PROSEDUR DAN PERATURAN MAJLIS SYARAHAN UMUM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

dokumen-dokumen yang mirip
PROSEDUR PELAKSANAAN MAJLIS SYARAHAN UMUM UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

SENARAI SEMAK TUGAS-TUGAS AJK KONVOKESYEN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM

KERTAS KERJA NAMA PROGRAM TARIKH : XXXXXXXXX TEMPAT : XXXXXXXXXXX ANJURAN : XXXXXXXXXXXX DENGAN KERJASAMA :

UTHM.PB/100.6/4 Jld. 3 ( 2 ) Tarikh: 7 Januari 2016 PEKELILING BENDAHARI BIL. 2/2016

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

NOTIS PENGISYTIHARAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SESI 2011/2012

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Tatacara Pencalonan Dekan/Pengarah & Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah Pusat Tanggungjawab Sesi Tahun

Nama Majlis. Tarikh. Tempat. Tetamu Kehorma :

PANDUAN UMUM MENGADAKAN MAJLIS MELIBATKAN KENAMAAN

RINGKASAN PERMOHONAN KEGIATAN PELAJAR AKADEMIK / ILMIAH KEPIMPINAN KHIDMAT MASYARAKAT PATRIOTISME KREATIF / INOVASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

RINGKASAN PERMOHONAN KEGIATAN PELAJAR AKADEMIK / ILMIAH KEPIMPINAN KHIDMAT MASYARAKAT PATRIOTISME KREATIF / INOVASI KEMAHIRAN KOMUNIKASI

BORANG PERMOHONAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK

Nama Majlis. Tarikh. Tempat. Tetamu Kehormat BIL PERKARA BUTIRAN KERJA TARIKH KERJA SIAP

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

2. TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA PENYELIDIKAN & PENGEMBANGAN ILMU UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

SENARAI SEMAK PROGRAM/ACARA

SENARAI SEMAK PASTI PELAKSANAAN AKTIVITI

PEJABAT STRATEGI KORPORAT & KOMUNIKASI (COSCOMM) PERMOHONAN MEMASANG BAHAN PUBLISITI (BILLBOARD/BANNER/BUNTING/POSTER)

PENGAMBILAN PEMERIKSA LUAR PK.UniMAP.(O).32

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL HALAMAN DIPINDA

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI SUSUNAN PERATURAN

Cabutan Minit Senat: 1 Disember 2009

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

Garis Panduan Permohonan Mengelola Latihan Akademik oleh Pusat Tanggungjawab (PTj)

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

dikeluarkan oleh Jawatankuasa Induk Pencalonan Universiti Sains Malaysia

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENTADBIR AKADEMIK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P016

12 Senat Ke Oktober 2009 Min. 2641[B][v] - Pelaksanaan Kaedah Alternatif Pemeriksaan Tesis Doktor Falsafah [Mod Penyelidikan] 1. Prosedur untuk

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP001

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

PEKELILING BENDAHARI BIL. 4 TAHUN 2008 PENYEDIAAN CADANGAN PERBELANJAAN MENGURUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BAGI TAHUN 2010 DAN 2011

PELANTIKAN PAKAR LUAR

GARIS PANDUAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

JADUAL KERJA PEPERIKSAAN SEMESTER II SESSI 2014/2015

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN MEI HINGGA SEPTEMBER 2014 PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Prosedur ini disediakan untuk menerangkan kawalan dokumen yang digunakan dalam Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001 UPSI meliputi:

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

FAKULTI SENIBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA BORANG PERMOHONAN LAWATAN / PROGRAM / SEMINAR / AKTIVITI AKADEMIK PELAJAR

KEPEGAWAIAN DAN KEJURULATIHAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2013 TATACARA PEROLEHAN PERKHIDMATAN KEMUDAHAN LATIHAN SECARA PAKEJ

Bursar Office Rujukan : UKM 3.1/224/8 Jld XI Tarikh : 17 September 2014

Pada tahun 2005 nama Anugerah ini telah ditukarkan kepada Anugerah Pendidik Sanjungan (APS). Tahun ini merupakan tahun kelapan pelaksanaan APS USM.

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. (UTeM) GARIS PANDUAN PENGGUNAAN. PERKHIDMATAN SIDANG VIDEO TELE-PRESENCE DI UTeM

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 Tahun 2014 GARIS PANDUAN KEMUDAHAN KAD KORPORAT

INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE CLASSROOM (INDUSTRI/ KOMUNITI DALAM KULIAH)

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

JADUAL KERJA PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER I SESI 2014/2015

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK RINGKASAN PERMOHONAN TABUNG AMANAH PEMBANGUNAN AKADEMIK

KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Garis Panduan 1.2 Penyediaan Garis Panduan 1.3 Penggunaan Garis Panduan

JADUAL KERJA PEPERIKSAAN BAGI SEMESTER II SESI 2015/2016

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN PASCASISWAZAH. orang pelajar lengkap diterima oleh Sekolah Pengajian Siswazah

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

PANDUAN KHAS MENGADAKAN MAJLIS MELIBATKAN KERABAT DIRAJA JOHOR

LAPORAN PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN JANUARI HINGGA APRIL 2014 PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Anugerah dan pengiktirafan yang diberikan adalah dalam bentuk berikut:

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA KERTAS KERJA. MAJLIS PRA ALUMNI PERDANA 2015 (MaPAP `15) BERSAMA YBHG. DATUK NAIB CANSELOR

GARIS PANDUAN MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN

SALINAN DOKUMEN TERKAWAL

PERLEMBAGAAN INSTITUSI PEMBANGUNAN FELO UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEMAKAN PEMOHON (Tandakan ) SEMAKAN HEA (Tandakan ) 1. Borang permohonan telah lengkap diisi. 2. Permohonan dihantar 4 minggu sebelum tarikh aktiviti.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P006

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PEKELILING BENDAHARI BIL 2 TAHUN 2008 GARIS PANDUAN BAGI PERBELANJAAN SECARA BERHEMAT

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALASYIA SENARAI BIDANG TUGAS JAWATANKUASA FKEE.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DANA ENDOWMEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

PEKELILING BENDAHARI BIL : 5/2008 PEKELILING PEJABAT BENDAHARI

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENERIMAAN PELAWAT LUAR NEGARA

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN KLINIKAL PROGRAM DOKTOR PERUBATAN FASA II DAN III

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA)

GARIS PANDUAN MENGADAKAN AKTIVITI TAPA

D D D PAP-04 PROSEDUR PROSES MINGGD HALDAN SISW A. o 4 OCT 2010 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. Nombor Edisi 3. No. Semakan o.

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

6.3 Kriteria Pemarkahan & Penilaian Kenaikan Pangkat Staf Akademik JawatanPensyarah Kanan (DS52)

PERATURAN PEPERIKSAAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: UPM/PU/PS/P004

DANA ENDOWMEN PERPUSTAKAAN UKM

PERATURAN PEMBAYARAN YANG MEMERLUKAN KEBENARAN KHAS (AP58)

KAPS-14 Kod Amalan Anugerah Akademik Pengajian Siswazah SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

REKOD PINDAAN DOKUMEN TERKAWAL

Pindaan 2013 (Bilangan 1)

Transkripsi:

PROSEDUR DAN PERATURAN MAJLIS SYARAHAN UMUM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG KELULUSAN OLEH MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI BILANGAN 4/2009 PADA 11 MAC 2009 & MESYUARAT SENAT UNIVERSITI KALI KE 58 BILANGAN 6/2009 PADA 27 JULAI 2009 1

PROSEDUR & PERATURAN MAJLIS SYARAHAN UMUM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 1.0 PENGENALAN Siri Syarahan Umum Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah satu program yang terancang bertujuan untuk menyalurkan dan menyebarluaskan ilmu kepada masyarakat. Ia merupakan sumbangan Universiti secara terus kepada masyarakat dalam usaha mengeratkan hubungan dua hala antara Universiti dan masyarakat. Melalui program ini, Universiti Malaysia Pahang berusaha mengenengahkan dan menyalurkan pengetahuan serta penemuan tokoh-tokoh terkemuka dari dalam dan luar negara kepada masyarakat. Siri Syarahan Umum ini juga merupakan satu forum yang mengupas dan membincangkan masalah-masalah serta isu-isu masyarakat agar penyelesaian dapat dipertimbangkan bersama. 2.0 KATEGORI SYARAHAN Program ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:- i. Syarahan Umum Peringkat Antarabangsa ii. iii. Syarahan Umum Peringkat Kebangsaan Syarahan Umum Pelantikan Profesor 2

3.0 PELAKSANAAN SIRI SYARAHAN UMUM Majlis Syarahan Umum Tokoh Antarabangsa dan Kebangsaan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Induk yang dilantik berdasarkan bidang syarahan yang berkenaan dan bagi Pelantikan Profesor, Jawatankuasa Pelaksana tersebut adalah berdasarkan Fakulti / Pusat Akademik Profesor tersebut. Keanggotaan Jawatankuasa Induk adalah seperti berikut:- Pengerusi : Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Ahli-Ahli : a) Pendaftar b) Ketua Pustakawan c) Dekan Pusat Pengajian Siswazah d) Dekan Penyelidikan, Jabatan Penyelidikan & Inovasi e) Pengarah Penerbit f) Dua (2) orang wakil Senat yang berjawatan Profesor g) Urusetia Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) h) Ahli-ahli lain yang dirasakan perlu untuk tujuan-tujuan tertentu 3

Manakala keanggotaan Jawatankuasa Kerja adalah seperti berikut:- Pengerusi : Dekan Fakulti / Pusat Akademik yang dilantik Ahli-Ahli : a) Beberapa orang staf akademik daripada fakulti /pusat akademik yang dilantik b) Wakil dari Pejabat Naib Canselor c) Wakil dari Penerbit Universiti d) Wakil dari Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan e) Wakil dari Jabatan Bendahari f) Wakil dari Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi g) Wakil dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni h) Wakil dari Jabatan Pembangunan & Pengurusan Harta i) Wakil dari Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa j) Urusetia Fakulti / Pusat Akademik yang dilantik k) Ahli-ahli lain yang dirasakan perlu untuk tujuan-tujuan tertentu 4

4.0 TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA Terma rujukan bagi Jawatankuasa Induk adalah seperti berikut : i) Membentuk dan menyemak dasar dan garis panduan untuk semua Majlis Syarahan Umum ii) iii) Mengenalpasti tokoh-tokoh bagi pelaksanaan Syarahan Umum Peringkat Antarabangsa dan Kebangsaan. Menentukan pelaksanaan Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor Terma rujukan bagi Jawatankuasa Pelaksana pula adalah seperti berikut : i) Merangka dan merancang pelaksanaan Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor berdasarkan kepada fakulti / pusat akademik yang dilantik ii) Melaporkan kepada Jawatankuasa Induk mengenai pelaksanaan Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor dari semasa ke semasa. 5.0 BIDANG TUGAS Pelaksanaan Majlis Syarahan Umum memerlukan kerjasama beberapa pihak di Universiti ini. Berikut ialah bidang tugas Fakulti / Pusat Akademik /Jabatan- Jabatan yang terlibat di dalam menjayakan Majlis-Majlis Syarahan Umum:- 5

A) Urusetia i. Pelaksanaan Majlis Syarahan a) Majlis Syarahan Peringkat Antarabangsa perlulah diadakan sekurang-kurangnya dua (2) tahun sekali manakala Majlis Syarahan Peringkat Kebangsaan perlulah diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun. Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bertanggungjawab menentukan tarikh, masa dan tempat Majlis Syarahan. b) Majlis Syarahan Pelantikan Profesor akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pelaksana yang dilantik berdasarkan fakulti / pusat akademik Profesor tersebut. Fakulti / Pusat Akademik yang berkenaan bertanggungjawab untuk menentukan tarikh, masa dan tempat Majlis Syarahan di dalam kampus. Perkara-perkara tersebut perlu dilaporkan kepada Jawatankuasa Induk Syarahan Umum. ii. Lokasi Lokasi mestilah bersesuaian tertakluk kepada kehadiran tetamu kenamaan seperti KDYMM Tuanku Sultan Pahang, KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Menteri Besar, Menteri dan sebagainya. iii. Teks Syarahan Teks syarahan hendaklah merupakan suatu hasil ilmiah yang berkualiti. Justeru itu, teks hendaklah disediakan 3 bulan sebelum syarahan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Induk (Pejabat Timbalan Naib Canselor [Akademik & Antarabangsa]) untuk suntingan bahasa oleh Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan (PBMSK). Teks yang telah disunting bahasa perlu diserahkan kepada Penerbit UMP untuk suntingan naskah dan percetakan selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh syarahan. 6

iv. Bajet Merancang dan memaklumkan kepada Jawatankuasa Pelaksana tentang butir bajet untuk Majlis. Bajet untuk Majlis Peringkat Kebangsaan / Antarabangsa meliputi kos pengangkutan dan penginapan penceramah (dan isteri), jamuan makan malam, jamuan the, kain rentang, risalah, poster, cenderahati (jika perlu), back drop, kos perhubungan seperti setem, faks dan sebagainya. v. Brosur Maklumat brosur perlu disediakan mengikut kesesuaian majlis oleh PTJ dan cetakan dilaksanakan oleh Unit Penerbitan & Grafik, Pejabat Naib Canselor vi. Tajuk Syarahan a) Tajuk syarahan bagi Majlis peringkat antarabangsa dan kebangsaan ditentukan oleh Jawatankuasa Induk. b) Manakala tajuk syarahan bagi Majlis Pelantikan Profesor ditentukan oleh fakulti / pusat akademik yang dilantik. c) Tajuk-tajuk syarahan yang dipilih hendaklah dipastikan sesuai dan dapat menarik minat umum dan pihak media supaya Majlis seperti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. 7

vii. Jemputan a) Menyediakan senarai dan mengedarkan jemputan selewatlewatnya dua (2) minggu sebelum Majlis untuk dalam dan luar UMP. b) Jemputan untuk KDYMM Tuanku Sultan Pahang, KDYTM Tengku Mahkota Menteri Besar, Menteri dan sebagainya diuruskan oleh Pejabat Naib Canselor c) Fakulti / Pusat Akademik dicadangkan mengenalpasti kumpulan sasaran dan membuat tindakan-tindakan susulan seperti menghubungi kumpulan sasaran tersebut melalui suratmenyurat/telefon dan sebagainya. d) Bagi Syarahan Umum Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa jemputan adalah tanggungjawab Jawatankuasa Induk manakala bagi Syarahan Umum Pelantikan Profesor, Fakulti / Pusat Akademik memainkan peranan utama dengan dibantu oleh Pejabat Naib Canselor e) Fakulti / Pusat Akademik perlu menggalakkan penyertaan lebih ramai pelajar khususnya pelajar ijazah tinggi (pasca siswazah) dalam majlis-majlis syarahan ini. viii. Keperluan Logistik & Teknikal Menyemak dan menentukan keperluan fizikal untuk Majlis seperti meja, kerusi, rostrum, pasu bunga, alas meja, bunga hiasan, "back drop" dan sebagainya. Bagi Majlis Syarahan Kebangsaan dan Antarabangsa perlu juga disemak keperluan tokoh-tokoh yang berkenaan daripada segi alat-alat bantuan yang akan digunakan semasa syarahan. 8

ix. Pengangkutan / Penginapan Menguruskan tempahan penginapan dan pengangkutan untuk tokohtokoh Antarabangsa dan Kebangsaan. x. Jamuan Teh & Jamuan Makan Malam Menguruskan majlis jamuan teh selepas syarahan serta Majlis Jamuan Makan Malam untuk penceramah di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa yang selalunya diadakan pada malam sebelum hari syarahan. Perlu dirancang tempat jamuan, menu dan senarai jemputan. xi. Bahan-bahan daripada Penceramah Menguruskan perolehan gambar, teks ucapan, sinopsis daripada penceramah untuk tujuan percetakan risalah dan poster. xii. Penyampaian Syarahan Penyampaian syarahan hendaklah menggunakan kemudahan teknologi terkini seperti multimedia, power point dan sebagainya oleh Profesor- Profesor. xiii. Penerbitan Teks Ucapan Mutakhir Menguruskan percetakan teks ucapan terakhir bersama dengan pihak Penerbit UMP. Semua teks ucapan Majlis Syarahan akan diterbitkan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris mengikut kesesuaian. 9

B) Pejabat Naib Canselor i. Publisiti Menguruskan publisiti untuk Majlis Syarahan dengan mengambil tindakantindakan berikut : a) Menghantar siaran akhbar kepada semua akhbar dan media elektronik sebelum syarahan b) Mengeluarkan surat jemputan kepada wartawan c) Mengeluarkan surat jemputan kepada KDYMM Tuanku Sultan Pahang, KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Menteri Besar, Menteri dan sebagainya. d) Percetakan brosur, bunting & kain rentang e) Mengaturkan persidangan akhbar selewat-lewatnya 2 minggu sebelum syarahan bagi tokoh-tokoh terkemuka manakala yang lain-lainnya selepas Majlis Syarahan. f) Menguruskan hebahan tentang syarahan melalui rangkaian televisyen dan radio untuk Syarahan Peringkat Antarabangsa, Kebangsaan dan Pelantikan Profesor g) Hebahan tentang jadual syarahan yang akan diadakan sepanjang tahun. ii. Jemputan Makan Malam Pengedaran kad jemputan untuk Majlis Makan Malam (jika berkenaan) 10

iii. Protokol Penentuan semua perkara berkaitan dengan protokol Majlis seperti menasihati tentang aturcara Majlis, susunan tempat duduk tetamu- tetamu kehormat dan sebagainya. iv. Rakaman Menguruskan rakaman fotografi dan video untuk Majlis C) Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (PTMK) i. Siaraya & Multimedia Memastikan semua keperluan siaraya & multimedia disediakan termasuk penyediaan PA System untuk jamuan di Dewan Bankuet (jika perlu) termasuk jika dilaksanakan di luar UMP. D) Jabatan Pembangunan & Pengurusan Harta (JPPH) i. Keperluan Logistik & Teknikal Menyediakan perabot untuk Majlis dari segi meja, kerusi, pasu bunga, permaidani merah (jika berkaitan) untuk Majlis Syarahan dan Jamuan. Menyediakan semua keperluan teknikal untuk Majlis sekiranya Majlis diadakan di ruang-ruang rasmi dalam Universiti (ASTAKA, Kompleks Sukan, Dewan Kuliah Utama) seperti lampu, penghawa dingin dan sebagainya. Menyediakan keperluan pengangkutan dan penginapan di Rumah Tamu Universiti. 11

6.0 PERATURAN-PERATURAN AM i. Jubah Akademik Setiap Profesor diwajibkan memakai jubah akademik (tanpa topi). ii. Bahan Syarahan Bahan syarahan hendaklah bersesuaian dengan kumpulan sasaran iii. Bahasa Penyampai Syarahan Umum boleh disampaikan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mengikut kesesuaian. iv. Pameran Hasil Penyelidikan & Penerbitan Profesor yang memberi syarahan sempena pelantikan digalakkan untuk mempamerkan hasil kajian atau penerbitan semasa syarahan berjalan. v. Pengerusi Syarahan Bagi Majlis Syarahan Pelantikan Profesor, Pengerusi Syarahan adalah Dekan Fakulti / Pusat Akademik yang dilantik atau Profesor yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk. 7.0 PENUTUP Risalah ini disediakan sebagai garis panduan untuk semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Syarahan Umum Universiti. Semoga kita bersamasama dapat menyumbang kepada pelaksanaan Majlis-Majlis Syarahan Umum yang mantap, berkesan dan berprestij. 12