KAJIAN TINDAKAN QUESTION HUNT TAJUK KAJIAN PERMAINAN QUENTION HUNT DALAM MENINGKATKAN PRESTASI DAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN LIMA

dokumen-dokumen yang mirip
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB IV METODOLOGI KAJIAN. mencapai objektif dan matlamat kajian. Metodologi kajian menjadikan kajian yang

Landskap merupakan satu daripada dua tajuk elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Sains Pertanian Tingkatan 3.

MEMPELBAGAIKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBANTU MURID-MURID TAHUN 5 MENGUASAI SIFIR DARAB 1 HINGGA 10. Oleh

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

OH, ITUNYA DARAB! Oleh. Chai Mei Ling ABSTRAK

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

BAB 4 ANALISIS DATA. dijalankan. Kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan sistem Statistical

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA AYAT-AYAT YANG MENGANDUNGI PERKATAAN GABUNGAN TIGA SUKU KATA TERBUKA KV + KV + KV. Oleh. Abdillah Bin Nurdin Asis

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR DENGAN KAEDAH JABAL (BUKIT)

BENTUK DAN JENIS PENGUJIAN DALAM PENGAJARAN

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

MASALAH PELAJAR DIPLOMA MEDIA DIGITAL (VIDEO & PENGAJIAN FILEM) TERHADAP PENCAPAIAN MARKAH TUGASAN

PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PGT Pengantar Penyelidikan dan Kajian Tindakan

CATATAN ANALISIS KANDUNGAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. prosedur menjalankan penyelidikan kajian. Pengkaji

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN. kajian ini secara terperinci. Ini kerana metodologi merupakan satu aspek yang penting

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

BESAR dan kecil. Oleh. Zailan Bin Jeman Sekolah Kebangsaan Tarat, Serian, Sarawak. Abstrak

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

BAB 5 SUMBER KEWANGAN

PENGAJARAN Sistem Nombor Perduaan Mengenal pasti nombor perduaan dan nombor perpuluhan

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

TAJUK 5: TEKNIK-TEKNIK MENINGKATKAN INGATAN. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO: RANSANGAN DAN PENEGUHAN

LAPORAN INOVASI INOVASI : FLIP NOTE

BAHAGI...OH...BAHAGI...! Oleh. Sinah anak Robinson Sekolah Kebangsaan Mubok Berawan, Serian, Sarawak. Abstrak

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

Sustainable Education 54

Jadual 4.11 : Matrik Analisis Temubual, Pemerhatian Dan Dokumen Berkaitan P&P Pendidikan Islam (P.I) KBSR

MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)

BAB TIGA METODOLOGI KAJIAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH /2 GEOGRAFI KERJA KURSUS Kertas 2 Februari Julai

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN AMALAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) MELALUI KONSEP REA (RISKS, EFFECTS, & ACTS)

BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MAT TGT.PER CAPAI ( + / - ) SPM GPMP % LULUS BIL.A JUM.LULUS JUM GAGAL BIL. A : 1

PAKEJ IMBUHAN: MENINGKATKAN PENGUASAAN IMBUHAN PELAJAR

Peperiksaan Penguasa Kastam

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

Pengajian Am (900) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES Sinopsis

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

KAJIAN TINDAKAN 2011

Program Latihan Untuk Guru 2015 PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 6 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUKUHAN TANAH - KAEDAH TAYLOR, KAEDAH CASAGRANDE SERTA PENGIRAAN ENAPAN TANAH

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

BAB KETIGA METODOLOGI KAJIAN. Di dalam bab ketiga ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian secara terperinci.

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

INSTRUMEN HADIS. Gerak Kerja - Dua Hadis pilihan pelajar. Pilihan Hadis 31-34

PANDUAN MENJAWAB PEPERIKSAAN

GARIS PANDUAN LAPORAN PROJEK PRAKTIKUM SHE 101/2 HUBUNGAN ETNIK SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2015 / 2016

Pengurusan Bilik Darjah

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KECEKAPAN GURU PELATIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA BAHASA CINA

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BAB 5: RUMUSAN DAN CADANGAN. membuat rumusan kepada kajian yang bertajuk Penguasaan Maṣdar : Satu Kajian Di

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN (RPH) 1. Menyenaraikan 5 jenis peribahasa. 3. Mendapat sekurang-kurangnya 5 peribahasa dan maksudnya.

BAB KELIMA TINJAUAN KEBERKESANAN MODUL

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU. 2jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

LAPORAN PENYELIDIKAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengumpul

BAB TIGA METODOLOGI PENYELIDIKAN. Bab ini akan membincangkan panduan dan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Penggunaan Kad Permainan dalam Pengajaran Kata Seerti/Seiras

SEMINAR PASCA SISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (GREDUC 2013)

UJIAN PERCUBAAN UPSR (AR3) DAERAH MERADONG 2016 SAINS Julai 2016 Kertas 2 1 Jam

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

5.0 POST-MORTEM DAN STRATEGI PENAMBAIKAN PRESTASI AKADEMIK

Abstrak. Penerapan Penanda Wacana dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis. Muhammad Faizrin Hashim

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

SS 5 Sangat Setuju TS 2 Tidak setuju S 4 Setuju STS 1 Sangat Tidak Setuju TP 3 Tidak Pasti

PERISIAN TOONDOO MEMBINA KEMAHIRAN MENULIS MURID

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Transkripsi:

KAJIAN TINDAKAN QUESTION HUNT TAJUK KAJIAN PERMAINAN QUENTION HUNT DALAM MENINGKATKAN PRESTASI DAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN LIMA OLEH : LING MEI TENG 89507 PENAMPANG, SABAH OGOS-SEPTEMBER 2012

ABSTRAK Kajian tindakan yang gurujalankan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Biologi bagi pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2012. Seramai41 pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan pemerhatian dan melalui penilaian keputusan peperiksaan semester satu 2012pelajar. Hasil daripada tinjauan, guru mendapati keputusan pelajar masih tidak mencapai ETR yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Di samping itu, kebanyakan pelajar berkeupayaan rendah turut gagal dalam peperiksaan tersebut. Daripada kertas peperiksaan yang telah diperiksa, mereka tidak menjawab kebanyakan soalan termasuklah soalan berbentuk melabel dan mengira. Pelajar juga tidak berminat dalam subjek Sains (Biologi, Kimia dan Fizik). Guru telah memperkenalkan Permainan Question Hunt. Melalui permainan ini, pelajar belajar sambil bermain. Pelajar yang berkeupayaan tinggi turut dapat membantu pelajar yang berkeupayaan rendah. Gred pelajar dalam ujia pos didapati meningkat dan pelajar yang selalunya tidak memberi jawapan telah cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan. Mereka telah lebih berminat dalam subjek ini berbanding sebelum kajian ini dilakukan. Belajar sambil bermain bukan sahaja berkesan dalam subjek Biologi sahaja tetapi sesuai untuk subjek lain seperti Geografi. 2

ISI KANDUNGAN ABSTRAK... 2 ISI KANDUNGAN... 3 1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN... 4 2. FOKUS KAJIAN... 5 3. OBJEKTIF KAJIAN... 5 4. KUMPULAN SASARAN... 5 5. PELAKSANAAN KAJIAN... 6 5.1 Merancang tindakan... 6 5.2 Pelaksanaan... 10 5.2.1 Ujian Pra... 10 5.2.2 Pembahagian Kumpulan... 10 5.2.3 Pelaksanaan Permainan... 11 5.2.4 Penerangan jawapan dan beri motivasi... 14 5.2.5 Ujian pos... 14 6 PERBINCANGAN... 15 6.1 Pemerhatian Dan Perbincangan... 15 6.2 Cadangan... 15 3

bilangan pelajar 1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Merujuk kepada analisa keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2011 dalam 1 kelas yang diajar oleh guru dan 1 kelas yang diajar oleh guru lain, keputusan dalam mata pelajaran Biologi bagi pelajar Tingkatan 4 adalah tidak memuaskan dan sangat lemah. Kebanyakan pelajar dalam kelas 5 Sains 2 tidak mempunyai minat dalam mata pelajaran Sains kerana mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk masuk ke aliran tersebut. Selain daripada itu, asas dalam mata pelajaran Sains semasa Tingkatan Tiga juga lemah. Pelajar daam kelas tersebut mempunyai pelajar yang mendapat gred D dalam mata pelajaran Sains. Kelas 5 Sains 1 turut amat membimbangkan guru kerana jurang akademik mereka amatlah jauh iaitu pelajar yang berpengetahuan tinggi boleh mencapai markah lebih daripada 80 manakala pelajar yang berpengetahuan rendah mendapat markah kurang daripada 20. Apabila mereka telah naik ke Tingkatan Lima, pelajar mempunyai tanggapan bahawa subjek-subjek Sains seperti Biologi, Kimia dan Fizik adalah susah dan membosankan. Mereka tidak berminat untuk belajar dan tidak mempedulikan markah mereka. Malah terdapat seorang pelajar pernah memberitahu guru bahawa, belajar atau tidak belajar, keputusan saya masih sama sahaja, gagal! Merujuk kepada Carta Bar dalam Rajah 1, 23 daripada 41 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Biologi gagal dalam peperiksaan semester 1. Ini bermakna lebih daripada 50% pelajar yang mendapat gred G dalam mata pelajaran ini. Selain daripada itu, hanya dua orang yang mendapat A- dalam mata pelajaran tersebut. 25 23 20 15 10 5 0 5 4 3 3 2 1 0 0 0 G E D C C+ B B+ A- A A+ gred Rajah 1: Bilangan Pelajar Melawan Gred Keputusan Dalam Peperiksaan Semester 1 4

Daripada pemerhatian guru, masalah utama yang timbul dalam kalangan pelajar adalah kurang minat terhadap subjek Biologi. Pelajar sering kali menganggap Biologi merupakan satu mata pelajaran yang melibatkan banyak fakta dan perlu memori yang baik untuk menghafal. Selain daripada itu, pelajar mempunyai sikap terus berputus asa sekiranya tidak dapat menyelesaikan sesuatu soalan. Walaupun dipujuk oleh guru berulang kali, mereka tidak ingin meneruskan latihan kerana menganggap bahawa mereka tidak boleh menyelesaikannya langsung. Sikap ini telah menyebabkan pelajar tidak ingin menjawab soalan di kertas dua kerana perlukan pengetahuan Biologi. Terdapat pelajar yang tidak menjawab bahagian esei dalam kertas dua. 2. FOKUS KAJIAN Dalam kajian ini, satu permainan Question Hunt telah dirancang dan dilaksanakan. Beberapa topik telah dipilih iaitu topik yang melibatkan pengiraan seperti pengiraan kalori makanan, ekologi populasi dan aliran tenaga dalam rantai manakan. Selain itu, topik yang turut dilibatkan adalah bab ekosistem. 3. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum Meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Biologi dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka dalam mata pelajaran tersebut. Objektif Khusus Meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Biologi. Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Biologi. 4. KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 41 orang pelajar Tingkatan 5 Sains SMK Bahang yang mengambil mata pelajar Biologi untuk SPM 2012. Jadual 1: Bilangan Pelajar mengikut Kelas dan Jantina Pelajar 4S1 4S2 Jumlah Perempuan 17 10 27 Lelaki 12 2 14 Jumlah 29 12 41 5

5. PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Merancang tindakan Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, guru telah menentukan aktiviti yang perlu dilaksanakan. Dalam fasa perancangan, guru perlu mendefinisikan konteks treasure hunt, topik yang terlibat dan jenis soalan. Selain itu, guru juga membuat perancangan dalam peraturan permainan, bilangan pelajar dalam kumpulan, tempat atau kawasan permainan, bilangan soalan yang diperlukan, dan masa untuk permainan. 5.1.1 DefinisiKonsep Question Hunt adalah sejenis permainan serupa dengan Treasure Hunt iaitumelibatkan satu atau lebih pemain yang cuba untuk mencari barang tersembunyi, lokasi atau tempattempat dengan menggunakan satu siri petunjuk. Dalam kajian ini, pelajar dikehendaki mencari soalan-soalan yang tersembunyi di kawasan-kawasan tertentu dan menjawab soalan tersebut. Jika soalan yang dijawap adalah betul, maka petunjuk untuk soalan yang kedua akan diberikan oleh guru. 5.1.2 Topik yang terlibat Kebanyakan soalan yang diambil daripada Bab 8 dan Bab 9 Tingkatan Empat. Ini kerana pelajar tidak dapat membuat soalan yang melibatkan pengiraan bagi Bab tersebut. Selain daripada itu, soalan daripada topik-topik lain turut dimasukkan. Senarai soalan ditunjukkan dalam Lampiran 1. 5.1.3 Jenis Soalan dan Bilangan Soalan Soalan yang terlibat dalam permainan ini adalah soalan jenis subjektif, termasuklah pengiraan, mengisi tempat kosong dan soalan struktur ringkas. Guru telah menyediakan 20 soalan dan diletakkan di kawasan-kawasan tertentu. 5.1.4 Peraturan permainan Pelajar terbahagi kepada kumpulan yang ditetapkan oleh guru. Pelajar tidak dibenarkan menukar kumpulan sesuka hati. Pelajar dibenarkan untuk merujuk kepada buku untuk mendapatkan jawapan yang betul. Selepas pelajar mendapat nota kecil daripada guru untuk mencari lokasi yang pertama, barulah permainan dimulakan. Pelajar yang telah berjaya mencarilokasi yang pertama akan mencari soalan di lokasi tersebut. Setelah 6

mendapat soalan, pelajar perlu berjumpa dengan guru unruk memberitahu jawapan yang betul. Setiap pelajar dalam kumpulan perlu memahami soalan dan berupaya menjawab soalan yang dicari. Setiap soalan perlu dijawab oleh pelajar yang berlainan dalam kumpulan tersebut. Kemudian, permainan diteruskan dengan pemberian petunjuk lokasi kedua daripada guru untuk mencari soalan yang seterusnya. Pelajar tidak dibenarkan mencari soalan kedua sekiranya soalan yang pertama belum berjaya dijawab dengan betul. Kumpulan yang paling cepat menperolehi semua soalan dan menjawab dengan tepat adalah pemenang. 5.1.5 Tempat / Kawasan permainan Kawasan permainan dijalankan adalah kawasan dewan terbuka sekolah dan kantin sekolah. Soalan-soalan klu dilekatkan di kawasan-kawasan yang tersembunyi untuk dicari oleh pelajar. Sebanyak 10 lokasi telah dikenalpasti untuk menyembunyikan soalansoalan tersebut. Rajah 2 menunjukkan peta lokasi soalan tersembunyi. PENTAS KIOSK USAHAWAN PONDOK KIOSK TIA TIANG NG BEN PON SURAT DOK SUR TONG KITAR G KIT BENDERA PONDOK KHABAR SEMULA TAPAK PERHIMPUNAN LALUAN KE KANTIN TAMAN PSK Rajah 2: Peta lokasi soalan KANTIN SEKOLAH 7

Petunjuk lokasi ditulis dalam nota kecil yang dipegang oleh guru. Petunjuk-petunjuk tersebut ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2: Petunjuk Lokasi dan Lokasi Bilangan Petunjuk Lokasi 1. Berita lampau Pondok surat khabar lama 2. Sampah bagi kamu, emas bagi kami. Tong kitar semula 3. Bersedia Belakang pentas 4. Journey of the life Pentas utama 5. Berkumpul kita di sini demi perjuangan hari ini Tiang-tiang di tapak perhimpunan 6. Tulang belakang tegak Tiang bendera 7. Fotosintesis & respirasi Taman PSK 8. Enzim pencernaan menjadi aktif. Tempat penjualan makanan di kantin 9. Enzim pencernaan mula berfungsi Meja di kantin 10. Sama-sama duduk, buatan rimba Pondok kioks 11. Usahawan berjuang Koisk 5.1.6 Masa permainan Guru menggunakan masa kelas tambahan untuk menjalankan aktiviti ini. Masa yang diambil adalah selama dua jam (2.00pm-4.00pm). Jadual 3 menunjukkan pembahagian masa untuk permainan ini. Jadual 3: Pembahagian masa Masa Aktiviti 15 minit Ujian pra 15 minit Pembahagian kumpulan dan penerangan peraturan 60 minit Permainan 15 minit Penerangan jawapan dan beri motivasi 15 minit Ujian pos 8

5.1.7 Bilangan pelajar dalam kumpulan Oleh kerana 5 Sains 1 dan 5 Sains 2 berada dalam kelas yang berasingan, guru akan menjalankan permainan ini selama dua hari yang berlainan. Pelajar 5 Sains 1 terdiri daripada 29 pelajar manakala pelajar 5 Sains 2 yang mengambil Biologi adalah seramai 12 orang. Maka, setiap kumpulan pelajar terdiri daripada 4 orang pelajar. Pelajar dalam kumpulan disusun oleh guru. Tujuan penyusunan demikian adalah supaya pelajar yang berpengetahuan tinggi dapat membantu pelajar yang berpengetahuan rendah, iaitu mendekatkan jurang akademik dalam kalangan pelajar. Jadual 1: Pembahagian Kumpulan Pelajar 5 Sains 1 dan 5 Sains 2 Kumpulan Pelajar Kumpulan Pelajar 1 Adeline Lee Ting 2 Tay Gladys Farahin JesslineSemon 3 Bernie Joikon Sheva Jayrin 5 Jeffery Liew Kazli Syafiq 7 Agnes Desmond Eddy Charlotte 9 Erecca Sandrah Theresa Kimberly Alexandra 4 Jessica Keith Winson Eldora 6 Fenella Jester Natalia Paul Chia 8 Bonyventure Randy Renee Elsie 10 Afnie Josephine Maitelinda Norah 9

Bilangan Pelajar 5.2 Pelaksanaan 5.2.1 Ujian Pra Gambar 1: Pelajar sedang menjawab Ujian Pra Sebanyak 20 soalan yang bakal ditanya dalam soalan permainan telah diberikan kepada pelajar untuk dijawab.carta bar dalam Rajah 2 menunjukkan bilangan pelajar dan keputusan mengikut gred untuk ujian pra. 25 20 15 10 Ujian Pra 5 0 A+ A A- B+ B C+ C D E G Gred Rajah 2: Bilangan pelajar melawan Gred Ujian Pra Analisis mendapati kebanyakan pelajar tidak menjawab soalan terutamanya soalan pengiraan. Pelajar memberitahu guru mereka telah lupa cara atau langkah mendapat jawapan. Selain itu, mereka tidak berminat dalam mata pelajaran Biologi kerana menganggapnya bosan dan perlu banyak mengingat. 5.2.2 Pembahagian Kumpulan Pelajar 5 Sains 1 terbahagi kepada tujuh kumpulan seperti dirancang manakala 5 Sains 2 terbahagi kepada 3 kumpulan. Sembilan kumpulan terdiri daripada empat pelajar dan sekumpulan 10

terdiri daripada lima orang pelajar. Semua pelajar hadir pada hari tersebut. Pembahagian pelajar dilakukan dalam masa yang ditetapkan kerana guru telah memberitahu pelajar kumpulan mereka sehari sebelum permainan dijalankan. Pelajar telah membawa buku rujukan dan buku teks sebagai rujukan. Pelajar kelihatan gembira dan berminat untuk mengikuti permainan ini. 5.2.3 Pelaksanaan Permainan Seperti yang dirancangkan, permainan dimulakan dengan pembahagian nota kecil petunjuk lokasi soalan telah diberikan kepada kumpulan pelajar. Masa permainan adalah selama 1 jam. Pelajar dibenarkan merujuk kepada buku rujukan untuk mendapatkan jawapan. Kesemua pelajar perlu menunjukkan jawapan kepada guru untuk mendapatkan petunjuk seterusnya. Gambar 2: Pelajar telah dapat mencari soalan dan sedang menyelesaikan soalan tersebut Gambar 2: Pelajar telah dapat mencari soalan dan sedang menyelesaikan soalan tersebut 11

Gambar 3: Pelajar telah dapat mencari soalan dan sedang menyelesaikan soalan tersebut Gambar 4: Pelajar merujuk kepada buku rujukan untuk menjawab soalan Gambar 5: Menyelesaikan soalan yang berada di pasu bunga di Taman PSK 12

Gambar 6: Berbincang untuk mendapatkan jawapan Gambar 7: Berusaha menyelesaikan soalan Gambar 8: Menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh 13

Bilangan Pelajar 5.2.4 Penerangan jawapan dan beri motivasi Gambar 9: Merujuk kepada buku dan perbincangan Guru menerangkan jawapan kepada pelajar dan memberitahu jawapan sebenar kepada pelajar. Guru meneruskan dengan sesi soal jawab kepada pelajar. Selepas selesaikan aktiviti soal jawab, guru memberi motivasi kepada pelajar bahawa mereka boleh menjawab soalan dan mampu menghadapi peperiksaan SPM yang akan datang sekiranya mereka berusaha. 5.2.5 Ujian pos Guru telah meneruskan kajian ini dengan memberi ujian pos kepada pelajar. Ujian pos ini dijalankan dalam makmal Biologi sebaik sahaja aktiviti selesai dijalankan. Soalan ujian pos adalah hampir serupa dengan ujian pra. Soalan-soalan tersebut dikeluarkan daripada topik yang sama, terutamanya soalan berbentuk pengiraan. Ujian pos dijalankan selama 15 minit. Carta bar dalam Rajah 3 menunjukkan perbezaan gred ujian pra dan ujian pos untuk pelajar 5 Sains 1 dan 5 Sains 2. 25 20 15 10 5 Ujian Pra Ujian Pos 0 A+ A A- B+ B C+ C D E G Gred Rajah 3: Perbezaan gred Ujian Pra dan Ujian Pos 14

6 PERBINCANGAN 6.1 Pemerhatian Dan Perbincangan Question Hunt merupakan satu aktiviti yang berjaya menarik minat pelajar dalam subjek tertentu. Mereka berasa seronok apabila boleh bermain sambil belajar. Daripada peningkatan gred yang, guru mendapati pelajar telah berjaya menjawab soalan yang selama ini dibiarkan kosong. Walaupun masih terdapat pelajar yang memberi jawapan yang tidak tepat, tetapi sekurangkurangnya mereka telah cuba menjawab dan tidak menhantar kertas tanpa jawapan kepada guru. Walaupun Treasure Hunt (mencari harta karun) adalah satu permainan, tetapi kaedah permainan mampu menarik minat pelajar untuk terus meneroka dalam subjek tertentu. Pelajar yang kurang aktif dalam kelas dan bersifat pendiam menunjukkan sikap yang positif apabila membuat aktiviti dalam kumpulan melalui permainan. Pelajar bertungkus lumus untuk mendapatkan jawapan daripada buku rujukan dan buku teks, di mana jarang-jarang sekali disentuh oleh pelajar kerana tidak berminat dalam subjek tersebut. 6.2 Cadangan Kaedah permainan mencari harta karun bukan sahaja sesuai untuk subjek Biologi, malah permainan ini sangat sesuai untuk subjek Geografi. Ini merana pengkaji boleh menyediakan peta dan meminta pelajar mencari lokasi harta karun dengan menggunakan kompas. Ini secara langsung membantu meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar terhadap Geografi di samping membolehkan pelajar mengaplikasikan terus pengetahuan menggunakan kompas. 15