Penggerakkan Doa Kesatuan Doa (PU) Cadangan dan Peraturan Asas

dokumen-dokumen yang mirip
PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

PERANCANGAN BANDAR & WILAYAH DI MALAYSIA:

MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA. Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH

Penubuhan Persatuan Penduduk Kampung

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

Tinjauan Kelas Peralihan di Malaysia: Suatu Kajian untuk Menilai Keberkesanannya

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

ECO-SCHOOLS. Helaian Sumber Fasilitator 9 Pemerolehan Anugerah

INISIATIF PPPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH PERKUKUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

Memorandum Mengenai: 1. Pertambahan Masa Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tahap I Di SJKC dan SJKT.

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

KURSUS PENDEDAHAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT

PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)

Amalan Dengan Ketekunan Wajar. 5. Siapa Yang Harus Melaksanakan Ketekunan Wajar? 6. Apakah Skop Sesuatu Kajian Semula Ketekunan Wajar?

Model Pengurusan Strategik

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

Pendapatan Isi Rumah. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Memorandum Pendidikan

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

ARAHAN: ( )

Bahagian Tiga. Mempengaruhi Ekosistem Pelaporan Kewangan Dan Memanfaatkan Sokongan Pihak Berkepentingan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

D.R. 9/2010 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Keretapi DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

KAJIAN KES: PERNIAGAAN HOMESTAY OLEH KOPERASI

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

2.0 PENYATAAN MASALAH

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

SULIT 1249/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI PERLIS SEJARAH.

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

KAJIAN TERHADAP MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Panduan Menyediakan Buku Log Pengakap

CHIA CHONG YANG A143398

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

INDUSTRY/ COMMUNITY IN THE CLASSROOM (INDUSTRI/ KOMUNITI DALAM KULIAH)

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

1.0 Misi Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Khidmat Masyarakat dalam. Kegiatan Kokurikulum PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

GP1 : GARISPANDUAN JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

DORONGAN DAN KERJA BERPASUKAN. Oleh: Najwa Ahmad Zawawi Unit Perkhidmatan, BSM.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

Borang soal selidik iklim keselamatan perkerjaan Nordic

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

SKW 101 Pengantar Perancangan dan Pengurusan Pembangunan

DASAR PENGURUSAN REKOD ARKIB ELEKTRONIK DAN

12 Senat Ke Oktober 2009 Min. 2641[B][v] - Pelaksanaan Kaedah Alternatif Pemeriksaan Tesis Doktor Falsafah [Mod Penyelidikan] 1. Prosedur untuk

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH MALAYSIA 2015

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

بسم هللا الرحمن الرحيم

PRAYERUNITED JULI 2016

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

Program Menara Impian diadakan pada 20 hingga 22 Disember 2013 di Kolej Matrikulasi. Melaka yang bertemakan merintih keperitan menggapai kejayaan.

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PERLEMBAGAAN KELAB SETEM DAN FILATELI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENCONGAK FAKTA ASAS DARAB MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN DOMINO. Oleh: Aida Ibrahim

ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN DEBAT PIALA MENTERI BESAR PERAK 2017

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

BUKU PANDUAN PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *

INSTITUT KEPIMPINAN PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA

Transkripsi:

Penggerakkan Doa Kesatuan Doa (PU) Cadangan dan Peraturan Asas 1. Pendahuluan Kami di PU telah mengembara bersama-sama semenjak pertemuan pertama kami pada 5 Julai 2012. Kami bermula dengan dua buah objektif, seperti yang tertera dalam pengumuman yang dilakukan sejurus selepas pertemuan kami tersebut: Untuk mendirikan sebuah pergerakan doa yang bersatu padu antara seluruh gereja yang akan mengatur pendoaan dan memperketatkan kesatuan di antara semua umat Kristian, dan Untuk mencabar seluruh gereja untuk berdoa bersama-sama demi transformasi seluruh masyarakat dan negara. Walaupun terdapat pelbagai cabaran di sepanjang perjalanan semenjak penubuhan PU, pergerakan ini telahpun tiba pada kedudukan yang amat memberansangkan. Sepanjang tahun ini, sudah pun terdapatnya perbincangan, sama ada secara persendirian ataupun di peringkat jawantankuasa terlibat, mengenai bagaimana PU harus maju untuk memperkukuhkan alasan untuk berdoa di seluruh gereja. Cadangan yang dibuat di sini bertujuan menggabungkan bersama beberapa pendapat penting tentang cara mengendalikan isu ini, selain daripada meningkatkan kualiti kehidupan berdoa seluruh gereja Malaysia ke tahap yang seterusnya. Apakah antara isu-isu yang harus dipertimbangkan oleh kita semua? Pertama sekali, terdapat kebahayaan di mana terdapat beberapa orang yang menjadi sangat teruja oleh acara besar seperti perhimpunan doa dan persidangan tetapi mereka mengabaikan doa dalam kehidupan peribadi dan keluarga mereka, termasuklah kehidupan berdoa dalam gereja tempatan masing-masing mereka. Hal ini adalah sebuah kebahayaan yang harus ditegahkan sama sekali. Kedua, kami ingin menggalakkan semua jaringan untuk mempertimbangkan cara kita boleh memperkukuhkan pergerakan doa dalam jaringan, gereja dan denominasi kita sendiri. Ketiga, kami ingin menekankan kepentingan memulakan doa 24/7 di seluruh negara. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai cabaran praktikal serius yang menghalang. Sebagai contoh, hampir tiada gereja yang boleh meneruskan usaha doa 24/7 yang asli secara dirinya sendiri. Sehingga kita berupaya menyelesaikan isu ini, usaha merealisasikan doa 24/7 kita tidak akan tercapai. Cadangan berikut adalah sebuah rangka panduan atau set peraturan asas untuk seluruh PU. Semuanya bukanlah peraturan yang harus diikuti secara menyeluruh daripada semua jaringan PU. PU adalah sebuah persekutuan yang melibatkan semua yang ingin datang untuk berdoa bersama-sama, dan bukanlah sebuah organisasi yang keras dengan peraturan yang harus dipatuhi oleh semua orang. Namun begitu, sekiranya kita ingin maju bersama-sama, kita perlu bersetuju dengan beberapa peraturan asas yang membimbing kita dalam kehidupan dan pekerjaan kita bersama. 2. Menggerakkan Gereja untuk Berdoa Menggerakkan seluruh gereja untuk berdoa haruslah dilakukan di pelbagai tahap yang berikut:

Individu dan keluarga Gereja-gereja tempatan Denominasi dan kumpulan-kumpulan gereja (KMF, AG, etc.) Menara doa/ Pusat doa/ Mezbah Doa 24/7 Kami ingin mencadangkan agar kami di PU melakukan perkara yang berikut: 2.1. Individu dan keluarga I. Mencabar setiap individu untuk mengekalkan doa peribadi harian mereka, sekurang-kurangnya sejam setiap hari. Aktiviti ini boleh dilakukan secara sekaligus pada waktu pagi atau petang, atau dibahagikan kepada beberapa slot setiap hari. Setiap keluarga harus menetapkan masa untuk membaca Alkitab dan berdoa bersama-sama. 2.2. Gereja- gereja Tempatan Setiap gereja tempatan harus menetapkan sebuah slot masa tetap pada setiap minggu bagi perjumpaan doa mereka. Sesetengah gereja menetapkan satu malam, sekali seminggu bagi mereka datang bersama-sama untuk berdoa. Sesetengah pula melakukannya pada hari Ahad, sebagai sebahagian daripada ibadah hari minggu mereka. Manakala terdapat juga yang menetapkan masa berdoa mereka di perjumpaan kelompok-kelompok sel mereka pada setiap minggu. Tidak terdapat pun satu kaedah sahaja untuk melakukan kewajipan ini. Namun begitu, cabaran untuk setiap gereja termasuklah: I. Masa yang mencukupi untuk pemujian dan penyembahan, serta doa syafaat harus mencukupi. Semuanya takkan memadai sekiranya kita setakat ingin cepat-cepat menghabiskan perjumpaan doa kita dalam 20-30 minit. Sekiranya perjumpaan doa adalah sebuah masa di mana semua orang boleh datang dan berdoa dengan sepenuh hati, maka masa paling singkat yang ditetapkan haruslah sekurang-kurangnya 1-2 jam sebagai panduan. Apakah perkara yang patut kita doakan? Adalah sedih sekali di perjumpaan doa dan kelompok sel kebanyakan gereja, hampir kesemua masa dihabiskan untuk perkongsian dan berdoa untuk isu-isu peribadi seperti kesakitan, masalah rumah tangga, masalah anak-anak, peperiksaan sekolah, isu kewangan, dan sebagainya. Semua perkara ini dipentingkan dalam setiap masa berdoa mereka. Kami bagaimana pula menggalakkan semua gereja untuk menetapkan masa yang lebih dari cukup untuk berdoa bagi cabaran-cabaran yang dihadapi seluruh gereja dan negara Malaysia, terutama sekali bagi pembangunan rohani dalam gereja dan transformasi dalam negara. Sebagai panduan, sanggupkah kita menetapkan sekurang-kurangnya setengah daripada masa

tetap berdoa kita untuk berdoa bagi isu-isu yang dihadapi oleh gereja nasional dan seluruh negara? 2.3. Denominasi & Gembala-Gembala/Doa/ Jaringan Gereja Adalah nyata sekali bahawa setiap denominasi atau kumpulan gereja akan mengambil langkah mereka sendiri dalam terang sesuatu situasi tertentu. Contohnya termasuklah yang berikut: I. AG: Mereka mengadakan persidangan doa di seluruh negara, program latihan, dan memiliki sebuah jaringan pendoa syafaat. I Methodist: Mereka mengadakan persidangan doa peringkat seluruh negara, selain daripada mengadakan persidangan yang lebih kecil di bawah setiap Persidangan Tahunan (= synod), latihan bagi para pendoa syafaat, dan sebagainya. Pada Persidangan Tahunan itu juga, program-program dijalankan dengan pelbagai cara yang berbeza. Sebagai contoh; pada Persidangan Tahunan Cina Sarawak, setiap gereja tempatan akan menganjurkan perjumpaan doa mereka pada malam Khamis dengan lebih daripada 100 buah gereja berdoa bersama-sama pada masa yang sama di Sarawak. Persekutuan Gembala-Gembala KK telah menerajui perhimpunan doa peringkat seluruh negeri, terutama sekali dengan mengaitkannya dengan Jubili. Semua di atas hanyalah merupakan beberapa contoh. Kami ingin menggalakkan setiap jaringan untuk menggunakan kaedah yang paling bersesuaian dalam konteks mereka sendiri, berikutan keunikan setiap contoh berikut. 2.4. Pusat Doa/ Menara Doa 24/7 Kami telah melancarkan pusat dan menara doa 24/7 pada 16 September 2014. Adalah tidak dapat dipastikan jumlah gereja atau pusat yang melakukan usaha mereka sendiri masing-masing secara berkesan dan sistematik. Kami harus melakukan pemantauan yang lebih sistematik ke atas semua ini, ataupun kami berkemungkinan berpendapat bahawa kita telah melakukan lebih baik daripada realiti yang sebenarnya! Dua perkara harus dilakukan: I. Sebuah pangkalan data pendaftaran untuk semua usaha 24/7: Kami memerlukan sebuah pangkalan data yang sistematik untuk setiap kumpulan yang melakukan doa 24/7 atau yang berkaitan. Kami melihat untuk memuktamadkan semua ini sebelum pertemuan Sibu kita pada Januari 2017. Sebuah usaha yang diselaraskan secara bersepadu untuk mendirikan semua ini di lokasi berlainan di seluruh negara. Bolehkah kita bekerja bersama-sama berpandukan garis panduan berikut?

A. Dalam Bandar Besar dan Bandaraya Kami harus memikirkan terdapat berapa banyak buah percubaan untuk mendirikan pusat doa 24/7 di sesuatu tempat. Sebagai contoh, kami mengetahui bahawa sudah pun terdapat 3 buah kumpulan doa di KL sendiri! Kita perlu membawakan bersama semua pemimpin dan ketua dan melihat sama ada kita boleh bekerja bersama-sama dalam keadaan berikut. Dalam lokasi-lokasi di mana hanya terdapat suatu pusat doa sahaja ataupun tidak terdapat langsung, bolehkah kita bekerja bersama-sama untuk menubuhkan sebuah pusat doa? Sekiranya sesebuah gereja boleh menjadi ketua pengendali pusat tersebut, maka semua jaringan yang beroperasi dalam kawasan yang berdekatan bolehlah menyertai dan memberikan sokongan dalam menghantar kumpulan-kumpulan berdoa pada masa tertentu yang ditetapkan. (Beginilah kaedah yang dipraktikkan di Indonesia). Nama atau penaung di mana pusat-pusat doa boleh beroperasi kepada adalah tidak penting. Mereka tidak harus menjadi di bawah naungan PU. Setiap pusat tersebut bolehlah dikaitkan dengan mana-mana gereja atau jaringan yang mengetuainya. PU hanya memainkan peranan sebagai Fasilitator. Walaubagaimanapun, peranan tersebut haruslah di mainkan sekiranya pusat-pusat dan menara-menara doa tersebut akan didirikan dan dioperasikan secara berkesan. B. Gunung-Gunung Sekali lagi semua ini haruslah dibincangkan dan dikerjakan bersama dengan maklumat yang lebih terperinci. Contohnya, NECF menjalankan Mezbah Nasional tersendirinya di Genting - adakah mereka melihatnya sebagai sebuah gunung doa? BEM/SIB Sarawak sedang melihat untuk membangkitkan pusat-pusat doa atas beberapa gunung di Sarawak. Gunung Murud telahpun wujud. Mereka turut melihat kepada kawasan-kawasan di Lawas. Bagaimanakah kami boleh menyokong dan menyumbang kepada usaha-usaha mereka? Bagaimana pula dengan kawasan Semenanjung Malaysia dan Sabah yang lain? Renungkanlah Bukit Penang, Bukit Fraser serta Cameron, sebagai sebuah permulaan. Bagaimana pula dengan lokasi seperti di Ranau dan Gunung Kinabalu (atau sekurang-kurangnya Taman Negara) di Sabah? I Pengawasan Rohani untuk setiap Pusat Doa Hal ini merupakan suatu persoalan yang harus dipersetujui kami semua dalam masa kami benar-benar menggiatkan usaha kami di sini. Bagi pusat-pusat doa untuk berfungsi

dengan penggembalaan yang berkesan dan pengawasan berdisiplin, maka haruslah terdapat sebuah badan pengawasan yang dikenali oleh semua pihak. Pengawasan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada pemimpin doa dan para pendoa syafaat atas dua sebab. Pertama sekali, semestinya perlu ada tanggungjawab dan pemeriksaan ke atas ajaran palsu dan kerohanian terlampau! Semua ini merupakan tanggungjawab ketua gereja dan para gembala, dan bukanlah harus dilakukan oleh para pendoa syafaat. Kedua, para pendoa syafaat dan pemimpin gereja haruslah sentiasa bekerjasama, dan bukannya bercanggahan dengan satu sama lain, untuk bersatu bagi memajukan kerajaan Allah. Oleh itu, para pendoa syafaat haruslah berada di bawah tanggungjawab penguasaan gembala-gembala dan pemimpin-pemimpin gereja. Cadangan yang diutarakan adalah agar setiap pusat doa akan berada di bawah pengawasan rohani oleh mana-mana pun gereja yang mengendalikan pusat tersebut. Contohnya, Sekiranya gereja AG Batu Pahat menggerakkan sebuah pusat 24/7 dan ahli-ahli gereja lain datang menyertai mereka, maka adalah muktamad sekali bahawa pengawasan rohani pusat tersebut akan datang daripada gereja AG Batu Pahat tersebut. Bagaimana pula sekiranya sesebuah pusat atau menara doa melangkah ke garisan yang salah disebabkan para gembala dan pemimpin-pemimpin gereja yang tidak bertanggungjawab atau menekankan pengajaran yang salah atau keterlampauan? Cadangan yang diberikan adalah jawatankuasa PU akan melakukan penyiasatan terperinci dan sekiranya didapati bersalah, maka kami tidak akan menggalakkan semua yang di bawah jaringan kami untuk menyokong pusat tertentu tersebut. (Nota: Semua di atas telah dibentangkan dan dipersetujui sebagai sebuah set garis panduan untuk semua jaringan dalam Kesatuan Doa di pertemuan kami pada 16-18 Januari 2017 di Sibu)