BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

dokumen-dokumen yang mirip
BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

TAKLIMAT STANDARD KURIKULUM

BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN BERTUTUR. Nordin Tahir, IPG Ipoh

Penilaian Holistik Darjah 1 & 2

Pelajar-pelajar lembam dalam kajian ini masih lagi mengalami proses. pembelajaran dan penguasaan bahasa yang tidak sempurna seperti pelajarpelajar

TAJUK 2: JENIS-JENIS GAYA BELAJAR. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

BAB 5: KAEDAH & TEKNIK MENGAJAR KEMAHIRAN BERTUTUR

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN FEM 3201

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

BAB V DAPATAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

BAB LIMA : KESIMPULAN DAN CADANGAN

9.0 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN. kemahiran sifir darab 2 hingga 5? teknik ENIS. Ini dapat dibuktikan daripada Rajah 10 yang telah menunjukkan

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

PERANAN GURU BIASA DALAM MEMBANTU PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran

KEMAHIRAN BELAJAR. Mendengar dengan berkesan. Mencatat Nota. Menulis Laporan Cepat. Mengingat

Psikologi kognitif. Sinopsis:

Tajuk 6: Perkembangan Kognitif dan Bahasa. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

8.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI. soal selidik, dokumen, borang pemerhatian, dan temu bual. Data-data yang berbentuk

Keperluan Komunikasi. Komunikasi Berkesan 2/2/2016

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

BAB LIMA KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. penyelidik dalam bab yang pertama. Di samping itu juga penyelidik akan

UNIT PRAKTIKUM IPGKBL REFLEKSI

METODOLOGI PENYELIDIKAN. Kajian ini merupakan satu penyelidikan lapangan dari perspektif pragmatik yang

NOTA PENGURUSAN GRAFIK BMM 3033E- PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. Konsep Pentaksiran, Pengujian, dan Penilaian. Kaedah Penilaian Bahasa

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

PROGRAM KEMBARA PEMBELAJARAN

KURSUS ORIENTASI UNTUK JURULATIH UTAMA BAHASA MALAYSIA TAHUN SATU

PERMASALAHAN KEMAHIRAN LISAN PRASEKOLAH SJK (TAMIL) Aisyah Amin & Abdul Rasid Jamian Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

Banding beza antara 5 teori pembelajaran yang telah anda pelajari. Teori. pembelajaran manakah yang biasa anda amalkan dalam bilik dajah anda?

NAMA PELAJAR : SITI NUR HASINAH BINTI HUSSIAN NO MATRIK : P79063 TAJUK: STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA OLEH PELAJAR CEMERLANG PENSYARAH:

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

Jenis-jenis Wacana Lisan

BAB 1 PENDAHULUAN. bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya. ( Al-Zukhruf 43:3)

PANDUAN CADANGAN KAJIAN TINDAKAN DRAF

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

PENGENALAN PSIKOLOGI KOGNITIF PENGENALAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.2.1 Kekerapan peringkat penukaran bahasa dalam perbualan responden

STRATEGI PENGAJARAN 1. PEMUSATAN GURU 2. PEMUSATAN MURID 3. BERASASKAN SUMBER 4. BERASASKAN TUGASAN

PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN

WPK 1113 Psikologi Kognitif Teori-Teori Kognitif

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

MODEL PENGAJARAN. Nordin Tahir IPG Kampus Ipoh

KAJI SELIDIK INDEKS GAYA PEMBELAJARAN

Mengukuhkan Kemahiran Interaksi Penulisan. Abstrak

BAB 7 PENYEDIAAN TEKS: KATA ALU-ALUAN, PRAKATA DAN TEKS UCAPAN

Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya.

BAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 313 Psikologi Pendidikan (Minggu 5)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TAHUN 2 MASALAH PEMBELAJARAN

KAJIAN TEMPATAN. Dalam proses pengajaran terdapat beberapa kompenan yang perlu anda tumpukan. Apakah komponen-komponen tersebut?

2.0 Isu Keprihatinan Yang Dikaji Fokus Kajian 3.0 Objektif Kajian

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

NOMBOR DAN ABJAD TERBALIK. Oleh. Sumiyati binti Abdul Halim Jikem ABSTRAK

Emosi dan Perkembangan

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah Memupuk Pelajar Aktif, Pengguna Cekap

PENERAPAN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA DI SEKOLAH RENDAH

Pengurusan Bilik Darjah

3. Isu / Cabaran : Kesukaran Menulis dan Mengetahui Nilai Nombor

Bahasa Melayu. Cikgu Suriyana Ghapari Ketua Subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah Zhenghua 20 Januari 2017

Kemahiran Interpersonal dan Intrapersonal

TAHAP. Fungsi Otak. Menaakul

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. bertentangan dalam arena bacaan al-quran, bahkan in menambahkan lagi khazanah kaedah

KONSEP PENGAJARAN. Thomas F. Green : The Activitis Of Teaching (1971)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

dan istilah. Frasa pemikiran kritis adalah merupakan gabungan atau hubungan antara dua perkataan iaitu pemikiran dan juga

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

KAEDAH ISSAM SATU INOVASI DALAM PENGAJARAN KARANGAN AMIR BIN JUHARI IPG KAMPUS RAJANG

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 3

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Panduan mengajar bagi e-daya Bahasa Malaysia 5

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

TAJUK 6: KEMAHIRAN BELAJAR 1. NordinTahir IPG Kampus Ipoh

BAB4 PENGAMATAN. Pengamatan bukanlah suatu proses yang lazim, kerana ia tidak berlaku secara automatik. Ia

Bab 5: Media Pengajaran 2-Dimensi. BAB 5: Media Pengajaran 2-Dimensi. Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

2.0 PENYATAAN MASALAH

PENDIDIKAN KESIHATAN

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

PENDIDIKAN KESIHATAN

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER 1 SESI 2014/2015 SET 4 TUGASAN 1:

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Penggunaan Kata Hubung dalam Penulisan Melalui Pengajaran secara Eksplisit. Abstrak

1.0 Pengenalan. 2.0 Guru Pembimbing

TEORI PEMBELAJARAN. IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KEEMPAT : PERBINCANGAN DATA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN 1

BAB 6 RINGKASAN, IMPLIKASI DAN KESIMPULAN. Bab ini membincangkan tentang ringkasan, implikasi kajian, cadangan kajian

BAB LIMA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN. Bab ini menghuraikan dan merumuskan dapatan-dapatan daripada kajian

Transkripsi:

BAB 2: KEMAHIRAN MENDENGAR

Pengenalan Seseorang pendengar yang baik ialah apabila dia dapat mengecam, mengenal, mengamati serta mendiskriminasikan bunyi-bunyi bahasa dari sekeliling mereka. Kemahiran mendengar dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran seseorang itu terhadap kadar pendengarannya dan pengamatan pendengarannya.

Definisi Kemahiran Mendengar Sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dalam pemprosesan maklumat yang didengari. Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada kesemua pancaindera, terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal.

Ciri-ciri Kemahiran Mendengar Mendiskriminasikan bunyi-bunyi bukan bahasa Mendiskriminasikan bunyi-bunyi bahasa Memahami perkataan, konsep dan kemahiran Memahami ayat dan elemen linguistik bahasa yang lain Mendengar secara kritikal Mengikut arahan Memahami urutan atau sekuan Mengingat kembali Menentukan idea utama / terpenting Membuat inferen dan keseluruhan

Mendengar Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan. Kajian Barker (1971) merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah. Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah pengajaran di universiti adalah dengan mendengar kuliah. Barker (1971 : I) menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah antara 50% - 100%.

Mendengar Jalongo (1992) menyatakan bahawa kemahiran lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu; 1) Pendengaran (Hearing) iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan, 2) Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (clues) daripada persekitaran. 3) Auding - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang didengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan dan menghargai apa yang didengar.

Keperluan Mendengar Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan. Kemahiran mendengar ini dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa dan bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bertutur dalam bahasa yang dipelajari itu. Seseorang yang telah dapat menguasai kemahiran mendengar harus dapat memahami maksud serta boleh menginterpretasi apa yang didengar. Abd. Aziz Talib (2000) ada menyatakan bahawa keperluan mendengar berbeza mengikut situasi sama ada berbentuk tidak formal atau formal. 1) Situasi tidak formal berlaku di rumah, di taman permainan, ketika bermain dengan juga mendengar untuk berhibur seperti mendengar radio, atau menonton televisyen. 2) Situasi formal, iaitu bahan-bahan yang didengar adalah bercorak akademik seperti syarahan, pidato, kuiz, dan sebagainya.

Tujuan Mendengar Abd. Aziz Talib (2000) memberikan tiga tujuan mendengar, iaitu: 1) Interaksi sosial seperti berbual dan bermesyuarat; 2) Mendapatkan hiburan seperti mendengar radio,menonton televisyen, atau filem, dan 3) Mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti di dalam kelas, mendengar ceramah dan sebagainya.

Kemahiran Lisan: Bertutur Dan Mendengar Kemahiran mendengar adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akan terganggu apabila salah seorang daripada individu tersebut gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebaik sahaja organ pendengaran kanakkanak sudah terbentuk di dalam kandungan ibu, mereka sudah mula mendengar. Mendengar adalah asas kepada kemahiran bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca, dan menulis. Mendengar juga adalah kemahiran bahasa yang paling kerap digunakan oleh manusia. Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk menegaskan kepentingan mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan sebuah buku, kita bertutur bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah buku setahun.

Kepentingan Mendengar dengan Aktif Weaver (1972) - beberapa faedah mendengar dengan aktif, i. Anda akan lebih banyak belajar. ii. Anda akan lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi lebih berpengalaman lagi. iii. Anda akan menjadi seorang pendengar yang menyukai dan menghormati orang yang bercakap kepada anda. iv. Dapat memberi tindak balas yang baik kepada orang yang sedang bercakap. v. Anda juga akan menjadi orang yang lebih tidak bergantung pada pendapat orang lain. Anda akan mengikut arahan dengan lebih baik, rapi dan anda membuat sedikit kesilapan dan mengurangkan kesilapan-kesilapan kecuaian. vi. Ianya tidak akan menyentuh perasaan anda, misalnya dalam masa perbincangan jika rakan anda berbincang tentang sesuatu tajuk dan anda tertinggal, namun jika masih bertanyakan masalah yang sama sudah pastinya akan memalukan diri sendiri.

Kepentingan Mendengar dengan Aktif Mengikut Barker (1971), terdapat empat asas keuntungan daripada proses mendengar dengan aktif, iaitu: 1) Mendengar membantu anda mengembangkan pengetahuan dan kemahiran. 2) Dapat memajukan perkembangan perbendaharaan kata dan kemudahan berbahasa. 3) Mendengar merupakan asas pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4) Mendengar membolehkan anda melihat mesej yang penting dan tidak penting.

Kepentingan Mendengar dengan Aktif Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empati iaitu mendengar dengan menjiwai apa yang didengar sebab dari sinilah timbulnya celik akal. Devine (1981) menyatakan bahawa dengan mendengar bukan sahaja menumpukan sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri. Proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini melibatkan penggunaan proses mental dalam melakukan inference, menjangkakan hasil, generalisasi, organisasi dan dalam membuat rumusan.

Peringkat Kemahiran Mendengar Peringkat Pertama: ialah menerima dan membezakan bunyibunyi bahasa yang hampir sama. Contoh: b - p bagi pagi kibas kipas baba bapa betis petis jambi jambi bajak pajak bawang pawang lobak lopak Contoh: d - l dari lari daki Laki ladang lalang dayang layang dentum lentum dagu lagu

Peringkat Kemahiran Mendengar Peringkat Kedua: Memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat Pemahaman tentang bunyi bahasa bergantung pada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar itu. Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman yang berikut; a) Pengetahuan tentang sistem bahasa. b) Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar. c) Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar, seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan.

Peringkat Perkembangan Individu Kemahiran mendengar boleh juga dibahagikan kepada tiga peringkat mengikut perkembangan individu tertentu iaitu: 1. Peringkat Pertama (Peringkat Awal) Peringkat pertama dikenali sebagai peringkat awal. Pada peringkat ini beberapa kemahiran mendengar yang perlu dikuasai ialah; i. Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi. ii. Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. iii. Melakukan sesuatu yang disuruh. iv. Menjalankan perintah dan permintaan. v. Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. vi. Mengingat dan memadankan perkataan dan ayat-ayat mudah secara tepat.

Peringkat Kedua (Peringkat Pertengahan) Pada peringkat ini beberapa kemahiran yang perlu dikuasai ialah; i. Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci. ii. iii. iv. Mengenal maklumat khusus. Mengesan urutan. Mengenal sebab dan akibat. v. Mengenal perhubungan orang orang yang berinteraksi. vi. Peringkat Perkembangan Individu Mengenal sikap dan perasaan orang yang bercakap.

Peringkat Ketiga (Peringkat Maju) Pada peringkat ini kemahiran yang perlu dikuasai ialah; i. Mengenal isi-isi penting. ii. Mengetahui peranan dan perhubungan orang yang bercakap. iii. iv. Memberitahu fungsi tekanan dan intonasi. Mentafsirkan maksud orang yang bercakap. v. Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan. vi. vii. Peringkat Perkembangan Individu Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar. Mentafsirkan tujuan penutur menggunakan berbagai-bagai bentuk struktur tatabahasa.

Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar Peringkat Pramendengar Guru memberi tugasan atau soalan kepada murid sebelum mereka mula mendengar. Guru memberi gambaran yang menyeluruh atau penerangan ringkas tentang apa yang hendak diperdengarkan. Guru memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan memastikan bahan rangsangan dalam keadaan baik serta mencukupi untuk digunakan dalam aktiviti berkenaan. Guru memastikan murid dalam keadaan bersedia untuk mengikuti aktiviti.

Peringkat Semasa Mendengar Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Mendengar Guru memastikan murid menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsangan. Guru hendaklah mengatasi sebarang gangguan atau masalah yang timbul secepat mungkin semasa aktiviti mendengar dijalankan. Peringkat Selepas Mendengar Guru menghuraikan tentang apa yang dikemukakan oleh murid dalam bahan rakaman yang mungkin menyulitkan pemahaman mereka. Guru memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu. Guru memastikan murid menyempurnakan tugasan dan membuat pengukuhan. Guru menjalankan aktiviti tindakan susulan yang bersesuaian dengan aktiviti berkenaan.