10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

dokumen-dokumen yang mirip
7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

STANDARD 4: PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

PANDUAN PENSKORAN PENCERAPAN P & P (PK04)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

ARAHAN: ( )

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

UNIT PRAKTIKUM IPGKBL REFLEKSI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

No. Kod: PN 5191 P / PN 5241 P. Bahagian A (30 markah)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI DAN KANAK-KANAK

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

Mencipta Alat Permainan Magnet Daripada Bahan Terbuang: Kaedah Alternatif Mengajar Topik Magnet

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN KOKURIKULUM PDPLI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran MATEMATIK

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

Bab 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

Pemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

OBJEKTIF PENGENALAN

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

TEORI PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN KOLB AFIZAN BINTI MOHD SHAFIAI (P73764) FAMIZAH BINTI GIRUN (P76389) NURUL NADIRAH BINTI MOHD KASIM (P79060)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

Unit 5 Pendekatan Tematik

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

Kurikulum Kebangsaan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

MODEL KURIKULUM. Nordin Tahir IPIP. Nordin Tahir, IPIP

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

Taklimat untuk Guru BM

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

UNIT 2 KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH

Transkripsi:

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok untuk menjawab soalan yang melibatkan operasi darab melalui penggunaan teknik ENIS. Berbanding dengan dahulu, murid tidak lagi fobia belajar sifir dengan menggunakan kaedah tradisional seperti kaedah penghafalan sifir dan kaedah nyanyian. Hal ini disebabkan mereka lemah dalam ingatan dan mewujudkan perasaan takut dan susah apabila mereka perlu menghafal sifir yang melibatkan nombor yang besar. Keadaan ini telah mematahkan semangat murid belajar sifir dan menganggap belajar Matematik adalah perkara yang susah. Setelah murid didedahkan dengan pengenalan teknik ENIS, saya mendapati sikap empat orang murid terhadap Matematik berubah kepada positif. Murid menjadi lebih berdikari untuk menyelesaikan soalan darab yang telah saya sediakan. Saya hanya perlu bertindak sebagai pembimbing dan memberi tunjuk ajar sekiranya diperlukan. Sebelum murid mengenali teknik ENIS, mereka diajar untuk menghafal dan menyanyi lagu sifir. Kedua-dua kaedah kurang mendedahkan murid kepada kepentingan penguasaan konsep dan kemahiran sifir. Melalui kajian ini, murid diajar menguasai kefahaman dan kemahiran melalui teknik ENIS secara berperingkat. Kini, murid mampu menjawab soalan sifir dengan bergantung usaha sendiri melalui penggunaan teknik ENIS. 84

Tambahan lagi, mereka lebih berminat belajar sifir melalui penggunaan bahan konkrit dan melukis gambar rajah untuk menggambarkan konsep pendaraban secara berkesan. Melalui teknik ENIS ini, murid berkeupayaan menjawab setiap soalan dengan tepat dan cepat. Secara tidak langsung, ia menambahkan keyakinan dan kepercayaan murid bahawa mereka pasti boleh mencapai keputusan yang baik dalam ujian. Dalam tempoh pelaksanaan kajian tindakan ini, murid memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada saya. Mereka sentiasa mendengar arahan saya dan memberi perhatian yang tinggi semasa saya memberi penerangan dalam sesi P&P. Sikap murid yang baik juga membantu mereka belajar sifir dalam kadar yang cepat dan lancar. Dengan itu, ia juga memudahkan saya mengawal seluruh aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik dan baik. Murid juga tidak melakukan tingkah laku yang tidak dingini semasa dalam sesi P&P saya seperti ponteng kelas, sembang dengan rakan atau bergerak ke tempat lain. Hal ini disebabkan mereka tidak ingin menyakitkan hati atau membuatkan saya marah dan kecewa. Oleh itu dalam sepanjang tempoh melaksanakan kajian ini, murid bertingkah laku baik dan menunjukkan usaha untuk menyiapkan lembaran kerja yang diberi. Melalui kajian tindakan ini, hubungan saya dengan empat orang murid menjadi rapat seperti kawan. Hal ini disebabkan kami sering berjumpa dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid juga berani menanyakan soalan apabila mereka tidak memahami cara menjawab soalan. Saya juga memberi gerak balas kepada murid untuk membantu mereka memahami konsep dan menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi darab. Saya dapat berkomunikasi baik dengan 85

murid dan mewujudkan interaksi dua hala yang aktif dalam sesi pembelajaran. Ia juga memberi manfaat kepada saya dalam proses pengumpulan data. Pada pendapat saya, murid menjadi lebih berani menyuarakan pendapat dan perasaan terhadap penggunaan teknik ENIS ini. Murid didorong untuk berfikir secara kritis dan logikal tentang cara menyusun konsep pendaraban melalui penggunaan teknik ENIS. Mereka menyatakan bahawa penggunaan Joyboard memberi keseronokan kepada mereka dalam proses pembelajaran kerana murid boleh belajar sifir sambil bermain. Mereka juga berminat membina jawapan di Joyboard untuk mendapat kepuasan dan bertujuan membuktikan bahawa mereka betul-betul menguasai kemahiran sifir dengan baik. Selain itu, tanpa penggunaan bahan konkrit, murid juga mampu melukis konsep pendaraban untuk menggambarkan jumlah bilangan ahli dalam setiap kumpulan serta menjawab soalan dengan betul. Sehubungan dengan itu, murid tidak lagi takut dengan kaedah penghafalan sifir dan nyanyian sifr di mana mereka boleh menggunakan teknik alternatif iaitu teknik ENIS untuk menguasai konsep dan kemahiran sifir 2-5. Hasil dapatan kajian telah jelaslah menunjukkan bahawa teknik ENIS mendatangkan manfaat kepada empat orang murid. Semua murid menunjukkan kemajuan yang besar dalam ujian pasca. Antara tiga orang murid iaitu Alex, Zoey dan Brian telah membuktikan bahawa mereka boleh menggunakan teknik ENIS ini untuk melengkapkan jadual sifir 2-5 dengan betul. Hanya Janet melakukan satu kesilapan semasa melengkapkan jadual sifir 4. Hal ini berlaku disebabkan dia cuai dalam mengira jumlah bilangan ahli kumpulan. Tindakan yang saya ambil iaitu membimbing Janet mengenal pasti kesilapan yang telah dilakukan dan memastikan dia mengira semula jumlah bilangan objek dan mendapat jawapan yang betul. 86

Dengan itu, saya menasihati murid supaya sentiasa bersikap cermat semasa mengira bilangan objek bagi mengelakkan berlaku kesilapan yang tidak diingini. Setelah murid menguasai teknik ENIS dalam sesi P&P, murid berperanan sebagai mentor untuk memberi tunjuk ajar kepada kawan yang belum menguasai teknik tersebut. Daripada pemerhatian saya, murid sanggup meluangkan masa untuk menerangkan konsep pendaraban dan menunjukkan cara menyusun butang di Joyboard serta melukiskan konsep untuk membantu kawannya menguasai kefahaman dan kemahiran sifir. Sekiranya kawannya masih tidak dapat memahami, murid akan memberi contoh soalan lain yang mudah difahami oleh kawannya. Saya berasa amat gembira kerana murid mempunyai keupayaan dan kesabaran yang tinggi untuk membimbing kawannya belajar sifir secara berperingkat. Di samping itu, saya juga memberi peluang kepada murid menjalankan perbincangan dalam kumpulan. Hal ini disebabkan saya tahu gangguan saya akan menyebabkan murid mendiamkan diri dan menunggu jawapan daripada saya. Oleh itu, saya berperanan sebagai fasilitator dan pemerhati semasa sesi perbincangan sedang dijalankan. Saya berpendapat bahawa murid belajar dalam kumpulan dapat menimbulkan semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan murid. Mereka berpeluang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman tentang cara penggunaan teknik ENIS dalam proses pembelajaran sifir. Perkongsian ilmu pengetahuan dapat memberi manfaat yang baik kepada semua murid dan meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep pendaraban. Sekiranya murid melakukan sebarang kesilapan, rakannya membantu mereka menerangkan dan menunjukkan semula cara mendapat jawapan yang betul. Secara tidak langsung, situasi pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. 87

Namun begitu, teknik ENIS turut mempunyai kelemahan semasa membantu murid menjawab soalan pendaraban. Kelemahannya iaitu murid mudah cuai dalam membilang jumlah kumpulan objek dan menyebabkan murid memberi jawapan yang salah. Teknik ini tidak sesuai digunakan oleh murid yang sudah menguasai kemahiran sifir. Hal ini disebabkan apabila melibatkan nilai sifir yang besar, murid dikehendaki menyusun butang atau melukis konsep perwakilan dalam bilangan yang besar dan banyak. Ia juga akan melambatkan masa bagi murid mendapat jawapan dengan cepat. Di samping itu, sekiranya murid tersilap membilang ahli kumpulannya, mereka mudah membina jawapan yang salah bagi soalan yang diberi. Oleh itu, kelemahan teknik ENIS haruslah diperbaiki seperti menggabungkan teknik ENIS dengan kaedah menyebut nombor. Murid dikehendaki membilang jumlah butang di Joyboard sambil menyebut nombor dengan mengikut susunan yang betul. Guru juga perlu sentiasa peka dan mendengar secara teliti apabila murid membilang butang sambil menyebut nombor. Gabungan kaedah ini dapat mengurangkan kekerapan murid melakukan kesilapan semasa menjawab soalan sifir. Setelah melaksanakan kajian tindakan ini, ia telah memberi kesedaran kepada saya bahawa betapa pentingnya guru memberi penekanan kepada penguasaan konsep pemahaman Matematik pada awal peringkat pengajaran dan pembelajaran. Hal ini disebabkan murid sering mengalami kesalahfahaman konsep dalam proses pembelajaran Matematik dan menyebabkan mereka tidak dapat melakukan operasi Matematik dengan betul. Tambahan lagi, pembentukan konsep dalam pemikiran murid juga adalah proses yang memakan masa. Proses pembentukan pemahaman konsep amat bergantung kepada cara guru menyampaikan konsep kepada murid dan juga bergantung kepada murid itu sendiri mengalami pengalaman yang berlaku di persekitarannya. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati 88

kelemahan murid dalam penguasaan konsep mendarab sering gagal membuat latihan dengan baik. Justeru, murid menjadi kurang berminat dan memberi perhatian terhadap pembelajaran Matematik. Pada pendapat saya, guru perlu memainkan peranan penting dalam menyampaikan pengajaran yang berkesan untuk membantu murid memahami dan membina kefahaman konsep Matematik dengan usaha diri sendiri. Apabila murid dapat menguasai konsep yang dipelajari, mereka dapat menyimpan maklumat tersebut dalam pemikirannya dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, penekanan terhadap pembelajaran pembentukan pemahaman konsep dapat membuka minda murid untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu, penggunaan teknik ENIS telah membantu saya menambah baik amalan kendiri sebagai seorang guru Matematik di sekolah. Sebelum ini, saya tidak pernah mencuba teknik ENIS ini dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Apabila saya menghadapi murid yang mengalami masalah yang sama iaitu tidak menguasai kefahaman dan kemahiran sifir, saya didorong untuk memikirkan satu teknik untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut. Selepas saya mencari idea daripada sumber bacaan, saya telah mendapat idea daripada teori pembelajaran Jerome Bruner dan pendekatan Konstruktivisme. Kemudiaannya, saya menggabungkan dua teknik iaitu konkrit dan perwakilan untuk membantu murid belajar sifir darab dengan berkesan. Sepanjang tempoh pelaksanaan praktikum, saya juga menerapkan idea teknik ENIS dalam Rancangan Pengajaran Harian. Tujuan saya adalah untuk memberi peluang kepada semua murid dapat belajar sifir secara berperingkat dan menguasai kefahaman konsep sifir secara kukuh. Melalui setiap sesi pengajaran dan pembelajaran, saya menjadi lebih prihatin dan peka terhadap masalah yang dihadapi 89

oleh murid. Apabila murid tidak memahami konsep, mereka merujuk kepada saya dan mendapat bimbingan daripada saya untuk menyiapkan lembaran kerja. Saya juga sentiasa memberi dorongan dan pujian kepada murid untuk menggalakkan mereka berusaha menguasai kemahiran sifir. Apabila murid mendapat penghargaan dan pujian daripada guru, mereka mempunyai semangat yang tinggi untuk meneruskan perjuangan dalam proses pembelajaran sifir. Sehubungan dengan itu, saya menjadi lebih yakin dengan penggunaan pendekatan Konstruktivisme dan teori pembelajaran Jerome Bruner dalam kajian ini. Kedua-dua pendekatan dan teori ini lebih menekankan kepada pemusatan murid. Hasil dapatan kajian juga jelaslah menunjukkan bahawa teknik ENIS membawa kesan positif melalui aktiviti hands-on. Murid boleh membina kefahaman dan idea sendiri tentang konsep yang telah diajar. Apabila mereka menguasai konsep, murid dapat menjawab soalan sifir dengan tepat dan cepat. Bagi menjalankan kajian tindakan ini, saya sentiasa bersedia membaiki mutu pengajaran dan pembelajaran saya sebagai seorang guru. Sebelum memulakan pengajaran, saya membuat perancangan dengan mengikut tahap kemampuan dan kebolehan murid belajar sifir. Sekiranya saya mendapati aktiviti yang dijalankan kurang sesuai dengan tahap kebolehan murid, saya sanggup mengubahsuai semula perancangan untuk tujuan membantu murid belajar Matematik dalam situasi pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Oleh itu, dengan penggunaan teknik ENIS, saya telah berjaya membantu empat orang murid menguasai konsep pendaraban. Pengalaman ini amat berguna kepada saya kerana saya boleh mengaplikasikan idea ini kepada murid yang menghadapi masalah yang sama. Dalam proses membantu murid menguasai kefahaman dan kemahiran sifir, saya telah mempelajari cara penyampaian pengajaran yang baik dan sesuai dengan 90

tahap umur dan kebolehan murid. Semasa mendemonstrasikan cara penggunaan Joyboard, guru perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid. Sebagai seorang guru, kita haruslah memberi peluang kepada murid untuk menerokai idea Matematik tanpa mengarah atau mengawal setiap gerak-geri dalam proses pembelajaran. Apabila murid hendak menyuarakan pendapat mereka, guru haruslah bersedia mendengar apa yang hendak disampaikan oleh murid. Melalui interaksi dua hala yang positif, guru lebih mudah mendampingi dengan murid dan memahami corak pemikiran mereka dengan baik. Saya juga mampu mereka cipta bahan pengajaran yang berunsur kreatif dan inovatif untuk membantu murid menguasai kemahiran sifir dengan lebih baik. Joyboard merupakan satu bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat dan tumpuan murid untuk belajar. Selain itu, Joyboard juga mampu membantu murid memahami konsep mendarab dan menguasai kemahiran sifir 2-5. Hal ini disebabkan melalui penggunaan Joyboard, murid digalakkan menggunakan kecerdasan kinestetik, visual spatial dan pemikiran logikal untuk menyusun konsep pendaraban pada Joyboard. Ketiga-tiga kecerdasan tersebut dapat menggalakkan murid menggunakan pergerakan tangan untuk membina idea matematik, berkeupayaan mencipta gambaran mental dan menyelesaikan masalah secara rasional. Secara tidak langsung, teknik ENIS dapat membimbing murid menguasai konsep mendarab dan kemahiran sifir dengan kukuh dan baik. Justeru, teknik ENIS bukan sahaja sesuai digunakan oleh murid yang lemah, tetapi juga sesuai digunakan oleh murid yang sederhana kerana teknik ENIS dapat mengukuhkan kecerdasan pelbagai murid pada setiap peringkat sebelum beralih ke peringkat yang seterusnya. Di samping itu, saya juga mempelajari cara mereka cipta pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan teknik ENIS untuk membantu murid belajar sifir 91

sambil bermain. Antaranya ialah Permainan Jom Darab, Permainan Draw Me, dan Aktiviti permainan ENIS. Apabila aktivit permainan ENIS sedang dijalankan, murid mempunyai semangat yang tinggi untuk menyertai aktivit tersebut. Sehubungan dengan ini, penglibatan mereka yang aktif dapat menghidupkan persekitaran pembelajaran menjadi lebih produktif dan bermakna. Tambahan lagi, kepentingan menjalankan aktiviti permainan dalam setiap peringkat juga bertujuan untuk membantu murid mengukuhkan konsep mendarab dan kemahiran sifir. Aktiviti permainan yang menggunakan bahan konkrit dan perwakilan dapat merangsang perkembangan kognitif murid dan meningkatkan kefahaman murid terhadap penguasaan konsep mendarab. Setiap aktiviti permainan dijalankan telah memberi peluang kepada murid untuk membina daya kreativiti yang tinggi seperti berfikir strategi menyusun konsep di Joyboard dan melukis konsep pendaraban untuk melengkapkan jadual sifir 2-5. Melalui pelaksanaan aktiviti permainan, saya dapat menilai tahap kebolehan murid dalampenguasaan konsep mendarab dan kemahiran sifir untuk menjawab soalan sifir dalam masa yang singkat. Kajian ini juga mematangkan pemikiran saya sebagai seorang penyelidik. Melalui kajian ini, saya telah belajar cara merancang tindakan, mengumpul, menganalisis dan membincang pungutan data. Secara tidak langsung, pengalaman ini telah melatih saya sentiasa berfikir secara luas dan kreatif untuk mengaitkan aspekaspek yang mungkin berlaku di sekeliling kita. Misalnya, perbezaan dari segi latar belakang, budaya, jantina, agama, status ekonomi dan sebagainya yang menjadi salah satu faktor menyebabkan murid mengalami masalah dalam proses pembelajaran. Oleh itu, penyelidikan ini membantu saya meningkatkan kemahiran menulis rancangan tindakan dan menjadi seorang penyelidik yang matang. 92

Saya juga berpendapat bahawa guru haruslah mempelbagaikan teknik pengajaran yang kreatif dengan mengaplikasikan bahan konkrit dalam pengajaran dan pembelajaran. Kini, bahan konkrit mempunyai nilai yang tinggi untuk menyampaikan konsep dan membantu murid menguasai konsep abstrak Matematik. Apabila murid belajar melalui sentuhan dan penglihatan, ia dapat membantu mereka mengingati konsep dengan berkesan. Melalui penggunaan bahan konkrit, murid terlibat diri secara aktif di samping mengalami pengalaman sendiri yang sebenar. Pengalaman yang dibina dapat memberi gambaran jelas dan hubungkaitkan dengan pemahaman murid tentang konsep sifir. Tambahan lagi, guru boleh menerapkan bahan interaktif yang sesuai dalam pengajaran untuk mengekalkan minat murid belajar konsep Matematik dengan baik. Oleh itu, guru harus memilih teknik pengajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan ini juga melatih saya sebagai seorang pengamal reflektif yang baik. Saya sentiasa mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam setiap sesi P&P. Saya juga mencatat semula tingkah laku yang ditunjukan oleh murid untuk mengesan kekuatan dan kelemahan serta kebolehan murid menguasai kemahiran sifir. Catatan refleksi juga membantu saya mengenal pasti masalah yang wujud dalam kalangan murid. Saya juga sentiasa mempersoalkan diri tentang kesesuaian teknik ENIS dilaksanakan dalam kajian ini serta berusaha mencari jalan penyelesaian yang sesuai untuk mengatasi masalah. Saya juga membuat keputusan ke atas hasil dan kesan yang ditunjukkan daripada hasil keputusan ujian murid. Oleh itu, sebagai pengamal reflektif, ia membantu saya memperbaiki amalan pengajaran kendiri untuk tujuan mencapai matlamat objektif pelajaran Matematik. 93

Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian tindakan, saya mempelajari kepentingan mematuhi etika penyelidikan. Setiap tindakan yang saya jalankan mesti mendapat persetujuan daripada pihak yang berkenaan seperti ibu bapa, murid, guru pembimbing dan pihak sekolah. Saya juga memberi surat persetujuan kepada murid untuk meminta kebenaran daripada ibu bapa murid membenarkan anaknya melibatkan dalam kajian tindakan ini. Ia dapat meningkatkan kebolehan dan kepercayaan pihak terhadap peranan saya sebagai penyelidik di sekolah. Oleh itu, saya berperanan merahsiakan segala maklumat antara saya dengan murid untuk tujuan menjaga etika penyelidikan ini. Secara keseluruhannya, saya telah memilih teknik pengajaran iaitu teknik ENIS yang tepat untuk membantu murid menguasai kefahaman dan kemahiran sifir 2-5 dengan baik. Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa teknik ENIS mendatangkan manfaat kepada murid untuk mencapai keputusan yang baik dalam ujian pasca. Saya juga amat berpuas hati dengan pencapaian yang diperolehi oleh murid dibanding dengan dahulu murid gagal menjawab satu soalan. Kini, murid menggunakan teknik ENIS dapat menjawab setiap soalan dengan betul. Saya berharap kelemahan teknik ENIS yang wujud dalam tindakan ini akan saya perbaiki untuk kitaran tindakan yang seterusnya. 94