TATAKELAKUAN DAN ETIKA

dokumen-dokumen yang mirip
Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

KOD ETIKA RAKAN KONGSI PERNIAGAAN

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

DASAR ANTI RASUAH RGIS

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Tatakelakuan. Pembekal

Polisi Privasi. Pengenalan

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

Standard Tanggungjawab untuk Pembekal

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Tatakelakuan Rakan Kongsi HP Berkuat kuasa 1 November, 2010

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

KOD KELAKUAN DAN ETIKA BAGI APACMED SEMASA BERINTERAKSI DENGAN PENJAGA KESIHATAN PROFESIONAL

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

KELAKUAN TERHADAP PENJUAL LANGSUNG

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Kesetiaan kepada Syarikat

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Tatakelakuan JABIL. Integriti Di mana-mana, Setiap hari. AWAM Jabil Inc Hak Cipta Terpelihara.

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Flint Group Dasar Hadiah Dan Hiburan

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Pengawalseliaan Berteraskan Penzahiran

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

PEMATUHAN DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

I. MESEJ DARIPADA PENGERUSI LEMBAGA DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF... 3 II. PENGENALAN... 4 III. ASAS-ASAS... 5

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

tata kelakuan dan etika Membina Kepercayaan

KOD KELAKUAN. Kami sentiasa bertindak mengikut peraturan-di mana sahaja kami berada.

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

Kod pengendalian perniagaan

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Tatakelakuan. SCA Tatakelakuan 1

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Berurusan dengan Pengantara Takaful

TATAKELAKUAN. Pilihan Yang Betul

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Perjanjian Kerangka Global. Norsk Hydro ASA. IMF/ICEM Fellesforbundet dan IndustriEnergi

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

Tataniaga dan Tataetika Sedunia

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

ROPER TECHNOLOGIES, INC.

Rakan Sekerja yang Dihormati,

AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

PADA TERAS KITA. Tata Kelakuan Perniagaan. Janji Kita. Pekerja Kita & Bumi Kita. Syarikat Kita. Hubungan Kita dan Industri Kita KANDUNGAN

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Tata Kelakuan Panasonic

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

Kod Tatakelakuan Jula AB

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

PESANAN DARIPADA KEITH JACKSON

Tata Kelakuan Perniagaan

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Di Tune Protect, kita percaya perniagaan kita dijalankan dengan betul apabila kita mematuhi Nilai-nilai dan Tatakelakuan kita.

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

Polisi Privasi Smiggle

KOD TINGKAH LAKU ETIKA PERNIAGAAN. Hayati Credo, Fahami Kod Kami

Tatakelakuan Perniagaan dan Etika

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Transkripsi:

KUMPULAN SOJITZ TATAKELAKUAN DAN ETIKA Bekerja dengan penuh integriti. Membina kepercayaan.

Para Pekerja Sekalian: Perutusan Ketua Pegawai Eksekutif Sojitz Corporation Sudah lebih satu abad lamanya Syarikat kita menunjukkan komitmen yang tidak goyah dalam melaksanakan perniagaan yang berintegriti. Dengan berpegang teguh kepada komitmen ini, kita berjaya membina reputasi di dunia sebagai syarikat yang mematuhi undang-undang dan bertindak secara beretika, dan kita berjaya mendapatkan kepercayaan dari pihak-pihak yang berkepentingan syarikat. Oleh sebab kita percaya bahawa cara kita menjalankan perniagaan itu sama pentingnya dengan hasil pencapaian kita, maka kita terus berusaha untuk menggunakan pelbagai fungsi kita dan perspektif global kita untuk membina perniagaan yang menyumbang kepada masyarakat tempatan dan mempunyai tanggungjawab sosial. Saya mahukan anda semua berbangga kerana menjadi anggota Kumpulan Sojitz, dan mencerminkan kebanggaan itu di dalam cara anda melaksanakan tugas masing-masing. Biar apa pun peranan anda dalam Syarikat kita, keputusan yang anda buat mencerminkan reputasi kita dan amat penting bagi mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan kita. Tatakelakuan dan Etika (Kod) ini menetapkan prinsip asas dan standard etika tinggi yang merangkumi semua kakitangan kumpulan syarikat di seluruh dunia. Tatakelakuan dan Etika (Kod) juga menetapkan semua ahli Kumpulan Sojitz mematuhi kedua-dua perkara tersurat dan tersirat dalam undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan kita. Saya galakkan anda untuk menggunakan sumber-sumber yang disebut dalam Tatakelakuan dan Tataetika ini agar anda dapat memahami kaitan prinsip-prinsip ini dengan pekerjaan anda. Apabila kita melaksanakan prinsip Kod dan standard etika di seluruh Kumpulan Sojitz, kita berusaha untuk menjadi warga korporat yang bertanggungjawab, melindungi kesihatan, keselamatan dan maruah pekerja, menguruskan tempat kerja kita dengan rasa tanggungjawab dan penuh hormat, dan mengurangkan risiko yang dihadapi oleh Syarikat, termasuk peluang yang mungkin merosakkan nama baik dan reputasi syarikat. Kita komited dalam memupuk dan memelihara suasana kerja yang positif dan budaya komunikasi terbuka yang membolehkan kita bertanya soalan dan mengemukakan kemusykilan yang timbul. Saya mohon anda meluangkan masa untuk membaca dan memahami Kod dan Tataetika kita, dan merujuk kepadanya apabila berhadapan dengan situasi yang mencabar. Secara bekerja berlandaskan integriti dan hasil perniagaan dan kepuasan hati para pemegang saham, kita memastikan reputasi kita terus kukuh sebagai rakan niaga yang dipercayai. Pada masa yang sama, kita bertambah kekal menjadi syarikat berjaya dan dinamik di tahun-tahun yang akan datang. YOJI SATO PRESIDEN & CEO 2

Kandungan TATANIAGA KAMI Kawalan Perdagangan Pematuhan Rantaian Pembekalan 11 12 13 Tanggungjawab Terhadap Produk 14 Permintaan oleh Kerajaan tentang Maklumat 27 * Tatakelakuan dan Etika (Kod) mengandungi maklumat am, diikuti oleh peraturan khusus Syarikat berkaitan dengan aktiviti kerja anda yang dinyatakan dalam PAN- DUAN ASAS. Tatakelakuan dan Tataetika ini diamalkan oleh semua pekerja syarikat kumpulan ini. Apabila Tatakelakuan dan Tataetika ini menyebut Syarikat kita, kita atau kami, ini merangkumi semua unit perniagaan dan semua anak syarikat dalam syarikat kumpulan kita di seluruh dunia. PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SLOGAN & PENYATAAN KUMPULAN SOJITZ PRINSIP PANDUAN SOJITZ TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT PERIHAL TATAKELAKUAN DAN ETIKA KAMI 2 4 5 6 7 Persaingan Konflik Kepentingan Bertukar Hadiah Keraian Sogokan dan Rasuah Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Kegiatan Haram Kegiatan Masyarakat dan Politik ASET DAN MAKLUMAT KITA Proprietari dan Maklumat Sulit 15 16 17 18 21 21 22 23 Perdagangan Orang Dalam KEBOLEHAN KITA MEMBUAT KEPUTUSAN BERETIKA DAN MELAPORKAN KEBIMBANGAN Membuat Keputusan Beretika BERTANYA SOALAN, MENYUARAKAN KEBIMBANGAN DAN MELAPORKAN PELANGGARAN KEBOLEHGUNAAN DAN KEBERTANGGUNGJAWAPAN TATAKELAKUAN DAN ETIKA INI TATAKELAKUAN DAN ETIKA 28 29 30 31 32 PARA PEKERJA KITA 8 Privasi Data 24 Persekitaran Yang Positif Keselamatan dan Kesihatan 9 10 Pengawalan Keselamatan Teknologi Maklumat (IT) 25 Mengadakan dan Mengurus Rekod Perniagaan 26 Perhubungan Media dan Pelabur 27 3

PENYATAAN KUMPULAN SOJITZ Kumpulan Sojitz memberikan nilai dan kemakmuran dengan menghubungkan dunia berlandaskan semangat integriti. SLOGAN KUMPULAN SOJITZ 4

PRINSIP PANDUAN SOJITZ GP Kumpulan Sojitz mensasarkan untuk mencipta nilai buat para pemegang kepentingan syarikat dengan menjajarkan kekuatan dan kemampuan tenaga kerja berdasarkan lima prinsip berikut: KeTAbahan Bertabah sehingga berjaya cabaran Mengambil risiko Kepercayaan Membina kepercayaan berkekalan inovasi Berinovasi dengan pandangan jauh KECEPATAN Berusaha mengutamakan kecepatan 5

Tanggungjawab Sosial Korporat (TSK) DASAR TSK KUMPULAN SOJITZ Kita akan berusaha menjalankan perniagaan secara harmoni dengan masyarakat dan persekitaran, sambil mendukung Penyataan Kumpulan Sojitz pada setiap masa. Berpandukan Pernyataan Kumpulan Sojitz kita dan Dasar TSK Kumpulan Sojitz kita, kami mengenal pasti TSK sebagai suatu keutamaan pengurusan dan suatu nilai korporat, dan kami tentukan bahawa penunaian tanggungjawab ini adalah sebahagian daripada misi korporat kita. Dengan TSK, tanggungjawab sosial tidak hanya bererti memenuhi kehendak undangundang, tetapi juga bertindak melepasi kepatuhan dan lebih banyak melabur dalam modal manusia, persekitaran dan hubungan dengan pihak-pihak berkepentingan. TSK Dengan TSK, tanggungjawab sosial tidak hanya bererti memenuhi kehendak undang-undang, tetapi juga bertindak melepasi kepatuhan dan lebih banyak melabur dalam modal manusia, persekitaran dan hubungan dengan pihakpihak berkepentingan. Bertindak melepasi kewajipan undangundang juga boleh meninggalkan kesan secara langsung pada produktiviti kerana ini membuka laluan untuk menguruskan perubahan dan untuk menyelaraskan pembangunan sosial dengan daya saing yang lebih hebat. Sebagai anggota masyarakat global dan warga korporat yang baik dan bertanggungjawab, kita perlu berusaha secara ikhlas untuk: menyumbang kepada usaha membina masyarakat yang mampan melalui penyepaduan TSK dengan strategi perniagaan teras kita, struktur pengurusan kita, dan operasi kita; menyokong pemeliharaan persekitaran global dan penyelesaian isu-isu kemiskinan dan pelanggaran hak asasi manusia; mengamalkan dan mempertimbangkan keadilan dalam segala kegiatan perniagaan kita, dan menentang sebarang diskriminasi dan ugutan pekerja atas dasar bangsa, warna kulit, agama, jantina, kehamilan, negara asal, umur, ketidakupayaan atau sebarang dasar lain yang dilarang oleh undang-undang; dan mencegah sogokan dan rasuah dalam sebarang bentuk yang mungkin timbul semasa menjalankan kegiatan korporat kita. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya tentang TSK, sila klik pada pautan Tanggungjawab Sosial Korporat di www.sojitz.com atau www.sojitz.com/en. 6

PERIHAL TATAKELAKUAN DAN ETIKA KAMI Seperti yang dinyatakan dalam perkara di atas, kita komited untuk hidup dan bekerja dengan nilainilai tertentu yang menjadikan Kumpulan Sojitz, para pekerja dan pemegang berkepentingan kita sebagai rakan niaga yang luar biasa dan boleh dipercayai. Penting untuk kita menjadi warga korporat yang bertanggungjawab dan baik dan boleh memperuntukkan masa dan sumber yang memberi kesan ke atas perubahan sosial melalui perdagangan global yang kita jalankan. Selain daripada nilai kita, peraturan dan pengawalaturan Syarikat turut diberikan perhatian. Apabila kita mempraktikkan nilai-nilai kita, peraturan dan pengawalaturan akan lebih mudah dipatuhi. Bahagian berikut dalam Kod mengandungi peraturan dan pengawalaturan Syarikat yang mesti diikut: Pekerja Kita; Tataniaga Kita; dan Aset dan Maklumat Kita. Bahagian akhir dalam Kod, Kemampuan Membuat Keputusan Beretika dan Menyuarakan Kebimbangan adalah berdasarkan maklumat dan patut dikaji dan disemak apabila berhadapan dengan cabaran di tempat kerja. Seperti yang dinyatakan dalam perkara di atas, kita komited untuk hidup dan bekerja dengan nilai-nilai tertentu yang menjadikan Kumpulan Sojitz, para pekerja dan pemegang berkepentingan kita sebagai rakan niaga yang luar biasa dan boleh dipercayai. 7

Para Pekerja Kita Antara aset teras kita yang paling berharga ialah tenaga kerja kita. Kami menghargai gabungan unik bakat, pengalaman dan perspektif setiap pekerja yang memungkinkan kejayaan kita pada hari ini. Kita berdedikasi dalam usaha memupuk suasana kerja yang merangkumi semua, saling hormat-menghormati, selamat dan sihat, dan yang membolehkan para pekerja kita menghasilkan kerja yang paling baik. 8

Persekitaran Yang Positif Kita berusaha untuk menyediakan suasana kerja yang positif, yang menghormati hak asasi dan keperibadian manusia. Kita juga berusaha untuk memupuk tempat kerja tanpa gangguan yang bebas daripada diskriminasi terhadap sesiapapun atas dasar bangsa, warna kulit, agama, jantina, kehamilan, negara asal, umur, ketidakupayaan, status sosial atau sebarang ciri lain yang dilindungi oleh undang-undang. Selain itu, kita ingin sentiasa memperbaiki ketelusan di tempat kerja kita dengan menitikberatkan komunikasi antara pekerja dengan pengurus masingmasing, dan juga sesama semua pekerja, khususnya memandangkan latar belakang kita yang berbeza, supaya setiap orang boleh menjalankan tugas kerja dengan lebih baik dan dengan sikap saling hormat dan saling percaya yang lebih baik. Kami faham betapa pentingnya mencapai imbangan antara pekerjaan dengan kehidupan, dan kami menyokong semua pekerja kita dalam usaha sedemikian. PANDUAN ASAS Peluang Pekerjaan Yang Saksama. Kita mengamalkan dasar yang menyediakan peluang pekerjaan saksama kepada para pekerja dan calon pekerjaan, selaras dengan undang-undang di setiap negara yang menjadi tempat kita menjalankan perniagaan. Amalan Buruh. Kita ikuti amalan buruh yang adil, dan secara khususnya, kita tidak menggunakan buruh paksa atau buruh kanak-kanak berkontrak. Hormat-menghormati. Kita komited untuk memupuk persekitaran kerja yang menghormati semua orang, dan yang tidak akan bertoleransi dengan penyalahgunaan kuasa atau, yang boleh merangkumi tetapi tidak terbatas kepada pernyataan, e-mel, gerak laku atau perbuatan yang tidak senonoh, yang tidak diundang, yang mengancam, yang mengganggu pelaksanaan kerja, atau yang banyak menyebabkan ketidakselesaan, rasa malu atau mudarat terhadap orang lain. Kami faham betapa pentingnya mencapai imbangan antara pekerjaan dengan kehidupan, dan kami sokong semua pekerja kita dalam usaha sedemikian. 9

Keselamatan dan Kesihatan Melindungi kesihatan dan keselamatan pekerja adalah salah satu nilai teras kita. Melalui kepimpinan pengurusan dan kerjasama pekerja, kita komited untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sesuai untuk bekerja. Kita semua sama-sama memikul tanggungjawab, termasuk semua yang terlibat dengan perkilangan langsung, untuk mematuhi undang-undang, peraturan, amalan dan langkah pengawasan kesihatan dan keselamatan yang dikenakan pada kita untuk melindungi diri kita, rakan-rakan sekerja kita, dan para pelanggan kita. Kita percaya penting bagi kita semua untuk menamatkan setiap hari dalam keadaan kesihatan dan keselamatan yang baik. Melalui kepimpinan pengurusan dan kerjasama pekerja, kita komited untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sesuai untuk bekerja. PANDUAN ASAS Perbuatan Yang Tidak Selamat. Anda mesti memberitahu pengurus anda dengan segera mengenai sebarang perbuatan yang tidak selamat, kelakuan yang menimbulkan risiko, kemalangan yang nyaris-nyaris berlaku atau pendedahan yang tidak diingini, yang akan mengancam kesihatan atau keselamatan sesiapa. Jika Berlaku Kecederaan. Laporkan semua kecederaan dengan cepat dan tepat. Laporan yang cepat dan tepat akan membantu kita mengambil tindakan yang mencegah kejadian itu berulang. Kegagalan untuk melaporkan kecederaan boleh meninggikan risiko kejadian itu berulang, boleh melambatkan rawatan perubatan yang diperlukan, dan boleh mengakibatkan Syarikat kita dikenakan liabiliti dan penalti yang besar. Keadaan Boleh Bekerja. Kami tidak benarkan sesiapapun memiliki, menggunakan atau menjual dadah yang diharamkan di kawasan Syarikat, atau melakukan kerja di bawah pengaruh arak atau dadah yang diharamkan. Keganasan Di Tempat Kerja. Kami menegah ancaman, perbuatan ganas atau ugutan, atau para pekerja tidak dibenarkan memiliki atau menjual senjata api atau senjata lain di kawasan Syarikat atau semasa menjalankan sebarang urusan Syarikat. 10

Tataniaga Kami Kepercayaan, sikap saling hormat dan tingkah laku beretika amat penting bagi hubungan kita dengan rakan niaga, pelanggan, pekerja dan pihak-pihak lain yang berkepentingan dengan kita. Dalam hubungan sebegini, kita mesti menjalankan perniagaan kita dengan standard etika paling tinggi dan dengan penuh integriti, sentiasa memberi jaminan perbuatan kita selaras dengan dasar Syarikat, undang-undang dan peraturan yang dikenakan, mengikut perkara tersurat dan yang tersirat. Kita juga mesti menjalankan perniagaan kita dengan menggunakan pertimbangan perniagaan yang bijak. 11

Kawalan Perdagangan Kita komited untuk mematuhi undang-undang kawalan perdagangan yang dikenakan dan undang-undang lain yang berkaitan dengannya, di negaranegara yang menjadi tempat kita beroperasi, dan juga program kawal atur peringkat negara dan rantau yang ditumpukan pada keselamatan dan keamanan antarabangsa. Undangundang kawalan perdagangan mengawal pergerakan barangan, perkhidmatan dan teknologi melintasi sempadan negara, dan dikenakan terhadap pelbagai aspek operasi kita, dan bukan hanya pada produk pengiriman. Pertukaran maklumat di dalam negara dan melintasi sempadan negara, seperti e-mel dan kemudahan menggunakan Internet, juga tertakluk pada kawalan perdagangan. Undang-undang kawalan perdagangan mengawal pergerakan barangan, perkhidmatan dan teknologi melintasi sempadan negara, dan dikenakan terhadap pelbagai aspek operasi kita, dan bukan hanya pada produk pengiriman. PANDUAN ASAS Pengelasan Yang Tepat. Kelaskan dan berikan nombor tarif (HTS) yang betul untuk menentukan duti dan cukai yang terhutang dengan tepat. Ingatlah selalu bahawa perbuatan mengurangkan nilai barangan pada dokumen perdagangan dan percubaan mendapatkan kelebihan ekonomi melalui penyertaan yang sumbang dalam program duti keutamaan sebagai percubaan mengurangkan duti dan cukai adalah perbuatan yang dilarang. Pengelasan Ekspot. Pastikan pengelasan eksport bagi produk, perisian atau teknologi yang berkenaan itu adalah betul sebelum mengekspotnya untuk menentukan sama ada kebenaran khas, contohnya lesen ekspot, diperlukan. Penapisan Urus Niaga. Tapis urus niaga anda dengan merujuk pada peraturan yang menyekat urus niaga dengan negara tersekat, orang, dan penggunaan akhir terlarang yang tertentu. Penapisan Rakan Niaga. Tapis rakan niaga dan pembekal anda, serta pihak-pihak yang terlibat dalam urus niaga anda dengan merujuk kepada senarai pengawasan yang disediakan oleh kerajaan, dan jalankan kajian penelitian yang sewajarnya terhadap pengguna akhir dan penggunaan akhir produk. Selain itu, pastikan urus niaga tidak diatur dengan orang tengah dengan tujuan memintasi undangundang kawalan perdagangan. Penggunaan Broker Kastam Pihak Ketiga. Broker. Jangan terlalu bergantung pada broker kastam dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga. Ambil langkahlangkah yang sewajarnya untuk memastikan kita atau ejen kita memberikan maklumat yang betul dan lengkap kepada pihak berkuasa kerajaan berkenaan dengan nilai barangan, negara asal dan unsur-unsur data lain yang diperlukan, khususnya bagi urus niaga yang menimbulkan risiko kepada kita selaku pengimpot atau pengekspot. 12

Pematuhan Rantaian Pembekalan Kita bergantung pada rangkaian pembekal kita dan peniaga di dalam rantaian bekalan untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan yang bermutu kepada para pelanggan kita. Adalah kritikal bagi para pembekal kita dan peniaga dalam rantai bekalan berkongsi komitmen kita untuk menjalankan perniagaan dengan berintegriti, secara selamat dan terjamin, dan berlandaskan amalan yang selaras dengan undang-undang, cekap dan adil. Kepatuhan kepada komitmen ini akan dapat memastikan hubungan kita dengan pembekal dan peniaga dalam rantaian bekalan tidak akan mencemarkan reputasi kita. PANDUAN ASAS Pematuhan Undang-undang. Bekerjasama dengan para pembekal dan peniaga dalam rantai bekalan untuk memastikan pematuhan pada undang-undang buruh, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan, dan kawalan perdagangan antarabangsa yang dikenakan. Langkah-langkah keselamatan berasaskan risiko yang sesuai perlu diambil oleh seluruh rantaian bekalan, daripada peringkat pembuatan produk, sehingga ke peringkat pengangkutan global, dan seterusnya apabila produk itu tiba di destinasinya yang betul. Tapis. Tapis para pembekal anda dan peniaga dalam rantaian bekalan anda untuk memastikan mereka semua bereputasi baik, layak, dan mampu menepati keperluan keselamatan dari segi fizikal yang dikenakan, dengan menilai dan meluluskan pembekal dan peniaga dalam rantaian bekalan sebelum sebarang bahan, komponen, produk atau perkhidmatan dibeli daripada mereka. Selepas peniaga dipilih, Adalah kritikal bagi kepada para pembekal kita dan peniaga dalam rantaian bekalan berkongsi komitmen kita untuk menjalankan perniagaan dengan berintegriti, secara selamat dan terjamin, dan berlandaskan amalan yang selaras dengan undang-undang, cekap dan adil. pastikan skop penglibatannya jelas dan didokumenkan dalam kontrak peniaga yang sesuai. Tiada Konflik Kepentingan. Pastikan penglibatan pembekal atau peniaga dalam rantaian bekalan tidak menimbulkan konflik kepentingan yang sebenar atau yang wujud secara zahirnya. Lindungi Maklumat Sulit dan Proprietari. Lindungi data peribadi kita dan maklumat lain yang sulit dan proprietari dengan menggunakan perjanjian kerahsiaan, dan lindungi sebarang maklumat peribadi atau sebarang maklumat lain yang diberikan oleh pembekal, yang termasuk dalam perjanjian kerahsiaan itu. 13

Tanggungjawab Terhadap Produk Kita ingin pastikan bahawa produk yang dihantar kepada pelanggan kita semuanya selamat dan bermutu tinggi. Selalunya, kita tidak terlibat secara langsung dalam pengilangan produk yang kita bekalkan dan edarkan kepada pelanggan kita di seluruh dunia. Dalam keadaan sedemikian, penting untuk kita fikirkan cara kita menjamin keselamatan dan mutu produk, dan cara kita menguruskan liabiliti produk secara kontrak yang mungkin ada antara dan di kalangan pengilang, pelanggan kita dan kita sendiri, pada setiap peringkat dalam bekalan. Adalah penting bagi kita untuk mengesahkan produk keselamatan dan kualiti, dan kontrak menguruskan liabiliti produk potensi semasa setiap peringkat rantaian bekalan. PANDUAN ASAS Pematuhan Undang-undang. Fahami undang-undang yang dikenakan, keperluan pelabelan terhadap produk, standard waranti, standard pengawalan keselamatan dan mutu, prosedur tuntutan liabiliti produk dan perlindungan pengguna yang berkaitan dengan produk yang anda perolehi daripada pengilang, dan yang kemudiannya anda bekalkan dan edarkan kepada pelanggan kita. Mengurus Liabiliti Produk. Pastikan semua produk yang anda bekalkan dan yang anda edarkan kepada pelanggan kita mempunyai waranti produk yang standard daripada pengilangnya. Insurans Syarikat tidak boleh digunakan sebagai gantian untuk memperoleh perlindungan waranti dalam transaksi perniagaan kita. Tuntutan Liabiliti Produk. Apabila tuntutan liabiliti bagi sesuatu produk diterima, berikanlah semua maklumat kepada kakitangan Syarikat yang berkenaan, sahkan semua fakta penting dengan segera, dan bagi tuntutan yang melibatkan keselamatan awam khususnya, berusahalah untuk mengambil tindakan yang berpatutan, seperti yang dipersetujui oleh kakitangan Syarikat, yang secara amnya akan menghalang ancaman selanjutnya terhadap keselamatan awam dan tuntutan liabiliti tambahan terhadap produk. Penggunaan Nama Syarikat Pada Produk. Fahami sepenuhnya kepentingan dari segi undangundang untuk memaparkan nama Syarikat kita pada produk sebagai penjual, ejen jualan, pengilang, pengimport dan seumpamanya. Permintaan oleh rakan-rakan niaga untuk menggunakan nama Syarikat kita mesti disemak dengan wakil Jabatan Undang-undang dan/atau Pematuhan kawasan anda untuk mengelakkan liabiliti undangundang yang tidak dikehendaki. 14

PANDUAN ASAS Persaingan Kita mengamalkan persaingan yang bebas dan adil. Kebanyakan negara tempat kita beroperasi mengenakan undang-undang persaingan yang digubal untuk menggalakkan pasaran yang bebas, terbuka dan bersaing dan: Melarang perjanjian atau persefahaman antara pesaing yang menjejaskan persaingan, seperti kartel dan perbuatan menipu semasa mengemukakan tawaran; Mengawasi tindakan salah laku syarikat-syarikat yang menguasai sesuatu pasaran, seperti peletakan harga yang menindas, bersekongkol dan mengatur harga; dan Mewajibkan laporan, penilaian terdahulu dan dalam sesetengah keadaan, kelulusan bagi penggabungan, perolehan dan urus niaga lain yang tertentu, untuk menghalang urus niaga yang akan menghapuskan atau yang bertujuan mengurangkan persaingan. Undang-undang persaingan bersifat rumit dan merangkumi seluruh dunia. Undang-undang begini boleh bertindak secara berbeza dalam setiap situasi yang berlainan, dan oleh itu, amat penting bagi anda melibatkan wakil Jabatan Undang-undang dan/ atau Pematuhan kawasan anda pada peringkat awal lagi dalam proses melahirkan inisiatif komersial yang baru. Pelanggaran undang-undang persaingan boleh membawa akibat serius kepada Syarikat dan juga pekerja kita. Hukuman boleh merangkumi denda yang tinggi hingga penjara di sesetengah negara. Ia juga boleh mendedahkan Syarikat kita kepada tuntutan kerosakan yang sangat tinggi. Menjalankan Urusan dengan Sesiapa Sahaja. Patuh pada segala undangundang persaingan dan peraturan yang diguna pakai. Jangan usulkan atau buat perjanjian atau persefahaman, sama ada yang dinyatakan ataupun yang dibayangkan, yang formal ataupun tidak, secara bertulis ataupun lisan, atau berhubung dengan sesiapapun, termasuk pesaing, ejen, broker, pelanggan dan seumpamanya, mengenai: Perbuatan membuat tawaran atau menyediakan syarat-syarat tawaran untuk sebarang tujuan selain mendapatkan urus janji yang berkenaan; dan Membatasi atau mengatur harga, memperuntukkan pelanggan atau barisan produk, membahagi-bahagikan kawasan atau pasaran, atau menetapkan syarat-syarat lain untuk membolehkan kita atau pelanggan kita menjual semula atau menyewakan sesuatu produk atau perkhidmatan kepada pihak ketiga. Panduan Tambahan Apabila Berurusan Dengan Pesaing. Tambahan pada perkara di atas, jangan mencadangkan atau membuat perjanjian dan persefahaman secara nyata atau tersirat, formal atau tidak formal, bertulis ataupun lisan, mengenai, atau berkomunikasi, walaupun tidak langsung, sebarang maklumat yang dihantar atau diterima daripada mana-mana pesaing mengenai sebarang aspek aktiviti komersial termasuk: Harga, kaedah peletakan harga, harga minimum atau maksimum, tindakan menstabilkan harga; Tahap stok, pengeluaran, kemampuan penjualan atau jumlah jualan, sama ada yang dahulu, kemas kini atau pada masa depan, termasuk persetujuan untuk mengurangkan kemampuan; Bahagian pasaran; Syarat-syarat jualan, syarat-syarat kredit; Kos, keuntungan atau margin keuntungan; dan Tawaran produk atau perkhidmatan, kaedah pengedaran. Undang-undang persaingan adalah rumit dan meliputi seluruh dunia. 15

Konflik Kepentingan Konflik kepentingan boleh berlaku apabila kepentingan peribadi anda masuk campur ataupun kelihatan seolah-olah masuk campur dalam kepentingan Syarikat kita. Semua keputusan perniagaan patut dibuat semata-mata demi kepentingan Syarikat kita, dan bukan demi sebarang keuntungan peribadi. Anda mesti bekerja secara objektif dan berkesan untuk Syarikat kita. PANDUAN ASAS Kepentingan Kewangan Peribadi. Konflik kepentingan boleh berlaku apabila anda atau saudara anda mempunyai kepentingan kewangan, pekerjaan atau jawatan dalam lembaga pengarah mana-mana syarikat pesaing, pembekal, pengedar atau peniaga kita. Di samping itu, konflik kepentingan boleh wujud apabila anda atau saudara anda mempunyai pelaburan kewangan yang besar, sama ada secara langsung ataupun tidak, dalam mana-mana syarikat yang bersaing, berurus niaga atau ingin berurus niaga dengan Syarikat kita. Anda mesti mendedahkan kepentingan kewangan, pekerjaan atau jawatan anda dan saudara anda dengan mana-mana pesaing, pembekal, pengedar dan peniaga kepada pengurus anda. Urusan Dengan Pihak Yang Berkaitan. Konflik kepentingan boleh wujud apabila ahli keluarga atau seseorang yang ada hubungan peribadi yang rapat dengan anda bekerja dalam jabatan anda atau dalam pasukan pengurusan anda. Sebarang kemungkinan konflik kepentingan mesti didedahkan kepada pengurus atau Jabatan Pematuhan dan/atau Undang- Undang serantau untuk panduan selanjutnya. Semua keputusan perniagaan patut dibuat semata-mata demi kepentingan Syarikat kita, dan bukan demi sebarang keuntungan peribadi. Aktiviti Perniagaan Luar. Konflik kepentingan boleh berlaku apabila anda melakukan pekerjaan kedua atau perniagaan sendiri yang boleh bercanggah dengan tanggungjawab anda kepada Syarikat kita. Anda tidak boleh menerima pekerjaan lain yang akan mengganggu kemampuan anda untuk melakukan kerja anda di Syarikat kita. Anda mungkin perlu mendapatkan kelulusan Syarikat sebelum melibatkan diri dengan kegiatan sedemikian. Ini boleh merangkumi pengendalian perniagaan luar semasa waktu kerja, menggunakan harta benda, kelengkapan atau maklumat Syarikat untuk tujuan yang tidak berkaitan dengan Syarikat, dan mengambil pekerjaan lain dengan pembekal, pesaing atau peniaga Syarikat kita. Sila berunding dengan wakil Sumber Manusia di tempat anda atau rujuk buku panduan dan dasar pekerja di tempat anda untuk mendapatkan panduan. Peluang Korporat. Konflik kepentingan boleh wujud apabila anda mempergunakan peluang peribadi berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Syarikat, pelanggan, pembekal, kontraktor, pakar runding atau rakan niaga kita yang lain. Anda tidak boleh bersaing dengan Syarikat kita, atau mengambil sebarang peluang yang ditemui atau yang dihasilkan melalui penggunaan harta benda, maklumat atau kedudukan Syarikat untuk diri anda sendiri. 16

Bertukar Hadiah dan Keraian Hadiah dan keraian merangkumi apa sahaja yang bernilai, contohnya wang tunai, diskaun, pinjaman, perkhidmatan, ganjaran, pengangkutan, penggunaan kenderaan syarikat lain, penggunaan kemudahan percutian, saham atau sekuriti lain, jamuan makan minum, acara sukan, permainan golf, tiket dan sijil hadiah. Memberi atau menerima hadiah dan keraian yang tidak berpatutan boleh memudaratkan perniagaan dan reputasi kita dan mungkin menyalahi undang-undang. Memberi dan/atau menerima hadiah dan keraian adalah tidak wajar kerana jika perbuatan ini menimbulkan keadaan terhutang budi, meletakkan pemberinya ataupun penerimanya dalam kedudukan yang menampakkan mana-mana satu pihak sebagai bersikap berat sebelah, atau dilakukan dengan tujuan mempengaruhi keputusan perniagaan. PANDUAN ASAS Pematuhan kepada Undang-undang dan Standard Industri dan Panduan Syarikat yang Berkaitan. Anda mesti mematuhi undangundang, peraturan, standard industri dan adat tempatan, Panduan Dasar Antirasuah Kumpulan Sojitz atau dasar jabatan perniagaan atau dasar serantau yang lebih ketat yang dikenakan terhadap operasi tempatan anda. Skop Perangkuman Dasar Hadiah dan Keraian. Peraturan bagi pemberian dan penerimaan hadiah dan keraian dikenakan sepanjang tahun, walaupun pada waktu cuti, sama ada melibatkan mana-mana pegawai kerajaan atau pihak swasta, dan peraturan ini tidak sahaja diguna pakai pada diri anda, tetapi juga pada pasangan, rakan kongsi atau ahli keluarga anda. Hadiah dan keraian tidak bersesuaian sama sekali jika ia bertujuan untuk mempengaruhi sesiapa secara tidak wajar. Jika anda ditawarkan hadiah atau keraian yang tidak berpatutan, anda mesti menolak. Hadiah dan keraian adalah tidak wajar jika bertujuan untuk mempengaruhi sesiapa sahaja, sebagai pertukaran untuk manfaat atau kelebihan yang tidak betul, atau pemberian itu melanggar undangundang atau peraturan atau, pada pengetahuan anda, ia melanggar peraturan majikan penerima. Rekod dan Kira-Kira Tepat. Dalam semua kes, hadiah ataukeraian perlu didokumenkan dengan tepat dan disokong dengan resit, selaras dengan dasar Syarikat yang berkaitan. Apabila Menerima Hadiah Yang Tidak Sesuai. Jika anda ditawarkan hadiah atau keraian yang tidak sesuai, anda perlu menolak dan kemudian melaporkannya kepada pengurus anda atau, jika dikehendaki oleh Garis Panduan Dasar Antirasuah Kumpulan Sojitz, kepada orang yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan Antirasuah di kawasan itu. Elakkan Perlakuan Mencurigakan. Dalam banyak keadaan, memberikan hadiah dan keraian adalah sesuai. Sebarang hadiah atau keraian perlu disediakan dengan cara yang telus, untuk mengelakkan sebarang tanggapan yang keputusan perniagaan atau tindakan kerajaan sudah dipengaruhi, dan rasuah, sogokan sudah diberi atau diterima, atau keupayaan anda untuk membuat keputusan objektif demi kepentingan terbaik Syarikat sudah dikompromi. 17

Sogokan dan Rasuah Kami melarang sogokan dan rasuah dalam segala urusan perniagaan kita di setiap negara. Kebanyakan negara mempunyai undang-undang yang melarang sogokan dan rasuah, yang berkuat kuasa walaupun salah laku itu dilakukan di luar negara tersebut. Pelanggaran undang-undang ini adalah kesalahan yang besar, yang boleh mengakibatkan denda dikenakan pada Syarikat dan pekerja kita, dan hukuman penjara bagi pekerja. Malah ternampaknya pelanggaran undang-undang ini sekalipun boleh memberi kesan serius kepada reputasi Syarikat kita. PANDUAN ASAS Menjalankan Urusan Dengan Sesiapa Sahaja. Anda tidak boleh memberi, menawarkan atau berjanji untuk memberikan wang tunai atau sesuatu yang bernilai, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi mempengaruhi keputusan orang itu untuk mendapat kelebihan komersial yang tidak wajar, untuk masuk dalam perjanjian yang tidak jujur, atau untuk membantu Syarikat dalam mendapatkan atau mengekalkan perniagaan. Berurusan dengan Pegawai Kerajaan. Anda dilarang memberi, menawarkan atau berjanji untuk memberi mana-mana pegawai kerajaan atau sesiapa sahaja seumpamanya yang bertindak secara rasmi, sebarang bayaran yang tidak dibenarkan, manfaat lain atau barangan yang bernilai, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pembayaran Pemudahan. Bayaran pemudahan umumnya dilarang di bawah dasar Syarikat dan mungkin melanggar undangundang negara tertentu di lokasi kita beroperasi negara-negara tertentu di mana kita beroperasi. Bayaran pemudahan didefinisikan dalam dasar ini sebagai bayaran tidak rasmi yang kecil untuk memperoleh, mempercepatkan atau memudahkan tindakan pegawai awam atau perkhidmatan yang layak diterima oleh Syarikat kita. Dalam keadaan yang jarang berlaku, keadaan bayaran pemudahan mungkin amat diperlukan untuk mengelakkan bahaya kepada nyawa atau kesihatan atau kemusnahan kepada mana-mana kakitangan Syarikat atau harta peribadi dan tidak ada jalan lain yang munasabah untuk membuat pembayaran. Kakitangan syarikat tidak akan dikenakan tindakan disiplin kerana membuat bayaran pemudahan itu atas sebab kes luar biasa untuk mengelakkan bahaya itu. Dalam keadaan itu, anda mesti segera melaporkan pembayaran dan keadaan sekeliling kepada orang bertanggungjawab menjaga perkara berkaitan Antirasuah di kawasan anda. 18

Rasuah dan Rasuah (sambungan) Penggunaan Ejen Pihak Ketiga. Kita sering memenuhi kewajipan melalui perkongsian dengan pihak ketiga, seperti ejen, wakil, kontraktor bebas, perunding, pengedar dan pembekal. Kita boleh menghadapi liabiliti berdasarkan kelakuan tidak wajar pihak ketiga jika kita turut serta atau meluluskan kelakuan yang tidak wajar, atau sedar tentang kebarangkalian tinggi tindakan pihak ketiga itu bagi pihak Syarikat boleh melanggar undangundang antirasuah. Oleh itu, kita mengambil langkah yang sesuai untuk membantu memastikan hubungan perniagaan dibuat dengan pihak ketiga yang boleh dipercayai dan berkelayakan. Dalam memilih dan memantau hubungan ejen pihak ketiga, anda mungkin tidak melantik ejen pihak ketiga bagi pihak Syarikat, kecuali diluluskan mengikut Garis Panduan Dasar Antirasuah Kumpulan Sojitz, yang memerlukan: Siasatan yang mencukupi terhadap rakan kongsi pihak ketiga untuk memastikan mereka mempunyai reputasi dan berkelayakan dan pampasan yang diminta adalah munasabah dan dalam kadar pasaran biasa; Mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Individu bertanggungjawab dalam hal berkaitan Antirasuah di kawasan itu; Perjanjian bertulis yang mengandungi peruntukan tertentu untuk melindungi Syarikat terhadap risiko ejen itu akan melakukan rasuah dalam melaksanakan urusan, termasuk pematuhan undang-undang antirasuah yang diguna pakai dan undang-undang berkaitan antirasuah; Malah bayangan pelanggaran undangundang ini sekalipun boleh memberi kesan serius kepada reputasi Syarikat kita. Bergantung pada tahap risiko, berpotensi memerlukan ejen yang dicadangkan untuk mematuhi Kod, Dasar Antirasuah Kumpulan Sojitz (atau dasar antirasuah sendiri), atau dasar antirasuah dan antirasuah serantau anda; untuk mengambil bahagian dalam latihan antirasuah; dan untuk memperakui pematuha Dasar Antirasuah Kumpulan Sojitz, antara keperluan lain; dan Pemantauan berterusan untuk mengawasi kemungkinan amaran tatakelakuan dan potensi perubahan dalam skop penggunaan ejen pihak ketiga ini. 19

Sogokan dan Rasuah (lanjutkan) Sumbangan Politik. Sumbangan politik kepada pegawai kerajaan boleh mengakibatkan risiko seperti rasuah. Semua sumbangan politik bagi pihak Syarikat perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Individu bertanggungjawab dalam hal berkaitan Antirasuah di kawasan itu. Derma Kebajikan. Sumbangan kepada badanbadan kebajikan boleh menjadi cara yang sesuai bagi Syarikat untuk membina nama baik dalam masyarakat setempat. Tiada sumbangan akan dibuat bagi tujuan yang tidak wajar. Sebagai contoh, tiada sumbangan boleh dibuat kepada organisasi amal yang bergabung dengan pegawai kerajaan, pihak swasta, atau wakil pihak derma jika dibuat dengan niat untuk mendapatkan Semua sumbangan amal bagi pihak Syarikat perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Individu bertanggungjawab dalam hal berkaitan Antirasuah di kawasan itu Perkara-perkara Anti Rasuah. kelebihan perniagaan untuk Syarikat atau sesiapa sahaja dengan mendorong pegawai kerajaan, pihak swasta, atau wakil supaya bertindak atau tidak bertindak. Semua sumbangan amal bagi pihak Syarikat perlu diluluskan terlebih dahulu oleh Individu bertanggungjawab dalam hal berkaitan Antirasuah di kawasan itu Pelaburan dan Perkongsian. Syarikat boleh dipertanggungjawabkan atas sogokan dan pelanggaran rasuah lain yang dilakukan oleh syarikat sasaran yang diambil alih melalui penggabungan atau pengambilalihan, atau kerana sogokan dan rasuah yang dilakukan oleh pelbagai jenis rakan kongsi. Kakitangan syarikat yang bekerja dengan pelaburan dan perkongsian mesti menghubungi Individu bertanggungjawab dalam hal berkaitan Antirasuah di kawasan itu untuk memulakan usaha wajar antirasuah yang bersesuaian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan atau memasuki sebarang perkongsian. Tiada pelaburan atau perkongsian boleh dibuat tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Individu bertanggungjawab menjaga perihal Antirasuah di kawasan mereka. Rekod dan Kira-Kira Tepat. Buku, rekod dan akaun Syarikat mesti disimpan secara terperinci dengan tepat dan adil dalam mencerminkan urus niaga dan pelupusan aset. Semua pegawai, pekerja, dan ejen Syarikat dikehendaki menyimpan rekod yang tepat dan telus yang menunjukkan urus niaga dan bayaran yang sebenar, termasuk bayaran pemudahan apabila dibenarkan, selaras dengan sistem kawalan perakaunan dalaman kita. Sebarang rekod palsu, mengelirukan, tidak lengkap, tidak tepat atau catatan palsi dalam buku dan rekod Syarikat adalah dilarang. 20

Kegiatan Masyarakat dan Politik Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Kegiatan Haram Kita komited untuk mematuhi sepenuhnya semua undang-undang pencegahan pengubahan wang haram, kegiatan haram dan keganasan seluruh dunia. Pengubahan wang haram berlaku apabila seseorang atau sesebuah syarikat yang terlibat dengan kegiatan jenayah, contohnya kegiatan haram, keganasan, narkotik, sogokan dan penipuan, cuba membersihkan hasil perolehan jenayahnya untuk menyembunyikan wang itu atau untuk menampakkan seolah-olah wang itu diperoleh secara sah. PANDUAN ASAS Kegiatan Perniagaan yang Sah. Kita berurus niaga hanya dengan pelanggan dan pembekal yang bereputasi baik dan terlibat dengan kegiatan perniagaan yang sah, dengan wang yang diperoleh daripada sumber yang sah. Kita tidak akan berurus niaga dengan mana-mana organisasi yang sedang atau pernah dipengaruhi atau terjejas oleh jenayah terancang atau keganasan. Kegagalan mengesan hubungan dan urus niaga yang mendedahkan Syarikat kita kepada risiko boleh merosakkan integriti dan reputasi kita dengan teruk. Penelitian yang Sesuai. Setiap perniagaan Syarikat perlu melaksanakan prosedur penelitian untuk mengkaji risiko, termasuk melibatkan pelanggan baru, dan untuk mengambil langkah-langkah berpatutan untuk menghalang dan mengesan bentuk bayaran yang tidak boleh diterima dan yang mencurigakan. Laporkan Kegiatan yang Mencurigakan. Jika anda mengesan urus niaga yang mencurigakan, laporkan hal itu kepada wakil Jabatan Undangundang dan/atau Pematuhan kawasan anda dan bekerjasama dengan penguat kuasa undang-undang tempatan sekiranya sesuai. Apabila kita berurus niaga di seluruh dunia, kita berusaha untuk membina dan mengekalkan hubungan kepercayaan dengan pihak tempatan yang berkepentingan dengan berdialog dan menyertai kegiatan yang memberi kesan kepada masyarakat tempatan. Kami sentiasa mahu menyertai dan menyumbang kembali kepada masyarakat. Kami turut galakkan para pekerja untuk turut berbuat demikian. PANDUAN ASAS Kegiatan Masyarakat. Kami galakkan anda menjadi anggota masyarakat anda yang aktif dan menyertai kegiatan masyarakat yang anda suka. Namu, anda perlu sentiasa ingat kegiatan anda itu adalah bersifat peribadi sepenuhnya, dan bukannya mewakili Syarikat kita, dan anda perlu sentiasa mematuhi undang-undang yang berkenaan. Kegiatan dan Sumbangan Politik. Peraturan yang mengawal penyertaan dalam proses politik sangat berbeza di setiap negara, bersifat rumit dan selalunya akan dikenakan hukuman yang berat jika dilanggar. Berunding dan bekerjasama dengan wakil Jabatan Undang-undang dan/atau Pematuhan kawasan anda sebelum anda melibatkan diri dengan kegiatan politik atau membuat sumbangan politik bagi pihak Syarikat kita. Kita komited untuk mematuhi sepenuhnya semua undangundang antipelaburan wang haram, kegiatan haram dan antikeganasan. 21

Aset Dan Maklumat Kita Kita semua memikul kewajipan untuk melindungi aset dan maklumat Syarikat kita dan untuk menggunakannya secara wajar, dengan berintegriti, untuk manfaat Syarikat kita, dan untuk memenuhi kehendak dan harapan pihakpihak yang berkepentingan. Amat penting unruk kita memelihara ketepatan, kesempurnaan, kerahsiaan dan ketersediaan maklumat untuk kegunaan pihak-pihak berkepentingan dan kita sendiri, demi kejayaan kita bersama. Kita capai matlamat ini dengan memahami kepentingan dan nilai aset dan maklumat sedemikian, di samping melaksanakan langkahlangkah keselamatan yang berkesan. Melalui langkah-langkah ini, kita ingin mengukuhkan hubungan kepercayaan kita dengan pihak-pihak berkepentingan yang terdekat dan masyarakat secara umumnya. 22

Proprietari Dan Maklumat Sulit Maklumat proprietari dan sulit kita adalah aset Syarikat yang berharga. Maklumat proprietari merangkumi harta intelektual seperti rahsia perdagangan, paten, tanda dagang dan hak cipta, dan juga rancangan perniagaan, idea kejuruteraan dan perkilangan, reka bentuk, pangkalan data dan rekod. Maklumat sulit merangkumi maklumat seperti strategi perniagaan, urus niaga semasa dan urus niaga yang bakal dijalankan, kontrak yang belum selesai, perolehan yang belum diumumkan, produk baru, maklumat tentang gaji, data kewangan, dan hasil penyelidikan yang belum didedahkan kepada orang awam, dan juga maklumat bukan umum lain yang mungkin berguna kepada pihak pesaing atau yang boleh memudaratkan Syarikat atau pelanggan kita jika terdedah. Maklumat sulit merangkumi maklumat seperti strategi perniagaan, urus niaga semasa dan urus niaga yang bakal dijalankan, kontrak yang belum selesai, perolehan yang belum diumumkan, produk baru, maklumat tentang gaji, data kewangan, dan hasil penyelidikan yang belum didedahkan kepada orang awam, dan juga maklumat bukan umum lain yang mungkin berguna kepada pihak pesaing atau yang boleh memudaratkan Syarikat atau pelanggan kita jika terdedah. Maklumat sulit juga merangkumi maklumat mengenai pihak lain, seperti pembekal, yang Syarikat kita memberikan janji akan merahsiakan maklumat yang diterima. Maklumat proprietari Syarikat kebanyakannya dianggap maklumat sulit. Anda dikehendaki mengambil semua langkah yang wajar untuk meninggikan nilai aset ini sebaik-baiknya dan/atau menjaga kerahsiaannya. Maklumat proprietari Syarikat kebanyakannya dianggap maklumat sulit. PANDUAN ASAS Hak-hak Pihak Ketiga. Ambil langkah-langkah yang sesuai untuk memahami hak proprietari pihak ketiga, lebih-lebih lagi apabila menjalankan urus niaga yang baru. Jika anda mengesyaki sebarang maklumat pihak ketiga secara tidak wajar didedahkan atau ditawarkan pada anda, anda perlu merujuk Jabatan Pematuhan dan/atau Undangundang kawasan anda untuk mendapatkan panduan lanjut. Pendedahan Maklumat. Jika anda tahu tentang maklumat sulit dan proprietari atau anda ada laluan untuk mendapatkannya, maka anda dilarang mendedahkan maklumat demikian kepada pihak lain, kecuali kepada pekerja kita yang perlu tahu tentangnya dan yang sudah diberitahu mengenai sifat yang sulit dan proprietari. Maklumat proprietari dan sulit tidak boleh diberikan kepada pihak-pihak di luar Syarikat kita tanpa kebenaran dan tanpa menandatangani perjanjian kerahsiaan dengan pihak yang akan mendapat maklumat demikian. Penggunaan Maklumat. Anda dilarang menggunakan maklumat sulit dan proprietari demi manfaat peribadi atau manfaat pihak-pihak yang berkaitan dengan anda, seperti kawan-kawan dan saudara-mara anda. Jika Anda Bukan Lagi Pekerja Syarikat Ini. Semua kewajipan pada kerahsiaan yang mengikat anda semasa anda bekerja dengan Syarikat kita akan terus dikenakan terhadap anda walaupun anda bukan lagi pekerja Syarikat kita. 23

Privasi Data Bilangan negara semakin bertambah yang mengawal atur dengan lebih ketat pengutipan dan penggunaan maklumat perubatan, maklumat kewangan dan lain-lain maklumat peribadi lain yang sensitif mengenai individu,dengan lebih ketat. Di samping itu, banyak negara juga mengawal atur data peribadi pekerja dan rakan niaga. Data peribadi ialah sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti seseorang secara khusus (dan di beberapa negara, adalah entiti undang-undang), yang merangkumi tetapi tidak terbatas pada alamat surat-menyurat, nombor kad kredit, nombor pengenalan kebangsaan, nombor pasport, maklumat sumber manusia yang sensitif, tarikh lahir atau umur, nombor telefon peribadi, atau alamat e-mel peribadi. Peningkatan dilihat apabila beberapa negara meluluskan undang-undang dan peraturan yang melibatkan pengumpulan, pemprosesan, dan pemindahan maklumat sensitif dan "rahsia negara." Kita komited untuk mengendalikan data peribadi secara bertanggungjawab dan dengan mematuhi undang-undang kerahsiaan yang dikenakan. PANDUAN ASAS Memahami Batasan Penggunaan Data Peribadi. Kenali data peribadi dalam bidang kerja anda, dan fahami batasan undang-undang dan had kontrak terhadap penggunaan data peribadi. Lindungi Data Peribadi Dengan Cermat. Ambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk menyimpan data peribadi dengan selamat selaras dengan undang-undang yang dikenakan (contohnya, penyulitan, perlindungan dengan kata laluan, penyimpanan di tempat berkunci dan sebagainya). Kita komited untuk mengendalikan data peribadi secara bertanggungjawab dan dengan mematuhi undangundang kerahsiaan yang dikenakan. Patuhi Undang-undang Kerahsiaan Data. Kumpul dan gunakan data peribadi selaras dengan semua undang-undang dan peraturan kerahsiaan data yang dikenakan, dan hanya bagi tujuan perniagaan yang sah sahaja. Selaras dengan dasar pengekalan data bahagian, data peribadi yang tidak lagi diperlukan untuk tujuan perniagaan perlu dilupuskan dengan baik. Kongsi data peribadi kepada pekerja lain hanya apabila ada keperluan untuk melakukan kerja mereka, dan kepada peniaga atau pembekal hanya apabila patut dan selepas langkah perlindungan diambil untuk melindungi data peribadi tersebut. Berwaspada akan Undang-Undang dan Peraturan berkenaan Pengumpulan, Pemprosesan dan Pemindahan Maklumat. "Pemindahan Maklumat Peribadi Rentas Sempadan". Sebahagian negara melarang pemindahan maklumat peribadi rentas sempadan tanpa persetujuan atau kelulusan undang-undang atau peraturan yang jelas. Undang-undang berkaitan diguna pakai ke atas mana-mana maklumat peribadi yang dikendalikan melalui "sistem maklumat", termasuk peranti mudah alih. Rahsia Negara. Undang-undang tertentu melarang pendedahan dan penghantaran "rahsia negara" merentas sempadan dan mentakrifkan istilah ini dengan sangat meluas. Rahsia negara juga termasuk data berkaitan secara komersial yang tertentu, seperti maklumat berkaitan dengan ekonomi negara dan pembangunan sosial. 24

PANDUAN ASAS Pengawalan Keselamatan Teknologi Maklumat (IT) Sumber IT Syarikat kita (Sumber Teknologi) sangatlah penting bagi perniagaan kita, dan patut dilindungi dengan amat berhati-hati. Sumber Teknologi kita merangkumi, antara lain, komputer riba dan komputer meja yang diberikan oleh Syarikat, alat perkomputeran mudah alih seperti Blackberry dan alatalat seumpamanya, dan juga telefon dan sistem mel suara milik Syarikat. Anda bertanggungjawab melindungi Sumber Teknologi Syarikat kita yang diamanahkan kepada anda dan untuk membantu melindungi aset Syarikat kita secara amnya. Dasar dan Prosedur Pengawalan Keselamatan IT Syarikat. Biasakan diri anda dan patuhi dasar dan prosedur keselamatan IT bagi kawasan anda, dan rujuk wakil Jabatan Teknologi Maklumat (IT) kawasan anda jika anda ada sebarang soalan dan/atau kemusykilan. Hubungi pengurus atau wakil IT Syarikat anda dengan segera jika anda tidak pasti sama ada e-mel adalah tulen atau terdapat notis aktiviti luar biasa pada komputer anda. Berhati-hati apabila membuat keputusan sama ada untuk membuka lampiran e-mel dan pautan. Penggunaan dan Hak Milik Sumber Teknologi. Anda mesti menggunakan pertimbangan dan budi bicara yang baik dan berpatutan apabila menggunakan Sumber Teknologi Syarikat kita. Sumber Teknologi Syarikat kita bertujuan untuk digunakan terutamanya bagi tujuan perniagaan Syarikat. Namun. penggunaan peribadi secara sampingan yang dilakukan sekali sekala sahaja dibenarkan. Sumber Teknologi Syarikat kita adalah milik Syarikat kita sepenuhnya. Lindungi Sumber Teknologi dan Laporkan Sebarang Kehilangan atau Kecurian. Sumber Teknologi mesti disimpan dengan selamat supaya tidak boleh diakses tanpa kebenaran dan tidak patut dibiarkan tanpa dijaga semasa dalam perjalanan. Laporkan sebarang kehilangan atau kecurian serta merta kepada pengurus anda dan kepada jabatan polis tempatan, sebagaimana wajar. Lindungi Sumber Teknologi dan maklumat sulit Syarikat kita. Pastikan semua data disulitkan atau dilindungi kata laluan dan jangan berikan kod laluan anda kepada orang lain. Pemantauan Syarikat Terhadap Sumber Teknologi Dan Hak Syarikat Untuk Mendapatkannya. Tertakluk pada undang-undang yang dikenakan, Syarikat kita berhak mendapatkan dan memantau semua penggunaan Internet dan e-mel, menjejaki semua laman Internet yang anda lawati dan mendengar pesanan mel suara yang disimpan. 25

Mencipta dan Menguruskan Rekod Perniagaan Semua data yang dicipta oleh pekerja Syarikat mestilah mencerminkan urus niaga dan peristiwa yang mendasarinya itu dengan tepat, dan rekod yang terhasil mestilah diuruskan dengan betul untuk menyokong kegiatan dan kewajipan berterusan Syarikat kita. Pihak pengurusan, pemegang saham, pemiutang dan pihak-pihak berkepentingan lain bergantung pada keutuhan dan kesediaan rekod perniagaan yang kita cipta. Apabila kita tidak merekodkan maklumat dengan tepat dan menguruskan rekod perniagaan kita dengan baik, kita menimbulkan risiko merosakkan reputasi kita, terlepas peluang perniagaan dan melunturkan keyakinan pihak yang berkepentingan. Pihak pengurusan, pemegang saham, pemiutang dan pihak-pihak berkepentingan lain bergantung pada keutuhan dan ketersediaan rekod perniagaan yang kita cipta. PANDUAN ASAS Penciptaan dan Pelaporan Rekod Perniagaan. Anda perlu lebih berhati-hati apabila menyediakan, menyerahkan, atau melaporkan rekod perniagaan Syarikat, atau mendedahkannya dengan cara yang lain, sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik. Khususnya, semua catatan, rekod dan akaun kewangan mesti mencerminkan urus niaga dan peristiwa dengan tepat, dan mendedahkan sepenuhnya semua maklumat yang berkaitan secara berpatutan. Sebagai contoh, butiran bayaran dalam manamana rekod Syarikat mewakili aktiviti, urus niaga dan pelupusan aset Syarikat perlu direkod secara adil dan tepat. Rekod-rekod ini mesti memenuhi prinsip perakaunan yang diterima umum dan juga sistem kawalan dalaman kita bagi negara yang menjadi tempat anda menjalankan perniagaan. Pengurusan Rekod yang Betul. Anda dikehendaki menyimpan rekod anda selaras dengan dasar Syarikat yang dikenakan terhadap perniagaan, kawasan atau fungsi anda, dan untuk menyemak rekod ini secara rutin di bawah kawalan anda, dan memastikan rekod-rekod dilupuskan mengikut tempoh penyimpanan yang ditetapkan oleh undangundang. Di samping itu, jika anda diberitahu mengenai litigasi, siasatan atau audit yang belum selesai, yang diugut atau yang dijangka, anda mesti jaga semua dokumen yang berkait dengan peristiwa sedemikian. 26

Perhubungan Media dan Pelabur Semasa menjalankan perniagaan kita, pekerja Syarikat sentiasa berkomunikasi dengan pihak-pihak yang berkepentingan, pelabur, pegawai kerajaan, juruanalisis kewangan, bursa sekuriti, pihak media dan hubungan luar lain yang penting. Reputasi kita bergantung pada kebolehan kita menyediakan komunikasi dan maklumat yang sesuai, mendalam, jitu dan tepat pada masanya. PANDUAN ASAS Pendedahan oleh Orang yang Diberi Kuasa. Kami memberi kuasa hanya kepada orang yang tertentu sahaja untuk bercakap kepada pihak media dan masyarakat kewangan. Jika anda tidak diberi kuasa untuk berbuat demikian tetapi dihubungi oleh wartawan atau orang lain mengenai kegiatan, hasil pencapaian, rancangan atau pendirian rasmi Syarikat mengenai sesuatu tajuk, tujukan pertanyaan kepada pengurus anda dan Jabatan Perhubungan Pelabur di Tokyo. Ketepatan Masa dan Kejituan Pendedahan. Jika anda bertanggungjawab terhadap pendedahan maklumat Syarikat, anda mesti membuat pendedahan yang tepat pada masanya, jitu dan konsisten berhubung dengan dasar pengurusan, kegiatan perniagaan, kedudukan kewangan, dan kegiatan korporat Syarikat kita yang lain, selaras dengan undangundang dan peraturan yang berkenaan. Selain itu, kita amat yakin pendedahan yang tepat pada masanya, jitu dan konsisten itu memang baik untuk membolehkan pihak-pihak yang berkepentingan dengan kita memahami Syarikat kita dengan lebih baik, walaupun pendedahan itu bukan mandatori. Permintaan Maklumat oleh Kerajaan Perniagaan kita dikawal atur dengan rapi dan luas rangkumannya, dan kerajaan mungkin kerap meminta maklumat daripada kita. Kami ingin bekerjasama dengan setiap permintaan yang berpatutan dan sah oleh mana-mana organisasi kerajaan. Pada masa yang sama, kita mahu pekerja kita bertindak dengan sewajarnya agar kita dapat memelihara hak Syarikat kita terhadap perlindungan dan langkah keselamatan yang sepenuhnya mengikut undang-undang, termasuk pembelaan peguam jika perlu. PANDUAN ASAS Pemeliharaan Rekod. Pastikan rekod dan maklumat yang berkenaan dengan sebarang pertanyaan oleh agensi kerajaan atau kawal atur, atau mana-mana litigasi dipelihara, dan sebarang sistem automatik bagi pelupusan rekod, termasuk sistem elektronik, dihentikan untuk mengelakkan pemusnahan rekod dan maklumat berkenaan yang berkaitan dengan keadaan sedemikian. Cara Menjawab Permintaan Kerajaan. Semua permintaan rutin untuk mendapatkan maklumat oleh mana-mana agensi kerajaan, termasuk sepina, perintah mahkamah dan permintaan untuk memerikan keterangan bersumpah, testimoni, temu ramah, atau dokumen mesti dilaporkan kepada wakil Jabatan Undang-undang dan/atau Pematuhan kawasan anda. Pemeriksaan Kerajaan. Sebarang permintaan untuk memeriksa tempat kerja kita atau untuk menjalankan waran geledah mesti ditujukan sertamerta kepada wakil Jabatan Undang-undang dan/atau Pematuhan kawasan anda. Anda mesti membenarkannya jika diwajibkan oleh undang-undang tempatan. 27