Konteks dalam Perhubungan Industri

dokumen-dokumen yang mirip
Pengenalan Makroekonomi

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Model Pengurusan Strategik

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

Penyesuaian dengan Pasaran Buruh yang Dinamik

TINGKATAN 4 BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Kesetiaan kepada Syarikat

Pengenalan kepada Ekonomi

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

بسم هللا الرحمن الرحيم

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

Tingkatan 4 Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

komuniti jaya diri merupakan proses Kekuatan sesebuah komuniti akan diperkukuhkan lagi melalui kerjasama dan penglibatan ahli Komuniti seolah-olah

Kriteria Belanjawan Modal

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

Kos Modal PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Prestasi kerja = Motivasi Kebolehan Kekangan situasi

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

Taklimat untuk Guru BM

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

PILIHAN AWAM DAN POLITIK FISKAL

1.1 Latar Belakang Penyelidikan

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

FEDERALISME FISKAL. Perlunya Federalisme Fiskal

10.1 PERANCANGAN DAN KITAR KAWALAN

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Akaun Pelaburan Waheed

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

OBJEKTIF DAN STRUKTUR AKTA PERSAINGAN 2010

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Pengenalan kepada Kewangan

Pengenalan kepada Pengurusan Strategik

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

BAB 1 PEYEMAKAN SEMULA SENARAI NILAIAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Prinsip Pembangunan Komuniti

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2013

KULIAH 2: TEORI EKONOMI KEBAJIKAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Kod pengendalian perniagaan

944/2 PERCUBAAN STPM 2012

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

Inovasi dan Perubahan

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI SPM2004/A/S1

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

BAB LIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. pemeliharaan public property (harta milik am) termasuk proses peruntukan harta (dana)

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

ULASAN BUKU PENGENALAN

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

KAJISELIDIK SENTIMEN PENGUNDI MENGENAI EKONOMI, KOS SARA HIDUP DAN INFLASI

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

MGM3101 Prinsip Pengurusan 3 (3+0) Prasyarat: Tiada Kursus ini merangkumi teori, prinsip, teknik dan kaedah pengurusan organisasi.

Transkripsi:

Topik 4 Konteks dalam Perhubungan Industri HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti tiga elemen yang mempengaruhi perhubungan industri; dan 2. Mengkaji pengaruh persekitaran ekonomi, sosial dan politik ke atas perhubungan industri. " PENGENALAN Komuniti industri adalah kompleks dan dinamik dalam pelbagai kumpulan, aktiviti dan institusi, dan pelbagai tingkah laku mereka serta andaian. Oleh itu, fenomena sosial pekerja adalah seperti perhubungan industri perlu dilihat dari perspektif dan konteks yang lebih luas. Persekitaran perhubungan industri terbentuk daripada unsur sekeliling sama ada luaran atau dalaman. Sebagai contoh: (a) Penentuan struktur gaji dipengaruhi oleh keupayaan majikan untuk membayar gaji, pasaran buruh, dan tanggapan masyarakat secara keseluruhan dalam pengagihan kekayaan negara dan dasar ekonomi kerajaan. (b) Peningkatan bilangan pekerja wanita dipengaruhi oleh perubahan dalam pola perlakuan sosial, peningkatan tahap pendidikan kaum wanita, perubahan dalam ekonomi dan undang-undang yang berkaitan diskriminasi jantina di tempat kerja.

TOPIK 4 KONTEKS DALAM PERHUBUNGAN INDUSTRI 47 Terdapat tiga elemen penting dalam konteks perhubungan industri yang akan dibincangkan, iaitu: (a) Sistem perhubungan industri; (b) Segmen lain dalam aktiviti sosial; dan (c) Masa. 4.1 ELEMEN UTAMA DALAM KONTEKS PERHUBUNGAN INDUSTRI Hubungan antara majikan dan pekerja dipengaruhi oleh persekitaran dalaman dan luaran. Terdapat tiga elemen utama dalam konteks perhubungan industri. Rujuk kepada Rajah 4.1. Rajah 4.1: Konteks perhubungan industri Sumber: Diadaptasi daripada Salamon (2001) 4.1.1 Sistem Perhubungan Industri Peranan, hubungan, institusi, proses dan aktiviti yang boleh mempengaruhi perhubungan industri wujud pada setiap peringkat daripada kumpulan kerja, peringkat keseluruhan organisasi ke peringkat kebangsaan. Pola perlakuan perhubungan dalam sistem perhubungan industri adalah mendatar (tahap perhubungan antara organisasi) atau menegak (tahap perhubungan kerja). Oleh itu, sistem perhubungan industri daripada pandangan perlakuan dan aktiviti wujud sepanjang masa. Perkara inilah yang membentuk suatu keadaan dalam perhubungan industri.

48 TOPIK 4 KONTEKS DALAM PERHUBUNGAN INDUSTRI 4.1.2 Segmen Lain dalam Aktiviti Sosial Perhubungan industri merupakan salah satu segmen dalam struktur dan aktiviti masyarakat. Ia dipengaruhi oleh segmen lain seperti segmen ekonomi, sosial dan politik. Perubahan dalam segmen ini boleh mempengaruhi sistem perhubungan industri dan pihak yang terlibat dalam perhubungan industri. Ini kerana pihak dalam perhubungan industri merupakan sebahagian daripada masyarakat. 4.1.3 Masa Masa memainkan peranan yang penting. Sekarang kita mungkin dipengaruhi oleh kejadian masa lalu atau kejadian diandaikan pada masa akan datang. Sebagai contoh, konflik yang dihadapi oleh organisasi kini mungkin bermula daripada suatu kejadian pada masa lalu dan apa-apa keputusan yang telah dibuat oleh majikan dalam menyelesaikan konflik. Perkara ini boleh mempengaruhi objektif pekerja. Pada peringkat dalaman organisasi, persoalan masa terbahagi kepada dua: (a)" Satu masalah yang sedia ada dan penyelesaiannya akan menjadi masalah pada masa hadapan; dan (b)" Perlakuan, objektif dan hubungan yang wujud antara pihak yang terlibat adalah hasil daripada pengalaman mereka pada masa lalu. Pada peringkat makro, perhubungan industri dipengaruhi oleh perubahan dan perkembangan masyarakat dari segi pembangunan ekonomi, sosial dan politik. Ia juga merangkumi perubahan pihak yang terlibat dalam perhubungan industri itu sendiri. 4.2 PERSEKITARAN EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK Tahukah anda bahawa persekitaran ekonomi, sosial dan politik memainkan peranan penting dalam pembangunan hubungan industri? Setiap satu daripada persekitaran ini akan dibincangkan secara terperinci dalam subtopik seterusnya untuk pemahaman anda.

TOPIK 4 KONTEKS DALAM PERHUBUNGAN INDUSTRI 49 4.2.1 Persekitaran Ekonomi Pembangunan ekonomi telah mempengaruhi peningkatan dalam sektor pembuatan dan jumlah bilangan pekerja dalam sektor ini. Fenomena ini juga telah mempengaruhi sektor lain seperti sektor pertanian dan perkhidmatan. Persekitaran ekonomi juga dipengaruhi persekitaran perhubungan industri. Sebagai contoh, ini jelas kelihatan pada sekitar tahun 1997, apabila berlaku kemelesetan ekonomi. Pada masa itu, banyak kilang telah mengambil tindakan drastik untuk mengurangkan kos, salah satu daripadanya ialah penamatan kerja. Pada masa yang sama, banyak institusi kewangan mengambil langkahlangkah untuk memulakan proses untuk bergabung dengan institusi kewangan yang lain. Ini adalah dalam skala yang kecil, yang telah menjejaskan pekerjaan atau syarat pekerjaan para pekerja. Peranan kerajaan dalam menangani kegawatan ekonomi dilihat sebagai penting. Kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya dengan usaha penswastaan agensi tertentu. Kerajaan juga boleh menurunkan kadar cukai korporat bagi membantu aliran kewangan syarikat. Ini boleh merangsang semula ekonomi negara dan dengan itu menurunkan kadar pengangguran. Dalam persekitaran ekonomi, kerajaan perlu mengekalkan kadar pengangguran pada paras yang rendah dan menguruskan industri utama untuk memberi manfaat kepada ekonomi dan masyarakat secara keseluruhannya tanpa memberi tumpuan kepada keuntungan pada satu pihak sahaja. 4.2.2 Persekitaran Sosial Masyarakat British menjelaskan secara umum bahawa istilah ekonomi dan politik sebagai demokrasi kapitalis industri adalah berdasarkan prinsip kebebasan individu untuk berfikir, bercakap dan menyertai kesatuan. Dalam masyarakat British, aktiviti ekonomi adalah berdasarkan nilai sosial. Oleh itu, prinsip kerja dan tugas yang diterima oleh pekerja daripada orang lain menjadi satu segmen sosial dalam masyarakat moden. Selepas Perang Dunia Kedua, penyusunan semula telah dilaksanakan, iaitu ia bukan sahaja untuk membangunkan ekonomi tetapi juga untuk tujuan sosial. Ini telah mewujudkan negara kebajikan yang moden yang kekuatan dalam masyarakat boleh membantu untuk mengimbangi kelemahan dalam masyarakat dan kerajaan perlu bertanggungjawab bagi menyediakan pendidikan, kesihatan dan sistem perkhidmatan sosial lain.

50 TOPIK 4 KONTEKS DALAM PERHUBUNGAN INDUSTRI Pengangguran tidak semata-mata disebabkan oleh ekonomi (peningkatan atau penurunan) atau perubahan dalam struktur kerja tetapi juga disebabkan oleh perubahan dalam sumber kemanusiaan. Perubahan dalam corak bagi penawaran tenaga kerja disebabkan oleh faktor ini: (a) Penambahan dalam bilangan pekerja wanita; (b) Faktor demografi; dan (c) Penambahan dalam bilangan pekerja sambilan dan pekerja sementara. Faktor ini telah mengubah persekitaran perhubungan industri. Sebagai contoh, strategi pengambilan dan pembangunan pergerakan kesatuan sekerja terutamanya telah bertambah baik dengan terma dan syarat perkhidmatan bagi pekerja, terutamanya bagi kaum wanita. Pembangunan kerja bukan manual ialah hasil daripada perkembangan sektor perkhidmatan sama ada kerajaan atau swasta, dan juga pembangunan kemahiran teknikal, profesional, pentadbiran dan pengurusan. Proses penyusunan semula kerja juga hasil daripada perkembangan teknologi maklumat yang telah mengubah cara kerja sama ada kerja manual atau kerja bukan manual. Pembangunan persekitaran kerja telah mengubah persekitaran perhubungan industri. 4.2.3 Persekitaran Politik Persekitaran politik adalah rumit dan sukar untuk ditangani. Ini adalah kerana persekitaran politik memberi kesan kepada persekitaran lain seperti persekitaran ekonomi dan sosial. Persekitaran politik juga mempengaruhi suasana hubungan industri. Politik mempunyai definisi yang amat luas: (a)" Kuasa dan autoriti digunakan oleh organisasi untuk membuat sesuatu keputusan. Ini melibatkan pihak dan tindakan oleh pihak yang terlibat dalam melaksanakan proses ini; dan (b)" Politik juga merujuk kepada sistem sosial pihak kerajaan. Oleh yang demikian, persekitaran politik mempunyai dua tahap: (a)" Persekitaran dalaman organisasi yang mempengaruhi proses untuk membuat keputusan yang juga merupakan sebahagian daripada sistem perhubungan industri organisasi; dan (b)" Persekitaran luaran Aktiviti politik, peraturan dan undang-undang oleh kerajaan.

TOPIK 4 KONTEKS DALAM PERHUBUNGAN INDUSTRI 51 Persekitaran politik wujud apabila masyarakat menguruskan institusi untuk menyuarakan pendapat mereka dalam usaha untuk mencapai matlamat dan aspirasi mereka. Ia bukan sahaja melibatkan parti politik, badan kerajaan, parlimen dan kuasa tempatan tetapi juga melibatkan kumpulan pendesak yang tidak rasmi bagi mempengaruhi proses membuat keputusan dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, ideologi pihak kerajaan merupakan suatu elemen penting dalam menentukan hala tuju, dasar dan tindakan dalam proses membuat sesuatu keputusan. Perbezaan politik dari aspek dasar dan tindakan adalah hasil daripada perbezaan pendapat mengenai pelbagai perkara yang berlaku dalam masyarakat. Dalam abad ke-19 dan 20, perubahan dalam ideologi jelas kelihatan terutamanya pada abad ke-19 apabila ideologi liberal atau laissez-faire menguasai pembentukan masyarakat. Ideologi liberal kelihatan menjurus ke arah kapitalisme. Dalam ideologi ini, ekonomi lebih berdasarkan konsep individualisme, iaitu dalam bahagian ekonomi dan kebajikan sosial adalah pada tahap yang sama dan individu bebas untuk menentukan masa depan mereka sendiri. Untuk berkuasa, individu perlu dikumpulkan bersama-sama. Perbezaan dalam ideologi politik akan menyebabkan timbulnya isu politik. Isu politik pula akan timbul apabila terdapat perbezaan pendapat yang berkaitan dengan: (a)" Tanggungjawab kerajaan dalam mengawal kadar pengangguran; (b)" Keseimbangan antara kerajaan dan sektor swasta; (c)" (d)" (e)" Kuasa yang diberikan kepada kesatuan sekerja mengenai isu dalam industri; Perundangan dan pindaan pada peruntukan undang-undang berkenaan dan juga peranan pihak berkuasa mengenai tindakan industri seperti tindakan untuk berpiket dan mogok; dan Dasar kerajaan yang mempengaruhi masyarakat.

52 TOPIK 4 KONTEKS DALAM PERHUBUNGAN INDUSTRI SEMAK KENDIRI 4.1 1. Jelaskan secara ringkas, tiga elemen penting dalam konteks perhubungan industri. 2. Bagaimanakah elemen masa mempengaruhi persekitaran perhubungan industri? 3. Bincangkan bagaimana persekitaran berikut mempengaruhi pembuat keputusan dalam perhubungan industri. (a) Persekitaran ekonomi; (b) Persekitaran sosial; dan (c) Persekitaran politik. Terdapat tiga elemen utama dalam konteks perhubungan industri, antaranya ialah sistem perhubungan industri, segmen lain dalam aktiviti sosial dan masa. Konteks merupakan satu situasi atau faktor yang mempengaruhi keputusan dan tindakan pihak yang terlibat dalam perhubungan industri. Perkara ini melibatkan persekitaran luaran dan dalaman organisasi seperti pembangunan teknologi, pembangunan ekonomi, aktiviti politik dan juga pengagihan sumber seperti sumber manusia dan sumber kewangan organisasi. Konteks perhubungan industri Masa Persekitaran ekonomi Persekitaran politik Persekitaran sosial