Laporan Pembuktian LMCK2922 & HHHC9701/HHHC9801 NAMA : NUR ADDINI BINTI AGUS NOMBOR MATRIK : A PROGRAM : SAINS BIOPERUBATAN/3

dokumen-dokumen yang mirip
Borang Kontrak Pembelajaran Aktiviti Kursus LMCK2922 & HHHC9701/HHHC9801

Kontrak Pembelajaran Kokurikulum. Kod Kursus. Aktiviti/Projek. Biodata Pelajar

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN

Kontrak Pembelajaran Kokurikulum. Kod Kursus. Aktiviti/Projek. Biodata Pelajar. gambar

HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A NAMA PROGRAM KELAS TAMBAHAN SUBJEK KRITIKAL TAHUN 1 FTSM

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK SET3 SEMESTER TAJUK: LAPORAN AKHIR

CHIA CHONG YANG A143398

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMIRAH BINTI MOKHTAR NOMBOR MATRIK A146234

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

HHHC9401: NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Pelan Strategik KTSN Ke Arah Pembangunan Insaniah Pelajar. Prof. Madya Dr. Ruzita Abd. Talib Pengetua

LAPORAN JAWATANKUASA MULTIMEDIA PROGRAM MUTIARA INSPIRASI KELAB SAHABAT 1 MALAYSIA KOLEJ TUN SYED NASIR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA NO MATRIK

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. HHHC9401 Set 5 Sesi /2014 : NURUL AMIRA BINTI MOHAMAD SALLEH

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN

KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Pendokumentasian Kemahiran Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Satu hari nanti, semua kanak-kanak di Malaysia akan mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik.

ARAHAN: ( )

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME HHHC9401. Set 5 Sesi /2014 : KETUA PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Set5 Sem 1 ( 2015/2016) DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK ANUAR BIN PUTIH DISEDIAKAN OLEH :

Laporan Komunikasi Efektif (LMCK1331 Set86) Nama : Ooi Kah Yen No. Matrik : A Tajuk Drama : Akulah Tanggang Peranan dalam drama : Watak Susan

KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN HHHC9501 KEM REMAJA WAWASAN (KREW) TARIKH: SEPTEMBER 2014 TEMPAT:

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

PROSEDUR PERMOHONAN MERIT PROGRAM

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

GARIS PANDUAN AMALAN PROFESIONAL LATIHAN PERGURUAN PRAPERKHIDMATAN

Anugerah Kecemerlangan Pelajar

HHHC 9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

SISTEM MERIT KOLEJ TUN SYED NASIR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

SISTEM MERIT KOLEJ TUN SYED NASIR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

TARIKH MULA PERANCANGAN HINGGA PERLAKSANAAN PROGRAM : 12/12/2014 6/4/2014

ESS 222 AKTIVITI KO-KURIKULUM

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

LAPORAN HC KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA : SHARIFAH NADZIRAH BINTI SYED MUTHADZA ALAM SHAH ( A144662)

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

LMCK2811 SOSIAL & KEBERTANGGUNGJAWABAN JABATAN KEJURURAWATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN TAHUN 1/ SEMESTER 2

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESSIONAL TAJUK: LAPORAN PROGRAM SEGENGGAM BUDI, SEGUNUNG HARAPAN (INSTITUTE-HEARS, UKM)

LAPORAN SETIAP POST KEJOHANAN BADMINTON PIALA TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI (HASCUP) 2013 TARIKH MEI 2013

LAPORAN CENDERAMATA KAYUHAN AMAL DAN SIHAT 5 (KASIH 5) KOLEJ IBU ZAIN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PENDENGARAN

KURIKULUM KURSUS TAHAP KECEKAPAN 3 BAGI PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL (N44)

PELAN STRATEGIK (PENJANAAN AKADEMIK)

blgerkompkipgkblgerkompkipgkbl

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT LAPORAN ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN SUKU TAHUN KEDUA 2015

INSTRUMEN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) INSTRUMEN GENERIK

BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM UNISEL. Pengkhususan/Major: Penyeliaan 1 Penyeliaan 2 Penyeliaan 3. Sekolah :

ETIKA DAN PROFESIONALISME

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM PDPLI MASALAH PEMBELAJARAN

LAPORAN AKHIR KEMAHIRAN INSANIAH KEMAHIRAN KOMUNIKASI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PENDENGARAN

NAMA PROGRAM: PERTANDINGAN PERTOLONGAN

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

Portfolio, Bidang Tugas dan Tanggungjawab

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (Laporan antara 8-10 muka surat)

Tan Chai Li (A144734) No HP:

1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia

LAPORAN LMCK1621 ETIKA DAN PROFESIONAL SET 130 SESI 2015/16 TAJUK : PROGRAM 3R (REUSE, REDUCE AND RECYCLE) NAMA : MOHD AFAA BIN AHMAD A150921

LAPORAN HASIL PEMBELAJARAN LMCK 2711 TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR PROGRAM : HARI KESEDARAN ALAM SEKITAR FTSM 2015 TARIKH : 30 MEI 2015

Sustainable Education 54

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA J A W A T A N K O S O N G

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

KERTAS KERJA PROGRAM JALINAN UKHUWAH PUSAT CITRA UNIVERSITI DENGAN RUMAH PENGASIH WARGA PRIHATIN, SG RAMAL TARIKH 10 MEI 2015

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKAT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG PENILAIAN PRAKTIKUM

BAB KEENAM RUMUSAN, SARANAN DAN PENUTUP. kawasan tersebut. Bab ini diakhiri dengan saranan dan cadangan kepada PAS Pusat, PAS

LAPORAN AKHIR HHHC9301 PENGURUSAN MAKLUMAT & PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (SET 5) PROGRAM UKM FLY HIGH AUSTRALIA

LAPORAN KEMAHIRAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC 9101) PROGRAM XPDC KEMBARA SISWI KOLEJ DATO ONN SESI 2013/2014 TARIKH:

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT LAPORAN ADUAN DAN MAKLUM BALAS PELANGGAN SUKU TAHUN KEEMPAT 2015

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

(KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN

HHHC9401 (KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME)

SOALSELIDIK MENGENAI PENGUASAAN HASIL PEMBELAJARAN, KEMAHIRAN INSANIAH DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR UTHM

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME (SET 45)

LAPORAN LAWATAN KE BANK NEGARA MALAYSIA 11 DISEMBER 2014 SASANA KIJANG BANK NEGARA MALAYSIA NO. 2, JALAN DATO ONN KUALA LUMPUR

TEKS UCAPAN Y.BHG. REKTOR SEMPENA MAJLIS ANUGERAH DEKAN SEMESTER II SESI 2005/2006 DAN SEMESTER I SESI 2006/2007

LAPORAN KURSUS HHHC 9601 LN00029/2015 BIODATA PELAJAR NUR HAKIMAH BINTI ISMADI. UNIVERSITI, THAILAND EXCO PENGANGKUTAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BORANG BIMBINGAN PRAKTIKUM MASALAH PEMBELAJARAN

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA PENSYARAH: DR MD. NOR BIN ABDULLAH NAMA PELAJAR: FATIMAH BINTI HUSSIN

PENGURUSAN MAJLIS RASMI. Anwar Mohd Zain Unit Komunikasi Korporat

Transkripsi:

Laporan Pembuktian LMCK2922 & HHHC9701/HHHC9801 NAMA : NUR ADDINI BINTI AGUS NOMBOR MATRIK : A144534 PROGRAM : SAINS BIOPERUBATAN/3

NAMA PROJEK : CELEBRATION OF EXCELLENCE (MAKAN MALAM KOLEJ) Program Celebration of Excellence Kolej Tun Syed Nasir merupakan majlis makan malam tahunan kolej yang diadakan pada setiap sesi penghujung akademik. Program ini merupakan anjuran majlis eksekutif pelajar, Kolej Tun Syed Nasir. Pada kali ini iaitu sesi 2014/2015, kesepakatan telah dicapai dan konsep kejutan telah dipilih dengan tema yang begitu menarik untuk para mahasiswa/i iaitu Mysterious Night. Acara ini adalah satu luahan kolaborasi dan persepakatan mahasiswa/i untuk mengintepretasikan tanda ingatan terakhir dan penghargaan kepada pelajar tahun akhir khususnya. Pada mulanya majlis tahunan ini dirancang untuk diadakan pada waktu malam tetapi oleh kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan majlis makan malam ini telah ditukar kepada majlis makan tengahhari. Majlis makan tengahhari ini telah diadakan pada 23 Mei 2015 di restoran D Saji yang terletak berdekatan dengan Tasik Titiwangsa. Pada hari kejadian, majlis makan tahunan ini telah berjalan dengan lancar walaupun majlis bermula agak lambat daripada masa yang dijadualkan kerana terdapat masalah pada sistem teknikal. Program ini diadakan dengan tujuan untuk memupuk perpaduan dan mengeratkan silaturahim di antara semua penghuni Kolej Tun Syed Nasir sekaligus menobatkan kecemerlangan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar. Matlamat program ini diadakan adalah untuk meneruskan budaya dalam memupuk perpaduan antara para pelajar dan pihak pengurusan kolej dan menjadikan majlis ini sebagai salah satu platform penghargaan kepada mahasiswa dan mahasiswi di kolej ini yang cemerlang dalam menjayakan kompetensi generik khususnya pelajar tahun akhir. Melalui majlis makan tahunan ini juga, kita dapat memupuk perpaduan dalam kalangan warga kolej dan juga pihak pengurusan kolej, memberi penghargaan kepada pelajar tahun akhir dalam menjayakan kompetensi generic, memperkemaskan lagi kemahiran kepimpinan yang ada pada pelajar seperti menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan mengagihkan tugas, dan sebagainya, melatih para pelajar dalam kemahiran komunikasi seperti menggunakan kemahiran bukan lisan, mendengar dan memberi maklum balas yang relevan dengan cepat.

Pada akhir projek ini, saya / kami akan mencapai hasil pembelajaran berikut: HP1 Kemahiran Komunikasi Efektif - Berkebolehan untuk berkomunikasi dan berinteraksi secara efektif dan strategik. - Berkemahiran mengguna bahasa profesional. - Berkemampuan untuk menguruskan maklumat dan berinteraksi dengan media. HP2 Kemahiran Kepimpinan & Kreativiti - Menunjukkan kemahiran mengarah atau menyelaras kerja-kerja ahli kumpulan. - Memimpin kumpulan secara terancang ke arah mencapai matlamat. - Berfikir secara mendalam dan memberikan pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea. - Berfikir secara kreatif melalui analisis, mentafsir dan menilai dalam mencapai satu kesimpulan yang kukuh. HP3 Kemahiran Pemikiran Kritikal & Penyelesaian Masalah - Berfikiran rasional, mampu meneliti pengalaman lalu, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan. - Mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan penyataan yang dikemukakan oleh pihak lain. - Mengutamakan kejituan, objektiviti dan inginkan kejelasan serta ketepatan, sentiasa mempunyai maklumat yang cukup. - Mencari alternatif dalam apa jua keadaan. HP4 Kemahiran Etika & Profesional - Menguasai tingkahlaku yang diharapkan dari seorang profesional pada peringkat personal (diri sendiri), organisasi (Fakulti/Universiti) dan korporat (kerjaya). - Mempamerkan tahap kompetensi, akauntibiliti, tanggungjawab, sikap boleh melaksanakan tugasan secara berintegriti, amanah dan boleh membuat keputusan secara bijaksana. HP5 Tanggungjawab Alam Sekitar - Mengenalpasti isu alam sekitar dan impaknya kepada masyarakat. - Memperlihatkan kompetensi pemahaman isu pemuliharaan alam sekitar. - Memperlihatkan kesedaran dan keprihatinan terhadap isu kebersihan alam sekitar demi kepentingan pemuliharaan alam sekitar

HP6 Kemahiran Sosial & Kebertanggungjawaban - Mengenalpasti kesedaran tentang peranan sosial dan tanggungjawab mereka kepada diri, keluarga dan masyarakat. - Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam menangani kepelbagaian masyarakat. - Meningkatkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban sehingga menghasilkan perubahan dan impak positif kepada masyarakat setempat. Laporan Pembuktian Dalam program ini, saya telah memegang jawatan sebagai sekretariat persembahan. Kesemua ahli sekretariat persembahan Celebration of Excellence adalah seramai enam orang termasuk dua orang exco. Sebelum berlangsungnya majlis ini, kami semua telah mengadakan perjumpaan sebanyak enam kali. Perjumpaan ini telah diadakankan untuk merangka persembahan yang akan diadakan semsa majlis berlangsung dan juga untuk memastikan kelancaran majlis ini. HP1 : Kemahiran Komunikasi Efektif Sebagai sekretariat persembahan, saya telah diarahkan oleh exco persembahan untuk mencari pelajar-pelajar Kolej Tun Syed Nasir yang berminat untuk melakukan persembahan ketika majlis makan tengahhari berlangsung. Persembahan ini diadakan untuk memeriahkan lagi majlis ini dan untuk menghiburkan warga kolej sepanjang majlis berlangsung. Untuk itu, saya telah banyak berjumpa dan berhubung dengan pelajar-pelajar yang mahu membuat persembahan. Saya juga telah menggunakan media sosial facebook untuk mencari pelajar-pelajar yang berminat. Selain itu, terdapat kumpulan band yang akan membuat persembahan dan mereka memerlukan alat muzik. Oleh kerana itu, saya dan rakan sekretariat yang lain telah menghubungi Pusat Citra UKM untuk proses peminjaman alat-alat muzik. HP2 : Kemahiran Kepimpinan & Kreativiti Setelah menjumpai kumpulan-kumpulan pelajar yang memang pasti bahawa mereka akan menyertai persembahan itu, setiap ahli sekretariat dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan memantau kumpulan tersebut. Antara perkara yang saya lakukan adalah menetapkan hari latihan dijalankan, memastikan setiap ahli kumpulan tersebut hadir ketika latihan, memaklumkan kepada mereka sekiranya ada perjumpaan dan latihan dan memastikan setiap keperluan mereka untuk persembahan cukup. Ini bukan perkara yang mudah kerana, contohnya, setiap ahli dalam kumpulan itu mungkin tidak dapat hadir ke latihan pada hari tertentu kerana mereka mempunyai komitmen yang lain, oleh itu saya perlu memikirkan hari yang sesuai bagi memastikan setiap ahli kumpulan tersebut dapat hadir ke latihan. Selain itu, antara ahli sekretariat kami selalu mengingatkan antara satu sama lain tentang tugasan-tugasan yang perlu kami lakukan.

HP3 : Kemahiran Pemikiran Kritikal & Penyelesaian Masalah Seperti yang saya katakan tadi, sebagai penyelaras kepada sesuatu kumpulan, saya perlu memastikan setiap ahli kumpulan hadir ketika latihan. Ini bukan perkara yang mudah kerana, contohnya, setiap ahli dalam kumpulan itu mungkin tidak dapat hadir ke latihan pada hari tertentu kerana mereka mempunyai komitmen yang lain, oleh itu saya perlu memikirkan hari yang sesuai bagi memastikan setiap ahli kumpulan tersebut dapat hadir ke latihan. Selain itu, ketika seminggu sebelum majlis berlangsung terdapat satu daripada kumpulan di bawah pengelolaan saya telah menarik diri daripada persembahan kerana sebab-sebab tertentu. Dalam masa yang singkat, amat payah untuk mencari kumpulan persembahan yang baru kerana masa untuk berlatih yang amat pendek. Untuk menggantikan kumpulan persembahan tersebut, saya telah memujuk salah seorang rakan yang saya kenali, yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian untuk melakukan persembahandan beliau akhirnya bersetuju. HP4 : Kemahiran Etika & Profesional Ketika seminggu sebelum majlis berlangsung terdapat satu daripada kumpulan di bawah pengelolaan saya telah menarik diri daripada persembahan kerana sebab-sebab yang tertentu. Dalam masa yang singkat, amat payah untuk mencari kumpulan persembahan yang baru kerana masa untuk berlatih yang amat pendek. Walaupun pada waktu itu saya berasa amat tidak puas hati kerana mereka memaklumkan perkara tersebut pada saat- saat akhir saya tidak mudah melatah seperti memaki hamun mereka dan menerima alasan yang diberikan mereka dengan baik. Di samping itu, sekiranya ada perjumpaan antara ahli sekretariat, saya sentiasa hadir tepat pada waktunya dan sekiranya saya tidak dapat hadir, saya akan maklumkan kepada ahli sekretariat yang lain. Setiap tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya, saya lakukan dengan bersungguh-sungguh. HP5 : Tanggungjawab Alam Sekitar Untuk mencukupkan dana bagi majlis ini, organisasi telah menganjurkan pesta makan. Oleh itu, setiap ahli organisasi telah dipertanggungjawabkan untuk memantau tapak pesta makan dijalankan. Semasa hari saya ditugaskan, saya dan rakan ahli organisasi yang lain juga sering mengingatkan penjual-penjual untuk membuang sisa-sisa makanan di tempat yang telah disediakan. Setelah pesta makan tamat, saya dan ahli-ahli organisasi yang lain telah membersihkan tapak pesta makan tersebut. HP6 : Kemahiran Sosial & Kebertanggungjawaban Sepanjang program ini berlangsung, saya dan ahli-ahli organisasi yang telah bergaul dengan baik walaupun terdapat perselisihan. Saya juga telah melakukan setiap tugasan saya dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Semasa memantau dan menyelaras kumpulan persembahan, saya telah belajar untuk mengamalkan sikap toleransi terhadap orang lain.

Gambar Gambar 1 : Ketika raptai persembahan Gambar 2 : Antara kumpulan persembahan di bawah pengelolaan sekretariat persembahan.

LAPORAN POST-MORTEM SEKRETARIAT PERSEMBAHAN CELEBRATION OF EXCELLENCE 2014/2015 KOLEJ TUN SYED NASIR Exco Persembahan : Julamri Bin Johor (Exco 1) A139394 Siti Firzada Arwani Binti Fikri (Exco 2) A140892 AJK Persembahan : Noorsana Binti Hosni A144495 Illya Syahirah Binti Mohd Taib A144533 Yang Adlina Binti Zulkifly A149457 Nur Addini Binti Agus A144534 Gerak Kerja Tarikh Masa Aktiviti Tempat 10/3/2015 9:30 pm- Selasa 11:30 pm Mesyuarat 1 Bersama Sekretariat Kafeteria KTSN 22/3/2015 9:30 pm- Ahad 11:30 pm Mesyuarat 2 Bersama Sekretariat Kafeteria KTSN 25/3/2015 9:30 pm- Mesyuarat 3 Bersama Wakil Rabu 11:30 pm Persembahan Bilik MEP KTSN 22/4/2015 9:30 pm- Mesyuarat 4 Bersama Wakil Rabu 11:30 pm Persembahan Perkarangan DSG 7/5/2015 9:30 pm- Mesyuarat 5 Bersama Wakil Khamis 11:30 pm Persembahan Bilik Bunga Raya 14/5/2015 9:30 pm- Rabu 11:30 pm Mesyuarat 6 Bersama Sekretariat Perkarangan DSG 15/5/2015 9:30 pm- Khamis 11:30 pm Pemantauan Persembahan Oleh MEP Perkarangan KTSN 23/5/2015 8:30 pm- Full Rehearsal Bersama Sekretariat Sabtu 11:30 pm Protokol Court Bola Tampar 28/5/2015 9:30 pm- Khamis 11:30 pm Mesyuarat 6 Post-Mortem Bilik Bunga Raya KELEMAHAN 1) Kekerapan penukaran tarikh menyukarkan keadaan menyebabkan banyak persembahan tarik diri. 2) Tiada alatan/ instrumen yang lengkap di KTSN menyebabkan ramai mahasiswa/i tidak berminat untuk mengambil bahagian dalam persembahan COE. 3) Tiada bilik khas/ bilik yang sesuai untuk berlatih memandangkan DSG sedang dinaiktaraf. 4) Masalah teknikal muncul semasa rehearsal yang menyebabkan perjalanan rehearsal tidak lancar. 5) Tidak mendapatkan nama kumpulan bagi setiap persembahan. 6) Terdapat peserta persembahan yang mengenakan pakaian yang terlalu menjolok mata. 7) Tidak dapat merekod masa untuk setiap persembahan. 8) Sekretariat persembahan gagal merakam semua persembahan yang dipersembahkan.

KEKUATAN 1) Band + Instrumen merupakan persembahan yang rare dan boleh jadi permulaan yang bagus untuk persembahan Majlis Makan Malam KTSN yang akan datang. 2) Komitmen dan kerjasama yang baik antara sekretariat dan wakil persembahan. 3) Komunikasi yang efektif antara sekretariat persembahan. CADANGAN 1) KTSN perlu menyediakan alatan/ fasiliti/ instrument muzik untuk menarik minat mahasiswa/i bermain muzik. 2) Masalah teknikal yang berlaku boleh diatasi jika wakil teknikal turut serta dalam menyuarat bersama pihak D Saji Titiwangsa. 3) Wakil daripada band sendiri menginginkan alatan musik moden ada di kolej KTSN. 4) Mendapatkan nama kumpulan bagi setiap persembahan agar majlis nampak lagi hebat. 5) Merekod masa yang penuh untuk setiap persembahan atau perbanyakkan AJK Persembahan agar dapat membantu merekod masa setiap peserta persembahan. 6) Sentiasa mengingatkan mengenai adab pemakaian peserta persembahan dan peserta persembahan perlu membawa pakaian yang akan dikenakan semasa hari kejadian untuk diperiksa kesesuaian pakaian tersebut. 7) Penyanyi perlulah diadakan uji bakat untuk mendapatkan lagi penyanyi yang berbakat. Disediakan oleh: Noorsana NOORSANA BINTI HOSNI Setiausaha, Sekretariat Persembahan, Celebration Of Excellence 2014/2015, Kolej Tun Syed Nasir UKM.