Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

dokumen-dokumen yang mirip
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS BACAAN MENGGUNAKAN MODEL JARI JEMARIKU MENARI. Pn Mazirah bt Abul Malik. Sekolah Kebangsaan Tanah Merah,

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

KAEDAH SEBUT, EJA DAN BUNYIKAN. Oleh. Cathy John ABSTRAK

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. hingga 5. Saya telah memberi bimbingan kepada empat orang peserta sekurangkurang

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BELAJAR SAMBIL BERMAIN. Oleh LINAH BINTI SUMMASE ABSTRAK

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

: Kit SAKAMB Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Berdasarkan Gambar Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Tahun 3.

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN NORDIN TAHIR IPIP

LAMPIRAN B BORANG PENYERTAAN A. Judul Rencana. 1. Nama Penuh : Azura Binti Abu Bakar. 2. No. Kad Pengenalan :

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

KAEDAH EKLEKTIK DAN ORAL-AURAL DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 3 MENGUASAI SUKU KATA KV DAN KVKV. Oleh. Liza Rozy Anak Ulok ABSTRAK

Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pengajaran Matematik

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

PENJANAAN RANCANGAN BAGI PELAKSANAAN PROJEK/ PROGRAM: PENYELESAIAN MASALAH / PENAMBAHBAIKAN / PERUBAHAN Oleh Abdul Razak bin Alias, IAB Bandar Enstek

PEMBELAJARAN MASTERI

Hasil temu bual dengan murid ini akan digunakan untuk menjawab soalan kajian yang empat dan lima. 2. Bolah nyatakan sebab anda ke sekolah?

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

BAB 1 PENGENALAN. memberikan impak positif dan sumbangan kepada dunia pendidikan iaitu untuk

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Kemahiran Menulis KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KANDUNGAN Guru dan Cabaran Guru Abad Ke-21 Kualiti Guru: Keberhasilan P&P Guru

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

Memperkaya Kata Adjektif Melalui Penerokaan Taman Herba dan Rempah Ratus. Abstrak

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

Jamrah Sibin Jeswenny Fresshila John

Instrumen Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB VII KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab ini menerangkan ringkasan kajian secara menyeluruh. Ianya merangkumi tujuan

Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai. pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Peluasan Ayat Melalui Strategi Penggunaan Pelbagai Keterangan. Abstrak

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

Transkripsi:

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Abstrak Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca kepada semua murid supaya memenuhi impian warga sekolah agar kadar buta huruf di kalangan murid-muridnya adalah sifar. Justeru itu, satu kajian telah dilaksanakan ke atas murid-murid tahun 2 berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun semasa mereka di tahun 1.Tinjauan awal telah menunjukkan murid-murid ini tidak dapat membaca perkataan yang mengandungi KVKVK. Dalam kajian ini kaedah pembelajaran Masteri telah diaplikasikan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P & P). Penggunaan teknik latih tubi dan bercerita berdasarkan pengetahuan sedia ada lebih memudahkan lagi murid mengikuti proses P & P yang dijalankan. Selain itu, murid disajikan dengan bahan bantu mengajar yang menarik serta tulisan berwarna mengikut suku kata. Teknik ini telah berjaya menarik minat mereka untuk membaca. Setiap hari murid akan dibekalkan dengan perkataan dari ayat mudah kepada satu perkataan yang panjang seperti penggunaan dan agak susah. Ia bertujuan mendedahkan murid-murid dengan perkataan yang lebih mencabar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid ini dapat membaca ayat yang mengandungi gabungan suku kata KVKV dan KVKVK dengan mudah tanpa perlu mengeja. Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran masteri amat sesuai digunakan di kalangan muridmurid pemulihan kerana ia telah berjaya membawa mereka ini belajar dalam suasana yang menyeronokkan. 1. Refleksi P & P Yang Lalu Keputusan peperiksaan akhir tahun 2004 mendapati 26 orang murid atau 18% daripada keseluruhan murid Tahun Satu sekolah ini gagal menguasai kemahiran membaca secara total. Maksud total ialah murid-murid ini gagal mengenal huruf, tidak dapat menyebut suku kata KVKVK, dan tidak boleh membatangkan perkataan. Situasi ini telah menimbulkan kebimbangan semua pihak terutamanya pihak pentadbir, penjaga, PIBG, dan guru-guru. 1

Selepas kajian dibuat, didapati kumpulan ini terdiri daripada: a) Majoriti golongan yang berpendapat rendah seperti pemandu lori, pekerja am, pekerja kilang, dan peniaga kecil. b) Mereka yang mengharapkan pihak sekolah sahaja sebagai satu-satunya penyampai maklumat dan ilmu. c) Mereka yang tiada diberi perhatian daripada ibu bapa terhadap kemajuan pelajaran. d) Mereka yang menghadapi masalah keluarga. Sehubungan dengan itu, satu tindakan sistematik dan terancang melalui kajian tindakan telah diambil bagi mengatasi masalah ini supaya mereka tidak terus ketinggalan pada masa akan datang. 2. Isu Keprihatinan Analisis daripada keputusan akhir tahun 2004 menunjukkan 18% daripada keseluruhan murid-murid Tahun Satu gagal menguasai kemahiran membaca. Membaca merupakan komponen utama dalam 3M di dalam KBSR. Kegagalan membaca secara langsung akan menggagalkan pembelajaran individu kerana bahasa adalah merentas kurikulum. Keadaan ini akan memberi kesan yang ketara dalam penguasaan penulisan dan pengiraan. Hasil kajian mendapati masalah ini berpunca daripada: i ) Keupayaan berfikir yang rendah. ii) Tidak dapat memberi tumpuan yang lama. iii) Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata. iv) Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna. Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid merasakan satu tekanan berada di sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah sampingan seperti masalah disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlarutan hingga selepas alam persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada kepincangan masyarakat dan ketidakstabilan sosial. 2

3. Objektif Kajian Objektif utama pengkaji menjalankan kajian ini ialah untuk: A Mengenal pasti murid-murid yang lemah dan tidak tahu membaca. B Membantu dan membimbing murid yang tidak tahu membaca. C Meningkatkan kemahiran membaca bagi murid-murid yang lemah. D Membentuk kaedah mengajar yang sesuai dengan kehendak dan keupayaan murid. E Menyelesaikan masalah kemahiran membaca supaya tidak berterusan hingga ke tahap 2. F Memupuk minat membaca di kalangan murid-murid. 4. Kumpulan Sasaran Pelaksanaan kajian tindakan ini melibatkan 22 orang murid Tahun Dua Bestari sekolah ini dengan mengambil kira batasan-batasan berikut: A Mencakupi masalah membaca di kalangan murid-murid. B Dijalankan sepenuh masa selama tiga bulan. Hasil dapatan kajian ini, diharapkan murid-murid dapat: A Memahami maksud yang tersirat di dalam bahan bacaan. B Menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi. C Bersaing untuk meningkatkan kemahiran sesama rakan sebaya. 5. Pelaksanaan Kajian 5.1. Tinjauan Masalah Dalam perlaksanaan program ini, masalah dikenal pasti melalui : i. Perbincangan dengan guru pemulihan ii. Pemerhatian iii. Ujian Pra 3

i. Perbincangan dengan guru pemulihan Perbincangan dengan guru pemulihan diadakan untuk mengenal pasti murid yang benarbenar layak sahaja untuk mengikuti kelas ini. Hasil dari perbincangan ini, mendapati murid-murid ini sememangnya menghadapi masalah penguasaan kemahiran membaca melibatkan suku kata yang panjang seperti gabungan KV dan KVK. Disebabkan mereka tidak dapat membaca maka minat untuk mendalami lagi bacaan semakin pudar dan secara tidak langsung timbullah masalah disiplin seperti membuat bising dan mengganggu rakan-rakan sebaya yang lain. ii. Pemerhatian Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian telah dibuat ke atas kumpulan sasaran. Hasil yang diperoleh mendapati mereka hanya boleh membaca perkataan-perkataan yang mengandungi dua suku kata sahaja. Gejala ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang menguasai kemahiran membaca perkataan yang mempunyai suku kata tertutup seperti malam, musim, bakul dan sebagainya. Kesan daripada masalah tersebut secara tidak langsung menyebabkan mereka gagal menguasai kemahiran membaca sepenuhnya. iii. Ujian pra Ujian ini dijalankan kepada semua murid yang terlibat untuk mengetahui sejauh mana mereka dapat menguasai kemahiran membaca pada peringkat asas. Setelah dianalisis keputusannya, majoriti murid-murid ini gagal menguasai kemahiran membaca peringkat asas terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata KV dan KVK (rujuk Jadual 1). Jadual 1: Keputusan Ujian Pra Markah ( % ) Jumlah Murid Peratus 10 12 55 20 3 14 30 5 23 40 1 4 50 1 4 60 0 0 4

70 0 0 80 0 0 90 0 0 100 0 0 Jumlah 22 100 Dapatan di atas menunjukkan: a 4 % murid berjaya mendapat markah > 50% b 27% murid mendapat markah antara 30% - 40% c 69% murid mendapat markah < 20% Dapatan daripada analisis ini jelas menggambarkan kepada kita betapa pentingnya rawatan segera dilakukan agar masalah ini dapat diselesaikan. Oleh yang demikian, beberapa tindakan telah dilakukan bagi memulihkan murid-murid ini. 5.2 Rawatan Tindakan awal yang dijalankan bagi membantu murid-murid ini menguasai kemahiran membaca terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata kv dan kvk ialah dengan mengenal pasti kaedah pengajaran yang sesuai. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah pembelajaran masteri di dalam bilik darjah. Memandangkan kaedah lebih menjurus kepada kebolehan seseorang, maka ia amat sesuai digunakan untuk kumpulan sasaran. 5.2.1 Aktiviti Rawatan i. Stesen Bacaan Pengkaji telah menyediakan Stesen Bacaan di salah satu sudut di dalam kelas. Di stesen ini, disediakan dengan pelbagai bahan bacaan seperti : a Kad suku kata b Kad perkataan c Kad ayat d Carta cerita pendek ( Big Book ) 5

Stesen ini diwujudkan bertujuan memberi ruang kepada murid-murid untuk mengisi masa terluang selepas selesai sesuatu aktiviti. Mereka akan membaca di stesen ini setelah guru mengesahkan yang mereka berjaya melaksanakan aktiviti yang diberi. Aktiviti ini dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Murid berlumba-lumba menyelesaikan aktiviti dengan jayanya untuk melayakkan mereka pergi ke stesen bacaan. Murid yang telah berjaya membaca bahan yang disediakan di stesen ini dengan lancar akan diberi hadiah. Kaedah pembelajaran masteri telah dipilih memandangkan kumpulan sasaran merupakan golongan yang melakukan sesuatu mengikut minat. Dalam kaedah pembelajaran masteri, aspek utama yang diberi penekanan adalah pembelajaran mengikut kebolehan. Oleh itu, sekiranya kumpulan sasaran diberi tugasan yang mereka boleh lakukan mengikut kebolehan sedia ada, secara tidak langsung dapat menarik minat mereka terhadap proses P & P. Selain itu, pembelajaran masteri lebih memberi peluang individu itu untuk bertindak atas usaha sendiri tanpa arahan guru. Kaedah ini lebih kepada konsep pembelajaran kendiri iaitu guru hanya bertindak sebagai pembimbing. Akhir sekali, dalam kaedah ini murid dapat beralih ke tahap yang lebih tinggi selepas berjaya pada tahap sebelumnya. Stesen 1 Di stesen 1 bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yang menggabungkan KV dan KVK seperti bakul dan jalan. Murid-murid dikehendaki mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna tulisan pada kad tersebut. KAD SUKU KATA ba + kul = bakul ja + lan = jalan 6

la + wa + tan = lawatan se + ko + lah = sekolah Tulisan berwarna di atas menunjukkan gabungan suku kata KV + KVK dan KV + KV + KVK. ja berwarna biru lan berwarna merah Penggunaan tulisan berwarna pada setiap perkataan juga adalah penting. Ia bertujuan untuk memudahkan kumpulan sasaran mengenal pasti dan membezakan antara suku kata KV dan KVK. Malahan penggunaan warna pada suku kata juga dapat memudahkan murid untuk mengeja ataupun membaca sesuatu perkataan yang diberi. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat membantu murid membaca cepat. Stesen 2 Di dalam stesen ini, pengkaji menyediakan kad perkataan yang mengandungi gabungan suku kata KV dan KVK seperti: KAD PERKATAAN memasak tembikai 7

permata membaca Kad ini masih lagi menggunakan tulisan berwarna supaya murid dapat menyebut suku kata berdasarkan warna tertentu pada perkataan tersebut. Pengkaji dapat melihat peningkatan murid yang tidak perlu mengeja apabila diberi kad-kad perkataan ini. Stesen 3 Di sini, pengkaji menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah seperti: KAD AYAT 1. Ibu memasak nasi lemak di dapur. 2. Hobi kakak saya membaca buku cerita. 3. Adik saya gemar melukis gambar pemandangan 4. Lawatan ke Zoo Melaka telah dibatalkan 8

Dalam melaksanakan aktiviti ini, guru menggunakan dua langkah a Pengukuhan Pengkaji meminta murid mengeja dan membatangkan suku kata. Kemudian murid dikehendaki menyebut suku kata berwarna dan membatangkan perkataan.ini adalah sebagai pengukuhan aktiviti di stesen-stesen sebelumnya. b Pengayaan Pengkaji meminta murid-murid membaca terus ayat tunggal yang diberi. Kemudian pengkaji bersoal-jawab untuk mengetahui tahap kefahaman murid terhadap ayat yang dibaca. Dengan demikian, murid dapat menguasai dua kemahiran serentak, iaitu membaca dan memahami teks bacaannya. Stesen 4 Di stesen 4 ini, pengkaji menyediakan Big Book. Big Book adalah sebuah buku yang dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik. Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti: a Menjana idea - murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil pengetahuan am dan sedia ada. b. Bacaan terus - murid membaca tanpa perlu mengeja. c Membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar sebagai pengukuhan. d Penilaian 5.3 Ujian Pos Ujian pos diberikan kepada kumpulan sasaran setelah proses rawatan selesai dijalankan. Ia bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan teknik yang dilaksanakan. Dapatan daripada analisis ini jelas menunjukkan ada peningkatan berlaku walaupun tidak secara keseluruhannya (rujuk Jadual 2). 9

Jadual 2: Keputusan Ujian Pos Markah ( % ) Jumlah murid Peratus 10 2 9 20 3 14 30 2 9 40 2 9 50 3 14 60 2 9 70 4 18 80 3 14 90 1 4 100 0 0 Jumlah 22 100 Dari dapatan di atas menunjukkan: a 59.4 % murid berjaya mendapat markah > 50% b 18 % murid mendapat markah antara 30% - 40% c 23% murid mendapat markah < 20% Dapatan daripada analisis ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid telah berjaya menguasai kemahiran daripada kaedah yang dijalankan (rujuk Jadual 3 dan Rajah 1). Jadual 3: Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Markah % Pelajar % Pelajar ( Ujian Pra ) ( Ujian Pos ) 10 55 9 20 14 14 30 23 9 40 4 9 50 4 14 10

60 0 9 70 0 18 80 0 14 90 0 4 100 0 0 100 100 PERBANDINGAN KEPUTUSAN UJIAN PRA DAN UJIAN POST BILANGAN MURID 15 10 5 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100 UJIAN PRA UJIAN POST MARKAH Rajah 1: Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos 6. Kesimpulan Dapatan dari kajian yang dijalankan terbukti menunjukkan kaedah pembelajaran mengikut kebolehan (stesen) dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bacaan kumpulan sasaran secara positif. Kenyataan ini dapat dikukuhkan lagi dengan perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan ke atas mereka. Selain itu, ia turut meningkatkan keyakinan diri murid untuk terlibat dalam proses P & P. Hasil dari ujian pos yang dijalankan terhadap kumpulan sasaran dapat menjelaskan bahawa kaedah pembelajaran adalah faktor penting untuk meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran. Kaedah Pembelajaran Masteri yang cuba diterapkan oleh pengkaji menampakkan hasil yang membanggakan. 11

Melalui kaedah ini, kumpulan sasaran merasakan diri mereka lebih dihargai dan secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan keyakinan diri mereka. Malahan semangat ingin berjaya yang ditunjukkan oleh mereka amat mengagumkan. Perubahan sikap yang positif kepada kumpulan sasaran turut membantu kejayaan mereka. Oleh yang demikian, wujudlah suasana P & P yang lebih menyeronokkan. Kumpulan sasaran juga lebih berminat untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan kerana mereka memahami apa yang dipelajari. Selain itu, respons baik yang diberi oleh mereka terhadap P & P secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan guru. Ini adalah kerana setiap aktiviti yang dirancang dapat diikuti dengan penuh minat. Disebabkan semangat ingin berjaya telah wujud dalam diri mereka, dengan sendirinya murid-murid ini menggunakan masa terluang dengan aktiviti membaca bahan yang disediakan. 7. Cadangan Kajian Seterusnya Pengkaji menyarankan bahawa murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang sama penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan. 12