qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyui

dokumen-dokumen yang mirip
qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB LIMA: RUMUSAN DAN CADANGAN. Di dalam bab ini, penyelidik merumuskan dapatan kajian yang dihuraikan menerusi

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB 5 PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

BAB LIMA PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN. bertujuan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa Arab khususnya dalam

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini adalah bab terakhir dalam laporan penyelidikan ini dan pengkaji

BAB KELIMA KESIMPULAN DAN CADANGAN. menunjukkan bahawa unsur penyebutan huruf al-qur an al-karim memain peranan

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

BORANG SOALSELIDIK Keperluan dan penerimaan dakwah

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

BAB KEENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

KESIMPULAN DAN CADANGAN. banyak oleh Allah S.W.T. Disebabkan tawaran yang terlalu istimewa daripada Allah S.W.T

HHHC 9501 PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN (SET 23)

BAB I PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Pengaruh Gaya Hidup Pelajar Kejuruteraan di Kolej Kediaman UTM Terhadap Pencapaian Akademik

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

ARAHAN: ( )

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB ENAM RUMUSAN, CADANGAN DAN PENUTUP

BAB 5 PENUTUP. Bab ini merupakan kesimpulan dan rumusan terhadap permasalahan Saudara Baru

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

BAB LIMA PENUTUP. Dalam bab ini, pengkaji merumuskan hasil keseluruhan kajian dan saranan-saranan

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan (Minggu 5)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

Sustainable Education 54

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DARI BURUK KE BAIK. Oleh. June Sim Mei Lin ABSTRAK

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

BAB EMPAT RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini akan menampilkan rumusan bagi keseluruhan perkara yang telah

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

TUNDUK PADI BERISI. Oleh. Mohammad Asffia Bin Edi ABSTRAK

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 5 PENUTUP. berjaya menjawab objektif kajian khususnya berkaitan penggunaan media pendidikan di

3.0 HUBUNGAN STRATEGI HEADCOUNT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGUJIAN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfgh jklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjkl zxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcv bnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnm qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyui

BAB KELIMA PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Bab ini akan membincangkan dan merumuskan dapatan kajian berdasarkan persoalan-persoalan kajian yang telah diutarakan. Tumpuan perbincangan adalah berkaitan dengan persoalan-persoalan kajian secara keseluruhannya iaitu mengkaji peranan yang di mainkan oleh USK dalam aktiviti-aktiviti dakwah dalam ibadat, di samping bagaimana Saudara Kita memahami dan melaksanakan solat, puasa, zakat dan haji yang sebenar dalam Islam.Dalam bab ini juga, pengkaji akan mengutarakan beberapa cadangan untuk membimbing dan membantu Saudara Kita dalam mendalami ajaran Islam serta mempraktikkan suruhan Islam sepenuhnya. Hasil daripada perbincangan, rumusan dan cadangan diharapkan akan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak khususnya dalam usaha membimbing Saudara Kita dalam ajaran Agama Islam. 5.2 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN Berdasarkan hasil analisis data soal selidik yang diperoleh, pengkaji mendapati bahawa persoalan kajian tentang kefahaman dan pelaksanaan ibadat khusus yang merangkumi ibadah solat, puasa, zakat dan haji Saudara Kita telah pun terjawab. Kefahaman ibadat khusus dalam kalangan Saudara Kita adalah di tahap baik. Manakala dari segi pelaksanaan ibadat khusus dalam kalangan mereka juga menunjukkan di tahap yang baik. Ini dapat dilihat melalui data analisis soal selidik dalam bab 4. 139

Persoalan tentang mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Saudara Kita di dalam memahami dan melaksanakan ibadat khusus. Daripada hasil kajian ini, pengkaji mendapati banyak halangan dan masalah yang dihadapi dalam memahami ibadat khusus dan terutama dalam melaksanakan ibadat solat dan puasa. Kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa halangan dalam memahami dan melaksanakan ibadat khusus adalah berpunca daripada keluarga, penerimaan masyarakat Islam terhadap mereka, krisis identiti dan persekitaran. Manakala untuk persoalan tentang peranan yang dimainkan oleh USK serta JAIS dalam memberi kefahaman dan pelaksanaan ibadat khusus iaitu ibadah solat, puasa, zakat dan haji kepada Saudara Kita pada keseluruhannya, responden amat berpuas hati dengan peranan pihak Urusetia Saudara Kita (USK) serta JAIS telah memainkan peranan yang penting dalam usaha memberi kefahaman ibadat khusus dan sekali gus pelaksanaanya. Hasil Dapatan Kajian Dari Soal Selidik Manakala, berikut adalah beberapa dapatan utama kajian yang dapat pengkaji kemukakan berdasarkan data-data soal selidik yang berkaitan kefahaman dan pelaksanaan ibadat khusus Saudara Kita : Pertama: Majoriti Saudara Kita mempunyai pengetahuan yang baik tentang ibadat khusus dengan peratusan sebanyak 85%. Ibadat khusus tersebut merangkumi ibadat solat lima waktu, di mana peratusan sebanyak 100% daripada Saudara Kita menunjukkan bahawa mereka mempunyai pengetahuan tentang hukum wajib solat fardhu dan hukum meninggalkan solat adalah berdosa. Manakala 90% 140

mengetahui wajib menggantikan solat yang ditinggalkan dan 82.5% mengetahui tentang rukun dan syarat sah solat. Ibadat khusus tersebut juga merangkumi puasa di bulan Ramadhan, di mana terdapat 95% mengetahui hukum wajib berpuasa di bulan Ramadhan dan 100% mengetahui tentang perkara yang membatalkan puasa di bulan Ramadhan. Selain itu, ibadat khusus iaitu mengeluarkan zakat, terdapat 92.5% yang mengetahui tentang kewajipan mengeluarkan zakat fitrah dan ibadah haji juga mempunyai peratusan yang sama daripada Saudara Kita dalam mengetahui hukum haji. Dapatan kajian ini secara keseluruhannya dapat memberi gambaran sebenar tentang tahap pengetahuan ibadat khusus dalam kalangan Saudara Kita berada di tahap yang baik. Kedua: Walau bagaimanapun, didapati masih ada dalam kalangan Saudara Kita tidak memahami sepenuhnya dalam pengertian ibadat khusus secara umum dengan peratusan sebanyak 35% yang mengatakan tidak pasti dan 5% tidak faham. Dengan ini menunjukkan bahawa masih ada segelintir daripada kalangan Saudara Kita yang masih belum dapat memahami pengertian ibadat khusus tersebut. Berdasarkan data yang diperolehi, ini berlaku adalah kerana Saudara Kita mempunyai masalah terlalu sukar untuk memahami dan ketika mengisi borang soal selidik mereka tidak dapat mengingati pengertian ibadat khusus tersebut. Iini bukan bermakna mereka tidak mengetahui tentang ibadat khusus dan tidak memahami sepenunhnya, tetapi hanya kerana masalah sukar memahami dan tidak mengingati tentang ibadat khusus tersebut. Ini memerlukan usaha daripada pihak USK dan Saudara Kita sendiri untuk mengatasi masalah ini. 141

Tetapi tidak mengecewakan, terdapat majoriti Saudara Kita masih memberi jawapan yang bertepatan terhadap soalan-soalan kefahaman mereka mengenai ibadah solat, ibadah puasa, ibadah zakat dan ibadah haji. Ini menunjukkan gambaran yang jelas bahawa kefahaman tentang ibadat khusus dalam kalangan Saudara Kita di USK Kuching juga di tahap yang baik. Ketiga: Dari segi pelaksanaan ibadah solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan ibadah haji dalam kalangan Saudara Kita berdasarkan dapatan kajian ini secara keseluruhannya juga di tahap yang baik. Keempat: Majoriti daripada Saudara Kita di USK, Kuching berpuas hati dengan pelaksanaan ibadat khusus mereka dan hanya segelintir sahaja mereka yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan ibadat khusus mereka. Ini kerana mereka masih berharap supaya dapat melaksanakan ibadah dengan lebih berkualiti dan ingin mempertingkatkan lagi kefahaman dan pelaksanaannya. Hasil Dapatan Kajian Dari Temu Bual Dapatan utama kajian berdasarkan data-data temu bual, pengkaji mendapati bahawa pihak Urusetia Saudara Kita (USK) dan JAIS telah memainkan peranan yang penting dalam usaha memberi kefahaman ibadat khusus dan sekali gus pelaksanaanya. Banyak program-program yang disusun untuk Saudara Kita. Antaranya, mengadakan kelas mingguan kepada mereka, ceramah, forum dan ijtima Saudara Kita. Selain itu, terdapat juga program-program yang berbentuk agama untuk membentuk hati dan akhlak serta membangkitkan semangat untuk Saudara Kita belajar dan mempraktik ajaran Islam dan supaya lebih faham tentang agama Islam. Di samping itu juga, mengadakan kursus tentang ibadat khusus seperti 142

bengkel solat. Kursus dan program-program seperti ini dapat membantu mempertingkatkan lagi kefahaman dalam ibadat khusus dan membimbing mereka dalam pelaksanaannya seperti ibadah solat dan ibadah haji Saudara Kita. 5.3 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Perbincangan dalam dapatan kajian difokuskan kepada tentang Saudara Kita, usaha dan peranan USK dan organisasi atau Jabatan-jabatan Agama di Sarawak dalam membimbing Saudara Kita dalam ibadat khusus. 5.3.1 Saudara Kita Tahap kefahaman dan pelaksanaan ibadat khusus dalam kalangan Saudara Kita berada di tahap yang baik. Ini kerana majoriti Saudara Kita bersikap positif, bersemangat dan berusaha dalam memahami dan melaksanakan ibadah khusus iaitu solat, puasa, zakat dan haji dalam kehidupan baru iaitu selepas pengislaman mereka. Berdasarkan dapatan kajian tentang kefahaman ibadat khusus yang merangkumi ibadah solat, puasa, zakat dan haji Saudara Kita, pada keseluruhan mereka mempunyai kefahaman yang baik tentang ibadat khusus dan mengetahui tentangnya. Ini dapat dibuktikan melalui semua jawapan soal selidik dan temubual pengkaji kepada Saudara Kita. Pada keseluruhannya Saudara Kita menjelaskan bahawa ibadat khususini merangkumi ibadah solat di mana ibadah solat fardhu adalah ibadah yang diwajibkan oleh Allah kepada orang Islam. Maka, ianya wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan dan masa setelah masuk waktunya. Manakala puasa bulan Ramadhan ialah puasa yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada seluruh umat Islam dan zakat fitrah juga diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam. Selain itu ibadah haji juga ibadah yang wajib dikerjakan bagi yang berkemampuan sahaja. 143

Dapatan berdasarkan temu bual terhadap Saudara Kita membuktikan Saudara Kita mempunyai tingkah laku yang positif. Hal ini kerana hampir kesemua Saudara Kita menyatakan bahawa pelaksanaan ibadat khusus terutama solat dan puasa mereka pada mula memeluk Islam adalah sangat sukar untuk melaksanakannya atau mempraktikkannya. Namun begitu, Saudara Kita rasa bersyukur kerana pada masa sekarang mereka dapat melaksanakan ibadat khusus terutama ibadah solat dan puasa dengan baik. Walaupun ada daripada mereka yang belum berpuas hati dengan pelaksanaan ibadah mereka sekarang tetapi dapat dilakukan dengan istiqamah. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan ibadat khusus dalam kalangan Saudara Kita di tahap yang baik dan memuaskan. Terdapat banyak usaha Saudara Kita dalam mempertingkatkan kefahaman dan memperelokkan lagi ibadat khusus mereka. Antaranya, menghadiri kelas yang disediakan oleh USK, JAIS dan kelas di masjid atau surau yang dianjurkan oleh USK kepada Saudara Kita, belajar melalui pembacaan buku tentang Islam dan ibadat, bertanya kepada orang yang lebih mengetahui seperti guru, ustaz dan kawan-kawan sesama Islam. Selain itu, melalui media massa seperti radio, rancangan TV seperti Al-Kuliyah, Al-Hidayah, Hal Ehwal Islam dan banyak lagi program-program yang berunsurkan dakwah. Selain itu juga, mereka berusaha untuk belajar dan terus menuntut ilmu dan mengkaji supaya lebih memahami tentang Islam dan dapat melaksanakan selari dengan kehendak syariah. Ini bermakna Saudara Kita mempunyai semangat yang tinggi dalam mempertingkatkan kefahaman ibadat khusus serta memperelokkan lagi dalam pelaksanaannya supaya ibadah mereka lebih baik dan berkualiti. Di sini boleh dirumuskan bahawa menuntut ilmu dan manambah ilmu adalah usaha yang terbaik bagi Saudara Kita untuk mempertingkatkan kefahaman dan memperelokkan pelaksanaan mereka dalam ibadat khusus. Ini juga 144

membuktikan bahawa kefahaman dan pelaksanaan ibadat khusus dalam kalangan Saudara Kita di tahap yang baik dan memuaskan. Selain itu, semua Saudara Kita juga mengatakan bahawamereka mempunyai banyak halangan dan masalah yang dihadapi dalam memahami ibadat khusus dan terutama dalam melaksanakan ibadat solat dan puasa. Kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa halangan dalam memahami dan melaksanakan ibadat khusus adalah berpunca daripada keluarga, penerimaan masyarakat Islam terhadap mereka, krisis identiti dan persekitaran. Walau bagaimanapun, bagi Saudara Kita, semua ini dapat diatasi dengan kesabaran dan memerlukan keyakinan yang tinggi untuk memahami dan melaksanakan ajaran dan amalan dalam Islam. Ini juga membuktikan bahawa Saudara Kita tidak pernah berputus asa untuk mempelajari Islam, sentiasa bersemangat dan istiqamah dengan ajaran dan amalan Islam dalam kehidupan mereka. Dapatan berdasarkan temu bual juga mendapati, Saudara Kita menyatakan bahawa adalah sangat wajar ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji diteruskan dalam kehidupan. Ini kerana ibadat khusus itu adalah yang wajib dan amalan-amalan ibadah ini dapat membentuk diri kita sebagai orang Islam. Pendidikan agama seperti amalan ibadah solat diterima dapat mengelakkan seseorang itu daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan agamanya dan dapat membentuk akhlak yang mulia. Mereka juga ada menjelaskan bahawa ibadah solat adalah dari hasil takut dan tawakal kita kepada Allah SWT. Dalam hal ini termasuk juga di dalamnya puasa, zakat serta haji. Jadi, jelas kesemuanya itu adalah hasil dari mendirikan solat fardhu. Maka adalah sangat wajar ibadat khusus 145

diteruskan dalam kehidupan. Ini bermakna bahawa kesemua Saudara Kita sangat bersetuju bahawa adalah sangat wajar ibadat khusus diteruskan dalam kehidupan. Dapat dirumuskan di sini, pengkaji berpendapat bahawa kefahaman dan pelaksanaan ibadat khusus dalam kalangan Saudara Kita berada di tahap yang baik adalah kerana faktor sikap positif dan semangat Saudara Kita sendiri dalam usaha untuk memahami dan melaksanakan ibadat khusus dalam kehidupan Islam mereka. 5.3.2 Usaha dan Peranan USK, Organisasi dan Jabatan Agama di Sarawak Pada keseluruhannya, kefahaman dan pelaksanaan Saudara Kita tentang ibadat khusus yang merangkumi ibadah solat, puasa, zakat dan haji amat membanggakan. Hasil yang diperoleh memperlihatkan bahawa peranan yang dimainkan oleh pihak USK, JAIS, JAKIM dan lain-lain amat memuaskan terhadap keprihatinan dan benarbenar mengambil berat tentang pembelajaran Saudara Kita dalam memahami tentang ibadat khusus khasnya dan memahami tentang ajaran dan amalan Islam amnya. Apabila dilihat dengan teliti lagi, walaupun ada Saudara Kita yang menunjukkan kefahaman dan pelaksanaan ibadat khusus di tahap lemah tetapi ia adalah sedikit sahaja. Apa yang dapat disimpulkan ialah hasil dapatan kajian, peranan dan tindakan pihak USK, JAIS dan yang terlibat dengan Saudara Kita dalam merangka dan melaksanakan program-program untuk Saudara Kita dapat membantu Saudara Kita memahami dan membimbing mereka dalam melaksanakan ibadat khusus tersebut. Dapatan ini dibuktikan dengan sokongan pendapat Saudara Kita sendiri terhadap pihak-pihak mereka. Saudara Kita menyatakan bahawa pihak USK, JAIS, 146

JAKIM dan pihak yang terlibat dengan Saudara Kita telah memainkan peranan mereka dengan baik. Banyak program-program yang disusun untuk Saudara Kita. Antaranya, mengadakan kelas mingguan kepada mereka, ceramah, forum dan ijtima Saudara Kita. Selain itu, terdapat juga program-program yang berbentuk agama untuk membentuk hati dan akhlak serta membangkitkan semangat untuk Saudara Kita belajar dan mempraktik ajaran Islam dan supaya lebih faham tentang agama Islam. Selain itu juga, mengadakan program pergi ke perkampungan yang terdapat Saudara Kita dan mengadakan kursus tentang ibadat khusus seperti bengkel solat dan haji. Kursus dan program seperti ini dapat membantu mempertingkatkan lagi kefahaman dalam ibadat khusus mereka. Di sini boleh dirumuskan bahawa pihak USK, JAIS, JAKIM dan pihak yang terlibat dengan Saudara Kita telah berusaha untuk memberi kefahaman ibadat khusus dan membimbing mereka dalam pelaksanaannya. 5.4 IMPLIKASI KAJIAN Dapatan dari kajian ini sesungguhnya memberi satu keputusan yang membanggakan. Meskipun keputusan tidak mencapai 100%, namun ia telah membuktikan bahawa kefahaman dan pelaksanaan ibadat khusus dalam kalangan saudara kita di USK Kuching Sarawak berada di tahap yang baik. Bagi pihak USK, JAIS, JAKIM dan yang terlibat dengan Saudara Kita seharusnya menitik beratkan untuk menyusun lebih banyak program dan kursus tentang ibadat khusus. Bagi menghasilkan pembelajaran ibadat khusus yang merangkumi ibadat solat, puasa, zakat dan haji lebih berkesan, perbincangan seharusnya melibatkan tenaga pelatih yang berketrampilan dalam membimbing mereka dari pelaksanaan ibadat khusus itu sendiri. Latihan yang lebih banyak 147

diperlukan untuk mengukuhkan kefahaman Saudara Kita dan latihan amali seperti ibadah solat dan ibadah haji juga amat diperlukan. Bagi pihak guru atau tenaga pengajar, mereka perlu peka kepada kefahaman mereka dalam setiap pembelajaran terutama ibadat khusus. Para guru perlu melihat dari semasa ke semasa perubahan peningkatan tahap kefahaman mereka. Sebagai seorang guru yang inovatif, maka adalah perlu sentiasa menggunakan kaedah yang pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan peka serta prihatin terhadap para pelajarnya. Agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dan bukan membosankan. Bagi masyarakat Islam yang lain, mereka perlu menyokong terhadap keislaman Saudara Kita. Masyarakat Islam perlulah menerima Saudara Kita sebagai saudara sendiri kerana apabila mereka memeluk agama Islam secara automatik ia telah menjadi saudara bagi semua umat Islam. Oleh yang demikian, setiap umat Islam berhak mendapat pembelaan yang sama dari saudaranya semuslim. Pembelaan dalam erti kata tunjuk ajar, bimbingan dan perlindungan sehingga ia boleh berdikari dan mempertahankan akidah Islamnya. Sokongan daripada masyarakat Islam seperti keluarga dan kawan-kawan adalah amat penting kepada Saudara Kita. Bagi pihak Saudara Kita pula mereka perlu mendisiplinkan diri mereka dalam pembelajaran dan mempraktikkan apa yang dipelajari serta melaksanakan hukum hakam, amalan dan ajaran dalam Islam. Dengan ini Saudara Kita akan lebih berpengetahuan untuk meneroka ilmu tentang Islam. Selain itu juga, sikap positif perlulah dipupuk dalam kalangan mereka. 148

5.5 CADANGAN Masyarakat Islam perlu menyedari bahawa golongan Saudara Kita atau saudara baru ini, merupakan aset yang berharga dalam konteks dakwah dan masyarakat Islam itu sendiri. Justeru itu, golongan ini sewajarnya diberi bimbingan yang cukup tentang Islam. Oleh yang demikian, adalah kewajipan setiap umat Islam memastikan saudara sesama Islam ini tidak kembali kepada kepercayaan lamanya. Begitu banyak alternatif lain yang boleh dilakukan dalam membimbing dan membantu mereka dalam mendalami ajaran Islam. Justeru setiap pihak perlulah mengambil sikap yang lebih prihatin terhadap Saudara Kita ini dalam usaha membantu dan membimbing mereka. Pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan mahupun pihak swasta boleh berusaha untuk membantu Saudara Kita. Di antaranya, membantu dari segi peruntukan kewangan bagi meyelaraskan lagi setiap program-program yang dianjurkan kepada Saudara Kita. Dengan ini, program-program, kursus-kursus dan sebagainya dapat dilaksanakan secara berterusan dan menambahkan lagi kepelbagaian program demi mendekatkan diri mereka kepada Islam dan membantu mereka dalam mendalami ajaran Islam. Di samping itu, program-program latihan seperti amalan dalam Islam juga hendaklah diadakan oleh pihak USK sendiri, JAIS, JAKIM dan lain-lain agensi bagi meningkatkan tahap kefahaman dan pelaksanaan dalam ajaran dan amalan Islam itu sendiri. Dan seterusnya laksanakan program susulan dan pemantauan mempertahankan aqidah dan pelaksanaan ibadah mereka seperti ibadah solat dan lain-lain. Meningkatkan kemajuan setiap kursus dari segi pengisiannya seperti memperkayakan modul dalam kursus-kursus atau program- 149

program supaya tajuk yang dimasukkan dalam setiap kursus yang diadakan tidak berulang atau sama dengan kursus yang lepas. Dalam lawatan pengkaji ke kelas Saudara Kita, pengkaji dapat melihat sendiri keadaan kelas-kelas pengajian yang masih memerlukan banyak bantuan dan pertolongan seperti tenaga pengajar, bahan bantu mengajar, bahan-bahan rujukan kelas dan sebagainya. Sepertimana yang kita ketahui, pengajian dalam kelas memerlukan guru atau tenaga pengajar yang terlatih dan berpendidikan tinggi untuk mengajar, mendidik dan membimbing Saudara Kita. Memberi kefahaman yang jelas tentang Islam dan memberi latihan, ujian peperiksaan dan ulangkaji semula sebelum memulakan tajuk baru. Dengan pengisian yang mantap, kefahaman yang jelas dan guru yang benar-benar mengambil berat tentang mereka akan lebih memberi kesan yang mendalam dalam jiwa Saudara Kita dan supaya dengan cara ini mereka lebih memahami dan mudah untuk mengingati pembelajaran secara berkesan. Langkahlangkah ini perlu direalisasikan oleh pihak USK sendiri, JAIS, JAKIM dan pihak yang terlibat dengan Saudara Kita. Selain itu juga, meramaikan pegawai bimbingan dan pegawai khas untuk memantau, memberi bimbingan dan memberi motivasi lebih kepada Saudara Kita selain pemerhatian daripada guru di dalam kelas juga perlu diresalisasikan. Selain daripada itu, pihak kerajaan juga boleh membantu mereka dari segi bahan untuk mengajar, bahan-bahan rujukan kelas dan sebagainya. Ini kerana untuk lebih memudahkan mereka dalam mempertingkatkan dan menambah ilmu pengetahuan tentang agama Islam itu sendiri. Di samping agensi-agensi kerajaan, pihak swasta juga dapat memainkan peranannya untuk membantu Saudara Kita. Antara langkah yang dapat dilakukan oleh agensi swasta ialah mengadakan 150

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada Saudara Kita. Melalui cara ini, golongan Saudara Kita dapat merujuk masalah mereka dan dapat meluahkan perasaan dengan cara yang betul. Ini dapat membantu mereka lebih bersemangat dalam mempelajari dan memahami agama baru mereka iaitu agama Islam. Dalam lawatan dan melalui perbualan pengkaji dengan kaum wanita Saudara Kita, keperluan meramaikan kaunselor agama khususnya dalam kalangan ustazah untuk menangani masalah kaum wanita Saudara Kita juga adalah amat diperlukan. Di samping keperluan menyedarkan masyarakat Islam tugas wajib membantu Saudara Kita juga amat penting. Lantaran itu, penglibatan semua pihak untuk membantu Saudara Kita atau muallaf amatlah diperlukan. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa usaha dalam membantu mereka dalam mendalami ajaran Islam bergantung kepada kemahuan seseorang individu Saudara Kita itu sendiri. Bantuan daripada pihak kerajaan, badan swasta dan badan NGO hanyalah sebagai sokongan tambahan sahaja. Hasil gabungan kerjasama antara semua pihak inilah yang akan menentukan kejayaan sebenar Saudara Kita dalam mendalami tentang Islam. 5.6 PENUTUP Hasil kajian manunjukkan bahawa kefahaman dan pelaksanaan ibadat khusus yang merangkumi ibadah solat, puasa, zakat dan haji dalam kalangan Saudara Kita di Urusetia Saudara Kita(USK), Kuching Sarawak adalah di tahap yang baik. Kajian ini juga merumuskan bahawa peranan dan tindakan pihak USK, JAIS dan yang terlibat dengan Saudara Kita dalam merangka dan melaksanakan program-program untuk Saudara Kita dapat membantu Saudara Kita memahami dan membimbing mereka dalam melaksanakan ibadat khusus tersebut. Apa yang paling penting adalah pihak 151

USK serta JAIS, Guru dan masyarakarat Islam haruslah bekerjasama dalam membantu Saudara Kita memahami dan membimbing mereka dalam melaksanakan ibadat khusus dan memahami tentang amalan dan ajaran Islam itu sendiri. Program dan kursus yang sedia ada dilaksanakan sekarang ini mampu membantu Saudara Kita memahami dan melaksanakan ibadat khusus tersebut dan jika ia ditambahbaikkan lagi sememangnya lebih memberi kesan yang memuaskan lagi. 152