LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN / KELAB PELAJAR 1.0 BUTIRAN PROGRAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA a) Nama Program : Program Tautan Kasih Bersama Anak- Anak Yatim Al- Kausar b) Penganjur : Secretariat HP Sosial dan Kebertanggungjawaban, Pelajar Tahun 1 2013/2014 UKM c) Dengan kerjasama: Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Burhanuddin Helmi d) Tarikh program : 8 Mac 2014-17 Mei 2014 e) Tempat program : Rumah Bakti Al-kausar Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Selangor f) Jumlah perserta : 25 orang 2.0 OBJEKTIF PROGRAM a) Memupuk kasih sayang di antara secretariat dengan anak anak yatim. b) Member penekanan kepada anak-anak yatim Al-Kausar tentang pentingnya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat. c) Menerapkan nilai-nilai murni dan sahsiah kepada anak- anak yatim. d) Menerapkan sikap prihatin kepada mahasiswa melalui program amal terhadap badan bukan kerajaan yang membantu anak-anak yatim. e) Melahirkan mahasiswa yang berwajah baru yang melengkapkan diri dengan ilmu dan lebih berani menangani masalah cabarab serta menjadikan UKM sebagai ejen penghubung dengan masyarakat luar. 3.0 PERANCANGAN PROGRAM a) Kami telah membuat mesyuarat untuk merangka intisari program. Setiap minit mesyuarat di muat naik ke dalam Facebook dan juga Email. Hal ini untuk menjimatkan kertas supaya alam sekitar dapat dipelihara. b) Kertas yang telah di cetak di sebelah bahagian dan telah ditolak oleh pihak atasan telah kami gunakan untuk merangka idea-idea untuk program ini.
c) Semasa jamuan makan untuk setiap sesi bersama anak yatim, kami memutuskan untuk menggunakan pinggan kertas, dan menyediakan 2 plastik besar supaya pinggan kertas itu tidak dibuang sewenang-wenangnya dan mengitar semulanya. d) Kami juga telah mencari bahan-bahan kitar semula diseluruh Fakulti Sains dan Teknologi untuk menambah dana program e) Kami telah membuat pembahagian tugas dan penyusunan subjek untuk diajar. Dalam program ini, saya telah diberi tugas sebagai ketua exco kebajikan dan mengajar dalam subjek sains. 4.0 PENGISIAN PROGRAM Mengajar Al-Quran selama 3 bulan Dikelolakan oleh : Para AJK program Membantu Ulang kaji Pembelajaran Selama 3 bulan Dikelolakan oleh : Para AJK program Kem smart solat 5.0 Kesimpulan Dikelolakan oleh : Para AJK program a. Kelebihan dan kebaikan program Pelajar diberi kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Pelajar diberi kesedaran tentang peranan dan tanggungawab mereka kepada alam sekitar. Pelajar berkeupayaan menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Pelajar dapat mempraktikan sifat kemanusiaan ini sepanjang hayat
Pelajar dapat meningkatkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawab dakan suasana pembelajaran yang luas sehingga menghasilkan perubahan dan impak positif dalam masyarakat setempat dan alam sekitar. 6.0 PENUTUP Secara keseluruhan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak pelaksana program dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program. Secara keseluruhannya, program ini memberi impak kepada pelajar yang terlibat dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat serta dapat menguruskan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Input yang diperoleh melalui program ini ialah : Dapat membantu insan yang kekurangan. Dapat memberi kasih sayang yang utuh kepada anak-anak yatim tersebut. Dapat menyelami jiwa kanak-kanak. Dapat menceriakan hari-hari anak-anak yatim alkausar. Dapat menekankan pentingnya pembelajaran sepanjang hayat adalah kehidupan seharian dalam pelbagai aspek. Menyedarkan diri betapa untungnya dan lebihnya nikmat diri ini. Dapat menanamkan sifat sosial dan tanggungjawab dalam diri. Gambar sepanjang program
Mesyuarat yang dijalankan untuk merancang aktiviti sepanjang program. Sesi pembahagian tugas exco-exco bersama penyelaras program dan saya telah diberikan tugas sebagai ketua exco kebajikan Kami membuat keputusan untuk mengamalkan kitar semula barangan untuk menambah dana
Pembahagian subjek yang perlu diajar Saya mengajar anak-anak yatim itu dalam bidang sains
Lokasi program Makan malam bersama anak anak yatim. Kami memilih untuk memakai pinggan kertas untuk meletak dan makanan dan kemudian kami megitar semula pinggan kertas tersebut di pusat berdekatan
Sesi mengulangkaji bersama anak-anak yatim al kausar Laporan Aktiviti Persatuan/kelab Pelajar 2014
Saya telah ditugaskan mengajar sains dan lain-lain subjek. Di sini, saya menggunakan kertaskertas terpakai untuk mengajar anak- anak ini untuk membuat contoh dan sebagainya. Saya dapati bahawa cara seperti ini lebih mesra alam. Mengajar mengaji Al-Quran selepas solat berjemaah. Ilmu ini adalah ilmu sepanjang hayat yang sangat diperlukan sebagai seorang islam
Kem Smart solat bersama anak-anak al-kausar Laporan Aktiviti Persatuan/kelab Pelajar 2014
Majlis penutupan program Sesi akhir penyelaras program bersama pengerusi rumah anak yatim alkausar Tamatlah sesi program bersama-sama anak-anak yatim ini selama 3 bulan. Sekian, terima kasih.