempunyai pembungkus yang boleh dikitar semula, dan juga dengan pembekal kita untuk mereka bentuk produk dan pembungkus produk yang boleh dikitar semula. A&E mempunyai komitmen untuk menggalakkan masyarakat, keluarga dan rakan untuk memelihara sumber alam semula jadi kita dan melindungi persekitaran dalam kehidupan seharian mereka. Komitmen Berterusan A&E kepada Kelestarian Global Komitmen sekian lama A&E kepada Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan (Environmental, Health and Safety, EHS) dan Tanggungjawab Sosial terus menjadi keutamaan di semua operasi syarikatnya di seluruh dunia. Ia telah diiktiraf secara meluas bahawa meningkatkan kelestarian alam sekitar dalam operasi dan dalam rantaian bekalan sesungguhnya Perkara Yang Betul Untuk Dilakukan dan adalah penting untuk memenuhi jangkaan pelanggan dan pihak yang berkepentingan. Dalam hal ini, A&E telah membangunkan dan melaksanakan Program Pacuan Ekologi A&E (Eco-Driven Program), yang terdiri daripada sepuluh Sifat Kelestarian. A&E telah mereka bentuk program ini untuk memacu budaya inovasi, penciptaan dan penyampaian dalam bidang kelestarian. 17 American & Efird

Sepuluh Sifat Kelestarian A&E 1. Jejak Karbon Global 2. Pemuliharaan dan Kitar Semula Air 3. Penjimatan Tenaga 4. Pembungkusan Lestari 5. Kitar Semula dan Pengurangan Sisa Buangan 6. Produk-produk Lestari 7. EHS dan Tanggungjawab Sosial Global 8. Kelestarian Rantaian Bekalan 9. Pengawasan Produk Pacuan Ekologi 10. Pemacu Ekologi - Pendidikan dan Penglibatan Kelestarian ditakrifkan sebagai memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka sendiri. Kelestarian bertujuan untuk mengimbangi ekonomi, tanggungjawab sosial dan kesan persekitaran, dan menyedari bahawa pertumbuhan penduduk akan berterusan. Dasar Senarai Bahan-bahan Terlarang (Restricted Substances List, RSL) A&E A&E meneruskan komitmen untuk menghasilkan produk yang selamat dan berkualiti kepada para pelanggan berdasarkan garis panduan yang ketat ke atas semua gentian, bahan kimia dan pelincir yang digunakan di seluruh dunia untuk mengeluarkan benang jahit industri, benang sulaman dan produk tekstil teknikal. Bahan Terlarang adalah bahan kimia dan bahan-bahan lain yang kehadirannya telah diharamkan atau disekat oleh sama ada undang-undang di pelbagai negara atau oleh jenama. Mematuhi dasar RSL akan mengurangkan risiko pelanggan dan menggalakkan produk-produk A&E menjadi peneraju global dalam industri benang jahitan, benang sulaman dan tekstil teknikal. RSL A&E boleh didapati di www.amefird.com. Tanggungjawab Anda Ketahuilah dasar persekitaran A&E. Kenal pasti mana-mana bidang yang mungkin dapat meningkatkan prinsip persekitaran A&E. Kemukakan apa-apa laporan persekitaran yang tidak tepat atau apa-apa isu mengenai persekitaran kepada pengurusan A&E. Kod Tatalaku Global 18

Integriti Maklumat dan Harta A&E Kaedah-kaedah untuk Melindungi Sumber dan Aset Syarikat Maklumat Sulit Syarikat ini mempunyai pelaburan yang besar ke atas maklumat sulit yang bernilai yang digunakan dalam perniagaan sehariannya. Syarikat ini akan melindungi pelaburan tersebut melalui prosedur yang direka bentuk untuk mencegah pendedahan maklumat sulit tanpa kebenaran. Dasar A&E adalah untuk memastikan operasi, aktiviti dan hal ehwal perniagaan A&E, pelanggan kita dan pembekal kita disimpan secara sulit pada tahap yang tertinggi. Sekiranya pekerja A&E memperolehi maklumat sulit mengenai A&E, pelanggan A&E atau pembekal A&E semasa bekerja, maka hal yang sedemikian harus dikendalikan dengan penuh teliti dan tidak dibenarkan dibincangkan dengan pihak luar. Rakan sekerja juga bertanggungjawab terhadap keselamatan dalaman maklumat tersebut. Maklumat sulit merupakan maklumat yang dimiliki oleh A&E dan tidak diketahui secara umum, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: Rancangan perniagaan A&E Maklumat harga Unjuran Analisis pasaran Bahan latihan Manual teknikal Data jualan Maklumat pelanggan Maklumat kakitangan/senarai gaji Maklumat pengeluaran Maklumat pemerolehan Prestasi perkhidmatan dan kualiti Spesifikasi dan proses pengeluaran Maklumat kos dan produktiviti pengeluaran Kaedah ujian Data pensijilan penjual Maklumat kesihatan peribadi Maklumat sedemikian juga termasuk apa-apa maklumat yang diberikan kepada pekerja A&E dengan arahan jelas bahawa maklumat tersebut disimpan secara sulit. Pada amnya, maklumat sulit tidak boleh didedahkan kepada sesiapa pun tanpa keizinan yang dinyatakan kecuali mereka yang diberi kebenaran untuk mempunyai maklumat tersebut. Di samping maklumat sulit milik A&E, pekerja A&E juga dikehendaki melindungi maklumat sulit bukan awam milik pelanggan, pembekal dan rakan perniagaan A&E yang diberikan kepada A&E bersempena dengan hubungan perniagaannya. Maklumat sedemikian mungkin 19 American & Efird

termasuk data pengeluaran pelanggan atau maklumat harga pembekal. Secara amnya, A&E harus memastikan pihak-pihak ini akan melindungi maklumat rahsia tersebut, dan rakan sekerja tidak akan mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak luar tanpa izin bertulis yang jelas daripada CEO A&E, Naib Presiden Kanan Korporat A&E atau pihak lain yang melapor secara langsung kepada CEO A&E. Mana-mana rakan sekerja yang didapati mencabuli dasar ini akan dikenakan tindakan disiplin termasuk pemecatan, selain tertakluk kepada hukuman sivil atau hukuman jenayah kerana melanggar peraturan yang antara lainnya, undang-undang keselamatan yang terpakai. Ketepatan Pelaporan Kewangan dan Penyimpanan Rekod Dasar A&E adalah untuk memberi pendedahan lengkap, adil, jitu, tepat pada waktunya dan dapat difahami dalam laporan dan dokumen yang dikeluarkan kepada awam atau yang difailkan dengan badan pengawal selia. Dasar A&E telah akan terus menetapkan bahawa segala transaksi hendaklah dinyatakan secara tepat dalam buku dan rekodnya. Selain itu, dasar A&E juga ialah segala buku dan rekod serta akaun bank atau simpanan aset A&E yang lain harus tertakluk kepada kawalan perakaunan dan audit biasa, dan pemalsuan mana-mana buku dan rekodnya atau penyelenggaraan mana-mana akaun bank atau simpanan rahsianya adalah dilarang sama sekali. A&E memerlukan rekod dan laporan maklumat yang jujur dan tepat untuk membuat keputusan perniagaan yang bertanggungjawab. Rekod harus disimpan atau dimusnahkan menurut dasar penyimpanan rekod A&E sahaja. Sumber Syarikat dan Harta Intelek Harta intelek A&E merupakan aset yang bernilai. Nama dan logo syarikat adalah melambangkan A&E, dan penggunaan yang salah boleh menjejaskan publisiti serta memberi kesan buruk terhadap ekonomi syarikat. Di samping itu, syarikat mesti memastikan standard yang mencukupi dipenuhi untuk apa-apa produk yang membawa nama syarikat. A&E juga mempunyai hak eksklusif di bawah undang-undang kerajaan persekutuan dan beberapa undang-undang negara luar untuk mengeluarkan, menggunakan atau menjual ciptaan yang dipaten dan mengagihkan salinan bahan yang dilindungi hak ciptanya. Penguatkuasaan hak-hak ini merupakan langkah yang penting dalam mengekalkan kelebihan saing A&E. Di samping itu, A&E memiliki segala ciptaan, penemuan, idea dan rahsia perdagangan yang dihasilkan oleh pekerja A&E di tempat kerja atau yang dihasilkan dengan menggunakan sumber syarikat. Untuk menjalankan perniagaan syarikat, A&E menggunakan pelbagai sistem elektronik termasuk tetapi tidak terhad kepada: telefon, telefon bimbit, pager, kemudahan mel suara, komputer peribadi yang dibekalkan A&E, PDA (Pembantu Digital Peribadi), komputer riba, mesin faks, modem dan pelayan serta akses e-mel dan Internet yang disediakan oleh A&E. Penggunaan sistem-sistem ini tertakluk kepada dasar tertentu A&E dan pekerja A&E tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan peralatan ini dengan cara yang menyinggung, mengganggu atau tidak beretika, atau melanggar mana-mana dasar A&E atau undang-undang yang terpakai. Kod Tatalaku Global 20

Komunikasi dengan Kerajaan Dasar A&E adalah untuk bekerjasama dengan badan kerajaan dalam melaksanakan fungsi mereka dengan betul, tetapi adalah amat penting agar semua maklum balas bagi penyiasatan badan kerajaan diselaraskan dalam A&E. Permintaan untuk maklumat atau pertanyaan yang diterima daripada kerajaan persekutuan, negeri, pihak berkuasa tempatan atau majlis perbandaran (selain daripada permintaan biasa) akan dicatatkan oleh individu yang menerima dan dirujuk dengan segera kepada Jabatan Undang-undang Korporat A&E, dengan apa-apa komen yang bersesuaian. Jabatan Undang-undang Korporat A&E bertanggungjawab untuk mengakui penerimaan segala permintaan bukan rutin dan memulakan tindakan yang bersesuaian untuk pematuhan yang tepat pada waktunya. Komunikasi dengan Orang Awam Hanya individu yang ditugaskan oleh CEO A&E dibenarkan bercakap bagi pihak A&E kepada media berita, penganalisis atau masyarakat awam. A&E melakukan segala usaha untuk memberikan komunikasi yang jelas dan tepat kepada media berita dan masyarakat awam untuk memastikan integriti dikekalkan dalam hubungan A&E dengan khalayak awam. Jika mana-mana pekerja dihubungi oleh media berita, penganalisis atau orang yang mengajukan soalan, para pekerja A&E harus merujukkan orang tersebut kepada Pengarah Korporat - Sumber Manusia untuk jawapan. 21 American & Efird

Komitmen yang Berterusan Kualiti, Perkhidmatan, Nilai & Integriti. Ada Pembaharuan Semua orang di A&E bertanggungjawab untuk bertindak secara beretika, memenuhi tugas mereka dan bertangggungjawab atas tindakan mereka. Nilai-nilai dan dasar-dasar kita mempunyai jangkauan global dan kita semua perlu meluangkan masa untuk memahami dan mengamalkan nilai dan dasar ini sepenuhnya. Pengurusan A&E memahami cabaran ini terhadap setiap seorang daripada kita, tetapi kejayaan syarikat kita bergantung kepada integriti kita dalam pasaran, dalam hubungan kita antara satu sama lain, dan juga dalam hubungan kita dalam masyarakat. A&E akan terus mengawasi pematuhan terhadap Kod Tatalaku Global ini di samping dasar dan prosedur-prosedur yang lain. Ini termasuk latihan pematuhan untuk pekerja A&E di serata dunia selaras pertimbangan keperluan oleh Jawatankuasa Etika. Sebagai tambahan, A&E mungkin melaksanakan audit terhadap pelaksanaan dan pematuhan dasar dan prosedurnya yang mempunyai implikasi pengawalseliaan atau pematuhan undang-undang sekuriti Amerika Syarikat. Kod Tatalaku Global 22

Pengesahan Rakan Sila kembalikan kepada pengurus Sumber Manusia tempatan anda atau Pengurus Besar lokasi anda (untuk disimpan dalam fail pekerjaan anda). Saya telah menerima satu salinan Kod Tatalaku Global A&E. Saya memahami standard tatalaku yang dijelaskan di dalam buku ini yang berkaitan dengan pekerjaan saya dan bersetuju untuk mematuhi tatalaku tersebut. Tandatangan Tulis Nama Tarikh Jabatan Lokasi 23 American & Efird

(Muka surat ini sengaja dibiarkan kosong) Kod Tatalaku Global 24

25 American & Efird

Kod Tatalaku Global 26